• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Kaedah Tikrar dalam Kitab al-Rasul al-Mu’allim wa

Dalam dokumen NUR MUNIRAH BINTI MUHD FADZIR (Halaman 184-0)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

5.2 Analisis Kaedah Sintesis Dakwah dan Tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam

5.2.2 Analisis Kaedah Tikrar dalam Kitab al-Rasul al-Mu’allim wa

Kaedah kedua ialah kaedah tikrar. Melalui kaedah ini, Rasulullah SAW seringkali mengulang-ulang perbicaraan Baginda agar para sahabat mengambil perhatian serius mengenai sesuatu yang disampaikan. Adakalanya Baginda mengulang sebanyak dua dan tiga kali. Kadangkala Baginda meminta orang yang bertanya agar mengulang kembali pertanyaannya kerana terdapat perkara penting yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam daripada Baginda. Kaedah tikrar yang dianalisis terhadap kaedah-kaedah yang terdapat di dalam Kitab al-Rasul al-Mu’allim wa Asalibuhu fi al-Ta’lim berdasarkan ciri-ciri tikrar ialah perhatian, pemahaman, penegasan, sokongan, peneguhan dan dorongan mendapati terdapat enam kaedah dari pelbagai hadis dalam riwayat yang sahih yang menunjukkan bahawa Baginda menggunakan kaedah tikrar dalam pengajarannya. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah teladan baik, kaedah memerhatikan situasi, keadaan, masa dan kemampuan para sahabat, kaedah pemikiran rasional, kaedah dialog dan soal jawab, kaedah penegasan (sumpahan) dan kaedah penjelasan. Penjelasan yang lebih teliti boleh dilihat dalam Jadual 5.2.

166

Jadual 5.2: Analisis Kaedah Tikrar dalam kitab al-Rasul al-Mu’allim wa Asalibuhu fi al-Ta’lim Maksudnya: Telah datang kepada kami Jabir bin Abdullah RA, dia berkata: “Rasulullah SAW pernah mendatangi kami di suatu masjid.

Kami melihat saat itu Baginda membawa serabut pohon kurma.

Dengan serabut itu Baginda membersihkan air ludah yang melekat di mimbar masjid. Kemudian Baginda menemui kami dan berkata:

“Siapakah di antara engkau ingin ditinggalkan Allah SWT?” Kami tidak menjawab dan hanya menundukkan kepala kami.

Kemudian Baginda berkata lagi:

“Siapakah di antara engkau ingin ditinggalkan Allah SWT?” Kami akhirnya menjawab: “Tidak ada satu pun di antara kami Ya Rasulullah”.

Nabi lalu berkata: “Sungguh, saat pada engkau mengerjakan solat, Allah SWT menghadapkan wajah-Nya ke arah engkau. Maka, janganlah engkau meludah di depan wajah-Nya ataupun di sebelah kanan-Nya. Jika terpaksa meludah, ludahlah di sebelah kiri tepat di bawah kaki engkau. Namun, jika engkau tergesa-gesa untuk meludah, maka

lakukanlah seperti ini (Baginda menunjukkan cara membersihkan ludah dengan menggunakan kain/baju tersebut). Kemudian hendaklah melipat kain/baju tersebut. “Menurut

167

riwayat Abu Daud: “Hendaklah engkau memasukkan baju/kain tersebut ke dalam mulut dan menggosoknya”. Rasulullah SAW kemudian berkata lagi: “Berilah ‘abir (sejenis wangian) kepadaku”. Maka salah seorang daripada kami segera bergegas mengambilkan wangian dari rumahnya untuk Baginda. Baginda kemudian mengambilnya dan menyapukannya pada serabut yang ada di tangan Baginda kemudian menggosokkannya pada air ludah tersebut sehingga bau yang tidak sedap itu menjadi hilang”.

Kaedah Maksudnya: Dari Amru Ibnu Syu’aib RA, dari ayahnya, dan datuknya, ia berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah SAW seraya bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara bersuci (berwuduk) itu?” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan dengan membawa air yang diletakkan di dalam bejana, kemudian secara berturut-turut Baginda mencuci kedua tapak tangan sebanyak tiga kali, mencuci muka sebanyak tiga kali, membasuh kedua belah tangan sampai atas siku sebanyak tiga kali, mengusap kepala (sekali), lalu memasukkan kedua jari telunjuk Baginda ke dalam lubang telinga Baginda dan membasuh bahagian luarnya dengan kedua-dua ibu jari Baginda serta bahagian dalamya dengan menggunakan kedua-dua jari telunjuk Baginda, lalu Baginda mencuci kedua kakinya sebanyak tiga kali. Setelah itu baginda berkata:

“Begitulah cara melakukan wuduk, maka siapa pun yang menambah atau mengurangi cara tersebut

sesungguhnya dia telah berbuat salah dan zalim serta melampaui batas”.

Kaedah Tikrar

Kaedah Memerha-tikan

Perhatian Riwayat

168 Anas bin Malik RA bahawasanya Nabi Muhammad SAW pernah memanggil Muadz bin Jabal RA yang ketika itu sedang menaiki

kenderaannya: “Wahai Muadz”.

Muadz pun menjawab: “Ada apa wahai Rasulullah SAW? Anda memanggil saya”. Nabi mengulangi lagi: “Wahai Muadz”. Dia menjawab:

“Ada apa ya Rasulullah SAW?”.

Nabi mengulangi panggilannya lagi:

“Wahai Muadz”. “Ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada seorang hamba pun yang bersaksi dengan sungguh-sungguh bahawa tidak ada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad SAW adalah hamba dan rasul-Nya kecuali Allah SWT akan mengharamkan neraka atas hamba tersebut”. Muadz lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, apakah hal ini boleh aku beritahu kepada manusia supaya mereka berasa senang?” Nabi menjawab:

“Jangan, kerana mereka enggan beramal”. Akan tetapi, Muadz RA kemudian memaklumkan hal tersebut ketika ajalnya semakin dekat. Hal ini kerana Baginda takut mendapat dosa kerana menyimpan ilmu untuk dirinya. Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, ia berkata; “Sesungguhnya seorang lelaki pernah berkata kepada Rasulullah SAW. “Berilah aku satu wasiat saja agar aku dapat mengingat dan memikirkannya”. Baginda kemudian bersabda: “Janganlah engkau marah”. Baginda mengulang-ulang sabdanya itu beberapa kali, dan semua yang baginda katakan ialah janganlah marah.

169

Kemampu-an Para Sahabat

Maksudnya: Dari Abdul Rahman bin Abi Bakrah RA dari bapanya berkata:

Rasulullah SAW bersabda: Apakah engkau mahu aku beritahu dosa besar yang paling besar?” Baginda

menyatakannya tiga kali. Mereka menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah”. Maka Baginda SAW bersabda: “Menyekutukan Allah SWT, derhaka kepada kedua ibu bapa”. Lalu Baginda duduk dari sebelumnya berbaring kemudian bersabda: “Ingatlah dengan kesaksian yang palsu”. Baginda terus saja mengatakan berulang-ulang hingga kami mengatakannya: “Bilakah sekiranya Baginda akan diam”.

Kaedah Maksudnya: Dari Abi Umamah al-Bahili RA, dia berkata:

“Sesungguhnya seorang pemuda telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku melakukan zina”

Maka sekelompok orang mencelanya dan berkata: “Hentikan dan cegahlah dia” Rasulullah SAW bersabda:

“Dekatlah padaku” Pemuda itu lalu mendekati Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Apakah engkau senang jika zina itu terjadi pada ibumu?”

Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah SWT wahai Rasulullah, lebih baik aku menjadi tebusannya”

Baginda kemudian menjelaskan:

“Sesiapapun tidak akan rela zina terjadi pada ibu mereka” Baginda bertanya lagi: “Apakah engkau senang jika zina itu terjadi pada anak perempuanmu?” Pemuda itu

menjawab: “Tidak, demi Allah SWT wahai Rasulullah SAW, lebih baik aku menjadi tebusannya” Baginda lalu bertanya lagi: “Apakah engkau

170

senang jika zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah SWT wahai Rasulullah, lebih baik aku menjadi tebusannya” Baginda kemudian menjelaskan: “Siapapun tidak rela zina terjadi pada ibu saudara mereka” Setelah itu Baginda meletakkan tangan Baginda di dada pemuda tersebut seraya berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosanya,

bersihkanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya”. Sejak itu, akhirnya pemuda tersebut tidak berpaling kepada sesiapa pun (wanita untuk berzina). kepada kami Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa ketika matahari mulai tergelincir, Rasulullah SAW keluar menuju ke masjid untuk melaksanakan solat Zohor bersama para sahabat. Selesai solat Baginda kemudian berdiri di atas mimbar kemudian menjelaskan tentang hari kiamat dan berbagai peristiwa besar yang mendahuluinya. Baginda SAW bersabda: “Barangsiapa ingin bertanya kepadaku tentang sesuatu, maka tanyakanlah kepadaku sesuatu itu. Maka, demi Allah SWT, selama aku masih berada di sini tidaklah engkau bertanyakan kepadaku tentang sesuatu kecuali aku akan memberikan jawapan. Anas bin Malik RA menggambarkan: “Ketika manusia mendengar yang demikian itu perkataan Rasulullah SAW mereka banyak menangis”, kemudian Rasulullah SAW mengulangi sabdanya: “Bertanyalah kepadaku, bertanyalah kepadaku”. Maka berdirilah Abdullah bin Huzafah RA dan bertanya: “Siapakah ayahku wahai Rasulullah SAW?”. Baginda menjawab: “Ayahmu adalah Abu Huzafah”.

171

Soal Jawab Muslim

No. Hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW berangkat ketika matahari telah mulai tergelincir, lalu Baginda solat Zohor, selesai salam Baginda berdiri di atas mimbar dan mengingatkan tentang kiamat, Baginda ceritakan bahawa menjelang kiamat terjadi peristiwa-peristiwa besar, kemudian berkata:

“Siapa yang ingin bertanya sesuatu, silakan! Demi Allah, tidaklah engkau bertanya kepadaku tentang sesuatu, selain kuberitakan kepada engkau selama aku masih berada di tempatku ini” Anas RA berkata, “Lantas orang ramai menangis teresak-esak dan Rasulullah SAW memperbanyakkan bertanya: “Bertanyalah engkau kepadaku!” Anas RA melanjutkan,

“Lantas ada seseorang berdiri menuju Baginda dan bertanya, “Di manakah tempat tinggalku ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Kamu di neraka” Lantas Abdullah bin Khudzaifah berdiri dan bertanya,

“Siapa ayahku ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Ayahmu

Hudzaifah” Anas RA melanjutkan perkataannya, “Nabi SAW memperbanyakkan bertanya:

“Bertanyalah engkau kepadaku, bertanyalah engkau kepadaku”

Lantas Umar meletakkan kedua lututnya dan berkata, “Kami redha Allah SWT sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad SAW sebagai Rasul” Rasulullah SAW lantas terdiam ketika Umar RA mengucapkan yang demikian.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Demi Zat yang diriku berada di tangan-Nya, tadi telah diperlihatkan kepadaku syurga dan neraka di balik tembok ini ketika aku

172

solat, dan belum pernah kulihat kebaikan dan keburukan seperti hari ini”. Maksudnya: Dari Abu Qatadah RA bahawa dia mendengar dari SAW, bahawa suatu ketika Baginda berdiri di tengah-tengah para sahabat, lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya jihad fi sabilillah serta iman kepada Allah SWT, adalah amalan yang paling utama”. Maka seorang lelaki berdiri seraya bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika saya terbunuh dalam jihad fi sabilillah, apakah dosa-dosaku akan terampun?”

Rasulullah SAW menjawab: “Ya, jika kamu terbunuh di jalan Allah SWT, sabar dan mengharap pahala, maju ke depan dan tidak lari ke belakang”. Kemudian Baginda bertanya: “Apa yang kamu tanyakan tadi?” dia mengulangi pertanyaannya,

“Bagaimana jika saya terbunuh dalam jihad fi sabilillah, apakah dosa-dosaku akan terampun?” Baginda menjawab: “Ya, jika kamu sabar dan mengharap pahala, maju ke depan dan tidak lari ke belakang. Begitulah Jibril AS mengatakannya kepadaku”.

Kaedah Maksudnya: Dari Ubay bin Kaab RA ia berkata: Rasulullah SAW

bersabda: “Hai Abu Mundzir!

Tahukah kamu, ayat manakah di antara ayat-ayat al-Quran yang ada padamu yang paling utama?” Abu Mundzir berkata; saya menjawab,

“Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”. Baginda bertanya lagi: “Hai Abu Mundzir, tahukah kamu, ayat manakah di antara

ayat-173

ayat Al-Quran yang ada padamu yang paling utama?” Abu Mundzir berkata:

Saya menjawab, “allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum” Abu Mundzir berkata: lalu Baginda menepuk dadaku seraya bersabda:

“Demi Allah SWT, semoga dadamu dipenuhi dengan ilmu, wahai Abu Mundzir”.

Maksudnya: Dari sahabat Muadz bin Jabal RA. Bahawa Rasulullah SAW ketika akan mengutus Muadz bin Jabal RA ke Yaman, Baginda bersabda: “Bagaimana engkau memberikan keputusan apabila ada sebuah peradilan yang dihadapkan kepadamu?” Muadz RA menjawab,

“Saya akan memutuskan

menggunakan Kitab Allah SWT”

Baginda bersabda: “Seandainya engkau tidak mendapatkan dalam Kitab Allah SWT?” Muadz menjawab, “Saya akan kembali kepada Sunnah Rasulullah SAW”.

Baginda bersabda lagi: “Seandainya engkau tidak mendapatkan dalam Sunnah Rasulullah SAW serta dalam Kitab Allah SWT?” Muadz RA menjawab, “Saya akan berijtihad menggunakan pendapat saya, dan saya tidak akan mengurangi”

Kemudian Rasulullah SAW menepuk dadanya dan berkata: “Segala puji bagi Allah SWT yang telah

memberikan petunjuk kepada utusan Rasulullah SAW untuk melakukan apa yang membuat senang Rasulullah SAW”

Maksudnya: Dari Abu Syuraih RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:

“Demi Allah SWT tidak beriman, demi Allah SWT tidak beriman, demi Allah SWT tidak beriman”

Ditanyakan kepada Baginda: “Siapa yang tidak beriman wahai Rasulullah

174

SAW?” Baginda bersabda: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya”.

Kaedah

Maksudnya: Dari Anas RA dari Nabi SAW, bahawa Nabi SAW bila berbicara diulangnya tiga kali hingga dapat difahami dan bila mendatangi kaum, Baginda memberi salam tiga kali. Maksudnya: Dari Abdullah bin Amru RA berkata, Nabi SAW pernah tertinggal dari kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan, hingga Baginda mendapatkan kami sementara waktu solat sudah hampir habis, maka kami berwuduk dengan hanya mengusap kaki kami. Maka Nabi SAW berseru dengan suara yang keras: “Celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan masuk neraka” Diserukannya hingga dua atau tiga kali.

175 Maksudnya: Dari Muadz bin Jabal RA bahawa Rasulullah SAW pergi menuju ke arah Tabuk. Di pagi harinya Baginda solat Subuh bersama para sahabat kemudian mereka naik kenderaan. Ketika matahari terbit, mereka mengantuk kerana keletihan berjalan di malam suntuk dan Muadz bin Jabal RA menemani Rasulullah SAW seraya meniti jejak Baginda, kenderaan para sahabat berpancar mencari makanan dan berjalan, sementara itu unta milik Muadz bin Jabal RA jatuh lalu diikat dengan tali.

Untanya bergerak-gerak hingga unta milik Rasulullah SAW lari.

Kemudian Rasulullah SAW

membuka penutup muka Baginda lalu menoleh ternyata tidak ada seorang tentera pun yang lebih dekat dengan Baginda selain Muadz bin Jabal RA kemudian Baginda memanggilnya dan bersabda; “Hai Muadz!” Muadz bin Jabal berkata: Baik wahai Nabi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda; “Mendekatlah”. Ia pun mendekat hingga kenderaan mereka berdekatan satu sama lain. Rasulullah SAW bersabda: “Aku tidak mengira orang-orang begitu jauhnya mereka”.

Muadz bin Jabal RA berkata: Wahai Rasulullah SAW, mereka mengantuk hingga kenderaan mereka membawa mereka berpencar, makan dan berjalan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Saya tadinya mengantuk”

176

Saat Muadz bin Jabal RA melihat berita gembira Rasulullah SAW untuknya dan hanya berduaan dengan Baginda, ia berkata: Wahai

Rasulullah, izinkan saya bertanya pada Baginda tentang suatu kalimat yang menyakitkan dan

menyedihkanku. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang kau

maksudkan?” ia berkata: Wahai Nabi Allah, ceritakanlah padaku suatu amalan yang boleh memasukkan ke syurga, aku tidak bertanya apa pun yang lain”. Rasulullah SAW bersabda: “Bagus, bagus, kau bertanya sesuatu yang agung”.

Rasulullah SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. “Itu mudah bagi yang diberi kemudahan dan kebaikan oleh Allah SWT, itu mudah bagi yang dikehendaki baik oleh Allah SWT dan mudah bagi yang diberi kemudahan oleh Allah SWT”.

Rasulullah SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali supaya Muadz bin Jabal RA memperhatikannya dengan baik. Rasulullah SAW bersabda:

“Engkau beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, mengerjakan solat, menyembah Allah SWT semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun hingga kau mati dan engkau berada di atas hal itu”. Muadz bin Jabal RA berkata: “Tolong ulangi wahai Rasulullah SAW”. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali selanjutnya bersabda: “Bila engkau mahu, aku akan memberitahukan padamu wahai Muadz RA tentang pokok dan tegaknya segala urusan serta puncak tertingginya. Berkata Muadz bin Jabal RA: “Engkau lebih aku muliakan melebihi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah SAW.

Ceritakanlah padaku”. Rasulullah SAW bersabda: “Pokok segala urusan adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (yang haq) selain Allah SWT semata-mata yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa Muhammad SAW adalah hamba dan RasulNya, tegaknya segala urusan adalah mendirikan solat, menunaikan zakat dan puncak tertingginya adalah jihad di jalan Allah SWT. Dan aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan bersaksi bahwa bahawa tidak ada Ilah (yang haq) selain Allah SWT semata yang

177

tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW adalah hamba dan RasulNya, apabila mereka

melakukannya, bererti mereka telah terpelihara dan menjaga darah serta harta mereka kecuali dengan haknya dan penghisabannya menjadi tanggungan Allah SWT”. Rasulullah SAW bersabda: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad SAW berada di tangan-Nya, tidak ada wajah memucat dan kaki berdebu kerana suatu amalan demi mencari tingkatan-tingkatan syurga setelah solat wajib seperti jihad di jalan Allah SWT. Dan tidak ada timbangan amalan seorang hamba yang berat seperti binatang miliknya yang dipakai di jalan Allah SWT atau untuk membawa barang di jalan.

Kaedah Tikrar

Kaedah Penjelasan

Perhatian Riwayat Al-Bukhari

Maksudnya: Dari Muadz bin Jabal RA mengatakan, ketika aku

dibonceng Nabi SAW, dan tidak ada penghalang antara diriku dan dia selain pelepah kayu yang diletakkan di punggung unta, Baginda berseru:

“Hai Muadz!” “Baik, dan aku penuhi panggilanmu Ya Rasulullah”

Jawabku. Lantas Baginda lanjutkan perjalanan beberapa saat dan berkata:

“Hai Muadz!” “Baik, dan aku penuhi panggilanmu hai Rasulullah SAW”.

Jawabku. Baginda bertanya: “Apa hak Allah SWT atas hamba-Nya?”

Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”. Baginda bersabda: “Hak Allah SWT atas hamba-Nya adalah agar mereka beribadah kepada-Nya semurni-murninya, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun”.

Kemudian Baginda meneruskan perjalanan dan berseru: “Hai Muadz,

“Baik, dan aku penuhi panggilanmu hai Rasulullah SAW”. Jawabku.

Tanya Baginda: “Apa hak hamba atas

178

Allah SWT?” Aku menjawab: “Allah SWT dan rasul-Nyalah yang lebih tahu”. Baginda menjelaskan: “Hak hamba atas Allah SWT adalah agar Dia tidak menyiksa mereka”.

Kaedah

Maksudnya: Dari Anas bin Malik RA berkata: “Mereka (para sahabat) pernah melewati satu jenazah lalu mereka menyanjungnya dengan kebaikan. Maka Nabi SAW bersabda:

“wajib”. Kemudian mereka melewati jenazah yang lain lalu mereka menyebutnya dengan keburukan, maka Baginda pun bersabda: “wajib”.

Maka kemudian Umar Al-Khattab RA bertanya: “Apa yang dimaksud wajib?”. Baginda menjawab:

“Jenazah pertama engkau sanjung dengan kebaikan, maka pasti baginya masuk syurga sedang jenazah kedua engkau menyebutnya dengan keburukan, beerti dia masuk neraka kerana engkau adalah saksi-saksi Allah SWT di muka bumi”.

Kaedah Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA dia berkata: Nabi SAW bersabda:

“Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!”

Lalu Baginda ditanya; “Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?” Jawab Nabi SAW: “Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)”.

179

ِنْيَتَنْثا َو َلاَقَف ِنْيَتَنْثا َو Maksudnya: Dari Abu Said Al-Khudri RA dia berkata: Bahawasanya para wanita datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah SAW, kaum lelaki telah biasa mendengarkan nasihat-nasihatmu, maka berilah kami satu hari, sehingga kami boleh mendengar nasihat denganmu, engkau ajarkan kepada kami dari ilmu yang telah Allah SWT sampaikan kepadamu.

Baginda SAW bersabda: “Baiklah, berkumpullah engkau pada hari ini dan ini”. Lalu mereka pun berkumpul pada hari yang telah ditentukan.

Rasulullah SAW mengajari mereka ilmu yang telah Allah SWT berikan kepada Baginda. Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang dari engkau yang ditinggal mati oleh tiga orang dari anaknya kecuali mereka akan menjadi hijab (penghalang) baginya dari neraka” Maka berkatalah salah satu dari mereka:

“Bagaimana kalau dua orang?”

Rasulullah SAW bersabda: Dua, dua dan dua juga”.

Maksudnya: Telah diceritakan Abu Hurairah RA berkata: Ketika Allah SWT membukakan kemenangan bagi RasulNya SAW ke atas Kota Mekah, Baginda berdiri di hadapan manusia, maka Baginda memuji Allah SWT dan mensucikan-Nya kemudian bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah melarang menawan gajah di Mekah ini dan menyerahkan urusannya kepada RasulNya dan Kaum Mukminin, kerana di tanah Mekah ini tidaklah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku dan sesungguhnya pernah dihalalkan

180

buatku pada suatu masa di suatu hari dan juga tidak dihalalkan bagi seseorang setelah aku. Maka tidak boleh diburu binatang buruannya, tidak boleh dipotong durinya, dan tidak boleh diambil barang temuan di sana kecuali untuk diumumkan dan dicari pemiliknya. Barangsiapa yang dibunuh maka keluarga korban memiliki dua pilihan apakah dia akan meminta tebusan wang atau meminta balasan dari keluarga korban”. Maka berkatalah Al-Abbas RA: “Kecuali pohon Idzhir, kerana pohon itu kami gunakan sebagai wewangian di kuburan kami dan di rumah kami”.

Maka Rasulullah SAW bersabda;

“Ya, kecuali pohon Idzhir”. Lalu berdiri Abu Syah, seorang penduduk Yaman dan berkata: “Wahai

Rasulullah SAW, tuliskanlah buatku?

Rasulullah SAW berkata:

“Tuliskanlah buat Abu Syah”.

Berkata, Al-Walid bin Muslim RA:

Aku bertanya kepada Al-Awzaie:

“Apa yang ia maksud dengan meminta tuliskanlah buatku wahai Rasulullah SAW?” Dia berkata: “Isi khutbah tadi yang dia dengar dari Rasulullah SAW”.

sesungguhnya Asma bertanya kepada Nabi SAW tentang cara mandi haid.

Baginda lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Baginda bersabda: “Ambillah sepotong kapas yang diberi wewangian lalu

bersucilah”. Wanita itu bertanya,

“Bagaimana aku bersucinya?”

Baginda menjawab: “Bersucilah dengan kapas itu” Wanita itu berkata

Baginda menjawab: “Bersucilah dengan kapas itu” Wanita itu berkata

Dalam dokumen NUR MUNIRAH BINTI MUHD FADZIR (Halaman 184-0)