• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI BERASASKAN WEB

Dalam dokumen Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men (Halaman 32-36)

KAJIAN LITERATUR

2.4 SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN (SBK)

2.4.4 APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi web merupakan satu aplikasi yang semakin banyak digunakan, dan kebanyakan organisasi menggunakan aplikasi berasaskan web sebagai salah satu pilihan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Aplikasi berasaskan web merupakan satu aplikasi di mana ianya di layari menggunakan pelayar web daripada perhubungan atas talian, seperti internet atau intranet.

Aplikasi berasaskan web sangat popular kerana pelayar web boleh menjadi pelanggan, dan tanpa perlu memasukkan perisian tertentu untuk melayari sesuatu web. Kebolehan untuk menambah baik dan penyelenggaraan yang mudah, menambah lagi populariti aplikasi berasaskan web ini. Aplikasi web semakin digunakan untuk menghantar e-mel, jual-beli atas talian, forum, perbincangan atas talian, dan berbagai lagi fungsi, memudahkan pengguna untuk mencapai dan melayari fungsi-fungsi ini, sangat membantu menjadikan aplikasi web bertambah popular.

Akan tetapi, untuk membangunkan aplikasi berasaskan web ini, ia memerlukan pembangun aplikasi ini untuk merancang dan memilih strategi pembangunan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pembangunan aplikasi berasaskan web daripada Rockwell, 2001, adalah pelayan web yang akan digunakan, serta bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan untuk mereka bentuk aplikasi web.

Pelayan web yang terdapat sekarang, terdapat beberapa jenis, bergantung kepada kehendak pelanggan. Antaranya, yang biasa digunakan, adalah Internet Information Server (IIS) yang diperkenalkan oleh Microsoft, WebSphere Application Server daripada IBM, dan juga aplikasi sumber terbuka daripada Apache Server. Pemilihan pelayan perlu juga bergantung kepada kos pembangunan sistem, dan kehendak pelanggan.

Dalam pemilihan bahasa pengaturcaraan untuk membina dan mereka bentuk aplikasi berasaskan web juga terdapat beberapa pilihan iaitu ASP yang biasanya menggunakan pangkalan data SQL server, PHP yang menggunakan pangkalan data MySQL, XML, C#, Java dan lain-lain lagi. Semua bahasa ini menggunakan bahasa asas yang sama, iaitu Hyper Text Markup Language (HTML).

2.5 KAJIAN TERDAHULU

Dalam sistem maklumat sekolah yang telah dibangunkan, ia merangkumi beberapa aspek yang penting, seperti perancangan untuk membina sistem, sistem penilaian prestasi dan sebagainya. Kajian terdahulu mampu menjadi petunjuk tentang sistem yang akan dibangunkan, dengan mengambil kita aspek-aspek yang telah dikaji, dan ditekankan oleh kajian sebelum ini.

Berdasarkan kajian oleh Chong (2001), Perancangan Sistem Maklumat Sekolah Menengah Bestari, menyatakan bahawa, adalah sangat penting budaya sesuatu sekolah ditekankan dan diambil kira dalam membuat pelan perancangan sistem maklumat dan perancangan infrastruktur sekolah menengah bestari persendirian cina. Atas sebab ini, dia telah menekankan aspek kebudayaan dalam perancangannya, dan untuk mencapai matlamat itu, dia telah melakukan proses temu ramah, kaji selidik, dan pemerhatian terhadap pelajar, guru, dan pihak pengurusan sekolah tersebut. Oleh itu, sangat perlu untuk ditekankan aspek kebudayaan dalam pelan perancangan sistem maklumat sekolah, agar sistem yang dibangunkan, mampu untuk mencapai matlamat sekolah dan pihak pengurusan.

Dalam kajian oleh yang dijalankan oleh Sin (2003), terhadap dua buah sekolah yang terdapat di Johor Bahru, iaitu sekolah bestari dan sebuah sekolah biasa (bukan bestari), beliau membandingkan penggunaan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) kepada kedua-dua buah sekolah ini. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di kedua-dua buah sekolah, dengan mengambil kira aspek perbezaan pola penggunaan teknologi, dan tahap literasi serta kesedaran komputer. Kedua-dua aspek ini, telah cukup menjadi rujukan kajian ini, kerana ianya mampu untuk menjadi rujukan dan membantu dalam pembentukan polisi bagi penggunaan ICT di peringkat nasional, negeri dan sekolah. Kajian ini penting, seperti kajian yang dilakukan oleh Chong (2001), untuk membuktikan lagi keperluan untuk mengenal pasti aspek budaya dalam membuat pelan perancangan sistem maklumat sekolah.

Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Chendu (2003), Perancangan Sistem Maklumat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan: Kajian Kes Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini, pula membuat kajian, berasaskan aspek yang berbeza, iaitu menekankan perbezaan keperluan pengguna, kepada tiga kumpulan, iaitu pihak pengurusan atasan, kumpulan pengurusan pertengahan dan kumpulan pelaksana. Pihak pengurusan atasan adalah merupakan pengetua sekolah, kumpulan pengurusan pertengahan, merupakan penolong kanan akademik, penolong kanan hal- ehwal pelajar penolong kanan kurikulum dan semua ketua panitia. Kumpulan pelaksana pula, merupakan guru-guru subjek, selain daripada guru yang termasuk

dalam kumpulan pengurusan atasan dan kumpulan pengurusan pertengahan. Chendu telah membuat kajian berdasarkan empat kaedah, iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan analisis prosedur dan dokumen berkaitan. Kajian ini menunjukkan, bahawa selain daripada aspek budaya, aspek peringkat kumpulan pengurusan juga perlu diambil kira sebagai salah satu aspek dalam membuat perancangan sistem maklumat pelajar. Ia dapat membantu mengenal pasti skop kerja setiap peringkat, dan juga mengenal pasti, keperluan dan kehendak setiap kumpulan guru.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Mohamed Sabil (2001), Sistem Maklumat Pelajar Sekolah (SMART), pula menyatakan bahawa perlunya satu sistem untuk membuat penyimpanan data pelajar, kerana apabila bilangan pelajar bertambah, maka maklumat berkenaan pelajar juga akan bertambah, dan ini memerlukan storan yang lebih besar, dan menggunakan sistem manual, ia akan memberikan masalah storan kepada pihak sekolah, dan juga akan menimbulkan masalah pengemaskinian maklumat dan juga masalah kehilangan maklumat. Projek ini menyediakan prototaip untuk membangunkan sebuah perisian pengurusan rekod pelajar, bagi mengatasi masalah storan. Ia mengandungi enam modul utama, iaitu Modul Pendaftaran Pelajar, Modul Rekod Individu, Modul Senarai Pelajar, Modul Kelas, Modul Laporan dan Modul Penyelenggaraan Sistem. Dengan adanya sistem ini, ia mampu memberikan kemudahan kepada pihak guru dan juga pihak sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar dengan lebih efisien dan berkesan, serta lebih cepat berbanding kaedah manual.

Hasan Basri (2002), pula menyatakan bahawa, dalam situasi teknologi masa kini, teknologi ini mampu digunakan untuk membantu proses pembelajaran para pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kemampuan penggunaan komputer dalam menguji tahap kefahaman pelajar berdasarkan kepada prestasi mereka serta membangunkan perisian yang berkaitan dengan situasi tersebut. Berdasarkan kaedah manual, ia hanya tertumpu kepada penerangan dari pensyarah dan pelajar cuba memahami konsep yang diajar, dan tiada kajian untuk mengukur tahap kefahaman pelajar masih kurang dilakukan. Oleh itu, diharap kajian ini, mampu membantu pihak berkenaan untuk menilai prestasi pelajar menggunakan perisian yang telah dibangunkan.

Manakala kajian yang dibuat menggunakan SBK oleh Yong (2002), untuk Penilaian Prestasi Guru Sekolah Rendah, untuk membantu penilaian prestasi guru, menggunakan kaedah model AHP, Analytic Hierarchy Process untuk memilih dan mempertimbangkan kriteria yang diperlukan.

Dalam dokumen Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men (Halaman 32-36)

Dokumen terkait