BAB 5 - AN ALI SIS DATA DAN PENEMUAN KAJIAN ·
5.6 Analisis Persepsi dan Penilaian PBT Terhadap
Semenjak awal tahun 1970-an, Malaysia telah melalui proses pembangunan yang pesat jika dibandingkan dengan pembangunan negara membangun yang lain di rantau Asia. Secara amnya, proses ini telah didorong oleh pertumbuhan perindustrian yang begitu ketara, yang mana ia memberikan pelbagai kesan dan implikasi terhadap pembangunan negara. Pertumbuhan perindustrian di Malaysia semakin kukuh apabila diwujudkan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang memiliki strategi yang tersusun serta mengutamakan teknologi dalam industri (Anuwar Ali dan Rajah Rasiah, 1996: 43). Perkembangan sektor industri di wilayah-bandar Kuala Lumpur juga adalah seiring dengan perkembangan bandar raya dan MSC, yang menerajui Malaysia menuju ke arah ekonomi berdasarkan pengetahuan. Pada masa ini, wujud industri yang menjana pengetahuan seperti penyelidikan dan pembangunan dalam bioteknologi, perisian komputer, aplikasi multimedia, teknologi baru untuk komputer dan perkakasan lain serta industri memproses, mengagih dan mengurus maklumat
seperti institusi pendidikan, sistem telekomunikasi dan internet, pengiklanan dan perkhidmatan profesional merupakan penggerak utama kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi). Wilayah-bandar Kuala Lumpur juga lebih fokus bagi pembangunan berasaskan pengetahuan dan industri yang tinggi nilai tambah.
Analisis ini bertujuim untuk menilai kesalingberkaitan dan kesalingbergantungan di antara PBT dengan IPT dan sektor industri. Melalui hasil temubual bersama responden kajian, skala tahap kemantapan hubungan di antara PBT dan industri telah dinilai seperti yang terdapat dalam Jadual 5.4. Berdasarkan temubual bersama responden, mereka rata-rata menyatakan bahawa PBT dan industri sating bergantung di antara satu sama lain, tetapi berbeza pula dengan responden MP Klang yang menyatakan :bahawa beliau tidak menget~hui mengenai hubungan antara IPT dan industri. Industri merupakan sektor yang memberi sumbangan terhadap sumber kewangan pihak PBT melalui hasil kutipan cukai di samping menyediakan ruang bagi perletakan sektor industri di sekitar kawasan pentadbiran PBT.
Menurut responden di MBSA dan MPSJ, ruang di sekitar pentadbiran tersebut telah tepu untuk pembangunan lain sama ada untuk pembinaan IPT ataupun pembangunan yang melibatkan sektor lain. Namun demikian, ruang yang wujud di sekitar kawasan pentadbiran MBSA, MBPJ dan MPSJ hanya bersesuaian bagi pembangunan sektor industri sahaja yang masih kekosongan. Hasil temubual ini juga jelas menggambarkan bahawa tidak wujud interaksi dari aspek inovasi dan pengkomersialan di antara pihak PBT dan industri sebaliknya, PBT hanya berinteraksi dengan PBT bagi kutipan hasil cukai dan pelaburan dalam sektor industri.
Jadual 5.4: Penilaian Kemantapan Jalinan Di antara PBT dan lndustri, 2006-2010.
Pihak Berkuasa Tempatan Tahap Kemantapan Jalinan Dengan lndustri
(PBT)
R&D Pembinaan Penggubalan Latihan . Perundingan Libatsama Penyediaan
Infrastruktur Dasar Khas Industri/ Komuniti/ Dana
yang Internship Khidmat
Menyokong ·- Masyarakat
1. Dewan Bandaraya Kuala 3 2 3 2 3 0 3
Lumpur (DBKL)
2. Majlis Bandaraya Shah 0 3 3 0 3 3 2
Alam (MBSA)
3. Majlis Bandaraya 0 0 0 0 2 0 0
Petaling Jaya (MBPJ)
4. Majlis Perbandaran 0 0 0 0 2 0 0
Kajang (MPKj)
5. Majlis Perbandaran 0 3 0 0 3 3 0
Klang (MPK!ang) '
6. Majlis Perbandaran 0 0 0 2 0 3 0
Subang Jaya (MPSJ)
7. Majlis Perbandaran 0 0 0 0 0 0 0
Sepang _ ~MPSepang)
8. Majlis Perbandaran 0 2 3 0 3 0 0
Ampang Jaya (MPAJ)
124
Jadual 5.4: Sambungan
1. Majlis Perbandaran 0 0 0 0 0 0 0
Seremban (MPSNS)
2. Majlis Perbandaran Nilai 0 0 0 0 0 0 0
(MPN)
Petunjuk Skala Tahap Kemantapan Hubungan:
0 - Tidak Berkenaan 1- Rendah
2 - Sederhana 3- Tinggi
125
Sektor industri juga turut berperanan dalam merealisasikan kajian ini yang mana sektor ini mampu menjana kewangan yang kukuh berasaskan pelaburan dari pihak tempatan mahupun luar negara. Hubungan industri dan IPT dalam penyelidikan untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti dan bermutu disamping mengurangkan kos pengeluaran adalah amat diperlukan di antara satu sama lain. Merujuk kepada data analisis kajian, tahap kemantapan jalinan MBSA bersama sektor industri adalah pada tahap yang sederhana. Hasil temubual bersama wakil daripada pihak Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), beliau menyatakan bahawa 70 peratus hasil pen~apatan PBT adalah daripada industri serta perletakan kawasan perindustrian juga adalah ditentukan oleh pihak PBT dalam meluluskan kawasan perindustrian. Fenomena . ini menggambarkan bahawa peranan industri
. '
dalam menjana ekonomi negara adalah menjadi keutamaan pada masa ini.
Sektor industri yang mempunyai mekanisme jalinan bersama MBSA adalah Orica-CCM Energy Systems Sdn.Bhd dan kilang-kilang yang berdaftar dengan MBSA. Namun demikian, mekanisme jalinan berkenaan tidak melibatkan aspek inovasi dan pengkomersialan, tetapi hubungan tersebut hanya melibatkan program dalam menitikberatkan ciri-ciri keselamatan di industri berkenaan, taklimat pemutihan kilang, proses permohonan kebenaran merancang serta taklimat denggi di persekitaran kawasan industri.
Selain itu, wakil daripada MPKlang menjelaskan bahawa penempatan sektor industri di kawasan tertentu akan dilaksanakan setelah memperolehi persetujuan melalui perundingan bersama wakil sektor industri. Mekanisme jalinan terscbut adalah pada tahap tinggi, yang mana melibatkan perletakan industri tersebut dipohon oleh pelabur asing. MPKiang juga menjalankan aktiviti libatsama komuniti/khidmat
masyarakat bersama dengan Panasonic, Malaysia iaitu aktiviti kempen Reduce, Reuse and Recycle (3R). Tahap kematapan jalinan MPAJ bersama sektor industri pula adalah pada tahap yang pelbagai mengikut mekanisme jalinan. Sektor industri yang terlibat adalah Free Trade Zone (FTZ), Hulu Kelang. Tahap penggubalan dasar khas yang menyokong dianalisis pada tahap yang tinggi oleh MPAJ, yang mana dasar mesra pelabur telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Begitu juga aktiviti perundingan seperti mesyuarat berkala bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan sektor industri di sekitar kawasan Selangor sentiasa dalam keadaan yang stabil.
Walau bagaimanapun, setelah meniliti data basil analisis ini, MPN merupakan PBT
y~mg
seolah-olah menggambarkan tiada unsurkesalingberg~ntungan
bersama dengan IPT dan sektor industri dalam usaha membangunkan wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan ini. Perbandingan yang ketara dapat dilihat di mana DBKL merupakan antara PBT yang lebih memberikan komitmen yang menyeluruh dari semua aspek mekanisme jalinan sama ada bersama IPT mahupun sektor industri.
Situasi ini berlaku mungkin disebabkan DBKL merupakan antara PBT yang gah dan organisasi ini perlu mentadbirkan kawasan bandar raya yang lebih luas berbanding PBT lain. Jika gaga! menunjukkan prestasi pentadbiran yang cemerlang dan bermutu, maka akan menjejaskan kestabilan bandar raya tersebut yang telah membina nama di mata dunia.
5.7 Kesimpulan
Hasil analisis soalan temubual ini jelas menggambarkan bahawa interaksi di antara PBT dan IPT masih tidak wujud terutamanya yang melibatkan elemen inovasi
dan pengkomersialan. PBT hanya berperanan dalam membina infrastruktur, memudahkan logistik, menyediakan ruang industri, ruang pemiagaan dan kemudahan pengangkutan. Kebanyakan PBT memberi lebih tumpuan terhadap sektor industri kerana sektor ini merupakan sumber kewangan PBT yang akan diadaptasikan untuk pembangunan. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlu mengambil langkah dalam usaha menggalakkan PBT mewujudkan kerjasama bersama IPT dari aspek inovasi dan pengkomersialan agar selaras dengan pemacu pembangunan wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan ataupun ideopolis.
Namun demikian, adakah ini bermakna un~uk menjayakan ideopolis Kuala Lumpur?
Peranan PBT perlu dilihat semula agar lebih prihatin kepada tuntutan-tuntutan tertentu seperti sinergi dengan IPT dalam aspek inovasi dan pengkomersialan.
Penerangan tersebut akan dijelaskan dalam bab.sete~usnya.
BAB6
RUMUSAN PENEMUAN UTAMA KAJIAN DAN MELIHAT KE HADAPAN
6.1 Pengenalan dan Konteks Masa Hadapan
Bab ini merupakan perbincangan terbadap rumusan keseluruban basil kajian yang telab dijalankan kbususnya sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetabuan dan peningkatan amalan perancangan. Dalam konteks amalan perancangan, cadangan dapat dirangka bagi membolebkan PBT mempraktikkannya dalam usaba meningkatkan keberkesanan salingbubungannya dengan universiti dan industri dalam membangunkan ideopolis. Namun terdapat antara muka di antara rumusan tentang amalim perancangan dengan pengbmbangan ilmu pengetabua~ ' mengenai ideopolis.
Berdasarkan basil penulisan Indovina (1998), bubungan universiti dan wilayab-bandar yang mampan akan dicapai jika wujud keseimbangan bubungan di antara ketiga-tiga agen tersebut, sepertimana yang digambarkan dalam Model triple helix (Russo et al., 2007: 214). Oleb itu, beberapa cadangan disarankan berdasarkan rumusan mengenai PBT supaya selaras dengan sembilan pemacu ideopolis yang sedia ada. Cadangan tersebut juga perlu mencapai sepertimana objektif yang telab ditetapkan dalam bab awal tesis ini agar kajian ini menepati matlamat kajian serta memperolehi rumusan yang bermakna. Antara langkah utama yang perlu diambil oleh PBT adalab menjalankan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) serta inovasi bersama lPT dan industri agar dapat mengbasilkan input yang lebib bermakna untuk pertumbuban ekonomi negara. Penulis turut menyarankan cadangan
tambahan kajian lanjut untuk meneruskan penyelidikan yang menyentuh tajuk berkaitan pada masa akan datang.
6.2 Wilayah-Bandar Ilmu
Pada masa ini, Malaysia amat mementingkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam memantapkan pembangunan wilayah-bandar. Seiring dengan dasar negara untuk mentransformasi ekonomi berasaskan pengetahuan dalam usaha untuk mencapai taraf negara maju yang berpendapatan tinggi. Elemen pengetahuan yang menjadi teras utama dalam melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran tinggi . . akan menggalakkan proses pembangunan dan penyelidikan serta menjana inovasi dan teknologi tinggi. Pengetahuan adalah maklumat yang ditafsir dan digunakan oleh pembuat keputusan untuk mencapai matlamat mereka. lanya merupakan barangan awam di mana tiada kos tambahan apabila ianya dikongsi dengan pengguna lain manakala, dan dalam keadaan biasa pihak lain tidak boleh dihalang daripada menggunakannya sesudah ia diwujudkan. Pengetahuan pada amnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengetahuan mengenai teknologi dan pengetahuan hakiki atau pengetahuan daripada pengalaman. Pengetahuan daripada pengalaman selalunya merupakan sumber bagi kelebihan bersaing (http://www.ipislam.edu.my). Oleh yang demikian, Malaysia perlu mengembangkan lagi wilayah-bandar in tens if pengetahuan agar dapat menghasilkan komuniti yang intelek serta memajukan pembangunan wilayah-bandar kelak.
Selaras dengan itu, kini Malaysia telah mewujudkan konurbasi yang berteraskan pengetahuan yang mengarah ke selatan. Perkembangan ini menyediakan
satu pelantar untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pendidikan di rantau Asia. Ideopolis Kuala Lumpur dengan KLEC-nya serta Educity di Wilayah Iskandar akan melengkapkan strategi Malaysia ke arah kecemerlangan dalam pendidikan tinggi.
Ke\\<ujudan fenomena bandar pendidikan ini telah wujud di negara luar seperti Bandar Pendidikan di Qatar (Doha), Dubai Knowledge Village di Emirates Arab Bersatu, Perth Education City di Perth Australia, Hamilton Education City di Hamilton, Kanada dan Doncaster Education City di Doncanster, United Kingdam.
Justeru itu, Malaysia juga telah bergerak ke arah fenomena itu, yang mana dibuktikan dengan perancangan untuk mewujudkan Kuala Lumpur Education City (KLEC) di bandar Enstek, Negeri Sembilan berhampiran dengan Koridor Raya Multimedia sepertimana Foto 6.1 serta Foto 6.2 dan EduCity@lskandar, di Nusajaya Johor yang terletak dalam Wilayah Pembangunan Iskandar yang kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia.
Foto 6.1: KLEC yang dirancangkan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bakal melambangkan perkembangan Malaysia menuju wilayah-bandar
berasaskan pengetahuan.
Foto 6.2: Pembinaan Sekolah Menengah Antarabangsa Kompleks KLIA untuk Komuniti di Bandar Enstek, Negeri Sembilari.
Ja~ual 6.1 menjelaskan taman akademik yang wujud di KLEC, ;yang mana
bakal memacu pertumbuhan wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan menjelang 2020.
Jadual 6.1: Taman Akademik di KLEC.
Taman
Taman Universiti
•
Fasa 1: Sebuah universiti tempatan; 3 universiti antarabangsa•
Fasa I dan II: Sebuah universiti tempatan; 3 universiti antarabangsa•
Fasa II dan III: Institusi lain yang menawarkan program ijazahTaman Perubatan
•
Centre for Advanced Medical Research (IMC) 4 buah universiti (perubatan,..
farmasi,
•
perg1g1an,kejururawatan dan yang berkaitan dengan kesihatan
•
Institusi lain yang menawarkan program pra-klinikal Taman•
International Research Collaberation Centre (IRCC) Penyelidikan•
Pusat untuk penga:i ian siswazah ·•
7 buah universiti dengan setiap pengkhususan mengikutI
kelompok penyclidikan .
•
Institusi lai~ yang sama dibawah?
kelo~~ok penyelidikan (Sumber: Nurhazhyana Hanafi dan Nonzan HJ Md Nor, 2010: 7).Selain itu, di Nusajaya Johor yang terletak dalam Wilayah Pembangunan Iskandar telah diberi perhatian dalam RMKe-1 0 bagi menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang dan mempercepatkan pertumbuhan di kawasan terpilih.
Persekitaran Iskandar Malaysia dapat dilihat di Foto 6.3 dan Foto 6.4, yang mana mempunyai keluasan 2,217krn2 dan terdapat 1.4 juta populasi. Di bawah RMKe-1 0, pembangunan ekonomi wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan membangun sebilangan kluster yang berkepadatan tinggi di koridor yang mempunyai kelebihan dari segi sektor dan geografi. Pengklusteran membolehkan syarikat mendapat faedah daripada sumber yang sama, memudahkan pemadanan pasaran buruh dan menyumbang kepada perkongsian pengetahuan.
Foto 6.3: EduCity@ Iskandar, Nusajaya, Johor, merupakan wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan di Selatan Semenanjung Malaysia.
Foto 6.4: Pembinaan Universiti Perubatan Newcastle, Malaysia., yang bakal menghasilkan modal insan dan intelek.
Dalam membangunkan elemen wilayah pengetahuan, Nusajaya telah diwujudkan dalam Iskandar Malaysia. Rajah 6.1 jelas menggambarkan fungsi Nusajaya dalam pembangunan wilayah tersebut. Namun demikian, kajian ini bukanlah hanya berfokus kepada peranan yang dimanifestasikan oleh IPT sahaja, tetapi peranan PBT juga perlu seiring dalam menyumbangkan pelbagai inisiatif bagi mengembangkan wilayah-bandar berasaskan pengetahuan sama ada dari elemen pelaburan, perkhidmatan, inovasi, kreativiti ataupun pemgkomersialan.
6.3 Rumusan dan Penemuan Kajian
Objektif pertama kajian ini adalah untuk meneliti bagaimana PBT memudahkan IPT dan industri dalam wilayah-bandar agar dapat memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan matlamat untuk menjadikan wilayah-bandar KL sebagai sebuah ideopolis. Peranan PBT telah diteliti dari sudut penyediaan ruang
Nusajaya Rajah 6.1: Komponen Pembangunan Nusajaya, Johor.
perletakan bagi IPT dan industri, kemudahan yang disediakan untuk IPT dan industri serta dasar pembangunan dan perancangan setempat yang bersifat positif lagi menggalakkan. Rumusan yang dapat dibuat setelah sesi temubual dilaksanakan telah menjelaskan bahawa PBT lebih berfokus kepada perletakan dan kepentingan industri di bawah kawasan pentadbiran mereka. Jika melihat dari sudut sumbangan IPT kepada PBT, terbukti bahawa sumber kewangan dan kepentingan IPT terhadap PBT adalah kurang jika dibandingkan dengan manfaat yang diperolehi daripada industri.
Responden juga menyatakan bahawa ruang di bawah kawasan pentadbiran mereka telah tepu dan ianya hanya untuk memenuhi perletakan industri sahaja. Situasi tersebut jelas menggambarkan bahawa PBT lebih memberi penekanan terhadap pembangunan industri berbanding IPT kecuali pihak mereka menerima arahan daripada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan perletakan IPT di kawasan pentadbiran mereka.
Objektif kedua pula adalah untuk mengenalpasti proses dan mekanisme jalinan saling hubungan PBT-IPT-industri yang terlibat. Berdasarkan maklumat yang boleh digarap daripada responden, interaksi dan kesalingbergantungan di antara PBT dan IPT lebih kepada sumbangan logistik dan penglibatan dalam program-program tertentu sahaja. Selain itu, PBT juga menerima pelajar-pelajar daripada IPT untuk menjalankan latihan industri berdasarkan bidang masing-masing. Namun begitu, ia bukanlah satu langkah yang benar-benar kukuh dalam membenarkan pergerakan aliran pengetahuan. Aktiviti ini perlu dikembangkan melalui interaksi antara PBT dan pelajar yang terlibat berdasarkan aktiviti P&P, pengkomcrsialan ataupun inovasi.
Ia merupakan langkah bagi memastikan wujudnya modal insan dan intelek yang boleh mengkhusus dalam pelbagai bidang dalam membantu bagi pertumbuhan
wilayah-bandar. Selain itu, PBT dilihat hanya berfungsi sebagai agen yang menyediakan kemudahan awam, pengangkutan dan perkhidmatan terhadap pembangunan wilayah-bandar. Jika melihat dari aspek P&P, pengkomersialan dan inovasi, kedua-dua pihak ini tidak menjalankan kerjasama dalam aktiviti tersebut sepertimana yang dapat kita lihat di negara barat pada masa ini.
Berbeza pula keadaannya dengart penglibatan IPT dan industri, yang aktif dalam aktiviti inovasi dan pengkomersialan. IPT merupakan institusi yang menyokong proses inovasi, menyediakan tenaga kerja, basil penyelidikan dan pengetahuan untuk industri berteknologi tinggi (Etkowitz, 2003: 294). Tambahan pula, Dasar Perbandaran Negara (DPN) telah menekankan persekitaran ekonomi yang dinamik bagi menyokong aktiviti pemiagaan, dan aktiviti ekonomi yang bemilai tambah serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan (K-Economy).
Pembangunan . ekonomi di pusat penempatan utama akan dipergiatkan bagi menyokong peranannya dalam pembangunan bandar. Pembangunan zon pemiagaan dan perindustrian di kawasan tanah yang dibaikpulih akan membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007: 8). Oleh yang demikian, IPT memainkan peranannya sebagai penjana ilmu bagi membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan melalui pemindahan teknologi moden, aktiviti inovasi dan pengkomersialan berganding bahu bersama pihak industri dalam merealisasikannya. Namun begitu, ia perlu diberi perhatian serius kerana pembangunan seperti ini memerlukan kos dan teknologi yang tinggi.
Contoh yang menarik untuk dikupas dan dikaitkan dengan rumusan sebelum
ini ialah kes penubuhan inkubator oleh Universiti Malaya (UM) iaitu, UM Centre of Innovation and Commercialization (UMCIC) sejak Februari 2009. UM mempunyai beberapa buah pusat penyelidikan seperti Malaya's Oil Palm Research yang terletak di Ulu Sedili, Kota Tinggi Johor. Pusat penyelidikan ini berada di bawah pengurusan UM Plantations Sdn. Bhd dan UM-PKNS Innotech Park yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Kedua-dua pusat penyelidikan ini merupakan pembangunan yang dilakukan oleh UMCIC yang bertujuan mempromosikan P&P ke arah aktiviti pengkomersialan. Selain itu, UMCIC juga turut menjalankan beberapa aktiviti seperti pengurusan keperluan intelektual dan peralihan teknologi, pengkomersialan idea dan produk UM dalam P&P, meneroka dan menggalakkan potensi kerjasama antara industri dan penyebaran teknologi, kerjasama dengan konsultan dalam menjalankan projek untuk pengeluaran, penyediaan kertas kerja untuk menjalankan pengkomersialan, pengurusan dan melaksanakan projek pengkomersialan serta menjalankan seminar, bengkel dan persidangan sebagai perhubungan dengan keperluan intelektual dalam pengkomersialan.
Merujuk kepada objektif ketiga iaitu menilai tahap kemantapan hubungan IPT-PBT-Industri. Kajian ini merumuskan proses, bentuk dan tahap hubungan di antara IPT7 PBT7 Industri agar menjadi lebih mantap bagi menjayakan matlamat untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah ideopolis yang nantinya akan memacu pertumbuhan Malaysia secara keseluruhannya. Setelah meneliti segala maklumat daripada responden, hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa, peranan PBT dalam merealisasikan ideopolis masih belum dapat dibanggakan. Hal ini kerana, tahap kemajuan inovasi, pengkomersialan dan jaringan IPT7PBT7Industri masih lemah. Kekuatan dan keseimbangan ketiga-tiga agen ini perlu diperkukuhkan agar
aliran pengetahuan yang dijana dapat diadaptasikan sepenuhnya bagi pembangunan wilayah-bandar. Sememangnya tidak dapat dinafikan aktiviti P&P yang pesat dijalankan oleh IPT serta inovasi yang dilakukan oleh pengkaji telah mantap, tetapi kebanyakkan hasilnya tidak sampai ke peringkat pengkomersialan produk. IPT masih berhadapan dengan kekurangan dan kekangan dalam arena pengkomersialan hasil penyelidikan.
Kajian ini juga bertujuan untuk menyumbang bahan empirikal dalam wacana berkaitan ideopolis. Fenomena ideopolis sebagai suatu entiti baru dalam perkembangan dan pembangunan bandar dalam era globalisasi dan perantarabangsaan adalah suatu yang ·baru dalam wacana mengenai geografi bandar dan pembangunan wilayah. Dari sudut amalan perancangan bandar pula beberapa contoh sudah kelihatan di barat tetapi amalan yang boleh dicontohi di negara membangun masih terlalu sedikit. Di Barat, prestasi wilayah intensif pengetahuan atau ideopolis ini amat memberansangkan. Di Malaysia, majoriti responden menyatakan bahawa mereka memahami maksud ideopolis ini, tetapi memerlukan penjelasan yang lebih teliti bagi memahami sepenuhnya fenomena ini. Keadaan tersebut menggambarkan bahawa, komuniti setempat tidak memperolehi maklumat secukupnya berkenaan ideopolis. Mereka beranggapan ideopolis sebagai sesuatu yang masih baru di Malaysia.
Meniti era globalisasi kini, Malaysia perlu melangkah lebih maju ke arah wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan supaya dapat bersaing di peringkat dunia. Malaysia, khususnya wilayah-bandar Kuala Lumpur perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembinaan ilmu di kalangan IPT dan institusi penyelidikan
yang lain. Komuniti industri setempat juga perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan hasil penyelidikan dalam bentuk produk komersil. Sembilan pemacu menuju ideopolis telah diwar-warkan melalui kajian yang dijalankan oleh The Work Foundation yang menerangkan mengenai halatuju ideopolis. Pemacu tersebut boleh diterapkan terhadap wilayah-bandar Kuala Lumpur dalam usaha membangunkan ideopolis di Malaysia kelak. Tambahan pula, baru-baru ini RMKe'-10 mengiktirafkewujudan Greater KL dalam menggalakkan pembangunan wilayah-bandar yang intensif pengetahuan. Maka, ideopolis seharusnya dipacu segera bagi membolehkan wilayah-bandar berasaskan pengetahuan dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan menjelang 2020 kelak. Ini penting kerana Greater Kuala Lumpur ini adalah nadi pembangunan ekonomi Malaysia.
6.4 Implikasi Kajian
Secara kesimpulannya, melalui hasil analisis yang diperoleh dapat dihuraikan secara teoretikal dan empirikal berlandaskan pandangan wakil responden terhadap fenomena ideopolis yang dikatakan masih baru serta perlu diberi perhatian agar dapat dibangunkan di Malaysia kelak. Akan tetapi, secara realitinya PBT menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam menyediakan kemudahan dan peluang P&P, perkhidmatan dan kemudahan awam yang bertaraf tinggi yang boleh membawa kepuasan kepada komuniti setempat. Hal ini kerana, PBT mempunyai masalah dari segi kekurangan kewangan serta PBT hanya bertindak sebagai pelaksana bagi araban yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan atau negeri. Di Barat, segala keputusan PBT terhadap pembangunan wilayah-bandar adalah diputuskan sepenuhnya oleh PBT itu sendiri tanpa campurtangan dari pihak kerajaan tertinggi.
Kerajaan pusat hanya menggariskan panduan atau arab tuju umum. Hal ini akan memudahkan PBT dalam menentukan ha!atuju wilayah-bandar tersebut tanpa gangguan ataupun dipengaruhi oleh keputusan daripada kuasa-kuasa lain. Semasa sesi temubual in dijalankan, responden mengharapkan berlaku perubahan dalam
Kerajaan pusat hanya menggariskan panduan atau arab tuju umum. Hal ini akan memudahkan PBT dalam menentukan ha!atuju wilayah-bandar tersebut tanpa gangguan ataupun dipengaruhi oleh keputusan daripada kuasa-kuasa lain. Semasa sesi temubual in dijalankan, responden mengharapkan berlaku perubahan dalam