• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Dalam dokumen NUR MUNIRAH BINTI MUHD FADZIR (Halaman 110-116)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

4.2 Kaedah Sintesis Dakwah dan Tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah

4.2.2 Kaedah Tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Istilah tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah menggunakan empat kaedah utama iaitu tadris (mengajar), ta’adib (melatih), ta’alim (memperkenalkan dengan mendalam) dan tarbiah (mendidik). Terdapat pelbagai pendapat daripada para cendekiawan dan sarjana Islam berkaitan istilah tarbiah. Masing-masing mempunyai kecenderungan tersendiri, tetapi maksud bagi setiap penggunaan istilah tersebut membawa kepada penggunaan yang bermatlamatkan untuk mendidik murid.

Sebagaimana dijelaskan dalam Bab Dua, kaedah tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah bermaksud satu proses mendidik murid dengan menggunakan pelbagai kaedah secara bertahap untuk mencapai sesuatu objektif.

Kaedah tersebut didasari empat unsur utama iaitu pertama; rabbani, kedua;

92

Ta’adib (Melatih)

Tadris (Mengajar)

Ta’alim (Mengetahui)

Tarbiah (Mendidik)

UNSUR TARBIAH 1)Rabbani

2)Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan 3)Secara berperingkat

4)Bersifat universal

Rasulullah SWT sebagai contoh tauladan, ketiga; diamalkan secara berperingkat-peringkat; dan keempat bersifat universal. Pelaksanaan kaedah tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam dijelaskan sebagaimana dalam Rajah 4.2. Rajah ini diambil sebahagiannya daripada Rajah 2.1 dalam Bab 2.

Rajah 4.2: Kaedah Tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Berdasarkan Rajah 4.2 di atas, ditemukan empat kaedah tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah yang telah dikenal pasti dalam Bab Dua iaitu tadris, ta’adib ta’alim dan tarbiah. Kesemua kaedah tarbiah tersebut memerlukan GPI menggunakan pendekatan mengajar, melatih, memperkenalkan dengan lebih mendalam dan mendidik murid agar mencapai objektif PdPc. Kaedah ini perlu dilakukan secara bertahap (berperingkat-peringkat) agar murid mudah terbimbing dan menerima ilmu dengan berterusan. Proses kaedah tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah ini juga perlu mengikut situasi, keadaan dan kemampuan anak murid. Ia juga perlu diulang-ulang agar murid dapat menguasai

KAEDAH TARBIAH DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH

93

ilmu dengan baik. Huraian bagi keempat-empat kaedah tarbiah dijelaskan sebagaimana berikut:

4.2.2 (a) Tadris (Mengajar)

Tadris bermaksud pengajaran atau mengajarkan, perintah, kuliah dan satu proses pengajaran sesuatu mata pelajaran dari guru kepada murid (Nazaruddin, 2018;

Muhammad Muchlis Solichin, 2006; dan Razaleigh Muhamat@Kawangit, 2014).

Peranan GPI adalah mengajar murid ilmu Pendidikan Islam yang meliputi segenap kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, kaedah tadris merujuk kepada penyampaian ilmu pengetahuan yang melibatkan aspek persediaan mengajar sehingga ke proses pengembangan dan diakhiri penilaian kendiri (Razaleigh Muhamat@Kawangit, 2014). Kaedah ini dilihat lebih kepada aspek luaran PdPc berkesan GPI yang merangkumi ciri-ciri personaliti GPI (bi al-hikmah), bilik darjah yang disediakan, kepakaran GPI menguruskan murid, serta kemampuan GPI dalam membuat keputusan apabila berbeza pendapat (Nazirah Hamdan, 2017).

4.2.2 (b) Ta’alim (Mengenal dan Mengetahui)

Ta’alim pula beerti satu proses mengenalkan murid sesuatu ilmu untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah SWT (Ahmad Syah, 2008 dan Atiqa Azizah, 2017). Kaedah ta’alim bermula daripada tidak tahu sehingga tahu yakni sentiasa dilakukan secara berterusan menggunakan cara penyampaian bahasa yang berkesan mengikut situasi murid (Abd. Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary, 2010). Kaedah ta’alim juga dilihat lebih

94

bersifat holistik berbanding kaedah tadris kerana kaedah ini memerlukan lebih kepada pemahaman lanjutan dan lebih menekankan perilaku yang baik (Maria Ulfah, 2015). Dalam memberi pemahaman yang mendalam, kaedah ini memerlukan GPI sentiasa mempraktikkan beberapa sifat mahmudah yang disebutkan Imam al-Ghazali iaitu dengan sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan mementingkan nilai kasih sayang (Moh. Athiyah Al-Abrasyi, 1993). Apabila kasih sayang subur antara GPI dan murid, maka proses ta’alim dapat dilaksanakan dengan baik. Apabila timbul perbezaan pendapat, ia dapat diselesaikan dengan baik (Syed Abdurrahman Syed Hussin, t.t).

Bukan itu sahaja, kaedah ini juga memerlukan penekanan yang mendalam kerana konsep al-hikmah akan wujud selepas itu dengan dapat mengetahui apa yang tidak diketahui di samping dapat menyucikan diri dari perkara yang tidak elok (Surah al-Baqarah, 2:151 dan Abdul Fattah Jalal, 1988). Hal ini diambil dari kisah Rasulullah SAW mengajarkan al-Quran kepada kaum Muslimin. Pengajaran al-Quran bukan sekadar membaca sahaja, bahkan perlu kepada pemahaman lanjut dan mendalam.

Maka, berdasarkan penjelasan di atas dapat dirumuskan bahawa sebagai GPI harus sentiasa berusaha mengajarkan al-hikmah dari sudut Pendidikan Islam iaitu mengkaji dengan mendalam, tepat dan nyata bahkan setiap perkara yang dilakukan selepas itu berlandaskan pertimbangan yang rasional (bi hikmah) dan matang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

95 4.2.2 (c) Ta’adib (Melatih)

Ta’adib ialah satu proses latihan yang berlaku berulang kali dan berperingkat-peringkat agar murid berupaya mencapai satu tahap yang lebih baik (Syed Naquib Al-Attas, 1992). Istilah ta’adib lebih memfokuskan kepada keupayaan membentuk adab dan akhlak murid supaya mencapai penyempurnaan akhlak (Rusliza Othman, t.t; Syed Naquib Al-Attas, 1992; dan Maria Ulfah, 2015). Dengan ini jelas bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. Hadis: 8595). Kaedah ta’adib juga merupakan salah satu kaedah tarbiah yang berjaya diterapkan oleh Rasulullah SAW kepada masyarakat zaman dahulu sehingga terbinanya satu tamadun Islam yang unggul. Ia juga selari dengan definisi pendidikan Yusuf al-Qardhawi (1980) bahawa pendidikan yang sempurna ialah pendidikan yang bukan sahaja akademik semata-mata, bahkan melangkaui akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku manusia.

Tuntasnya, sebagai GPI harus melatih murid dengan menggunakan segala keupayaan yang ada agar dapat membentuk keperibadian murid sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Justeru, kaedah ini mampu diserap dengan penerapan nilai-nilai yang baik agar dapat menghasilkan murid yang beradab kerana menurut Syed Naquib Al-Attas (1992), nilai ta’adib mengandungi unsur ilmu, pengajaran dan penyuburan yang baik (Zuraidah Othman, 2013; dan Mior Mohd Mizan Mior Pi, Rahimah Embong, Kasimah Kamaruddin dan Firdaus Khairi Abdul Kadir, 2019).

96 4.2.2 (d) Tarbiah (Mendidik dan Mengasuh)

Istilah tarbiah tidak terdapat di dalam al-Quran, tetapi diambil dari perkataan rabb yang disebutkan sebanyak 244 kali di dalam al-Quran. Tarbiah mengandungi makna mengasuh, memelihara dan membesarkan dengan penuh kasih sayang dari aspek rohani dan jasmani (Maria Ulfah, 2015; Ahmad Syah, 2008; dan Atiqa Azizah, 2017). Sedangkan menurut Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran pula menjelaskan bahawa tarbiah ialah satu keupayaan pendidikan jasmani dan mental disertai dengan penerapan akhlak. Ditambah lagi dengan pendapat Abdul Rahman al-Nahlawi (1995) bahawa kaedah ini dilakukan secara bertahap sehingga sampai kepada kematangan fikiran.

Selain itu, dalam Pendidikan Islam Ahmad Mustafa al-Maraghi (t.t) membahagikan tarbiah kepada dua peringkat iaitu tarbiah al-khalqiyyah9 dan tarbiah diniyah al-tahdhibiyyah10. Dari sini dapat dirumuskan bahawa kaedah tarbiah sebagai proses didikan dan asuhan secara berperingkat-peringkat agar murid dapat mengamalkan ilmu yang disampaikan secara berterusan. Dari sudut GPI pula, tarbiah lebih sinonim dengan satu metod bimbingan secara lemah lembut dan penuh kasih sayang secara berperingkat-peringkat sepertimana yang dilakukan Rasulullah SAW agar menghasilkan murid yang terdidik dengan al-Quran dan al-Sunnah (Nazaruddin, 2018).

9 Tarbiah al-khalqiyyah bermaksud proses pengembangan dari aspek jasmani agar dapat mengembangkan rohani.

10 Tarbiah al-diniyah al-tahdhibiyyah bermaksud pembinaan jiwa murid agar dapat berkembang berdasarkan nilai-nilai ilahiyyah.

97

Berdasarkan penjelasan dalam subtopik 4.2.2 (a,b,c,d) di atas dapat dirumuskan bahawa gabungan keempat-empat kaedah iaitu tadris, ta’adib, ta’alim dan tarbiah membentuk satu kaedah tarbiah holistik bersifat saling melengkapi antara satu sama lain. Ia dilihat mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mendidik dan membimbing murid menjadi murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta sesuai diaplikasikan dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah.

4.2.3 Pelaksanaan Kaedah Sintesis Dakwah dan Tarbiah dalam PdPc

Dalam dokumen NUR MUNIRAH BINTI MUHD FADZIR (Halaman 110-116)