• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah

Dalam dokumen Modul Prinsip Perakaunan 2010[1] (Halaman 94-107)

TAJUK 14 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN

15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 88

Contoh :

Gemilang Enterprise menjalankan perniagaan runcit. Berikut merupakan maklumat yang dipetik daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2009 RM Stok 1 Januari 2009 22 000 Stok 31 Disember 2009 18 000 Penghutang 16 000 Bank 20 000 Pemiutang 18 000 Pinjaman 10 000 Kenderaan 20 000 Kos jualan 25 000 Jualan kredit 40 000 Hitungkan:

(i) Nisbah Semasa

(ii) Nisbah Ujian Mampu

(iii) Nisbah Ujian Asid

Nisbah Semasa = Aset Semasa

Liabiliti Semasa

= RM36 000 RM18 000

= 2 : 1

Tafsiran : Ini bererti firma mempunyai RM2 aset semasa dapat membiayai

setiap RM1 liabiliti semasa.

Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti Jumlah Aset

= RM28 000 RM74 000

= 0.37 : 1

Tafsiran : Ini bererti firma mampu membiayai RM0.37 liabiliti bagi setiap RM1 aset yang dimiliki.

Nisbah Ujian Asid = Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir Jumlah Liabiliti Semasa

= RM54 000 – RM18 000 RM18 000

= 2 : 1

Tafsiran : Ini bererti firma itu mempunyai kemampuan RM2 untuk membiayai setiap RM1 hutang jangka pendek yang ditanggungnya.

(iii) Nisbah Kecekapan

Nisbah kecekapan menunjukkan kecekapan pihak pengurusan firma dari segi pengurusan stok. Di antara nisbah yang digunakan untuk mengukur kecekapan ialah:

• Tempoh kutipan dan pembayaran hutang

Nisbah ini menunjukkan tempoh purata yang diambil oleh firma untuk mengutip hutang. Untuk mendapatkan tempoh kutipan, kadar pusing ganti penghutang perlu dicari terlebih dahulu. Kadar pusing ganti penghutang menunjukkan berapa kali kutipan dibuat dalam sesuatu tempoh kewangan.

Kadar pusing ganti penghutang = Jualan kredit

Purata penghutang bersih

Purata penghutang = baki penghutang awal + baki penghutang akhir

2

Tempoh kutipan dan = 365

Pembayaran hutang Pusing ganti penghutang

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 90

Contoh:

Pusing ganti penghutang = 40 000 16 000

= 2.5 kali

Tempoh kutipan dan pembayaran hutang = 365 2.5

= 146 hari

Tafsiran : Hutang dapat dikutip setiap 146 hari.

LATIHAN

A Soalan Objektif

1. Apakah kegunaan kadar pusing ganti stok?

A. Untuk mengukur keadaan sesebuah firma. B. Untuk mengukur kecekapan pengurusan stok.

C. Untuk memudahkan perancangan dan kawalan aktiviti perniagaan.

D. Untuk mengetahui pelaburan dalam sesebuah firma membawa keuntungan atau kerugian.

2. Mengapa nisbah perlu ditafsir dan dibandingkan dengan firma lain?

A. Untuk melihat firma yang mana mempunyai banyak pesaing. B. Untuk memberi gambaran kedudukan kewangan firma. C. Untuk melihat keupayaan firma mengaut keuntungan. D. Untuk menunjukkan prestasi jualan perniagaan.

Soalan 3 hingga 5 berdasarkan butir-butir daripada maklumat perakaunan Syarikat Salju. RM Stok 1 Jun 2008 5 300 Stok 30 Jun 2009 4 200 Belian 32 800 Jualan 56 800 Pulangan Jualan 550

3. Hitungkan kos jualan Syarikat Salju

A. RM11 500 B. RM19 260 C. RM33 900 D. RM37 020

4. Berapakah untung kasar Syarikat Salju bagi tahun berakhir 30 Jun 2009?

A. RM21 520 B. RM22 350 C. RM23 760 D. RM26 000

5. Hitungkan kadar pusing ganti stok Syarikat Salju

A. 6.39 kali B. 7.14 kali C. 7.71 kali D. 8.07 kali Jawapan 1. B 2. B 3. C 4. B 5. B

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 92

B Soalan subjektif

1. Apakah maksud nisbah kecairan?

2. Nyatakan rumus bagi setiap nisbah yang berikut: (a) Nisbah Ujian Mampu

(b) Nisbah Ujian Asid (c) Kadar Pusing Ganti Stok

3. Puan Rahimah ialah seorang peniaga pinggan mangkuk. Berikut ialah butir-butir yang diperoleh daripada buku akaun perniagaan Puan Rahimah pada 31 Disember 2009. RM Stok Akhir 20 000 Aset Semasa 48 000 Liabiliti Semasa 12 000 Jumlah Liabiliti 38 000 Jumlah Aset 76 000

Anda dikehendaki mengira:

(a) Nisbah Semasa (b) Nisbah Ujian Mampu

Jawapan: (a) 4 : 1 (b) 0.5 : 1

4. Cik Zurina menjalankan perniagaan pembekal kerongsang di bandar Muar. Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaannya pada 31 Disember 2009.

RM Jualan kredit 120 000 Kos Jualan 90 000 Penghutang 25 000 Stok Awal 10 000 Stok Akhir 18 000 Pemiutang 20 000

Anda dikehendaki mengira: (a) Kadar pusing ganti stok

(b) Tempoh kutipan dan pembayaran hutang

Jawapan : (a) 6.43 kali (b) 76 hari

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 94

5. Perniagaan Seri Ipoh menjalankan perniagaan tudung. Maklumat berikut diperoleh daripada buku akaunnya pada 31 Oktober 2009. Jualan tunai sepanjang tempoh perniagaan ialah RM410.

Perniagaan Seri Ipoh

Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2009

RM RM

Jualan 29 410 Tolak Kos jualan

Stok awal 2 650 Belian 22 100 Kos barang dijual 24 750 Tolak Stok akhir 2 810

Kos jualan 21 940 Untung kasar 7 470 Tambah Sewa diterima 1 960

9 430 Tolak Gaji 3 080

Untung bersih 6 350

Perniagaan Seri Ipoh Kunci Kira-Kira pada 31Oktober 2009 Aset Bukan Semasa

Premis 82 000 Kenderaan 37 000 Perabot 8 200 127 200 Aset Semasa Stok Akhir 2 810 Penghutang 4 360 7 170 Liabiliti Semasa Pemiutang 1 710 Overdraf bank 950 Sewa Terakru 690 3 350 Modal kerja 3 820 131 020 Ekuiti pemilik Modal Awal 62 220 Tambah Untung bersih 6 350

68 570

Liabiliti Bukan Semasa

Pinjaman 62 450

131 020 Anda dikehendaki menghitung:

(a) Nisbah Semasa (b) Nisbah Ujian Mampu (c) Nisbah Ujian Asid (d) Kadar Pusing ganti Stok

(e) Tempoh kutipan dan pembayaran hutang

Jawapan

(a) 2.14 : 1 (b) 0.49 : 1 (c) 1.3 : 1 (d) 8 kali (e) 55 hari

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 96 Jalan kerja

3. (a) Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa = RM 48 000 RM 12 000 = 4 : 1

(b) Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset = RM38 000 RM76 000

= 0.5 : 1 4. (a) kadar pusing ganti stok = Kos Jualan Stok Purata = RM90 000 RM 14 000 = 6.43 kali Atau = 365 6.42 = 57 hari

(b) Kadar Pusing Ganti Penghutang = Jualan kredit

Purata penghutang bersih = RM120 000

RM25 000 = 4.8 kali

365 hari Tempoh kutipan dan pembayaran hutang =

4.8 kali = 76 hari

5. (a) Nisbah semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa = RM7 170 RM3 350 = 2.14 : 1

(b) Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti Jumlah Aset

= RM65 800 RM134 370 = 0.49 : 1

(c) Nisbah Ujian Asid = Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir Jumlah Liabiliti Semasa

= RM7 170 – RM2 810

RM3 350 = 1.3 : 1

(d) Kadar pusing ganti stok = Kos Jualan

Stok Purata = RM21 940

RM2 730

= 8 kali

(f) Kadar Pusing Ganti Penghutang = Jualan kredit

Purata penghutang bersih

= RM29 000

RM4 360

= 6.65 Tempoh kutipan dan pembayaran hutang = 365 hari 6.65 kali

= 55 hari

Abdul Rahman Hamzah (1998). Perakaunan Khusus. Piramid Perdana (M) Sdn. Bhd. 

 

Aini Hayati Mohamed dan rakan‐rakan ( 2005).Pra‐U Pengajian Perniagaan 2 STPM Matrikulasi.  Pearson Longman 

 

Colin Drury (1992). Management and Cost Accounting Third Edition. Chapman & Hall Ltd. 

 

Che Zuriana Muhammad Jamil dan rakan‐rakan ( 2002). Perakaunan Perniagaan . UUM Sintok   

Donald E. Kieso, Jerry J. Weygandt (1989). Intermediate Accounting. Wiley. 

 

Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki (2003). 

Prinsip Pengurusan Kewangan Edisi Ke‐2. Prentice Hall. 

 

Frank Wood, Alan Sangster (2007). Frank Wood’s Business Accounting 2. Prentice Hall Financial 

Times.   

Frank Wood (2000). Perakaunan Perniagaan bahagian 1 Edisi Ketiga. Longman 

 

Godfrey, Jayne M. (1992) Accounting Theory Fifth Edition, John Wiley & Sons Australia, Ltd. 

 

Hamzah Ismail ( 1989), Perakaunan Pertengahan Jld 1. UKM.   

Ismail bin Ab. Wahab, Faridah binti Ahmad, Azmi bin Abd. Hamid (2002). Prinsip Perakaunan  Tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Allwrite Sdn. Bhd. 

 

John R. Dyson (2007). Accounting for Non‐Accounting Students Seventh Edition. Prentice Hall 

Financial Times.  

 

Kamus Dewan Edisi Keempat  (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

 

Kamus Perakaunan (1991.  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

 

Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek, Baharudin Omar (2005). Rancangan Mengajar Prinsip  Perakaunan Tingkatan 5. Prentice Hall.  

 

Khalid Ismail, Mahadzir Hamid (2005). Perakaunan Awalan Edisi Kedua. Prentice Hall. 

 

Low Joon Yean (2003), Teks Lengkap STPM Perakaunan Kos Dan Pengurusan. Federal Publication . 

 

Loh Lan (2002). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Edusystem Sdn. Bhd. 

Prabir Das (2003). Perakaunan Kos Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 

 

Shaari Isa (1997). Perakaunan Teori Dan Praktis. Dewan Bahasa Dan Pustaka K.L.   

Weygandt Kreso Kell (1990). Accounting Principles. Wiley. 

 

Walter B. Meigs & Robert F. Meigs (1986). Financial Accounting Fifth Edition. Mc Graw Hill. 

 

Wan Madznah Wan Ibrahim, Zaleha Abdul Shukor  (2005). Perakaunan Kewangan  Sukatan   Pelajaran Terbaharu Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Edisi Kedua. Penerbit Fajar Bakti 

Sdn. Bhd.   

Wan Madznah Wan Ibrahim, Azizah Hj. Dolah, Kamarulbaraini Keliwon (2006). Perakaunan 

Pengurusan Sukatan  Pelajaran Terbaharu Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Edisi Kedua

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.   

Wan Madznah Wan Ibrahim, Zaleha Abdul Shukor (2000). Perakaunan Kewangan Matrikulasi  Sukatan Pelajaran Matrikulasi Kementerian Pendidikan. Penerbit Fajar Bakti. 

                 

Barisan panel penyediaan Buku Sumber P & P Prinsip Perakaunan:

1. Hjh Rafiah binti Abd. Razak JPN Perak

2. Zurina binti Mohamad Noh JPN WP K. Lumpur

3. Jamaluddin bin Abd. Kadir PPD Kuala Selangor

4. Kamarudin bin Buyong SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, K. Lumpur

5. Hjh. Rahimah binti Ibrahim SMK Seri Bintang Utara, K. Lumpur

6. Roslina binti Ismail SM Teknik Ipoh, Perak

7. Zumeme binti Mohamad SMK Gunung Rapat, Perak

8. Che Zuriyah binti Ismail SMK Air Kuning, Perak

9. Salwana binti Mohd Saad SMK (P) Kapar, Selangor

10. Azzah binti Mohamed Sallehuddin SM Teknik Kajang, Selangor

11. Abdul Nasir bin Asmaon SMK Gedangsa, Selangor

12. Shamsuddin bin Ghazali SMK St. Michael, Perak

13. Norizah binti Mohamed Ramli SMK Dato’ Hj. Abdul Wahab, Perak

14. Salmah binti Jumain SMK Ungku Aziz, Selangor

15. Kumara Kuru a/l Bangaro Govindasamy SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur

16. Saripah Ainon binti Saim SMK (A) Sultan Muhammad, Melaka

17. Siti Salwa binti Ahmad SMK Tinggi Perempuan, Melaka

18. Mageswaran a/l Veerasamy SMK Seri Garing, Selangor

19. Hjh Salina binti Kassim SMK Iskandar Shah, Perak

20. Hjh Fadilah binti Musa SMK Dato’ Hj. Kamaruddin, Selangor

21. Hjh. Shirine binti Shafie SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor

Proof Reading

22. Rohanah binti Kamaruddin SMT Dato Seri Mohd Zin, Alor Gajah,

Melaka

Dalam dokumen Modul Prinsip Perakaunan 2010[1] (Halaman 94-107)

Dokumen terkait