• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB TIGA KAEDAH KAJIAN

3.1 Kaedah Analisis

3.1.2 Analisis Pembingkaian Robert Entman

Apakah maksud pembingkaian (framing)? Pelbagai hujahan para sarjana merangkumi soalan tersebut yang intinya bahawa aktiviti sesuatu media bukanlah berlaku dalam satu ruang yang hampa, tetapi merupakan jentera yang kompleks dengan amalan yang khas dan berbeza dengan mana-mana profesion. Hal ini dapat dijelaskan melalui pelbagai hujahan para sarjana seperti yang dinukilkan berikut ini:

In the process of representing reality by organizing concepts, the news organization arbitrarily slices and strips from the stream of ongoing activity (Goffman, 1974) and transforms the non-recognizable happenings into comprehensible events (Tuchman, 1978), unspoken and unacknowledged (Gitlin, 1980), news frame have become the “part and parcel” of realty as portrayed by the mass media (Tuchman, 1978).

Goffman, (1974, dalam Watkins, Mac 2001) menegaskan bahawa untuk dapat berunding, menguruskan, dan memahami permasalahan sosial rumit, setiap orang mengamalkan pembingkaian (framing). Amalan pembingkaian digunakan oleh kumpulan tertentu melalui langkah penting berkenaan lambang modal profesion seperti wartawan, ahli politik, dan saintis sosial bergantung pada pembahagian yang bertatatingkat yang merancang lanskap maklumat.

Pembingkaian ialah perkara yang dipilih oleh pengkaji untuk dimasukkan dalam pandangan atau bingkai cerita, dokumentari, atau drama dan rangka konseptual yang akan digunakan (Straubhaar dan LaRose, 1977: m.s 22). Sarjana lain berpendapat pembingkaian ialah prinsip-prinsip pemilihan, penegasan, dan penyampaian yang terdiri daripada yang tersirat, tentang perkara yang wujud, perkara yang berlaku, dan perkara yang sebenar. Banyak kajian tentang amalan pembingkaian dilakukan oleh sarjana terutama di Amerika Syarikat (Watkins, 2001).

Seorang sarjana dalam bidang sebaran awam telah mengkaji news frames dalam liputan kempen mempengaruhi interpretasi individu terhadap kempen berkenaan. Persoalan utama bagi kajian ini ialah ciri-ciri teks dalam strategi atau isu news frames akan mempengaruhi satu penafsiran. Diandaikan bahawa rangkaian berita dicirikan oleh pengurusan rencana teks dalam berita. Pengkaji berkenaan menggunakan 276 peserta dewasa yang dilatih di tujuh bandar; iaitu, Cleveland, Detroit, Ft. Lauderdale, Minneapolis, New York City, Portland, dan Salt Lake City (Rhee, 1997)

Keputusan kajian menunjukkan bahawa beberapa bukti bagi kesan pembingkaian daripada media cetak. Mereka yang menerima strategi yang dijalankan oleh media cetak cenderung untuk menggambarkan kempen Datuk Bandar Philadelphia sebagai strategi yang berorientasikan proses. Manakala mereka yang menerima isu yang dirangka oleh media cetak cenderung untuk menggambarkan ciri kempen menggunakan isu berorientasikan konsep.

Satu hasil penyelidikan mengenai rangkaian berita televisyen seperti ABS, CBS, dan NBC membuat liputan terhadap Million Man March yang berlaku di Washington DC pada 16 Oktober 1995. Dua orang jurucakap perarakan ini ialah Louis Farrakhan dan Ben Chavis. Kajian ini menganalisis perkara yang dianggap sebagai tiga fasa berbeza dalam liputan berita rangkaian televisyen tentang Million Man March. Dapatan kajian ini menunjukkan naratif yang diduga nyata sekali dicorakkan oleh rayuan Farrakhan sebagai personaliti bernilai berita (Watkins, 2001).

Pada pandangan Watkins pula:

“It is important to note the media frames selected by journalists did not necessarily determine what the public thought about the march. Still, the framing decissions practised by journalists effectively shaped the parameter of the public dialogue that ensured.”

Analisis pembingkaian berpunca pada kaedah penyelidikan kualitatif (humanistik), dengan paradigma konstruktivis sebagai pendekatan dalam analisisnya.

Analisis pembingkaian daripada Robert Entman ini, digunakan untuk menggambarkan proses seleksi dan pemerihalan aspek tertentu daripada realiti atau isu oleh media. Analisis ini ingin melihat media meletakkankan dirinya dalam menyusun realiti hingga menjadi satu berita. Peristiwa yang sama boleh difahami berbeza oleh media sesuai dengan bingkai masing-masing.

Pembingkaian dapat dipandang sebagai penempatan atau pembingkaian informasi-informasi, fakta, realiti dalam konteks yang khas, sehingga isu tertentu mendapat tempat yang besar daripada isu yang lain. Oleh itu, elemen isu tertentu mendapat tempat yang lebih besar dalam kognisi individu, sehingga terdapat kemungkinan yang lebih besar untuk mempengaruhi keputusan individu (individual judgement).

Pembingkaian juga memberikan tekanan yang lebih banyak tentang cara teks komunikasi ditampilkan dan pada bahagian yang dikesan atau yang dianggap penting oleh media (Erianto :2003). Bentuk penonjolan itu beragam bentuknya misalnya menempatkan salah satu aspek informasi lebih menonjol daripada yang lain, lebih mencolok, melakukan pengulangan informasi yang dianggap penting, menjadikannya berita utama malahan dengan penempatan berita pada ruangan khusus atau penambahan simbol, ilustrasi yang boleh memperkuat penekanan dan penonjolan berita tersebut.

Dalam amalannya, pembingkaian, dalam pengamatan Entman berada dalam dua dimensi besar; iaitu, seleksi isu (selection) dan penekanan atau penonjolan aspek tertentu (salience). Hal ini lebih jelas dapat dilihat pada jadual berikut ini:

Jadual 3.1

Pembingkaian Robert Entman

Isu Pilihan

Aspek ini berhubungan dengan pemilihan fakta. Daripada realiti yang kompleks dan beragam; aspek manakah yang dipilih untuk ditampilkan? Daripada proses ini selalu

mengandungi fakta yang dimasukkan (included) dan fakta yang tidak dimasukkan (excluded). Tidak semua aspek atau bahagian daripada isu yang ditampilkan, wartawan atau gatekeepers memilih mana-mana aspek daripada isu tersebut

Penonjolan Aspek Tertentu daripada Isu

Aspek ini berhubungan dengan penulisan fakta, manakala aspek tertentu daripada peristiwa/isu yang telah dipilih.

Bagaimanakah aspek tersebut dimulakan? Hal ini mempunyai hubung-kait dengan pengamalan kata, ayat dan gambar untuk ditampilkan kepada masyarakat awam

(Sumber: Entman, 1993)

Daripada dua dimensi yang telah dihuraikan di atas, selanjutnya, Entman membuat konsepsi dua dimensi besar terhadap satu kumpulan pembingkaian yang selalu ada dalam satu berita. Kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

Jadual 3.2

Oleh sebab apakah peristiwa itu dilihat?

Apakah yang dianggap sebagai punca masalah? Siapakah (aktor) yang dianggap

sebagai penyebab masalah?

Membuat keputusan moral

Nilai moral apakah yang disajikan untuk menjelaskan masalah?

Nilai moral apakah yang digunakan untuk melegitimasi atau mendelegitimasi satu

Empat kumpulan pembingkaian di atas, merupakan “pisau analisis”

pembingkaian yang digunakan untuk mengolah dan menganalisis bingkai pemberitaan media. Berita yang akan dikaji dengan analisis pembingkaian yang pertama diselidiki dengan mengacu pada kod-kod atau parameter yang ada (definisi masalah, penyebab masalah, membuat keputusan moral dan penyelesaian) sebagaimana dihuraikan sebelumnya. Dalam kenyataan Entman (1993) dipaparkan sebagai berikut :

“determine what a causal agent is doing with what a causal agent is doing with what cost and benefits; diagnose causes- indentify the forces creating the problem; make evaluate causal agent and their effects; suggests remendies- offer and justify treatments for the problem and predict their likely effect”

Analisis pembingkaian model Entman dapat digambarkan dalam rajah berikut ini:

Rajah 3.1

Memperkirakan Sumber Masalah Membuat Keputusan Moral Saranan Penyelesaian

Masalah

Dilihat daripada kategori kumpulan pembingkaian, khasnya dalam analisis pembingkaian Entman, pada asasnya hanya menyentuh dua tahap daripada tiga tahap seperti yang dibuat oleh Jisuk Woo iaitu tahap makrostruktural dan mikrostruktural, manakala tahap retorik tidak disentuh oleh kaedah analisis pembingkaian Entman (Jisuk Woo dalam Erianto :2003).

Tahap makrostruktural ialah kategori yang berkaitan dengan cara memahami peristiwa dalam media dan hal ini berdiri di atas tataran/tingkat wacana. Manakala tahap mikrostruktural ialah elemen yang memusatkan perhatian pada bahagian atau sisi peristiwa yang ditonjolkan dan bahagian yang diabaikan. Tahapannya ialah fakta, sudut, sumber berita atau struktur teks berita. Manakala elemen retorik ialah cara peristiwa itu direka bentuk, melalui bahasa, kata dan juga pengandaian.

Jadual 3.3