• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 2( c) - Petikan Prosa Tradisional

Dalam dokumen Modul Soalan Berkualiti Spm Bm2 (Halaman 118-122)

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Indera Jenaka Itu, "Ya tuanku, adapun Si Piatu itu bukankah akan namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun terlalu sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu."

Hatta maka raja pun hairan mendengar ceteranya Indera Nata itu, "Wah, anak siapakah gerangan itu maka terlalu ia sangat beraninya dan bijaksana itu!"

(Dipetik daripada 'Hikayat Indera Nata' dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud mergastua yang buas-buas.

[2 markah] (ii) Apakah keistimewaan-keistimewaan Indera Nata?

[3 markah] (iii) Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Indera Nata berkhidmat

dengan kerajaan anda?

[3 markah]

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000) Ahmad Sarju

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(iv) Nyatakan dua kepentingan bahasa Melayu seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut. [2 markah] (v) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan bahasa Melayu

dikenali pada peringkat antarabangsa?

[3 markah] (vi) Selain persoalan kepentingan bahasa Melayu, jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat dalam

puisi tersebut.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bilah (ii) jambak (iii) keping (iv) pucuk (v) rawan (vi) utas [6 markah] (b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa

Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).

(i) Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru. (ii) Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.

(iii) Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat. (iv) Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan. (v) Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.

(vi) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.

[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar.

(ii) Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

(iii) Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di tempat-tempat rekriasi yang terdapat di negara kita.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan lagi.

(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka pada guru semata-mata

(iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.

[6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan

maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.

(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.

(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa ... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari.

[7 markah] (b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan.

[8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT

PRAKTIS SOALAN PEPERIKSAAN

Dalam dokumen Modul Soalan Berkualiti Spm Bm2 (Halaman 118-122)