• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sikap taksub saintis evolus

Dalam dokumen HARUN YAHYA DAN KRITIKANNYA TERHADAP TEO (Halaman 89-91)

KRITIKAN HARUN YAHYA TERHADAP TEORI EVOLUSI DARWINISME

4.2.2 Kritikan Harun Yahya Terhadap Teori Evolusi Darwinisme

4.2.2.2 Sikap taksub saintis evolus

Harun Yahya mengkritik sikap saintis evolusi yang taksub berpegang kepada teori evolusi Darwinisme. Contohnya ialah seperti kenyataan mereka bahawa protein; molekul pembina sel, terbentuk secara semula jadi dan kebetulan. Harun Yahya menyanggah sikap mereka dengan membawakan analogi mengenai tiga bongkah batu- bata yang tersusun rapi di tepi jalan. Jelasnya, sudah pastinya saintis berkenaan tidak akan sama sekali beranggapan bahawa batu-bata tersebut tersusun secara sendiri sebaliknya pasti telah disusun oleh seseorang. Mereka bersikap rasional dalam hal itu tetapi berfikiran tidak waras mengenai asal-usul kehidupannya sendiri yang jelas mustahil untuk terjadi secara sendiri dan kebetulan17.

Harun Yahya mengemukakan dua contoh sikap taksub saintis evolusi terhadap teori itu; menjadikan teori itu sebagai dogma. Pertama, Profesor Ali Demirsoy (lahir pada 1945), seorang saintis evolusi terkenal Turki yang mengakui bahawa pembentukan protein sitokrom-C secara kebetulan adalah mustahil melainkan terdapat suatu kuasa metafizik yang telah menjadikannya. Namun, beliau tetap memilih faktor kebetulan itu kerana jika tidak, pilihan yang tinggal ialah protein itu dicipta oleh Allah; pilihan yang tidak saintifik menurut evolusionisme18. Kedua, Richard Dawkins (lahir pada tahun 1941). Dawkins sanggup berpegang kepada sesuatu yang tidak logik dan mustahil yang dianggapnya sebagai mulia daripada meyakini kewujudan Allah19. Sikap sebenar

golongan Darwinisme ialah ‘materialis dahulu, baru saintis’; mereka tetap berpegang

dengan kenyataan faham Materialisme meskipun sains menunjukkan perkara

16 Ibid, hlm. 310.

17 Harun Yahya menyatakan bahawa terdapat dua pandangan dalam menjelaskan mengenai permulaan kewujudan kehidupan iaitu pertamanya alam ini dicipta oleh Allah SWT dan keduanya alam ini terjadi secara semula jadi dan kebetulan. Lihat H. Yahya, (1999). Penipuan evolusi. (R. Rais, Terj.) Kuala Lumpur: Saba Islamic Media., hlm. 3.

18 Ibid, 4-5.

19 Harun Yahya memetik kata-kata Richard Dawkins yang menyeru agar orang-orang Kristian tidak mempercayai mukjizat yang mereka lihat meskipun mereka melihat sendiri patung Virgin Mary melambai kepada mereka kerana menurut Dawkins, mungkin atom-atom tangan patung itu telah bergerak dalam masa dan arah yang sama. Lihat ibid, hlm. 6.

sebaliknya20. Oleh sebab itu, mereka akan tetap menegakkan dan mempertahankan faham Materialisme dengan berusaha menyokong teori evolusi Darwinisme dengan apa jua cara meskipun terbukti ianya tidak logik21; sikap yang diakui oleh saintis evolusi sendiri22.

Media dan makalah sains terkemuka Barat hari ini mempropagandakan teori

evolusi Darwinisme sebagai sesuatu yang ‘suci’ yang tidak boleh dipersoalkan.

Ketaksuban saintis Barat terhadap teori tersebut sebagaimana menurut Harun Yahya disebabkan oleh dominasi Darwinisme dalam dunia kesarjanaan Barat masa kini. Dalam mengekalkan atau meningkatkan status akademik, sarjana-sarjana di sana perlu menghasilkan dan menghantar artikel-artikel saintifik ke jurnal-jurnal sains kawalan golongan evolusionisme untuk diterbitkan. Jurnal-jurnal tersebut tidak akan menerbitkan artikel-artikel yang mengkritik teori tersebut23. Penyelidikan ahli-ahli biologi pula perlu selari dengan teori tersebut. Kesimpulan penyelidikan tersebut mestilah menunjukkan bahawa segala kejadian di alam ini berlaku secara semula jadi sekaligus menidakkan adanya Tuhan24.

20 H. Yahya, (2002). Darwinism refuted., hlm. 310. 21 Ibid, hlm. 312.

22 Harun Yahya memetik kenyataan oleh Richard C. Lewontin, ahli genetik dan evolusi dari Universiti Harvard sebagai berkata; “It is not that the methods and institutions of science somehow compel us accept a material explanation of the phenomenal world, but, on the contrary, that we are forced by our a priori adherence to material causes to create an apparatus of investigation and a set of concepts that produce material explanations, no matter how counter- intuitive, no matter how mystifying to the uninitiated. Moreover, that materialism is absolute, so we cannot allow a Divine Foot in the door.”

Menurut Harun Yahya, penggunaan terma ‘a priori’ dalam kenyataan di atas menunjukkan bahawa teori evolusi Darwinisme yang berasaskan Materialisme merupakan praandaian yang dibuat tanpa berasaskan sebarang eksperimen pengetahuan. Teori evolusi Darwinisme jelas merupakan sains yang cuba disesuaikan dengan prakonsep Materialisme. Teori evolusi Darwinisme menjadi pilihan dan wadah fahaman Materialisme dalam menjelaskan fenomena semula jadi yang bebas campur tangan Tuhan kerana faham itu sendiri menolak adanya kewujudan Tuhan. Disebabkan teori itu merupakan a priori benar, maka segala fakta dan penemuan sains yang bertentangan dengan teori tersebut tidak dipedulikan mereka. Dipetik oleh Harun Yahya daripada Richard Lewontin, "The Demon-Haunted World," The New York Review of Books, January 9, 1997, p. 28. Lihat ibid, hlm. 312-313.

23 Golongan Darwinisme juga menafikan hak perbincangan secara saintifik dalam persidangan sains. Contohnya ialah seperti insiden yang berlaku kepada Dr. Oktar Babuna ketika bertanyakan soalan kepada Profesor Dr. Francisco Ayala dan Douglas Futuyma dalam satu persidangan sains di Pontifical Gregorian University, Vatican. Lihat harunyahya.com. (2009, Mac 21). Douglas Futuyma flees in Rome. Didapatkan Oktober 1, 2012, daripada www.harunyahya.com: http://www.harunyahya.com/en/works/13397/Douglas-Futuyma-flees-in-Rome.

24 Harun Yahya menjelaskan ketaksuban golongan evolusi terhadap teori tersebut dengan membawakan contoh beberapa kenyataan saintis evolusi terkemuka dalam menjawab kepincangan yang wujud dalam teori itu. Antaranya ialah kenyataan Hoimar von Ditfurth (1921-1989), seorang pengamal perubatan Jerman dan penulis jurnal saintifik pro-evolusi, iaitu;

Is such a harmony that emerged only out of coincidences possible in reality? This is the basic question of the whole of biological evolution. ...Critically speaking, we can say that somebody who accepts the modern science of nature has no other alternative than to say "yes," because he aims to explain natural phenomena by means that are understandable and tries to derive them from the laws of nature without reverting to supernatural interference.

Dipetik oleh Harun Yahya daripada Hoimar Von Dithfurth, Im Anfang War Der Wasserstoff (Secret Night of the Dinosaurs), vol. 2, p. 64.

Harun Yahya menegaskan, sekiranya matlamat sains, menurut evolusi Darwinisme, adalah untuk mengelakkan daripada memperakui kewujudan kuasa adikuasa ataupun Tuhan, maka sains sebegitu tidak akan ke mana-mana. Sains seharusnya mencerap fenomena tabii yang terjadi secara bebas daripada sebarang prasangka dan prejudis, dan membuat kesimpulan hasil daripada pencerapan tersebut. Sekiranya keputusan yang diperoleh tersebut menunjukkan wujudnya perancangan dan penciptaan oleh suatu adikuasa, maka sains harus menerimanya25. Harun Yahya juga

mengkritik terma ‘sebab saintifik’. ‘Sebab saintifik’ itu hakikatnya merupakan dogma

kebendaan yang berpegang kepada ‘hanya jirim sahaja yang wujud’ dan segala

fenomena tabii hanya boleh dijelaskan secara proses kebendaan sahaja. Sebab saintifik itu merupakan alasan yang memaksa saintis menerima sesuatu kesimpulan yang kadang-kala ianya tidak saintifik26.

Dalam dokumen HARUN YAHYA DAN KRITIKANNYA TERHADAP TEO (Halaman 89-91)