• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (e) - Peribahasa

Dalam dokumen Modul Soalan Berkualiti Spm Bm2 (Halaman 92-98)

 Calon perlu menguasai maksud peribahasa. (termasuk simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata hikmat.)

 Pelajar perlu dilatih mengaplikasikan penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.  Pelajar perlu didedahkan peribahasa yang ada dalam buku teks.

 Pelajar perlu mempunyai nota/ latihan/ rujukan yang khusus untuk peribahasa.

 Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu: (i) Membina ayat berdasarkan peribahasa

(ii) Menyatakan maksud peribahasa

(iii) Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud (iv) Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat

(v) Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi ) (vi) Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan (vii) Menyatakan peribahasa yang sama maksud

(viii) Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. PRAKTIS 1

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.

(ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak.

(iii) Jangan sengaja mencari kesusahan.

[6 markah] PRAKTIS 2

Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah. (i) Melakukan pekerjaan yang sia-sia.

(ii) Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (iii) Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.

[6 markah] PRAKTIS 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi tersebut.

Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan.

[6 markah] PRAKTIS 4

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu lagi peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa dalam ayat tersebut.

(i) Orang yang baik, walau di mana-mana berada akan dimuliakan juga, umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.

(ii) Dia sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan kerana dia belum pasti mendapat pekerjaan di bandar itu, takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. (iii) Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan itu umpama mengeji diri sendiri.

[6 markah] PRAKTIS 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang.

[6 markah] PRAKTIS 6

Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) indah khabar daripada rupa (ii) meninggi diri

(iii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

PRAKTIS 7

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju negara, kita akan dianggap seperti ... (1) ...kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.

Prof. Hasni: Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir. Peribahasa ... (2) ... perlu menjadi pegangan mereka.

Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara supaya setanding dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa ... (3) ...

[6 markah] PRAKTIS 8

Nyatakan peribahasa lain yang sama maknanya dengan peribahasa yang diberikan di bawah ini. (i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

(ii) Alang-alang mandi biar basah (iii) Mencurah garam ke laut

(6 markah]

PRAKTIS 9

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti ……… kerana kedudukan kewangan syarikat amat kritikal.

(ii) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua ………..

(iii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata pepatah ……….

[6 markah]

PRAKTIS 10

Tulis ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. (i) Alang-alang mandi biarlah basah.

(ii) Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. (iii) Otak cair.

[6 markah]

PRAKTIS 11

Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

(i) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung (ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (iii) Genggam bara api biar sampai jadi arang

[6 markah]

PRAKTIS 12

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa lain yang sama maksudnya dengan peribahasa yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Segala nasihat yang diberikan seperti hujan jatuh ke pasir kerana tidak sedikit pun berbekas di hati Junid.

(ii) Apabila hujan berlarutan, keadaan penduduk di kawasan tanah tinggi itu seperti abu di atas tunggul kerana diancam tanah runtuh.

(iii) Kemenangan pasukan Rumah Merah itu umpama orang mengantuk disorongkan bantal kerana mereka memang mengharapkannya sejak awal pertandingan lagi.

[6 markah]

PRAKTIS 13

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Remaja kini gemar mengunjungi kafe siber yang semakin banyak beroperasi di negara ini. (ii) Walaupun kita semakin maju, namun budaya nenek moyang perlu kita amalkan agar berkekalan. (iii) Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda, kita perlulah berhati-hati mengeluarkan tutur

kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.

[6 markah]

PRAKTIS 14

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Abangnya menegur sikap adiknya yang suka menangguhkan kerja sedangkan abangnya juga sering berbuat demikian, sikap abangnya...

(ii) Kita tidak boleh bersikap ... kerana tamak, akhirnya diri sendiri yang rugi. (iii) Pasangan pengantin itu sama cantik, sama padan ...

[6 markah] PRAKTIS 15

Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat memberikan maksud peribahasa tersebut.

(i) pelanduk dua serupa (ii) bulat kata

[6 markah]

PRAKTIS 16

Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri berbuat salah. (ii) Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

(iii) Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. [6 markah]

PRAKTIS 17

Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

(i) Gagak pulang ke benua.

(ii) Alang-alang berdakwat biar hitam. (iii) Musuh dalam selimut.

[6 markah]

PRAKTIS 18

Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan peribahasa tersebut.

(i) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga (ii) Api dalam sekam

(iii) Membuka pekung di dada

[6 markah]

PRAKTIS 19

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Sebaik-baik sahaja mendapat surat panggilan temu duga sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur, Zuraidah telah menyuruh abangnya mencarikannya rumah sewa dan meletakkan jawatannya sebagai kerani di Ipoh, Perak.

(ii) Jamil menganggap bahawa Abdul merupakan rakan yang boleh dipercayainya. Namun, rupa-rupanya di belakang Jamil, Abdul telah memburuk-burukkan Jamil kepada rakan-rakannya yang lain.

(iii) Projek penternakan ikan air tawar yang diusahakan Johan begitu mencabar kesabarannya. Namun, berkat kecekalan dan keazamannya akhirnya dia berjaya menempa kejayaan sebagai pengusaha ikan air tawar yang paling terkenal di daerah itu.

[6 markah]

PRAKTIS 20

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.

(ii) Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.

(iii) Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.

[6 markah]

MODUL 6 : NOVEL

Dalam dokumen Modul Soalan Berkualiti Spm Bm2 (Halaman 92-98)