• Tidak ada hasil yang ditemukan

% Isu perkauman

6.1.2 Analisis Pembingkaian Akhbar SIB dan Waspada

Sebagaimana telah ditentukan dalam objek dan subjek penyelidikan, maka pengkaji akan menganalisis 24 teks berita (akhbar masing-masing berjumlah 12 jenis berita) seperti yang disajikan berikut ini:

6.1.2.1 Analisis Pembingkaian Akhbar SIB 1. Bingkai Satu SIB

Tajuk : Ketua DPRD Partai Merdeka Kabupaten Nias Exodius Harefa; Pemkab dan DPRD Nias Perlu Satu Sikap dalam Upaya Perjuangan Provinsi Tapanuli

Edisi : Isnin, 16 Oktober 2006

Tajuk Muka : 1

Ketua Parti Merdeka di Nias yang diterajui oleh Exodius Harefa dan Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan, Komite Independen Petrus S Gulo menjadi sumber dalam berita ini. Daripada isi kandungan berita ini akhbar SIB tidak menulis berita secara cover both side, yang menjadikan muatan isu daripada berita ini didominasi oleh pernyataan Exodius dan Petrus yang menyokong rencana penubuhan Provinsi Tapanuli. Berita ini pada dasarnya berisikan isu mengenai satu sikap daripada

pelbagai elemen masyarakat terutama Pemerintah Daerah dan Parlimen Daerah Nias dalam menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli.

Identifikasi Masalah

Dalam berita ini, Exodius menegaskan bahawa dirinya secara peribadi menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli dan dia juga telah menggalang sokongan masyarakat walaupun masih bersifat informal dan individual. Pernyataan Exodius dapat dipaparkan sebagai berikut :

“Kepada kawan-kawan selama ini saya bilang paling tidak secara peribadi bahawa Nias sepatutnyanya bergabung ke Provinsi Tapanuli dan wajar kalau ikut menyokong ke arah itu….”

Dalam berita ini Exodius juga menyatakan bahawa dalam pandangan majoriti ahli parlimen daerah Nias menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli.

Kabupaten Nias bergabung dengan daerah lainnya yang menginginkan terbentuknya Provinsi Tapanuli. SIB dengan tegas mengutip pendapat Exodius bahawa target penubuhan Provinsi Tapanuli ialah hal yang realistik dan sudah berada di depan mata. Namun masalahnya ialah cara pihak Pemerintah tempatan dan Parlimen Nias secara tegas menentukan sikap satu bahasa untuk merealisasikan sokongan tersebut secara rasmi lagi.

Penyebab Masalah

Pada dasarnya sokongan bagi penubuhan Provinsi Tapanuli ini ialah hal yang realistik, maka perkara yang diberitakan oleh SIB adalah dengan menyajikan isu atau wacana yang mampu membuat alasan penubuhan Provinsi Tapanuli menjadi logik.

Alasan tersebut adalah dengan menyajikan pelbagai aspek, antaranya aspek

penubuhan Provinsi Tapanuli. Salah satu isu utama yang disyorkan ialah dasar misi percepatan pembinaan di kawasan Nias dan persekitarannya. Dengan andaian jika bergabung dengan Provinsi Tapanuli daerah Nias akan semakin maju dalam pembinaan dan kesejahteraan masyarakat.

Penilaian Moral

Pada berita ini SIB mengutip pernyataan Petrus S Gulo. Pernyataannya adalah tidak ada alasan apapun bagi sesiapa untuk menghambat pengembangan atau penubuhan Provinsi Tapanuli. Dalam pandangan Petrus, keadaan Provinsi Sumatera Utara masa ini dengan 25 kabupaten dan kota (tahun 2006) sudah sangat banyak dan padat. Oleh itu, sangat wajar dengan adanya proposal pengembangan diharapkan Provinsi Tapanuli akan wujud.

Saranan Penyelesaian Masalah

Dengan konstruksi berita seperti ini, maka SIB dengan tegas mengiring pemahaman pembaca bahawa sebenarnya penubuhan Provinsi Tapanuli ialah hal yang wajar dan realistik. Namun, jelas untuk kondisi di Nias perlu komitmen yang nyata untuk menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli, dan bentuk komitmen tersebut adalah dengan kesatuan sikap yang tegas antara Pemerintah Daerah Nias dengan Parlimen Nias dengan membentukkan Provinsi Tapanuli.

Jadual 6.8

Hasil Analisis Pembingkaian SIB, Isnin 16 Oktober 2006 IDENTIFIKASI

MASALAH

Penubuhan Provinsi Tapanuli ialah hal yang realistik dan sudah berada di depan mata

PENYEBAB MASALAH

Adanya keterikatan aspek historikal, geografik dan politik antara Nias dengan daerah Tapanuli.

PENILAIAN MORAL Pemerintah Kabupaten dengan Parlimen Nias untuk menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli

(Sumber: Diolah daripada data penyelidikan)

2. Bingkai Dua SIB

Tajuk : Anggota DPR/MPR RI Asal Nias Yasonna H Laoly; Dari Semua Aspek & Faktor , Kabupaten Nias Harus Gabung dalam Provinsi Tapanuli

Edisi : Khamis, 2 November 2006 Tajuk Muka : 1

Dalam pandangan akhbar Sinar Indonesia Baru (SIB) Pemerintah Nias adalah salah satu daerah yang tidak secara tegas menyokong atau menolak penubuhan Provinsi Tapanuli, maka dalam pemberitaan SIB pada masa berlakunya wacana penubuhan Provinsi Tapanuli ini banyak mengandungi berita yang secara tidak langsung disusun untuk mengubah keputusan pembaca khususnya yang berada di Nias untuk sepakat dalam menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli. Dalam berita ini, SIB kembali memuat pernyataan seorang anggota parlimen di Jakarta yang secara kebetulan berasal dari Kabupaten Nias ; iaitu, Yasonna H Laoly, PhD secara peribadi

Identifikasi Masalah

Dalam berita ini, SIB dengan konsisten menyajikan fakta dan data termasuk mengutip pernyataan daripada pelbagai pihak yang intinya menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli. Menurut Laoly, Nias harus sesegera mungkin bergabung dengan daerah lainnya untuk penubuhan Provinsi Tapanuli. Hal ini bukannya tanpa alasan, kerana apabila ditinjau dari semua sudut Nias cukup berbaloi untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada Provinsi Tapanuli.

Selama ini Kabupaten Nias adalah salah satu kabupaten yang tidak tegas dalam menentukan posisi dan sikap untuk bergabung dengan Provinsi Tapanuli.

Secara tidak langsung hal ini tidak baik bagi perkembangan daerah Nias pada masa yang akan datang.

Penyebab Masalah

Tidak jauh berbeza daripada berita yang dianalisis pada bahagian sebelumnya. SIB dengan konsisten menyajikan alat pembenar atau alasan yang realistik dalam menghadapi keputusan Pemerintah Nias untuk bergabung dengan Provinsi Tapanuli. Alasan tersebut adalah dari aspek historis menunjukkan bahawa Nias sejak dahulu merupakan sebahagian daripada Keresidenan Tapanuli.

Namun, SIB tidak hanya menyajikan alasan ini, melalui salah seorang sumber beritanya, Laoly menambahkan bahawa aspek sejarah adalah satu daripada alasan logik yang lainnya. Laoly pula menyatakan bahawa dari aspek geografik, budaya dan potensi Nias lebih dekat dengan Provinsi Tapanuli. Adapun kutipan pendapat beliau tersebut adalah seperti berikut :

“Dari semua aspek dan faktor. Mulai dari geografisnya, kultur-nya, potensinya… daerah Nias harusnya langsung gabung dengan Provinsi Tapanuli. Nilai dan urgensi gabungnya Nias dalam Provinsi Tapanuli, jauh lebih penting dibanding dengan daerah atau Kabupaten Nias Selatan…..”

Penilaian Moral

Evaluasi moral yang dikembangkan oleh akhbar SIB dalam berita ini adalah dengan mengarahkan pemahaman bahawa bergabungnya Nias dalam Provinsi Tapanuli akan berpengaruh positif kepada pengembangan Nias pada masa yang akan datang. Dalam erti integrasi Nias ke Provinsi Tapanuli akan mempercepat peluang melakukan langkah-langkah untuk pengembangan daerah Nias yang juga suatu masa nanti akan menjadi satu provinsi tersendiri.

Saranan Penyelesaian Masalah

Dengan bentuk penyusunan berita ini, pada akhirnya SIB menyatakan bahawa dengan pelbagai bentuk alasan dan bantahan daripada Yasonna maka sokongan pada penubuhan Provinsi Tapanuli ialah hal yang mutlak dan menjadi tanggungjawab Pemerintah Kabupaten Nias. Alasannya ialah parlimen tempatan di Nias yang diberikan mandat oleh semua pihak yang menyokong seperti masyarakat Nias yang ada di daerah Nias sendiri mahupun yang ada di perantauan misalnya di Medan atau Jakarta . Oleh itu hal yang paling realistik dilakukan ialah sesegera mungkin mengeluarkan surat keputusan (SK) sebagai bentuk sokongan rasmi bagi penubuhan Provinsi Tapanuli.

Jadual 6.9

Hasil Analisis Pembingkaian SIB, Khamis 2 November 2006 IDENTIFIKASI

MASALAH

Dari segala aspek dan faktor Nias memang mutlak untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada Provinsi Tapanuli PENYEBAB

MASALAH

Dari aspek geografi, budaya dan potensi kabupaten Nias lebih dekat dengan Provinsi Tapanuli

Pemerintah Kabupaten Nias dan Parlimen Daerah Nias diberikan mandat oleh masyarakat Nias untuk sesegera mungkin mengeluarkan surat keputusan (SK) untuk memberikan sokongan kepada rencana penubuhan Provinsi Tapanuli.

(Sumber: Diolah daripada data penyelidikan)

3. Bingkai Tiga SIB

Tajuk : Dialog Tim Gabungan dan DPRD Sibolga akan Pulihkan Sokongan ke Provinsi Tapanuli

Edisi : Jumaat, 3 November 2006 Muka surat : 1

Pro dan kontra yang terjadi di Kota Sibolga terhadap rencana penubuhan Provinsi Tapanuli adalah salah satu isu yang cukup hangat pada ketika tempoh wacana penubuhan Provinsi Tapanuli dimulakan. Daripada pelbagai elemen masyarakat yang diwakili oleh pelbagai organisasi kemasyarakatan banyak yang menolak sokongan bagi penubuhan Provinsi Tapanuli.

Dalam berita ini, SIB menyajikan berita yang menceritakan dialog atau audiensi yang dilakukan oleh Panitia Gabungan Sosialisasi Pembentukan Provinsi

Tapanuli dan Panitia Pembentukan Provinsi Tapanuli dengan Parlimen Daerah, (di sana disebut Dewan Perwakilan Rakyat Daerah/DPRD) Kota Sibolga, yang dimaksudkan oleh SIB sebagai forum atau majlis yang diharapkan boleh menjadi alternatif untuk menyalurkan aspirasi masyarakat Sibolga terhadap perjuangan penubuhan Provinsi Tapanuli.

Identifikasi Masalah

Bagi SIB majlis ini dimaksudkan sebagai satu usaha yang baik dalam menjejaskan sokongan masyarakat Sibolga khususnya daripada pihak legislatif terhadap penubuhan Provinsi Tapanuli. Dengan mengutip pernyataan elit masyarakat Sibolga iaitu, Makmur Saleh Pasaribu yang menyatakan bahawa dia sangat lega dan gembira melihat fenomena kembalinya “titik terang” di bumi kota Sibolga ini bagi penubuhan Provinsi Tapanuli. Bahkan beliau beralasan bahawa pada masa awal pelancaran wacana penubuhan Provinsi Tapanuli, Sibolga ialah barisan terdepan yang menyokong berdirinya Provinsi Tapanuli yang terpisah dari Provinsi Sumatera Utara.

Penyebab Masalah

Dalam berita ini SIB menyajikan fakta bahawa penubuhan Provinsi Tapanuli adalah demi kebaikan daerah Sibolga sendiri. Adapun masalah yang paling ketara ialah masalah peningkatan kesejahteraan dan pembangunan ekonomi. Secara tidak langsung maksud daripada berita ini memperlihatkan bahawa selama ini Sibolga tidak mampu mencapai kesejahteraan dan pembangunan sepenuhnya jika masih di bawah naungan Provinsi Sumatera Utara. Dengan bergabungnya Sibolga ke Provinsi

Tapanuli maka hal yang demikan ialah pilihan realistik untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Penilaian Moral

SIB dengan tegas menunjukkan bahawa selama ini kota Sibolga pantas bergabung dengan daerah lainnya untuk memperjuangkan penubuhan Provinsi Tapanuli. Dengan mengutip sumber berita mereka iaitu, Makmur Saleh Pasaribu, SIB menyajikan kembali kenangan sejarah Sibolga pada ketika menjadi sebahagian daripada Keresidenan Tapanuli yang sangat maju dan sempat menjadi primadona.

Walau bagamanapun, SIB tidak menghuraikan makna yang lebih dalam makna daripada kata primadona tersebut. Petikan daripada beritanya adalah seperti berikut :

“Saat ini yang ada dalam pikiran dan batin saya cuma satu:

janganlah kiranya Sibolga sampai ditinggalkan dalam penubuhan provinsi Tapanuli. Selain pernah menjadi promadona dan inti dari wilayah pemerintahaan Tapanuli ketika masih berstatus keresidenan Tapanuli dulunya….”

Saranan Penyelesaian Masalah

Hasil diskusi yang dilakukan oleh Tim Gabungan Sosialisasi Pembentukan Provinsi Tapanuli dan Panitia Pembentukan Provinsi Tapanuli dengan Parlimen Daerah Kota Sibolga ini kesimpulan menurut SIB merupakan sokongan penuh dari Parlimen Kota Sibolga bagi menjana penubuhan Provinsi Tapanuli. Dengan wujudnya kesefahaman dan kesepakatan antara Tim Gabungan dengan Parlimen Daerah Sibolga, maka hal ini boleh menjadi momentum yang strategik. Idea ini memperlihatkan pula sebagai sarana pendedahan kepada masyarakat kota Sibolga tentang pentingnya kewujudan Provinsi Tapanuli.

Jadual 6.10

Hasil Analisis Pembingkaian SIB, Jumaat 3 November 2006

IDENTIFIKASI MASALAH

Sibolga ialah sebahagian daripada barisan paling depan yang menyokong wujudnya Provinsi Tapanuli yang melepaskan diri yang sangat maju dan sempat menjadi primadona.

Tajuk : Partai Golkar Dukung Pembentukan Provinsi Tapanuli Edisi : Selasa, 7 November 2006

Tajuk Muka : 1

Parti terbesar di Indonesia ; iaitu, Parti Golkar menjadi salah satu subjek berita yang ditulis oleh SIB. Sebagai parti terbesar, SIB memandang sikap Golkar terhadap penubuhan Provinsi Tapanuli ini dapat mempengaruhi pengundi Parti Golkar di daerah yang juga dominan sebagai pembaca SIB. Pelbagai fakta dan data menunjukkan bahawa SIB mengarahkan pemahaman bahawa Parti Golkar secara institusi menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli. Cara penyajian berita ini sendiri cukup menonjol apabila dibandingkan dengan berita lainnya. Hal ini kelihatan

daripada pemilihan ukuran huruf pada tajuk berita yang besar dan seakan menyifatkan berita ini sebagai sesuatu yang mustahak.

Identifikasi Masalah

Sokongan Parti Golkar dalam wacana penubuhan Provinsi Tapanuli ditegaskan oleh H. Burhanuddin Napitupulu yang juga merupakan Ketua Parti Golkar Sumatera Utara. Dalam konteks yang demikian, Burhanuddin Napitupulu menyatakan bahawa Parti Golkar sangat bersetuju pada usaha dan perjuangan penubuhan Provinsi Tapanuli. Hal ini berdasarkan tinjauan daripada keluasan wilayah, jumlah penduduk dan sumber daya alam yang tersedia sememangnya jika Provinsi Tapanuli wujud dan terpisah dari Sumatera Utara.

Namun masalahnya ialah Parti Golkar tidak dapat menyokong sepenuhnya apabila kepelbagaian komponen masyarakat sendiri tidak bersatu-padu memperjuangkannya. Kenyataan ini menurut Burhanuddin Napitupulu kelihatan lebih banyak sikap pro dan kontra di tengah-tengah masyarakat.

Penyebab Masalah

Menurut Burhanuddin Napitupulu perkara yang berlaku ialah kurangnya persatuan antara sesama masyarakat Sumatera Utara dan juga disebabkan kurangnya komunikasi antara tokoh masyarakat mahupun elit politik dan di daerah dan Jakarta sehingga menjadi terpisah. Burhanuddin Napitupulu mengunjurkan agar masyarakat yang menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli untuk bermuhasabah diri dan mahu belajar daripada masyarakat Sulawesi Barat dan Gorontalo yang bersatu padu untuk memperjuangkan provinsi baru di sana. Berikut petikannya :

“Jika dibandingkan dengan daerah lain seperti Sulawesi Barat dan Gorontalo, pembentukan Provinsi Tapanuli tergolong tertinggal. Sebaiknya kita belajar dari mereka yang dapat bersatu dan hanya dalam satu tahun mampu memperjuangkan Sulawesi Barat menjadi provinsi…”

Penilaian Moral

Dalam berita ini SIB kembali memberikan penilaian moral pada tokoh yang aktif mewacanakan penubuhan Provinsi Tapanuli untuk dapat bersatu dan mesra.

Mengutip pernyataan Burhanuddin Napitupulu, SIB menulis bahawa sepatutnya pelbagai ahli masyarakat mempunyai prinsip semua untuk satu dan satu untuk semua, dan tidak ada satu kesan yang menunjukkan bahawa perjuangan membentukkan Provinsi Tapanuli untuk kepentingan pihak tertentu. Untuk memperkuat premisnya SIB menukilkan dalam beritanya:

“Semua harus sepakat, apakah itu Pak G.M. Panggabean, Feisal Tanjung, Chairuman Harahap, Burhanuddin Napitupulu, Luhut Panjaitan, T.B. Silalahi dan yang lainnya harus satu. Ibarat solu (sampan) harus sama-sama mendayung…..”

Saranan Penyelesaian Masalah

Burhanuddin Napitupulu selaku salah seorang Ketua Parti Golkar Pusat dan Koordinator Wilayah (Korwil) Sumatera Utara menjanjikan bahawa Parti Golkar tidak akan menutup mata dan tetap akan memberikan sokongan terhadap aspirasi masyarakat Sumatera Utara untuk mewujudkan Provinsi Tapanuli. Bahkan pernah ada manifesto politik daripada Parti Golkar yang menjanjikan apabila usulan ini sudah masuk ke DPR (Parlimen Pusat), maka seluruh ahli parlimen yang berasal daripada Parti Golkar akan berganding bahu untuk menggalang proposal tersebut.

Jadual 6.11

Hasil Analisis Pembingkaian SIB, Selasa 7 November 2006

IDENTIFIKASI akar umbi masyarakat masih banyak terdengar suara pro dan kontra.

PENYEBAB MASALAH

Pro dan kontra terjadi kerana kurangnya

persatuan masyarakat Sumatera Utara dan juga kurangnya komunikasi yang mesra antara tokoh masyarakat mahupun elit politik di Jakarta dan di daerah sehingga dikesan menjadi terpisah

PENILAIAN MORAL

Para tokoh mempunyai prinsip semua untuk satu dan satu untuk semua, dan jangan menunjukkan kesan perjuangan Provinsi Tapanuli untuk kepentingan pihak tertentu.

SARANAN PENYELESAIAN MASALAH

Parti Golkar menjanjikan sebarang sokongan apabila usulan penubuhan Provinsi Tapanuli masuk ke DPR Pusat di Jakarta. Ahli parlimen Parti Golkar akan berganding bahu untuk memperjuangkannya.

(Sumber: Diolah dari data penyelidikan)

5. Bingkai Lima SIB

Tajuk : Seminar Kompas Tentang Tapanuli; Sekdapropsu:

Pempropsu akan Usulkan Penubuhan Provinsi Tapanuli ke DPRD Sumut

Edisi : Sabtu, 11 November 2006 Tajuk Muka : 1

Berita ini merupakan hasil laporan atau liputan wartawan SIB di lapangan ketika meliput acara seminar yang diadakan di Hotel Danau Toba pada Jumaat, 10 November 2006 dengan tema “Tapanuli Kehidupan Politik Satu Keresidenan di Sumatera”. Namun isi berita ini mengarahkan perhatian pembaca kepada pernyataan

sikap Setiausaha Pemerintah Provinsi Sumatera Utara, Muhyan Tambuse dalam kegiatan seminar ini. Dalam berita ini juga disajikan pernyataan daripada Parlindungan Purba yang juga sebagai ahli Dewan Perwakilan Daerah (seperti Dewan Undangan Negeri di Malaysia) dari Sumatera Utara.

Identifikasi Masalah

Provinsi Sumatera Utara sebagai provinsi induk yang menginginkan wacana pengembangan daripada beberapa elemen masyarakat Sumatera Utara untuk mewujudkan Provinsi Tapanuli tidak akan mencegah usaha ini. Namun dengan persyaratan iaitu, memenuhi prosedur dan peraturan yang sedia ada. Setelah terpenuhinya syarat ini maka pemerintah Provinsi Sumatera Utara dapat meneruskan aspirasi penubuhan Provinsi Tapanuli ke Parlimen Sumatera Utara untuk mendapatkan pandangan. Pernyataan ini datang daripada pemerintah Provinsi Sumatera Utara iaitu, Setiausaha Daerah Provinsi Sumatera Utara Muhyan Tambuse.

Perjuangan para pengasas dan elit daerah kabupaten/kota semakin menguat untuk mengembangkan Provinsi Sumatera Utara dengan mendirikan Provinsi Tapanuli. Hal ini dilatarbelakangi dengan banyaknya penubuhan daerah baru seperti Daerah Samosir, Humbang Hasundutan, Nias Selatan dan Pakpak Bharat.

Penyebab Masalah

Dengan ketentuan mengikut syarat dan prosedur tersebut, menurut SIB harus dimulakan dengan prosedur seperti yang telah dilakukan oleh Pemerintah Provinsi Sumatera Utara iaitu dengan meneroka prosedur dan syarat penubuhan Provinsi Tapanuli. Selain itu, Pemerintah Provinsi Sumatera Utara perlu melakukan penelitian secara cermat iaitu mengindentifikasikan sama ada kekurangan atau kelemahan yang dapat menghambat projek penubuhan Provinsi Tapanuli.

Penilaian Moral

Dalam pandangan SIB langkah yang diambil oleh Pemerintah Sumatera Utara sudah cukup baik, dengan demikian SIB memberikan penilaian bahawa untuk memberikan tindak balas terhadap aspirasi penubuhan Provinsi Tapanuli, pemerintah berkenaan sentiasa berpegang pada peraturan dan perundangan yang ada serta menerima pendapat daripada pelbagai lapisan masyarakat antaranya daripada beberapa ahli dan pakar pelbagai bidang melalui beberapa seminar.

Saranan Penyelesaian Masalah

Dengan penyusunan berita seperti ini, maka SIB memberikan satu kesefahaman dan sokongan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Pemerintah Provinsi Sumatera Utara dalam memberikan tindak balas terhadap keinginan penubuhan Provinsi Tapanuli. SIB melengkapinya lagi dengan memuatkan kenyataan daripada Parlindungan Purba mengenai masa depan penubuhan Provinsi Tapanuli.

Berikut petikannya :

“Aspirasi penubuhan Provinsi Tapanuli itu bagus, dan melihat bahawa tinggal disesuaikan dengan peraturan perundang-undangan… saya rasa kuncinya juga bagaimana tim pemekaran meng-aproach DPRD Sumut. Kemudian jangan berhentinya membuat seminar-seminar……”

Jadual 6.12

Hasil Analisis Pembingkaian SIB, Sabtu 11 November 2006

IDENTIFIKASI MASALAH

Provinsi Sumatera Utara tidak mencegah pembentukan dengan mendirikan Provinsi Tapanuli. Namun harus dengan syarat ; iaitu, memenuhi syarat dan prosedur yang ada. cukup baik, untuk memberikan tindak balas terhadap aspirasi penubuhan Provinsi Tapanuli.

Aspirasi penubuhan Provinsi Tapanuli itu bagus, dan memerlukan penyesuaian mengikut peraturan Gelar Paripurna “Provinsi Tapanuli”

Edisi : Sabtu, 13 November 2006 Tajuk Muka : 1

Salah satu daerah yang masih tidak jelas sikapnya terhadap perjuangan penubuhan Provinsi Tapanuli ialah Kabupaten Pakpak Bharat. SIB dalam berita ini hanya mengangkat satu pihak, iaitu pihak yang menyokong agar daerah Pakpak

Bharat bergabung dengan Provinsi Tapanuli. Dua pihak yang menjadi subjek berita ini ialah Parti Damai Sejahtera (PDS) dan Parti Demokrat (PD) yang mendesak Parlimen Pakpak Bharat mengeluarkan keputusan dan sikap rasmi bagi menyokong rencana penubuhan Provinsi Tapanuli dengan secepatnya.

Identifikasi Masalah

Tidak jauh berbeza daripada berita-berita yang dimuat oleh SIB sebelumnya, maka pada berita ini gesaan beberapa elemen masyarakat untuk bergabung dengan Provinsi Tapanuli menjadi tema utama berita ini. Sikap pemerintahan Daerah Pakpak Bharat yang masih belum mantap untuk memperjuangkan Provinsi Tapanuli, Parti PDS dan Parti Demokrat memandangnya sebagai sesuatu yang tidak mungkin terjadi apabila ahli parlimen Pakpak Bharat tegas menyatakan sikap.

Hal ini berpunca pada adanya khabar angin yang didengar oleh Ketua Parti PDS Pakpak Bharat, Yosef Marco Boang Manalu, bahawa majoriti ahli parlimen Pakpak Bharat sebenarnya juga sama-sama berkomitmen untuk memperjuangkan proposal penubuhan Provinsi Tapanuli. Akan tetapi untuk merealisasikannya mereka kelihatan memerlukan masa yang tepat. Oleh yang demikian, pernyataan politik dalam bentuk cadangan secara rasmi memberikan sokongan bagi rencana penubuhan Provinsi Tapanuli perlu dikeluarkan sesegera mungkin. Berikut penggalan beritanya :

“Masyarakat Pakpak Bharat yang terhimpun dalam Partai Demokrat dan Partai Damai Sejahtera …berharap dengan sangat agar pihak Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Pakpak Bharat segera merespon aspirasi masyarakat setempat untuk menggelar rapat paripurna tentang penubuhan Provinsi Tapanuli dan kiranya dapat menerbitkan sokongan legal berupa surat keputusan atau rekomendasi untuk menyokong penubuhan Provinsi Tapanuli”

Desakan ini juga dilatarbelakangi bahawa PD dan PDS Pakpak Bharat telah menghantar surat rasmi dan fail berikutnya kepada pelbagai pihak yang secara eksplisit isi kandungannya memberikan sokongan terhadap rencana penubuhan Provinsi Tapanuli.

Penyebab Masalah

Sikap SIB sebagai media yang sedari awal konsisten terhadap proposal penubuhan Provinsi Tapanuli kerana alasan utama berbagai-bagai daerah yang belum menunjukkan sikapnya yang mantap ialah semata-mata kerana daerah-daerah berkenaan belum mengetahui lagi kegunaannya pada suatu masa apabila mereka bergabung dengan Provinsi Tapanuli. Demikian juga dengan berita ini, SIB menyampaikan alasan utama mendesak Pakpak Bharat agar turut bergabung dalam penubuhan Provinsi Tapanuli ialah dengan alasan pembangunan ekonomi.

Untuk maksud yang demikian, SIB memperkuat isi kandungannya dengan menghadirkan sumber beritanya, Rejeki Tumanggor yang menerajui Asosiasi Pengusaha Konstruksi Indonesia (ASPEKSINDO) Pakpak Bharat. Dalam berita

Untuk maksud yang demikian, SIB memperkuat isi kandungannya dengan menghadirkan sumber beritanya, Rejeki Tumanggor yang menerajui Asosiasi Pengusaha Konstruksi Indonesia (ASPEKSINDO) Pakpak Bharat. Dalam berita