• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahagian ini membincangkan pengukuran perbelanjaan RHB Bank Berhad memfokuskan kepada pinjaman dan kerugian/purata jumlah aset, kerugian pinjaman bersih/purata jumlah pinjaman dan pajakan, dan jumlah perbelanjaan overhead/jumlah aset.

40 5.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset

Nisbah ini menunjukkan semakin tinggi nisbah maka semakin rendah keuntungan.

Sekiranya peruntukan tinggi, ia akan mengurangkan pendapatan bersih. Peruntukan yang tinggi relatif kepada jumlah aset bererti sesebuah bank telah menghadapi kerugian luar biasa untuk saiz bank. Rajah 5.5 menunjukkan tren nisbah pinjaman dan kerugian pajakan/purata jumlah aset meningkat dari tahun 2003 ke tahun 2004. Namun begitu nisbah ini jatuh dengan kadar yang besar pada tahun 2004 hingga 2005 iaitu daripada 10.03% kepada 5.07%. Dalam tahun 2006 nisbah ini telah meningkat kembali kepada 8.011%. Dari tahun 2007 hingga 2008 didapati nisbah ini telah menurun dari 6.02% ke 5.09%.

Rajah 5.5: Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset, 2003 – 2008.

_______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

41 Menerusi tren aliran nisbah ini jelas menunjukkan bahawa nisbah semakin rendah maka keuntungan mulai meningkat. Dengan ini dapat dikatakan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi kawalan perbelanjaannya.

5.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan

Nisbah ini membandingkan pinjaman bersih benar yang dikenakan untuk satu tahun kepada jumlah aset. Nisbah ini menyatakan bahawa keuntungan adalah rendah apabila nisbah adalah tinggi. Rajah 5.6 menunjukkan nisbah kerugian pinjaman bersih/purata jumlah dan pajakan dari tahun 2003 hingga 2008. Nisbah ini menurun daripada tahun 2003 hingga 2005 iaitu daripada 0.108% hingga 0.072%, namun ia kembali meningkat kepada 0.092% pada tahun 2006. Nisbah ini didapati mulai menurun pada tahun 2007 dan 2008 iaitu 0.057% dan 0.055%. Secara keseluruhan nisbah ini menunjukkan nilai yang rendah maka boleh dikatakan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungannya.

5.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset

Nisbah jumlah perbelanjaan overhead/jumlah aset menyatakan bahawa nisbah yang tinggi membawa kepada keuntungan yang rendah. Rajah 5.7 jelas menunjukkan tren nisbah yang menurun dari tahun 2003 hingga 2008. Jadi ini menjelaskan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungannya

42 Rajah 5.6: Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan, 2003 – 2008.

_________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

Rajah 5.7: Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset, 2003 – 2008.

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

43 5.4 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI RISIKO

KECAIRAN

Bahagian analisis ini membincangkan pengukuran risiko kecairan RHB Bank Berhad memfokuskan kepada pinjaman dan pajakan bersih/deposit, deposit teras/jumlah aset, dan aset jangka pendek/tanggungan jangka pendek.

5.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit

Pinjaman biasanya merupakan asset yang tidak cair berbanding aset-aset lain yang dipunyai oleh bank. Sekiranya nisbah ini adalah rendah maka ia menunjukkan bahawa tahap kecairan adalah tinggi. Rajah 5.8 menunjukkan tren nisbah ini menurun dari tahun 1997 hingga 2008 iaitu daripada sekitar 1.5% kepada 0.95%. Ini jelas menerangkan bahawa tahap kecairan aset pinjaman dan pajakan bersih RHB Bank Berhad adalah tinggi. Kecairan yang tinggi ini mampu meningkatkan keuntungan bank.

44 Rajah 5.8: Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit, 1997 – 2008.

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset

Deposit teras lebih stabil dan mungkin kurang untuk bergerak keluar daripada bank dengan cepat. Nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan adalah tinggi. Rajah 5.9 menunjukkan tren nisbah deposit teras/jumlah aset RHB Bank Berhad sepanjang tahun 1997 hingga 2008. Nisbah tersebut didapati meningkat dari tahun 1997 hingga 2003, tetapi mengalami penurunan dari tahun 2004 hingga 2005. Dalam tahun 2006 hingga 2007, nisbah ini mengalami kenaikan semula tetapi mengalami kejatuhan semula pada tahun 2008. Namun begitu keseluruhan nisbah ini adalah tinggi dan ia menjelaskan bahawa kecairan RHB Bank Berhad adalah tinggi.

45 Rajah 5.9: Deposit Teras/Jumlah Aset, 1997 – 2008.

_______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek

Rajah 5.10 menunjukkan tren nisbah aset jangka pendek/tanggungan jangka pendek dari tahun 1997 hingga 2008. Nisbah ini menjelaskan bahawa aset jangka pendek akan dapat ditukar dengan cepat ke dalam bentuk tunai untuk memenuhi tanggungan jangka pendek. Oleh itu, nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan juga adalah tinggi.

Dari tahun 1997 hingga tahun 2002 didapati nisbah ini meningkat dari 0.97% kepada 1.12%. Manakala dari tahun 2002 hingga 2004 nisbah tersebut mengalami penurunan kepada 1.058% (2004). Nisbah tersebut dapat ditingkatkan semuala dari tahun 2004 hingga 2008 kepada 1.06%. Peningkatan dalam nisbah ini jelas menunjukkan bahawa

46 kecairan aset jangka pendek RHB Bank Berhad tinggi dan ini menggalakkan pihak bank membuat keuntungan.

Rajah 5.10: Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek, 1997 – 2008.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.5 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAKITANGAN

Kakitangan RHB Bank Berhad terus komited untuk menerima perubahan dan menyediakan masa depan yang teguh bagi RHB Bank dan membolehkan RHB Bank menyesuaikan diri dengan arus perubahan. Kakitangan RHB Bank telah menetapkan satu hala tuju dengan membentuk satu wawasan baru iaitu untuk menjadi syarikat perkhidmatan kewangan yang paling dikagumi di Malaysia. Mereka kini membentuk

47 semula corak pemikiran dan menjadi semakin bersedia menerima perubahan dan teknologi. Mereka telah menukar pendekatan pasaran mereka kepada satu model perniagaan baru yang didorong oleh keperluan untuk meningkatkan penjualan silang produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan lagi masa maklum balas dan penyerahan kepada pelanggan, yang mana akan menghasilkan perolehan dan keuntungan lebih tinggi serta ekuiti jenama. RHB Bank adalah mengenai insan maka Program Transformasi Sumber Manusia memupuk perubahan pemimpin di dalam organisasi ini secara kepimpinan dan insentif. Budaya korporat RHB Bank Berhad kini sedang mengalami perubahan dramatik dengan penerimaan satu suasana pembelajaran yang terbuka dan inovatif.

Kakitangan telah mengemudi syarikat ini melalui detik-detik yang manis dan paling pahit iaitu ketika negara mengalami krisis kewangan Asia. Walau bagaimana pun, strategi perniagaan RHB Bank Berhad dan awasan mereka yang dikongsi bersama tidak pernah goyah walau sedikit pun di sepanjang tempoh yang penuh cabaran ini.

Sebaliknya, mereka menganggap setiap cabaran itu sebagai satu peluang untuk terus maju ke hadapan dan mendahului pesaing-pesaing mereka. Mereka telah menggunakan kepelbagaian sebagai satu peluang untuk berkembang dan mengambil manfaat dari pengalaman mereka.

Kakitangan Kumpulan RHB yang seramai 10,000 orang telah membina rangka minda yang bercirikan transformasi dan kini berupaya bukan sahaja untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut arus perubahan, tetapi juga dapat menerajui arus perubahan.

48 RHB kini berada di satu kedudukan yang mantap untuk menghadapi persaingan yang semakin hebat atau kesan-kesan ekonomi yang mendatang. Mereka telah menyediakan struktur, proses, sumber manusia dan latihan yang perlu untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi seluruh perniagaan-perniagaan teras mereka. Walaupun keadaan mungkin tidak menentu, kakitangan RHB yakin bahawa masa depan RHB adalah cerah. Ciri-ciri positif seperti kecekalan, semangat keusahawanan, insan dan tumpuan pelanggan, disertai jenama yang teguh dan dikenali ramai, akan membolehkan RHB untuk berjaya walau apa jua cabaran yang mungkin mendatang.

5.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa tingkat operasi yang meningkat dan prestasi yang lebih baik serta berada dalam keadaan yang stabil pada setiap tahun walaupun pada tahun 2005 RHB Bank Berhad mengalami sedikit kejatuhan dari segi ROA, ROE dan ROD. Namun begitu, keseluruhannya menunjukkan ketiga-tiga nisbah tersebut meningkat. Ianya menunjukkan keuntungan RHB Bank Berhad telah meningkat. Nisbah-nisbah tersebut juga menunjukkan cekapnya pihak pengurusan serta pegawai dan pekerja-pekerja RHB Bank Berhad mengurus bank untuk mendapat pulangan yang tinggi.

Analisis pengukuran kawalan perbelanjaan dan pengukuran risiko kecairan RHB Bank Berhad jelas menunjukkan nisbah-nisbah yang ada memberi ruang yang secukupnya kepada pihak pengurusan serta pegawai dan pekerja-pekerja RHB Bank Berhad mengurus bank untuk mendapat keuntungan yang memberangsangkan.

49 Transformasi RHB Bank Berhad tidak akan berjaya dengan sepenuhnya sekiranya kakitangan tidak memberi kerjasama penuh. Maka usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak RHB Bank Berhad melalui intisari program transformasi seluruh.

Prestasi yang sentiasa meningkat ini juga memberi kesan ke atas kumpulan perbankan RHB keseluruhannya. Prestasi kumpulan perbankan RHB pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan yang amat ketara di dalam meletakkan kumpulan perbankan RHB di dalam menghadapi cabaran dan tekanan akibat persaingan global.

50 BAB ENAM

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 KESIMPULAN

Transformasi RHB Bank Berhad didapati telah meletakkan ia sebagai sebuah syarikat perkhidmatan kewangan bersepadu sepenuhnya serta berorientasikan pelanggan.

Dengan pemantapan strategi pemerolehan yang sedang dijalankan, ia telah membantu melonjakkan RHB Bank Berhad ke satu tahap yang mampu berhadapan dengan latarbelakang industri perbankan yang semakin kompetitif. Penggabungan RHB Bank Berhad dengan Kwong Yik Bank dan Sime Bank, diikuti dengan dua institusi kewangan seperti Delta Finance dan Interfinance, RHB Bank kini berada di satu kedudukan yang kukuh sebagai kumpulan perbankan yang keempat terbesar di Malaysia.

Analisis pengukuran transformasi melalui nisbah kewangan RHB Bank Berhad mendapati semakin tinggi nisbah pulangan atas aset (ROA) yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut. Namun begitu bagi nisbah pulangan atas ekuiti (ROE) didapati keseluruhan hasilnya adalah bercampur-campur. Hasil-hasil tersebut mampu memberi keuntungan kepada RHB Bank Berhad juga. Didapati ROA mempunyai hubungan yang positif dengan nisbah pulangan atas deposit (ROD).

Semakin tinggi nilai ROA, didapati semakin tinggi juga nilai ROD. Dirumuskan RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi nisbah pulangan atas aset, ekuiti dan deposit.

51 Analisis pengukuran transformasi melalui kawalan perbelanjaan RHB Bank Berhad yang memfokuskan kepada pinjaman dan kerugian berbanding dengan purata jumlah aset, kerugian pinjaman bersih berbanding dengan purata jumlah pinjaman dan pajakan, dan jumlah perbelanjaan overhead berbanding dengan jumlah aset, mendapati secara keseluruhannya RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi kawalan perbelanjaannya.

Analisis pengukuran transformasi melalui risiko kecairan ini menumpu kepada pinjaman dan pajakan bersih berbanding dengan deposit, deposit teras/jumlah aset, dan aset jangka pendek berbanding dengan tanggungan jangka pendek. Daripada analisis yang diperjelaskan dalam Bab Lima, menunjukkan tahap kecairan aset pinjaman dan pajakan bersih RHB Bank Berhad adalah tinggi. Kecairan aset pinjaman yang tinggi ini mampu meningkatkan keuntungan bank.

RHB Bank Berhad juga menyedari kepentingan tenaga kerja mereka. Transformasi RHB Bank Berhad tidak akan berjaya dengan sepenuhnya sekiranya kakitangan tidak memberi kerjasama penuh kepada usaha-usaha yang dirancang. Maka pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak RHB Bank Berhad melalui intisari program Transformasi Seluruh Bank kakitangan dengan memberi tumpuan kepada empat daya pendorong perniagaan yang utama iaitu Transformasi Sumber Manusia, ePerbankan, Pengurusan Perubahan, dan Proses Risiko Perusahaan.

52 Langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia dalam bentuk pakej rangsangan dan pengurangan dalam kadar faedah, kumpulan optimistik yang akan terdapat pertumbuhan berterusan dalam pinjaman dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan produk perbankan baru, walaupun pada kadar lebih perlahan telah berjaya membantu RHB Bank Berhad berdiri kukuh di dalam industri perbankan di Malaysia.

6.1 CADANGAN

Krisis kewangan global menjejaskan keupayaan kerajaan untuk menyokong sistem perbankan di Malaysia. Keadaan krisis yang berlanjutan dan menular ini dikatakan telah mengekang sumber-sumber kerajaan dan membataskan pilihan dasar masing-masing dalam menyokong bank. Apabila krisis kewangan melebar dan berterusan, kemampuan sesebuah bank pusat untuk menyokong bank-banknya berdepan dengan, dan dikekang oleh kapasiti hutang kerajaan sendiri.

Lantaran krisis kewangan yang berlaku, sistem perbankan menjadi semakin tercabar dan mempunyai persaingan yang sengit pada masa kini. Setiap bank perdagangan akan bersaing sesama sendiri untuk memenuhi kehendak pelanggan dari segi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat nasional dan global. RHB Bank Berhad tidak terkecuali dalam persaingan ini, produk dan perkhidmatan perlu diperbagaikan disamping meningkatkan prestasi kewangan mereka.

Berdasarkan hasil analisis nisbah kewangan bagi tempoh masa yang di kaji memberi hasil keputusan yang amat memberangsangkan. Lantaran itu ia dapat membantu pihak

53 pengurusan RHB Bank Berhad untuk membuat perancangan dan kawalan. Disamping itu juga pihak pengurusan bank boleh menjadikannya sebagai kayu pengukur untuk menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti bank, kegiatan yang patut diceburi oleh bank dan jumlah dividen yang patut di bayar kepada pemegang saham. Pihak pengurusan bank juga boleh menilai prestasi kakitangan bank dalam usaha memberikan bonus dan lain-lain insentif yang menarik kesetiaan mereka.

Dalam beberapa dekad ini didapati wujud satu kekuatan penting pada ekonomi Malaysia, iaitu fleksibilitinya. Fleksibiliti ini adalah kebolehan sumber-sumber untuk beralih kepada sektor baru yang mana Malaysia mempunyai kelebihan berbanding sebagai respons kepada keadaan yang berubah-ubah dan peluang baru dalam ekonomi global, khususnya bagi mobiliti modal yang tinggi. Malaysia didapati secara aktif mengenalpasti dan membangunkan sektor pertumbuhan baru dengan menggunakan kelebihannya dari segi sumber dan teknologi baru untuk mempertingkat rantaian nilai.

Terdapat juga usaha yang lebih gigih untuk menghapuskan ketegaran dan beralih ke arah orientasi dan persaingan pasaran yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, maka industri perbankan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan ekonomi negara terus mempunyai kefleksibelan ini dengan menyediakan persekitaran yang sesuai dan memudahkan proses ini. Ini memerlukan industri perbankan yang dinamik dan tangkas untuk bertindak balas secara proaktif terhadap keperluan ekonomi yang berubah-ubah. Oleh itu, RHB Bank Berhad perlu sentiasa mengkaji semula kelebihan berbanding tumpuan perniagaan dan struktur organisasi

54 mereka bagi memperkukuh ketangkasan strategik dan operasi mereka untuk bertindak balas secara proaktif terhadap persaingan dengan bank tempatan seperti Malayan banking Berhad dan CIMB Bank. RHB Bank Berhad juga perlu mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang ada dalam liberalisasi sistem perbankan di Malaysia dengan memperkukuhkan kehadiran mereka melangkaui sempadan domestik terutama dalam bidang yang mempunyai kelebihan dan kemampuan untuk bersaing dengan pesaing mereka di luar negara seperti negara-negara ASIA, Timor Tengah, dan negara ASEAN yang masih belum ditembusi. Urusniaga merentas sempadan ini bukan lagi dianggap asing tetapi sesuatu yang biasa. Ini lebih ketara dengan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing yang memberikan peluang yang lebih luas kepada pihak bank untuk melabur di luar negara. Tahap kesedaran yang lebih tinggi mengenai perkembangan global dan menerimapakai amalan terbaik antarabangsa seterusnya akan meningkatkan keupayaan dan kemampuan RHB Bank Berhad untuk menjadi cemerlang dalam perniagaan perbankan mereka di luar negara.

Dasar-dasar yang baik dan bersesuaian yang dilaksanakan dalam sistem pengurusan bank dikenalpasti mampu meningkatkan daya tahan dan kecekapan institusi perbankan sekaligus meletakkan RHB Bank Berhad pada kedudukan yang baik untuk menyokong aktiviti ekonomi dengan berkesan. Dasar yang berkesan mampu meningkatkan kunci kira-kira bank dan jumlah pinjaman yang diluluskan. Maka, ini akan dapat membangunkan bank dalam jangka sederhana dan jangka panjang bagi memenuhi kehendak ekonomi yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, usaha harus ditumpukan ke

55 arah meningkatkan lagi tahap kecekapan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan pelbagai pada harga yang kompetitif.

Dengan liberalisasi pasaran kewangan, inovasi produk kewangan dan kemajuan teknologi, adalah perlu untuk RHB Bank mengalami pengurusan yang cekap dan boleh menentukan hala tuju strategik institusi di samping menguruskan operasi institusi secara berkesan dan berhemat. Persekitaran yang semakin mencabar dalam operasi perbankan memerlukan penglibatan yang aktif oleh lembaga pengarah. Urus tadbir korporat yang mantap akan menyumbang kepada meningkatnya kebertanggungjawaban, seterusnya akan menyumbang kepada pengurusan risiko yang lebih baik. Pendekatan ke arah mencapai taraf dunia perlu diterapkan. Kebolehan menangani sebarang isu mengikut perancangan dan strategi yang betul beserta respon yang bersesuaian amat penting bagi kelangsungan prestasi yang baik sesebuah bank.

Urus tadbir korporat yang terdiri daripada tanggungjawab, keadilan dan ketelusan penting ditekankan khususnya kepada peranan dan kebertanggungjawaban ahli lembaga dan pengurusan kanan bank dalam menguruskan hal ehwal institusi. Bidang khusus yang ditangani dalam rangka kerja ini, di antaranya, adalah tanggungjawab dan pengawasan oleh ahli lembaga pengarah dan fungsi-fungsi audit. Pemegang saham institusi perbankan juga dijangka memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengawasi keberkesanan ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan dalam sesebuah bank.

56 Di samping itu, konsumerisme yang aktif memainkan peranan penting dalam menaikkan tahap kecekapan RHB Bank. Apabila pengguna mempunyai pemahaman kewangan yang lebih celik, mereka akan meminta produk dan perkhidmatan yang berpelbagai pada harga yang kompetitif. Dengan ini, institusi perbankan perlu meningkatkan inovasi dan kecekapan untuk bersaing. Oleh itu, konsumerisme yang aktif boleh menyumbang kepada pembentukan sektor perbankan yang lebih kukuh dan kompetitif. Pembangunan konsumerisme yang aktif bergantung kepada kewujudan pelanggan bank yang berpengetahuan dan faham tentang produk dan perkhidmatan institusi perbankan, termasuk peranan dan fungsi peserta-peserta kewangan, jenis-jenis produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan, syarat-syarat produk perbankan, hak dan tanggungjawab pengguna dan juga institusi perbankan, di samping risiko dan faedah yang terdapat pada produk perbankan itu.

Sektor kewangan juga telah mengalami transformasi ketara sejak krisis kewangan Asia dan kini semakin kukuh, berdaya tahan dan lebih pelbagai. Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) yang dilancarkan pada tahun 2001 menggariskan proses transformasi yang telah dilaksanakan dari aspek bina upaya serta pembaharuan dalam rangka kerja kawal selia dan institusi. Sektor kewangan yang kukuh berada pada kedudukan baik untuk menyumbang secara bermakna kepada ekonomi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sumbangan sektor kewangan kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat daripada 9.2 peratus pada tahun 2000 kepada 11 peratus pada tahun 2008, menyamai tahap di Negara Maju.

57 Arus perubahan global dan domestik menyediakan peluang yang signifikan kepada sektor kewangan Malaysia dan dengan PISK menghampiri ke penghujung pada tahun 2010, Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang merumuskan satu pelan tindakan untuk memperkukuh sektor kewangan bagi menyokong dan memberi sumbangan yang bermakna kepada proses transformasi ekonomi negara.

58 RUJUKAN

Allen, F. (1998). The market for information and the origin of financial interdemiation.

Journal of Financial Intermediation, 1-1, 3-30.

Allen, F. & Gale, D. (1998). Optimal Financial Crises. Journal of Finance 53, 1245-1284.

Aly, H.Y., Grabowski, R., Pasurka, C. & Rangan, N.(1990). Technical, Scale, and Allocative Efficiencies in U.S. Banking: An Empirical Investigation. Review of Economics and Statistics, 72, 211-218.

Banker, R. D., Charnes, A., & Cooper, W. W. (1984). Some Models for Estimating Technical and Scale Inefficiencies in Data Envelopment Analysis. Management Science, 30, 1078-92.

Berg A. S:, Claussen C. A. & Forsund R. F. (1993). Banking Efficiency in Nordic Countries: A Multi-Output Analysis. Norges Bank, Research paper No.3, (Oslo).

Berger, A. N. & Humphrey, D. B. (1997). Efficiency of Financial Institutions:

International Survey and Directions for Future Research. European Journal of Operational Research, 98,175-212.

Boot, A.W.A & Thakor, A.V. (1997). Financial system architecture. Review of Financial Studies, 1(3), 695.

Bolt, W. & Tiemen, A. F. (2004). Banking Competition, Risk and Regulation.

Scandinavian Journal of Economics. 106(4), 783-804.

Brissimis, S. N., Delis, M. D. & Papanikolaou, N. I. (2008). Exploring the nexus between banking sector reform and performance: evidence from newly acceded EU countries. Kertas kerja Bank of Greece

Brockett, P. L., Charnes, A., Cooper W. W., Huang, Z. M. & Sun, D. B. (1997). Data Transformations in DEA Cone-Ratio Envelopment Approaches for Monitoring Bank Performances. European Journal of Operational Research, 98, 251-269.

Caprio, G. & Klingebiel, D. (2003). Episodes of systemic and borderline financial crises database. The World Bank. www1.

worldbank.org/finance/html/database_sfd.html Accessed 13 June 2007.

Charnes, A., Cooper, W. W. & Rhodes, E. (1978). Measuring the Efficiency of Decision Making Units. European Journal of Operational Research, 2, 429-444.

Demirguc-Kunt, A. & Maksimovic, V. (1998). Law, finance and firm growth. Journal of Finance, 53(6), 2107-2137.

Elayasiani, E. & S. M. Mehdian. (1990). A Nonparametric Approach to Measurement of Efficiency and Technological Change: The Case of Large U.S. Commercial Banks. Journal of Financial Services Research, 4, 157-168.

59 Ferrier, G. D. & Lovell, C. A. K. (1990). Measuring Cost Efficiency in Banking:

Econometric and Linear Programming Evidence. Journal of Econometrics, 46, 229-245.

Hellmann, T. F. Murdock, K. C. & Stiglitz, J. E. (2000). Liberalization, Moral Hazard in Banking and Prudential Regulation: Are capital requirements enough? American Economic Review. 90(1), 147-165.

Keeley, M. C. (1990). Deposit insurance, risk and market power in banking. American Economic Review, 80(5), 1183-1200

Kraft E. & Tirtiroglu, D. (1998). Bank Efficiency in Croatia: A Stochastic Frontier Analysis. Journal of Comparative Economics, 26, 282-300.

Laporan Tahunan RHB Bank Berhad, Pelbagai Tahun.

La Porta, R. Lopez-de-Silanes, F., Shleifer, A., & Vishny, R. (1997). The legal determinants of external finance. Journal of Finance, 52, 1131-1150.

La Porta, R. Lopez-de-Silanes, F., Shleifer, A., & Vishny, R. (1998). Law and finance.

Journal of Political Economy, 106, 1113-1155.

La Porta, R. Lopez-de-Silanes, F., Shleifer, A., & Vishny, R. (1999). The quality of government. Journal of Law, Economics, and Organization, 15, 222-279.

Levine, R. & Zervos, S. (1998). Stock markets, Banks, and Economics growth.

Levine, R. & Zervos, S. (1998). Stock markets, Banks, and Economics growth.

Dokumen terkait