• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS TEKNOLOG

Dalam dokumen Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men (Halaman 42-46)

UNTUK SISTEM MAKLUMAT PELAJAR HIDAYAH

3. KOMEN TAMBAHAN:

2.6.4 ANALISIS TEKNOLOG

Analisis teknologi meliputi teknologi yang akan digunakan dalam pembangunan sistem, iaitu teknologi penyimpanan data, iaitu sistem pengurusan pangkalan data yang akan digunakan, aplikasi yang akan digunakan, dan fungsi yang akan dibangunkan. Teknologi yang akan digunakan adalah teknologi berasaskan web. Aplikasi berasaskan web ini menggunakan perisian PHP, pangkalan data MySQL, dan server Apache

2.6.4.1 KELEBIHAN APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi berasaskan web telah diguna pakai sekian lama. Ia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri berbanding sistem aplikasi desktop. Menurut Fowler (2004), terdapat beberapa kelebihan menggunakan aplikasi berasaskan web;

i. Tidak memerlukan proses instalasi

Aplikasi berasaskan web boleh dilayari menggunakan komputer peribadi milik individu atau syarikat menggunakan pelayar web seperi Internet Explorer,

Mozilla Firefox, Netscape dan sebagainya. Berbeza dengan aplikasi desktop, yang memerlukan proses instalasi untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dengan menggunakan aplikasi berasaskan web, ia akan memudahkan organisasi dan pengguna yang terlibat untuk menggunakan sistem, tanpa perlu untuk membeli dan membuat proses instalasi terlebih dahulu. Selain itu, aplikasi berasaskan web juga boleh digunakan oleh multi komputer, dan tidak bergantung kepada satu komputer sahaja untuk menggunakannya.

ii. Tidak bergantungan kepada sesuatu lokasi atau sesuatu peralatan sahaja.

Aplikasi berasaskan web boleh dicapai oleh pengguna dari komputer yang mempunyai capaian kepada internet. Ini memudahkan pihak pengguna, sama ada individu ataupun organisasi untuk melayari aplikasi web yang mereka kehendaki. Oleh itu, segala proses dan fungsi aplikasi web boleh dilakukan di setiap komputer yang mempunyai capaian kepada internet.

iii. Memudahkan Integrasi

Aplikasi web boleh memudahkan proses integrasi kerja secara menyeluruh. Ia membantu pihak organisasi membuat kemas kini maklumat secara berkumpulan, dan ini akan mempercepatkan lagi proses kemas kini maklumat tanpa pengguna perlu menunggu giliran penggunaan sistem. Pengguna boleh mengemas kini maklumat di mana sahaja, selagi mana mereka mempunyai capaian ke internet.

iv. Tidak memerlukan perkakasan khusus

Dengan menggunakan aplikasi web, pengguna boleh mencapai sistem dengan menggunakan pelayar internet, tanpa perlu mempunyai perkakasan yang khusus untuk membuat pemprosesan. Selain itu, sekiranya ada pertambahan atau pertukaran, seperti pengemaskinian fungsi dalam sistem, pengguna tidak perlu menambah perkakasan yang baru, dan Cuma menggunakan pelayar internet sahaja untuk melayari sistem yang dikehendaki.

2.6.4.2 PHP (HYPERTEXT PREPROCESSOR)

PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan secara meluas untuk membangunkan laman web, sejak diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Rasmus Lerdorf (Welling, 2005). PHP bermaksud Personal Home Page Tools, yang bermaksud peralatan membangunkan laman web secara personal. PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang percuma dan mudah didapati di internet, dan sehingga 2004, versi terbarunya, iaitu PHP 5.0 telah dilancarkan (Meloni, 2004) dan telah diguna pakai secara meluas. Selain itu, terdapat juga forum-forum di dalam internet yang membahaskan mengenai PHP dan cara untuk menggunakan fungsi yang terdapat dalam PHP, antaranya www.phpforums.net, dan

www.thephpforums.net. Ini memudahkan lagi proses pembinaan laman web menggunakan aplikasi PHP kerana ramai pengguna PHP sanggup berkongsi pengetahuan berkenaan dengan PHP.

Terdapat banyak kelebihan yang menjadikan PHP bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menghasilkan laman web yang dinamik dan interaktif. Antara kelebihan yang terdapat jika pengguna menggunakan PHP menurut ialah (Ridruejo, 2002) :

• Mudah dipelajari

PHP menggunakan kod HTML dan juga kod PHP yang tersendiri, dan ianya boleh diintegrasikan dalam satu bahasa pengaturcaraan yang sama. Oleh itu, ianya sangat mudah untuk dipelajari dan dengan adanya bantuan daripada pengguna PHP di internet, ia lebih memudahkan lagi proses pembelajaran PHP.

• Sumber terbuka (open source)

PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang menggunakan sumber terbuka, oleh itu, ianya boleh dipelajari oleh pelbagai pihak. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk membangunkan laman web, sama ada laman web persendirian ataupun laman web komersial. Selain itu, bantuan untuk menggunakannya juga mudah didapati di internet, dengan wujudnya forum berkaitan dengan PHP.

• Platform yang pelbagai (Multiplatform)

PHP boleh digunakan dalam berbagai-bagai platform pelayan web dan sistem operasi. PHP boleh digunakan dalam pelayan web seperti Apache, Microsoft IIS dan juga pelayan Netscape. PHP juga boleh digunakan dalam sistem operasi

Unix, Windows, Linux, OS/2 mahupun MAC OS X.

• Pangkalan Data yang pelbagai

PHP boleh diintegrasikan dengan pangkalan data yang berbeza, seperti MySQL, Microsoft Access, SQL Server, Oracle, dan sebagainya. Ini akan memudahkan proses pengurusan pangkalan data yang baik, bergantung kepada fungsi yang dibangunkan, dan saiz sistem yang dibangunkan.

Selain itu, menurut Meloni (2004), PHP yang semakin berkembang, mempunyai dua kelebihan utama, iaitu;

• Pantas

Ianya pantas kerana pemprograman menggunakan aplikasi PHP ini, pantas dan memudahkan proses pengemaskinian fungsi dan sebagainya.

• Fleksibel

Disebabkan PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang bersumberkan sumber terbuka, maka ianya lebih fleksibel, dan dalam masa yang sama, ianya tetap pantas dalam membuat pemprograman. akan tetapi, untuk sistem yang kompleks, pemprosesan data akan menjadi sedikit lambat kerana fungsi yang dibangunkan terlalu kompleks, dan memerlukan masa untuk memproses.

2.6.4.3 PANGKALAN DATA MySQL

MySQL merupakan salah satu aplikasi pangkalan data yang selalu digunakan dalam membuat integrasi menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, kerana ia juga merupakan pangkalan data yang bersumber terbuka. Ini memudahkan pihak pembangun sistem untuk membina sistem, kerana ianya tidak memerlukan pengguna untuk membayar untuk menggunakan aplikasi ini. MySQL merupakan Sistem Perhubungan Pengurusan Pangkalan Data (RDBMS) yang tahan lasak dan pantas (Welling, 2005). MySQL juga menggunakan bahasa pertanyaan yang berstruktur (Structured Query Language, SQL), oleh itu, ianya lebih mudah untuk digunakan dan difahami oleh pembangun sistem.

Walaupun MySQL adalah termasuk dalam kategori RDMBS, ia mempunyai beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan aplikasi pangkalan data yang lain seperti Oracle. Aplikasi ini tidak mempunyai keupayaan untuk menyokong

subqueries dan stored procedures (Bulger, 2004). Selain itu, ianya juga tidak mempunyai aplikasi untuk menunjukkan perhubungan antara jadual, seperti yang terdapat dalam Microsoft Access atau SQL Server. Namun begitu, ia adalah pangkalan data yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi yang kecil dan sederhana dan akan digunakan untuk pembangunan projek ini.

Dalam dokumen Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men (Halaman 42-46)

Dokumen terkait