• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kawalan Dalam Penggajian

Dalam dokumen Modul Prinsip Perakaunan 2010[1] (Halaman 70-77)

TAJUK 9 : PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN

9.2 Kawalan Dalam Penggajian

Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Mengenalpasti dokumen pemberian kuasa penggajian.

• Menerangkan maksud kawalan dalam penggajian.

• Menjelaskan objektif dan kepentingan Kawalan Dalaman

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 64

 

Bidang Tugas Eksekutif Sumber Manusia :    1. Bertanggungjawab dalam merancang dan pengrekrutan :  - Temu duga, pengrekrutan, ujian, koordinasi pekerja sementara @ kontrak  2. Bertanggungjawab dalam merancang latihan :  - Orentasi, pengurusan prestasi, kemahiran, latihan, peningkatan produktiviti  3. Bertanggungjawab dalam menyimpan rekod peribadi:  - Sistem maklumat, rekod pekerja.  4. Bertanggungjawab dalam perancangan strategik :  - Membuat ramalan perancangan jumlah kakitangan syarikat untuk tahun  seterusnya berdasarkan keutuhan dan keperluan syarikat.  5. Bertanggungjawab dalam pampasan :  - Mentadbir gaji dan upah sama ada harian/bulanan  - Mereka bentuk kerja  - Bayaran insentif yang bersesuaian dengan keperluan syarikat  - Penilaian kerja   - Membuat caruman bulanan pekerja bagi KWSP dan PERKESO  - Menguruskan perkara yang berkaitan dengan pampasan KWSP dan PERKESO  sekiranya berkaitan.  Petikan surat pemberian kuasa

a) Pengiraan Gaji Kasar

Gaji kasar ialah gaji yang terdiri daripada gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, elaun perumahan, elaun sara diri (COLA), elaun dobi, elaun makan, elaun kritikal, elaun tanggungjawab dan lain-lain.

Gaji pokok ialah gaji sebenar yang ditawarkan kepada pekerja seperti dalam kontrak kerja. Elaun ialah faedah sampingan yang dibayar kepada pekerja yang diperuntukkan bagi sesuatu perjawatan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan tujuan menggalakkan tabungan sebagai jaminan hari tua pekerja. Caruman KWSP bagi setiap pekerja terdiri daripada dua bahagian iaitu caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan. Kadar caruman berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada polisi kerajaan. Kadar caruman terkini adalah sebanyak 12% bagi majikan dan 9% bagi pekerja yang berasaskan gaji pokok.

Contoh pengiraan potongan KWSP :

Salmah menerima gaji pokok sebanyak RM2 000 sebulan. Dia mencarum dalam KWSP sebanyak 9% sebulan dan majikannya mencarum 12%.

Caruman pekerja = RM2 000 x 9% = RM180 Caruman majikan = RM2 000 x 12% = RM240

Jumlah caruman KWSP bulanan = RM180 + RM240 = RM420

Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Mengenalpasti butiran yang menjadi sumber gaji.

• Menerangkan maksud gaji pokok, elaun, KWSP dan

PERKESO.

• Mengenalpasti butiran yang menyebabkan pengurangan

gaji.

• Menghitung gaji bersih.

• Merekod pembayaran gaji dalam lejar.

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 66

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ialah sebuah badan berkanun yang bertujuan untuk mentadbir skim keselamatan sosial dan

memberi perlindungan kepada pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti kemalangan semasa perjalanan, ilat dan kematian. Mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang mempunyai seorang atau lebih pekerja yang menerima gaji kurang daripada RM3 000, wajib mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO. Caruman PERKESO perlu dibayar oleh majikan dan pekerja (lihat jadual di bawah).

Perlindungan PERKESO adalah untuk pekerja warganegara Malaysia dan pemastautin tetap sahaja. Kategori pekerja yang dikecualikan daripada caruman PERKESO adalah seperti berikut :

• Kakitangan kerajaan

• Pekerja khidmat rumah

• Bekerja sendiri

• Pekerja asing

• Tuan punya dan pasangan syarikat persendirian atau perkongsian.

Laman web PERKESO :  http://www.perkeso.gov.my/ 

Petikan jadual caruman PERKESO

Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayarannya ialah

• Gaji pokok

• Kerja lebih masa

• Komisen

• Elaun insentif, elaun sara hidup

Caj perkhidmatan (service charge)

Contoh pengiraan gaji kasar :

Karen menerima gaji pokok sebanyak RM1 100 sebulan. Elaun sara hidup sebanyak RM200 dan elaun perumahan sebanyak RM250. Kirakan jumlah gaji kasar yang diterima oleh Karen.

Pengiraan : RM

Gaji pokok 1 100

Elaun sara hidup 200

Elaun perumahan 250

Gaji kasar 1 550

Caruman yang perlu dibayar oleh majikan kepada PERKESO ialah RM34.90, manakala caruman yang perlu dibayar oleh pekerja ialah RM7.75 (rujuk jadual)

b) Jenis-jenis Potongan dalam Penggajian

Jenis-jenis potongan dalam penggajian adalah seperti berikut:

i. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – caruman pekerja.

ii. Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) – Caruman pekerja. iii. Potongan Cukai Berjadual (PCB).

iv. Pinjaman perumahan.

v. Pinjaman kenderaan.

vi. Lain-lain

• Yuran Koperasi

• Pinjaman Koperasi

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 68

 

Menghitung Gaji Bersih

Gaji bersih ialah gaji kasar tolak dengan jumlah potongan gaji.

Gaji bersih = gaji kasar – jumlah potongan gaji Contoh pengiraan gaji bersih:

Ramesh menerima gaji pokok sebanyak RM2 300 sebulan. Dia juga menerima elaun sara hidup sebanyak RM250, elaun makan RM300 dan elaun dobi sebanyak RM50. Dia mencarum dalam KWSP sebanyak 9% dan membayar PERKESO sebanyak RM15 sebulan. Ramesh juga membayar pinjaman perumahan sebanyak RM750 dan yuran koperasi RM25.

Kirakan gaji bersih yang diterima oleh Ramesh.

Penerimaan

Gaji pokok 2 300.00

Elaun sara hidup 250.00

Elaun makan 300.00 Elaun dobi 50.00 2 900.00 Pembayaran KWSP (2 300 x 9%) 207.00 PERKESO 14.75 Pinjaman perumahan 750.00 Yuran koperasi 35.00 996.75

Jumlah gaji bersih : RM2 900 – RM996.75 = RM1 903.25

Info:

Potongan Cukai Berjadual PCB adalah satu mekanisma potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau kaedah-kaedah lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah LHDN. Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira.

Merekod Pembayaran Gaji dalam Lejar

Contoh catatan dalam jurnal:

Sepanjang bulan Januari, Syarikat Seri Maju yang mempunyai pekerja seramai 10 orang membayar gaji sebanyak RM800 seorang. Caruman KWSP bagi pekerja sebanyak 9% dan caruman PERKESO sebanyak RM140. Setiap pekerja perlu mencarum dalam insurans nyawa sebanyak RM50 sebulan. Gaji bagi bulan januari dibayar pada minggu pertama bulan Februari.

Sediakan catatan jurnal menunjukkan pembayaran gaji tersebut. Jawapan Lejar : Akaun Gaji RM RM KWSP 720 Untung Rugi 8 000 PERKESO 140 Insuran 500 Gaji terakru 6 640 8 000 8 000

Akaun Gaji Terakru

RM RM

Bank 6 640 Gaji 6 640

Tarikh Butiran Debit Kredit

Feb 3 Gaji

KWSP PERKESO Insurans Gaji terakru

(Merekod pembayaran gaji bagi bulan Januari)

8 000

720 140 500 6 640

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 70

 

Gaji ialah pendapatan tetap yang dibayar kepada golongan pengurusan dan pentadbiran. Contohnya gaji guru, pengurus dan kerani. Manakala upah ialah pendapatan tidak tetap yang dibayar mengikut jam bekerja, bilangan hari bekerja atau jumlah unit pengeluaran.

Contoh 1:

Encik Aizat bekerja sambilan sebagai jurujual komputer. Upah yang diterima ialah RM20 sejam dan dia bekerja selama 5 jam sehari selama 20 hari.

Hitungkan upah yang diterima oleh Encik Aizat.

Upah = 20 hari x 5 jam x RM20 = RM2 000

Kesan gaji ke atas pendapatan individu adalah tetap. Kesan upah ke atas pendapatan individu adalah berubah mengikut kadar upah yang diperoleh. Individu yang dibayar gaji akan memperoleh pendapatan yang tetap.

Bagi individu yang dibayar upah, mereka akan menerima pendapatan yang tidak tetap kerana bayaran adalah bergantung kepada kadar upah berasaskan tempoh masa bekerja atau unit pengeluaran yang dihasilkan. Contoh tempoh masa ialah berasaskan jam dan hari bekerja, manakala upah bagi penghasilan keluaran berasaskan unit atau kuantiti yang dihasilkan.

Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Menyatakan maksud gaji dan upah.

• Menyatakan kesan perbandingan antara gaji dan upah

terhadap pendapatan individu.

Dalam dokumen Modul Prinsip Perakaunan 2010[1] (Halaman 70-77)

Dokumen terkait