• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 - SOROTAN KARYA: Wilayah-Bandar, ldeopolis dan Model Triple Helix

2.3 Aset dan Dinamik Ideopolis

Rajah 2.1 meringkaskan lapan elemen pembentukan ideopolis. Kekuatan ideopolis terletak kepada penggabungan Iapan elemen tersebut serta interaksinya yang sentiasa dikemaskini bagi menggambarkan kemampuan dan kecekapan dan juga keluaran barangan dan perkhidmatan yang lebih luas di pasaran global. Dalam kerangka penjelasan ini "pengetahuan" merupakan asas utama bagi pembentukan ideopolis sama ada, pengetahuan yang dimiliki secara individu, di firma ataupun pengetahuan yang disalurkan melalui rangkaian. Selain itu, ia juga berperanan dalam menentukan daya saing sesebuah bandar pada masa hadapan dania menjadi perkara

24

8. Perhubungan Struktual

7. Persekitaran Sosial &

Kehidupan Berkualiti:

1. Berasaskan Pengetahuan: Universiti, Pelajar, Penerbitan &

Sitasi, Peruntukan Penyelidikan, Peruntukan R&D, Paten, Pemindahan Teknologi dan Taman Sains

5. Persekitaran Ekonomi yang Baru: Teknologi Baru Berasaskan, kadar Penubuhan Syarikat, Pengusaha Baru, Usaha niaga Kewangan

2. Tenaga: Kreatif,

Rajah 2.1: Elemen-Elemen Pembentukan Ideopolis (Adaptasi daripada Cannon, Nathan dan Westwood, 2003: 20).

utama untuk pertumbuhan ekonomi. Sebilangan besar pengetahuan dijana universiti dan oleh yang demikian institusi ini dianggap sebagai elemen penting bagi pembentukan ideopolis.

Bandar juga memerlukan sumber pemiagaan, modal, budaya dan pelbagai perkhidmatan dalam menentukan pembentukan ideopolis ini. Bagi mencapai hasrat sebagai wilayah-bandar ideopolis, asas pengetahuan perlu berhubung dengan sistem komunikasi manakala, lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan adalah hab logistik untuk penyimpanan fizikal, keselamatan, rangkaian perniagaan dan untuk mengakses pasaran tempatan dan dunia.

Sistem komunikasi juga bertindak sebagai pencetus evolusi ideopolis.

Kebanyakan sistem telekomunikasi yang digunakan oleh masyarakat adalah untuk membentuk imej, reputasi. dan daya tarikan masyarakat dari pengalaman langs\mg ..

Selain itu, sistem telekomunikasi yang berasaskan media tempatan tetapi mempunyai hubungan di peringkat antarabangsa penting untuk tujuan pembangunan bakat dan kreativiti, ia itu elemen penting ideopolis. Selain itu, aset ideopolis juga melibatkan sumber pekeijaan di sesebuah wilayah-bandar. Menurut Helen Jarvis sumber pekeijaan tersebut adalah merujuk kepada teras sektor pengetahuan dan keusahawanan sampingan; kunci bagi perkhidmatan awam dan sektor pengajian tinggi serta barisan utama organisasi perkhidmatan. Pengetahuan, pekeijaan dan infrastruktur yang saling berinteraksi akan memberi impak kepada organisasi rantaian penawaran pekerjaan yang bam (Cannon, Nathan dan Westwood; 2003: 22).

26

Pembentukan ideopolis memerlukan keupayaan dan kualiti hidup sebagai aset untuk pekeija menentukan tempat bekeija, lokasi kediaman dan hiburan. Persekitaran yang diwujudkan di bandar Edinburgh, Manchester dan Philadelphia sebagai contoh dianggap kontemporari dan sempuma. Pembangunan fizikal yang baru termasuk perumahan yang berkualiti untuk kalangan golongan muda serta kemudahan fizikal berkualiti memudahkan pergerakan.

Seterusnya elemen tenaga dan keteserangkuman perlu ada bagi merealisasikan wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan. Richard Florida dan Gary Gates mengandaikan ia merupakan pautan yang jelas bagi menentukan kejayaan sesebuah wilayah-bandar ekonomi pasca perindustrian yang menjujung sifat toleransi. Kepelbagaian serta toleransi masyarakat akan menarik berbakat.

Dalam mencapai ideopolis semua komuniti ·berhak mendapat keselesaan di bandar

,

sama ada mereka tergolong dalam golongan tidak konvensional seperti homoseksual, emigran, artis dan golongan pemikir bebas "Bohemians" (kreatif, artis dan ahli muzik). Semua komuniti adalah ideal dalam membentuk kreativiti dan inovasi yang menggambarkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Pada dasamya, ideopolis merupakan visi bagi kejayaan wilayah bandar yang berasaskan pengetahuan yang boleh menjana kemampanan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja pada tahap wilayah-bandar bahkan ke seluruh sistem bandar nasional.

Dalam semua ini modal insan adalah pertimbangan utama. Sebagai contoh, bandar raya seperti Boston mencapai kejayaan adalah disebabkan oleh pelaburanberasaskan modal insan serta modal intelek (Glaeser dan Saiz, 2003: 40-41). Jelaslah bahawa, tahap kemahiran yang tinggi membolehkan tenaga keija dan ekonomi wilayah

27

tersebut lebih fleksibal dan disesuaikan dengan aset sedia ada dan yang boleh dijanakan dalam wilayah bandar terbabit.

Selain itu, John Judis dan Ruy Teixeria dalam The Emerging Democratic Majority, telah mengenalpasti komponen penting ideopolis, iaitu teknologi lembut yang terdiri daripada hiburan, media, fesyen, reka bentuk dan pengiklanan, faedah pemiagaan atau perkhidmatan peribadi daripada perbankan runcit kepada modal usahasama serta melanjutkan syarikat perundingan kepada bimbingan peribadi (petikan dalam Cannon, Nathan and Westwood, 2003: 3). Merujuk karya yang digarap oleh Jones, Williams, Lee, Coats and Cowling (2006: 6), penulisan mereka menyatakan bahawa terdapat sembilan pemacu yang akan menentukan kewujudan ideopolis iaitu:

I. Pelaburan fizikal dalam membentuk bandar raya berasaskan pengetahuan. lni melibatkan ruang fizikal yang menyedikan ruang pejabat yang mana diperlukan oleh perniagaan yang berintensif pengetahuan serta ruang penginapan untuk pekerja sektor pengetahuan.

2. Kemudahan yang terdapat di wilayah-bandar tersebut. Kekuatan dan kelemahan sesebuah bandar tersebut bergantung kepada kemudahan ataupun infrastruktur yang disediakan di kawasan tersebut.

3. Pengkhususan dalam pelbagai sektor. Ia merupakan elemen yang penting dalam membentuk wilayah-bandar berasaskan pengetahuan. Kepelbagaian ini adalah penting dalam menentukan kejayaan ideopolis bagi membolehkan masalah kebergantungan di antara satu ataupun dua industri diselesaikan. Jika masalah ini dapat diatasi maka, ekonomi wilayah tersebut akan memperolehi pelbagai manfaat pada masa akan datang.

4. Organisasi yang berkemahiran tinggi. Organisasi tersebut mempunyai daya tarikan dan mampu mengekalkan penghasilan produktiviti yang tinggi yang mana ia dihasilkan melalui kualiti kerja yang bagus serta individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang.

5. Sektor pendidikan yang vibran meliputi komuniti dan ekonomi. Ia meliputi perhubungan rapat di antara universiti dengan wilayah-bandar serta sektor pemiagaan. Sokongan yang jitu daripada institusi pendidikan yang

28

baik dan komitmen yang diberikan oleh setiap individu akan meningkatkan pelbagai kemahiran.

6. Wilayah-bandar berasaskan pengetahuan yang unggul. Menawarkan pemiagaan yang berintensifkan pengetahuan dan peketja yang terlibat dalam pelaburan, berketjaya dan tinggal di kawasan bandar yang mana mempunyai sokongan daripada pelbagai budaya dan kemudahan yang mencukupi.

7. Sistem perhubungan yang kukuh. Ia meliputi sistem komunikasi yang baik yang mana digabungkan dengan kepantasan dalam perhubungan di antara sesebuah bandar dengan bandar yang lain menggunakan sistem perhubungan seperti pengangkutan air, udara dan darat, mahupun virtual.

8. Kekuatan pemimpin menuju ke arab wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan. Kepimpinan sivik yang berdasarkan visi tertentu serta berasaskan kekuatan rangkaian dalam sektor awam, swasta dan komuniti.

9. Pelaburan dalam masyarakat. Pelaburan bentuk ini bagi merealisasikan ideopolis khususnya dalam memastikan faedah strategi bagi intensiti pengetahuan dimanfaatkan semua masyarakat.

Ciri-ciri ideopolis dan teknopolis memperlihatkan banyak persamaan.

Technopolis Law 1983 di Jepun menyatakan bahawa. sebuah bandar teknopolis

~esiilah mempunyai" ciri-ciri seperti industri berteknologi tingii dan bezpotensi,

berkeupayaan menjalankan P&P, bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pemerintah, memiliki tapak dan kemudahan bekalan air untuk kegunaan industri, mempunyai tapak untuk kawasan perumahan dan memiliki jaringan pengangkutan yang baik termasuk pengangkutan udara, air dan darat (Norizan Md. Nor dan Hassan Naziri Khalid, 2001: 4). Selain mempunyai infrastruktur dan jaringan pengangkutan yang lengkap, komponen yang penting dalam konsep pembangunan ideopolis adalah mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang. Hal ini kerana, pembangunan sebuah wilayah-bandar adalah bergantung kepada tenaga manusia dan modal intelek.

29

Definisi umum technopole ialah satu bandar, satu kawasan atau satu kompleks yang menyediakan prasarana untuk pembangunan industri berteknologi tinggi dan bahan termaju, serta termasuk industri perkhidmatan dan pengetahuan.

Pada peringkat global, terdapat berbagai jenis nama dan peranan technopole (Jalaluddin Abdul Malek, Abd Hair A wang dan Mohd Yusof Hussain, 2009: 27-31 ):

(a) Jenis technopole pertama ialah bandar sains sebagai contohnya ialah Tsukuba Science City dan Taman Teknologi Malaysia (TTM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) · seperti bioteknologi, mikroelektronik, makatronik, bioinformatik dan bioperubatan.

(b) Jenis kedua, technopole turut dikenali sebagai Bandar Industri Berteknologi Tinggi (High technology Industrial Park) seperti Kulim High-tech di Malaysia, Bandung High Technology Valley di Indonesia dan Shenzen Hi-Tech Industrial Park di China. Tumpuan utama bandar ini ialah menghasilkan produk baru teknologi dengan memberi fokus produk inovasi yang berterusan Kegiatan pelaburan menghasilkan prototip juga diberi keutamaan dengan

memp~rtemukan syarikat tempatan dengan syarikat dari luar negeri berasaskan perkongsian pintar.

(c) Jenis ketiga, technopole dikenali sebagai ideopolis iaitu wilayah bandaraya yang mempunyai banyak pelaburan perkhidmatan termaju. Fokus utama memajukan industri sektor kelima seperti seperti pembangunan tekno-usahawan (technopreneur), pusat kewangan serantau, industri fesyen, industri hiburan dan industri pembelajaran berterusan. Kawasan ideopolis yang sedang dibangunkan pada masa kini seperti wilayah bandaraya Barcelona di Sepanyol dan wilayah bandaraya Manchester di United Kingdom.

(d) Jenis keempat, technopole juga dikenali sebagai Bandar Pengetahuan (knowledge cities) yang terdapat di kawasannya universiti dan kolej teknikal seperti Bandar Delft di Belanda dan Monterrey City di Maxico.

(e) Jenis kelima, technopole dikenali sebagai innopolitan iaitu wilayah bandaraya yang mempunyai ramai pengusaha yang bergiat dalam bidang inovasi teknologi termaju sama ada berskala kecil, sederhana dan besar. Penanda aras innopolitan ialah kegiatan penyelidikanberasaskan sains dan teknologi, mempunyai polisi inovasi dan pembangunan mapan dari segi pembangunan manusia, proses pemindahan pengetahuan, pemasaran, dan pembangunan logistik yang lain. Kawasan yang terkenal sebagai wilayah innopolitan ialah seperti Wilayah Berlin-Brandenburg di Jerman dan Province of Milan di !tali.

(f) Keenam, technopole dikenali sebagai Bandar Inovasi (Inovative City) yang memberi tumpuan kepada kegiatan inovasi oleh pengusaha kecil dan

30

sederhana seperti Tsukuba Science City, Jepun serta Science and Technology Park Obninsk, Wilayah Karuga, Rusia.

(g) Ketujuh, technopole yang dikenali sebagai Ecotechno park atau Bandar Berteknologi Tinggi berasaskan pelancongan, alam sekitar dan bioteknologi seperti Technopark Tulln di Austria dan Agro Techno Park di Palembang, Sumatera Selatan.

Merujuk Jadual 2.2 pengkhususan kawasan technopole telah menunjukkan bahawa kawasan technopole merupakan kawasan industri kluster. Industri kluster yang dimaksudkan ialah kawasan khusus untuk membangun produk teknologi tinggi sama ada menghasil, mengubahsuai, menyesuaikan dan mengeluar semula teknologi, proto tip, sistem dan juga teknik.

Jadual2.2: Technopole mengikut wilayah dan negara.

Wilayah Nama Technopole dan tempat

- '

Amerika Utara Silicon Valley (California), Austin (Texas), Silicon Alley (New York City), Boston Messachussets

Amerika Selatan The Technology Park of Sao Paulo (Brazil) dan Parque Technologico de Satemejas (Venezuela)

Eropah Barat Cambridge (England), Stockholm (Sweden), Helsinki (Findland), Sophia Antipolis (France), Munich (Germany) Asia Barat Tel Aviv (Israel), King Abdul Aziz City for Science and

Technology (Arab Saudi)

Benua Kecil India Bangalore High Tech Park, Gujerat Science City

Asia Tenggara Singapore Science Park, Malaysia Multimedia Super Corridor, Thailand Science Park dan Laguna Technopark (Phillippines)

Asia Pasifik Shanghai Pudong Software Park (China), Tsukuba Science City (Jepun), Daedeok Science Town (Korea)

Afrika The Innovation Hub (South Africa) dan North West University (South Africa)

Russia Naukograd seperti Obnisnk, Dubna, Korolyov

Australia Australia Technology Park (Sydney) dan Canberra TechnologyPark(Canberra) dan Auckland University of Technology-Technology Park (New Zealand)

(Sumber: Dmbah sum danpada Castells & Hall 1994 dan Rosenberg 2002).

31

2.4 Model "Triple Helix": Alat untuk Memahami Kerjasama Tiga Pihak