• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis daripada aspek asas kritikan Harun Yahya

Dalam dokumen HARUN YAHYA DAN KRITIKANNYA TERHADAP TEO (Halaman 154-159)

ANALISIS KRITIKAN HARUN YAHYA TERHADAP TEORI EVOLUSI DARWINISME

4.3.2 Analisis Kritikan

4.3.2.1 Analisis daripada aspek asas kritikan Harun Yahya

Secara umumnya, kritikan-kritikan Harun Yahya terhadap teori evolusi Darwinisme adalah berasas. Kritikannya mengenai kaitan teori itu dengan faham Materialisme telah disokong oleh persamaan prinsip asas kedua-duanya yang dibentangkan Harun Yahya462. Dalam konteks ini, Harun Yahya telah mengkritik teori berkenaan daripada aspek epistemologinya dan berjaya menonjolkan prinsip asas teori evolusi Darwinisme yang berteraskan faham Materialisme. Ramai yang tidak menyedari wujudnya pengaruh besar Materialisme dalam teori berkenaan dan menganggap ianya hanyalah suatu teori sains berdasarkan pemerhatian dan data

461 Penggunaan logik sains dalam menilai teori evolusi Darwinisme turut digunakan oleh Nuh Ha Mim Keller. Menurutnya, daripada sudut kekeruanan, kepincangannya dikesan melalui kenyataan teori tersebut mengenai kesedaran manusia (human consciousness) turut terjadi secara evolusi, sama seperti perkara-perkara lain yang boleh dicerap secara saintifik seperti angka, ruang, masa dan sebagainya. Maknanya, kesedaran manusia terbentuk hasil daripada proses mutasi rawak dan pemilihan alamiah yang berlaku secara tiba-tiba. Pernyataan itu, menurutnya, tidak menjamin keutamaan objektiviti suatu perkara berbanding perkara-perkara lain yang mungkin muncul dengan kesedaran manusia pula berevolusi menerusi garis yang berbeza. Asas setiap kenyataan yang terkandung di dalam teori tersebut merupakan hasil daripada tekanan sejarah yang tidak diperiksa

dan tidak difikirkan; yang telah menghasilkan ‘kesedaran’ pada sesuatu spesies, asas kognitif yang digunakan teori tersebut sebagai kesimpulan umum bagi keseluruhan teori tersebut (penerangan asal-usul kejadian spesies) tanpa menerangkan kenyataan yang membenarkan kesimpulan umum itu dibuat. Teori evolusi lagi tidak logik secara saintifik kerana kegagalan teori tersebut membawa bukti-bukti saintifik bagi menyokong berlakunya makroevolusi terutamanya bukti-bukti fosil makhluk perantara. Menurut beliau, teori evolusi lebih merupakan hasil pentafsiran manusia. Dalam aspek kebolehgunaan, sarjana Islam menerima berlakunya proses mikroevolusi tetapi tetap menolak makroevolusi. Mereka mempersoalkan mengenai proses mikroevolusi yang berlaku dalam sesuatu spesies boleh digunakan dalam proses makroevolusi yang melibatkan perubahan suatu spesies kepada spesies yang lain. Lihat N. H. Keller, (1999). Evolution theory and Islam. Cambridge: The Muslim Academic Trust.

empirikal semata-mata. Namun, apabila diteliti secara lebih mendalam, terbukti bahawa teori tersebut mendokong faham Materialisme seperti penggunaan istilah dan

frasa seperti ‘hidupan berevolusi’, ‘terjadi secara semula jadi’, ‘disebabkan oleh

tindakan alam tabii’ dan sebagainya, dan penerangan fenomena tabii dan proses biologi yang diterangkan sebagai berlaku secara sendiri dan semula jadi. Pendekatan sedemikian menunjukkan kehadiran pengaruh Materialisme sekaligus menjauhkan manusia daripada mengakui kewujudan Tuhan; sebagaimana yang digagaskan oleh faham Materialisme. Selain itu, kritikannya juga adalah berasas kerana ianya turut disokong oleh pengakuan saintis evolusi dan tokoh faham Materialisme seperti kenyataan Stephen Jay Gould dan Leon Trotsky. Kenyataan kedua-dua tokoh berkenaan menunjukkan Darwinisme sememangnya menjadi alat faham Materialisme dan Komunisme kerana kedua-duanya merupakan tokoh yang terkenal dan diakui kewibawaan mereka di kalangan pendokong Darwinisme dan Materialisme. Justeru, pengkaji melihat kritikan Harun Yahya tersebut adalah berasas.

Dalam kritikan Harun Yahya terhadap sikap taksub saintis evolusi463, pengkaji melihat asas kritikannya itu terletak pada kenyataan oleh saintis evolusi terbabit yang menjadi testimoni dan pengakuan kebenaran perkara tersebut berlaku seperti kenyataan oleh Profesor Ali Demirsoy dan Richard Dawkins. Kedua-duanya merupakan saintis evolusi yang dihormati oleh komuniti evolusi Darwinisme. Kenyataan oleh saintis terbabit menzahirkan sikap taksub tersebut sekaligus membenarkan kritikan Harun Yahya terbabit. Perkara tersebut tidak menghairankan kerana sains moden itu sendiri, khususnya sains biologi adalah bertunjangkan faham Darwinisme dan Materialisme. Sains menurut kaca mata Barat mestilah bersifat bebas nilai (termasuklah bebas daripada unsur-unsur ketuhanan); istilah ‘sebab

saintifik’ sebagaimana yang dijelaskan Harun Yahya merupakan helah dan justifikasi

kepada sifat bebas nilai sains terbabit. Hakikatnya, sains Barat yang didakwa sebagai bebas nilai itu sendiri tidak bebas sifatnya kerana dibelenggu oleh faham Materialisme. Propaganda media dan tindak balas golongan evolusionisme terhadap para pengkritik dan penentang mereka turut menjadikan kritikan Harun Yahya berkenaan sebagai berasas. Sekiranya kritikan mengenai sikap taksub saintis evolusi adalah tidak berasas, mengapakah mereka menolak dan menghalang hasil kajian atau penerbitan jurnal yang mengkritik teori berkenaan meskipun kritikan terbabit berasaskan hujah saintifik sepenuhnya?464

Antara perkara yang menjadikan kritikan Harun Yahya berbeza daripada para pengkritik teori evolusi oleh sarjana Islam yang lain ialah kritikannya daripada perspektif sains. Kritikan-kritikan sainsnya pada hemat pengkaji adalah berasas kerana bukti-bukti daripada kajian saintifik yang dikemukakannya, seperti kritikannya terhadap evolusi haiwan yang berdasarkan hujah ketiadaan rekod fosil bentuk perantaraan465. Ketiadaan rekod berkenaan merupakan hujah terkuat yang membuktikan bahawa proses hidupan berevolusi menjadi spesies lain tidak pernah berlaku. Proses evolusi sesuatu hidupan sudah pasti melibatkan suatu siri perubahan yang menghasilkan hidupan-hidupan perantaraan. Pelbagai eksplorasi oleh ahli geologi dan palaentologi telah dijalankan di seluruh pelosok bumi namun tidak wujud satu fosil yang mewakili bentuk perantaraan berkenaan. Perkara inilah yang dibangkitkan oleh Harun Yahya dalam kritikan berkenaan evolusi hidupan. Namun, kritikannya itu bukanlah suatu hujah baharu kerana kritikan sedemikian turut

464 Antara contoh tindakan golongan Darwinisme ialah sebagaimana yang dialami oleh Irfan Yilmaz. Beliau pernah dihalang daripada meneruskan pembentangan kertas di persidangan akademik ‘Masalah Pendidikan Biologi (The Problems of Biology Education)’ anjuran Fakulti Sains, Universiti Istanbul. Kertas kerjanya yang mengkritik teori evolusi Darwinisme juga

disingkirkan daripada buku prosiding persidangan tersebut. Lihat I. Yilmaz, (2008). Evolution: Science or ideology? New Jersey: Tughra Books., hlm.ix-x.

dibangkitkan oleh sarjana lain seperti Michael Denton466 dan Douglas Dewar467. Meskipun telah lama dicabar namun pendokong Darwinisme masih gagal mendatangkan rekod fosil berkenaan. Dalam konteks ini, kritikan Harun Yahya adalah berasas dan bersandarkan bukti-bukti yang kukuh.

Begitu juga dengan kritikannya berkaitan kemustahilan kebarangkalian pembentukan protein secara kebetulan468. Harun Yahya telah mengkritik isu berkenaan dengan melihat kepada unit asas dan terpenting dalam pembinaan suatu hidupan iaitu protein. Protein berfungsi yang wujud dalam hidupan mempunyai satu sifat unik iaitu kesemuanya merupakan protein kidal. Dalam perbincangannya, beliau telah menunjukkan bahawa kebarangkalian pembentukan protein berfungsi secara kebetulan adalah mustahil sama sekali. Sekiranya perkara tersebut boleh terjadi, sudah tentu banyak protein berfungsi telah berjaya dihasilkan dalam eksperimen dan uji kaji makmal. Kritikannya itu sebenarnya selari dengan kesangsian di kalangan ahli-ahli matematik, fizik dan kejuruteraan mengenai kemampuan mutasi rawak untuk menghasilkan maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan suatu bentuk hidupan baharu469. Selain itu, kritikannya itu juga menjelaskan bahawa suatu benda hidup tidak boleh dihasilkan daripada benda bukan hidup secara sendiri dan semula jadi. Begitu juga sesuatu yang lebih baik dihasilkan daripada sesuatu yang kurang

466 Denton dalam kritikannya terhadap ketiadaan rekod fosil hidupan perantaraan memfokuskan tentang kewujudan fosil terawal yang mewakili setiap kelas utama dalam taksonomi hidupan meliputi haiwan invertebrata, vertebrata (ikan, amfibia dan sebagainya) dan tumbuhan. Fosil-fosil terawal tersebut telah membeza dan mempunyai ciri-ciri hidupan yang maju. Ahli palaentologi mengakui bahawa tidak mungkin untuk fosil-fosil berkenaan menjadi moyang kepada yang lain. Lapisan strata batuan ratusan juta tahun sebelum era Cambrian yang sepatutnya mengandungi fosil hidupan yang menghubungkan antara setiap kelas dan filum hidupan, hampir tidak mengandungi sebarang fosil. Lihat M. Denton, (1986). Evolution: A theory in crisis. Maryland: Adler & Adler Publishers., hlm. 157-174.

467 Dewar mengkritik kekurangan bukti fosil dalam menyokong teori tersebut dalam tiga bab dalam bukunya ‘The Transformist Illusion’. Beliau mengkritik berkenaan kekurangan bilangan genera berdasarkan rekod fosil dalam bab kedua, ketiadaan fosil

zaman Pra-Cambrian dalam bab ketiga. Dalam bab keempat pula, beliau mengkritik alasan yang dikemukakan golongan evolusi mengenai ketiadaan bukti fosil hidupan perantara. Beliau menyimpulkan bahawa ketiadaan bukti fosil pada batuan Pra- Cambrian merupakan mala petaka bagi teori evolusi Darwinisme. Lihat D. Dewar, (2005). The transformist illusion. New York: Sophia Perennis., hlm. 13-30.

468 Untuk perbincangan lanjut, lihat 4.2.2.5 Kepincangan dan kemustahilan hipotesis pembentukan hidupan pertama.

469 Pada tahun 1966, telah diadakan persidangan ‘Cabaran-cabaran Matematik terhadap Neo-Darwinisme’ (Mathematical Challenges to Neo-Darwinism) yang telah diadakan di Institut Wistar, Philadelphia, Amerika Syarikat. Lihat Lihat S. C. Meyer, (2009). Signature in the cell: DNA and the evidence for intelligent design. New York: HarperCollin Publishers., hlm. 204.

baik secara sendiri470. Justeru, kritikannya adalah berasas dan beliau telah membuktikan bahawa mustahil untuk hidupan terbentuk secara kebetulan dan semula jadi sejak di peringkat unit asasnya lagi.

Kritikan Harun Yahya daripada perspektif Islam mempunyai asas kerana beliau telah menunjukkan wujud golongan Muslim pro-Darwinisme dan tindakan mereka mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut acuan Darwinisme yang menyeleweng dan terpesong berbanding tafsiran al-Quran yang muktabar. Pengkaji bersetuju dengan kenyataan Harun Yahya yang menyifatkan golongan sedemikian sebagai dalam bahaya kerana perbuatan mereka itu telah mendedahkan ayat-ayat al-Quran kepada kebinasaan471. Tafsiran al-Quran mempunyai manhaj dan metodologi yang khusus yang memerlukan seseorang mufassir menguasai pelbagai ilmu seperti ilmu Bahasa Arab, Hadith, Nahu, dan sebagainya. Apabila mentafsirkan sesuatu ayat, para

mufassir akan mentafsirkannya dengan ayat-ayat al-Quran yang lain ataupun dengan hadith Rasulullah s.a.w yang sahih; dikenali sebagai tafsÊr bi al-ma’thËr, dan seterusnya. Teori evolusi Darwinisme bukanlah suatu ilmu yang bersumberkan al- Quran mahupun Rasulullah s.a.w dan ianya juga masih lagi dianggap sebagai suatu teori oleh sebahagian besar masyarakat sains. Justeru, mentafsirkan ayat-ayat al- Quran dengan sesuatu yang tidak pasti lagi kebenarannya, bahkan dibuktikan memiliki banyak kepincangan dan kebatilan adalah perbuatan yang amat berbahaya dan boleh memudaratkan ayat-ayat yang ditafsirkan tersebut. Meskipun ditunjukkan berlaku pemesongan makna dalam tafsir versi Darwinisme, namun masih terdapat

470 Seyyed Hossein Nasr dalam permasalahan ini telah menyatakan bahawa metafizik dan juga logik tidak dapat menerima kemungkinan sesuatu yang lebih baik asalnya datang daripada sesuatu yang kurang baik, melainkan ianya telah sedia wujud. Kesedaran atau ruh tidak boleh berevolusi daripada suatu bahan melainkan ianya telah sedia wujud secara luaran kepada bahan tersebut, sebagaimana seseorang tidak dapat mengangkat sesuatu objek secara fizikal melawan tarikan graviti, melainkan telah wujud tenaga yang tersimpan pada penggerak itu. Lihat S. H. Nasr, (1997). Man and nature: The spiritual crisis of modern man. Chicago: ABC International Group., hlm. 124. Selepas ini disebut sebagai S. H. Nasr, (1997). Man and nature: The spiritual crisis of modern man.

471 Rasulullah s.a.w telah mengeluarkan amaran keras terhadap golongan yang mentafsirkan al-Quran tanpa ilmu pengetahuan. Lihat A. Zarzur, (2005). Pengantar kepada usul al-tafsir. (Z. H. Yusoff, & A. Yappono, Penterjemah) Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication., hlm. 85-86.

kelompok Muslim pro-Darwinisme yang mempercayai dan mempertahankan tafsir berkenaan; menyerlahkan sikap taksub mereka terhadap teori evolusi Darwinisme.

Justeru, kritikan-kritikan Harun Yahya terhadap teori tersebut daripada perspektif falsafah, sains dan Islam adalah berasas dan ianya mempunyai sokongan dan bukti yang kukuh dan kuat. Beliau bukan sekadar mengkritik kosong tetapi turut mengemukakan bukti-bukti yang menyokong kritikannya itu sama ada dalam bentuk contoh hidupan, hasil penyelidikan saintifik dan sebagainya.

4.3.2.2 Analisis daripada aspek kekuatan dan kelemahan kritikan Harun

Dalam dokumen HARUN YAHYA DAN KRITIKANNYA TERHADAP TEO (Halaman 154-159)