Mengenal pasti masalah mencari cara menangani masalah datang lewat ke sekolah.
Mencari maklumat
berbincang dengan guru.
berbincang dengan murid yang selalu datang lewat.
berbincang dengan rakan baik pelajar yang selalu datang lewat.
Mendapatkan butiran peribadi keluarga yang ada kaitan dengan masalah pelajar.
Membuat hipotesis Mungkin boleh berbincang dari hati ke hati dengan murid yang selalu datang lewat ke sekolah berhubung dengan masalah yang menyebabkan mereka lewat.
Beri surat amaran i, ii, iii.
Telefon ibu bapa / penjaga murid berhubung dengan anak mereka.
Hukuman denda yang setimpal oleh pihak sekolah.
Minta pelajar ‘berikrar’ di hadapan perhimpunan supaya mereka tidak datang lewat.
Menguji hipotesis Mencuba rancangan-rancangan / langkah yang tercatat di atas.
Menilai dan membuat rumusan
Menilai keberkesanan pelaksanaan cara-cara mengatasi datang lewat ke sekolah. Jika berjaya boleh dicuba kepada murid-murid lain. Jika gagal, fikirkan cara-cara baru.
Berhenti sejenak dan fikirkan
Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap masalah perlu ada penyelesaian yang berkesan. Kes murid yang merokok di dalam tandas, kaki buli yang memeras ugut murid perlukan pendekatan penyelesaian masalah yang berlainan. Guru yang bijak akan menyelesaikan masalah umpama “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah”
Antara prinsip menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah ialah:
Selepas mempelajari sesuatu topik tertentu murid diminta menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi oleh guru. Dengan cara ini murid dapat mengaplikasi kaedah yang baru dipelajari dengan permasalahan sebenar. Melalui cara ini pemahaman pelajar dapat diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.
Masalah yang diberi oleh guru perlu mengambil kira pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Tujuannya ialah membolehkan pelajar dari pelbagai aras kecerdasan dapat menyelesaikan masalah yang diberikan. Sekiranya masalah yang disediakan terlampau sukar pelajar hilang minat kerana gagal menyelesaikannya dan begitulah sebaliknya. Guru seharusnya memberikan tunjuk ajar berhubung dengan penyelsaian masalah kepada pelajar terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang masalah untuk di selesaikan. Guru perlu menerangkan langkah-langkah penyelesaian untuk panduan murid. Latihan menjadi lebih mudah jika guru berikan contoh masalah dan lengkapkan dengan cara penyelesaian masalah kepada pelajar.
Guru perlu mengelak daripada memberikan jawapan kepada permasalahan yang dikemukakan. Bimbinglah mereka mencari jalan dan alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana ‘lebih baik mengajarkan kemahiran memancing daripada memberikan ikan untuk dimakan’ kerana kemahiran tersebut dapat digunakan oleh
mereka sepanjang hayat.
Latihan 3.6
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Aktiviti 1
Baca dan fahamkan permasalahan berikut kemudiaan selesaikan dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah.
Murid X sering ponteng sekolah walaupun peperiksaan UPSR akan menjelang sebulan lagi. Murid X seorang yang pandai tetapi sejak awal Tahun 6 pencapaian pelajarannya semakin merosot. Melalui maklumat daripada kawannya, ayah murid X baru berkahwin lagi. Ibu murid X begitu tertekan dan sering memaki hamun dan membelasah adik beradiknya untuk melepaskan geram. Murid X turut tertekan. Dia sering ponteng sekolah kerana berkawan dengan rakan sebaya yang buruk akhlaknya. Ayahnya langsung tidak mempedulikannya. Murid X sudah mula merokok di luar kawasan sekolah. Sikapnya menjadi agresif. Dia bukan sahaja tidak menghormati bapa malah ibunya dan guru di sekolah.
Langkah Proses
Mengenal pasti masalah
Ayah berkahwin lagi tanpa restu keluarga Murid X ponteng sekolah
Murid X menjadi agresif dan biadab
Murid X merokok dan berkawan dengan rakan nakal Ibu tertekan dan lepaskan geram terhadap anak-anak Pelajaran murid X merosot
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Menilai & membuat rumusan
3.1.7 Perbincangan
Pernahkah anda berbincang secara serius tentang satu tajuk pelajaran dengan rakan- rakan anda? Perbincangan merupakan satu lagi teknik pengajaran dalam Pendidikan Moral. Teknik ini merupakan satu bentuk diskusi antara ahli kumpulan sama ada kumpulan kecil atau besar. Teknik perbincangan dapat menimbulkan minat pelajar dalam sesuatu perkara yang menjadi isu dan membolehkan pelajar mengeluarkan pendapat masing-masing.
Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan pelajarnya di kelas atau antara pelajar dengan pelajar dalam situasi di kelas. Tujuan utamanya adalah untuk melatih pelajar memberikan pendapat berhubung dengan sesuatu topik yang ditetapkan. Sebagai guru anda bolehlah merangsang teknik ini dengan aktiviti perbincangan secara kelas, kumpulan kecil (buzz), perbahasan dan forum. Guru perlu mengawal kelas supaya murid-murid dapat didisiplinkan dan dapat melatih pelajar mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur disamping menghormati pendapat pelajar lain. Setelah selesai sesi perbincangan guru bolehlah membantu pelajar membuat kesimpulan berhubung dengan tajuk yang dibincangkan Banyak tajuk yang boleh dijalankan secara perbincangan di dalam kelas. Di bawah adalah antara tajuk/isu Pendidikan Moral Sekolah Rendah yang boleh dijadikan perbincangan.
Pengurusan masa yang baik asas kejayaan individu Menabung amalan mulia
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Ponteng sekolah menggelapkan masa depan murid Makan seimbang asas kesihatan diri
Keselamatan diri murid adalah tanggungjawab murid sendiri
Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang – kaitkan dengan kejayaan murid cemerlang dalam sesuatu peperiksaan
Kalau tidak dipecahkan ruyung manatah dapat sagunya
Perbincangan dapat dibahagikan kepada 2 jenis : 3.1.7.1 Sesi Buzz
Sesi Buzz ialah perbincangan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-6 orang. Bagaimana anda boleh menjalankannya? Bagi melaksanakan sesi buzz teliti garis panduan di bawah.
Garis Panduan Teknik Buzz :-
Seorang ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya.
Pelajar akan mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan berhubung dengan perbincangan tersebut.
Peringkat akhir, kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan am.
Idea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada guru untuk penilaian.
Sumbang saran pula merupakan satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan berkelompok. Setiap peserta digalakkan memberikan sebarang idea yang difikirkan relevan. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.
Contoh 1
BP 5 : Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Negara
5.2 Patuh kepada peraturan dan undang-undang
Guru mewujudkan satu situasi berhubung dengan perbuatan vandalisme di kalangan remaja yang boleh menjatuhkan imej negara. Perbincangan berfokus kepada kejadian membakar sekolah sebagai balas dendam dan tidak berpuas hati dengan pentadbir.
Berikan justifikasi anda terhadap perbuatan tersebut
Berhenti dan renung sejenak
Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi. Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan?
Contoh terbaik ialah gejala melepak, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang masa yang berharga, melawan ibu dan bapa baik secara terang-terangan atau sebaliknya.
Renungkanlah !!!
Latihan 3.1.7
Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah
Aktiviti 1
3.1.8 Projek