BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
4.2 Kaedah Sintesis Dakwah dan Tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah
4.2.1 Kaedah Dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah.86
Kaedah dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah merujuk kepada usaha mengajak murid-murid ke arah yang positif dengan menggunakan pelbagai kaedah tertentu untuk mencapai objektif pembelajaran tertentu. Objektif pembelajaran yang dimaksudkan di sini ialah setiap matlamat yang ingin dicapai pada setiap kali PdPc berlangsung mengikut silibus yang telah digariskan sepanjang tahun. Pelaksanaan kaedah dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam dijelaskan sebagaimana dalam Rajah 4.1. Rajah ini diambil sebahagiannya daripada Rajah 2.1 dalam Bab 2.
87
Rajah 4.1: Kaedah Dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah
Berdasarkan Rajah 4.1, terdapat tiga kaedah dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah yang telah dikenal pasti iaitu kaedah bi al-hikmah, kaedah mau’izah al-hasanah dan kaedah mujadala bi al-lati hiya ahsan. Kaedah-kaedah ini mempunyai hubungan kepada tiga unsur dakwah iaitu hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Kesemua kaedah dakwah tersebut memerlukan GPI perlu sentiasa menyeru dan mengajak murid tanpa jemu menggunakan pendekatan bi al-lisan dan bi al-hal. Proses kaedah dakwah juga perlu mengikut situasi, keadaan dan kemampuan murid. Bagi mencapai objektif dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam di Sekolah Menengah, setiap guru perlu berusaha membina ketiga-tiga hubungan ini dahulu. Huraian bagi ketiga-tiga kaedah dakwah ini dijelaskan seperti di bawah:
4.2.1 (a) Bi al-hikmah
Pelaksanaan kaedah dakwah secara bi al-hikmah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud, “Serulah manusia ke jalan Rabbmu dengan
KAEDAH DAKWAH DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH
Bi al-hikmah Mau’izah al-hasanah Mujadala bi al-lati hiya ahsan
UNSUR DAKWAH 1) Hubungan dengan Allah SWT
2) Hubungan dengan manusia 3) Hubungan dengan alam
88
berhikmah”. Kaedah ini digunakan oleh Rasulullah SAW sehingga Baginda dicontohi dan dijadikan suri tauladan kepada semua umat manusia. Hal ini telah dijelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 217.
Ibnu Jarir al-Tabari menyebut dalam tafsirnya bahawa perkataan hikmah yang terdapat di dalam ayat 125 surah al-Nahl merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Allah SWT menyarankan agar menyampaikan dakwah secara berhikmah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dengan menyebutkan larangan dan azab Allah SWT supaya manusia tidak mudah lalai dan sentiasa mengikut perintah-Nya.
Selain itu, berhikmah di dalam ayat ini juga membawa maksud menggunakan perkataan yang tegas dan benar supaya dapat membezakan antara hak dan batil (An-Nahl, 16:125; Syed Abdul Rahman Syed Hussin, 2005; dan Dayang Ummi Fa’izah Abdul Rahman, Salasiah Hanin Hamjah, Izzah Nur Aida Zur Raffah, 2016). Ayat tersebut juga memberi penjelasan dan panduan kepada Rasulullah SAW mengenai tatacara berdakwah kepada manusia. Hal ini demikian kerana Allah SWT menjadikan manusia pelbagai jenis sikap dan tingkahlaku.
Maka, para pendakwah khususnya GPI di sekolah perlu menggunakan pendekatan secara berhikmah sesuai dengan kondisi dan situasi murid selagi tidak menyalahi syariat Allah SWT (Razaleigh Muhamad@Kawangit, 2014). Selain itu, hikmah juga merujuk kepada GPI perlu mempersiapkan diri dengan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias menurut para ulama muktabar (Syed Abdul Rahman Syed Hussin, 2005).
7 “Bagi diri Rasulullah SAW ini suri teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah SWT dan hari akhirat dan mereka banyak mengingati Allah SWT” (Surah Al-Ahzab, 33: 21).
89 4.2.1 (b) Mau’izah al-Hasanah
Ungkapan mau’izah al-hasanah beerti nasihat atau pengajaran yang baik (Syed Abdul Rahman Syed Hussin, 2005; KK Misbah, 2014; Mustafa Kamal Amat Misra, Mohd Hakim Arshad, Nurhanisah Senin, Ahmad Fauzi Mohd Sahar dan Ahmad Faqih Ibrahim, 2019; dan Ipah Latipah, 2016). Tugas seorang pendakwah perlu menyampaikan perkara yang diwahyukan Allah SWT. Hal ini meliputi perkara-perkara seperti Tauhid, Ibadah, hukum-hakam dan sebagainya. Pelaksanaan kaedah mau’izah al-hasanah adalah berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud, “Serulah manusia ke jalan Rabbmu dengan berhikmah dan nasihat yang baik”. Nasihat yang baik berdasarkan ayat tersebut menurut Ibnu Jarir dalam tafsirnya juga sebagai peringatan kepada manusia akan pembalasan Allah SWT jika mereka tidak mengikuti-Nya. Nasihat tersebut juga perlulah sentiasa berulang-ulang supaya murid memahami, mengingati dan mengamalkannya (Arib Mu’aimin Sirait, 2018).
GPI sebagai pendakwah juga perlu menerapkan cara berkomunikasi dengan murid secara lemah lembut. Lemah lembut di sini beerti memberi pengajaran dan nasihat sehingga dapat mewujudkan tautan hati antara guru dan murid (Abdul Muhsein Sulaiman (2014). Seringkali murid pada zaman alaf baru ini kurang selesa dengan gaya penyampaian seorang guru kerana guru terlalu beremosi ketika mengajar yakni mudah marah apabila murid tidak dapat menguasai sesuatu pelajaran. Ini bersalahan dengan konsep mau’izah al-hasanah iaitu guru perlu menggunakan pendekatan tenang dan bertoleransi dengan murid supaya mudah menerima apa yang diajarkan (Muhammad Hizbullah, 2014). Disebutkan juga ‘al-hasanah’ lebih cenderung
90
kepada pendekatan targhib dan tarhib8 (Syed Abdul Rahman Syed Hussin (t.t).
Maka, disebabkan itu GPI perlu menyampaikan nasihat kepada perkara yang baik dan melarang dari melakukan kemungkaran agar murid memahami konsep sebenar mau’izah al-Hasanah (Mustafa Kamal Amat Misra, Mohd Hakim Arshad, Nurhanisah Senin, Ahmad Fauzi Mohd Shahar dan Ahmad Faqih Ibrahim, 2019).
4.2.1 (c) Mujadala bi al-lati hiya ahsan
Kaedah mujadala bi al-lati hiya ahsan bermaksud berbantahlah dengan cara yang baik. Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl ayat 125 yang bermaksud, “Bantahlah dengan cara yang baik”. Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menafsirkan ayat tersebut kepada situasi berdialog atau bertukar pandangan. Ia hendaklah dilakukan dengan cara yang baik yakni menjaga tutur kata dan menggunakan cara yang lemah lembut (H. Salmadanis, 2004). Begitu juga disebutkan di dalam surah Taaha ayat 44 bahawa Allah SWT merakamkan bahawa kisah Firaun yang terkenal dengan sifatnya yang sombong, bengis dan garang, justeru diperintahkan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.
Walaupun sifatnya (Firaun) seperti itu, tugas pendakwah tetap perlu menyeru dan mengajak kepada Allah SWT. Keberhasilan sesuatu tugas perlu diserahkan kepada Allah SWT. Sebagaimana tugas GPI perlu berkomunikasi dengan murid
8 Targhib adalah satu bentuk galakan, peringatan dan motivasi kepada umat manusia agar sentiasa mempertingkatkan ketakwaan dan ibadat kepada Allah SWT. Ia juga dimaksudkan sebagai janji baik dan ganjaran pahala kepada orang-orang soleh. Manakala tarhib pula ialah ancaman kepada manusia supaya menghindari sebarang kejahatan dan kemaksiatan sama ada zahir dan batin.
91
menggunakan bahasa dan dialog yang baik. Apabila berbeza pendapat, maka perlu diselesaikan dengan cara yang diajar dalam Islam iaitu menggunakan bahasa yang baik (Ipah Latipah, 2016; KK Misbah, 2014; dan Razaleigh Muhamat@Kawangit, 2014).
Kesimpulannya, berdasarkan subtopik 4.2.1 (a,b,c) di atas, dapat dirumuskan bahawa kaedah-kaedah yang terdapat dalam surah al-Nahl ayat 125 iaitu bi al-hikmah, mau’izah al-hasanah dan mujadala bi al-lati hiya ahsan amat bertepatan dan bersesuaian untuk diaplikasikan menerusi kaedah dakwah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah yang mementingkan penyampaian dakwah secara kasih sayang dan sesuai dengan situasi dan keadaan anak murid.