• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENG"

Copied!
89
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis

(2)

Objektif

Pada akhir unit ini pelajar dapat :

1. menghuraikan sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia dan menjelaskan kepentingan Pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat negara.

2. menghuraikan matlamat dan objektif Pendidikan Moral KBSR dan memperincikan sturktur organisasi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR.

3. Mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir dan Kajian Masa Depan yang sesuai bagi setiap cadangan isu dan situasi di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral

4. menghuraikan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk mengajar di samping mengaitkan isu-isu dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaraan .

5. memahami teknik-teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral;

6. mengetahui cara-cara menggunakan teknik-teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral yang telah dipelajari;

7. mengetahui kebaikan, kelemahan dan kesesuaian teknik dengan tajuk-tajuk yang diajar dan kemampuan pelajar;

(3)

TAJUK 1

SEJARAH DAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan

Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak langsung, di mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama dan etika. Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah sekompleks sekarang kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi pembentukan nilai serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihak sekolah. Dalam konteks masyarakat yang sedang berubah Pendidikan Moral dilihat sebagai satu program formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh menyumbang sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat dan negara.

1.1 Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia

 Pendidikan Moral tidak ditonjolkan sangat sebelum 1982.

 Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran kesihatan, manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata pelajaran sivik dan tata rakyat.

 1983 – Berasaskan KBSR mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan dengan 12 nilai utama. Antara tahun 1983 dan 1984 Pendidikan Moral diajar dalam darjah 1 dan 2. Antara tahun 1986 dan 1988 di keseluruhan Tahap Dua.

 1989 - 16 nilai mula diajar dengan pecahan-pecahan nilai yang berkaitan iaitu: baik hati, berhemah tinggi, kasih sayang, kebebasan, kebersihan fizikal dan mental, kerajinan, kesederhanaan, rasional, berdikari, hormat menghormati, keadilan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat

(4)

 1999 – Penyemakan semula kurikulum

 2001 – Penyediaan buku teks tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4

 2002 – Kursus orientasi kurikulum baru edisi penyemakan 2000 untuk guru-guru.

 2003 – Pelaksanaan kurikulum baru di peringkat sekolah menengah (tingkatan 1 dan 4) dan peringkat sekolah rendah (tahun 1 dan 4).

 Sebelum itu mata pelajaran Pendidikan Moral boleh dikatakan diajar secara sambil lewa sahaja. Pendidikan Moral hanya diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim yang masa pengajaran sama dengan pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam.

 Guru yang mengajar juga bukan dari opsyen moral dan mereka bukan sahaja tidak tahu mengajar Pendidikan Moral mereka juga bersikap sambil lewa sahaja kerana menganggap mata pelajaran ini tidak penting kerana bukan mata pelajaran peperiksaan. Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung mengajar mata pelajaran peperiksaan yang dianggap lebih penting.

 Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal sukatan dengan struktur baru yang telah dikeluarkan pada tahun 2003.

1.2 Kepentingan Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Antara kepentingan Pendidikan Moral adalah:

Untuk mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang dan berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seharian ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, ciri - ciri utama yang perlu dilihat adalah;

(5)

b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan berkerja atau membuat sesuatu hingga sempurna

c) Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain

d) Menghormati dan mempunyai semangat membaiki keadaan secara membina dan bersedia berkhidmat untuk negara

e) Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai kegiatan pembangunan negara secara berkesan.

 Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu masyarakat yang adil dan harmoni dan masyarakat yang progresif dan maju.

Matlamat Wawasan 2020 memerlukan generasi yang terdidik dengan sifat-sifat kemoralan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dari segi ekonomi, sosial, perpaduan dan taraf hidup rakyat yang lebih sempurna. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.

Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Wargenagara yang bermoral harus mempunyai ciri-ciri:

- percaya dan patuh kepada Tuhan

- berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional - berakhlak mulia

- berketrampilan

- berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran negara

(6)

 Persoalan moral yang berlaku akibat pengaruh pemodenan yang tidak mampu dikawal memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat pada generasi muda.

 Pelajar terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa tetapi juga pihak di sekolah. Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan lebih rasional dan berkesan.

 Perubahan dalam masyarakat hasil daripada pembandaran dan globalisasi memberikan kesan negatif terhadap sistem nilai masyarakat sehingga nilai-nilai tradisi kian terhapus. Percanggahan nilai-nilai ini boleh mengelirukan kanak-kanak serta remaja tentang persoalan serta isu-isu yang melibatkan nilai-nilai moral tradisi. Di sini Pendidikan Moral dilihat sebagai satu benteng terhadap kesan-kesan pembandaran dan globalisasi. Oleh itu, Pendidikan Moral dapat memainkan peranan mengimbangi nilai-nilai tradisi masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang berkaitan pembandaran.

Pendidikan Moral merupakan intipati dalam pendidikan yang sememangnya tidak boleh diabaikan.

Renung sejenak:

Adakah amalan masyarakat Malaysia sekarang mencapai hasrat negara dan menepati kehendak Rukun Negara?.

Anda boleh juga mendapatkan maklumat lain di perpustakaan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

Latihan 1.1

(7)

Soalan 1

Jelaskan bagaimanakah Pendidikan Moral dilihat penting dalam memenuhi matlamat Wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikankan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Soalan 2

Lakarkan dalam peta minda tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia, tuliskan tarikh-tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.

Rumusan

1. Sejak kemerdekaan sehingga tahun-tahun 1980-an Pendidikan Moral diabaikan kerana dianggap tidak penting.

2. Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara. 3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020

mempunyai nilai-nilai yang dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.

4. Sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil berat tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras dan mata pelajaran peperiksaan SPM.

1.3 Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral telah digubal untuk mendidik pelajar menjadi insan bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan dimensi pemikiran moral, emosi moral serta tingkah laku moral pelajar.

(8)

Pemilihan prinsip-prinsip dalam Pendidikan Moral adalah selari dengan aspirasi kerajaan, Prinsip-prinsip Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Prinsip-prinsip ini bertujuan melahirkan generasi muda yang seimbang dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang baik.

Struktur 16 nilai utama dalam Sukatan Pelajaran telah diperbaharui kepada 5 bidang pembelajaran untuk sekolah rendah dan tujuh bidang pembelajaran untuk sekolah menengah

RANGKA KONSEPSI

INSAN BERAKHLAK

MULIA

TINGKAH LAKU MORAL PERASAAN

MORAL

PEMIKIRAN MORAL BP5 :

NEGARA

BP4 :

ALAM SEKITAR

BP3 : MASYARAKAT

BP2 :

KEKELUARGAAN BP1 :

PERKEMBANGAN DIRI

(9)

1.4 Matlamat Pendidikan Moral

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

1.5 Objektif Pendidikan Moral

1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. 2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar.

4. Mengembangkan pemikiran moral, emosi moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

1.6 Kandungan Sukatan Pelajaran

Untuk membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip yang ditetapkan , sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.

1. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 Kepercayaan kepada 1.5 Hemah Tinggi

Tuhan 1.6 Kasih Sayang

1.2 Kebersihan Fizikal dan 1.7 Kesederhanaan

Mental 1.8 Kejujuran

1.3 Harga Diri 1.9 Baik Hati

(10)

2. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

2.1 Kasih sayang terhadap Keluarga

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga

3. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat 3.2 Toleransi dalam Masyarakat

3.3 Semangat Bermasyarakat 3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial

4. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran 4.2 Menyayangi Alam Sekitar

4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar

5. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja Dan Negara 5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang

5.3 Cinta Akan Negara

5.4 Keamanan dan Keharmonian

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Berhenti sejenak:

(11)

Latihan 1.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1

Berikan prinsip-prinsip Pendidikan Moral KBSR yang digariskan dalam Sukatan Pendidikan Moral. Buatkan peta minda berhubung dengan struktur organisasi Pendidikan Moral .

1.7 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR

Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan.

(i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran. Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan murid-murid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam mengikut tahap kematangan murid.

Terdapat empat lajur utama iaitu:

 Lajur Nilai

 Lajur Kandungan Akademik  Lajur Hasil Pembelajaran

 Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

(Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Edisi Semakan 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(12)

Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang pembelajaran. Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara terperinci.

(b) Lajur Kandungan Akademik

Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar, negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula dengan tema diikuti dengan tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran yang disertakan dengan contoh yang berkaitan untuk memudahkan pengajaran guru.

Dalam perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan akademik. Murid akan berfikir secara kritis serta bertindak lebih efektif jika mereka dapat mengkaji konsep sesuatu isu, asal usulnya dan kesan-kesannya. Dengan adanya kandungan akademik yang mantap murid dapat memahami dan mengkaji bahan-bahan pelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, alam sekitar dan sebagainya. Kandungan itu perlu diajar bersama dengan nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.

(c) Lajur Hasil Pembelajaran

(13)

lain daripada pelbagai sumber yang boleh mengukuhkan nilai-nilai yang diajar.

Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Unsur-unsur ilmu yang ada dalam mata pelajaran lain juga harus disepadukan dalam merancang aktiviti Pendidikan Moral.

Sila buat rujukan tentang contoh-contoh isi kandungan lajur-lajur yang dibincangkan di atas. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi Semakan 2002)

(ii) Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Selain pengajaran nilai melalui kandungan akademik, kemahiran-kemahiran dalam bidang lain juga perlu disertakan menerusi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

a. Kemahiran utama – memberikan peluang kepada pelajar-pelajar menguasai kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran hidup di alaf ini.

b. Kemahiran menyelesaikan konflik – Guru membantu murid dalam kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih berkesan.

(14)

d. Kemahiran pemikiran kreatif – Kemahiran berfikir secara kreatif akan membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah.

e. Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya – Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral.

f. Kemahiran mengkaji masa depan – Memupuk kemahiran mengkaji masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

g. Kemahiran teknologi maklumat – Sesuai dengan masa, Pendidikan Moral juga memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batas-batas moral.

h. Kemahiran sosial – Pendidikan moral memberikan penekanan kepada kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Latihan 1.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1

Dengan menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, cuba lengkapkan grafik berikut dengan memilih Bidang Pembelajaran 3 bagi masa satu minggu.

Nilai Kandungan Akademik Hasil

pembelajaran

(15)

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas!

Rumusan

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral amat penting dan perlu difahami oleh setiap guru Pendidikan Moral kerana huraian membantu guru dalam menyediakan perancangan dan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah.

TAJUK 2

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(16)

Pengenalan

Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran.

Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral ialah seperti berikut:

 Perkembangan moral kognitif  Pemupukan nilai

 Penjelasan nilai  Analisis nilai  Bertimbang rasa  Pembinaan rasional  Tindakan sosial

Ciri-ciri yang perlu ada dalam pendekatan Pendidikan Moral

 Memberikan ilmu – kognitif

 Membina kemahiran dan amalan – psikomotor  Memupuk dan menanam penghayatan – afektif  Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif

 Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar  Menyatu padukan faktor dan nilai

 Merentasi kurikulum

(17)

Renungkan Sejenak!!!!

Sebelum meneruskan lagi bacaan andai, bayangkan dahulu ciri-ciri pendekatan pengajaran dan pembelajaran di atas. Bayangkan keseronokan murid dan keceriaan mereka mempelajari Pendidikan Moral jika guru kreatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas tidak akan menjadi gersang dan membosankan jika guru menggunakan pelbagai pendekatan dan BBM yang sesuai dengan pelajaran pada hari itu. Unsur kecindan guru sudah tentu dapat menceriakan keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Perkembangan Moral kognitif

Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih tinggi.

Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar, mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina.

Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.

Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk menentukan apakah yang baik atau jahat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (ínstrument-relativist).

Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi pembalasan.

Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).

Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.

Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.

(18)

Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).

Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang dipersetujui masyarakat.

Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.

Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat kemuliaan manusia sebagai individu.

Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat seseorang yang berumur 18 tahun.

Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Persembahan dan pemahaman dilema moral 2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya 3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan

4. Menyimpul sebab yang diberikan serta memberi sebab-sebab lain jika ada.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

Latihan 2.1

(19)

Soalan 1 Situasi

Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup semua tingkap kelasnya. Semasa sedang menutup tingkap, dengan secara tidak sengaja Leena telah memecahkan salah satu keping daripada cermin tingkap itu. Ketua tingkatan melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas.

Jika anda menjadi guru tersebut apakah tindakan yang anda lakukan?

Soalan 2

Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menjayakan pendekatan perkembangan moral kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral anda?

Rumusan

Pendekatan perkembangan kognitif relevan digunakan kerana salah satu daripada matlamat Pendidikan Moral di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar membuat keputusan yang berautonomi ke atas isu moral berlandaskan kepada prinsip moral. Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta orang lain: menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebab-sebab; menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan mengaitkan penaakulan, emosi serta tingkah laku.

2.2 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar.

(20)

nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.

Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.

2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki. 3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.

4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai: a) meningkatkan tingkah laku yang bermoral

b) mengajar tingkah laku moral yang baru c) mengukuhkan tingkah laku yang bermoral

d) mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral 5. Melaksanakan pengajaran – pembelajaran dalam kelas 6. Menilai pengajaran - pembelajaran

Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang ditetapkan oleh masyarakat.

Latihan 2.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut:

Soalan 1

Apakah tanggapan anda terhadap peraturan yang terdapat di sekolah dalam pembentukan tingkah laku murid-murid?.

Pandangan saya tentang peraturan-peraturan sekolah:

(21)

Soalan 2

Sebagai guru Pendidikan Moral anda yakin bahawa tingkah laku pelajar boleh dibentuk. Cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid supaya menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Tiga aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid menjaga kebersihan persekitaran sekolah:

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas! Halangan boleh diatasi jika anda berfikiran positif

Rumusan

Melalui pendekatan pemupukan nilai, pelajar-pelajar perlu memahami, menganalisis dan menerima konsep-konsep asas yang ditegaskan dalam setiap nilai moral sebelum menghayatinya dan mengambil keputusan yang berautonomi ke atas isu-isu moral berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral yang sarwajagat. Pendekatan ini adalah relevan untuk sekolah-sekolah kerana pembentukan tabiat moral yang baik adalah satu daripada matlamat program Pendidikan Moral.

2.3 Penjelasan Nilai

(22)

Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh digunakan sebagai panduan hidup.

Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut: .

1 Memilih a. secara bebas

b. daripada beberapa alternatif

c. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif

2. Menghargai

a. berasa gembira dengan pilihan

b. secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu kepada orang lain

3. Mengambil tindakan

a. melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih b. berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

Latihan 2.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

(23)

1. Memilih 1___________________________ 1________________________ 2___________________________ 2________________________ 3___________________________ 3________________________

2. Menghargai

Alternatif Kesan Rumusan

Contoh:

a. IPT di bandar tempat tinggal

1. Tinggal di rumah (selesa)

Hargai pilihan itu kepada orang lain.

c. IPT luar negara 1. 2. 3.

3. Mengambil tindakan

(24)

Rumusan

Seseorang individu itu membentuk sesuatu nilai dengan memilih secara bebas, tanpa dipaksa, daripada beberapa alternatif, selepas pertimbangan teliti kesan-kesan setiap alternatif. Pilihan itu merupakan satu nilai sekiranya individu tersebut berpuas hati dan gembira dengan pilihan tersebut serta bertindak terhadapnya. Ini membayangkan suatu kombinasi domain kognitif dan afektif.

2.4 Analisis Nilai

Setelah memahami penjelasan nilai, sekarang marilah kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan pendekatan analisis nilai.

Pendekatan analisis nilai disebut juga ”pendekatan Coombs”. Pendekatan ini menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan nilai-nilai dalam menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Khususnya, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan menimbangkan fakta yang terlibat dalam pertimbangan moral melalui enam prosedur penting dalam analisis nilai. Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan

2. Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta 3. Mengukur kebenaran tentang fakta itu

4. Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak

5. Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan 6. Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat

(25)

1. Mengurangkan perbezaan dalam pentafsiran tentang nilai yang dipersoalkan 2. Mengurangkan perbezaan tentang apa yang didakwa sebagai fakta yang

dikumpulkan

3. Mengurangkan perbezaan tentang ukuran kebenaran fakta yang telah terkumpul 4. Mengurangkan perbezaan tentang kerelevanan fakta berkenaan

5. Mengurangkan perbezaan tentang keputusan nilai yang tidak muktamad

6. Mengurangkan perbezaan dalam menguji kesanggupan menerima prinsip moral

Latihan 2.4

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Baca petikan dibawah ini kemudian jawab soalan berikutnya :

Bapa tidak boleh lupa detik cemas anak dikelar mengerang kesakitan

KUALA LUMPUR 6 September – Pengusaha kantin, Tan Boon Yow, 38, tidak boleh melupakan detik cemas melihat anaknya mengerang kesakitan setelah dikelar pada leher dan ditikam di dada sebelum meninggal dunia di depan matanya di Pangsapuri Sri Bayu, Taman Kema Cahaya, Cheras dekat sini hari ini.

Boon Yow ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata, dia bertambah terkejut kerana tidak menyangka pembunuh anak kesayangannya itu ialah lelaki yanag sudah dikenali keluarganya sejak awal tahun ini.

Beliau berkata mereka sekeluarga memang rapat dengan lelaki itu kerana dia sudah beberapa bulan berkawan dengan anak sulungnya, Tan Hui Choo.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, Hui Choo, 16, mati selepas dikelar pada leher dan ditikam di dada oleh teman lelakinya yang dipercayai cemburu dan enggan membenarkannya meneruskan persekolahannya.

(26)

Soalan 1

Berikan satu contoh situasi salah laku yang dianalisiskan secara logik melalui pendekatan analisis nilai. Gunakan borang grafik kesan dan akibat dalam menyelesaikan situasi tersebut.

Rumusan

Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral dan sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan ini walaupun bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai) amat perlu bagi pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai.

2.5 Bertimbang rasa

Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah anda berkata demikian? “Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan ini ialah “berat mata memandang berat lagi bahu memikul”.

Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan pendekatan bertimbang rasa. Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang perasaan atau emosi. Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaaan moral (sentuhan hati nurani - emosi moral).

Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan,

(27)

HASIL

Soalan 1

Latihan 2.5

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Beri lima contoh perlakuan bertimbang rasa dan lima contoh perlakuan yang tidak bertimbangrasa yang anda dapat lihat dalam kehidupan seharian

Tingkah laku bertimbang rasa Tingkah laku tidak bertimbang rasa

1. Pengetua untuk membuat kertas kerja lawatan sambil belajar para pelajar.

(28)

tambahan bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Apakah keputusan dan tindakan Ani dilihat dari sudut pendekatan bertimbang rasa?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Rumusan

Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain.

2.6 Pembinaan Rasional

Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai, pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis. Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu nilai dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai yang lain.

(29)

dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral, yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat.

Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh digunakan.

1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu dengan lain

2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat

3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik 4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai

5. Memupuk penglibatan diri secara emosi

Rehat sebentar, mungkin anda perlu membuat refleksi diri! Pernahkah anda melakukan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah reaksi pelajar anda ketika itu?

Latihan 2.6

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1 Situasi

Anda seorang guru wanita yang baru bertugas di sebuah sekolah luar bandar.

(30)

Rumusan

Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah rendah. Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan kebolehan pelajar menganalisis dan menyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak.

2.7 Tindakan Sosial

Pelajar sekalian, kini anda akan mempelajari tajuk ke -7 dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diharap anda bersedia untuk mempelajarinya.

Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain, atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu, tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.

1. menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti 2. memahami isu

3. memutuskan tindakan yang akan diambil

4. merancang dan menggubal matlamat dan strategi

5. melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan 6. merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan

(31)

Latihan 2.7

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1.

Sebagai guru Pendidikan Moral anda telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan khidmat Bakti Murni ke rumah orang-orang tua. Projek tersebut akan dikendalikan oleh pelajar kelas Pendidikan Moral. Rangkakan objektif lawatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan tersebut.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Rumusan

Dalam pendekatan tindakan sosial guru berperanan sebagai pakar sumber, kaunselor dan penggerak; bekerjasama dengan ibu bapa, pemimpin tempatan, agensi-agensi kerajaan atau badan sukarela dalam merancang dan melaksanakan apa sahaja projek tindakan sosial. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

Latihan umum untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

(32)

2. Senaraikan strategi pengajaran yang bersesuaian bagi setiap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sediakan satu rancangan mengajar harian yang lengkap dengan mengambil kira pendekatan yang bersesuaian dengan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan.

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Rumusan

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai guru Pendidikan Moral yang inovatif dan kreatif, kebolehan anda menguasai dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan tersebut akan menjadikan anda seorang pendidik yang hebat dan berkesan

Rujukan

Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti ________________ (2002). Modul Pendidikan Moral EDU 2003. Serdang: Percetakan Universiti Putra Malaysia.

________________ (1999). Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ee, A.H. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia.

Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mukherjee, H. (1980), Moral Educatioan and the teacher training programme.

(33)

TAJUK 3

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MORAL

3.0 Pengenalan

Adakah anda tahu bahawa teknik pengajaran pembelajaran adalah penting dalam menyampaikan isi kandungan? Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan

pengajaran pembelajaran. Guru Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru yang bijak memilih teknik pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan

melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat.

Pendekatan `chalk and talk‘ sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai kaedah yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pengajaran, namun kecekapan memilih teknik yang sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan merangsangkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

3.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Sebelum kita meneliti beberapa teknik yang dicadangkan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral, baiklah kita mengetahui terlebih dahulu tentang pendekatan pengajaran. Pendekatan merujuk kepada bagaimana proses pengajaran dilakukan. Ini termasuklah pengolahan isi, penglibatan pelajar, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan. Untuk lebih jelas perhatikan rajah berikut yang menunjukkan perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik.

Sumber : Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1996), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hlm. 228

Pendekatan

Strategi

Kaedah

(34)

Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar. Kaedah ialah cara yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain. Teknik pula ialah cara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Jadi apabila kita membicarakan teknik bererti kita juga membicarakan kaedah, strategi dan pendekatan. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

3.1.1 Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. Dalam Pembelajaran Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama dalam aktiviti ‘Brain Breaks’. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan dapat mengurangkan rasa bosan di kalangan murid sekolah rendah dan menjadi tarikan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

(35)

Antara contoh lagu yang sesuai untuk aktiviti ‘Brain Breaks’ ialah:

Jingli Nona, Jingli Nona, cantik sekali (2x) Orang yang memandang, cukup senang hati

(Ulang keseluruhan lirik sekali lagi)

Adakah anda tahu bahawa banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Antaranya ialah lagu-lagu patriotik. Lagu-lagu patriotik amat sesuai dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan negara.

Berikut ialah senarai lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru.

 Sejahtera Malaysia  Malaysia Boleh

 Keranamu Malaysia  Inilah Barisan Kita

 Jalur Gemilang  Putera Puteri

 Dirgahayu Tuanku  Kampungku

 Tanggal 31  Malaysia O Tanahairku

* Anda boleh membeli kaset lagu-lagu patriotik yang berada di pasaran atau melayari internet untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut.

Sila cari lirik lagu-lagu di atas dan hayati pengajarannya. Tentu anda mendapat banyak nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut.

(36)

Lagu Trek... Tek...Tek... (Lirik asal)

Kalau roboh Kota Melaka, trek... tek...tek... Papan di Jawa saya dirikan, trek... tek...tek....

Kalau sungguh, bagai dikata...

Badan dan nyawa saya serahkan, trek... tek...tek....

Lirik lagu ini boleh diubahsuaikan mengikut tema / nilai yang dirancang oleh guru. Contoh: jika guru mengajarkan nilai 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan.

Lagu Trek...Tek...Tek.... (Lirik yang diubah)

Buah pinang buah pelaga, trek... tek....tek... Bawa ke pekan denganlah rakit, trek....tek....tek....

Cintai kebersihan, amalan mulia,

Dapat hindarkan segala penyakit, trek....tek...tek

Lagu 1 2 3 4

Satu kasih nan abadi

Tiada tandingi Dia yang satu Dua kasih berpanjangan Membawa ke syurga Kasihnya ibu.

Tiga lapar dan dahaga

(37)

Kasih dan kekasih

Ibu ku ingat selalu Menyisir rambutku Kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengarlah lagu ini Untuk kau sandarkan lagu ini Buat pedoman

Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang

Itu bidalan

Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia Ingat itu bukan

Untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara Ingat itu bukan untuk selamanya Hidup ini sementara

Lagu ini amat sesuai jika guru mengajar tentang nilai berkaitan dengan diri dan keluarga yang subnilainya berkisar tentang tanggungjawab terhadap keluarga. Cara pengelolaan aktiviti boleh dibuat dengan meminta murid pejamkan mata semasa guru putarkan lagu. Murid diminta menghayati seni kata lagu ini dan membuat refleksi tentang budi ibu bapa yang telah anda terima selama ini. Apakah pula tanggunjawab anda terhadap mereka? Latihan berikutnya ialah penulisan refleksi berhubung dengan budi baik ayah dan ibu atau membuat kad ucapan hari jadi ibu atau bapa atau sempena dengan Hari Ibu atau Hari Bapa, tulislah sebuah sajak untuk mereka.

(38)

:-1) Tampal senikata lagu di papan hitam atau edarkan lirik lagu.

2) Guru memainkan lagu yang telah dirakam atau nyanyikan lagu itu sendiri. (Guru perlu ada pelan B iaitu guru menyanyikan lagu jika pita rakaman rosak atau gangguan elektrik, perlu sediakan bateri sebagai alternatif)

3) Guru mengajar murid menyanyi lagu mengikut rakaman. ( Guru boleh mengadakan pertandingan antara kumpulan mengubahsuai lirik lagu seperti dalam contoh lirik trek...tek...tek... Pastikan senikata lagu itu mengandungi pengajaran nilai moral ).

4) Guru boleh meminta murid membuat ulasan tentang lagu atau berbincang mengenai nilai yang murni yang terdapat dalam lagu.

5) Sebagai penutup, guru menerangkan nilai moral yang terkandung dalam lagu itu dan meminta pelajar menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Latihan 3.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Contoh 1: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek…tek…tek….

Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral)

Anak monyet membaling batu, trek... tek....tek... Terkena burung di atas dahan, trek....tek....tek....

Hormatilah ayah dan juga ibu... Semoga hidup diberkati Tuhan, trek....tek...tek

(39)

Lagu Trek...Tek...Tek....

(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral)

Nona manis berbaju kasa, trek... tek....tek... Singgah sebentar di Kuala Sedeli, trek....tek....tek....

Ayah ibu banyak berjasa...

Takkan terbalas hingga ke mati, trek....tek...tek

Aktiviti 1

Lengkapkan senarai nilai murni berdasarkan lagu dalam contoh di atas

NILAI HURAIAN

Bertanggungjawab Menjadi tanggungjawab anak membalas jasa ibu dan bapa

Kasih sayang

Hormat

(40)

Aktiviti 2

Huraikan SATU cara guru menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral

Bil Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian

1 Contoh: Bidang Pembelajaran 1: Nilai berkaitan dengan perkembangan diri (Tahun 5, Masa: 20 minit)

 Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 5 supaya memejamkan mata semasa menghayati lagu yang diputarkan.

 Guru memutarkan lagu ’Ayah dan Ibu’ nyanyian Allahyarham Sudirman.  Guru meminta pelajar mengimbas kembali jasa-jasa dan pengorbanan ibu

terhadap pelajar dari kecil hingga kini.

 Selepas mendengar lagu tersebut, guru meminta pelajar menulis refleksi tentang pengorbanan ibu (Bidang Pelajaran: Nilai berkaitan Kekeluargaan.)  Mencipta pantun/sajak untuk ibu yang tercinta.

Aktiviti 3

Sila baca lirik lagu 1 2 3 4 pada muka surat 35

Bil Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian

1 Contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan lagu di atas:

 Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 6 supaya dapat

melengkapkan borang roda masa depan berhubung dengan cara membalas jasa ibu.

 Menulis ucapan Selamat Hari Ibu/Bapa di atas kad ucapan sempena sambutan Hari Ibu/Hari Bapa.

(41)

1) Buat satu peta minda tentang kesan pencemaran yang berlaku pada bumi dan cara mengatasinya.

2) Sketsa tentang ‘Hutan” iaitu jantung dunia.

3) Melengkapkan borang roda masa depan tentang cara-cara memulihara alam sekitar.

4) Berikan tiga aktiviti tambahan yang boleh anda fikirkan.

3.1.2 Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru dalam persediaan teknik bercerita.

Garis Panduan Teknik Bercerita

1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut

2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tema.

3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis ‘pupet’, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian.

(42)

5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi guru dalam pemilihan cerita

6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll.

7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan penyampaian cerita lebih berkesan.

8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.

9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta dalam proses penceritaan tersebut.

11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan kelas secara bergilir-gilir.

12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan kepada murid di samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.

13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang diberikan oleh guru.

14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa.

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid. 16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan

(43)

Berhenti sejenak dan fikirkan.

Murid dalam kelas yang anda mengajar nampaknya terlalu jemu dan ramai yang kelihatan letih dan mengantuk. Fikirkan apakah teknik mengajar yang sesuai untuk mereka.

Mengapa tidak masukkan aktiviti Brain Breaks untuk meleraikan kebonsanan?

Atau

Selitkan nyanyian ke dalam langkah pengajaran dan pembelajaran. Sesekali guru boleh mencuba kelainan dengan menyelitkan lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran iaitu dalam sesi set induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti kita menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi sudah tentu murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami pembelajaran sedemikian sekali lagi. Sudah tentu kenangan-kenangan manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan murid menggemari kelas Pendidikan Moral.

Latihan 3.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

a. Huraikan 5 faktor yang perlu diambil kira ketika menjalankan teknik bercerita. Contoh: Umur murid – cerita harus bersesuaian dengan peringkat umur murid yang menjadi sasaran.

b Huraikan 5 kebaikan teknik bercerita.

c. Senarai lima tajuk cerita binatang yang berkaitan dengan nilai-nilai murni/moral. Contoh: anjing dengan bayang-bayang.

Aktiviti 2

(44)

3.1.3 Lakonan

Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan. Kebanyakan isi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonan.

Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan peranan semasa melakonkan sesesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu kuasa ‘magic’ untuk menarik minat murid.

Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

Lakonan spontan / lakonan tanpa skripLakonan berskrip / baca lakon

Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara.Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Contoh 1: ( Lakonan Berskrip )

Guru memberikan skrip ‘Si Tanggang Derhaka’ kepada murid Tahun 2. Murid-murid yang mengambil bahagian membaca skrip terlebih dahulu di rumah dan melakonkan di hadapan kelas sama ada dengan menggunakan prop atau sebaliknya. Susunan kerusi meja kelas hendaklah diatur mengikut teater/bentuk U untuk memudahkan pergerakan pelakon dan penglihatan audien/murid.

(45)

Murid-murid diminta berlakon secara spontan:

 Kumpulan pelajar Tahun 6 membuli rakan di luar kawasan sekolah  Memarahi seorang peminta sedekah yang datang ke rumah anda.  Merawat ibu sakit di rumah.

 Menjadi seorang penagih dadah yang sedang meracau di bawah pengaruh dadah.

 Seorang pengawas yang berwibawa.  Ponteng sekolah kerana berjudi

 Jurujual datang ke rumah mempromosi barang dengan cara memujuk.

Contoh 3 : (Lakonan Mimos)

 Menaiki sebuah bas yang sesak dan dipandu dengan begitu kasar.

 Seorang petani yang sedang menarik tali seekor kerbau yang memusnahkan tanaman jirannya.

 Seorang anak derhaka yang sedang menghalau ibu tua yang malang dari rumahnya.

 Penunggang motosikal haram yang sedang beraksi

 Seorang murid sekolah yang sedang curi-curi merokok di dalam tandas sekolah.  Penyeluk saku yang sedang beraksi

 Guru disiplin sedang memarahi seorang pelajar yang sering ponteng sekolah.

(46)

 Boneka terbahagi kepada lima jenis iaitu: boneka tangan, boneka sarung, boneka batang, boneka tali dan boneka bayang

 Pengendalian boneka boleh dibahagi kepada dua, iaitu: boneka dengan boneka dan boneka dengan pelakon (guru dan murid)

 Contoh dialog antara boneka buaya dengan boneka kerbau dalam cerita “Tidak Mengenang Budi”

 Dialog antara boneka gadis dengan boneka orang tua dalam cerita “Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali”

Garis Panduan Teknik Lakonan Spontan

 Pilih kumpulan murid yang boleh berlakon dan mempunyai suara yang jelas/kuat sebagai ‘benchmark’ kepada kumpulan yang akan berlakon seterusnya.

 Dialog pelakon adalah bebas tetapi berdasarkan jalan cerita yang disediakan.  Aktiviti dijalankan dalam jangka masa yang pendek.

 Tidak memerlukan latihan.

 Lakonan secara spontan setelah diberikan arahan.  Tidak perlukan prop atau peralatan fizikal.

 Boleh dilaksanakan di mana-mana.

Garis Panduan Teknik Lakonan Berskrip

 Ada persiapan awal seperti peralatan dan skrip.  Pelakon diberikan skrip untuk bacaan dan hafalan.

 Jangka masa yang panjang diperlukan untuk penghayatan watak.  Ada pengarah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Garis Panduan Teknik Lakonan Mimos

(47)

Contoh:

Seorang ibu tua bersedih kerana anaknya tidak pulang berhari raya

Seorang pelajar nakal yang sedang dirotan oleh guru disiplin

Seorang pelajar dengan penuh kesal menasihati raknnya supaya jangan terlibat dengan dadah

Seorang penagih dadah yang telah insaf dan sedang menasihati rakan baiknya meninggalkan dunia dadah

Seorang petani yang rajin sedang mengerjakan kebunnya dengan pelbagai tanaman

 Mimos menekankan gerak geri dan mimik muka pelakon yang mengambil bahagian.

 Guru boleh mendapatkan maklum balas murid dengan soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan tajuk yang diajar.

 Jika lakonan mimos dirakam kesannya akan cukup menarik perhatian murid kerana mereka dapat melihat visual sendiri

Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka

 Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran pembelajaran

 Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara antara guru dan boneka

 Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan semasa lakonan antara boneka dengan boneka

 Jika guru menggunakan ‘pupet’ wayang kulit, guru boleh menggunakan ‘overhead projector’ dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan pupet wayang kulit di atas cermin ‘overhead’. Bayang ‘pupet’ wayang kulit yang digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin.

(48)

Garis Panduan Teknik Baca Lakon

 Skrip cerita yang menarik disediakan oleh guru/murid  Tetapkan pelakon

 Pelajar haruslah memahami isi cerita supaya dapat membaca skrip dengan nada yang meyakinkan

 Pilih pelakon yang ada bakat lakonan untuk menjadikan persembahan cerita menarik

 Pelajar membaca skrip dan melakonkan watak dengan intonasi yang sesuai  Selepas membaca lakonan, perbincangan tentang cerita dan nilai moral

diadakan.

 Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran

Latihan 3.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara berkesan. Walau bagaimanapun terdapat kebaikan dan keburukan teknik ini. Huraikan kekuatan dan kelemahan teknik tersebut.

Kebaikan teknik lakonan Kelemahan teknik lakonan

(49)

Aktiviti 2

Setiap guru harus mempunyai kemahiran bercerita untuk menghidupkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Senaraikan 5 kemahiran bercerita yang perlu ada pada guru.

Contoh: Guru perlu mempunyai variasi suara supaya dapat membezakan watak-watak yang dilakonkan, terutama apabila guru berlakon bersama pupet. Kebolehan meniru bunyi binatang, unsur alam dan bunyi pelbagai latar belakang dengan berkesan sudah tentu dapat menghidupkan suasana.

i. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3.1.4 Main Peranan

(50)

Berikut ialah contoh-contoh Main Peranan:

1 Satu temu duga Melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua Pengawas sekolah rendah

2 Pegawai polis menyoal siasat penjenayah

Melakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank

3 Kaunselor menasihati pelajar yang bermasalah

Melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri.

4 Seorang murid menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri wang di dalam kelas

Melakonkan watak murid yang menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri.

5 Seorang doktor dengan pesakit Melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan

6 Gengsterisme di sekolah Seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan sebanyak RM 2.00

3.1.5 Simulasi

Pernahkah anda mengikuti satu perbicaraan mahkamah, sama ada dalam filem atau drama? Teknik ini merupakan satu contoh simulasi. Dapatkah anda kaitkan contoh ini dengan maksud simulasi? Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu masalah dalam keadaan terkawal. Melalui teknik ini murid-murid melakukan sesuatu perkara secara pura-pura dalam satu keadaan teratur. Guru harus bijak mewujudkan satu situasi masalah moral yang sesuai dengan mana-mana lima Bidang Pembelajaran Moral yang dipilih.

Contoh

Guru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid yang baru sahaja ditangkap kerana melakukan vandalisme. Guru cuba menyoal sebab-sebab dia kerap kali merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid diminta memainkan peranan sebagai individu yang selalu merosakkan harta awam manakala murid yang sering merosakkan harta sekolah berperanan sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan akan sedar dan menilai kembali sikap negatifnya.

(51)

Latihan 3.5

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Huraikan garis panduan untuk menjalankan teknik simulasi dengan melengkapkan grafik di bawah:

Sebelum Simulasi

 Guru mewujudkan satu situasi bermasalah secara lisan / bertulis 

  

Semasa Simulasi

 Pelajar memainkan watak-watak 

  

Selepas Simulasi

 Pelajar digalakkan memberikan pendapat tentang cara-cara penyelesaian masalah melalui aktiviti simulasi

     Aktiviti 2

(52)

TAHUN SITUASI CERITA 1 di dalam tandas sekolah

2 di dalam bas

3 di pejabat Guru Besar Seorang murid sedang meniru buku teks dalam peperiksaan akhir tahun. Guru dapat mengesannya. Murid dibawa berjumpa dengan guru besar. Dialog yang sesuai

4 di pejabat pos 5 di kantin sekolah 6 di jalan raya

3.1.6 Penyelesaian Masalah

Mari pula kita melihat maksud teknik penyelesaian masalah. Teknik ini digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian. Kaedah penyelesaian masalah juga merupakan satu cara pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang saintifik.

Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai proses pemikiran peringkat tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom iaitu aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Terdapat pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah inkuiri penemuan, sumbangsaran, simulasi dan kaedah penyelesaian masalah itu sendiri.

Tujuan utama menggunakan teknik penyelesaian masalah adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang sudah dipelajari bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Secara tidak langsung guru turut melatih mereka supaya berfikiran kritis dan kreatif. Latihan berfikir ini penting kerana proses berfikir akan menjurus kepada aktiviti membuat keputusan.

Garis Panduan Teknik Penyelesaian Masalah

(53)

Teliti rajah di bawah dan kenal pasti masalah-masalah lain.

Langkah-langkah Proses

Menilai dan membuat rumusan

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

(54)

Mengenal pasti masalah  mencari cara menangani masalah datang lewat ke sekolah.

Mencari maklumat

 berbincang dengan guru.

 berbincang dengan murid yang selalu datang lewat.

 berbincang dengan rakan baik pelajar yang selalu datang lewat.

 Mendapatkan butiran peribadi keluarga yang ada kaitan dengan masalah pelajar.

Membuat hipotesis  Mungkin boleh berbincang dari hati ke hati dengan murid yang selalu datang lewat ke sekolah berhubung dengan masalah yang menyebabkan mereka lewat.

 Beri surat amaran i, ii, iii.

 Telefon ibu bapa / penjaga murid berhubung dengan anak mereka.

 Hukuman denda yang setimpal oleh pihak sekolah.

 Minta pelajar ‘berikrar’ di hadapan perhimpunan supaya mereka tidak datang lewat.

Menguji hipotesis Mencuba rancangan-rancangan / langkah yang tercatat di atas.

Menilai dan membuat rumusan

 Menilai keberkesanan pelaksanaan cara-cara mengatasi datang lewat ke sekolah. Jika berjaya boleh dicuba kepada murid-murid lain. Jika gagal, fikirkan cara-cara baru.

Berhenti sejenak dan fikirkan

(55)

Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap masalah perlu ada penyelesaian yang berkesan. Kes murid yang merokok di dalam tandas, kaki buli yang memeras ugut murid perlukan pendekatan penyelesaian masalah yang berlainan. Guru yang bijak akan menyelesaikan masalah umpama “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah”

Antara prinsip menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah ialah:

Selepas mempelajari sesuatu topik tertentu murid diminta menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi oleh guru. Dengan cara ini murid dapat mengaplikasi kaedah yang baru dipelajari dengan permasalahan sebenar. Melalui cara ini pemahaman pelajar dapat diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.

Masalah yang diberi oleh guru perlu mengambil kira pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Tujuannya ialah membolehkan pelajar dari pelbagai aras kecerdasan dapat menyelesaikan masalah yang diberikan. Sekiranya masalah yang disediakan terlampau sukar pelajar hilang minat kerana gagal menyelesaikannya dan begitulah sebaliknya. Guru seharusnya memberikan tunjuk ajar berhubung dengan penyelsaian masalah kepada pelajar terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang masalah untuk di selesaikan. Guru perlu menerangkan langkah-langkah penyelesaian untuk panduan murid. Latihan menjadi lebih mudah jika guru berikan contoh masalah dan lengkapkan dengan cara penyelesaian masalah kepada pelajar.

Guru perlu mengelak daripada memberikan jawapan kepada permasalahan yang dikemukakan. Bimbinglah mereka mencari jalan dan alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana ‘lebih baik mengajarkan kemahiran memancing daripada

Referensi

Dokumen terkait

Pada hari ini rabu tanggal tujuh bulan Mei tahun Dua Ribu Empat Belas (07-05-2014) , yang bertanda tangan di bawah ini Pokja Jasa Konsultansi Dan Jasa Lainnya di Unit Layanan

dapat mencapai matlamat UIAM bagi kemahiran kefahaman bacaan dan kemahiran menulis di.. peringkat permulaan dan di peringkat pertenga- han. Kaedah ini didapati kurang berkesan bagi

Dengan ini menyatakan, bahwa saya bersedia ditugaskan sebagai pendidik untuk pendidikan anak-anak Indonesia di Malaysia/Mindanao, selama 2 (dua) tahun berturut-turut,

Penelitian ini menggunakan data dari buku tersebut agar bisa mengetahui peristiwa sejarah Bendungan Danawarih yang di cetuskan oleh Ki Gede Sebayu dalam membangun

Mukhlis PaEni, juga menjelaskan bahwa hubungan Indonesia dan Malaysia dalam catatan sejarah sudah terjalin sejak Abad ke-14 di mana saat itu terjadi perpindahan kelompok

Refleksi Individu.. Tahun 3 Murni berada di kedudukan kedua dalam senarai kelas untuk tahun tiga daripada empat kelas yang ada. Berdasarkan pemerhatian awal saya ,

Dengan demikian permasalahan yang ada pada Unit Pelayanan Terpadu Satu Atap Kotamadya Jakarta Selatan, di samping masih adanya faktor petugas di loket pelayanan, faktor lain

Penelitian tentang struktur dan nilai moral yang terkandung dalam puisi nadoman sejarah Nabi Muhammad SAW ini dilaksanakan dengan menggunakan metode deskriptif