• Tidak ada hasil yang ditemukan

DATO TAJUDDIN ATAN DR. HUSSIN ABDULLAH PROF. MADYA DR. JAMAL ALI ASNIDA SHAHIDAN SURAIYA HASHIM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "DATO TAJUDDIN ATAN DR. HUSSIN ABDULLAH PROF. MADYA DR. JAMAL ALI ASNIDA SHAHIDAN SURAIYA HASHIM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA"

Copied!
69
0
0

Teks penuh

(1)

TRANSFORMASI SISTEM INSTITUSI PERBANKAN BAGI MENINGKATKAN KEYAKINAN PELANGGAN DALAM

MENGHADAPI PERUBAHAN KEWANGAN SEMASA GLOBAL: SATU KAJIAN KES DI RHB BANK BERHAD

DATO’ TAJUDDIN ATAN DR. HUSSIN ABDULLAH PROF. MADYA DR. JAMAL ALI

ASNIDA SHAHIDAN SURAIYA HASHIM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2010

(2)

i

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB

Kami, dengan ini mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen, teknikal, laporan fakta, data, gambarajah, ilustrasi dan gambar foto yang telah diutarakan di dalam laporan ini. Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan keempunyaan. Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komen, laporan dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak keempunyaan.

Ketua Penyelidik:

____________________________________________

DATO’ TAJUDDIN ATAN Ahli-ahli:

_____________________________________________

DR. HUSSIN BIN ABDULLAH

___________________________________

PROF. MADYA DR. JAMAL BIN ALI

____________________________________

ASNIDA BINTI SHAHIDAN

____________________________________

SURAIYA BINTI HASHIM

(3)

ii ABSTRAK

Kajian ini ingin melihat sejauhmana transformasi RHB Bank Berhad dikatakan telah meletakkan ia sebagai sebuah syarikat perkhidmatan kewangan bersepadu sepenuhnya serta berorientasikan pelanggan, Dengan pemantapan strategi pemerolehan yang sedang dijalankan maka ianya akan membantu melonjakkan RHB Bank Berhad ke satu tahap baru untuk berhadapan dengan latarbelakang industri perbankan yang semakin kompetitif. Analisis pengukuran transformasi melalui nisbah kewangan RHB Bank Berhad didapati semakin tinggi nisbah ROA yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut. Namun begitu bagi nisbah ROE didapati keseluruhan hasilnya adalah bercampur-campur. Hasil-hasil tersebut mampu memberi keuntungan kepada RHB Bank Berhad juga. Didapati ROA mempunyai hubungan yang positif dengan ROD. Semakin tinggi nilai ROA, maka semakin tinggi juga nilai ROD. Dapat dirumuskan bahawa RHB Bank Berhad mampu tingkatkan keuntungan menerusi nisbah pulangan atas aset, ekuiti dan deposit.

(4)

iii

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Penyelidik ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menyiapkan penyelidikan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya kepada pegawai-pegawai di ibu pejabat RHB Bank Berhad.

(5)

iv SINGKATAN

SME - Small and Medium Enterprise IPOs - Initial Public Offering

GIC - Gulf Investment Corporation KEXIM - Export Import Bank of Korean PLSA - Projek Lintasan Shah Alam IDB - Islamic Development Bank SBU - Strategy Business Unit

PISK - Pelan Induk Sektor Kewangan KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar BNM - Bank Negara Malaysia

NPL - Non-performance Loan

(6)

v

KANDUNGAN

Pengakuan Tanggungjawab i

Abstrak ii

Penghargaan iii

Singkatan iv

Kandungan v

Senarai Jadual vi

Senarai Rajah vii

BAB SATU: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 11

1.4 Kepentingan Kajian 11

1.5 Batasan Kajian 11

1.6 Organisasi Kajian 12

BAB DUA: LATARBELAKANG KUMPULAN PERBANKAN RHB 2.1 Sejarah Penubuhan Kumpulan Perbankan RHB 13

2.2 Struktur Korporat RHB 15

2.2.1 Perbankan Dagangan 16

2.2.2 Perbankan Korporat dan Pelaburan 16

2.2.3 Perbankan Antarabangsa 17

2.2.4 Perbankan Islam 18

BAB TIGA: SOROTAN LITERATUR 20

BAB EMPAT: METODOLOGI DAN DATA 4.1 Pengenalan 25

4.2 Pengukuran Transformasi Melalui Nisbah Kewangan RHB Bank Berhad 25

4.2.1 Pulangan Atas Ekuiti (ROE) 25

4.2.2 Pulangan Atas Aset (ROA) 26

4.2.3 Pulangan Atas Deposit (ROD) 26

4.3 Pengukuran Transformasi Melalui Kawalan Perbelanjaan RHB Bank Berhad 26

4.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset 26

4.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan 27

4.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset 27

4.4 Pengukuran Transformasi Melalui Risiko Kecairan 27

(7)

vi

4.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit 27

4.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset 28

4.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek 28

BAB LIMA ANALISIS DAPATAN 5.1 Pencapaian Kewangan Tahun 2008 29

5.2 Analisis Pengukuran Transformasi Melalui Nisbah Kewangan RHB Bank Berhad 5.2.1 Pulangan Atas Aset (ROA) 36

5.2.2 Pulangan Atas Ekuiti (ROE) 37

5.2.3 Pulangan Atas Deposit (ROD) 38

5.3 Analisis Pengukuran Transformasi Melalui Kawalan Perbelanjaan RHB Bank Berhad 39

5.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset 40

5.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan 41

5.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset 41

5.4 Analisis Pengukuran Transformasi Melalui Risiko Kecairan 43

5.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit 43

5.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset 44

5.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek 45

5.5 Analisis Pengukuran Transformasi Melalui Kakitangan 46

5.6 Kesimpulan 48

BAB ENAM KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Kesimpulan 50

6.2 Cadangan 52

Rujukan

(8)

vii

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1: Senarai Bank Perdagangan yang Beroperasi di Malaysia.

Jadual 1.2: Senarai Penggabungan Bank, 1992 – 2002.

Jadual 5.1: Keuntungan Tahunan Kumpulan Perbankan RHB dan Tren ROE Jadual 5.2: Produktiviti Kumpulan Perbankan RHB.

(9)

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 2.1: Sejarah Penubuhan Kumpulan Perbankan RHB

Rajah 5.1: Jumlah Aset dan Untung Sebelum Cukai RHB Group 2004-2008.

Rajah 5.2: Jumlah Liabiliti dan Deposit Pelanggan Bagi Tempoh 2004-2008.

Rajah 5.3: Aliran ROA, 1997 – 2008.

Rajah 5.4: Aliran ROE, 1997 – 2008.

Rajah 5.5: Aliran ROD, 1997 – 2008.

Rajah 5.5: Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset, 2003 – 2008.

Rajah 5.6: Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan, 2003 – 2008.

Rajah 5.7: Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset, 2003 – 2008.

Rajah 5.8: Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit, 1997 – 2008.

Rajah 5.9: Deposit Teras/Jumlah Aset, 1997 – 2008.

Rajah 5.10: Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek, 1997 – 2008.

(10)

1 BAB SATU

PENDAHALUAN

1.1 PENGENALAN

Krisis kewangan Amerika dan Eropah telah menunjukkan sistem kewangan mereka menuju ke arah kehancuran. Kesan krisis kewangan ini telah memberi impak yang besar kepada negara-negara lain. Sehubungan itu sistem kewangan Malaysia harus melalui proses transformasi bagi mengelak kesan yang besar daripada krisis tersebut. Jika tidak, Malaysia akan menerima padah kerana terus membiarkan negara kaya dan kuat mencipta sistem yang memerlukan Malaysia mengamalkannya, iaitu sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini. Apa yang penting ialah sistem dan amalan perbankan perlu dilihat daripada sudut pandangan dan kepentingan negara.

Peranan sistem perbankan di Malaysia adalah memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menyimpan wang, meminjam wang, melabur dan sebagainya. Ia memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengantara kewangan dan sumber dana utama domestik. Terdapat dua jenis perbankan iaitu perbankan konvensional dan perbankan Islam di mana, perbankan konvensional menjalankan aktiviti bank tanpa mengira syariat Islam dan perbankan Islam pula melaksanakan aktiviti mengikut syariah Islam iaitu tanpa melibatkan aktiviti riba.

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan bank perdagangan (tempatan dan asing) yang beroperasi di Malaysia sehingga tahun 2008. Sebanyak 22 buah bank perdagangan telah

(11)

2 beroperasi di Malaysia di mana sebanyak 9 buah bank perdagangan adalah milik tempatan dan selebihnya merupakan milik institusi perbankan asing.

Perbankan domestik yang beroperasi meskipun kecil bilangannya berbanding perbankan milik asing yang berada di negara ini, telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam industri perbankan tempatan. Berdasarkan laporan oleh Bank Negara Malaysia (2008) potensi perbankan tempatan adalah tinggi dalam pasaran perbankan di Malaysia. Ini ditambah pula dengan kemunculan bank asing dalam industri ini yang pada masa yang sama telah mewujudkan persaingan kepada sistem perbankan domestik, khususnya daripada segi tahap penggunaaan teknologi maklumat yang meluas. Persaingan akan mewujudkan kecekapan di kalangan bank-bank yang beroperasi. Ini memberikan peluang bagi pasaran bank untuk meningkatkan faedah hasil daripada kemasukan bank asing.

(12)

3 Jadual 1.1: Senarai Bank Perdagangan yang Beroperasi di Malaysia

No. Nama bank Pemilikan

1 Affin Bank Berhad Ld

2 Alliance Bank Malaysia Berhad L

3 AmBank (M) Berhad L

4 CIMB Bank Berhad L

5 EON Bank Berhad L

6 Hong Leong Bank Berhad L

7 Malayan Banking Berhad L

8 Public Bank Berhad L

9 RHB Bank Berhad L

10 ABN AMRO Bank Berhad Ff

11 Bangkok Bank Berhad F

12 Bank of America Malaysia Berhad F

13 Bank of China (Malaysia) Berhad F

14 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad F

15 Citibank Berhad F

16 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad F

17 HSBC Bank Malaysia Berhad F

18 J.P. Morgan Chase Bank Berhad F

19 OCBC Bank (Malaysia) Berhad F

20 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad F

21 The Bank of Nova Scotia Berhad F

22 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad F Sumber: Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, 2008.

Nota: Ld : institusi perbankan milik domestik atau tempatan; Ff : intitusi perbankan milik asing yang beroperasi di Malaysia

(13)

4 Kewujudan perbankan asing dalam industri perbankan negara secara langsung merupakan kesan daripada proses globalisasi yang menyatupadukan pasaran dunia kepada satu pasaran bagi membolehkan perkongsian maklumat berlaku. Keadaan ini akan meningkatkan lagi kecekapan, khususnya dalam industri perbankan dan kewangan.

Industri perbankan yang meluas akan memperoleh peningkatan dalam faedah. Kesan daripada globalisasi ini dapat memberikan faedah melalui kemasukan pelabur-pelabur asing ke dalam negara di samping mengurangkan halangan kerajaan terhadap ekonomi.

Jadi, pasaran luar dapat keluar masuk dengan mudah melalui perkembangan teknologi.

Namun begitu, globalisasi juga mendatangkan kesan negatif iaitu apabila berlakunya proses keluar matawang ke pasaran asing. Ini membolehkan matawang Malaysia mengalami defisit dari segi nilai. Apabila negara luar melabur dalam pasaran bank di Malaysia maka menyebabkan aliran keluar matawang iaitu keuntungan kepada pelabur asing, ini akan menyebabkan berlakunya defisit matawang. Globalisasi juga menyebabkan mata wang dunia boleh diapungkan antara satu sama lain. Ia kemudiannya membawa kepada penghapusan kawalan modal dan liberalisasi kewangan.

Ini mendatangkan kesan negatif kepada negara kerana perlu menampung defisit matawang melalui dasar kewangan bagi mengimbangkan semula ekonomi negara kepada keseimbangan.

(14)

5 Apabila pasaran saham turut diglobalkan maka akan berlaku proses keluar masuk matawang. Aliran wang yang keluar masuk dengan kadar yang tidak stabil menyebabkan berlakunya spekulasi dalam pasaran bank. Spekulasi wujud kerana kadar matawang yang tidak tetap. Spekulasi yang wujud dalam pasaran bank ini akan menyebabkan berlakunya manipulasi matawang dan saham dalam pasaran bank di Malaysia. Pada tahun 1998 Malaysia telah memperkenalkan dasar kewangan iaitu berkaitan dengan matawang dan modal terpilih untuk mengawal matawang Malaysia daripada diperdagangkan dan dimanipulasi oleh negara kaya.

Penggabungan bank merupakan antara alternatif yang diambil untuk mengawal keadaan pasaran kewangan akibat proses globalisasi. Ia memberikan banyak faedah ke atas prestasi sesebuah bank. Antaranya adalah meningkatkan keuntungan, mengurangkan kos apabila kecekapan ditingkatkan melalui eksploitasi ekonomi skala atau dapat menggantikan sistem pengurusan yang tidak cekap melalui pengecilan bilangan institusi kewangan yang beroperasi. Jadual 1.2 menunjukkan penggabungan bank-bank yang berlaku di Malaysia. Ia dilihat sebagai tren terbesar dalam industri perbankan. Bank Negara Malaysia telah menggariskan sebab utama penggabungan bank perlu dilakukan di Malaysia. Melalui penggabungan ini institusi perbankan tempatan dapat menghadapi cabaran dan tekanan akibat persaingan global. Penggabungan ini seharusnya diteruskan oleh bank lain kerana ia berupaya mengurangkan risiko serta tekanan persaingan berbanding dengan bank yang tidak bergabung.

(15)

6 Melalui penggabungan kerjasama dapat diwujudkan dan persaingan dapat dikurangkan.

Kualiti perkhidmatan yang ditawarkan juga bertambah baik berbanding sebelumnya di samping pelbagai perubahan lain seperti peningkatan kekayaan dan perkembangan meluas teknologi maklumat. Perkembangan yang dijelaskan menjurus kepada keperluan industri perbankan yang mampu bersaing, mempunyai asas kukuh dan berdaya maju.

Dalam konteks inilah kegawatan ekonomi harus dilihat daripada sudut positif. Penilaian semula sistem kewangan negara, kelakuan industri dan keperluan yang bersifat futuristik harus diambil segera.

(16)

7 Jadual 1.2: Senarai Penggabungan Bank, 1999-2002

Kumpulan Perbankan (Anchor Bank)

Institusi-institusi perbankan dalam kumpulan

Subsidiari-subsidiari Rakan kongsi yang bergabung

Alliance Sabah Bank, International Bank Malaysia Berhad,

Bolton Finance, Sabah Finance, Bumiputra Merchant Bankers, Amanah Merchant Bankers

AmBank Arab Malayian Finance Berhad

MBF Finance Bhd Bumiputra-

Commerce

Commerce Finance Berhad Commerce International Merchant Bankers Berhad, Bank Bumiputra

Eon Bank EON Finance Berhad Oriental bank, City Finance, Perkasa Finance, Malaysia International Merchant Bankers Hong Leong Bank Hong Leong Finance

berhad

Wah Tat Bank, Credit Corporation Malaysia Malayan Banking

Groups

Mayban Finance Berhad PhileoAllied Bank, Pacific Bank, Sime Finance, Kewangan Bersatu, Aseambanker Malaysia Perwira Affin Bank Affin Finance Berhad

Perwira Affin Merchant Bankers

BSN Commercial Bank, BSN Finance,

Asia Commercial Finance, BSN Merchant Bank

Public Bank Public Finance Berhad Hock Hua Bank, Advance Finance, Sime Merchant Bankers

RHB Bank RHB Sakura Merchant Bankers

Berhad

Sime Bank, Bank Utama, Delta Finance, Interfinance Berhad

Southern Bank

Ban Hin Lee Bank, Cempaka Finance, Perdana Finance, United Merchant Finance, Perdana Merchant Bank

10 institusi 9 institusi 36 institusi

Sumber: Diubahsuai daripada Jurnal Bank Mergers in Malaysia, 1999-2002

(17)

8 1.2 PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang biasa dihadapi dalam industri perbankan merangkumi tekanan persaingan, masalah hutang tertunggak dan sikap segelintir kakitangan yang tidak amanah yang membawa kepada masalah perbankan. Masalah tekanan dalam persaingan juga wujud akibat daripada struktur perbankan yang berbeza di antara bank tempatan dan bank asing. Selain itu, struktur perbankan juga berbeza di antara negara, khususnya antara Negara Maju dengan Negara Sedang Membangun. Struktur perbankan di Malaysia umpamanya tidak sama dengan Amerika Syarikat.

Permasalahan juga wujud di antara struktur perbankan konvensional dengan struktur perbankan Islam. Kedua-dua jenis perbankan ini adalah berbeza antara satu sama lain terutamanya dari segi pengagihan kadar faedah. Masalah dalam pengagihan kadar faedah juga mendorong kepada peningkatan prestasi bank-bank konvensional kerana orang ramai lebih memerlukan wang dalam kehidupan seharian. Masalah ini akan melembabkan proses pengwujudan bank-bank Islam.

Masalah penggunaan teknologi maklumat yang kurang canggih oleh perbankan tempatan berbanding perbankan asing telah membawa kepada kelembapan pembangunan bank-bank domestik dan mewujudkan tekanan persaingan. Ini kerana teknologi maklumat menyebabkan kos rutin urus niaga dapat dikurangkan dengan

(18)

9 banyak dan mampu pula memperkembangkan kepelbagaian produk serta memberi nilai tambah yang tinggi kepada pengguna.

Selain itu, struktur pemilikan bank juga berbeza dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu syarikat induk banyak bank dan syarikat induk satu bank. Di Malaysia, kebanyakan bank-bank perdagangan adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan yang lebih besar yang juga turut terlibat dengan perkhidmatan kewangan melalui penubuhan institusi-institusi dalam kumpulannya seperti insurans, stok dan saham serta tabung unit amanah.

Selain itu juga, peruntukan dalam perkhidmatan kewangan biasanya mengikut segmen tertentu di mana setiap institusi perbankan yang mempunyai keistimewaan tersendiri adalah diberi keutamaan dalam industri perbankan. Ini menyebabkan bank-bank kecil mengalami tekanan persaingan dengan bank-bank yang sudah selesa di pasaran.

Peruntukan kewangan yang diperlukan bank-bank kecil ini mendorong kepada permasalahan dalam memberian pinjaman kepada orang ramai. Ini memberi kesan ke atas penciptaan wang oleh bank tersebut. Masalah ini juga menyebabkan bank-bank sukar untuk berkembang.

Peranan bank juga sudah mula berubah. Kalau dulu bank dilihat sebagai perantaraan di antara peminjam dan pemberi pinjaman. Kini, ia juga bertindak sebagai fasilitator

(19)

10 kepada penindasan risiko. Ini menunjukkan peranan industri perbankan adalah meluas dalam meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

Pakar-pakar ekonomi sudah menggariskan beberapa perkara mengapa sesebuah negara perlu mempunyai bank teras yang besar agar boleh meningkatkan prestasi bank.

Antaranya ialah yang pertama, sebagai pembiayaan kewangan utama kepada sektor industri dan mampu pula merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan. Apabila bank menjadi pembiaya utama kepada bank lain, bank tersebut boleh meningkatkan prestasinya dan mampu merangsang ekonomi di Malaysia. Kedua, sebagai pemain utama ketika berhadapan dengan kemelut kewangan. Apabila menjadi sebuah bank utama, bank tersebut menjadi ketua atau sumber utama dalam memberikan pinjaman kepada bank lain jika berlaku masalah kewangan.

Ketiga, sebagai penyumbang untuk mempertingkatkan tahap kecairan pada masa kritikal. Ini juga merupakan fungsi utama apabila menjadi bank utama. Ketika keadaan ekonomi meleset, bank utama perlu untuk mengawal masalah kecairan daripada berlaku kurangan nilai matawang. Keempat, digunakan sebagai mekanisma pembiayaan kewangan kerajaan kepada sesetengah kegiatan seperti subsidi dan kredit perniagaan.

(20)

11 1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan sistem institusi perbankan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan dalam menghadapi krisis kewangan global di RHB Bank Berhad. Secara khususnya kajian kes ini adalah untuk mengenalpasti menilai keberkesanan transformasi sistem perbankan di RHB Berhad selaras dengan perubahan ekonomi semasa. Penilaian keberkesanan ini diukur melalui penilaian prestasi bank berdasarkan kepada keuntungan dan risiko.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian berkenaan industri perbankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemajuan industri perbankan dalam kemajuan ekonomi negara. Arus ekonomi Malaysia mula menunjukkan perubahan setelah kemunculan sektor perbankan. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk melihat sejauh mana prestasi bank berubah mengikut perubahan ekonomi semasa. Kajian di RHB Bank Berhad merupakan sampel dalam kepentingan kajian ini.

1.5 BATASAN KAJIAN

Kajian kes ini hanya tertumpu kepada RHB Bank Berhad. Sehubungan itu, prestasi bank akan diukur berdasarkan data sekunder yang diperoleh dari RHB Bank Berhad. Terdapat kesukaran dalam mengumpul data dan maklumat daripada bank ini di mana masa yang diperlukan agak panjang. Ini memberikan masalah dari segi pengurusan masa untuk memperolehi data tersebut.

(21)

12 1.6 ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana sumbangan sektor perbankan terhadap pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, kajian kes di RHB Bank Berhad tertumpu kepada transformasi sistem institusi perbankan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan dalam menghadapi perubahan kewangan semasa global. Terdapat enam bab dalam kajian penyelidikan ini iaitu bab pengenalan, latar belakang RHB Bank Berhad, sorotan literatur, metodologi kajian, analisis dan keputusan kajian serta kesimpulan. Bab Dua adalah mengenai latar belakang RHB Bank Berhad. Bab Tiga lebih menfokuskan kepada ulasan karya di mana dapat memberi kefahaman serta memperbaiki kelemahan karya sebelum ini agar memperolehi hasil kajian yang memuaskan. Ulasan karya adalah berkaitan industri perbankan. Bab Empat pula berkaitan metod kajian dan bagaimana data diperoleh. Analisis dan keputusan kajian akan diterangkan dalam Bab Lima.

Manakala Bab Enam merupakan bab terakhir yang membincangkan tentang kesimpulan dan cadangan.

(22)

13 BAB DUA

LATAR BELAKANG KUMPULAN PERBANKAN RHB

2.1 Sejarah Penubuhan Kumpulan Perbankan RHB

Kumpulan Perbankan RHB lahir pada tahun 1999 hasil gabungan RHB Bank Berhad dan Sime Bank Berhad. Gabungan kedua-dua bank ini adalah melaksanakan dasar penggabungan institusi kewangan yang dijalankan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997. Namun begitu, kewujudan RHB Bank Berhad itu sendiri adalah juga hasil gabungan beberapa institusi kewangan iaitu di antara DCB Bank Berhad (dahulu dikenali sebagai Development and Commercial Bank) dengan Kwong Yik Bank Berhad (di mana pada tahun 1996 Rashid Hussain Securities Sdn Bhd adalah pemegang 75%

saham). Seterusnya, bagi memantapkan lagi operasi bank, pada tahun 2003 Kumpulan Perbankan RHB telah menerima Bank Utama Berhad sebagai ahli gabungannya yang baru.

Sejajar dengan perkembangan sektor kewangan dan perbankan Islam di Malaysia, Kumpulan Perbankan RHB pada 1 Mac 2005 telah memperkenalkan Unit Perbankan Islamnya sendiri iaitu RHB Islamic bank Bhd. Unit ini dimiliki sepenuhnya oleh RHB Bank Berhad, sementara pengurusan aset dan unit trust terletak dibawah kelolaan RHB Investment Management Sdn Bhd.

(23)

14 Rajah 2.1: Sejarah Penubuhan Kumpulan Perbankan RHB

Rashid Hussain Securities Sdn Bhd

KWONG YIK BANK BERHAD

(1913)

DCB BANK BERHAD

(1966)

UTAMA BANKING GROUP

(1976) Rashid Hussain memegang 75% saham

RHB BANK BERHAD

RHB BANKING GROUP

1997

1999 2003

SIME BANK BERHAD

RHB BANKING GROUP

(24)

15 2.2 Struktur Korporat RHB

Struktur korporat Kumpulan Perbankan RHB dibawah kelolaan RHB Capital Berhad terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Commercial Banking Group, Investment Banking Group dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan yang lain. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1, peranan sebagai Commercial Banking Group dijalankan oleh RHB Bank Berhad, manakala RHB Investment Bank Berhad beroperasi di bawah Investment Banking Group. Selain itu, RHB Capital Berhad juga menawarkan perkhidmatan kewangan selain perbankan iaitu perlindungan insuran yang dijalankan oleh RHB Insurance Berhad. Walaupun begitu, RHB Capital Berhad hanya memegang 79.5% pemilikan ke atas RHB Insurance Berhad ini.

Pada pertengahan 2007, Kumpulan Perbankan RHB telah menyusun semula struktur korporat yang baru dengan mewujudkan empat Unit Strategik Perniagaan (SBUs) iaitu Perbankan Dagangan (Retail Banking), Perbankan Korporat dan Pelaburan (Corporate and Investment Banking), Perbankan Antarabangsa (International Banking) dan Perbankan Islam (Islamic Banking).

(25)

16 2.2.1 Perbankan Dagangan

Perbankan Dagangan merupakan unit perniagaan utama bagi Kumpulan Perbankan RHB. Unit ini menyediakan perkhidmatan kewangan khusus kepada golongan peniaga dan syarikat kecil. Pelbagai produk perkhidmatan kewangan yang ditawarkan adalah seperti perlindungan insuran, pengurusan harta, pinjaman peribadi, pinjaman komersil untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME), pinjaman sewa-beli, dan kredit kad.

Unit ini telah mencapai peningkatan prestasi yang baik bagi tahun kewangan 2008 dengan mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM705.3 juta. Keuntungan ini adalah 4 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2007. Selain itu, Unit ini juga berjaya meningkatkan pusingan modal sebanyak 1 peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM1.9 bilion. Pencapaian ini telah mengekalkan Retail Banking sebagai penyumbang utama kepada Kumpulan Perbankan RHB.

2.2.2 Perbankan Korporat dan Pelaburan

Unit ini menawarkan produk dan perkhidmatan pelaburan dengan menjadikan syarikat korporat sebagai golongan sasaran utama. Kekuatan utama unit ini adalah dalam Initial Public Offering (IPOs), pasaran modal ekuiti (ECM) dan hutang (DCM) serta pasaran

(26)

17 mergers and acquisitions. Antara kejayaan yang dicapai oleh Unit ini pada tahun 2008 ialah menjadi penasihat IPO terbaik di Malaysia bagi kategori Papan Utama, membawa syarikat negara asing ke dalam pasaran modal hutang Malaysia seperti Gulf Investment Corporation (GIC) dan Export Import Bank of Korean (KEXIM). Selain itu, Unit ini melalui RHB Investment Bank juga aktif dalam pasaran kewangan berlandaskan shariah dengan perlaksanaan Program Sukuk bernilai RM745 juta untuk Projek Lintasan Shah Alam (PLSA) dan RM845 juta bagi projek tol MRCB Southern Link.

Pencapaian Unit ini pada tahun 2008 amat memberangsangkan iaitu memperolehi keuntungan sebelum cukai sejumlah RM336.3 juta berbanding RM154.0 juta pada tahun 2007. Peningkatan 100 peratus keuntungan ini membolehkan Unit ini menyumbang 24 peratus dari keseluruhan keuntungan Perbankan Kumpulan RHB.

2.2.3 Perbankan Antarabangsa

Bagi meluaskan operasi di peringkat serantau, unit ini dipertanggungjawabkan untuk membina jaringan perbankan di negara-negara jiran. Sehingga 2008, Kumpulan Perbankan RHB telah menjalankan operasinya di Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam. Biarpun menyedari situasi ekonomi yang tidak menentu di negara serantau seringkali memberi impak sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada industri perbankan negara, namun unit ini telah menyediakan strategi jangka panjang dalam

(27)

18 mencapai visinya untuk menjadi Perbankan Ketiga terbaik di ASEAN menjelang tahun 2020.

2.2.4 Perbankan Islam

Sejajar dengan perkembangan industri kewangan berasaskan shariah khususnya di Malaysia dan dunia amnya, Kumpulan Perbankan RHB telah menawarkan produk- produk kewangan Islamnya melalui unit perniagaan Perbankan Islam. Antara produk yang disediakan termasuklah pinjaman komersil, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan serta produk-produk pelaburan yang ditawarkan bukan sahaja kepada umat Islam malahan juga pelanggan beragama lain. Kumpulan Perbankan RHB menyediakan perkhidmatan kewangan Islam melalui beberapa segmen iaitu Islamic Investment Banking, Islamic International Business, Islamic Consumer Banking dan Islamic Institutional Banking (Perbankan Korporat dan Dagangan).

Walaupun baru lima tahun beroperasi, Unit perbankan Islam ini telah melakar beberapa kejayaan yang membanggakan induknya. Di bawah seliaan RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad satu Program Sukuk (dibawah prinsip Ijarah dan Mudharabah) telah dijalankan bagi membiayai Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (PLSA). Di samping itu, Unit ini juga telah berganding bahu dengan Islamic Development Bank (IDB) dalam program Trust Certificate Issuance selain menjadi penasihat shariah bersama bagi program tersebut. Manakala di peringkat antarabangsa

(28)

19 pula, Unit ini telah berjaya membuka RHB Bank Singapore’s Islamic Banking Department bagi meluaskan pasaran serantaunya.

Pada tahun 2008 juga unit ini giat melancarkan produk-produk untuk pelanggan persendirian serta golongan peniaga kecil. Bagi pelanggan persendirian, unit ini menyediakan produk pengurusan harta yang efektif seperti Unit Trust, Estate Planning, Takaful serta Az-Zahra Privilege Ladies Banking disediakan khusus untuk kaum wanita.

Manakala produk seperti Industrial Hire Purchase-i, Term Financing-I, Murabahah Revolving Credit-i, Commodity Murabahah Term Financing-i serta Commodity Murabahah Revolving Credit-i pula ditawarkan khusus kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (SME). Selain itu, bagi Perkhidmatan Dagangan, unit ini menyediakan produk seperti Credit-i, Trust Receipt-i, Acceptance Bills-i, Shipping Guarantee-i, Bank Guarantee-i, Inward and Outward Bills for Collection-i yang ditawarkan bagi memudahkan lagi urusan perdagangan.

Pada tahun kewangan 2008, unit ini mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan memperolehi keuntungan sebelum cukai RM115.8 juta dengan pusingan modal RM455.2 juta. Meskipun baru mencecah usia lima tahun, unit ini boleh berbangga berada di tangga kelima terbaik antara perbankan Islam di Malaysia seperti yang di laporkan oleh Euromoney Report.

(29)

20 BAB TIGA

SOROTAN LITERATUR

Krisis kewangan di Asia yang terjadi pada dasarnya berpunca daripada kelemahan kualiti sistem kewangan. Pada awal tahun 1980an, reformasi kewangan telah dibuat namun ianya dilihat hanya menumpukan kepada peningkatan kuantiti lembaga-lembaga kewangan dan kuantiti aliran modal yang masuk (capital flow) ke suatu negara.

Malaysia tidak terkecuali di dalam reformasi kewangan global yang mana dikaitkan dengan liberalisasi perbankan. Ianya dilihat sebagai salah satu faktor punca lemahnya sistem kewangan di samping meningkatkan ketidakpastian yang mengakibatkan semakin buruknya adverse selection dan moral hazard yang mengakibatkan runtuhnya kestabilan sektor kewangan.

“Malaysia tidak akan mampu mempertahankan prestasi ekonomi dicatatkan sejak 50 tahun lalu dalam tempoh 50 tahun akan datang tanpa membina kekuatan dan membuat transformasi ekonominya kerana keadaan ekonomi dunia akan sama sekali berubah,”

kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia membina kekuatan dalam perbankan dan kewangan Islam dan terus mencatatkan prestasi yang baik dalam bidang tersebut. Ini dapat dilihat apabila aset perbankan Islam kini merangkumi 12.3 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan di negara ini atau bernilai RM146.5 bilion. Namun begitu, dalam tempoh

(30)

21 jangka pendek dan sederhana, adakah kedudukan sistem kewangan terutamanya sistem perbankan negara cukup kukuh untuk berhadapan dengan cabaran semasa ekonomi dunia seperti berlakunya kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat?

Sorotan literatur banyak menidakkan kepentingan pembangunan sektor kewangan.

Levine dan Zervos (1998), Rajan dan Zingales(1998) dan Demirguc-Kunt dan Maksimovic (1998) meneroka kesan pembangunan kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara, industri dan peringkat firma masing-masing.

Transfromasi atau rekabentuk kewangan adalah begitu penting kepada kebanyakan ahli ekonomi (Allen, 1999). Dalam kajian berkaitan teori literatur yang membandingkan sistem-sistem berasas perbankan dengan sistem-sistem berasas pasaran (Allen dan Gale, 1999; Rajan dan Zingales, 1999; Boot dan Thakor, 1997), Rajan dan Zingales (1999) menegaskan kekuatan bagi persekitaran kontrak merupakan penentu keberkesanan sistem-sistem berasaskan pasaran berbanding sistem-sistem berasas bank. Dalam satu kajian rentas, Levine (2000) memeriksa kesan reka bentuk kewangan terhadap prestasi ekonomi, khususnya pada pertumbuhan KDNK per kapita dan sumber-sumbernya.

Perbezaan utama antara kajian oleh Levine (2000) adalah penekanan kita tentang perbezaan dalam persekitaran kontrak merentasi negara.

(31)

22 Pasaran kewangan seperti bank melaksanakan fungsi penting dalam sebuah ekonomi. Ini termasuk pembentukan modal, pemudahan perkongsian risiko, pengeluaran maklumat dan pemantauan. Fungsi penting ini boleh diukur secara relatif dengan membanding keberkesanan prestasi bagi bank dalam melaksana fungsi yang sama.

Orientasi sistem pasaran kewangan adalah tidak berapa penting, kerana kedua-dua pasaran dan perbankan menyediakan perkhidmatan yang umum dan saling melengkapi antaranya. Pandangan ini telah menerima lebih daripada undang-undang dan risalah kewangan yang menekankan betapa pentingnya pelabur melindungi kod-kod sah dan penguatkuasaan mereka dalam mempertingkatkan perkhidmatan kewangan yang menggalakkan prestasi ekonomi (Laporta et al. (1997, 1998, 1999; Levine (2000)). La porta et al. (1999) menyatakan bahawa kualiti bagi sokongan sistem perundangan adalah penting di samping perubahan dalam sistem perbankan atau orientasi pasaran.

Brissimis et al. (2008) telah mengkaji hubungan antara pembaharuan semula sektor perbankan dengan prestasi bank di mana pengukuran dalam terma kecekapan, pertumbuhan jumlah faktor produktiviti dan margin faedah bersih (yang dikira kesannya melalui persaingan dan pengambilan risiko bank). Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua pembaharuan sektor perbankan dan persaingan memberi satu impak yang positif ke atas kecekapan bank, manakala kesan pembaharuan ke atas pertumbuhan jumlah faktor produktiviti signifikan hanya di akhir proses pembaharuan. Akhirnya,

(32)

23 kesan modal dan risiko kredit ke atas prestasi bank adalah kebanyakannya berada dalam kes negatif, di mana ia menunjukkan bahawa kecairan aset yang tinggi mengurangkan kecekapan dan produktiviti perbankan.

Hellmann et al. (2000) mengkaji sama ada peraturan-peraturan yang ada mempunyai satu kesan bebas ke atas bank pengambil risiko atau sama ada kesan mereka disalurkan melalui kuasa pasaran yang diarah oleh pihak bank. Mereka menggunakan data daripada sektor perbankan Central dan Eastern European bagi tempoh 1998-2005. Hasil empirikal mencadangkan bahawa bank-bank dengan kuasa pasaran mengkhusus kepada memegang risiko kredit rendah dan mempunyai kebarangkalian ingkar yang rendah.

Mereka juga menyarankan bahawa peraturan bank melalui keperluan-keperluan modal adalah bukan satu dasar optimum Pareto untuk bank-bank pengawalan insentif-insentif pengambilan risiko dan mencadangkan bahawa syarat-syarat yang ada seharusnya digabungkan dengan kawalan-kawalan kadar deposit.

Rune Stenbacka (2003) menyatakan bahawa peningkatan persaingan terhadap bank akan meningkatkan risiko terutama kepada pelanggan bank. Ini menunjukkan bahawa bank akan kehilangan pelanggan bank, di mana pelanggan akan memilih bank manakah untuk menghasilkan deposit bergantung kepada tahap pengetahuan mereka serta risiko dalam bank terutamanya dari segi pinjaman portfolio. Disebabkan persaingan yang wujud di antara bank maka ini mendorong pihak bank untuk mengambil risiko bagi mengubah

(33)

24 struktur pasaran bank daripada pasaran duopoli kepada pasaran monopoli. Menurut Keeley (1990) kuasa pasaran sama ada dari segi pinjaman atau pasaran deposit ataupun kedua-duanya menunjukkan nilai positif dalam bank.

Bolt dan Tieman (2004) berpendapat bahawa bank akan berhadapan dengan pertukaran di antara tarikan permintaan yang tinggi terhadap pinjaman, membuat untung bersih yang tinggi, dan meningkatkan kualiti dalam pinjaman secara portfolio apabila wujud persaingan. Bank juga akan memegang lebih ekuiti dalam persekitaran persaingan yang tidak terlibat dengan sekatan walaupun mempunyai ekuiti yang lebih tinggi kos berbanding daripada menarik deposit.

(34)

25 BAB EMPAT

METODOLOGI DAN DATA

4.1 PENGENALAN

Projek penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti transformasi sistem institusi perbankan di RHB Bank bagi meningkatkan keyakinan pelanggan di dalam menghadapi perubahan ekonomi semasa. Bagi kaedah tradisional, kajian melihat kepada penilaian prestasi keuntungan RHB Bank Berhad dilakukan dengan menggunakan nisbah kewangan.

Kaedah nisbah kewangan ini digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan, dan keberuntungan RHB Bank Berhad. Kaedah ini dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan beberapa tempoh tertentu. Pengukuran kawalan perbelanjaan dan risiko kecairan juga dilihat dalam kajian ini sebagai sebahagian daripada kaedah menilai kedudukan kewangan bank. Di samping itu, indeks transformasi juga melihat kepada pengukuran saiz secara relatif dan kecekapan sektor perbankan.

4.2 PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI NISBAH KEWANGAN RHB BANK BERHAD

4.2.1 Pulangan Atas Ekuiti (ROE)

Nisbah ROE ini mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi setiap Ringgit Malaysia (RM) yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Kaedah ini membandingkan untung bersih RHB Bank Berhad dan jumlah ekuiti. Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang

(35)

26 tinggi. Nisbah ini menunjukkan bagaimana cekap eksekutif-eksekutif dan pekerja- pekerja bank untuk mendapatkan pulangan yang tinggi kepada pemilik bank.

4.2.2 Pulangan Atas Aset (ROA)

Nisbah ROA pula mengukur kadar keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan ke atas aset. Kaedah ini menunjukkan kecekapan RHB Bank Berhad di dalam pelaburan aset. Nilai ROA yang semakin tinggi menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi adalah sangat tinggi.

4.2.3 Pulangan Atas Deposit (ROD)

Nisbah ROD mengukur jumlah keuntungan bersih atas jumlah deposit. Kecekapan dalam pengurusan bank berlaku sekiranya kemampuan penukaran setiap ringgit deposit kepada keuntungan adalah tinggi.

4.3 PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAWALAN PERBELANJAAN RHB BANK BERHAD

4.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset

Nisbah ini merupakan item perbelanjaan yang dipindahkan kepada semua jumlah dana yang diperlukan bank bagi menutupi kerugian bersih. Nisbah ini menunjukkan semakin tinggi nisbah maka semakin rendah keuntungan. Jika peruntukan adalah tinggi, maka ia mengurangkan pendapatan bersih. Peruntukan yang tinggi relatif kepada jumlah aset bererti sesebuah bank telah menghadapi kerugian luar biasa untuk saiz bank.

(36)

27 4.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan

Nisbah ini membandingkan pinjaman bersih benar yang dikenakan untuk satu tahun kepada jumlah aset. Kerugian pinjaman bersih adalah berlainan daripada peruntukan kerana ini adalah kehilangan jumlah sebenar manakala peruntukan-peruntukan adalah satu anggaran. Nisbah ini menyatakan bahawa keuntungan adalah rendah apabila nisbah adalah tinggi.

4.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset

Perbelanjaan overhead utama adalah gaji dan faedah kepada pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja. Perbelanjaan ini juga dikaitkan dengan pemilikan bangunan dan harta- harta tetap dan sejumlah besar kos bukan faedah lain seperti bekalan-bekalan, penyenggaraan, dan sebagainya. Belanja-belanja kakitangan adalah sebahagian besar daripada jumlah perbelanjaan overhead. Nisbah ini menyatakan bahawa nisbah yang tinggi membawa kepada keuntungan yang rendah.

Ketiga-tiga nisbah di atas adalah untuk menjawab persoalan “adakah bank memperoleh keuntungan atau tidak beruntung”.

4.4 PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI RISIKO KECAIRAN 4.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit

Pinjaman adalah instrumen kewangan khusus yang sukar dijual dan tidak cair. Pinjaman biasanya merupakan aset yang tidak cair berbanding aset-aset lain yang dipunyai oleh

(37)

28 bank. Sekiranya nisbah ini adalah rendah maka ia menunjukkan bahawa tahap kecairan adalah tinggi. Nisbah ini akan dianggap tinggi sekiranya melebihi 80%.

4.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset

Deposit teras lebih stabil dan mungkin kurang untuk bergerak keluar daripada bank dengan cepat. Nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan adalah tinggi.

4.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek

Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek adalah seperti nisbah semasa untuk sesebuah bank. Aset jangka pendek akan dapat ditukar dengan cepat ke dalam bentuk tunai untuk memenuhi tanggungan jangka pendek. Oleh itu, nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan juga adalah tinggi.

(38)

29 BAB LIMA

ANALISIS DAPATAN

5.1 PENCAPAIAN KEWANGAN TAHUN 2008

Berteraskan kepada motto “Your Partner for Growth”, Kumpulan Perbankan RHB kini muncul sebagai institusi kewangan keempat terbesar di Malaysia dengan RHB Capital Berhad tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia di bawah kategori Sektor kewangan.

Di bawah struktur korporat yang baru (dilaksanakan pada pertengahan 2007), pengurusan teras perniagaan (core businesses) adalah berdasarkan empat unit strategi perniagaan (SBU) yang berjaya membawa Kumpulan Perbankan RHB muncul sebagai antara institusi perbankan terbaik negara pada tahun 2008.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2008, Kumpulan Perbankan RHB berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan pengurusan aset berbanding tahun sebelumnya.

Pengukuhan ini dapat diukur dengan peningkatan perolehan untung sebelum cukai sebanyak 25 peratus, iaitu daripada RM1,137 juta kepada RM1,422 juta. Biarpun kutipan hasil operasi menurun sebanyak RM156 juta, namun peningkatan dalam keuntungan tersebut jelas menunjukkan pengurusan kewangan yang cekap telah dilaksanakan. Selaras dengan peningkatan keuntungan yang diperolehi, pemegang ekuiti juga menerima peningkatan agihan kepada RM1,049 juta berbanding RM713 juta pada tahun 2007.

(39)

30 Jumlah aset Kumpulan Perbankan RHB pada tahun 2008 dicatat sebanyak RM104,533 juta. Sumber aset ini diperolehi daripada pinjaman (58 peratus), sekuriti (20.2 peratus), tunai dan dana jangka pendek (13.7 peratus) dan lain-lain. Sebaliknya, jumlah liabiliti yang ditanggung adalah RM96,692 juta dengan sumbangan terbesar adalah daripada deposit pelanggan iaitu sebanyak RM73,962 atau 70.8 peratus daripada keseluruhan liabiliti.

Selain itu, peningkatan juga boleh dilihat dari sudut nisbah keuntungan. Pulangan bersih ke atas purata ekuiti adalah sebanyak 14.1 peratus berbanding 11.9 peratus pada tahun 2007. Manakala pulangan bersih ke atas purata aset meningkat daripada 0.7 peratus (2007) kepada 1.0 peratus (2008). Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa Kumpulan Perbankan RHB mempunyai daya saing yang jitu walaupun ketika negara dan dunia menghadapi situasi ekonomi yang agak suram.

Rajah 5.1 menunjukkan pencapaian Kumpulan Perbankan RHB bagi tempoh kewangan 2004 hingga 2008. Jumlah keuntungan sebelum cukai meningkat dari tahun ke tahun secara purata pada kadar sekitar 30 peratus. Sebagai contoh, jumlah keuntungan sebelum cukai pada tahun 2007 ialah RM1,137 juta, telah meningkat kepada RM1,422 juta pada tahun 2008. Begitu juga, peningkatan berlaku dalam jumlah aset sehingga tahun 2007 dan sedikit penurunan (0.5 peratus) pada tahun 2008.

(40)

31 Rajah 5.1: Jumlah Aset dan Untung Sebelum Cukai RHB Group 2004-2008

717

579

830

1137

1422

0 20000 40000 60000 80000 100000 120000

2004 2005 2006 2007 2008

Tahun

Aset

0 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600

RM juta

Untung

Jumlah aset Untung sebelum cukai

Rajah 5.2 pula menunjukkan jumlah liabiliti yang dimiliki Kumpulan Perbankan RHB bagi tempoh yang sama. Dari tahun 2004, jumlah liabiliti menunjukkan tren yang meningkat sehinggalah tahun 2008. Walaupun begitu, peratus peningkatannya adalah sangat kecil. Rajah 5.2 juga menunjukkan deposit pelanggan sebagai sumber utama liabiliti di mana sepanjang tempoh tersebut deposit pelanggan menyumbang lebih 50%

dan sumbangan tersebut semakin besar dari tahun ke tahun.

(41)

32 Rajah 5.2: Jumlah Liabiliti dan Deposit Pelanggan Bagi Tempoh 2004-2008

0 20000 40000 60000 80000 100000

RM juta

20042005200620072008

Tahun

Jumlah Liabiliti Deposit Pelanggan

Merujuk kepada Jadual 5.1, RHB Capital Berhad selaku induk bank RHB telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1,422 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, meningkat 25% berbanding kepada RM1,137 juta yang tercatat dalam tahun kewangan sebelum ini (2007). Kalau diperhatikan tren dari tahun 2004 hingga 2008, kita dapati keuntungan RHB Capital Berhad (secara kumpulan) telah meningkat sebanyak 197% berbanding kepada RM478 juta yang tercatat dalam tahun kewangan 2004. Ini merupakan pencapaian yang amat memberansangkan dan menunjukkan satu prestasi yang terus meningkat di dalam menyaingi bank-bank perdagangan yang lain di Malaysia.

(42)

33 Jadual 5.1: Keuntungan Tahunan Kumpulan Perbankan RHB dan Tren ROE

2004 2005 2006 2007 2008

Keuntungan sebelum cukai 478 579 830 1,137 1,422

Keuntungan bersih 295 316 438 713 1,049

Perlindungan kerugian pinjaman (%)

64.1 63.2 63.9 71.4 90.3

Nisbah NPL bersih (%) 6.0 5.1 4.6 3.4 2.2

Jumlah Aset (juta) 82, 137 89,898 103, 310 105,154 104,533 Pinjaman, Pembiayaan dan

pendahuluan (juta)

43,912 48,359 53,393 54,555 60,596

Deposit Pelanggan (juta) 50,167 49,921 57,526 75,793 73,962 Nisbah kos kepada

pendapatan (%)

51.1 49.2 44.5 44.4 43.9

ROE (%) 7.3 7.3 9.3 11.9 14.1

Sumber: Laporan Tahunan RHB Capital Berhad dari tahun 2004- 2008

Untung bersih telah meningkat sebanyak 47% atau RM335.8 juta kepada RM1,049 juta berbanding RM713 pada tahun 2007. Pembelian balik kepentingan minoriti dalam RHB Bank Berhad (RHB Bank) pada 2007 menyumbang kepada satu peningkatan tambahan untuk keuntungan bersih kumpulan.

Pada 31 Disember 2008, kualiti aset menerusi nisbah non-performance loan (NPL) bersih juga telah meningkat kepada 2.24% (2008) daripada 6.0% pada 31 Disember 2004. Manakala Perlindungan kerugian pinjaman meningkat dengan jelas kepada 90%

daripada 71% pada 31 Disember 2007. Keadaan ini terjadi kerana elaun lebih tinggi

(43)

34 untuk kerugian ke atas pinjaman, dan pembiayaan lebih cermat dibuat dalam jangkaan kemerosotan. Kualiti aset yang merosot ini boleh disebabkan oleh ekonomi global yang perlahan, serta belanja operasi lain yang lebih tinggi.

Jumlah aset yang dimiliki oleh RHB capital Bhd menunjukkan peningkatan sebanyak 23,017 juta dari tahun 2004 hingga 2007. Namun begitu tren peningkatan ini telah menurun sebanyak 621 juta (bersamaan -0.59%) pada 31 Disember 2008. Seterusnya bagi pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan pula didapati sepanjang tempoh tahun 2004 hingga 2008 menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 37.9% (bersamaan 16,684 juta). Jumlah deposit pelanggan pada 31 Disember 2008 menunjukkan penurunan sebanyak 2% kepada RM74 juta berbanding RM76 juta pada 31 Disember 2007.

Pulangan pemegang saham menerusi petunjuk ROE telah meningkat sebanyak 2.2%

daripada 11.9% (2007) kepada 14.1% (2008). Diperhatikan keseluruhan tren dari tahun 2004 hingga 2008 menunjukkan peningkatan walaupun pada tahun 2004 dan 2005 ia mempunyai nilai peratus yang sama iaitu 7.3%.

(44)

35 Jadual 5.2: Produktiviti Kumpulan Perbankan RHB

Indikator 2007 2008

Produktiviti Kakitangan Hasil (Pendapatan) per kakitangan 638 608

Hasil Aset Margin faedah bersih (%) 2.46% 2.63%

Kecekapan Kos Nisbah kos kepada pendapatan (%) 44% 44%

Sumber: Laporan Tahunan RHB Capital Berhad, 2007- 2008

Dalam Jadual 5.2, Produktiviti diperjelaskan menerusi produktiviti kakitangan, hasil aset dan kecekapan kos. Didapati pendapatan per kakitangan untuk produktiviti kakitangan menurun sebanyak 30 iaitu 638 bagi tahun 2007 kepada 608 pada tahun 2008. Seterusnya hasil aset menerusi margin faedah bersih telah meningkat daripada tahun 2007 kepada tahun 2008 sebanyak 0.17% iaitu daripada 2.46% pada tahun 2007 kepada 2.63% pada tahun 2008. Kecekapan kos pula didapati tidak mengalami apa-apa perubahan iaitu nisbah kos kepada pendapatan kekal kepada 44% dari tahun 2007 kepada tahun 2008.

(45)

36 5.2 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI NISBAH

KEWANGAN RHB BANK BERHAD 5.2.1 Pulangan Atas Aset (ROA)

Sesebuah bank dikatakan mempunyai pencapaian yang baik apabila nisbah pulangan atas aset (ROA) menjadi semakin tinggi. Semakin tinggi nisbah ROA yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut.

Rajah 5.3: Aliran ROA, 1997 – 2008.

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

Dalam Rajah 5.3, aliran ROA bagi RHB Bank Berhad menunjukkan kejatuhan, iaitu daripada 7.69% pada tahun 1997 kepada -7.6% pada tahun 1998. Walaubagaimana pun, aliran ROA mulai mengalami peningkatan kembali pada tahun 1999 hingga 2001. ROA

(46)

37 pada tahun 1999 ialah -3.026%, meningkat kepada 0.75% pada tahun 2001. Selepas tahun 2001, aliran ROA ini telah menunjukkan perubahan dengan kadar yang amat kecil sekali, iaitu di antara 0.26% dan 0.45%. Dari tahun 2007 hingga 2008, tren ROA menunjukkan peningkatan dari 0.75% ke 1.11%. Dapat disimpulkan bahawa RHB Bank Berhad mempunyai pencapian yang baik kerana nisbah ROA menjadi semakin tinggi.

Diketahui semakin tinggi nisbah ROA yang diperolehi, maka semakin tinggi keuntungan bank tersebut.

5.2.2 Pulangan Atas Ekuiti (ROE)

Sekiranya Pulangan Atas Ekuiti (ROE) bagi sesebuah bank adalah tinggi, ini dapat menunjukkan bahawa bank tersebut memperolehi pulangan yang tinggi ke atas modal ekuiti dan sebaliknya.

Aliran ROE dalam Rajah 5.4 menunjukkan penurunan pada tahun 1998 dan 1999 iaitu kepada -0.14% dan -0.19%. Aliran tren ROE ini telah menunjukkan peningkatan dari tahun 200 ke tahun 2007 iaitu dari 0.01% kepada 15.41%. Namun begitu pada tahun 2002 dan 2005, ROE telah mengalami sedikit kejatuhan. Sekali lagi ROE ini telah mengalami penurunan sedikit iaitu sebanyak 14.94% pada tahun 2008. Rumusan yang boleh dibuat di sini bahawa pada kedudukan ROE bank yang tinggi, ia menunjukkan bahawa RHB Bank Berhad ini memperolehi pulangan yang tinggi ke atas modal ekuiti.

Namun begitu berlaku juga keadaan RHB Bank Berhad mempunyai ROE yang rendah di mana bank hanya memperolehi pulangan yang rendah ke atas modal ekuiti.

(47)

38 Rajah 5.4: Aliran ROE, 1997 – 2008.

__________________________________________________________

_______________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.2.3 Pulangan Atas Deposit (ROD)

Kecekapan dalam pengurusan bank berlaku sekiranya kemampuan penukaran setiap ringgit deposit kepada keuntungan adalah tinggi. Berdasar Rajah 5.5, aliran Pulangan Atas Deposit (ROD) didapati menurun dalam tahun 1998 iaitu -0.008% , begitu juga dalam tahun 1999 iaitu -0.007%. Aliran ROD ini meningkat semula dari tahun 2000 hingga tahun 2008. Kecekapan dalam pengurusan RHB Bank Berhad ini berlaku kerana pihak bank berkemampuan melakukan penukaran setiap ringgit deposit kepada keuntungan yang tinggi. Dibandingkan Rajah 5.3 dengan Rajah 5.5 didapati ROA

(48)

39 mempunyai hubungan yang positif dengan ROD. Semakin tinggi nilai ROA, maka semakin tinggi juga nilai ROD.

Rajah 5.5: Aliran ROD, 1997 – 2008.

___________________________________________________________

__________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.3 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAWALAN PERBELANJAAN RHB BANK BERHAD

Bahagian ini membincangkan pengukuran perbelanjaan RHB Bank Berhad memfokuskan kepada pinjaman dan kerugian/purata jumlah aset, kerugian pinjaman bersih/purata jumlah pinjaman dan pajakan, dan jumlah perbelanjaan overhead/jumlah aset.

(49)

40 5.3.1 Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset

Nisbah ini menunjukkan semakin tinggi nisbah maka semakin rendah keuntungan.

Sekiranya peruntukan tinggi, ia akan mengurangkan pendapatan bersih. Peruntukan yang tinggi relatif kepada jumlah aset bererti sesebuah bank telah menghadapi kerugian luar biasa untuk saiz bank. Rajah 5.5 menunjukkan tren nisbah pinjaman dan kerugian pajakan/purata jumlah aset meningkat dari tahun 2003 ke tahun 2004. Namun begitu nisbah ini jatuh dengan kadar yang besar pada tahun 2004 hingga 2005 iaitu daripada 10.03% kepada 5.07%. Dalam tahun 2006 nisbah ini telah meningkat kembali kepada 8.011%. Dari tahun 2007 hingga 2008 didapati nisbah ini telah menurun dari 6.02% ke 5.09%.

Rajah 5.5: Pinjaman dan Kerugian Pajakan/Purata Jumlah Aset, 2003 – 2008.

_______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

(50)

41 Menerusi tren aliran nisbah ini jelas menunjukkan bahawa nisbah semakin rendah maka keuntungan mulai meningkat. Dengan ini dapat dikatakan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungan menerusi kawalan perbelanjaannya.

5.3.2 Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan

Nisbah ini membandingkan pinjaman bersih benar yang dikenakan untuk satu tahun kepada jumlah aset. Nisbah ini menyatakan bahawa keuntungan adalah rendah apabila nisbah adalah tinggi. Rajah 5.6 menunjukkan nisbah kerugian pinjaman bersih/purata jumlah dan pajakan dari tahun 2003 hingga 2008. Nisbah ini menurun daripada tahun 2003 hingga 2005 iaitu daripada 0.108% hingga 0.072%, namun ia kembali meningkat kepada 0.092% pada tahun 2006. Nisbah ini didapati mulai menurun pada tahun 2007 dan 2008 iaitu 0.057% dan 0.055%. Secara keseluruhan nisbah ini menunjukkan nilai yang rendah maka boleh dikatakan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungannya.

5.3.3 Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset

Nisbah jumlah perbelanjaan overhead/jumlah aset menyatakan bahawa nisbah yang tinggi membawa kepada keuntungan yang rendah. Rajah 5.7 jelas menunjukkan tren nisbah yang menurun dari tahun 2003 hingga 2008. Jadi ini menjelaskan bahawa RHB Bank Berhad mampu meningkatkan keuntungannya

(51)

42 Rajah 5.6: Kerugian Pinjaman Bersih/Purata Jumlah Pinjaman dan Pajakan, 2003 – 2008.

_________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

Rajah 5.7: Jumlah Perbelanjaan Overhead/Jumlah Aset, 2003 – 2008.

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 2003 – 2008

(52)

43 5.4 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI RISIKO

KECAIRAN

Bahagian analisis ini membincangkan pengukuran risiko kecairan RHB Bank Berhad memfokuskan kepada pinjaman dan pajakan bersih/deposit, deposit teras/jumlah aset, dan aset jangka pendek/tanggungan jangka pendek.

5.4.1 Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit

Pinjaman biasanya merupakan asset yang tidak cair berbanding aset-aset lain yang dipunyai oleh bank. Sekiranya nisbah ini adalah rendah maka ia menunjukkan bahawa tahap kecairan adalah tinggi. Rajah 5.8 menunjukkan tren nisbah ini menurun dari tahun 1997 hingga 2008 iaitu daripada sekitar 1.5% kepada 0.95%. Ini jelas menerangkan bahawa tahap kecairan aset pinjaman dan pajakan bersih RHB Bank Berhad adalah tinggi. Kecairan yang tinggi ini mampu meningkatkan keuntungan bank.

(53)

44 Rajah 5.8: Pinjaman dan Pajakan Bersih/Deposit, 1997 – 2008.

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.4.2 Deposit Teras/Jumlah Aset

Deposit teras lebih stabil dan mungkin kurang untuk bergerak keluar daripada bank dengan cepat. Nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan adalah tinggi. Rajah 5.9 menunjukkan tren nisbah deposit teras/jumlah aset RHB Bank Berhad sepanjang tahun 1997 hingga 2008. Nisbah tersebut didapati meningkat dari tahun 1997 hingga 2003, tetapi mengalami penurunan dari tahun 2004 hingga 2005. Dalam tahun 2006 hingga 2007, nisbah ini mengalami kenaikan semula tetapi mengalami kejatuhan semula pada tahun 2008. Namun begitu keseluruhan nisbah ini adalah tinggi dan ia menjelaskan bahawa kecairan RHB Bank Berhad adalah tinggi.

(54)

45 Rajah 5.9: Deposit Teras/Jumlah Aset, 1997 – 2008.

_______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.4.3 Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek

Rajah 5.10 menunjukkan tren nisbah aset jangka pendek/tanggungan jangka pendek dari tahun 1997 hingga 2008. Nisbah ini menjelaskan bahawa aset jangka pendek akan dapat ditukar dengan cepat ke dalam bentuk tunai untuk memenuhi tanggungan jangka pendek. Oleh itu, nisbah yang tinggi menunjukkan bahawa kecairan juga adalah tinggi.

Dari tahun 1997 hingga tahun 2002 didapati nisbah ini meningkat dari 0.97% kepada 1.12%. Manakala dari tahun 2002 hingga 2004 nisbah tersebut mengalami penurunan kepada 1.058% (2004). Nisbah tersebut dapat ditingkatkan semuala dari tahun 2004 hingga 2008 kepada 1.06%. Peningkatan dalam nisbah ini jelas menunjukkan bahawa

(55)

46 kecairan aset jangka pendek RHB Bank Berhad tinggi dan ini menggalakkan pihak bank membuat keuntungan.

Rajah 5.10: Aset Jangka Pendek/Tanggungan Jangka Pendek, 1997 – 2008.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Sumber: Laporan Tahunan RHB Bank Berhad dari tahun 1997 – 2008

5.5 ANALISIS PENGUKURAN TRANSFORMASI MELALUI KAKITANGAN

Kakitangan RHB Bank Berhad terus komited untuk menerima perubahan dan menyediakan masa depan yang teguh bagi RHB Bank dan membolehkan RHB Bank menyesuaikan diri dengan arus perubahan. Kakitangan RHB Bank telah menetapkan satu hala tuju dengan membentuk satu wawasan baru iaitu untuk menjadi syarikat perkhidmatan kewangan yang paling dikagumi di Malaysia. Mereka kini membentuk

(56)

47 semula corak pemikiran dan menjadi semakin bersedia menerima perubahan dan teknologi. Mereka telah menukar pendekatan pasaran mereka kepada satu model perniagaan baru yang didorong oleh keperluan untuk meningkatkan penjualan silang produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan lagi masa maklum balas dan penyerahan kepada pelanggan, yang mana akan menghasilkan perolehan dan keuntungan lebih tinggi serta ekuiti jenama. RHB Bank adalah mengenai insan maka Program Transformasi Sumber Manusia memupuk perubahan pemimpin di dalam organisasi ini secara kepimpinan dan insentif. Budaya korporat RHB Bank Berhad kini sedang mengalami perubahan dramatik dengan penerimaan satu suasana pembelajaran yang terbuka dan inovatif.

Kakitangan telah mengemudi syarikat ini melalui detik-detik yang manis dan paling pahit iaitu ketika negara mengalami krisis kewangan Asia. Walau bagaimana pun, strategi perniagaan RHB Bank Berhad dan awasan mereka yang dikongsi bersama tidak pernah goyah walau sedikit pun di sepanjang tempoh yang penuh cabaran ini.

Sebaliknya, mereka menganggap setiap cabaran itu sebagai satu peluang untuk terus maju ke hadapan dan mendahului pesaing-pesaing mereka. Mereka telah menggunakan kepelbagaian sebagai satu peluang untuk berkembang dan mengambil manfaat dari pengalaman mereka.

Kakitangan Kumpulan RHB yang seramai 10,000 orang telah membina rangka minda yang bercirikan transformasi dan kini berupaya bukan sahaja untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut arus perubahan, tetapi juga dapat menerajui arus perubahan.

Referensi

Dokumen terkait

Tahapan selanjutnya dari feature selection adalah proses feature extraction atau ekstraksi ciri dari sebuah file pupuh sekar alit untuk menemukan ciri yang digunakan

(1) Pelayanan kesehatan gigi dan mulut sebagaimana dimaksud dalam Pasal 13 ayat (1) huruf i, dilakukan untuk memelihara dan meningkatkan derajat kesehatan masyarakat dalam

Ko Kalau kamu sudah tahu akibatnya jika kamu terus memiliki sikap temperamental dan akibatnya adalah akan merugikan kamu sendiri dan orang-orang yang ada di sekelilingmu

Selanjutnya pada stabilitas saham individual pada tahun 2012 sampai dengan tahun 2014 jika dilihat dari hasil pengujian korelasi terdapat kecenderungan menurunnya

Sehingga dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh yang signifikan pada pemberian kinesio taping pada kompres hangat terhadap aktivitas fungsional pada dismenore antara

dan akhir penelitian menunjukkan bahwa terdapat perbedaan yang sangat nyata terhadap kandungan logam berat Merkuri (Hg) pada awal dan akhir penelitian

 Alkohol dapat digunakan untuk membersihkan kulit sebelum injeksi.  Gel Alkohol digunakan untuk

Tuntutan perusahaan terhadap kinerja keuangan yang terbaik adalah untuk menjaga ekstensi atau kelangsungan operasional perusahaan,kinerja yang baik dapat dilihat dari