• Tidak ada hasil yang ditemukan

Darwinisme, Materialisme dan maklumat genetik

Dalam dokumen HARUN YAHYA DAN KRITIKANNYA TERHADAP TEO (Halaman 87-89)

KRITIKAN HARUN YAHYA TERHADAP TEORI EVOLUSI DARWINISME

4.2.2 Kritikan Harun Yahya Terhadap Teori Evolusi Darwinisme

4.2.2.1 Darwinisme, Materialisme dan maklumat genetik

Harun Yahya mengkritik dan menghuraikan perkaitan antara teori evolusi Darwinisme dengan falsafah Materialisme dan ideologi Komunisme. Faham Materialisme menjadikan kebendaan sebagai asas kepada kewujudan segala-galanya sekaligus menolak Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir alam ini. Teori evolusi Darwinisme menjadi aplikasi faham tersebut dalam perbahasan alam tabii. Perkaitan kedua-duanya dibuktikan melalui pengakuan tokoh-tokoh Darwinisme dan faham Materialisme seperti kenyataan Leon Trotsky (1879-1940)5 yang menyatakan bahawa teori evolusi

Darwinisme sebagai ‘kejayaan tertinggi dialektik seluruh bidang organik’ (the highest triumph of the dialectic in the whole field of organic matter). Stephen Jay Gould (1941-

2002) juga pernah mengakui bahawa, “Darwin mengamalkan secara konsisten falsafah

Materialisme dalam pentafsirannya mengenai alam tabii” (Darwin applied a consistent philosophy of materialism to his interpretation of nature)6.

Golongan evolusi Darwinisme berpegang kepada konsep organisasi kendiri (self-organisation); kepercayaan bahawa bahan atau jirim yang tidak bernyawa boleh merancang sendiri dan menghasilkan benda hidup yang kompleks. Pegangan itu selaras dengan faham Materialisme yang berpegang kepada hanya jirim sahaja yang wujud di alam ini, semua perilaku dan perihal benda hidup mesti dijelaskan menurut perspektif jirim sahaja7 dan jirim bersifat abadi. Para pendokongnya menggunakan pendekatan logik reduksionisme8 dalam menjelaskan mengenai segala yang wujud di alam ini

5 Leon Trotsky merupakan ahli revolusi Marxist Rusia dan ahli politik Kesatuan Soviet. Trotsky juga merupakan pengasas dan pemimpin pertama Tentera Merah. Kata-kata tersebut dinukilkan oleh Harun Yahya daripada buku tulisan Alan Woods dan Ted Grant, "Marxism and Darwinism," Reason in Revolt: Marxism and Modern Science. Lihat H. Yahya, (2002). Darwinism refuted. New Delhi: Goodwork Books., hlm. 311. Selepas ini disebut sebagai H. Yahya, (2002). Darwinism refuted.

6 Stephen Jay Gould merupakan seorang ahli paleontology Amerika, ahli biologi evolusi dan sejarahwan sains. Ungkapannya itu dipetik Harun Yahya daripada buku tulisan Alan Woods dan Ted Grant, "Marxism and Darwinism," Reason in Revolt: Marxism and Modern Science. Lihat ibid.

7 Ibid,hlm. 304-305.

8 Reduksionisme merupakan suatu bentuk logik deduksi. Seyyed Hossein Nasr turut mengkritik perkara serupa. Menurutnya, golongan evolusi mereduksikan semua hidupan dalam alam ini kepada struktur molekul-molekul. Penurunan (reductionism) ini menjadikan para nabi dan tokoh hebat hanya setaraf dengan nyamuk. Melalui penurunan ini golongan evolusi menyangkakan bahawa mereka tidak perlu lagi berbahas mengenai sesuatu yang lebih hebat kerana semuanya sama sahaja apabila dilihat daripada persoalan struktur molekul. Namun, jelas Seyyed Hossein, golongan itu lupa bahawa mustahil karya-karya agung seperti

Shakespeare lahir daripada ‘semangkuk sup struktur molekul’8. Sesuatu akibat (effect) tidak boleh dipisahkan daripada sebabnya (cause). Alam tidak boleh dipisahkan daripada Penciptanya, bahkan tidak wujud sebarang alasan secara logik atau falsafah untuk menolak keupayaan penciptaan berterusan atau suatu siri penciptaan sebagaimana yang dipegang oleh semua doktrin tradisional. Lihat S. H. Nasr,, & M. Iqbal, (2007). Islam, science, Muslims and technology. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust., hlm.156.

termasuklah isu minda manusia910. Walau bagaimanapun, dakwaan mereka itu telah dicabar oleh suatu elemen baharu yang terkandung dalam setiap hidupan iaitu maklumat genetik11. Maklumat genetik yang dimiliki oleh setiap benda hidup tidak dapat diturunkan kepada peringkat jirim12 dan asal-usulnya juga adalah sangat berbeza13. Harun Yahya menjelaskan bahawa jika sesuatu bahan fizikal itu mengandungi maklumat, maka bahan tersebut semestinya telah direkacipta oleh minda yang mempunyai maklumat tersebut di dalamnya. Minda tersebut semestinya telah wujud terlebih dahulu sebelum dapat menterjemahkan maklumat miliknya menjadi jirim; suatu tindakan merekacipta14. Maklumat tersebut pula pasti bersumber dan berasal daripada suatu entiti kebijaksanaan agung yang melampaui jirim dan ianya yang telah wujud sebelum adanya jirim15. Golongan Darwinisme yang buntu tentang persoalan asal-usul

maklumat genetik hanya menjawabnya sebagai “sains masih belum mampu

menyelesaikannya”. Jawapan sedemikian, jelas Harun Yahya, bertujuan untuk

9 Golongan Materialisme menyatakan bahawa minda boleh diturunkan menjadi jirim (reducible to matter). Segala aktiviti mental seperti berfikir, menyayangi, dan seumpamanya hanyalah sekadar tindak balas kimia yang berlaku antara atom-atom di dalam otak. Karl Vogt (1817-1895), pernah mengungkapkan kata-kata “otak merembeskan fikiran sebagaimana hati merembeskan hempedu”.

Namun, kritik Harun Yahya, hempedu merupakan jirim dan tiada bukti menunjukkan bahawa fikiran merupakan suatu jirim. Lihat H. Yahya, (2002). Darwinism refuted., hlm. 306.

10 Dakwaan golongan evolusionisme berkenaan isu minda manusia itu tidak dapat diterima dan menimbulkan persoalan besar di kalangan pelajar sekolah tinggi dan universiti di Barat, khususnya di Amerika Syarikat. Dua persoalan utamanya ialah (1) bagaimana evolusi menerusi pilihan alamiah menghasilkan otak manusia, dan (2) bagaimana interaksi antara neuron-neuron dan neurokimia boleh menghasilkan fikiran manusia. Lihat P. Thagard, & S. Findlay, (2010). Getting to Darwin: Obstacles to accepting evolution by natural selection. Science & Education, 19, 625–636.

11 Setiap organisma memiliki maklumatnya sendiri (mengenai perincian fizikal organisma tersebut) yang disimpan di dalam DNA. Maklumat tersebut dibaca oleh pelbagai jenis enzim, diterjemahkan dan kemudiannya digunakan bagi menghasilkan protein. Sistem maklumat tersebut membolehkan penghasilan berjuta-juta protein pada setiap saat yang diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baharu bagi menggantikan sel-sel lama yang telah mati. Lihat H. Yahya, (2002). Darwinism refuted., hlm. 307.

12 Harun Yahya menukilkan persoalan yang ditimbulkan oleh Pierre-Paul Grassé (1895-1985), seorang ahli zoologi Perancis yang menyatakan;

Any living being possesses an enormous amount of "intelligence," very much more than is necessary to build the most magnificent of cathedrals. Today, this "intelligence" is called information, but it is still the same thing. It is not programmed as in a computer, but rather it is condensed on a molecular scale in the chromosomal DNA or in that of every other organelle in each cell. This "intelligence" is the sine qua non of life. Where does it come from?... This is a problem that concerns both biologists and philosophers, and, at present, science seems incapable of solving it.

Lihat ibid, hlm. 310.

13 Harun Yahya mengukuhkan kritikannya dengan memetik kenyataan Profesor Werner Gitt, Pengarah Institut Fizik dan Teknologi Persekutuan Jerman;

A coding system always entails a nonmaterial intellectual process. A physical matter cannot produce an information code. All experiences show that every piece of creative information represents some mental effort and can be traced to a personal idea-giver who exercised his own free will, and who is endowed with an intelligent mind.... There is no known law of nature, no known process and no known sequence of events which can cause information to originate by itself in matter...

Lihat ibid, hlm. 307-308. 14 Ibid, hlm. 309.

15 Harun Yahya menegaskan bahawa kebijaksanaan tersebut dimiliki oleh Allah, Penguasa Sekalian Alam. Dia-lah yang telah mewujudkan jirim, memberikannya bentuk dan menguruskannya. Lihat ibid, hlm. 309.

menidakkan mana-mana jawapan yang tidak berasaskan Materialisme sekaligus menidakkan jawapan sebegitu sebagai sesuatu yang saintifik16.

Dalam dokumen HARUN YAHYA DAN KRITIKANNYA TERHADAP TEO (Halaman 87-89)