• Tidak ada hasil yang ditemukan

“SETIAP ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza

Dalam dokumen kebun makrifat (Halaman 57-73)

Wa Jalla.”

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami

menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:

“Bacalah….. dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta” Surah Al-Alaq, ayat 1

PESANAN ATAU PERINGATAN!?

Dari ayah/ibu yang [tak lama lagi] akan mati dan juga pasti mati, yang mengakui kesukaran-kesukaran masa, yang telah berpaling dari kehidupan, yang telah menyerah kepada [petaka] waktu, yang menyedari kejahatan-kejahatan dunia, yang sedang hidup dalam kediaman orang mati dan berpisah dari mereka pada suatu hari: Kepada putra dan putri yang

merindukan apa yang tidak akan tercapai, yang sedang melangkah pada jalan orang-orang yang telah mati, yang merupakan korban keluhan, terlibat dalam [kecemasan] sehari-hari, yang merupakan sasaran kesukaran, hamba dari dunia, pedagang dari tipuannya, penghutang hasrat-hasrat, tawanan kefanaan, sekutu kecemasan, tetangga kesedihan, korban kepedihan yang telah dikalahkan oleh hawa nafsu, penerus dari yang mati.

Sekarang [hendaklah Anda ketahui bahawa] apa yang telah saya pelajari dari berpalingnya dunia ini dari saya, serangan waktu dan majunya dunia akhirat yang akan datang, cukuplah untuk mencegah dari mengingat seseorang kecuali diri sendiri dan dari memikirkan yang di luar diri sendiri. Tetapi, ketika membataskan diri pada kecemasan diri sendiri dengan meninggalkan kecemasan-kecemasan orang lain, akal menyelamatkan dan melindungi dari hawa nafsu. [Akal] itu menjelaskan kepada urusan dan membimbing kepada kesungguhan di mana tiada kecerdikan dan kebenaran yang tidak dinodai oleh kebatilan. Di sini saya mendapatkan Anda

sebahagian dari diri saya. Bahkan saya mendapatkan Anda keseluruhan saya, sehingga apabila sesuatu menimpa Anda, seakan-akan hal itu menimpa saya. Akibatnya, urusan Anda bererti bagi saya sebagai urusan saya sendiri bererti bagi saya. Maka saya menulis nasihat (pesanan) ini kepada Anda sebagai suatu alat untuk mencari pertolongan melaluinya, baik saya tinggal hidup bagi Anda atau berhenti hidup.

Saya menasihati Anda supaya bertakwa kepada ALLAH, wahai putra putriku sekalian, untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, untuk memenuhi hati Anda dengan ingatan kepada-Nya dan untuk berpaut pada harapan dari Dia. Tiada hubungan yang lebih dapat diandalkan melainkan hubungan antara Anda dan ALLAH Azza Wa Jalla, asal Anda berpegang pada-Nya. Hidupkan hati Anda dengan dakwah, bunuh dia dengan zuhud, kuatkan tenaganya dengan keimanan yang kukuh, cahayai dia dengan kebijaksanaan, hinakan dia dengan mengingati mati, buatlah ia mempercayai kefanaan, buatkan dia melihat malapetaka dunia ini, buatlah dia takut akan wewenang waktu dan kekerasan dari beberapa perubahan selama malam dan siang, tempatkan di hadapannya peristiwa-peristiwa manusia masa lalu, ingatkan kepadanya apa yang menimpa orang-orang yang berada di hadapan Anda dan berjalan di antara kota-kota mereka dan reruntuhan, lalu lihatlah apa yang [telah] mereka lakukan, dari apa mereka telah melarikan diri dan kemana mereka telah pergi dan tinggal. Akan Anda dapati bahawa mereka berpisah dari para sahabat dan tinggal dalam kesunyian. Oleh kerana itu, buatlah rencana untuk tempat tinggal Anda dan janganlah menjual kehidupan akhirat Anda dengan dunia ini.

Jauhkan berbicara tentang apa yang tidak Anda ketahui dan berbicara tentang yang bukan urusan Anda. Menjauhlah dari jalur di mana Anda khuatir tersesat kerana menahan diri bilamana ada kekhuatiran akan tersesat lebih baik daripada memasuki bahaya. Anjurkan orang-orang lain berbuat baik maka Anda akan termasuk di antara orang-orang yang berbuat baik. Cegahlah orang lain dari keburukan dengan tindakan Anda maupun berbicara Anda dan menjauhlah sekuat kuasa Anda dari orang yang melakukannya. Berjihadlah demi ALLAH Azza Wa Jalla sebagaimana yang patut bagi-Nya dan janganlah cercaan seorang pencerca menciutkan Anda dari urusan ALLAH Azza Wa Jalla. Meloncatlah ke dalam bahaya demi kebenaran di mana [kebenaran] itu berada. Dapatkan wawasan dalam

hukum agama. Biasakanlah diri Anda bersabar menghadapi kesukaran kerana ciri akhlak yang terbaik ialah kesabaran dalam urusan kebenaran. Dalam segala urusan Anda, bersandarlah Anda kepada ALLAH Azza Wa Jalla Tuhan Anda, kerana dengan demikian Anda akan menyandarkan diri pada suatu pelindungan yang aman dan Pelindung yang kuat. Anda hanya harus meminta pada Tuhan Anda kerana di dalam tangan-Nya terletak segala pemberian dan pengambilan. Carilah kebaikan [dari ALLAH Azza Wa Jalla] sedapat-dapat Anda. Fahami nasihat saya dan jangan berpaling darinya kerana kata-kata yang terbaik ialah kata-kata yang bermanfaat. Ketahuilah bahawa tidak ada kebaikan dalam pengetahuan yang tidak bermanfaat dan apabila pengetahuan tidak digunakan maka mendapatkannya tidak

dibenarkan.

Wahai putra putriku sekalian, bilamana saya melihat bahawa berusia matang dan melihat bahawa saya semakin bertambah dalam kelemahan, saya bergegas dengan wasiat ini untuk Anda dan menuliskan pokok-pokoknya yang mendasar agar maut tidak menyusul saya sebelum membukakan kepada Anda apa yang ada dalam hati saya, atau jangan akal terpengaruh sebagaimana badan saya telah terpengaruh, atau kekuatan-kekuatan hawa nafsu atau bencana dunia menyusul Anda [dan] membuat Anda menjadi seperti unta pembangkang. Sesungguhnya, hati orang muda adalah seperti tanah yang belum ditanami. Ia menerima apa saja yang ditaburkan atasnya. Maka saya bergegas membentuk Anda secara patut sebelum hati Anda mengeras dan fikiran Anda terisi, agar Anda siap menerima melalui akal Anda hasil dari pengalaman orang lain dan selamat dari mengalami sendiri pengalaman-pengalaman ini. Secara ini, Anda akan mengelakkan kesukaran mencarinya dan kesulitan mengalaminya. Dengan demikian, Anda akan dapat mengetahui apa yang telah kami alami dan bahkan akan menjadi jelas bagi Anda apa yang mungkin tidak kami dapati.

Wahai putra putriku sekalian, sekalipun saya tidak mencapai usia yang dicapai orang-orang sebelum saya, namun saya melihat ke dalam perilaku mereka dan memikirkan peristiwa-peristiwa dari kehidupan mereka. Saya berjalan di antara reruntuhan mereka sampai seakan saya menjadi salah satu dari mereka. Sesungguhnya, kerana urusan-urusan mereka telah saya ketahui, seakan-akan saya telah hidup dengan mereka dari awal hingga akhirnya. Oleh kerana itu, saya telah mampu membedakan yang najis dari yang jernih dan manfaat dari mudarat.

Saya telah memilihkan untuk Anda yang terbaik dari hal-hal itu dan mengumpulkan bagi Anda pokok-pokok yang baik dan menjauhkan dari Anda pokok-pokoknya yang tidak bermanfaat. Kerana saya merasakan bagi urusan Anda sebagai ayah yang hidup harus merasakannya dan bertujuan untuk memberikan latihan kepada Anda. Saya fikir hal itu haruslah pada suatu waktu bilamana anda sedang maju dalam usia dan baru di gelanggang dunia, memiliki niat lurus dan hati yang bersih dan bahawa saya harus membawakan ajaran Al-Quran (Kitab ALLAH Yang Memiliki Kekuasaan dan Kerajaan) dan tafsirannya, hukum-hukum Islam dan perintah-perintah-Nya, hal-halnya yang halal dan yang haram dan bahawa saya tak boleh

melewatkan ini bagi Anda. Saya bimbang kalau-kalau Anda sampai bingung sebagaimana orang-orang lain telah bingung disebabkan hawa nafsu dan pendapat-pendapat mereka [yang beraneka ragam] tanpa bersandarkan Kitabullah(Al-Quran). Lebih-lebih lagi pendapat-pendapat datangnya dari

orang kafir yang nampak indah(baik) tapi tersirat tipudaya(kebingungan) kerana pendapat-pendapat berikut tidak mendasarkan kepada keimanan yang sebenar.Oleh kerana itu, walaupun saya tak suka Anda diperingatkan seperti ini, lebih baik bagi saya untuk memperkuatkan Anda dengan nasihat ini berbanding meninggalkan Anda dalam suatu kedudukan di mana saya tidak menganggap Anda luput dari jatuh dalam kehancuran. Saya berharap kiranya ALLAH Azza Wa Jalla akan menolong Anda dalam sikap Anda yang terus terang dan membimbing Anda dalam ketegasan Anda. Sesuai dengan itu, saya menulis penggalan wasiat saya ini bagi Anda.

Ketahuilah… Wahai putra putriku sekalian bahawa yang paling saya sukai untuk Anda ambil dari wasiat ini ialah Takwa kepada ALLAH, membataskan diri Anda kepada apa yang telah diwajibkan ALLAH atas Anda dan

mengikuti perbuatan-perbuatan [nasihat] orang tua Anda dan orang-orang berkebajikan dari keluarga Anda kerana mereka tidak kekurangan dalam melihat bagi diri mereka sendiri apa yang Anda lihat bagi diri Anda sendiri. Mereka juga perbuat tentang urusan mereka sebagaimana Anda suka memikirkan [urusan Anda]. Setelah itu, pemikiran mereka

mengantarkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban yang mereka ketahui dan berhenti dari apa yang mereka tidak dituntut melakukannya. Apabila hati Anda tidak menerima ini tanpa mendapatkan pengetahuan seperti mereka mendapatkannya, maka pencarian Anda haruslah pertama-tama melalui pengertian dan pelajaran dan tidak jatuh ke dalam keraguan atau terlibat dalam pertengkaran.

Dan sebelum Anda meraba ke dalam hal ini, Anda harus mulai dengan mencari pertolongan Tuhan Anda (ALLAH Yang Maha Pembimbing lagi Maha Mengetahui) dan berpaling kepada-Nya untuk memohon keberhasilan dan menjauh dari segala sesuatu yang melemparkan Anda ke dalam keraguan-keraguan dan mencampakkan Anda ke dalam kesesatan (tatkala

kebingungan). Bilamana Anda telah yakin bahwa hati Anda bersih dan merendah (kerana ALLAH Azza Wa Jalla) dan fikiran-fikiran anda telah berpadu, dan Anda hanya mempunyai satu fikiran yakni tentang hal ini maka Anda akan melihat apa yang telah saya terangkan kepada Anda. Tetapi apabila Anda belum mampu mencapai kedamaian pengamatan dan pemikiran yang Anda suka mempunyainya, maka ketahuilah bahawa Anda hanya menjejak bumi seperti seekor unta betina yang buta dan jatuh ke dalam kegelapan, padahal seorang pencari agama dan ilmu tidak

seharusnya meraba-raba dalam gelap atau menciptakan kebingungan.Lebih baik mengelakkan akan hal ini.

Camkanlah nasihat saya, wahai putra putriku sekalian dan ketahuilah bahawa Ia (ALLAH Maha Agung) yang Raja kematian adalah juga Raja kehidupan, bahawa Maha Pencipta menyebabkan kematian pula. Bahawa ALLAH Azza Wa Jalla yang menghancurkan adalah Pemulih kehidupan (ALLAH Maha Kuasa) dan bahawa Dia yang menimpa penyakit adalah juga Penyembuh (ALLAH Maha Penyembuh). Dunia ini berlanjut secara yang dibuat oleh ALLAH Azza Wa Jalla, sehubungan dengan kesenangan, cubaan, ganjaran pada Hari Pengadilan dan segala yang Dia kehendaki dan tidak Anda ketahui. Apabila barang sesuatu dari nasihat ini tidak Anda mengerti maka kaitkan itu kepada ketidaktahuan Anda tentang itu, kerana ketika Anda mula-mula dilahirkan, Anda dilahirkan dengan tak tahu. Setelah itu, Anda mendapatkan pengetahuan [tentang ilmu yang hakiki]. Ada banyak

urusan yang tentangnya Anda tidak tahu dan di mana penglihatan Anda yang pertama bertanya-tanya dan mata Anda berkelana, lalu sesudah ini Anda melihatnya. Oleh kerana itu, berpeganglah erat-erat kepada ALLAH Azza Wa Jalla yang menciptakan Anda, memberi Anda rezeki, dan

menertibkan Anda, Ibadah Anda adalah kerana-Nya, ghairah Anda adalah untuk-Nya dan takut Anda sememang Kepada-Nya.

Ketahuilah… Wahai putra putriku sekalian, tiada seorang pun menerima risalah dari ALLAH Yang Maha Suci seperti Nabi [saw] menerimanya. Oleh kerana itu, pandanglah beliau sebagai pelopor dan pemimpin Anda kepada keselamatan. Sesungguhnya, saya tidak akan meninggalkan suatu usaha dalam memberikan nasihat kepada Anda, dan sungguh….. Sekalipun anda berusaha. Anda tidak akan dapat beroleh wawasan bagi kesejahteraan Anda sebagaimana saya berikan kepada Anda kini.

Ketahuilah… Wahai putra putriku sekalian, sekiranya ada suatu mitra dengan Tuhan Anda maka para utusan [mitra] itupun akan datang kepada Anda. Dan Anda akan sudah melihat tanda-tanda wewenang dan kekuasaanya dan Anda akan sudah melihat perbuatan dan sifat-sifatnya. Tetapi Tuhan Yang Esa (ALLAH Azza Wa Jalla) telah menggambarkan Diri-Nya. Tiada satu pun yang dapat membantah-Nya dalam wewenang-Nya. Dia ada sebelum segala sesuatu tanpa suatu permulaan. Dia akan tetap setelah segala sesuatu dan akan berada tanpa akhir. Dia terlalu amat besar untuk membiarkan

keilahian-Nya dibuktikan dengan hati atau mata yang meliput. Bilamana Anda telah memahami ini maka Anda harus melakukan apa yang dilakukan orang yang seperti Anda dengan kedudukannya yang rendah, ketiadaan wewenangnya ketidakmampuannya yang makin meningkat dan keperluan besarnya akan Tuhannya untuk mencari ketaatan kepada-Nya, takut akan hukuman-Nya dan takut akan marah-Nya kerana Dia tidak memerintahkan Anda selain untuk kebajikan dan tidak mencegah Anda kecuali dari

keburukan (kesalahan).

Wahai putra putriku sekalian, saya telah memberitahukan kepada Anda tentang dunia, kondisinya, kelapukan dan kefanaannya, dan saya telah memberitahukan kepada Anda tentang Akhirat dan tentang apa yang telah tersedia di dalamnya bagi orang-orangnya. Saya menceritakan kepada Anda perumpamaan tentangnya, agar Anda dapat menarik pelajaran darinya dan bertindak menurutnya. Misal orang-orang yang telah memahami dunia adalah seperti para musafir yang setelah muak dengan tempat-tempat yang dilanda kekeringan [lalu] pergi kepada kehijauan dan tempat yang berbuah-buahan. Lalu mereka bersabar atas kesulitan dalam perjalanan, perpisahan dengan para sahabat, kesukaran perjalanan dan makanan yang tidak sihat untuk mencapai tanah mereka yang berkelimpahan dan tempat tinggal. Akibatnya mereka tidak merasakan suatu keperihan dalam semua ini dan tidak menganggap suatu perbelanjaan sebagai sia-sia. Tiada yang lebih patut dicintai bagi mereka berbanding apa yang membawa mereka pada tujuan mereka dan membawa mereka lebih dekat ke tempat tinggal mereka. [Berlawanan ini] misal orang-orang yang tertipu oleh dunia ini adalah orang yang berada di tempat yang hijau tetapi mereka muak dengannya lalu pergi ke tempat yang dilanda kekeringan. Oleh kerana itu, bagi mereka tiada yang lebih dibenci atau disukai berbanding meninggalkan tempat di mana mereka berada untuk pergi ke suatu tempat yang akan mereka capai tanpa diharap-harapkan dan ke mana mereka sedang menuju.

Wahai putra putriku sekalian, jadikanlah diri Anda sendiri ukuran [untuk berurusan] antara Anda dan orang lain. Maka anda harus menghasratkan bagi orang lain apa yang Anda hasratkan bagi diri Anda sendiri dan bencikanlah untuk orang lain apa yang Anda bencikan untuk diri Anda sendiri. Janganlah menindas sebagaimana Anda tak suka ditindas. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Anda menghendaki perlakuan baik kepada Anda sendiri. Pandanglah yang buruk bagi diri Anda buruk bagi orang lain. Terimalah [perlakuan] dari orang lain yang Anda suka orang lain menerima dari Anda. Jangan berbicara tentang apa yang Anda tidak ketahui, sekalipun apa yang Anda ketahui sangat sedikit. Jangan katakan kepada orang lain apa yang Anda tak mahu dikatakan kepada Anda.

Ketahuilah bahawa mengagumi diri bertentangan dengan kepatutan dan merupakan petaka bagi jiwa. Oleh kerana itu, perbesarlah usaha Anda dan jangan menjadi bendahara bagi [kekayaan untuk diwariskan kepada] orang lain. Bilamana Anda telah terbimbing pada jalan yang benar, rendahkanlah diri Anda di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla sedapat-dapat Anda.

Ketahuilah bahawa di hadapan Anda terletak jalan jaraknya panjang dan kesukaran keras dan Anda tak dapat mengelak dari mencarinya. Ambillah keperluan perbekalan Anda dengan menjaga agar beban itu ringan

(kesederhanaan). Janganlah Anda memuati belakang Anda melampaui kemampuan sendiri agar dapat beratnya tidak menjadi bencana bagi Anda. Bilamana Anda bersua dengan yang lebih memerlukan yang dapat

membawa perbekalan bagi Anda untuk diserahkan kembali kepada Anda pada Hari Pengadilan ketika Anda lebih memerlukannya, maka terimalah dia sebagai suatu peluang dan dapatkan ia untuk membawanya. Masukkan dalam perbekalan itu sebanyak mungkin Anda sanggupi kerana boleh jadi apabila Anda memerlukan dia [kemudian], Anda tidak akan mendapatkan dia. Apabila seseorang mau meminjam dari Anda di hari-hari kelimpahan Anda untuk dibayarkan kembali kepada Anda pada suatu saat keperluan Anda maka pergunakanlah peluang ini.

Ketahuilah bahawa di depan Anda terletak suatu lembah yang tak

tertanggungkan di mana orang yang berbeban ringan berada dalam kondisi yang lebih baik daripada orang yang berbeban berat dan yang melangkah lambat akan berada dalam keadaan yang lebih buruk dari yang melangkah cepat. Titik akhir Anda di hujung lain jalan ini pastilah syurga atau neraka. Oleh kerana itu, intailah sendiri sebelum memunggah dan persiapkanlah tempat sebelum turun kerana setelah mati tak mungkin ada persiapan dan tidak pula mungkin kembali ke dunia ini.

Ketahuilah bahawa ALLAH Azza Wa Jalla yang memiliki perbendaharaan langit dan bumi telah memperkenankan Anda untuk berdoa kepada-Nya dan telah menjanjikan kepada Anda penerimaan doa. ALLAH Azza Wa Jalla telah memerintahkan kepada Anda untuk memohon kepada-Nya agar Dia

memberi kepada Anda, dan mencari belas kasih-Nya agar Dia menaruh belas kasih kepada Anda. ALLAH Azza Wa Jalla tidak menempatkan barang sesuatu antara Anda dan Dia yang mungkin menabiri-Nya dari Anda. ALLAH Azza Wa Jalla tidak menuntut Anda untuk mendapatkan perantara bagi Anda kepada-Nya dan apabila Anda keliru Dia tidak mencegah Anda untuk

bertaubat. ALLAH Azza Wa Jalla tidak bergegas dengan hukuman. Dia tidak mengejek Anda kerana bertaubat, tidak pula Dia menghina Anda ketika

penghinaan lebih layak bagi Anda. ALLAH Azza Wa Jalla tidak kasar dalam menerima taubat. Dia tidak menanyai Anda tentang dosa-dosa Anda dengan keras. ALLAH Azza Wa Jalla tidak mengecewakan Anda dari rahmat-Nya. Malah Dia memandang pemantangan dari dosa sebagai suatu kebajikan. ALLAH Azza Wa Jalla menghitung satu dosa Anda sebagai satu, sementara Dia menghitung kebajikan Anda sebagai sepuluh.

ALLAH Azza Wa Jalla telah membukakan pintu taubat bagi Anda. Oleh kerana itu, bilamana Anda menyeru-Nya, Dia mengetahui bisikan Anda. Anda ajukanlah kepada-Nya keinginan Anda, bukakanlah tabir diri Anda di hadapan-Nya, keluhkanlah kepada-Nya kecemasan-kecemasan Anda, memohonlah kepada-Nya untuk menyingkirkan kesusahan Anda, carilah pertolongan dalam urusan Anda, capailah pemeliharaan-Nya dari dikuasai hawa nafsu [riak yang bakal mengundang kelupaan dan kesalahan], mintalah dari perbendaharaan rahmat-Nya apa yang tiada satu pun selain-Nya yang berkuasa memberikannya, yakni panjang usia, kesihatan badan dan peningkatan rezeki. Maka Dia telah menempatkan kunci-kunci di tangan Anda dengan menunjukkan kepada Anda jalan untuk meminta kepada-Nya (ALLAH Maha Pembimbing)..

Oleh kerana itu, ke mana saja Anda kehendaki bukakanlah pintu-pintu nikmat-Nya dan biarlah hujan rahmat-Nya yang melimpah jatuh kepada Anda. Keterlambatan dalam penerimaan doa itu janganlah hendaknya mengecewakan Anda kerana anugerah doa sesuai dengan ukuran niat [Anda]. Kadang-kadang penerimaan [doa] tertunda dengan maksud agar menjadi suatu sumber ganjaran lebih besar kepada si peminta dan [sumber] dari pemberian-pemberian yang lebih baik kepada si pengharap. Kadang-kadang Anda meminta sesuatu tetapi tidak diberikan kepada Anda dan sesuatu lebih baik diberikan kepada Anda kemudian atau sesuatu diambil dari Anda demi suatu kebaikan yang lebih besar bagi Anda, kerana kadang-kadang Anda meminta sesuatu yang mengandungi keruntuhan bagi akal, agama dan maruah diri Anda apabila diberikan kepada Anda (ALLAH Maha Mengetahui). Memang benar ALLAH Azza Wa Jalla telah berfirman tentang nasib bagi setiap kaum malahan setiap orang dari Anda bagi mengubah nasib sendiri tetapi kesilapannya Anda terlupa untuk mendasarkan kepada-Nya bagi mendapatkan pemeliharaan dari-kepada-Nya dalam mengubah nasib Anda. Oleh kerana itu, permohonan Anda hendaklah untuk hal-hal yang

keindahannya patutlah tepat dan bebannya harus tetap jauh dari Anda. Mengenai kekayaan, itu tak akan benar-benar sesuai bagi Anda kerana ada tanggungjawabnya yang perlu dipikul. Sebahagiannya adalah untuk

diserahkan kepada yang berhak andai Anda mengetahuinya, Anda hanya pemegang amanah apabila kekayaan itu melimpah kepada Anda. Dan Anda pun tak akan hidup untuk itu pada hakikat-Nya.

Dunia ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap benar terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya, negeri yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri nasihat bagi mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid para kekasih ALLAH dan tempat sholat para malaikat-Nya, tempat turunnya wahyu, tempat berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka mencari rahmat ALLAH di dalamnya dan beruntung memperoleh syurga di dalamnya.

untuk Akhirat bukan untuk dunia ini. Kefanaan di dunia ini bukan untuk kekal, dan untuk mati bukan untuk hidup. Anda berada di suatu tempat

Dalam dokumen kebun makrifat (Halaman 57-73)