• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA

Dalam dokumen Modul Prinsip Perakaunan 2010[1] (Halaman 61-68)

Penerimaan dan Pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009 (Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009)

RM

Modal 38 800

PENERIMAAN

Pinjaman TEKUN 20 000

Jualan Hasil pertanian 13 800

Jualan Benih 1 700

Sewaan tapak 1 300

Jumlah Terimaan 36 800

Jumlah Modal dan Penerimaan 75 600

PEMBAYARAN:

Mesin dan peralatan 8 500

Belian benih 8 950

Input pertanian 9 800

Gaji dan upah 9 400

Penyelenggaraan 1 450

Kos angkutan 450

Pelbagai belanja 1 200

Jumlah Pembayaran 39 750

Baki akhir 35 850

Berdasarkan maklumat keputusan dijangkakan (belanjawan) dan keputusan sebenar yang telah diberikan maka Belanjawan tunai (jumlah besar 3 bulan) dan Varian boleh disediakan seperti berikut:

PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA

Belanjawan Tunai dan Varian bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009

BELANJAWAN SEBENAR VARIAN

RM RM JUM % +/-

Baki awal

PENERIMAAN:

Modal 38 800 38 800 0 0 tiada

Pinjaman TEKUN 20 000 20 000 0 0 Tiada

Jualan Hasil pertanian 12 000 13 800 1 800 15 +

Jualan Benih 2 200 1 700 500 22.7 -

Sewaan tapak 1 100 1 300 200 18.2 +

JUMLAH PENERIMAAN 74 100 75 600 1 500 2.02 +

PEMBAYARAN:

Mesin dan peralatan 7 200 8 500 1 300 18.1 +

Belian benih 6 950 8 950 2 000 28.8 +

Input pertanian 7 600 9 800 2 200 28.9 +

Gaji dan upah 9 400 9 400 0 0

Penyelenggaraan 1 600 1 450 150 9.4 - Kos angkutan 570 450 120 21.1 - Pelbagai belanja 1 180 1 200 20 1.7 + JUMLAH PEMBAYARAN 34 500 39 750 5 250 15.2 + LEBIHAN/ (KURANGAN) 34 500 35 850 1 350 3.9 + Baki akhir 39 600 35 850 3 750 9.5 _

Dari jadual belanjawan tunai di atas, varian positif (+) bagi item penerimaan menunjukkan kesan baik bagi perniagaan kerana berjaya menjana hasil penerimaan sebenar melebihi angka penerimaan yang dibelanjawankan. Manakala varian yang positif (+) bagi item pembayaran atau perbelanjaan menunjukkan kesan yang kurang baik bagi perniagaan kerana telah melebihi perbelanjaan yang dijangkakan.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 56 

Perhatikan juga varian bagi jumlah penerimaan (meningkat RM1 500) adalah (+) positif yang membawa maksud perniagaan berjaya menjana hasil penerimaan melebihi yang dijangka. Walau bagaimanapun varian bagi jumlah pembayaran yang menunjukkan varian positif (+) bermaksud telah berlaku peningkatan (RM5 250) dalam pembayaran . Bagi baki akhir pula, variannya negatif (-) dan ini menunjukkan baki akhir tunai adalah kurang daripada baki yang dijangkakan.

Info:

Daripada data Belanjawan dan Varian di atas, dapat dirumuskan seperti berikut:

KATEGORI ITEM KESAN VARIAN

Positif (+) Negatif (-)

Item Penerimaan Baik: penerimaan bagi item

berkenaan melebihi daripada yang dijangka

Kurang baik: penerimaan bagi item berkenaan kurang daripada yang dijangka

Jumlah Penerimaan Baik: Jumlah penerimaan

melebihi yang dijangka

Kurang baik: Jumlah penerimaan kurang daripada yang dijangka

Item Pembayaran Kurang baik: pembayaran bagi

item berkenaan melebihi angka yang dibelanjawankan

Baik: pembayaran bagi item berkenaan kurang daripada angka yang dibelanjawankan.

Lebihan Baik: Jumlah lebihan

adalah melebihi daripada angka yang dijangka

Kurang baik: Jumlah lebihan adalah kurang daripada angka yang dijangka

Baki akhir Baik: baki akhir tunai telah

melebihi baki yang dijangka

Kurang baik: baki akhir tunai adalah kurang daripada baki yang dijangka

LATIHAN

1. Terangkan maksud varian. 2. BELANJAWAN (Tempoh 6 bulan) KOS SEBENAR (Tempoh 6 bulan) RM RM PEMBAYARAN:

Gaji dan upah 36 000 39 600

Penyelenggaraan 9 600 8 544

Elektrik dan air 8 400 8 568

Berdasarkan jadual di atas, kirakan varian setiap satu item dalam angka dan peratus.

3. NSR Enterprise bercadang mengusahakan projek ternakan ikan dan udang harimau

dengan pelaburan tunai berjumlah RM8 000 sebagai modal. Projek tersebut meliputi aktiviti membeli dan menghasilkan benih ternakan dan juga menjual hasil ternakan. NSR Enterprise menjangkakan penerimaan dan pembayaran dalam perusahaannya untuk tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:

(i) Membuat pinjaman pertanian pada 5 November 2009 daripada AGRO BANK berjumlah RM12 000. Pinjaman dikenakan faedah 3% setahun secara rata dan perlu dibayar balik selama 5 tahun. Ansuran pinjaman bulanan berserta faedah akan mula dibayar pada bulan berikutnya.

(ii) Pada bulan ketiga, sebahagian benih ikan dan udang akan dijual dengan nilai RM1 500.

(iii) Sebuah kolam disewakan dengan kadar RM2 800 mulai Disember 2009. (iv) Kos yang perlu ditanggung dan dibayar dalam projek ini adalah:

a) Kos penyediaan 6 buah kolam dengan kos RM800 sebuah dibayar pada bulan Oktober 2009.

b) Belian benih induk ikan dan udang bagi bulan Oktober RM1 800 dan November RM1 200.

c) Belian alatan dan mesin pada bulan November RM2 300. d) Sewa bulanan tapak projek RM700 sebulan mulai Oktober.

e) Air dan elektrik RM400 bagi bulan Oktober dan November. Kos ini dijangka meningkat 10% pada bulan Disember.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 58 

f) Upah tiga orang pekerja RM600 seorang bagi bulan Oktober dan dijangka bertambah seorang lagi mulai bulan November dengan upah sebanyak RM250 sebulan.

g) Pelbagai belanja RM200 sebulan.

Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki:

(a) Menyediakan belanjawan tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009

(b) Mengira varian untuk upah dan kadar bayaran untuk tempoh 3 bulan sekiranya kos sebenar ialah RM4 100 untuk kedua-dua item bagi tempoh yang sama.

Jawapan

(a) Jumlah penerimaan: Okt. RM20 000; Nov. Tiada; Dis. RM4 300 dan Jumlah Besar untuk 3 bulan: RM24 300

Jumlah pembayaran: Okt. RM8 500; Nov. RM4 380; Dis. RM3 220 dan

Jumlah Besar untuk 3 bulan: RM18 400

(b) Jumlah jangkaan: upah dan kadar bayaran RM3 540 Varian dalam amaun : RM4 100 – RM3540) = RM560

Varian dalam peratus: RM560 ÷ RM3 540 = 15.82% (positif)

4. Pada 1 Januari 2010, NSR Enterprise telah menyemak buku perniagaan dan mendapati penerimaan (termasuk modal) dan kos sebenar bagi perniagaan untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:

Penerimaan dan Pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009: (Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009)

RM

Modal 8 000

PENERIMAAN

Pinjaman AGRO BANK 12 000

Jualan benih induk 1 950

Sewa kolam 2 660

PEMBAYARAN:

Ansuran pinjaman (pokok dan faedah) 2 060

Mesin dan peralatan 2 300

Belian benih induk 2 850

Sewa tapak 2 100

Kadar bayaran 1 426

Upah 2 760

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 60 

Berdasarkan belanjawan yang disediakan dalam soalan 4 dan juga maklumat sebenar di atas, anda dikehendaki melengkapkan jadual berikut:

(Catatan: pengiraan varian adalah berasaskan kepada angka belanjawan) NSR ENTERPRISE

BELANJAWAN DAN VARIAN

Bagi tempoh 3 bulan berakhir 31 Disember 2009

Butir Jumlah Dijangka Jumlah Sebenar VARIAN RM RM JUM % +/-

Modal/ Baki awal

PENERIMAAN: JUMLAH PENERIMAAN PEMBAYARAN: JUMLAH PEMBAYARAN LEBIHAN/ (KURANGAN) PENERIMAAN Baki Akhir

Dalam dokumen Modul Prinsip Perakaunan 2010[1] (Halaman 61-68)

Dokumen terkait