• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN UMUM MENJAWAB SOALAN 3 (a): Membina Ayat 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul

Dalam dokumen Modul Soalan Berkualiti Spm Bm2 (Halaman 66-72)

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa atau nama khas - 0 markah.

4. Sengaja menambah atau menukar imbuhan – 0 markah.

5. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, akan ditolak ½ markah bagi setiap soalan.

6. Jika semua perkataan digunakan sebagai satu ayat, diberi pertimbangan sebagai satu ayat. 7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

8. Isi tidak jelas, tolak ½ markah. 9. Soalan bahagian ini merangkumi ;

(i) Kata dasar dan kata terbitan (ii) Kata banyak makna

(iii) Kata yang hampir sama makna (iv) Kata nama

(v) Kata kerja (vi) Kata adjektif (vii) Kata ganda (viii) Kata tugas

(ix) Kata terbitan/pasangan kata terbitan (x) Pasangan kata homograf

(xi) Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh (xii) Pasangan kata ganda dan kata majmuk

(xiii) Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan (xiv) Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan (xv) Pasangan kata dasar dan kata majmuk

(xvi) Pasangan kata homofon (xvii) Kata pinjaman bahasa Melayu (xviii) Kata tunggal

(xix) Kata terbitan (xx) Kata majmuk

PRAKTIS 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) seniman (ii) budiman (iii) hartawan (iv) karyawan (v) peragawati (vi) olahragawati [6 markah] PRAKTIS 2

Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) nama (ii) bernama (iii) ternama (iv) menamakan (v) kenamaan (vi) penamaan [6 markah] PRAKTIS 3

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) reda - redah

(ii) paras - parau

(iii) kerat - kelat

[6 markah]

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menjahit (ii) menyulam (iii) mengait (iv) menganyam (v) memilin (vi) menyirat [6 markah] PRAKTIS 5

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat (ii) diam (iii) bidang

[6 markah]

PRAKTIS 6

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bekalan (ii) pembekal (iii) membekalkan (iv) menaiki (v) kenaikan (vi) penaikan [6 markah] PRAKTIS 7

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) memelihara (ii) memulihara (iii) menambah (iv) menambak (v) menjirus (vi) menjurus [6 markah]

PRAKTIS 8

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan ini sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) lukis (ii) melukis (iii) melukiskan (iv) terlukis (v) lukisan (vi) pelukisan [6 markah] PRAKTIS 9

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bunga (ii) haus (iii) gugur

[6 markah]

PRAKTIS 10

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tembok - tembuk

(ii) telur - telor

(iii) tempoh - tempuh

[6 markah] PRAKTIS 11

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mabuk laut (ii) lipat ganda (iii) pindah tangan (iv) tahan lasak (v) harga borong (vi) sumpah seranah

[6 markah] PRAKTIS 12

Tulis satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) laga - melagakan

(ii) kabur - mengaburkan

(iii) diam - mendiamkan

[6 markah] PRAKTIS 13

Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) hangat (ii) genting (iii) gugur

[6 markah]

PRAKTIS 14

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menggulai (ii) menumis (iii) menggoreng (iv) menyiang (v) memotong (vi) mencantas [6 markah] PRAKTIS 15

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) setempat (ii) bertempat (iii) menempatkan (iv) lurus (v) berselurus (vi) melurus [6 markah]

PRAKTIS 16

Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dapat - bersependapat

(ii) prihatin - keprihatinan

(iii) sejuk - kesejukan

[6 markah] PRAKTIS 17

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) abadi (ii) akhlak (iii) iltizam (iv) istirahat (v) syumul (vi) zuriat [6 markah] PRAKTIS 18

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata majmuk di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan kata majmuk itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) ambil alih (ii) daya usaha (iii) campur tangan (iv) lipat ganda (v) ramah mesra (vi) luar biasa

[6 markah] PRAKTIS 19

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menjahit (ii) menyulam (iii) menekat (iv) memangkas (v) mencantas (vi) memotong

[6 markah] PRAKTIS 20

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kehampaan (ii) kesukaran (ii) kelalaian (iv) kebejatan (v) kemaslahatan (vi) kepincangan [6 markah]

B. SINTAKSIS

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (b) – SINTAKSIS

Dalam dokumen Modul Soalan Berkualiti Spm Bm2 (Halaman 66-72)