PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (b) – SINTAKSIS 1. JENIS AYAT ( ada 4 jenis )
7. Analisis Ayat : Subjek & Predikat
i. Abang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Subjek : Abang
Predikat : telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. ii. Kerana sakit, Mary tidak hadir ke sekolah.
Subjek : Mary
PRAKTIS 1
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal.
(ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita. (iii) Isu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.
[6 markah] PRAKTIS 2
Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN).
(i) Dia masih tidur. (ii) Bas itu dari Seremban. (iii) Kucing itu kurus kering. (iv) Rakannya gadis Filipina.
(v) Puan Ramziah guru di sekolah itu. (vi) Merokok membahayakan kesihatan.
[6 markah] PRAKTIS 3
Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.
(ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok. (iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad. (iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah. (v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam. (vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
[6 markah]
PRAKTIS 4
Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata hubung yang sesuai.
(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera. Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu. (ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. (iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran.
[6 markah] PRAKTIS 5
Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.
[ 6 markah] PRAKTIS 6
Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.
(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat. [6 markah] PRAKTIS 7
Pisahkan setiap ayat majmuk di bawah ini menjadi dua ayat tunggal dengan mengekalkan maksudnya. (i) Malaysia mempunyai kelebihan menerajui pengeluaran produk halal kerana orang Islam akan lebih
yakin membeli produk keluaran negara Islam.
(ii) Kehidupan hari ini lebih mencabar dan kita perlu peka terhadap setiap perubahan yang berlaku. (iii) Antioksida pada teh hijau dan teh hitam mampu melambatkan pembentukan bakteria di dalam
mulut.
[6 markah] PRAKTIS 8
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.
Sarah menanya rakannya Lisa sama ada Lisa nampak apa yang dia nampak. Lisa memberitahu bahawa dia nampak dua orang bertopeng sedang cuba masuk ke rumah jiran mereka. Sarah mencadangkan agar mereka menelefon pihak polis dengan segera. Lisa bersetuju dengan cadangan itu dan ingin menelefon pihak polis, tetapi dia memberitahu Sarah bahawa dia mesti pergi jauh sedikit supaya perbualannya tidak didengar oleh pencuri itu. Sarah meminta Lisa bersegera untuk menelefon pihak polis kerana mungkin pencuri itu akan terlepas lari nanti. Lisa mengiakan dan meminta Sarah memerhatikan pencuri itu dengan teliti.
[6 markah] PRAKTIS 9
Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.
(i) Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil.
(ii) Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama dengan angkatan tentera.
(iii) Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala besar. [6 markah]
PRAKTIS 10
Tukarkan perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Cikgu Idayu : Mengapakah awak tidak menghantar kerja kursus yang saya arahkan semalam?
Aina : Maafkan saya cikgu, kerja kursus saya tertinggal di rumah.
Cikgu Idayu : Awak memang banyak alasan dan selalu tidak menyiapkan tugasan yang saya berikan.
Aina : Eh, tidaklah cikgu! Hanya kali ini saya betul-betul tertinggal kerja kursus itu di rumah.
Cikgu Idayu : Baiklah, saya terima alasan awak. Pagi esok saya mahu kerja kursus awak itu diletakkan di atas meja saya.
[6 markah] PRAKTIS 11
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Menara Berkembar Petronas bangunan pencakar langit negara kita.
(ii) Pelancong itu sedang membeli cenderamata tetapi rakan-rakannya yang lain telah lama pulang ke hotel.
[6 markah] PRAKTIS 12
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Kerajaan menyeru semua kakitangan awam supaya berjimat cermat ketika berbelanja. (ii) Sebelum pulang kamu mesti memadamkan semua lampu dan kipas.
(iii) Mangsa banjir Kampung Bendang Sepuluh itu memohon bantuan kewangan sebanyak RM500 daripada ADUN kawasan berkenaan.
[6 markah]
PRAKTIS 13
Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Penduduk kampung itu akan membaiki jambatan yang rosak di hujung kampung.
(ii) Dia akan membeli rumah pangsapuri itu jika memperoleh pembiayaan penuh daripada bank. (iii) Kanak-kanak yang meraung-raung kesakitan itu terluka kaki kirinya.
[6 markah] PRAKTIS 14
Tukarkan ayat songsang berikut kepada ayat susunan biasa. (i) Dari jauh sudah kelihatan Menara Berkembar Petronas itu. (ii) Sungguh indah pemandangan di Taman Negara.
(iii) Bagi memudahkan kita membuat perancangan saya mohon penjelasan yang lebih lanjut. [6 markah]
PRAKTIS 15
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut dan nyatakan jenisnya. (i) Budak itu bukan adik Sukatini.
(ii) Akan saya baca buku itu.
(iii) Amboi, petah sungguh budak itu bercakap! (iv) Siti Zaleha sedang membaca buku. (v) Susun pasu-pasu bunga di tepi pagar itu.
(iv) Sudah jelaskah hutang pinjaman perumahan Puan Asbaida?
[6 markah] PRAKTIS 16
Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Cikgu Azlan : Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?
Rajesh : Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu Azlan : Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah? Rajesh : Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
Cikgu Azlan : Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya)
Rajesh : Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.
[6 markah]
PRAKTIS 17
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:
Subjek : ___________________________________________ Predikat : ___________________________________________
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.
[6 markah] PRAKTIS 18
Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah atau karangan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
“Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya Maria. “Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Maria pun dah lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang mak. “Ayah, mak, marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil ayah dan maknya minum petang.
[6 markah] PRAKTIS 19
Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Tuan pengetua menjelaskan bahawa mana-mana pelajar yang menghisap rokok di kawasan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas kerana perbuatan tersebut merupakan kesalahan berat dari segi peraturan sekolah.
(ii) Cikgu Ramlah memaklumkan kepada penyelaras Kem Kecemerlangan Matematik bahawa dia tidak dapat hadir kerana terpaksa mengikuti kursus haji di Masjid Abu Bakar Temerloh.
(iii) Fatimah memuji kecantikan baju batik yang dipakai oleh Kamariah kerana coraknya yang mesra alam.
[6 markah] PRAKTIS 20
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan.
(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia. (ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya. (iv) “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya. (vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.
[6 markah]