TEORI DAN KAJIAN LEPAS
2.3 Paradigma Konstruktivis
Menurut Littlejohn mengenai genre-genre teori komunikasi, paradigma konstruktivis (me) merangkumi dua genre ; iaitu, genre interaksionis dan genre interpretif, (Littlejohn, 1996: ms 116-117; Rakhmat, 1996). Teori konstruksi sosial merupakan sebahagian daripada genre interaksionis, manakala kaedah hermeneutik termasuk dalam bahagian genre interpretif. Teori interaksionis memandang kehidupan sebagai proses interaksi manakala komunikasi merupakan pemersatu masyarakat. Teori ini berpendapat bahawa struktur sosial merupakan hasil, bukan yang menentukan berlakunya interaksi.
Teori-teori dalam genre ini memfokuskan perhatiannya kepada penggunaan bahasa dalam mencipta struktur sosial dan sistem simbol komunikasi manusia.
Makna bukanlah perkara yang dapat dialihkan, melainkan direkayasa oleh manusia dalam proses komunikasi. Beberapa andaian yang penting daripada konstruksionisme sosial antaranya, pertama dunia ini tidaklah kelihatan secara objektif tetapi dikenal pasti melalui pengalaman manusia dalam menggunakan bahasa. Kedua, realiti difahamkan melalui tingkah laku komunikasi yang berlaku pada masa itu.
Salah satu teori dalam ruang paradigma konstruktivis ialah teori konstruksi sosial tentang realiti (the construction of reality) daripada Berger dan Luckmann.
Bagi pendapat mereka, realiti bukan diberikan alam kepada manusia, melainkan manusia yang membina realiti melalui proses interaksi dengan orang lain secara dialektikal. Proses tersebut melalui saat luaran, objektif, dan dalaman, (Berger dan Luckmann, 1991). Saat luaran ialah manusia mengekspresikan dirinya kepada dunia secara fizikal dan mental. Objektif ialah hasil yang diperoleh manusia dalam wujud fakta sosial. Saat dalaman ialah upaya manusia untuk melahirkan makna secara subjektif.
Dalam konteks ini, contohnya ialah orang menyusun berita atau peristiwa di sekitarnya. Pada kenyataannya realiti sesuatu peristiwa disusun oleh wartawan secara berbeza antara satu media dengan media yang lain. Melalui saat luaran tertentu wartawan boleh mengekspresikan tulisan dan foto sesuai dengan fakta yang disusunnya sendiri. Pembaca sering kali berasa kecewa apabila berita yang dibacanya tidak sesuai dengan perkara yang diingininya. Situasi yang sebegini membuktikan betapa manusia membina realiti (termasuk isi kandungan media) secara berbeza.
Perbezaan dalam memilih dan memaknai perkara tertentu ialah bahagian daripada keberadaan manusia bagi memenuhi kehendak bebasnya.
Istilah konstruktivisme dan konstruksionisme kadang-kadang digunakan secara bergantian oleh sarjana sosial antaranya Lincoln (1990) dan Neymeyer (1993).
Sebaliknya pula sarjana lainnya Gergen & Gergen (1991) dan Croty, (Patton, 2002) membezakan kedua-duanya. Croty misalnya memaknai konstruktivisme berkait rapat dengan pengalaman manusia yang unik, manakala konstruksionisme menekankan peranan budaya yang membentukkan cara manusia memaknai satu-satu benda. Namun kedua-dua hal tersebut sebenarnya bertemu dalam pandangan yang saling melengkapi, manakala aplikasinya kelihatan dalam pembinaan sosial oleh satu-satu berita.
Sudah menjadi kesepakatan umum bahawa berita dibuat tidak boleh mengikut kehendak hati wartawan. Dalam penyusunan berita pasti ada kriterianya antaranya fakta, sumber maklumat, nilai berita dan lain-lain. Kovach dan Rosenstiel (2003) membuat kriteria sesuatu perkara yang dikatakan sebagai berita apabila ditujukan untuk membina kewarganegaraan (citizenship), mengandungi kebenaran, dan kesetiaan wartawan/media kepada perkhidmatannya untuk kepentingan awam.
McQuail pula (1991: ms. 123-129) mengatakan untuk menilai penampilan berita yang objektif ialah unsur fakta dan neutral. Fakta ialah berasaskan kebenaran dan menyampaikan sesuatu yang ada relevannya. Manakala neutral ialah media memiliki keupayaan dalam mencipta liputan yang seimbang dan neutral.
Jadual 2.2
Perbezaan Paradigma Pluralistik dan Paradigma Kritikal
PANDANGAN PLURALISTIK PANDANGAN KRITIKAL
Fakta Ada fakta yang benar yang diatur oleh
kaedah-kaedah tertentu yang diterima secara universal.
Fakta merupakan hasil proses pertembungan antara kuasa ekonomi,
politik, dan sosial yang ada dalam masyarakat.
Berita ialah cermin dan refleksi daripada fakta. Oleh itu berita harus
sama dan setaraf dengan fakta yang hendak diliput.
Media ialah sarana yang bebas dan neutral tempat semua elemen masyarakat saling berdiskusi yang
tidak dominan.
Media hanya dikuasai oleh pihak dominan dan menjadi sarana untuk
Penjaga pintu (gatekeeper) Muhasabah diri.
Berteraskan etika. Berteraskan ideologikal. Liputan dua sisi, dua pihak dan
kredibel.
berbeza. diunggulkan dan di sebaliknya meminggirkan pihak lain.
(Guba, 1990: 21-23)
2.4 Kajian Lepas Analisis Wacana Kritikal
Kajian CDA masih baru dalam khazanah penyelidikan ilmu komunikasi, terutama kajian CDA yang ada dalam media cetak akhbar. Pengkaji telah meneroka pelbagai jurnal dan dapatan kajian tesis sarjana lainnya.
Sebagaimana hasil kajian Stephen Ellingson dalam karyanya bertajuk
“Understanding the Dialectic of Discourse and Collective Action: Public Debate and Rioting in Antebellum Cincinnati”, bahawa hubungan antara wacana berita dengan aksi-aksi kolektif cukup signifikan (Ellingson, 1995). Dalam kajiannya yang lalu, Elllingson mencapai konklusi bahawa wacana berita tersebut memperlihatkan adanya hubungan dialektikal antara representasi berita dengan aksi kolektif pada masyarakat Cincinnati.
Rumusan penting yang dicapai dalam kes berkenaan merupakan proses sosial budaya dan politik di sebalik wacana dengan mendefinisikan fenomena sosial sebagai teks. Ellingson mengkaji hubung-kait wacana berita dan aksi kerusuhan (riot) dengan sejumlah soalan utama antaranya adalah bagaimanakah dan mengapakah bahasa dan wacana boleh mempengaruhi sesuatu peristiwa (tindakan kolektif), dan bagaimanakah proses ideologi media dalam pembinaan wacana?
Kajian-kajian seperti ini telah ramai dilakukan oleh para sarjana seperti Berthes (1972, dan 1986; Foucault,1980; Jones,1983; Palmer 1990).
Pengkaji Nasar Meer berupaya untuk mengenal pasti persepsi muslim Britain terhadap isu-isu umum yang ada dalam ruang-ruang artikel (Journalism Studies, Vol. 7 No. 1 Tahun 2000). Beberapa isu dan permasalahan yang membabitkan komuniti Islam ialah penggunaan tudung (scarf), sekolah-sekolah agama (madrasah), dan perayaan-perayaan hari agung keagamaan Islam. Isi kandungan berita tersebut disifatkan oleh beliau sebagai “print media public intellectuals “ (PMPI). PMPI merupakan wacana umum yang khas daripada isu-isu utama sebagai wujudnya politik kepelbagaian budaya dalam sejumlah akhbar yang diterbitkan di negara Inggeris. Apakah dan siapakah PMPI? Meer memberikan pengertian antaranya adalah sumber berita yang berasal daripada pentadbiran kerajaan, pemikiran wartawan media cetak sebagai penterjemah pesanan dan penapis perbicaraan awam, PMPI sebagai kewujudan kebiasaan para cerdik pandai iaitu orang-orang yang bekerja dalam kedudukannya sebagai pekerja profesional.
Meer di sini menggunakan kaedah analisis wacana kritikal sebagai panduan teori untuk menyelidiki penyebaran isu-isu umum yang sering dilaungkan oleh para nasionalis-konservatif, dan ahli sekular liberal menerusi ruang pendapat akhbar terbabit. Ada empat jenis tulisan berita yang diselidiki iaitu public intellectuals iaitu kewujudan PMPI dalam hubung-kaitnya dengan isu-isu sensitif masalah-masalah umum muslim, ruang-ruang yang menyediakan ruang perbincangan awam bagi layanan multibudaya, pemikiran dan analisis ahli PMPI terbabit, dan teks-teks yang menampakkan keyakinan dan argumentasi ahli PMPI (sama ada berhaluan konservatif, sekular, atau liberal) sebagai wacana publik.
Setelah menganalisisnya, Meer mengambil kesimpulan, bahawa akhbar The Telegraph, The Daily Mirror, The Times dikenal pasti sebagai akhbar berhaluan
“konservatif” (menolak akomodasi kepentingan komuniti muslim Britain dalam regulasi kerajaan Britain). Dalam pada itu, akhbar Times diidentifikasikan sebagai media yang “liberal” (mengakomodasi dan meminta kerajaan supaya kepentingan komuniti muslim dilindungi undang-undang Britain dengan memerhatikan keharmonian sosial bagi masyarakat Britain yang multibudaya). Manakala akhbar Observer dan The Guardian pula dikenal pasti sebagai media “sekular” ; iaitu, media yang mengambil kedudukan neutral, dan menjejaskan tidak perlu campur tangan pihak kerajaan atau institusi lain dalam mengatur masalah sosial.
Needle and syringe programmes in the local media: “needle anger versus
“effective education the community” dalam The International Journal of Drug Policy 15, 2003 oleh pengkaji Henrike Koerner dan Carla Treloar. Needle and syringe programmes (NSPs) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan tindak balas kebijakan (policy) pemerintahan Australia mengenai bahaya penularan HIV terhadap masyarakat. Penyelidikan menggunakan CDA milik Fairclough yang dipercayai boleh meneruskan idea-idea bahasa dalam wacana. Wacana ialah saluran interaksi sosial yang menempatkan peristiwa sebagai jalan media untuk menyusun realiti sosial. Penyelidikan mereka mengambil pemilihan makna dalam dialog daripada Bakhtin dan makna antara teks milik Fairclough.
NSPs dilekatkan menerusi tujuh teks berita yang disiarkan dalam tiga akhbar tempatan iaitu, Northern District Times (NDT), The Weekly Times (TWT) edisi Februari dan Mac 2002, dan satu lagi akhbar berjaringan nasional the Sydney
Morning Herald (SMH). Teks-teks berita yang diselidiki difokuskan pada dua jenis proses pemaknaan ; iaitu, ideasional dan interpersonal. Antara teks yang dijalankan, selain yang ada pada teks-teks akhbar, juga dilakukan dengan menemubual akiviti masyarakat seperti sekolah dan komunikasi dalam keluarga.
Hasil-hasil penyelidikan yang dapat dicadangkan antaranya adalah seperti berikut:
• Media tempatan berpengaruh kuat (powerful) dalam menyampaikan isu-isu umum, dan malahan dalam mempengaruhi fungsi regulatif daripada satu tindakan sosial.
• CDA memiliki keupayaan dalam menghubungkan teks dan amalan sosiobudaya yang kelihatan implementasinya dalam “micro events”
(khasnya pesan verbal) dan “macro structures” (hubung kait teks dengan agenda media)
• Keseimbangan dan ketepatan laporan berita dalam menyiarkan teks media belum kelihatan eksplisit.
Voices in Discourse: Dialogism, Critical Discourse Analysis and Ethnic Identity. Penyelidikan ini dilakukan oleh Sari Pietikaenen dan Hanneke Dufva dan diterbitkan dalam Journal of Sociolinguistics Vol.10 No. 2, tahun 2006. Penyelidikan ini mempunyai keupayaan menggabungkan fahaman Bakhtin mengenai falsafah dialog bahasa dan kajian wacana kritikal untuk menganalisis identiti satu etnik.
Kadah pengumpulan data dilakukan dengan melakukan temu bual dengan para wartawan yang berasal daripada etnik Sami. Komuniti Sami menduduki kawasan utara Skandinavia dan Rusia dengan jumlah populasi seramai 80,000 orang.
Daripada jumlah itu, sekitar 7,500 hidup di negeri Finland. Sami juga menjadi penyebutan bahasa bagi etnik Sami dan merupakan bahasa ibunda (mother tongue) kepada majoriti orang-orang Sami. Meski komuniti dan bahasa Sami dalam bilangan kecil apabila dilihat dari segi kuantiti, namun eksistensinya diiktiraf secara sosial dan politik oleh masyarakat Eropah pada umumnya.
Untuk mengkaji fakta sosial dalam perspektif CDA yang bersifat multi-level analysis, maka penyelidikan dilakukan dengan 5 tingkat iaitu keanggotaan dalam profesion jurnalis, perilaku menjalankan profesion jurnalis, pola penggunaan bahasa Sami dalam kalangan para wartawan Sami, isu-isu yang kerap menjadi perbicaraan dalam komuniti Sami, dan penerapan bilingual antara bahasa Sami dengan bahasa Finland dalam keluarga. Setelah dilakukan penganalisisan data, maka beberapa kesimpulan didapati daripada penyelidikan ini antaranya adalah bahawa komuniti Sami, terutama yang bekerja dalam bidang media sentiasa memelihara entiti sosial yang telah diterima daripada leluhurnya secara turun-temurun. Politik pewacanaan kelihatan apabila sesama etnik Sami bermaksud setiap isu yang ada kaitannya dengan eksistensi sosialnya.
Pengkaji tempatan di Indonesia, Ibnu Hamad dalam tesisnya yang bertajuk
“Media Massa dan Konstruksi Realitas Politik: Studi Critical Discourse Analisis tentang Berita-Berita Politik di Suratkabar” menyimpulkan bahawa perbezaan wacana disebabkan perbezaan orientasi akhbar seperti faktor ideologi, idealistik, dan politik media (Jurnal Penelitian Ilmu Komunikasi Thesis, 2004: m.s. 1). Dalam kajiannya ini, beliau mendapati kesan bahawa akhbar-akhbar yang terbit di Indonesia tidak terlepas daripada situasi tarik menarik antara kebebasan politik dengan
kebebasan media. Akhbar-akhbar yang dikaji ialah Republika, Kompas, Suara Pembaruan, Media Indonesia, Rakyat Merdeka, Haluan, Kedaulatan Rakyat, Bali Post, Jawa Post, dan Fajar.
Menurut Hamad, ketiga-tiga hal tersebut ialah menentukan pandangan yang dibina oleh akhbar berkenaan. Liputan peristiwa politik oleh akhbar di Indonesia tidak terlepas daripada pelbagai pertimbangan media seperti perkembangan politik, kepelbagaian ideologi, aliran, kepentingan politik, dan perkembangan industri media.
Penyelidik menyimpulkan bahawa tipologi penyusunan parti-parti politik di Indonesia menerusi kajian media terbabit menyifatkan adanya pemberian label-label terhadap parti-parti politik. Selain itu pula pengkaji mendapati bahawa daripada 10 akhbar yang dikaji terdapat pengaruh faktor internal dan eksternal media. Internal media ialah ideologi dan idealistik media, manakala eksternal media ialah pasaran media dan situasi politik yang berlaku. Walau bagaimanapun, kajian Ibnu Hamad ini penting bagi pengkaji terutama sebagai perbandingan dalam penyelidikan akhbar di Indonesia. Peminat-peminat kajian wacana kritikal di Indonesia berkembang pesat sejak tahun 2000.
Pengkaji lainnya ialah Teyar Rifki Gustama daripada Universiti Indonesia dengan tajuk penyelidikan “Manifestasi Hegemoni Media Internasional (Studi Analisis Kritis Konstruksi Realitas Harian Republika dan Kompas Seputar Kasus Serangan WTC 11 September 2001” (Jurnal Penelitian Ilmu Komunikasi, Thesis, 2004) Beliau menyelidiki pengaruh media antarabangsa terhadap isi kandungan dan
gaya pemberitaan media tempatan di Indonesia. Adanya pengaruh media antarabangsa (Barat) merupakan salah satu bentuk manifestasi hegemoni Barat terhadap media tempatan. Kajian analisis wacana kritikalnya menggunakan kaedah Sociocultural Approach Change kepunyaan Norman Fairclough. Sebagaimana lazimnya dalam amalan kajian Fairclough, analisis dibahagikan menjadi tiga tahap, iaitu teks, praktik wacana, dan amalan sosiobudaya. Untuk analisis teks Teyar menggunakan kaedah pembingkaian Teun van Dijk. Dapatan kajian memperlihatkan ada perbezaan dalam cara memberitakan pada akhbar Republika dan Kompas mengenai isu terorisme.
Terhadap isu terorisme, Kompas menunjukkan pola pemberitaan yang mirip dengan pemberitaan media Barat, iaitu antaranya Kompas banyak mengangkat peristiwa serangan 11 September secara dramatik, dan cenderung menyokong langkah-langkah penumpasan terorisme versi Amerika Syarikat. Manakala Republika lebih banyak mengangkat pengaruh isu terorisme daripada perspektif kepentingan Islam, antaranya diskriminasi terhadap Muslm di Amerika Syarikat, pembelaan terhadap Osama bin Ladin. Perbezaan pola pemberitaan kedua-dua akhbar ini kemudian dianalisis sebagai akibat perbezaan pilihan ideologi kedua-dua media berkenaan. Kompas yang mengikuti pola pemberitaan media Barat dianggap sebagai salah satu contoh wujudnya hegemoni media antarabangsa di Indonesia.
Sarjana lainnya ialah Satya Saraswati dengan tajuk “Ideologi Kebebasan Seksual dalam Media (Studi Analisis Wacana Program Radio Guys Talk di Hard Rock FM 87,6 Jakarta”, (Jurnal Penelitian Ilmu Komunikasi Thesis, 2004).
Penyelidikan ini berupaya untuk menyingkap ideologi tersembunyi yang ada di
sebalik program acara radio Guys’ Talk yang disiarkan oleh radio Hard Rock FM 87.6 Jakarta. Penyelidikan menerapkan analisis wacana kritikal Norman Fairclough.
Model analisisnya menghubungkan tiga dimensi dalam communicative events, iaitu;
teks, amalan wacana, dan amalan sosiobudaya. Analisis teks menggunakan model pembingkaian milik Gamson dan Modigliani yang mengandaikan bahawa media discourse dilihat sebagai rangka pakej gagasan atau idea yang akan memberikan makna terhadap sesuatu isu. Kajian beliau menemukan bahawa Guys’ Talk secara kekal menyampaikan ideologi kebebasan seksual dengan menampilkan seks yang bebas, individual, subjektif, dan hedonis. Secara paradoks ditemukan bahawa perbicaraan seks tidak lagi dilakukan dalam ruang peribadi, tetapi telah menjadi wacana yang terbuka untuk dibincangkan.
Seks telah muncul menjadi daya tarikan tersendiri antara pelbagai persoalan kehidupan yang lain. Padahal seks dalam adat resam memiliki dimensi sosial yang mencerminkan nilai-nilai yang masih dijunjung tinggi oleh masyarakat timur (khususnya Islam). Sikap tradisional dan konservatif dalam hal seksualiti kini perlahan ditinggalkan. Industri dalam bidang hiburan, termasuk media radio, seolah-olah berlumba-lumba mengeksploitasinya sebagai komoditi yang bernilai jual tinggi.
Secara lebih jelasnya fenomena ini kelihatan melalui wacana perkembangan industri hiburan. Sebagai institusi media, radio pula dikenal pasti sebagai pembawa ideologi.
Ideologi radio kelihatan daripada rancangan program-program acaranya. Dalam media massa seumpama radio, pencipta pesanan dapat menghantarkan sebarang ideologinya kepada khalayak untuk kepentingan material dan budaya pihak tertentu.
Media kemudiannya mempengaruhi masyarakat dalam memandang dirinya sendiri.
Pengkaji analisis wacana kritikal di Indonesia ialah Eka Wenats Wuryanta (Jurnal Penelitian Ilmu Komunikasi, Thesis, 2004) dengan tajuk “Ideologi, Militerisme, dan Media Massa: Representasi Legitimasi dan Delegitimasi Ideologi (Studi Analisis Wacana Kritis Media Massa dalam Situasi Krisis di Indonesia pada Harian Angkatan Bersenjata dan Berita Yudha Periode 1965-1968” Tujuan penyelidikannya adalah untuk mencari pemahaman yang menyeluruh mengenai hubungan antara media massa, proses ideologisasi, dan dinamik tentera dalam konteks politik di Indonesia. Menerusi paradigma kritikal, penyelidikan ini menggunakan dua pendekatan kaedah iaitu proses komunikasi kritikal dan komunikasi koersif dalam proses kepentingan ekonomi politik tentera di Indonesia sejak dahulu.
Kajiannya meliputi teks pemberitaan selama tiga dekad lebih pada masa rezim Orde Baru di Indonesia. Penyajian fakta yang ditapis dan dirangkai untuk mengenal pasti dasar-dasar penubuhan Ode Baru dalam perspektif kajian media kritikal. Pengkaji mendapati bahawa kebebasan berfikir individual mahupun dalam bentuk media massa telah ditindas rejim penguasa Orde Baru secara sistematik. Pada masa itu orang harus menerima mentah-mentah informasi dan simbolisasi politik yang dibuat Orde Baru yang mencampurkan antara kebenaran dengan pembohongan.
Surat khabar Angkatan Bersenjata dan Berita Yudha yang terbit tahun 1965-1968 memiliki isi kandungan yang penuh dengan ideologi propaganda untuk memperkuat tindakan penguasa di Indonesia. Ertinya kedua-dua akhbar berkenaan telah menjadi agen penciptaan realiti satu kebenaran simbolik dengan memanipulasi fakta untuk kepentingan politik rejim represif Orde Baru. Pengkaji telah
membuktikannya menerusi kajian teks berita kedua-dua akhbar tersebut dengan kaedah analisis teks pembingkaian (framing text). Malahan kelihatan kekuatan dan kelemahan sesuatu fakta atau peristiwa diarahkan untuk mempengaruhi kognisi masyarakat. Dalam hal yang sedemikian itu tidak menghairankan bahawa peran media telah menjadi agen kepentingan rejim Orde Baru. Pengkaji mengutip pendapat Littlejohn yang mengatakan teks media telah ditempatkan dalam kesedaran bahawa teks atau wacana dalam media massa berpengaruh terhadap pemikiran manusia.
Pengkaji pula meneroka kaitan antara media massa dengan ideologi dalam perspektif Louis Althusser. Althusser menyatakan bahawa media dalam konteks ideologi sedikit sebanyak berperanan sebagai ideological states apparatus. Pada sisi yang lain pengkaji telah mengenal pasti beroperasinya hegemoni media pada kedua-dua akhbar. Kesan hegemoni kelihatan dalam proses produksi teks berita yang disifatkan sangat halus dan sering tidak disedari umum. Proses hegemoni seakan berjalan amat wajar iaitu teks media direka bentuk secara logik, rasional, dan sistematik.
Terdapat pula kajian wacana kritikal yang meneroka penggunaan bahasa temapatan di Thailand. Sarjananya bernama Somsonge Burusphat, pensyarah dari Mahidol University Thailand. Beliau mengkaji buku teks untuk pelajar yang ditulis dalam loghat bahasa tempatan antaranya adalah Tai-Kadai, Tibeto-Burman, dan bahasa ibunda bagi komuniti Hmong-Mien. Somsonge menyelidiki pengaruh teks bacaan terhadap jati diri bagi komuniti masing-masing. Pembentukan karakter dipercayai boleh menjadi kebanggaan identiti melalui sumber bacaan yang terpilih (Somsonge, 2002)
Kebanyakannya pelajar lebih ghairah untuk mengenal pasti dirinya dan cara memartabatkan maruah adat resamnya kepada orang lain. Adapun kaedah wacana kritikal yang diguna pakai oleh Somsonge adalah dengan pelbagai tahap. Tahap pertama dimulakan dengan membuat senarai kata-kata yang paling banyak digunakan dalam buku pelajaran dengan bahasa ibundanya masing-masing. Tahap kedua Somsonge menemu bual murid-murid, para guru sekolah, dan juga ibu bapa mereka. Soalan yang kerap kali ditanya ialah perbezaan cara memaknai bahasa tempatan dengan bahasa rasmi (Central Thai).
Hampir merata-rata dijumpai semangat dan rasa bangga menyelimuti raut wajah mereka ketika diminta untuk menceritakan hal ehwal budaya dan adat resamnya. Pengkajinya mencadangkan kepada kerajaan tempatan dan kerajaan pusat untuk memperbanyak buku teks bukan sahaja sekitar adat budaya tetapi boleh ditingkatkan kepada penguasaan ilmu-ilmu sains.
Satu analisis makro dalam analisis wacana kritikal dijalankan bagi mendapatkan impak berita mengenai citra masyarakat Persekutuan Eropah (EU) dalam sejumlah akhbar di Kanada (Retzlaff dan Gaenzle, 2002). Kajian mengambil berita yang dilaporkan oleh akhbar di Kanada, iaitu National Post, the Globe, dan Montreal Gazette. Akhbar di Kanada kelihatan cukup kritikal menilai keberadaan Persekutuan Eropah. Itulah keberkesanan yang tidak dapat dimungkiri daripada kajian tesebut.
Sebagaimana biasanya, analisis wacana kritikal selalunya mengaplikasikan pelbagai tahap untuk menjelaskan satu kes daripada berita yang disiarkan oleh akhbar. Setelah melangkaui pelbagai tahap analisis teks berita daripada akhbar tersebut antara hasilnya adalah European Union kinji berada di persimpangan jalan, EU digambarkan sebagai anti Amerika, EU terlalu banyak bicara, tiada sebarang tindakan yang nyata, Pentadbiran EU sangat berbelit-belit dan dicitrakan sebagai
“monster” yang menakutkan, dan Masyarakat di kawasan EU adalah dalam kebimbangan antara semangat kebangsaan dan identiti Eropah.
Kajian yang sedemikian memperlihatkan keberkesanan media dalam menerokai isi kandungan (mesej) melalui perspektif analisis wacana kritikal.
Hujahan kedua-dua pengkaji berteraskan kepada pelbagai tahap antaranya adalah teks, amalan media, dan penyelidikan konteks sosial masyarakat Kanada. Meskipun kajian tidak menyinggung keanggotaan Turki dalam EU yang terus digantung, dapatan kajian kelihatan amat berhampiran dengan persolan tersebut.
Budaya, kognisi sosial, dan biologis manusia berkait rapat dengan tindakan manusia (Cicourel, 2006). Paling tidak itulah hasil kajian Cicourel yang berlatar belakang sebagai pensyarah di University of California, San Diego. Melalui pewacanaan teks media, disifatkan bahawa tindakan manusia dapat berevolusi sama ada menuju perilaku manusia yang positif mahupun yang negatif. Justeru, manusia sebagai “homo sapiens” menggunakan akal fikiran melalui kecerdasan otaknya dapat menentukan yang baik dan yang buruk
Cicourel lebih jauh membandingkan kajian-kajian tentang makhluk yang lebih dekat dengan manusia seperti beruk, monyet atau kera, kadang-kadang lebih
Cicourel lebih jauh membandingkan kajian-kajian tentang makhluk yang lebih dekat dengan manusia seperti beruk, monyet atau kera, kadang-kadang lebih