• Tidak ada hasil yang ditemukan

ALLAH MAHA SUCI LAGI MAHA TINGGI; TIADA SESUATU YANG

Dalam dokumen kebun makrifat (Halaman 41-57)

TERSEMBUNYI DARI-NYA TENTANG APA SAJA YANG DILAKUKAN MANUSIA (MUKMIN; MUNAFIK; KAFIR) DI MALAM ATAU SIANG HARINYA; ALLAH MAHA MENGETAHUI SEMUA DETAIL-DETAIL DAN PENGETAHUAN-NYA MELIPUTI SEGALA SESUATU; ANGGOTA BADAN ANDA ADALAH SAKSI, ORGAN-ORGAN TUBUH ANDA MERUPAKAN TENTERA [MELAWAN] DIRI ANDA SENDIRI, BATIN ANDA MELAYANINYA SEBAGAI MATA [UNTUK MENGAWASI DOSA-DOSA ANDA] DAN KESENDIRIAN ANDA TERBUKA KEPADA-NYA. “MATA PARA LELAKI ADA SERAKAH DAN LIRIKAN ADALAH PENYEBAB

MEREKA MENJADI RAKUS; APABILA SESEORANG DI ANTARA ANDA MELIHAT SEORANG WANITA YANG MENARIK HATINYA; HENDAKLAH IA MENEMUI ISTERINYA KERANA SETIAP WANITA ADALAH WANITA.”

"BARANGSIAPA MEMASUKI AGAMA HANYA SEJAUH MENDAPATKAN KEUNTUNGAN DARI DUNIA DAN IA SENGAJA MELIBATKAN DIRI DALAM KERAGUAN MAKA IA MENGAMBILNYA SEBAGAI PENUTUP

KEKURANGANNYA.”

"BIARLAH MATI, ASAL JANGAN HINA; BIARLAH KECIL, ASAL TIDAK MELALUI ORANG LAIN; ORANG YANG TIDAK MENDAPATKAN SEMENTARA DUDUK,

TIDAK PULA AKAN MENDAPATKAN DENGAN BERDIRI; DUNIA MEMPUNYAI DUA HARI. SATU BAGI ANDA DAN SATU TERHADAP ANDA; APABILA HARI ITU UNTUK ANDA. JANGANLAH MERASA BANGGA TETAPI APABILA IA TERHADAP ANDA, BERSABARLAH ATASNYA.”

ALLAH Azza Wa Jalla telah menempatkan pada anda beberapa kewajiban yang tidak boleh anda abaikan; ALLAH Azza Wa Jalla meletakkan batas-batas yang tidak boleh anda langgar; ALLAH Azza Wa Jalla melarang anda terhadap hal-hal tertentu yang tidak boleh anda langgar; ALLAH Azza Wa Jalla telah mendiamkan tentang hal-hal tertentu tetapi [Yang Maha

Pembimbing] tidak membiarkannya disebabkan kekeliruan supaya anda tidak mendapatkannya.

"Janganlah merasa aman dari hukuman ALLAH Azza Wa Jalla, sekalipun orang terbaik di seluruh umat kerana [Tiada yang merasa aman dari azab ALLAH Azza Wa Jalla kecuali orang-orang yang merugi]; Dan janganlah berputus-asa bahkan bagi manusia terburuk dari umat kerana

[Sesungguhnya tiada berputus-asa rahmat ALLAH Azza Wa Jalla, melainkan kaum yang kafir]."

Pada manusia ada segumpal daging yang terpaut padanya dengan suatu nadi, [itulah hati]; ia mengandung simpanan kebijaksanaan dan hal-hal yang bertentangan dengan kebijaksanaan; Apabila ia melihat sepercik harapan, ghairah merendahkannya; Apabila ghairah

meningkat, keserakahan meruntuhkannya; Apabila kekecewaan mengalahkannya, kesedihan membunuhnya; Apabila marah bangkit kepadanya, keberangan yang parah berkembang; Apabila ia

diberkati dengan kesenangan, ia lupa berlaku waspada; Apabila ia khuatir, ia menjadi tidak peduli; Apabila kedamaian meluas di mana-mana, ia menjadi lalai; Apabila ia mendapat kekayaan,

ketidakpedulian meletakkannya pada yang salah; Apabila kesusahan menimpanya, ketidaksabaran menjadikannya rendah; Apabila ia menghadapi kelaparan, derita mengalahkannya; Apabila lapar meyerangnya, kelemahan membuatnya duduk; Apabila makannya meningkat, beratnya perut menyakitinya; Al-Hasil…. [Setiap

kekurangan merugikannya]; Dan [setiap kelebihan menyakitinya].

Berilmulah orang yang mengetahui nilainya; Cukuplah bagi seseorang untuk tetap jahil apabila tidak mengenal nilainya; Sesungguhnya orang yang paling dibenci di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla ialah orang yang

ditinggalkan ALLAH Azza Wa Jalla bersendirian; Ia tersesat dari jalan yang benar dan bergerak tanpa petunjuk; Apabila ia dipanggil kepada perkebunan dunia ini, ia giat; Tetapi apabila ia dipanggil ke perkebunan akhirat, ia enggan serta bertangguh; Seakan-akan untuk apa yang ia giat adalah wajib baginya, sedangkan segala yang untuk itu ia enggan tidak dituntut darinya. "Ada banyak orang yang diberi waktu [oleh ALLAH Azza Wa Jalla] dengan perlakuan baik terhadap mereka; Dan banyak orang tertipu kerana kegiatan dosanya ditirai [oleh ALLAH Azza Wa Jalla]; Dan banyak yang terpesona oleh pembicaraan baik tentang diri mereka sendiri; ALLAH Azza Wa Jalla tidak mencubai orang yang diberi-Nya waktu [untuk tetap berdosa]." "Tiada kekayaan yang lebih menguntungkan berbanding kebijaksanaan;

Tiada kesepian yang lebih mengasingkan berbanding puji diri; Tiada fikiran sebaik kebijaksanaan; Tiada kemuliaan seperti [takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla]; Tiada sahabat seperti keramahan; Tiada warisan seperti

kesopanan; Tiada pandu seperti anjuran; Tiada perniagaan seperti amal sholeh; Tiada keuntungan seperti ganjaran Ilahi; Tiada mawas diri seperti diam pada saat ragu; Tiada pantangan seperti menghindari larangan; Tiada pengetahuan seperti pemikiran; Tiada ibadat seperti pelaksanaan

kewajiban; Tiada iman seperti kesederhaan serta kesabaran; Tiada capaian seperti kerendahan hati; Tiada kehormatan seperti pengetahuan; Dan tiada dukungan yang lebih dapat diandalkan daripada nasihat."

Suatu saat akan datang dan telah datang kepada anda; Ketika tiada yang lebih tersembunyi dari kebenaran, tiada yang lebih nampak daripada kebatilan dan tiada yang lebih lumrah dari dusta terhadap ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya bagi manusia di masa itu (mungkin kini); Tiada sesuatu yang lebih tidak berharga selain Al-Quran yang dibaca sebagaimana

seharusnya ia dibaca dan tiada sesuatu yang lebih berharga dari Al-Quran yang disalahtempatkan dari kedudukannya; Di kota-kota tiada yang lebih dibenci dari kebajikan dan tiada yang lebih disukai berbanding kejahatan (kemaksiatan).

Para pemegang kitab itu akan membuangnya dan para penghafalnya akan melupakannya; Di hari-hari itu al-Quran dan umatnya akan terasing dan tercampak; Mereka akan menjadi sahabat-sahabat yang berkumpul di satu jalan, tetapi tidak seorang pun akan memberikan perlindungan kepada mereka; Akibatnya, di masa itu al-Quran dan umatnya akan berada di antara manusia tetapi tidak termasuk kalangan mereka; Dan akan berada pada mereka tetapi tidak bersama mereka kerana kesesatan tidak akan bersesuaian dengan petunjuk sekalipun mereka mungkin berada bersama-sama; Manusia akan bersatu pada perpecahan dan oleh kerana itu akan memutuskan diri dari umat, seolah-olah mereka adalah para pemimpin al-Quran dan bukan al-al-Quran pemimpin mereka; Tiada darinya yang akan tertinggal pada mereka kecuali namanya dan mereka tidak akan mengethaui apa-apa kecuali tulisan dan kata-katanya (sebutan); Sebelum itu mereka akan menimpakan kesukaran pada orang kebajikan, menamakan pandangan orang sabar mengenai ALLAH Azza Wa Jalla hujah palsu dan menerapkan kepada orang sabar hukuman orang zalim. Orang-orang sebelum anda berlalu kerana [berpanjangan hawa nafsu] mereka dan kelupaan akan kematian mereka hingga peristiwa yang dijanjikan itu menimpa mereka; Di mana yang dalih-dalihnya ditampik (dibungkam), taubat ditolak serta hukuman dan pembalasan ditimpakan.

"Dosa yang terburuk ialah dosa yang dipandang remeh oleh pelakunya." "Banyak orang terjerumus ke dalam kejahatan (keburukan) kerana dipuji-puji."

"Kekayaan dan kemiskinan akan ada setelah menghadap kepada ALLAH Azza Wa Jalla."

"Apabila seseorang mempunyai sifat terbuka; Tunggu dan lihatlah sifat-sifatnya yang lain."

"Tiada kota yang mempunyai hak lebih besar pada anda berbanding yang lainnya; Kota yang terbaik bagi anda ialah kota yang melahirkan anda." "Manusia adalah musuh dari apa yang tidak diketahuinya."

"Sabar adalah tirai untuk menutupi dan akal adalah pedang yang tajam; Kerana itu, simpanlah kelemahan dalam perilaku anda dengan kesabaran dan bunuhlah hawa nafsu anda dengan akal."

Janganlah menjadi seperti orang yang mengharapkan [rahmat] bagi kehidupan di akhirat tanpa beramal dan menunda taubat dengan

[memperpanjang] hawa nafsu, lalu mengucapkan kata-kata sebagai [zahid] di dunia ini. Tetapi bertindak sebagai orang yang berghairah untuk itu; Apabila ia diberi sesuatu darinya, ia tidak merasa puas; Apabila ia ditolaki, ia tidak puas; Ia tidak bersyukur atas apa yang ia perolehi dan menghasratkan penambahan dalam apa saja yang tertinggal padanya; Ia mencegah orang lain tetapi [tidak mencegah dirinya]; Ia menyuruhkan kepada orang lain apa yang ia sendiri tidak melakukannya; Ia cinta kepada orang [bajik] tetapi tidak berlaku seperti mereka; Ia membenci [orang keji] tetapi ia sendiri satu dari mereka; Ia tidak menyukai maut kerana kelebih-lebihan dosanya tetapi [menganut] apa yang kerana itu ia takut mati.

Apabila ia sakit, ia merasa malu; Apabila ia sihat, ia merasa aman lalu berkecimpung dalam kesenangan; Apabila ia sembuh dari sakit, ia merasa sombong akan dirinya; Apabila ia tertimpa musibah , ia merasa putus-asa; Apabila kesusahan menimpanya, ia berdoa seperti orang yang kerasukan; Apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia jatuh ke dalam tipuan dan memalingkan mukanya menjauh; Hatinya menaklukkan dengan hal-hal khayalan sementara ia tidak dapat mengendalikan hatinya dengan

keyakinan; Bagi orang lain ia takutkan dosa-dosa kecil tetapi bagi dirinya ia mengharapkan ganjaran yang lebih besar dari amalnya; bila ia menjadi kaya, ia menjadi angkuh dan jatuh dalam kejahatan (kemungkaran): Apabila ia menjadi miskin, ia berputus-asa dan menjadi lemah; Ia berlaku singkat dalam beramal tetapi terlalu jauh ketika meminta; Apabila hawa nafsu menguasainya, ia cepat berbuat maksiat tetapi lambat bertaubat; Apabila kesukaran menimpanya, ia meninggalkan ketentuan agama; Ia menggambarkan peristiwa-peristiwa yang mengandung pelajaran tetapi ia sendiri tidak mengambil pelajaran; Ia berkhutbah panjang lebar tetapi tidak menerima khutbah apa pun bagi dirinya sendiri; Ia tinggi dalam bicara tetapi pendek dalam amal; Ia mendambakan hal-hal yang akan musnah dan mengabaikan hal-hal yang bertahan abadi; Ia memandang keuntungan sebagai kerugian dan kerugian sebagi keuntungan; Ia takut kematian tetapi tidak berbuat sesuatu untuk menghadapinya; Ia memandang dosa-dosa orang lain besar tetapi memandang dosanya sendiri kecil; Apabila ia berbuat sesuatu dalam menaati ALLAH Azza Wa Jalla, ia memandangnya banyak tetapi apabila orang lain melakukan hal yang sama, ia menganggapkan sedikit; Kerana itu, maka ia mencela orang lain tetapi memuji dirinya; Hiburan dalam pergaulan dengan orang berharta (mewah) lebih dicintainya daripada mengingat [ALLAH Azza Wa Jalla] bersama orang miskin; Ia menjatuhkan keputusan terhadap orang lain bagi kepentingannya sendiri dan tidak berbuat demikian terhadap dirinya sendiri untuk kepentingan orang lain; Ia menuntun orang lain tetapi menyesatkan dirinya sendiri; Ia

ditaati oleh orang lain tetapi ia sendiri tidak menaati [ALLAH Azza Wa Jalla]; Ia mencari kepuasan [kewajiban kepada dirinya sendiri] tetapi tidak

memenuhi kewajiban [terhadap orang lain]; Ia takut kepada manusia [dan bertindak] bagi yang selain ALLAH Azza Wa Jalla dan tidak takut kepada-Nya dalam urusannya dengan manusia.

"LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH" Penjelasan:

Kita sama sekali bukan majikan bersama ALLAH Azza Wa Jalla atas apa pun dan kita bukanlah majikan selain dijadikan-Nya kita majikan; Maka, ketika ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan kita majikan atas sesuatu yang tentang itu, ALLAH Azza Wa Jalla adalah [Majikan Yang Tertinggi] berbanding kita; ALLAH Azza Wa Jalla menetapkan beberapa kewajiban kepada kita dan apabila ALLAH Azza Wa Jalla mengambilnya; Maka, ALLAH Azza Wa Jalla akan mengambil kewajibab-kewajiban itu juga.

"Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-Nya kita akan kembali" Penjelasan:

'INNA LILLAHI', (Sesungguhnya kita milik ALLAH) adalah suatu pengakuan akan kewalian-Nya atas diri kita dan 'WA INNA LILLAHI RAJIUN', (dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali) adalah pengakuan bahawa kita fana.

Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah menunjukkan kesan-kesan sedemikian rupa tentang wewenangan-Nya dan kesucian dari kemuliaan-Nya melalui keajaiban-keajaiban dari kekuasaan-kemuliaan-Nya sehingga mereka menyilaukan bola mata dan mencegah fikiran menilai hakikat dari sifat-sifat-Nya; Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH Azza Wa Jalla dengan keimanan, kepastian, ketulusan dan keyakinan; Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nyayang diutuskan ketika tanda-tanda petunjuk telah dihapus dan jalan agama telah sepi; Maka, beliau membentangkan kebenaran, memberi nasihat kepada manusia, memberi petunjuk kepada kebaikan dan memerintahkan mereka (manusia) untuk menjadi sederhana; Semoga ALLAH Azza Wa Jalla memberi [selawat dan salam] kepada beliau dan keturunannya.

Ketahuilah.... Wahai para hamba ALLAH bahawa Yang Maha Mencipta tidak ciptakan anda dengan sia-sia dan tidak membiarkan anda; Yang Maha Mengetahui luasnya nikmat-Nya dan besarnya kurnia-Nya kepada anda; Kerana itu, mintalah kepada-Nya keberhasilan dan tercapainya tujuan; Memohonlah ke hadapan-Nya dan carilah kemurahan-Nya; Tiada tirai yang menyembunyikan anda dari-Nya; Tiada pintu yang tertutup di hadapan anda terhadap-Nya; ALLAH Maha Mengetahui kita pada setiap tempat, pada setiap saat juga pada setiap keadaan; Kerana ALLAH Azza Wa Jalla bersama setiap manusia dan jin; ALLAH Maha Pemurah memberi tidak menimbulkan suatu kekurangan pada-Nya; ALLAH Maha Pemurah memberi hadiah tidak menyebabkan pengurangan pada-Nya; Seorang pengemis tidak dapat menghabiskan-Nya dan membayar [kepada orang lain] tidak dapat menyebabkan-Nya kehabisan.

suara tidak menghalangi-Nya dari suara lain dan satu pemberian nikmat tidak Nya dari menolak nikmat yang lain; Marah tidak mencegah-Nya dari belas kasihan; Belas kasihan tidak mencegah-mencegah-Nya dari

menghukum; Ketersembunyian-Nya tidak menyembunyikan maujud-Nya dan maujud-Nya tidak mencegah-Nya dari ketersembunyian-Nya; ALLAH Azza Wa Jalla dekat dan sekaligus jauh; ALLAH Maha Tinggi dan pada saat yang sama juga rendah; ALLAH Azza Wa Jalla maujud dan juga

tersembunyi; ALLAH Azza Wa Jalla tersembunyi namun termasyhur;

ALLAH Azza Wa Jalla meminjamkan tetapi tidak dipinjami apa pun; ALLAH Azza Wa Jalla tidak menciptakan ciptaan setelah merancang, tidak pula mengambil bantuan mereka kerana lelah.

Wahai para hamba ALLAH.... Untuk bertakwa kepada ALLAH Maha Agung kerana [nasihat] itu adalah kendali dan tiang [agama]; Berpegang-teguhlah pada pokok-pokoknya yang menonjol, peganglah terus hakikat-hakikatnya; Itu akan membawa anda ke tempat kediaman yang lapang, tempat-tempat kesenangan, benteng-benteng keamanan dan rumah-rumah kemuliaan pada hari [Pengadilan] iaitu hari yang pada waktu itu mata [mereka] terbelalak; Ketika akan ada kegelapan di mana-mana, ketika kelompok-kelompok kecil unta hamil sepuluh bulan akan diberi izin untuk merumput dengan bebas dan ketika sangkakala ditiup; Kemudian setiap yang hidup akan mati, setiap suara akan menjadi bisu, gunung-gunung yang tinggi serta batu-batu yang keras akan runtuh [berkeping-keping] sehingga batu-batunya yang keras akan berubah menjadi pasir yang bergerak dan dasar-dasarnya akan menjadi rata; [Pada hari itu] tidak akan ada perantara untuk mengantarai dan tidak ada keluarga untuk menjauhkan [kesusahan] serta tiada dalih yang dapat diperoleh.

ALLAH Azza Wa Jalla membuat telinga bagi anda untuk memelihara apa yang penting, mata untuk melihat sebagai ganti kebutaan dan anggota badan yang terdiri dari berbagai bahagian [yang lebih kecil], yang

lengkungannya sebanding dengan pembentukkan bangunnya serta panjang usianya dan juga tubuh yang [menopang] dirinya; Malahan hati yang sibuk mencari makanannya disamping nikmat-nikmat besar lain; Anugerah-anugerah bagi yang memerlukan dan kubu-kubu keamanan; ALLAH Azza Wa Jalla telah menetapkan bagi anda peninggalan dari manusia-manusia yang telah berlalu untuk pendidikan anda; Orang-orang itu bersenang-senang sepenuhnya dan sama sekali tidak dihalangi; Maut menjangkaunya sebelum [pemuasan] hawa nafsunya yang darinya maut memisahkan; Mereka tidak mempersiapkan diri selagi tubuh mereka sihat dan tidak mengambil pelajaran selagi masa muda.

Apakah orang-orang yang masih muda ini menunggu hingga saat bongkok di hari tua dan orang-orang yang menikmati tubuh yang sihat menunggu saat sakit-sakitan lalu orang-orang yang hidup ini menunggu saat kematian? Ketika saat perpisahan mendekat dan saat perjalanan tiba dengan perihnya kesedihan serta kebingungan, penderitaan dari kesusahan lalu tercekiknya oleh liur; Waktu tiba untuk memanggil kaum kerabat dan sahabat untuk menolong mengubah letak tubuhnya di tempat tidur; Maka, dapatkah saat itu karib kerabat menghentikan kematian atau dapatkah para wanita yang berkabung membawa perbaikan? Ia malah akan ditinggalkan sendiri di liang yang terbatas pada sudut sempit uburnya.

Kulitnya dirobek-robek seluruhnya oleh serangga dan tubuhnya yang bugar, hancur dan membusuk; Badai menyingkirkan jejak-jejak dan bencana bahkan menghapus tanda-tandanya; Badan-badan yang bugar berubah menjadi kurus dan layu serta tulang-tulang menjadi lapuk; Roh dibebani dengan beratnya dosa dan baru menjadi sedar akan hal-hal yang ghaib; Tetapi sekarang, amal baik tidak dapat ditambah lagi, tidak dapat pula kejahatan (kemaksiatan) ditebus dengan bertaubat; Bukankah anda putra, ayah, saudara dan kerabat dari orang-orang yang telah mati itu dan

tidakkah anda akan menyusul langkah mereka serta melewati jejak mereka? Tetapi hati masih tidak tergugat, tidak peduli akan petunjuk, lalu bergerak pada jalur yang salah; seakan-akan jalan yang benar ialah mengumpulkan perolehan duniawi.

"Janganlah menganggap ungkapan (kata-kata) yang diucapkan seseorang sebagai buruk bilamana anda dapat menemukan kemungkinannya

mengandung suatu kebaikan."

"Dosa yang paling parah adalah yang dianggap ringan oleh pelakunya." "Seorang mukmin berwajah ceria, hati yang sedih, dada yang sangat lebar (kedermawan) dan hati yang paling rendah; Ia membenci kedudukan tinggi, tidak menyukai kemasyhuran; Kesedihannya panjang, keberaniannya menjangkau jauh, diamnya banyak dan waktunya diisi; Ia merasa syukur, kesabaran tertanam dalam fikirannya, kikir dalam meminta-minta [kepada orang lain], berwajah cerah dan berketerampilan lembut; Ia lebih kuat dari batu tetapi lebih merendah dari budak."

"Berhati-hatilah melanggar ALLAH Azza Wa Jalla dalam kesendirian kerana Saksinya adalah juga Hakim."

"Bertanyalah untuk pengertian tetapi jangan menanyai untuk menjadi bingung kerana orang jahil (tidak tahu) yang berusaha untuk belajar adalah seperti orang terpelajar; Tetapi orang yang terpelajar yang berusaha untuk menciptakan kebingungan adalah seperti orang jahil."

"Orang yang menghormati dirinya sendiri tidak akan melakukan penzinaan." "Berapa banyak objek pelajaran tetapi betapa sedikit yang mengambil pelajaran."

ALLAH Azza Wa Jalla telah perturunkan Kitab kepada Nabi Muhammad saw; Kitab (al-Quran) sebagai cahaya yang nyalanya tidak dapat dipadamkan; Suatu lampu yang sinarnya tidak mati; Suatu laut yang dalamnya tidak dapat diduga; Suatu jalan yang arahnya tidak menyesatkan; Sinar yang cahayanya tidak menjadi gelap; Pemisah [baik dan buruk] yang hujahnya tidak melemah; Penjelas yang [fondasi-fondasinya] tidak dapat dibongkar; Suatu ubat yang tidak meninggalkan kekhuatiran terhadap penyakit; Suatu kehormatan yang para pendukungnya tidak dikalahkan; Dan suatu

kebenaran yang para penolongnya tidak ditinggalkan; Oleh kerana itu, ia merupakan [tambang] iman dan pusatnya; Sumber pengetahuan dan samuderanya; Kebun keadilan dan kolam-kolam airnya; Batu [fondasi] Islam dan bangunannya; Lembah kebenaran dan lapangan-lapangannya;

air; Suatu tempat pengairan yang tidak dapat dihabiskan oleh orang-orang yang datang untuk mengambil air; suatu perhentian kenderaan yang dalam bergerak kepadanya para musafir tidak akan kehilangan jalan; Panji-panji yang tiada pelangkah gagal melihatnya; Dan tanah tinggi di mana orang-orang yang mendekatinya tidak dapat mengatasinya.

ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan[nya] pemuas haus orang yang berilmu; [Kembang] bagi hati ulama; [Jalanraya] bagi jalan-jalan orang sholeh; [Ubat] yang setelah itu tiada lagi sakit; [Sinar cahaya] di mana tiada kegelapan; [Tali] yang pegangannya kuat; [Kubu] yang puncaknya tidak teratasi; [Kehormatan] bagi orang yang mencintai-Nya; Suatu [kedamaian] bagi orang yang memasukinya; [Petunjuk] bagi orang yang mengikutinya; [Dalih] bagi orang yang merempuh-Nya; [Hujah] bagi mereka yang

berhujah dengannya; [Pembawa beban] bagi orang yang memikulnya; [Kenderaan] bagi orang yang mengamalkannya; [Panji] bagi orang

mempersenjatai diri [terhadap kesesatan]; [Pengetahuan] bagi orang yang mendengarkan dengan cermat; [Riwayat] yang pantas bagi orang

meriwayatkannya; Dan [keputusan terakhir] bagi orang yang menetapkan keputusan.

"Bertakwalah! Bertakwalah! Demi ALLAH Maha Bijaksana yang

menyembunyikan dosa-dosa anda sedemikian rupa seakan-akan telah mengampuninya."

"Pelaku kebaikan lebih baik dari kebaikan itu sendiri dan pelaku kemungkaran lebih buruk dari kemungkaran itu sendiri."

"Kekayaan yang terbaik ialah meninggalkan hawa nafsu."

ALLAH Maha Mengetahui hal-hal yang tersembunyi serta memahami perasaan batin, meliputi segala sesuatu, menaklukkan segala sesuatu dan menguasai segala sesuatu; Hendaklah setiap orang di antara anda sekelian mengerjakan apa yang harus dilakukannya selama hari-hari kehidupannya sebelum datangnya maut, selagi hari luangnya sebelum hari sibuk, selagi bernafas sebelum terburu oleh kelemasan; Hendaklah ia meyediakan bagi dirinya untuk perjalanannya dan mengumpul bekal dari tempat

[persinggahannya] untuk tempat [kediamannya]; Maka, ingatlah akan ALLAH Maha Esa.... Wahai manusia tentang apa yang telah [Yang Maha Agung] minta kepada anda dalam kitab-Nya untuk diperhatikan dan tentang hak-hak-Nya yang telah diamanatkan kepada anda; Sesungguhnya ALLAH Maha Suci tidak menciptakan anda dengan sia-sia dan tidak meninggalkan anda tanpa kendali serta tidak pula membiarkan anda dalam kejahilan mahupun kegelapan; ALLAH Maha Bijaksana telah membataskan apa yang harus anda tinggalkan, mengajarkan kepada anda tentang amal perbuatan anda, menetapkan ajal anda, menurunkan kepada anda Al-Quran yang menerangkan segala sesuatu dan membuat nabi-Nya hidup dikalangan anda selama waktu panjang sampai ALLAH Azza Wa Jalla menyelesaikan baginya serta bagi anda pesan yang dikirimkan melalui Al-Quran- Yakni: Agama yang diredhai-Nya dan menjelaskan melalui beliau (Rasulullah saw) tentang perbuatan baik dan buruknya, larangan-larangan dan perintah-perintah-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla telah menyampaikan [argumen-argumen] dan alasan-alasan-Nya pada anda ALLAH Maha Mengetahui mengajukan kepada anda

janji-janji-Nya dan memperingatkan anda akan hukuman yang keras; Kerana itu, anda harus memperbaiki diri selama sisa hari-hari anda dan

Dalam dokumen kebun makrifat (Halaman 41-57)