BAB 5 - AN ALI SIS DATA DAN PENEMUAN KAJIAN ·
5.3 Profil Responden
Oleh yang demikian, bagi memudahkan pemahaman mengenai kajian tm, analisis data dan penemuan kajian akan dikelaskan kepada beberapa bahagian supaya ia dapat menjelaskan objektif utama kajian ini. Pengkelasan analisis tersebut adalah seperti analisis pemahaman responden terhadap ideopolis, perletakan IPT dalam pembangunan wilayah, peranan PBT dalam membangunkan kuala lumpur sebagai ideopolis (analisis persepsi PBT terhadap IPT dan analisis persepsi dan penilaian PBT terhadap IPT dan industri sebagai penjana inovasi dan pengkomersialan) serta kekangan dan halangan yang dialami oleh PBT.
5.3 Profil Responden
Para responden merupakan indikator utama dalam memastikan kejayaan kajian ini. Responden-responden mewakili sepuluh PBT yang berkait secara langsung dengan objektif kajian ini. Seperti yang telah dijelaskan dalam Bab 4,
kajian ini melibatkan kawasan wilayah-bandar Kuala Lumpur sahaja maka, beberapa PBT yang berada di luar kawasan tidak diambilkira dalam kajian. Antara PBT yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2. Majlis Bandaraya Shah Alam 3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 4. Majlis Perbandaran Kajang 5. Majlis Perbandaran Klang 6. Majlis Perbandaran Subang Jaya 7. Majlis Perbandaran Sepang 8. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 9. Majlis Perbandaran Seremban 1 0. Maj lis Perbandaran· Nilai
Setiap PBT pula akan mewakilkan pegawai-pegawai yang telah ditetapkan
' '
untuk ditemubual agar maklumat yang diperolehi lebih tepat dan jitu. Setiap responden tersebut memberikan jawapan yang pelbagai hasil daripada soalan yang telah diolah dalam bentuk kualitatif. Jumlah responden yang mewakili PBT adalah seramai tiga belas orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan yang bersesuaian untuk diadaptasikan dalam kajian wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan ini.
Oleh kerana di antara objektif kajian ini adalah untuk mendalami aspek proses dan mekanisme kolaborasi PBT dengan pihak lain maka bilangan responden tidak penting. Tetapi yang penting ialah responden yang mewakili PBT boleh menjelaskan dengan teliti proses dan mekanisme kolaborasi, iaitu pokok persoalan kajian.
Merujuk kepada Jadual 5.1, berikut adalah wakil PBT yang telah memberikan
ke~jasama bagi mendapatkan maklumat kajian iaitu:
Jadual 5.1: Senarai Responden Kajian.
No. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jabatan/ Bahagian (Responden)
1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Pelan Induk
(DBKL) Perancang Bandar
2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Korporat
3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Penguatkuasaan dan Keselamatan Perancangan Pembangunan 4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Perancangan Korporat dan
Perhubungan A warn
5. Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) Rancangan Pembangunan Unit GIS dan Maklumat
Perhubungan A warn 6. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Perancang Bandar 7. Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) Perancangan Korporat 8. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Perancang Bandar dan Desa
'(MPAJ) - '
9. Majlis Perbandaran Nilai Perancang Bandar dan Desa I 0. Majlis Perbandaran Seremban Perancang Bandar
5.4 Analisis Pemahaman Responden Terhadap ldeopolis
Semasa temubual ini dijalankan, perbincangan utama tersebut adalah mengenai pemahaman responden tentang ideopolis ataupun wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan. Ia adalah penting agar segala jawapan bagi soalan temubual seterusnya adalah menepati objektif kajian ini. Sebelum sesi temubual berlangsung pada waktu yang ditetapkan, soalan temubual dan penerangan mengenai Jatar belakang ideopolis telah dibcrikan terlebih dahulu supaya mereka lebih bersedia dan memahami konsep kajian ini. Interaksi melalui surat, telefon dan emaiJ melancarkan lagi perhubungan antara penyelidik dan responden, memandangkan jarak antara
kedua-dua belah pihak adalah jauh. Namun demikian, sejauhmanakah pemahaman mengenai konsep ideopolis? Adakah PBT berperanan penting dalam menentukan halatuju wilayah-bandar Kuala Lumpur sebagai wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan?
Berdasarkan kajian yang dijalankan, responden-responden tersebut faham konsep ideopolis dan menyedari kewujudan fenomena ideopolis ini di luar negara.
Namun demikian, responden menyatakan ia merupakan fenomena baru serta masih tidak meluas dibincangkan di Malaysia. Maka, maklumat sepenuhnya mengenai ideopolis masih lagi samar-samar. Justeru itu, terdapat juga seorang responden di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tidak menyedari perkembangan terkini dalam korpus perancangan bandar, lebih-lebih; dalam hal berkaitan ideopoiis 'ini. Ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana responden adalah Penolong Pengarah di Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan. Namun begitu, beliau masih memberikan maklumat semasa perbincangan tersebut dijalankan tetapi, jawapan yang diberikan tidak utuh untuk diadaptasikan dalam analisis ini. Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan tiga PBT ini, yang mana masih mampu menerangkan latar belakang ideopolis serta melihat masa depannya di Malaysia kelak. PBT tersebut adalah terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Respons Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Pelan lnduk DBKL (responden 1) amat menarik pendapatnya. Menurut beliau ideopolis telah tersebar luas di iuar negara dan ia merupakan fenomena yang perlu diberi perhatian supaya wilayah-bandar Kuala Lumpur khususnya, mampu diangkat sebagai wilayah-bandar
yang berasaskan pengetahuan seterusnya menggalakkan pembangunan dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Menurut beliau lagi, hal ini dijelaskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, yang mana menyatakan bahawa trend globalisasi akan mempengaruhi pertumbuhan negara dan peningkatan kepentingan terhadap aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan. Wilayah-bandar Kuala Lumpur juga akan menjadi fokus bagi pembangunan berasaskan pengetahuan dan industri yang tinggi nilai tambahnya. Merujuk Foto 5.1, Foto 5.2, Foto 5.3 dan Foto 5.4, Kuala Lumpur akan terus menampung kemudahan-kemudahan institusi pendidikan (knowledge-based), keagamaan dan kebudayaan. Selaras def!gan statusnya di peringkat nasional dan antarabangsa, institusi dan kemudahan ini perlu ditingkatkan sewajarnya (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2004: 1 ).
Foto 5.1: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah nadi pentadbiran dan pembangunan Wilayah Kuala Lumpur. Dalam RMKe-1 0 ia akan memairikan
peranan penting untuk mencapai matlamat Greater Kuala Lumpur. ·
Foto 5.2: Bangunan Sultan Abdul Samad adalah mercu tanda Kuala Lumpur sebelum Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur City Center (KLCC).
Foto 5.3: Perpustakaan Kuala Lumpur: Gedung Ilmu untuk Masyarakat Setempat.
Foto 5.4: Pengangkutan awam dalam dan antara bandar yang efisien seperti KTM Komuter menyumbang kepada pembangunan Ideopolis.
Selain itu, sesi temubual bersama Responden 4, wakil daripada MPKj, memperlihatkan bagaimana Bandar Baru Bangi, Selangor telah diangkat sebagai
"Bandar Ilmu" dan sekali gus ini boleh mengukuhkan lagi peranan Kuala Lumpur sebagai ideopolis. Ideopolis di luar negara jelas hubungkaitnya dengan bandar raya berhampiran dalam aspek ekonomi dan sosial. Pengiktirafan Bandar Ilmu Bangi ini pada 22 Jun 2008, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang berada di sekeliling Bandar Baru Bangi ini harus digemblengkan untuk merealisasikan gagasan ini supaya ianya tidak hanya sekadar suatu slogan tetapi harus dibuktikan dengan program-program serta agenda bertindak bagi membentuk suasana Bandar Ilmu.
Kewujudan Bandar Ilmu Bangi ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan IPT, Institut Kemahiran dan pelbagai Pusat Penyelidikan yang pesat membangun. Maka, pengisytiharan Bandar Ilmu Bangi ini bukanlah satu propaganda tetapi ia akan menjadi titik permulaan dalam Malaysia bagi merealisasikan wilayah-bandar Kuala Lumpur sebagai ideopolis. Dalam kata lain, sudah ada unsur-unsur awal ideopolis yang telah dimulakan di wilayah-bandar Kuala Lumpur. Antara Pusat Pendidikan yang menghasilkan ilmuwan di kawasan tersebut adalah seperti berikut:
1. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3. Kolej Komuniti Hulu Langat
4. Universiti Kuala Lumpur Malaysia 5. Kolej Profesional Mara
6 .. Kolej Kejururawatan Dan Kesihatan Masterskill 7. ' Universiti Nottingham Kampus ·
8. Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) 9. Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd
10. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) 11. Institut Kemahiran Belia Negara 12. Kolej New Era
13. Institut Latihan Kehakiman & Perundangan
14. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) 15. Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)
Selaras dengan itu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Draf Rancangan Tempatan MPKj 2007-2020 telah menyediakan garis panduan khusus rekabentuk bandar pembangunan 'cyber centre'. Pembangunan 'cyber centre' dicadangkan selaras dengan matlamat pembentukan Bandar Ilmu bagi Konurbasi Bandar Baru Bangi serta melengkapkan pembangunan Multimedia Super Corridor di Putrajaya-Sepang-Bangi. Kawalan pembangunan di pusat bandar Bandar Baru Bangi perlu dibuat dalam memastikan keharmonian bandar dan keselesaan pengguna. Oleh
yang demikian, satu garis panduan khusus disediakan untuk mengawal pembangunan perdagangan serta rekabentuk bandar.
Justeru itu, rekabentuk bangunan moden dan bercirikan 'intelligent building' adalah digalakkan. Ciri-ciri 'intelligent building' melibatkan bangunan atau kompleks yang dapat menghasilkan persekitaran yang lebih produktif dan kos yang efektif melalui penggunaan optimum empat komponen utamanya iaitu struktur, sistem telekomunikasi, perkhidmatan dan pengurusan yang mengawal semua aktiviti dalam bangunan tersebut (Majlis Perbandaran Kajang, 2007: 1-2).. Situasi berkenaan jelas menggambarkan bahawa MPKj mampu membentuk 'Pelaburan fizikal dalam membentuk bandar raya berasaskan pengetahuan' sepertimana yang terdapat dalam salah satu 'daripada sembilan pemacu ideopolis. Jika MPKj melaksanakan lebih banyak perancangan berasaskan pemacu ataupun ciri-ciri ideopolis maka, wilayah-bandar Kuala Lumpur mampu merealisasikan ideopolis kelak. Foto 5.5, Foto 5.6, Foto 5.7 dan Foto 5.8 menggambarkan persekitaran yang pelbagai di bawah jagaan MPKj.
Justeru itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga turut menyedari kewujudan ideopolis pada masa ini. Responden 3 daripada Jabatan Perancangan Pembangunan yang juga merangkap sebagai Penolong Pengarah di jabatan tersebut menyatakan bahawa ideopolis sememangnya telah wujud di luar negara tetapi ia masih tidak diberi sepenuh perhatian di Malaysia. Walau bagaimanpun, MBPJ terus mendokong peranan bagi meningkat pembangunan dan perancangan di kawasan di bawah tadbirannya dengan menjadikan Petaling Jaya sebagai Bandaraya 'Knowledge City'. Pada masa ini banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang sudah
Foto 5.5: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Selangor perlu berperanan dalam merealisasikan Ideopolis Kuala Lumpur walaupun skop tugasnya adalah untuk
Selangor.
Foto 5.6: Penyampaian maklumat yang tepat dan betul penting dalam konteks Ideopolis.
Foto 5.7: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah satu institusi penjana dan diseminasi ilmu di kawasan kajian.
Foto 5.8: German-Malaysia Institute (GMI) berperanan dalam mengeluarkan pekerja berkemahiran teknikal.
lama beroperasi dan yang baru bertapak di Petaling Jaya. Program-program pengajian tinggi swasta yang sebahagiannya mengadakan program berkembar dengan IPT di luar negara telah menarik lebih ramai pelajar dari dalam dan luar negara yang kini tinggal di Petaling Jaya untuk menimba ilmu.
Fenomena ini di Petaling Jaya, menuntut agar MBPJ merebut peluang yang ada bagi memartabatkan Bandar Petaling Jaya sebagai 'knowledge city'. Usaha-usaha giat sedang dilakukan bagi membantu golongan ini supaya mereka terus mendapat sokongan daripada MBPJ bagi mengekalkan pelaburannya di Petaling Jaya dan mereka dapat menikmati persekitaran yang menuju kepada sebuah masyarakat beri!mu. Majlis j]lga akan berunding dengan institusi pengajian tinggi di sekitar Petaling Jaya untuk mencafi jalan yang paling baik untuk'merijadikan Petaling Jaya · sebagai "knowledge city". Program-program seperti pementasan teater, 'lifelong learning' dan sebagainya akan diaturkan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi tertentu. Untuk menyokong industri ini sebanyak RM 2.2 juta telah disediakan di dalam bajet 2009 berbanding hanyak RM 1.3 juta sahaja pada tahun semasa (Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 2009: 31). Berikut adalah Foto 5.9 yang menggambarkan bangunan pihak MBPJ yang terletak di Petaling Jaya yang memacu Petaling Jaya dalam menggalakkan pertumbuhan Bandar Petaling Jaya kelak.
Foto 5.9: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mentadbir konurbasi utama Kuala Lumpur (Petaling Jaya) perlu mewujudkan sinergi dengan Kuala
Lumpur.
5.5 Peranan PBT dalam Membangunkan Kuala Lumpur Sebagai Ideopolis 5.5.1 Perletakan IPT Dalam Pembangunan Wilayah
Statistik permohonan pelan dan maklumat perancangan dari pelbagai kategori permohon dijelaskan melalui Jadual 5.2. Situasi ini menggambarkan bahawa maklumat mengenai perancangan di wilayah-bandar mempunyai kepentingan bagi setiap agensi, individu ataupunjabatan-jabatan yang memerlukan. Kategori pemohon yang tertinggi untuk permohonan terse but adalah tergolong daripada pelajar IPT A dan IPTS iaitu sebanyak 318 permohonan. Oleh yang demikian, perancangan terhadap pembangunan wilayah-bandar mesti selaras dan tepat supaya pembangunan wilayah-bandar Kuala Lumpur lebih seimbang serta maklumat yang diberikan kepada komuniti tersebut lebih tepat. Keseimbangan pembangunan tersebut tidak hanya merujuk kepada pembinaan dan perletakan industri, ruang pemiagaan, kemudahan awam dan sebagainya, tetapi ianya haruslah selaras dengan
pembangunan IPT juga. Hasil daripada temubual bersama semua responden di PBT, pihaknya mengambil kira dan menitikberatkan perletakan IPT dan kawasan tersebut dilihat sebagai kawasan "sensitif', memandangkan lambakan IPT di Malaysia mampu menghasilkan komunti yang intelek bagi memacu pertumbuhan negara kelak.
Jadual 5.2: Statistik Permohonan Pelan dan Maklumat Perancangan.
Bil. KA TEGORI PEMOHON JUMLAH PERATUS(%)
PERMOHONAN
1. Agensi Swasta 85 14.5
2. Agensi Kerajaan 31 5.3
3. DBKL 38 6.5
4. Pelajar Sekolah 63 10.8
5. Pelajar IPT AIIPTS 318 54.5
6. Individu , 50 8.5
JUMLAH 585 100
(Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
PBT memberikan komitmen yang tinggi dalam pembangunan perancangan wilayah-bandar, yang mana PBT akan mengambil kira perletakan IPT dan tidak akan mengganggu pembangunan IPT di kawasan tersebut kecuali menerima arahan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun pihak IPT itu sendiri. Pihak PBT juga tidak akan menolak sebarang permohonan untuk pembinaan IPT di mana-mana kawasan tetapi, pihak tersebut perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan PBT.
Keengganan pihak IPT mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT akan menyebabkan permohonan untuk p~mbinaan tersebut akan ditolak. Sebagai contoh, pembinaan IPTS di Shah Alam yang berada di bawah pentadbiran MBSA iaitu Management Science University (MSU). Perletakan IPTS tersebu~ di kenalpasti berada di kawasan sensitif alam sekitar (iaitu kejadian banjir). Permohonan untuk
pembinaan IPTS tersebut tidak ditolak kerana jika permohonan tersebut tidak diluluskan kawasan tersebut akan menjadi terbiar dan terpinggir jauh dari arus pemodenan. Walau bagaimanapun, pihak MBSA tidak akan meluluskan dengan sewenang-wenangnya kerana MBSA akan menilai kembali sejauhmana pro dan kontra perletakan MSU di kawasan tersebut serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengatasi bencana banjir tersebut. Permohonan untuk pelan pembangunan dapat dilihat di Carta 5.1.
Selain itu, berdasarkan temubual bersama responden MP Sepang, perletakan IPT akan ditetapkan oleh pihak MP Sepang sendiri sebelum memberi kebenaran merancang untuk penubuhan IPT._ Pemaju juga dikehendaki melantik konsultan dalam melak~anakan , penubuhan IPT dan sijil layak menduduki (C:F) akan dikeluarkan. Sebagai contoh ialah proses pembinaan Kolej Teknologi Timur, Sepang. Justeru itu, penubuhan IPT di sekitar pentadbiran MBPJ perlu mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam Akta Kerajaan 171 dan MBPJ perlu mendapat kelulusan daripada agensi luar seperti Polis dan Bomba serta Kementerian Pengajian Tinggi di samping kebenaran merancang adalah diberi kelulusan oleh pihak MBPJ. Masa yang di ambil untuk meluluskan permohonan sesuatu IPT terbahagi kepada dua iaitu, bagi tanah kosong, proses meluluskan permohonan akan mengambil masa selama tiga bulan manakala, bagi penukaran rumah kedai kepada IPT, akan mengambil masa tidak lebih dari tiga bulan. MBPJ juga turut menilai
Pemohon
---(Sumber: Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA, 2009) Carta 5.1: Pelan Proses untuk Prosedur Kebenaran Merancang Pelan Pendirian Bangunan.
111
pandangan orang awam bagi perancangan wilayah, jika terdapat bantahan maka, pembinaan tersebut tidak akan diluluskan.
5.5.2 Analisis Persepsi PBT terhadap IPT
Usaha untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai ideopolis bukanlah suatu perkara yang mudahjika tiada susun atur strategi yang mantap. Mengenalpasti proses dan mekanisme jalinan saling hubungan PBT-IPT-industri yang terlibat adalah penting dalam membangunkan Kuala Lumpur sebagai ideopolis. Mekanisme jalinan ketiga-tiga indikator tersebut melibatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (P&P), pembinaan infrastruktur, penggubalan ~asar khas yang menyokong, latihan industri/inteinship, perundingan, ' libatsama komunitifkhidmat masyarakat dan penyediaan dana. Analisis mengenai mekanisme jalinan PBT ini perlu dikaji dengan teliti bagi menghasilkan satu kesimpulan yang releven untuk penyelidikan ini. Oleh yang demikian, satu persatu persoalan yang telah diajukan kepada responden akan dirungkai berdasarkan persoalan pokok kajian ini. Jadual 5.3 akan menjelaskan perincian tahap mekanisme jalinan di antara PBT dan IPT.
Pemerhatian dan penelitian terhadap analisis ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa soalan yang gaga! dijawab oleh responden. Responden menyatakan bahawa, tiada penggubalan dasar khas seperti polisi wilayah, polisi sains dan teknologi negeri, polisi pendidikan serta polisi industri dan perusahaan di PBT yang menyokong ideopolis. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Jabatan Pelan Induk DBKL, sememangnya wujud poiisi di DBKL tetapi ia tidak
Jadual5.3: Penilaian Kemantapan Jalinan Di antara PBT dan IPT, 2006-2010.
I Pibak Berkuasa Tempatan Tahap Kemantapan Jalinan Dengan IPT
(PBT)
R&D Pembinaan Penggubalan Latihan Perundingan Libatsama Penyediaan
Infrastruktur DasarKhas Industri/ Komuniti/ Dana
yang Internship Khidmat
Menyokong Masyarakat
1. Dewan Bandaraya Kuala 3 2 3 2 3 0 3
Lumpur (DBKq
2. Majlis Bandaraya Shah 0 0 0 0 0 3 3
Alam (MBSA)
3. Majlis Bandaraya 0 0 0 0 0 2 0
Petaling Jaya (MBPJ)
4. Majlis Perbandaran 0 0 0 0 0 2 0
Kajang (MPKj)
5. Majlis Perbandaran 3 0 0 2 0 1 0
Klang (MPKlang)
6. Majlis Perbandaran 1 1 0 ' 2 0 3 0
Subang Jaya (MPSJ)
7. Majlis Perbandaran 0 0 0 2 0 2 0
Sepang (MPSepang)
8. Majlis Perbandaran 0 0 0 3 0 0 0
Ampang Jaya (MPAJ)
113
Jadual 5.3: Sambungan
9. Majlis Perbandaran 0 1 0 2 0 0 0
Seremban (MPSNS)
10. Majlis Perbandaran Nilai 0 0 0 0 0 I 0
(MPN)
Petunjuk Skala Tahap Kemantapan Hubungan:
0 - Tidak Berkenaan 1- Rendah
2 - Sederhana 3- Tinggi
114
dinyatakan secara terperinci polisi tersebut. Skala tahap kemantapan jalinan PBT dengan IPT oleh responden dinilai pada tahap yang tinggi iaitu tiga. Penilaian tersebut menggambarkan kesalingbergantungan di antara pihak IPT bersama komitmen yangjitu diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi DBKL.
Namun demikian, kepastiannya adalah, PBT berperanan dalam melaksanakan polisi dan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta arahan tersebut perlu dilaksanakan bagi menggalakkan pertumbuhan bandar. Antaranya ialah Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Negara, Dasar Perbandaran Negara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, polisi dan dasar tersebut akan dinilai terlebih dahulu, sama ada ia boleh dilaksanakan ataupun tidak berdasarka~ kesesuaian. Polisi dan dasar 'ini juga 'dijadikan sebagai gaiis panduan dalam membuat keputusan dan PBT bertindak sebagai pelaksana sesuatu polisi dan dasar yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, polisi pembinaan IPT yang perlu dilihat daripada pelbagai aspek sebelum pembinaannya dilaksanakan. Iaitu, melihat daripada aspek struktur muka bumi, tanah, keluasan kawasan dan sebagainya yang mana merujuk kepada pelan struktur setempat.
Sebagai sebuah negara membangun Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam menghadapi persaingan abad ke-21. Namun keazaman Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju, berdaya saing dan teguh tetap kekal utuh.
Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu usaha besar ke arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara harus dilaksanakan. Sifat-sifat seperti suka menimba ilmu pengetahuan, berfikiran inovatif dan kreatif serta berdaya saing harus dibangunkan dalam kalangan rakyat. Inilah yang menentukan kejayaan masa depan ·
Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan. Selain itu, Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) juga berperanan dalam membantu pertumbuhan wilayah-bandar di Malaysia. Kejayaan P&P adalah kritikal bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga faktor berikut (Kementerian Pengajian Tinggi, 2007: 30):
(i) Menghasilkan harta intelek dan inovasi yang diperlukan bagi memacu negara ke peringkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambah global dan mewujudkan peluang pekerjaan baru.
(ii) Mencipta ilmu baru dan menghasilkan penemuan baru yang
berharga bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi yang unggul.
(iii) Membangunkan modal yang dihasratkan bagi mempergiatkan _ inovasi dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan.
I • ' ~ 1
Berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan, hanya tiga PBT menyatakan mekanisme jalinan PBT dengan IPT dari aspek P&P iaitu DBKL, MPKiang dan MPSJ. Tahap penilaian kemantapan hubungan yang dinilai sebanyak tiga oleh DBKL dan MPKlang menunjukkan wilayah-bandar Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri menuju ke arah pembangunan ideopolis. P&P merupakan aset yang penting untuk dijayakan bagi membolehkan wilayah-bandar Kuala Lumpur bersaing diperingkat global. Kerjasama di antara DBKL bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah dari sudut penglibatan P&P dalam pembangunan Sistem Kawalan Perancangan (SKP) di DBKL. Selain itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga terlibat dalam aktiviti P&P bersama DBKL dari sudut pembangunan Sistem Pemantauan Pencapaian Pclan Bandar Raya Kuala Lump~r 2020 (SPP PBRKL2020). Sepertimana yang diketahui, pelan tersebut adalah penting dalam
menentukan hala tuju wilayah-bandar Kuala Lumpur agar lebih sistematik pada masa akan datang.
Manakala MPKlang pula menjelaskan bahawa aktiviti P&P bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah melibatkan Record Management Human Resources. Ia bertujuan untuk memastikan sistem sumber manusia MPKlang lebih mantap dan teratur. MPSJ pula mempunyai mekanisme jalinan bersama UiTM dari sudut perkongsian data Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS merupakan sistem yang digunakan secara meluas pada masa ini. Perkembangan teknologi maklumat geografi (GIS) dan teknologi ICT telah memberi ruang seluas-luasnya kepada masyarakat untuk mencuba pendekatan-pendekatan baru bagi melaksanakannya ke dalam sistem pentadbiran sesuatu organisasi atau
·~egara.
Penggunaan GIS telah terbukti dapat melicinkan prosedur pentadbiran dalam membuat keputusan, perancangan dan perlaksanaan dasar. Konsep ini amat penting untuk kita mengharungi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan.Oleh yang demikian, usaha gigih perlu diambil untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa dengan bekerjasama dengan pihak-pihak lain khususnya PBT dan industri dalam merealisasikan hab ini. Maka, kajian ini jelas menggambarkan sinergi di antara
Oleh yang demikian, usaha gigih perlu diambil untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa dengan bekerjasama dengan pihak-pihak lain khususnya PBT dan industri dalam merealisasikan hab ini. Maka, kajian ini jelas menggambarkan sinergi di antara