• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Dalam dokumen PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENG (Halaman 33-50)

TAJUK 3 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MORAL

3.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Sebelum kita meneliti beberapa teknik yang dicadangkan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral, baiklah kita mengetahui terlebih dahulu tentang pendekatan pengajaran. Pendekatan merujuk kepada bagaimana proses pengajaran dilakukan. Ini termasuklah pengolahan isi, penglibatan pelajar, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan. Untuk lebih jelas perhatikan rajah berikut yang menunjukkan perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik.

Sumber : Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1996), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hlm. 228

Pendekatan Strategi Kaedah Teknik

Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar. Kaedah ialah cara yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain. Teknik pula ialah cara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Jadi apabila kita membicarakan teknik bererti kita juga membicarakan kaedah, strategi dan pendekatan. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

3.1.1 Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. Dalam Pembelajaran Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama dalam aktiviti ‘Brain Breaks’. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan dapat mengurangkan rasa bosan di kalangan murid sekolah rendah dan menjadi tarikan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran 60 minit, aktiviti ‘Brain Breaks’ boleh diselitkan antara langkah 2 dengan langkah 3. Masanya ialah 5 minit sahaja. Aktiviti ini perlu diselitkan bersama-sama dengan pergerakan psikomotor yang sederhana ketika murid-murid berdiri di tempat masing-masing.

Antara contoh lagu yang sesuai untuk aktiviti ‘Brain Breaks’ ialah: Jingli Nona, Jingli Nona, cantik sekali (2x) Orang yang memandang, cukup senang hati

(Ulang keseluruhan lirik sekali lagi)

Adakah anda tahu bahawa banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Antaranya ialah lagu-lagu patriotik. Lagu-lagu patriotik amat sesuai dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan negara.

Berikut ialah senarai lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru.

 Sejahtera Malaysia  Malaysia Boleh

 Keranamu Malaysia  Inilah Barisan Kita

 Jalur Gemilang  Putera Puteri

 Dirgahayu Tuanku  Kampungku

 Tanggal 31  Malaysia O Tanahairku

* Anda boleh membeli kaset lagu-lagu patriotik yang berada di pasaran atau melayari internet untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut.

Sila cari lirik lagu-lagu di atas dan hayati pengajarannya. Tentu anda mendapat banyak nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut.

Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lagu-lagu juga boleh diubah seni katanya sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Contohnya lagu Trek... Tek...Tek

Lagu Trek... Tek...Tek... (Lirik asal)

Kalau roboh Kota Melaka, trek... tek...tek... Papan di Jawa saya dirikan, trek... tek...tek....

Kalau sungguh, bagai dikata...

Badan dan nyawa saya serahkan, trek... tek...tek....

Lirik lagu ini boleh diubahsuaikan mengikut tema / nilai yang dirancang oleh guru. Contoh: jika guru mengajarkan nilai 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan.

Lagu Trek...Tek...Tek.... (Lirik yang diubah)

Buah pinang buah pelaga, trek... tek....tek... Bawa ke pekan denganlah rakit, trek....tek....tek....

Cintai kebersihan, amalan mulia,

Dapat hindarkan segala penyakit, trek....tek...tek

Lagu 1 2 3 4 Satu kasih nan abadi

Tiada tandingi Dia yang satu Dua kasih berpanjangan Membawa ke syurga Kasihnya ibu.

Tiga lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah Empat mudah kau ketemu Berhati selalu beza antara

Kasih dan kekasih Ibu ku ingat selalu Menyisir rambutku Kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa Sayang dengarlah lagu ini Untuk kau sandarkan lagu ini Buat pedoman

Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang

Itu bidalan

Harus kau renungkan Andai kau beroleh bahagia Ingat itu bukan

Untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara Ingat itu bukan untuk selamanya Hidup ini sementara

Lagu ini amat sesuai jika guru mengajar tentang nilai berkaitan dengan diri dan keluarga yang subnilainya berkisar tentang tanggungjawab terhadap keluarga. Cara pengelolaan aktiviti boleh dibuat dengan meminta murid pejamkan mata semasa guru putarkan lagu. Murid diminta menghayati seni kata lagu ini dan membuat refleksi tentang budi ibu bapa yang telah anda terima selama ini. Apakah pula tanggunjawab anda terhadap mereka? Latihan berikutnya ialah penulisan refleksi berhubung dengan budi baik ayah dan ibu atau membuat kad ucapan hari jadi ibu atau bapa atau sempena dengan Hari Ibu atau Hari Bapa, tulislah sebuah sajak untuk mereka.

1) Tampal senikata lagu di papan hitam atau edarkan lirik lagu.

2) Guru memainkan lagu yang telah dirakam atau nyanyikan lagu itu sendiri. (Guru perlu ada pelan B iaitu guru menyanyikan lagu jika pita rakaman rosak atau gangguan elektrik, perlu sediakan bateri sebagai alternatif)

3) Guru mengajar murid menyanyi lagu mengikut rakaman. ( Guru boleh mengadakan pertandingan antara kumpulan mengubahsuai lirik lagu seperti dalam contoh lirik trek...tek...tek... Pastikan senikata lagu itu mengandungi pengajaran nilai moral ). 4) Guru boleh meminta murid membuat ulasan tentang lagu atau berbincang mengenai

nilai yang murni yang terdapat dalam lagu.

5) Sebagai penutup, guru menerangkan nilai moral yang terkandung dalam lagu itu dan meminta pelajar menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Latihan 3.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Contoh 1: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek…tek…tek…. Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral) Anak monyet membaling batu, trek... tek....tek...

Terkena burung di atas dahan, trek....tek....tek.... Hormatilah ayah dan juga ibu... Semoga hidup diberkati Tuhan, trek....tek...tek

Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral) Nona manis berbaju kasa, trek... tek....tek... Singgah sebentar di Kuala Sedeli, trek....tek....tek....

Ayah ibu banyak berjasa...

Takkan terbalas hingga ke mati, trek....tek...tek

Aktiviti 1

Lengkapkan senarai nilai murni berdasarkan lagu dalam contoh di atas

NILAI HURAIAN

Bertanggungjawab Menjadi tanggungjawab anak membalas jasa ibu dan bapa Kasih sayang

Hormat Balas Jasa

Aktiviti 2

Huraikan SATU cara guru menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral

Bil Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian

1 Contoh: Bidang Pembelajaran 1: Nilai berkaitan dengan perkembangan diri (Tahun 5, Masa: 20 minit)

 Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 5 supaya memejamkan mata semasa menghayati lagu yang diputarkan.

 Guru memutarkan lagu ’Ayah dan Ibu’ nyanyian Allahyarham Sudirman.  Guru meminta pelajar mengimbas kembali jasa-jasa dan pengorbanan ibu

terhadap pelajar dari kecil hingga kini.

 Selepas mendengar lagu tersebut, guru meminta pelajar menulis refleksi tentang pengorbanan ibu (Bidang Pelajaran: Nilai berkaitan Kekeluargaan.)  Mencipta pantun/sajak untuk ibu yang tercinta.

Aktiviti 3

Sila baca lirik lagu 1 2 3 4 pada muka surat 35

Bil Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian

1 Contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan lagu di atas:

 Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 6 supaya dapat

melengkapkan borang roda masa depan berhubung dengan cara membalas jasa ibu.

 Menulis ucapan Selamat Hari Ibu/Bapa di atas kad ucapan sempena sambutan Hari Ibu/Hari Bapa.

1) Buat satu peta minda tentang kesan pencemaran yang berlaku pada bumi dan cara mengatasinya.

2) Sketsa tentang ‘Hutan” iaitu jantung dunia.

3) Melengkapkan borang roda masa depan tentang cara-cara memulihara alam sekitar.

4) Berikan tiga aktiviti tambahan yang boleh anda fikirkan. 3.1.2 Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru dalam persediaan teknik bercerita.

Garis Panduan Teknik Bercerita

1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut

2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tema.

3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis ‘pupet’, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian.

5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi guru dalam pemilihan cerita

6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll.

7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan penyampaian cerita lebih berkesan.

8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.

9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta dalam proses penceritaan tersebut.

11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan kelas secara bergilir-gilir.

12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan kepada murid di samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.

13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang diberikan oleh guru.

14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa.

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid. 16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan

Berhenti sejenak dan fikirkan.

Murid dalam kelas yang anda mengajar nampaknya terlalu jemu dan ramai yang kelihatan letih dan mengantuk. Fikirkan apakah teknik mengajar yang sesuai untuk mereka.

Mengapa tidak masukkan aktiviti Brain Breaks untuk meleraikan kebonsanan? Atau

Selitkan nyanyian ke dalam langkah pengajaran dan pembelajaran. Sesekali guru boleh mencuba kelainan dengan menyelitkan lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran iaitu dalam sesi set induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti kita menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi sudah tentu murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami pembelajaran sedemikian sekali lagi. Sudah tentu kenangan-kenangan manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan murid menggemari kelas Pendidikan Moral.

Latihan 3.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

a. Huraikan 5 faktor yang perlu diambil kira ketika menjalankan teknik bercerita. Contoh: Umur murid – cerita harus bersesuaian dengan peringkat umur murid yang menjadi sasaran.

b Huraikan 5 kebaikan teknik bercerita.

c. Senarai lima tajuk cerita binatang yang berkaitan dengan nilai-nilai murni/moral. Contoh: anjing dengan bayang-bayang.

Aktiviti 2

3.1.3 Lakonan

Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan. Kebanyakan isi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonan.

Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan peranan semasa melakonkan sesesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu kuasa ‘magic’ untuk menarik minat murid.

Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

Lakonan spontan / lakonan tanpa skripLakonan berskrip / baca lakon

Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara.Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Contoh 1: ( Lakonan Berskrip )

Guru memberikan skrip ‘Si Tanggang Derhaka’ kepada murid Tahun 2. Murid-murid yang mengambil bahagian membaca skrip terlebih dahulu di rumah dan melakonkan di hadapan kelas sama ada dengan menggunakan prop atau sebaliknya. Susunan kerusi meja kelas hendaklah diatur mengikut teater/bentuk U untuk memudahkan pergerakan pelakon dan penglihatan audien/murid.

Murid-murid diminta berlakon secara spontan:

 Kumpulan pelajar Tahun 6 membuli rakan di luar kawasan sekolah  Memarahi seorang peminta sedekah yang datang ke rumah anda.  Merawat ibu sakit di rumah.

 Menjadi seorang penagih dadah yang sedang meracau di bawah pengaruh dadah.

 Seorang pengawas yang berwibawa.  Ponteng sekolah kerana berjudi

 Jurujual datang ke rumah mempromosi barang dengan cara memujuk.

Contoh 3 : (Lakonan Mimos)

 Menaiki sebuah bas yang sesak dan dipandu dengan begitu kasar.

 Seorang petani yang sedang menarik tali seekor kerbau yang memusnahkan tanaman jirannya.

 Seorang anak derhaka yang sedang menghalau ibu tua yang malang dari rumahnya.

 Penunggang motosikal haram yang sedang beraksi

 Seorang murid sekolah yang sedang curi-curi merokok di dalam tandas sekolah.  Penyeluk saku yang sedang beraksi

 Guru disiplin sedang memarahi seorang pelajar yang sering ponteng sekolah.

 Boneka terbahagi kepada lima jenis iaitu: boneka tangan, boneka sarung, boneka batang, boneka tali dan boneka bayang

 Pengendalian boneka boleh dibahagi kepada dua, iaitu: boneka dengan boneka dan boneka dengan pelakon (guru dan murid)

 Contoh dialog antara boneka buaya dengan boneka kerbau dalam cerita “Tidak Mengenang Budi”

 Dialog antara boneka gadis dengan boneka orang tua dalam cerita “Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali”

Garis Panduan Teknik Lakonan Spontan

 Pilih kumpulan murid yang boleh berlakon dan mempunyai suara yang jelas/kuat sebagai ‘benchmark’ kepada kumpulan yang akan berlakon seterusnya.

 Dialog pelakon adalah bebas tetapi berdasarkan jalan cerita yang disediakan.  Aktiviti dijalankan dalam jangka masa yang pendek.

 Tidak memerlukan latihan.

 Lakonan secara spontan setelah diberikan arahan.  Tidak perlukan prop atau peralatan fizikal.

 Boleh dilaksanakan di mana-mana.

Garis Panduan Teknik Lakonan Berskrip

 Ada persiapan awal seperti peralatan dan skrip.  Pelakon diberikan skrip untuk bacaan dan hafalan.

 Jangka masa yang panjang diperlukan untuk penghayatan watak.  Ada pengarah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Garis Panduan Teknik Lakonan Mimos

 Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi soalan situasi mimos.  Lakonan ini amat menarik dan boleh dilakukan oleh kebanyakan murid  Berikan gambaran situasi yang perlu murid lakonkan,

Contoh:

Seorang ibu tua bersedih kerana anaknya tidak pulang berhari raya

Seorang pelajar nakal yang sedang dirotan oleh guru disiplin

Seorang pelajar dengan penuh kesal menasihati raknnya supaya jangan terlibat dengan dadah

Seorang penagih dadah yang telah insaf dan sedang menasihati rakan baiknya meninggalkan dunia dadah

Seorang petani yang rajin sedang mengerjakan kebunnya dengan pelbagai tanaman

 Mimos menekankan gerak geri dan mimik muka pelakon yang mengambil bahagian.

 Guru boleh mendapatkan maklum balas murid dengan soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan tajuk yang diajar.

 Jika lakonan mimos dirakam kesannya akan cukup menarik perhatian murid kerana mereka dapat melihat visual sendiri

Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka

 Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran pembelajaran

 Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara antara guru dan boneka

 Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan semasa lakonan antara boneka dengan boneka

 Jika guru menggunakan ‘pupet’ wayang kulit, guru boleh menggunakan ‘overhead projector’ dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan pupet wayang kulit di atas cermin ‘overhead’. Bayang ‘pupet’ wayang kulit yang digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin.

 Kerusi meja di kelas boleh diatur dalam bentuk teater supaya ada kelainan, manakala dari segi keluasan murid mudah bergerak dengan melaksanakan sesuatu aksi

Garis Panduan Teknik Baca Lakon

 Skrip cerita yang menarik disediakan oleh guru/murid  Tetapkan pelakon

 Pelajar haruslah memahami isi cerita supaya dapat membaca skrip dengan nada yang meyakinkan

 Pilih pelakon yang ada bakat lakonan untuk menjadikan persembahan cerita menarik

 Pelajar membaca skrip dan melakonkan watak dengan intonasi yang sesuai  Selepas membaca lakonan, perbincangan tentang cerita dan nilai moral

diadakan.

 Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran

Latihan 3.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Aktiviti 1

Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara berkesan. Walau bagaimanapun terdapat kebaikan dan keburukan teknik ini. Huraikan kekuatan dan kelemahan teknik tersebut.

Kebaikan teknik lakonan Kelemahan teknik lakonan

i. _________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ ii________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ iii. _______________________________ ________________________________ i. _________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ ii. _______________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ iii. _______________________________ ________________________________

Aktiviti 2

Setiap guru harus mempunyai kemahiran bercerita untuk menghidupkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Senaraikan 5 kemahiran bercerita yang perlu ada pada guru.

Contoh: Guru perlu mempunyai variasi suara supaya dapat membezakan watak-watak yang dilakonkan, terutama apabila guru berlakon bersama pupet. Kebolehan meniru bunyi binatang, unsur alam dan bunyi pelbagai latar belakang dengan berkesan sudah tentu dapat menghidupkan suasana.

i. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ii. ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 3.1.4 Main Peranan

Mari kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan teknik Main Peranan. Main Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru.

Dalam dokumen PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENG (Halaman 33-50)

Dokumen terkait