• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men"

Copied!
154
0
0

Teks penuh

(1)

MOHAMMAD ZAKRI BIN TARMIDI

(2)

SISTEM BANTU KEPUTUSAN UNTUK SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH

MOHAMMAD ZAKRI BIN TARMIDI

Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Teknologi Maklumat – Pengurusan)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

(3)

Khas buat

ISTERI TERSAYANG,

HAZWANI BT SIS

Atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi..

Juga untuk kedua ibubapa tersayang

TARMIDI TAMSIR

Dan

MAIMUNAH ABDUL RAHMAN

(4)

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH,

SYUKUR...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t

kerana berkat limpah rahmat dan keizinan-NYA, kajian ini berjaya disiapkan. Moga

rahmat dan redha-NYA akan terus menerus menaungi hidup ini, insya-ALLAH.

Selain itu, penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek ini, P.M Dr Naomie Salim, atas nasihat, idea

dorongan serta tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan.

Terima kasih juga kepada pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah atas

kerjasama dan bantuan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada

kajian ini.

Terima kasih juga kepada kakitangan pejabat pentadbiran lepasan ijazah FSKSM

atas bantuan dan kerjasama yang sangat erat, serta tunjuk ajar yang tidak mengenal erti

lelah, terutama buat kak Lijah dan kak Shidah, hanya ALLAH s.w.t yang mampu

membalas budi baik kali, bantuan kalian akan terus dikenang.

Akhir sekali, buat semua teman seperjuangan yang saling membantu selama dua

tahun ini, terima kasih atas segalanya, hanya ALLAH s.w.t yang mampu membalas jasa

(5)

ABSTRAK

(6)

ABSTRACT

(7)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Projek 1.5 Skop Projek

1.6 Kepentingan Projek

1.7 Ringkasan dan Struktur Tesis

(8)

2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan

2.2 Teknologi di Sekolah 2.3 Kaedah yang Digunakan

2.4 Sistem Bantuan Keputusan (SBK) 2.4.1 Aspek Dalam Sistem Bantuan

Keputusan

2.4.2 Komponen Sistem Bantuan Keputusan 2.4.3 Unified Modeling Language

2.4.4 Aplikasi Berasaskan Web 2.5 Kajian Terdahulu

2.6 Kajian Keperluan Pengguna 2.6.1 Kajian Kemunasabahan 2.6.2 Analisis Pengguna Sistem 2.6.3 Analisis Strategi

2.6.4 Analisis Teknologi

2.6.4.1Aplikasi Berasaskan Web 2.6.4.2PHP

2.6.4.3Pangkalan Data MySQL 2.6.5 Perbandingan Sistem Maklumat Sedia

Ada

2.6.6 Perbincangan Kelebihan dan Kekurangan

3.2 Rekabentuk dan Prosedur 3.2.1 Rangka Kerja Kajian

3.2.2 Metodologi Pembangunan Sistem 3.2.3 Model Prototaip

3.2.4 Pengujian Sistem

(9)

3.3 Rangka Operasi

3.3.1 Rekabentuk Logikal 3.3.2 Rekabentuk Fizikal

3.4 Pendekatan Kajian dan Sumber Data 3.5 Kaedah dan Analisis Data

3.5.1 Proses Pengaturcaraan Linear 3.6 Work Breakdown Structure

3.7 Carta Gantt 3.8 Kesimpulan

4.2 Latar Belakang Organisasi 4.3 Carta Organisasi

4.4 Model Data Sedia Ada

4.4.1 Penyimpanan Maklumat Pelajar 4.4.2 Proses Sedia Ada

4.4.3 Masalah Sistem Sedia Ada

4.4.4 Pembaikan Terhadap Sistem Sedia Ada

4.5 Rekabentuk Unified Modeling Language

4.5.1 Rajah Peristiwa 4.5.2 Rajah Kelas

4.6 Kajian Keperluan Pengguna 4.7 Kesimpulan

5 PERLAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM 5.1 Pendahuluan

5.2 Implementasi dan Pembangunan Sistem 5.2.1 Modul Pengguna

5.3 Pengujian Sistem

5.3.1 Pengujian Sintaksis 5.3.2 Pengujian Kotak Putih

(10)

5.3.3 Pengujian Kotak Hitam 5.4 Pengujian Modul oleh Pengguna 5.5 Kesimpulan

96 97 98

6 STRATEGI ORGANISASI

6.1 Pendahuluan

6.2 Perancangan Perubahan Pengurusan 6.3 Perancangan Perubahan Pangkalan Data 6.4 Kesimpulan

99 100 101 101

7 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

7.1 Pendahuluan 7.2 Perbincangan

(11)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Perbandingan Ala-pasangan 60 4.1 Jadual Organisasi SMIH 2007 68 4.2 Jadual Jawatankuasa Khas SMIH 2007 69 4.3 Masalah Sistem Sedia Ada di SMIH 79 5.1 Ujian Fungsi Bagi Setiap Modul 96 5.2 Keputusan soal selidik pelajar 97 5.3 Keputusan soal selidik guru dan pihak pentadbiran

sekolah

(12)

SENARAI RAJAH

2.7 Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Slip Peperiksaan

35

2.8 Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Kewangan Pelajar

35

3.1 Rangka Kerja Kajian 40

3.2 Model Metodologi Prototaip 45 3.3 Rekabentuk Berasaskan Server 52 3.4 Rekabentuk Berasaskan Pengguna 53 3.5 Rekabentuk Pengguna - Server 54

3.6 Rekabentuk Tiga Baris (Three - Tier) 54 3.7 Rekabentuk Empat Baris (Four - Tier) 55 4.1 Carta Organisasi SMIH 2007 67

4.2 Contoh Pembahagian Pangkalan Data Mengikut Tingkatan

(13)

4.3 Contoh Penyimpanan Pangkalan Data Peperiksaan

74

4.4 Contoh Penyimpanan Markah Peperiksaan 75 4.5 Contoh Laporan Peperiksaan yang dijana 76 4.6 Fasa Pemprosesan data sehingga kepada pihak

Lembaga Pengelola

78

4.7 Rajah Peristiwa untuk Ibu Bapa dan Pelajar 83 4.8 Rajah Peristiwa untuk Guru 83 4.9 Rajah Peristiwa untuk Pihak Pentadbiran SMIH 84 4.10 Rajah Peristiwa Admin Sistem 84 5.1 Rajah Carta Antaramuka Pengguna 92 5.2 Rajah Hirarki Pengujian Kotak Putih 95

(14)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Rajah Kes Guna 108

B Rajah Kelas 109

C Rajah Jujukan 110

D Manual Pengguna 111

E Borang Soal Selidik Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh

128

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Islam Hidayah merupakan sebuah sekolah menengah swasta yang telah mengamalkan sistem persekolahan yang memasukkan nilai sahsiah dan nilai moral dalam mendidik pelajarnya. Dalam membuat penilaian berkaitan pelajar, ia menekankan aspek akademik, sahsiah, serta aspek ko-kurikulum.

Untuk membolehkan sekolah ini bersaing dan berkemampuan seperti mana sekolah-sekolah yang diiktiraf, ia memerlukan satu sistem yang dapat membantu dalam membuat keputusan dengan lebih cepat dan efisien. Ini akan dapat membantu pihak sekolah dan pihak lembaga untuk melihat perkembangan akademik pelajar sekolah tersebut, berdasarkan spesifikasi yang mereka inginkan, serta perkembangan dalam bidang ko-kurikulum yang mana ianya telah menjadi satu keperluan dalam bidang pendidikan masa kini.

(16)

berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Dengan menggunakan kaedah konvensional, guru-guru yang berkaitan, memerlukan usaha dan masa yang lebih untuk memproses data dan mengeluarkan hasilnya kepada pihak pentadbiran sekolah. Selain itu, kos pentadbiran juga tinggi, kerana untuk memproses keseluruhan maklumat berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum, memerlukan kos yang tinggi untuk setiap satu bahagian.

Satu sistem pemantauan yang bertujuan untuk memantau setiap aspek ini masih belum diwujudkan lagi, dan sistem sedia ada, terpisah antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dan tiada satu sistem pemantauan untuk memantau keseluruhan aspek yang ditekankan ini.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Sistem membuat keputusan yang digunakan sekarang adalah berdasarkan kepada kaedah konvensional, dan ianya melambatkan serta memerlukan setiap guru dalam sekolah untuk membuat laporan untuk bahagian mereka, dan memerlukan persediaan yang rapi, dan ini akan mengurangkan kadar keberkesanan keputusan yang dibuat kerana lambat menerima laporan daripada para guru

(17)

terdapat dalam simpanan mereka. Ini akan menyukarkan pihak pentadbiran membuat keputusan terbaik untuk sesuatu situasi yang terdesak.

Berdasarkan sistem sekarang, untuk bahagian akademik, guru-guru akan memasukkan markah pelajar ke dalam fail Excel dan kemudiannya memproses data ke dalam bentuk laporan peperiksaan. Ianya adalah sistem penyimpanan data secara desktop based, dan bukannya dalam bentuk berasaskan web. Ianya juga tidak mempunyai kebolehan untuk memproses keseluruhan data secara automatik dan memaparkan hasilnya secara terus.

Setiap kali selepas peperiksaan, guru-guru terpaksa membuat pengiraan markah, dan membuat pengiraan prestasi pelajar berdasarkan kelas, dan kemudiannya perlu membuat pengiraan prestasi untuk setiap tingkatan, dan akhirnya, membuat perbandingan prestasi antara setiap ujian dan peperiksaan, dan kemudiannya membuat perbandingan mengikut tahun.

Proses ini mengambil masa yang lama, dan sangat tidak efektif sekiranya pihak pentadbiran sekolah menginginkan keputusan prestasi pelajar secara real-time, dan perlu untuk membuat keputusan dengan cepat dan segera, kerana mereka perlu menunggu keputusan daripada guru, dan perlu mengikut subjek, dan sekiranya memerlukan keputusan secara keseluruhan, ia mengambil masa yang lebih lama.

(18)

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pihak Pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan untuk pentadbiran sekolah menggunakan kaedah konvensional, dan perlu berdasarkan kepada aspek akademik, sahsiah, dan juga kurikulum pelajar. Oleh itu, dengan adanya sistem pemantauan pelajar ini diharapkan ianya mampu untuk memudahkan pihak Pentadbiran untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan efektif.

Secara dasarnya, sistem ini perlu membantu Pihak Pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah menjawab untuk beberapa pertanyaan berikut:

1. Apakah permasalahan dan peluang yang ada di dalam perkongsian maklumat akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar antara pihak pentadbiran sekolah dengan guru-guru? Dan apakah permasalahan perkongsian antara pihak sekolah dengan ibu bapa?

2. Apakah bentuk sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan pemilihan kepimpinan dengan lebih baik?

(19)

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Membina satu sistem bantu keputusan bagi Pihak Pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) membuat keputusan tentang pemilihan kepimpinan pelajar, yang berdasarkan kepada aspek akademik, sahsiah dan kurikulum. Ia mencakupi beberapa sub objektif seperti berikut:

1. Mengkaji dan menganalisis keperluan dan kehendak pihak pentadbiran sekolah dalam penyimpanan data dan pengeluaran laporan prestasi akademik, ko-kurikulum serta sahsiah pelajar. 2. Mengkaji dan menganalisis keperluan dan kehendak pihak sekolah

dalam penyediaan laporan dan maklumat berkaitan untuk membuat keputusan.

3. Mereka bentuk Sistem Bantu Keputusan Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

4. Membangunkan sistem yang akan dapat membantu pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan dengan menggunakan teknologi berasaskan web.

5. Menilai dan menganalisis sistem yang telah dibangunkan sama ada ianya memenuhi keperluan dan kehendak pihak pentadbiran SMIH.

1.5 SKOP PROJEK

Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem yang dapat merangkumi aspek berikut:

(20)

2. Membantu pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat penilaian perkembangan prestasi pelajar.

3. Membantu pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan berdasarkan kepada prestasi pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

4. Menyediakan keperluan pengurusan dalam sekolah termasuk pengetua, penolong kanan, dan guru-guru yang berkaitan.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan utama projek ini dilakukan adalah untuk memudahkan serta mempercepatkan proses kemasukan dan analisis maklumat peperiksaan pelajar, maklumat sahsiah dan maklumat ko-kurikulum untuk pihak guru serta pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Kepentingan utama kajian ini adalah untuk memudahkan serta mempercepatkan perhubungan antara guru-guru, ibu bapa, dan murid, dan pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah mampu untuk menilai dan membuat keputusan dengan lebih cepat, dengan adanya sistem yang akan dibangunkan, tanpa perlu untuk menunggu pemprosesan maklumat yang mengambil masa dan juga memerlukan kos yang tinggi.

(21)

Sistem ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah untuk menguruskan pangkalan data pelajar, dan pengurusan sistem dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga dapat membantu pihak sekolah untuk menguruskan pengetahuan di dalam sekolah, dengan cara tidak meninggalkan aspek yang menjadi teras sekolah.

1.6 KESIMPULAN BAB

(22)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Sistem Maklumat merupakan satu keperluan pada masa ini, dalam pelbagai bidang, telah mula menggunakan teknologi dan inovasi berasaskan komputer. Sistem maklumat merupakan apa-apa yang bertulis, berdasarkan metode elektronik, atau grafik berasaskan maklumat komunikasi. Asas kepada sistem maklumat adalah perkongsian dan pemprosesan maklumat dan ide. Komputer dan teknologi komunikasi telah menjadi keperluan kepada komponen sistem maklumat (Barron’s, 2000).

Sistem maklumat, berdasarkan kepada kamus McGraw-Hill, 2003, ialah cara yang digunakan untuk berkomunikasi daripada satu individu kepada individu yang lain, menggunakan cara yang ringkas seperti komunikasi lisan, sistem kad, sistem optikal, atau sistem berasaskan komputer untuk membuat proses penyimpanan, pencarian, dan penerimaan maklumat.

(23)

mengira kedatangan pelajar, dan menguruskan data berkaitan dengan pelajar yang menjadi keperluan kepada sekolah. Ia juga dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar (Student Information Management System, SIMS, SIM) atau Sistem Rekod Pelajar (Student Records System, SRS) (www.answers.com, 2006).

Sistem ini bergantung kepada saiz dan skop keperluan, pakej yang diimplementasikan untuk mengurus maklumat pelajar. Fungsi yang biasanya dibuat oleh sistem maklumat pelajar adalah untuk menyokong penyelenggaraan maklumat individu dan kajian maklumat mengenai dua perkara, iaitu menerima pertanyaan daripada pelajar dan juga menerima proses pengurusan sekolah.

Sistem maklumat pelajar yang lebih efisien dan lebih banyak fungsinya kepada pihak pengurusan, ialah sistem yang membantu membuat keputusan

(Decision Support Systems). Sistem membantu keputusan (Decision Support

Systems) merupakan kelas kepada sistem maklumat berasaskan komputer yang

mempunyai fungsi sistem berasaskan pengetahuan (Knowledge Based Systems) yang menyokong aktiviti membuat keputusan.

Dalam kajian ini, sistem yang akan dibangunkan adalah sistem yang mampu menyokong aktiviti membuat keputusan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Islam Hidayah, supaya ia mampu membantu pihak Lembaga Pengelola membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kehendak mereka. Sistem yang akan membantu dan dibina adalah Sistem Bantuan Keputusan (SBK).

2.2 TEKNOLOGI DI SEKOLAH

(24)

peralatan untuk menguruskan pembangunan berterusan dalam bidang teknologi dan maklumat di sekolah dan dalam masyarakat.

Komputer telah menjadi satu keperluan dalam meningkatkan potensi dan prestasi pelajar, berdasarkan kepada kandungan pembelajaran yang mereka akan gunakan. Peranan cikgu bukan sahaja sekadar meletakkan komputer ke dalam kelas, tetapi apabila pelajar merasakan tanggungjawab untuk mempelajari pendidikan komputer (Sin Lee Eng, 2003).

“The change occurs only to the extent to which a shift of responsibilities to

the learning occurs” (Hannafin & Savenye, 1993).

“... visual stimulation (predominant in computer-assisted instruction -- SL

Gan) is probably not the main access route to non-verbal reasoning. Body

movements, the ability to touch, feel, manipulate, and build sensory awareness of

relationships in the physical world, are its main foundations. Computing skills in the

first category help increase productivity in the work environment, and more general

skills such as word processing and data management are useful to most people. In

fact, such basic computing skills have come to be regarded as the essentials of

computer literacy. I am of the opinion that they should be included at some point in

the school curriculum.” – Dr Gan Siowck Lee

(25)

2.3 KAEDAH YANG DIGUNAKAN

Dalam membina sesuatu sistem, perlunya ada kesinambungan dan kajian keperluan pengguna. Selain itu, ia memerlukan perancangan yang rapi, agar sistem yang dibina mampu digunakan oleh pihak berkenaan, dan menjadi sistem yang mampu memberi manfaat, dan mampu membuat keputusan kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Aspek yang ditekankan dalam kajian ini, ialah bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluan pihak Lembaga pengelola berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Untuk mengenal pasti dan memberikan hasil yang terbaik, sistem yang akan dibina, akan menggunakan kaedah Sistem Bantuan Keputusan, SBK (Decision Support Systems, DSS), dengan menggunakan teknologi aplikasi berasaskan web, dan menggunakan model Unified Modelling Language, UML.

2.4 SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN (SBK)

(26)

Sprague (1980) pula memberikan definisi SBK sebagai “sistem berasaskan komputer yang membantu atau menyokong pembuat keputusan dalam menyelesaikan masalah tidak berstruktur secara interaksi terus dengan data dan model analitikal”.

Gorry dan Scott-Morton (1971) mendefinisikan SBK sebagai “sistem

berasaskan komputer yang interaktif, yang mana membantu pembuat keputusan menggunakan data dan model-model untuk menyelesaikan masalah tidak berstruktur.”

Keen (1980) mengaplikasikan istilah SBK kepada situasi di mana satu sistem akhir boleh dibangunkan hanya dengan proses penyesuaian dalam pembelajaran dan penilaian. Dengan definisi ini, ia menunjukkan bahawa perlunya ada integrasi antara pengguna SBK, orang yang membangunkan SBK, dan sistem itu sendiri perlu bersesuaian, dan mengikut kehendak dan keperluan pengguna SBK.

Bonczek et al. (1980) mendefinisikan SBK sebagai satu sistem berasaskan komputer yang mengandungi tiga komponen yang berinteraksi: satu sistem bahasa (satu mekanisme yang menyediakan komunikasi antara pengguna dengan komponen-komponen lain dalam SBK), satu sistem pengetahuan (tempat penyimpanan pengetahuan domain masalah yang terkandung dalam SBK, sama ada dalam bentuk data atau prosedur), dan satu sistem pemprosesan masalah (penghubung antara dua komponen tersebut dan mengandungi satu atau lebih kebolehan manipulasi masalah umum yang diperlukan dalam membuat keputusan). Konsep yang disediakan oleh definisi ini adalah penting dalam memahami struktur SBK dan sistem pakar serta pertalian antara kedua-dua teknologi tersebut.

(27)

2.4.1 ASPEK DALAM SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN

Secara dasarnya, menurut Ariav dan J Zinberg (1985), terdapat lima aspek dalam Sistem Bantuan Keputusan yang perlu ditekankan, iaitu aspek persekitaran, aspek fungsi, aspek komponen kepada sistem, aspek pengaturan, dan aspek sumber kepada sistem itu sendiri.

Aspek persekitaran yang dimaksudkan ialah entiti dan suasana di luar daripada SBK yang dibina, yang akan memberikan kesan kepada sistem yang dibina, dan ianya akan memberikan kesan tanpa dapat dikawal oleh sistem itu sendiri.

Aspek yang kedua, ialah aspek fungsi, serta objektif sistem kepada persekitaran yang akan memberikan kesan kepada persekitaran tersebut. Ia tertumpu kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem tersebut, dan matlamat sistem itu sendiri. Ia dinyatakan juga sebagai sesuatu yang boleh diukur dan boleh dinilai.

Aspek komponen SBK pula merupakan elemen-elemen yang dikenal pasti perlu ada di dalam sempadan sistem. Dua asas yang biasa dinyatakan adalah pembahagian tenaga kerja dan pembahagian segmen mengikut kepakaran.

Aspek pengaturan pula, lebih memfokuskan kepada perhubungan di antara komponen-komponen di dalam sistem dan juga antara elemen-elemen persekitaran. Asas pengaturan perlu menjurus kepada keseimbangan antara kerjasama dan autoriti. Secara keseluruhannya, adalah lebih baik sekiranya ianya tidak mempunyai sandaran yang kuat antara satu dengan yang lain.

(28)

2.4.2 KOMPONEN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN

Dalam membina SBK, terdapat tiga komponen penting yang perlu diambil kira, iaitu pengurusan dialog antara pengguna dengan sistem, kedua ialah pengurusan data, dan yang ketiga adalah pengurusan model. Rajah di bawah menunjukkan perhubungan antara komponen SBK.

Rajah 2.1: Rekabentuk DSS – Komponen Fungsi Pengguna Pengurusan

Dialog

Pengurusan Model

Pengurusan Data Komponen Sistem Bantuan Keputusan

(29)

Komponen dialog antara pengguna dengan sistem, (Pengurusan Dialog) perlu mempunyai kebolehan untuk menyokong antaramuka pengguna, pengawalan dialog, dan juga penterjemah permintaan (request transformer). Antara muka pengguna merupakan komponen yang digunakan untuk memudahkan pengguna untuk menggunakan sistem, tanpa perlu untuk memahami apa yang dibuat oleh sistem, dan cuma perlu memasukkan input dan menggunakan hasil yang dikeluarkan. Pengawalan dialog pula, digunakan untuk mengenal pasti asas dan dasar keperluan pengguna dan kemudiannya menyelenggarakan pengawalan tersebut. Manakala penterjemah permintaan pula berfungsi untuk menterjemahkan antara bahasa pengguna kepada bahasa sistem, dan juga sebaliknya, menterjemahkan bahasa sistem kepada bahasa pengguna, supaya pengguna boleh memahami hasil dan keperluan sistem.

Rajah 2.2: Pengurusan Dialog

Komponen kedua, iaitu pengurusan data pula berfungsi sebagai komponen untuk menyimpan, menerima dan memanipulasi data yang juga merupakan asas kepada SBK. Tanpa pengurusan data yang berkesan dan efisien, sesuatu SBK tidak akan mampu berfungsi dan memberikan hasil yang terbaik. Komponen pengurusan data mempunyai fungsi sebagai pangkalan data dan Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Databased Management Systems, DBMS), alamat data untuk mengekalkan definisi dan deskripsi data daripada sumber dan jenis data yang digunakan, fungsi pertanyaan data untuk mendapatkan data yang diperlukan dan juga untuk memproses

(30)

data, dan akhir sekali, sebagai fungsi persembahan data untuk memudahkan pengguna melihat data-data lama, sumber luar, dan sebagainya.

Rajah 2.3:Pengurusan Data

Komponen ketiga pula, adalah pengurusan model. Ia meliputi sistem pengurusan berasaskan model (Mode Base Management System, MBMS), implementasi model, pemproses arahan permodelan, dan antara muka pangkalan data. MBMS berfungsi untuk menerima, mengeluarkan, memperbaharui, dan penstrukturan semula data. Implementasi model pula berfungsi sebagai pengawalan model dan penghubung antara model apabila ianya diperlukan. Pemproses arahan permodelan pula berfungsi untuk menerima dan memproses arahan permodelan dan menghubungkannya dengan MBMS dan juga implementasi permodelan. Antara muka pangkalan data pula berfungsi sebagai penerima data daripada DMBS, dan menyimpan hasil model di dalam pangkalan data untuk pemprosesan seterusnya.

(31)

Rajah 2.4: Pengurusan Model

2.4.3 UNIFIED MODELING LANGUAGE (UML)

Unified Modeling Language, UML merupakan ialah bahasa untuk

menganalisis dan mereka bentuk model berasaskan objek, yang diperkenalkan oleh

Grady Booch, Ivar Jacobson, dan James Rumbaugh, pada tahun 1995, dan pada November 1997, Object Management Group (OMG) telah menerima pakai model ini secara rasmi sebagai standard untuk semua pembangun sistem berasaskan objek.

UML memberikan standard dalam metodologi rekabentuk untuk menerangkan lebih jelas mengenai pembangunan model berasaskan objek, dengan menggabungkan metode membuat diagram, termasuk Grady Booch, teknik memodelkan objek oleh Rumbaughs, dan use case yang dibangunkan oleh Ivar Jacobson.

Antaramuka Pangkalan

Data Pengurusan

Data

MBMS

Pemproses Arahan Implementasi

Model

(32)

Dalam UML, terdapat dua bahagian, iaitu StructuralDiagram dan Behavioral

Diagram. Structural Diagram merupakan diagram-diagram yang menerangkan

struktur sistem yang akan dibangunkan, menerangkan mengenai data yang akan digunakan, dan perhubungan yang akan dibina di dalam sistem. Ia termasuklah Class

Diagram, Object Diagram, Deployment Diagram, Component Diagram, dan

Composite Structure Diagram.

Behavioral Diagram pula merupakan penerangan mengenai analisis yang telah dijalankan, dan menerangkan perhubungan antara objek. Ia juga menyokong memodelkan keperluan fungsi-fungsi yang akan dibangunkan di dalam sistem. Di dalam Behavioral Diagram, terdapat diagram use case, diagram sequence, diagram

activity, diagram collaboration dan diagram state chart.

2.4.4 APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi web merupakan satu aplikasi yang semakin banyak digunakan, dan kebanyakan organisasi menggunakan aplikasi berasaskan web sebagai salah satu pilihan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Aplikasi berasaskan web merupakan satu aplikasi di mana ianya di layari menggunakan pelayar web daripada perhubungan atas talian, seperti internet atau intranet.

(33)

Akan tetapi, untuk membangunkan aplikasi berasaskan web ini, ia memerlukan pembangun aplikasi ini untuk merancang dan memilih strategi pembangunan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pembangunan aplikasi berasaskan web daripada Rockwell, 2001, adalah pelayan web yang akan digunakan, serta bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan untuk mereka bentuk aplikasi web.

Pelayan web yang terdapat sekarang, terdapat beberapa jenis, bergantung kepada kehendak pelanggan. Antaranya, yang biasa digunakan, adalah Internet Information Server (IIS) yang diperkenalkan oleh Microsoft, WebSphere Application Server daripada IBM, dan juga aplikasi sumber terbuka daripada Apache Server. Pemilihan pelayan perlu juga bergantung kepada kos pembangunan sistem, dan kehendak pelanggan.

Dalam pemilihan bahasa pengaturcaraan untuk membina dan mereka bentuk aplikasi berasaskan web juga terdapat beberapa pilihan iaitu ASP yang biasanya menggunakan pangkalan data SQL server, PHP yang menggunakan pangkalan data MySQL, XML, C#, Java dan lain-lain lagi. Semua bahasa ini menggunakan bahasa asas yang sama, iaitu Hyper Text Markup Language (HTML).

2.5 KAJIAN TERDAHULU

(34)

Berdasarkan kajian oleh Chong (2001), Perancangan Sistem Maklumat Sekolah Menengah Bestari, menyatakan bahawa, adalah sangat penting budaya sesuatu sekolah ditekankan dan diambil kira dalam membuat pelan perancangan sistem maklumat dan perancangan infrastruktur sekolah menengah bestari persendirian cina. Atas sebab ini, dia telah menekankan aspek kebudayaan dalam perancangannya, dan untuk mencapai matlamat itu, dia telah melakukan proses temu ramah, kaji selidik, dan pemerhatian terhadap pelajar, guru, dan pihak pengurusan sekolah tersebut. Oleh itu, sangat perlu untuk ditekankan aspek kebudayaan dalam pelan perancangan sistem maklumat sekolah, agar sistem yang dibangunkan, mampu untuk mencapai matlamat sekolah dan pihak pengurusan.

Dalam kajian oleh yang dijalankan oleh Sin (2003), terhadap dua buah sekolah yang terdapat di Johor Bahru, iaitu sekolah bestari dan sebuah sekolah biasa (bukan bestari), beliau membandingkan penggunaan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) kepada kedua-dua buah sekolah ini. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di kedua-dua buah sekolah, dengan mengambil kira aspek perbezaan pola penggunaan teknologi, dan tahap literasi serta kesedaran komputer. Kedua-dua aspek ini, telah cukup menjadi rujukan kajian ini, kerana ianya mampu untuk menjadi rujukan dan membantu dalam pembentukan polisi bagi penggunaan ICT di peringkat nasional, negeri dan sekolah. Kajian ini penting, seperti kajian yang dilakukan oleh Chong (2001), untuk membuktikan lagi keperluan untuk mengenal pasti aspek budaya dalam membuat pelan perancangan sistem maklumat sekolah.

(35)

dalam kumpulan pengurusan atasan dan kumpulan pengurusan pertengahan. Chendu telah membuat kajian berdasarkan empat kaedah, iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan analisis prosedur dan dokumen berkaitan. Kajian ini menunjukkan, bahawa selain daripada aspek budaya, aspek peringkat kumpulan pengurusan juga perlu diambil kira sebagai salah satu aspek dalam membuat perancangan sistem maklumat pelajar. Ia dapat membantu mengenal pasti skop kerja setiap peringkat, dan juga mengenal pasti, keperluan dan kehendak setiap kumpulan guru.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Mohamed Sabil (2001), Sistem Maklumat Pelajar Sekolah (SMART), pula menyatakan bahawa perlunya satu sistem untuk membuat penyimpanan data pelajar, kerana apabila bilangan pelajar bertambah, maka maklumat berkenaan pelajar juga akan bertambah, dan ini memerlukan storan yang lebih besar, dan menggunakan sistem manual, ia akan memberikan masalah storan kepada pihak sekolah, dan juga akan menimbulkan masalah pengemaskinian maklumat dan juga masalah kehilangan maklumat. Projek ini menyediakan prototaip untuk membangunkan sebuah perisian pengurusan rekod pelajar, bagi mengatasi masalah storan. Ia mengandungi enam modul utama, iaitu Modul Pendaftaran Pelajar, Modul Rekod Individu, Modul Senarai Pelajar, Modul Kelas, Modul Laporan dan Modul Penyelenggaraan Sistem. Dengan adanya sistem ini, ia mampu memberikan kemudahan kepada pihak guru dan juga pihak sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar dengan lebih efisien dan berkesan, serta lebih cepat berbanding kaedah manual.

(36)

Manakala kajian yang dibuat menggunakan SBK oleh Yong (2002), untuk Penilaian Prestasi Guru Sekolah Rendah, untuk membantu penilaian prestasi guru, menggunakan kaedah model AHP, Analytic Hierarchy Process untuk memilih dan mempertimbangkan kriteria yang diperlukan.

2.6 KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA

Kajian keperluan pengguna sangat penting, untuk menentukan fungsi dan keperluan yang perlu ada dalam sistem yang akan dibangunkan. Kajian keperluan pengguna yang baik, merupakan kajian yang menyeluruh, meliputi analisis kemunasabahan (feasibility analysis) , iaitu dari segi aspek teknikal, ekonomi dan juga organisasi. Selain itu, perlu juga dibuat kajian mengenai pengguna yang akan menggunakan sistem ini (stakeholder), dan juga teknik yang akan digunakan untuk membuat kajian ini, serta kajian mengenai teknologi yang akan digunakan.

2.6.1 KAJIAN KEMUNASABAHAN (FEASIBILITY ANALYSIS)

(37)

ANALISIS KEMUNASABAHAN

UNTUK SISTEM MAKLUMAT PELAJAR HIDAYAH

1. KEMUNASABAHAN TEKNIKAL

a. Kelaziman terhadap aplikasi yang akan dibangunkan adalah Pertengahan (Familiarity with application - Middle)

ƒ Pembangun sistem mempunyai pengalaman yang sedikit dalam pembinaan sistem menggunakan aplikasi web untuk pihak sekolah, tetapi mempunyai kebolehan membangunkan sistem.

ƒ Terdapat beberapa aplikasi berasaskan web untuk sistem maklumat sekolah di dalam internet yang boleh dijadikan sebagai contoh.

ƒ Pembangun sistem mempunyai pengalaman menggunakan sistem maklumat pelajar dalam tahap universiti.

b. Kelaziman terharap teknologi adalah rendah (Familiarity with technology - Low)

ƒ Pembangun sistem pernah membangunkan sistem berasaskan aplikasi web, dan juga pernah membangunkan sistem menggunakan aplikasi yang lain seperti Visual Basic, Borland C++ dan Visual C++.

(38)

c. Saiz Projek – Sederhana (Project size - Middle) ƒ Saya menjangkakan saiz projek ini adalah kecil.

ƒ Saya merancang untuk membina sistem yang lebih lengkap pada masa hadapan, dengan lebih maklumat yang mampu diproses dan dijana oleh sistem.

ƒ Risiko untuk projek ini dijangka rendah.

d. Kesesuaian untuk sistem yang akan dibangunkan dijangka lebih baik. (Compability of the new systems should be good)

• Sistem sedia ada di SMIH telah menggunakan aplikasi Microsoft Access, oleh itu, ianya mampu diadaptasikan daripada pangkalan data sedia ada, dan diubah kepada bentuk borang yang memudahkan lagi tugas guru dan pihak pentadbiran.

2. KEMUNASABAHAN ORGANISASI

Daripada perspektif organisasi, projek ini dijangka mempunyai risiko yang sederhana. Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem pemantauan pelajar iaitu pembinaan sistem daripada kaedah manual kepada aplikasi berasaskan web yang akan memudahkan perhubungan antara guru-guru, pihak pentadbiran sekolah, pihak Lembaga Pengelola, dan ibu bapa serta pelajar.

a. Johan Projek (Project Champion) :

Pn Hajah Kamaliah Nordin, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah

b. Pengurusan Senior (Senior Management):

(39)

c. Pengguna (Users):

Pengguna utama adalah ibu bapa dan pelajar, selain itu, pihak pentadbiran sekolah, dan guru-guru. Pengguna ini menyokong pembangunan sistem ini untuk memudahkan capaian dan kemasukan data pelajar.

d. Lain-lain pengguna (Other Stakeholders):

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMIH, dan Lembaga Pengelola SMIH, serta pihak Kementerian Pelajaran Negeri Johor menyokong pembangunan sistem ini untuk memudahkan mereka memantau prestasi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar dari semasa ke semasa.

3. KOMEN TAMBAHAN:

a. Dengan menggunakan sistem berasaskan web, ia akan memudahkan banyak pihak, terutama sekali pihak ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah khasnya. Ini kerana pemprosesan data yang lama sebelum ini mampu disingkatkan dengan menggunakan sistem yang akan dibangunkan, dan membantu pihak pentadbiran membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat berdasarkan maklumat yang diperlukan.

(40)

2.6.2 ANALISIS PENGGUNA SISTEM (STAKE HOLDER ANALISIS)

Analisis stakeholder, merupakan aspek yang penting, untuk mengenal pasti fungsi dan keperluan yang dikehendaki oleh pihak stakeholder. Selain itu, analisis

stakeholder juga dapat membantu dalam menentukan fungsi yang berlainan untuk

stakeholder yang berlainan. Sebagai contoh, untuk pengguna biasa, fungsi yang mampu dicapai adalah terhad, dan untuk bahagian pentadbiran, fungsi yang lebih perlu dimasukkan ke dalam sistem tersebut.

Stakeholder utama yang akan menggunakan sistem ini adalah ibu bapa dan pelajar sendiri. Ibu bapa dan pelajar akan menggunakan sistem untuk melihat maklumat asas yang dimasukkan, sama ada ianya tepat atau tidak. Selain itu, ibu bapa juga boleh melihat keputusan peperiksaan pelajar setiap kali selesai sesuatu ujian. Selain daripada markah peperiksaan, ibu bapa juga dapat melihat perkembangan pelajar dalam aspek sahsiah dan ko-kurikulum, dengan fungsi ini dapat dilihat menggunakan sistem yang akan dibangunkan.

Stakeholder yang kedua, ialah guru-guru. Guru merupakan stakeholder yang penting, kerana mereka yang akan memasukkan maklumat pelajar, berkaitan dengan markah peperiksaan, dan maklumat lain, seperti maklumat ko-kurikulum, sahsiah, dan juga maklumat berkaitan sistem pentaksiran pelajar Musleh (SPM). Sistem yang akan dibangunkan meliputi kemasukan data pelajar dari bidang akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan juga SPPM.

Stakeholder yang ketiga, adalah pihak pentadbiran sekolah. Pihak

pentadbiran sekolah termasuklah pengetua sekolah, penolong kanan, guru panitia mata pelajaran, ketua guru bahagian PMR Excellence Project (PEP), ketua guru bahagian SPM Excellence project (SEP), dan ketua guru bidang matematik, kemanusiaan, syariah, dan teknikal dan vokasional.

(41)

pengguna tahap satu, iaitu ibu bapa dan pelajar itu sendiri, tahap kedua, iaitu guru-guru, dan tahap ketiga, iaitu pihak pentadbiran sekolah.

2.6.3 ANALISIS STRATEGI

Analisis strategi merupakan analisis yang dilakukan untuk mengenal pasti kekurangan sistem sedia ada, dan keperluan yang perlu dimasukkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan. Strategi sangat penting, untuk memastikan bahawa sistem yang akan dibangunkan, mempunyai kelebihan berbanding sistem sedia ada, dan juga mampu untuk memperbaiki kelemahan sistem yang sedia ada, dengan memasukkan elemen-elemen yang diperlukan oleh pengguna.

Antara strategi yang boleh digunakan ialah, dengan melihat sistem sedia ada di Sekolah Menengah Islam Hidayah, mengenal pasti elemen dan fungsi yang penting untuk dimasukkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan, dan mengenal pasti elemen tambahan daripada sistem sedia ada.

(42)

2.6.4 ANALISIS TEKNOLOGI

Analisis teknologi meliputi teknologi yang akan digunakan dalam pembangunan sistem, iaitu teknologi penyimpanan data, iaitu sistem pengurusan pangkalan data yang akan digunakan, aplikasi yang akan digunakan, dan fungsi yang akan dibangunkan. Teknologi yang akan digunakan adalah teknologi berasaskan web. Aplikasi berasaskan web ini menggunakan perisian PHP, pangkalan data MySQL, dan server Apache

2.6.4.1 KELEBIHAN APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi berasaskan web telah diguna pakai sekian lama. Ia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri berbanding sistem aplikasi desktop. Menurut Fowler (2004), terdapat beberapa kelebihan menggunakan aplikasi berasaskan web;

i. Tidak memerlukan proses instalasi

Aplikasi berasaskan web boleh dilayari menggunakan komputer peribadi milik individu atau syarikat menggunakan pelayar web seperi Internet Explorer,

(43)

ii. Tidak bergantungan kepada sesuatu lokasi atau sesuatu peralatan sahaja.

Aplikasi berasaskan web boleh dicapai oleh pengguna dari komputer yang mempunyai capaian kepada internet. Ini memudahkan pihak pengguna, sama ada individu ataupun organisasi untuk melayari aplikasi web yang mereka kehendaki. Oleh itu, segala proses dan fungsi aplikasi web boleh dilakukan di setiap komputer yang mempunyai capaian kepada internet.

iii. Memudahkan Integrasi

Aplikasi web boleh memudahkan proses integrasi kerja secara menyeluruh. Ia membantu pihak organisasi membuat kemas kini maklumat secara berkumpulan, dan ini akan mempercepatkan lagi proses kemas kini maklumat tanpa pengguna perlu menunggu giliran penggunaan sistem. Pengguna boleh mengemas kini maklumat di mana sahaja, selagi mana mereka mempunyai capaian ke internet.

iv. Tidak memerlukan perkakasan khusus

(44)

2.6.4.2 PHP (HYPERTEXT PREPROCESSOR)

PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan secara meluas untuk membangunkan laman web, sejak diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Rasmus Lerdorf (Welling, 2005). PHP bermaksud Personal Home Page Tools, yang bermaksud peralatan membangunkan laman web secara personal. PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang percuma dan mudah didapati di internet, dan sehingga 2004, versi terbarunya, iaitu PHP 5.0 telah dilancarkan (Meloni, 2004) dan telah diguna pakai secara meluas. Selain itu, terdapat juga forum-forum di dalam internet yang membahaskan mengenai PHP dan cara untuk menggunakan fungsi yang terdapat dalam PHP, antaranya www.phpforums.net, dan

www.thephpforums.net. Ini memudahkan lagi proses pembinaan laman web menggunakan aplikasi PHP kerana ramai pengguna PHP sanggup berkongsi pengetahuan berkenaan dengan PHP.

Terdapat banyak kelebihan yang menjadikan PHP bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menghasilkan laman web yang dinamik dan interaktif. Antara kelebihan yang terdapat jika pengguna menggunakan PHP menurut ialah (Ridruejo, 2002) :

• Mudah dipelajari

PHP menggunakan kod HTML dan juga kod PHP yang tersendiri, dan ianya boleh diintegrasikan dalam satu bahasa pengaturcaraan yang sama. Oleh itu, ianya sangat mudah untuk dipelajari dan dengan adanya bantuan daripada pengguna PHP di internet, ia lebih memudahkan lagi proses pembelajaran PHP.

• Sumber terbuka (open source)

(45)

• Platform yang pelbagai (Multiplatform)

PHP boleh digunakan dalam berbagai-bagai platform pelayan web dan sistem operasi. PHP boleh digunakan dalam pelayan web seperti Apache, Microsoft IIS dan juga pelayan Netscape. PHP juga boleh digunakan dalam sistem operasi

Unix, Windows, Linux, OS/2 mahupun MAC OS X.

• Pangkalan Data yang pelbagai

PHP boleh diintegrasikan dengan pangkalan data yang berbeza, seperti MySQL, Microsoft Access, SQL Server, Oracle, dan sebagainya. Ini akan memudahkan proses pengurusan pangkalan data yang baik, bergantung kepada fungsi yang dibangunkan, dan saiz sistem yang dibangunkan.

Selain itu, menurut Meloni (2004), PHP yang semakin berkembang, mempunyai dua kelebihan utama, iaitu;

• Pantas

Ianya pantas kerana pemprograman menggunakan aplikasi PHP ini, pantas dan memudahkan proses pengemaskinian fungsi dan sebagainya.

• Fleksibel

(46)

2.6.4.3 PANGKALAN DATA MySQL

MySQL merupakan salah satu aplikasi pangkalan data yang selalu digunakan dalam membuat integrasi menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, kerana ia juga merupakan pangkalan data yang bersumber terbuka. Ini memudahkan pihak pembangun sistem untuk membina sistem, kerana ianya tidak memerlukan pengguna untuk membayar untuk menggunakan aplikasi ini. MySQL merupakan Sistem Perhubungan Pengurusan Pangkalan Data (RDBMS) yang tahan lasak dan pantas (Welling, 2005). MySQL juga menggunakan bahasa pertanyaan yang berstruktur (Structured Query Language, SQL), oleh itu, ianya lebih mudah untuk digunakan dan difahami oleh pembangun sistem.

Walaupun MySQL adalah termasuk dalam kategori RDMBS, ia mempunyai beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan aplikasi pangkalan data yang lain seperti Oracle. Aplikasi ini tidak mempunyai keupayaan untuk menyokong

subqueries dan stored procedures (Bulger, 2004). Selain itu, ianya juga tidak mempunyai aplikasi untuk menunjukkan perhubungan antara jadual, seperti yang terdapat dalam Microsoft Access atau SQL Server. Namun begitu, ia adalah pangkalan data yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi yang kecil dan sederhana dan akan digunakan untuk pembangunan projek ini.

2.6.5 PERBANDINGAN SISTEM MAKLUMAT SEDIA ADA

(47)

kelebihan sistem dapat diadaptasikan dan kekurangannya dapat diperbaiki dalam sistem yang akan dibangunkan.

Berikut merupakan antara sistem berkaitan dengan Sistem Maklumat Pelajar yang telah dibangunkan oleh pelbagai pihak, untuk kegunaan pengguna yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menguruskan maklumat pelajar.

a. SMART

SMART merupakan Sistem Maklumat Pelajar Sekolah yang telah dibangunkan oleh Mohd Hazli Mohd Sabil (2001), dengan menyediakan beberapa modul untuk memudahkan pihak sekolah. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic, dan merupakan aplikasi desktop. Ia mempunyai modul pendaftaran pelajar, modul rekod individu pelajar, modul senarai pelajar, senarai kelas, modul laporan dan analisis serta modul penyelenggaraan sistem. Objektif sistem ini adalah untuk memudahkan proses pengemaskinian data oleh pihak sekolah, dan memudahkan proses pencarian data berkaitan dengan pelajar.

(48)

Sistem ini juga menyediakan fungsi login untuk memastikan keselamatan maklumat yang terdapat di dalamnya.

Rajah 2.6: Fungsi Login dalam SMART

b. Sistem Maklumat Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Sistem Maklumat Pelajar (SMP) UTM merupakan contoh sistem maklumat yang baik, kerana ia menyediakan modul yang lengkap berkaitan pengajian pelajar universiti, iaitu modul maklumat asas, modul maklumat tempat tinggal, modul maklumat sejarah pembelajaran pelajar sebelum memasuki UTM, modul maklumat peperiksaan untuk setiap semester, modul maklumat pembayaran yuran serta pihak yang memberikan biasiswa kepada pelajar dan sebagainya. Sistem ini juga mempunyai modul login

(49)

Rajah 2.7: Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Slip Peperiksaan

(50)

2.6.6 PERBINCANGAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Hasil daripada kajian yang dilakukan, setiap sistem mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelebihan setiap sistem boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pembinaan sistem, dan kelemahan yang ada, diperbaiki dan tidak diulang dalam sistem yang akan dibangunkan. Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan setiap sistem;

i. SMART

Kelebihan

• Sistem ini mampu mengendalikan modul pendaftaran pelajar secara real – time, dengan kemasukan data pelajar dibuat semasa pendaftaran dilakukan. • Sistem ini boleh menentukan pengguna tertentu sahaja boleh menggunakan

sistem dengan menyediakan sistem kata laluan.

• Sistem ini juga boleh mengeksport data pelajar ke fail luaran, dan mengimport kembali data pelajar yang telah dieksport.

• Sistem ini boleh menghantar fail pangkalan data ke komputer pelayan melalui internet.

• Selain itu, sistem ini juga boleh membuat salinan pendua fail pangkalan data.

Kekurangan

• Sistem ini Cuma untuk proses kemasukan dan paparan data sahaja. Tidak ada pemprosesan data untuk membuat laporan berkaitan prestasi pelajar.

• Ia tidak mempunyai Modul paparan data untuk pelajar

• Sistem ini merupakan sistem berasaskan dekstop sahaja, kemasukan dan paparan data tidak boleh dilakukan selain daripada komputer yang mempunyai sistem sahaja.

(51)

ii. Sistem Maklumat Pelajar UTM

Kelebihan

• Sistem ini merupakan sistem atas talian, dengan kemasukan data, dan paparan data boleh dilakukan di komputer yang mempunyai talian internet.

• Modul sistem ini merangkumi semua keperluan pelajar universiti, seperti modul maklumat asas, modul maklumat peperiksaan, modul maklumat yuran, dan sebagainya.

• Sistem ini mudah digunakan, tanpa perlu menggunakan manual untuk menggunakannya.

• Sistem ini mempunyai fungsi login untuk pelbagai pengguna.

Kekurangan

• Untuk pelajar, tiada fungsi pemprosesan data secara keseluruhan, untuk melihat prestasi semasa mereka, sama ada bertambah baik atau semakin berkurangan.

2.7 KESIMPULAN

(52)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Dalam pembinaan sesuatu sistem yang akan dibangunkan, ia memerlukan perancangan yang rapi, agar sistem yang dibangunkan merupakan sistem yang berguna, dan memenuhi kehendak pelanggan. Untuk itu, sesuatu sistem yang ingin dibangunkan, perlu membuat beberapa penilaian, dan menekankan beberapa aspek, agar ianya mampu menjadi sistem yang berguna. Untuk menghasilkan sesuatu sistem yang berguna dan berkesan, ia memerlukan perancangan, dan untuk itu, ia memerlukan kepada metodologi kajian, agar sistem itu, mampu memenuhi kehendak pelanggan, dan disiapkan dalam jangka masa yang sepatutnya.

(53)

3.2 REKABENTUK DAN PROSEDUR

Pembangunan sistem yang berkesan, bermula dengan perancangan, dan untuk memulakan perancangan, ia memerlukan maklumat yang berkaitan, sama ada dari pihak sekolah sendiri dan juga daripada pihak pembangun sistem. Untuk tujuan itu, maka pembangun sistem perlu untuk mengetahui objektif pembangunan sistem, dan memastikan sistem apa yang akan dihasilkan.

Semua perancangan pembangunan sistem perlulah disusun dengan rapi, agar sistem mampu dibangunkan dengan teratur. Kebiasaannya, pembangun sistem akan menggunakan Kitar Hayat Pembangunan Sistem. ia meliputi empat fasa iaitu fasa perancangan, fasa analisa, fasa rekabentuk dan fasa perancangan (Dennis, 2005). Kesemua fasa ini menerangkan secara menyeluruh tentang data dan aplikasi pembangunan sistem dan boleh digambarkan serta dinilai (Rob, 2002).

Metodologi yang baik akan memberikan garis panduan untuk menyiapkan semua aktiviti dalam kitar hayat pembangunan sistem, menurut Satzinger (2002) ini termasuklah model sistem, peralatan yang digunakan serta teknik-teknik khusus yang digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan. Manakala menurut Dennis

(2005), metodologi merupakan pendekatan secara formal untuk merancang dan melaksanakan kitar hidup pembangunan sistem seperti kaedah-kaedah yang khusus dan mampu dicapai.

(54)

3.2.1 RANGKA KERJA KAJIAN

Pembangunan projek melibatkan beberapa langkah, agar ianya dapat dilakukan dengan sistematik dan berkesan. Langkah pembangunan projek bermula dengan pemilihan tajuk projek sehinggalah kepada pembangunan sistem dan penulisan akademik berkaitan dengan projek. Berikut merupakan langkah yang terlibat dalam pembangunan projek;

Rajah 3.1: Rangka Kerja Kajian Pemilihan tajuk

Penulisan Proposal

Kajian literatur sistem yang telah Membuat kajian dibina

Analisa hasil kajian awal

Analisa sistem

Implementasi sistem Rekabentuk

sistem

Pengujian sistem

Penulisan laporan akhir Pembangunan sistem

(55)

a. Pemilihan Tajuk

Dalam pemilihan tajuk, ia merupakan langkah pertama dalam membina projek. Pemilihan tajuk sangat penting, kerana ia akan menentukan hala tuju dan matlamat kajian. Pemilihan boleh dibuat dengan membuat kajian projek yang telah dijalankan sebelum ini. Selain itu, pemilihan tajuk juga boleh dibuat daripada cadangan projek terdahulu. Perbincangan dengan sesuatu organisasi juga boleh membantu dalam pemilihan tajuk

b. Penulisan Proposal

Proposal kajian mengandungi perkara seperti objektif, skop kajian, keperluan, latar belakang masalah, dan penyataan masalah dibincangkan. Sekiranya proposal diterima selepas temu duga, kajian boleh diteruskan atau perlu diubah dan sebagainya.

c. Kajian Awal

Dalam kajian awal, ianya termasuk kajian literatur dan juga kajian mengenai sistem yang telah dibina. Kajian keperluan pengguna juga dilakukan pada peringkat ini. Kajian literatur lebih kepada kajian yang telah dibuat oleh pelajar sebelum ini, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang telah dilakukan. Begitu juga dengan kajian terhadap sistem yang telah dibina, dan sistem sedia ada. Ini untuk mengelakkan kelemahan yang sama diulangi dan kelebihan sesuatu sistem dapat diimplementasikan ke dalam kajian yang akan dibuat.

d. Analisa Hasil Kajian Awal

Analisa Hasil Kajian Awal didapati daripada kajian awal yang dilakukan. Hasil daripada kajian awal akan digunakan dalam pembangunan sistem, iaitu rangka kerja yang seterusnya.

e. Pembangunan Sistem

(56)

f. Pengujian Sistem

Pengujian sistem perlu untuk memastikan sistem yang dibangunkan mampu mencapai objektif dan matlamat pembinaannya. Dalam rangka kerja ini, pengujian boleh dilakukan untuk melihat tahap keselamatan sistem, prestasi pemprosesan sistem, dan tahap kepuasan pengguna terhadap sistem yang dibangunkan. Sekiranya sistem berjaya mencapai objektifnya, sistem dikira telah berjaya.

g. Penulisan Laporan Akhir

Penulisan Laporan Akhir merupakan proses terakhir dalam rangka kerja kajian. Segala maklumat berkaitan kajian akan didokumenkan agar pengetahuan yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi bersama pengguna yang lain. Manual sistem juga didokumenkan supaya pihak yang menggunakan sistem boleh mengemas kini dan menyelenggarakan sistem yang telah dibangunkan.

3.2.2 METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM

Dalam kebanyakan pembangunan sistem, fasa dan langkah-langkah Kitar Hayat Pembangunan Sistem diterima pakai secara logik daripada permulaan pembangunan sistem hingga ke akhir pembangunan sistem. terdapat pelbagai kategori metodologi pembangunan sistem yang telah diperkenalkan (Dennis, 2005), iaitu Rekabentuk Berstruktur (Structured Design), Pembangunan Aplikasi Pantas

(Rapid Application Development, RAD), dan Pembangunan Agile (Agile

Development).

(57)

Terjun (Waterfall Development Methodology), dan kemudiannya, metodologi ini dikembangkan kepada metodologi Model Selari. Model Air terjun merupakan asas model metodologi berstruktur, dengan mempunyai empat fasa utama, iaitu fasa perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk dan fasa implementasi yang dilakukan secara berjujukan, dan sesuatu fasa perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum fasa yang seterusnya dilakukan.

Metodologi Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD) pula, telah diperkenalkan pada 1990-an (Dennis, 2005). Ia menerangkan kekurangan metodologi berstruktur dengan membuat pembaikan Kitar Hayat Pembangunan Sistem untuk membuatkan fasa tertentu di dalam sistem dibangunkan dengan lebih pantas untuk pengguna. Dengan cara ini, pengguna akan dalam memahami mengenai sistem yang akan dibangunkan dan juga dapat memberikan kekurangan dan keperluan tambahan yang perlu dimasukkan ke dalam sistem. Ini akan membantu pembangunan sistem yang selari dengan kehendak dan keperluan pengguna. Teknik dalam RAD lebih menekankan Analis menggunakan teknik dan peralatan yang tertentu untuk mempercepatkan lagi proses fasa analisis, rekabentuk dan implementasi seperti menggunakan peralatan seperti CASE tools, dan rekabentuk aplikasi bersama (Joint Application Design, JAD). Akan tetapi, masih terdapat masalah dalam menggunakan RAD, iaitu sekiranya keperluan pengguna tidak didokumenkan, dan bergantung kepada pengguna untuk memahami sistem yang akan dibangunkan, dan menambah keperluan sistem dari semasa ke semasa. Dengan ini, ia akan menambahkan lagi masa pembangunan sistem dan fungsi yang perlu dibangunkan berbanding dengan kaedah mendokumentasikan keperluan sistem. Antara model dalam RAD ialah Model Pembangunan Berperingkat, Model Prototaip, dan Model Prototaip

Throwaway.

Kategori terakhir, adalah Pembangunan Agile. Model ini menekankan metodologi berteraskan pemprograman yang mempunyai beberapa syarat dan latihan. Dalam model ini, kerja permodelan dikurangkan dengan banyaknya dan dokumentasi juga dapat dikurangkan. Antara model dalam kategori ini adalah

Extreme Programming (XP), Scrum, dan Dynamic Systems Development Method

(58)

Dalam kajian ini, model yang dipilih adalah model Prototaip daripada kategori Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD). Ini kerana, model ini lebih mudah untuk diadaptasikan dengan mendokumenkan keperluan pengguna, dan dalam masa yang sama, fungsi di dalam sistem boleh ditingkatkan seiring dengan keperluan pengguna yang berbeza.

3.2.3 MODEL PROTOTAIP

(59)

Rajah 3.2: Model Metodologi Prototaip (Dennis, 2005)

Aktiviti dalam model prototaip ini mempunyai beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Ini kerana, kebiasaannya, pembangun sistem akan terlupa dan mengabaikan beberapa perkara penting dalam pembangunan sistem. berikut merupakan aktiviti yang dilakukan dalam model Prototaip (Dennis, 2005);

a. Perancangan

Perancangan sistem merupakan asas kepada pembangunan sistem. Ia menentukan kenapa sesuatu sistem itu perlu dibangunkan, dan bagaimana sistem itu akan dibangunkan. Dalam fasa ini, pembangun sistem akan menentukan sama ada sistem itu boleh dibangunkan atau tidak, adakah ianya boleh digunakan oleh organisasi tersebut, dan adakah kos pembangunannya berbaloi dengan aplikasi yang akan digunakan.

Perancangan

Analisis

Rekabentuk

Implementasi

Prototaip Sistem

(60)

b. Analisis

Fasa analisis akan merungkaikan persoalan berkaitan dengan pengguna sistem yang akan dibangunkan, fungsi yang akan dibangunkan, serta bila ia akan digunakan. Dalam fasa ini, terdapat tiga langkah yang perlu dilakukan, iaitu Strategi dalam melakukan analisis. Ini untuk membantu pembangun sistem, dan biasanya memasukkan analisis sistem sedia ada, dan cara untuk membuat rekabentuk sistem yang akan dibangunkan. Langkah kedua adalah analisis kajian keperluan pengguna (User Requirement Analysis). Kajian keperluan pengguna akan membantu pihak pembangun sistem untuk membuat rekabentuk konsep untuk sistem yang akan dibangunkan. Langkah ketiga adalah membuat Proposal Sistem, yang mengandungi analisis, konsep sistem, dan model yang akan dibina. Selain itu, ia juga akan menentukan sama ada sistem itu perlu diteruskan atau tidak.

c. Rekabentuk

Rekebentuk sistem akan menunjukkan bagaimana sesuatu sistem itu akan beroperasi. Ini termasuklah spesifikasi perkakasan, perisian yang akan digunakan, dan infrastruktur rangkaian. Selain itu, ia juga menunjukkan antaramuka pengguna, borang dan laporan, dan juga program yang spesifik, pangkalan data, dan fail yang akan digunakan. Rekabentuk sistem mempunyai empat langkah, iaitu strategi rekabentuk, rekabentuk arkitek, pangkalan data dan spesifikasi fail, dan rekabentuk program.

Strategi rekabentuk merupakan strategi yang akan dilakukan oleh organisasi untuk membina sesuatu sistem, sama ada ianya akan dibangunkan sendiri, ataupun meminta kepakaran daripada luar untuk membina sistem itu, atau organisasi cuma membeli perisian yang terdapat di pasaran.

(61)

bagaimana pengguna akan menggunakan sistem yang akan dibangunkan, serta borang dan laporan yang akan digunakan oleh sistem.

Pangkalan data dan spesifikasi fail pula merupakan dokumen yang menerangkan mengenai kaedah penyimpanan data, dan tempat data akan disimpan.

Rekabentuk program pula merupakan dokumen mengenai program yang perlu dibangunkan, serta kegunaan dan fungsi setiap program.

d. Implementasi

Fasa terakhir adalah implementasi. Implementasi merupakan fasa yang paling mendapat perhatian kerana ianya akan menunjukkan hasil sesuatu sistem. Terdapat tiga langkah dalam fasa ini, iaitu Pembinaan Sistem. Keduanya, ialah Instalasi Sistem, dan terakhir, Pelan Sokongan sistem.

Pembinaan sistem memastikan sistem dibangunkan dan pengujian sistem dilakukan untuk memastikan sistem berfungsi seperti yang dikehendaki. Ini kerana bugs atau kesalahan merupakan masalah yang menelan kos yang lebih tinggi untuk membetulkannya. Oleh itu, Pembinaan Sistem sangat penting untuk mengelakkan kos yang lebih tinggi.

Keduanya, adalah Instalasi Sistem. Instalasi merupakan proses menutup sistem yang lama dan memasukkan sistem yang baru (Dennis, 2005). Ianya boleh dilakukan secara penukaran terus, atau penukaran secara berperingkat. Dalam proses ini, adalah sangat penting untuk membekalkan pengguna dengan manual penggunaan supaya pengguna mengetahui fungsi dan cara menggunakan sistem, selain membantu pengurusan kerana perubahan kepada sistem yang baru.

(62)

3.2.4 PENGUJIAN SISTEM

Peringkat pengujian sistem ialah peringkat di mana sistem yang telah dihasilkan diuji. Pengujian yang dilakukan adalah dari segi kebolehan penggunaan sistem, keselamatan, tahap prestasi, dan juga pengujian penerimaan pengguna. Semasa peringkat pengujian, sistem ini mestilah bebas dari sebarang ralat. Jika terdapat sebarang ralat seperti ralat logik, maka sistem tersebut hendaklah melalui peringkat pembangunan sistem semula.

Terdapat empat tahap pengujian sistem, iaitu Pengujian Unit, Pengujian Berintegrasi, Pengujian Sistem, dan Pengujian Penerimaan (Dennis, 2005). Setiap tahap mempunyai jenis ujian yang boleh dilakukan. Berikut merupakan Tahap pengujian yang disenaraikan oleh Dennis (2005);

a. Pengujian Unit

Pengujian unit memfokuskan kepada sesuatu unit sahaja. Terdapat dua kaedah dalam pengujian unit, iaitu Kotak Hitam atau Kotak Putih. Kotak Hitam lebih digemari kerana setiap kelas menerangkan sesuatu objek. Pengujian

Kotak Hitam berdasarkan kepada keperluan sistem dan bukannya berdasarkan kepada penerangan daripada pembangun sistem. Sebagai contoh, pengujian dilakukan berdasarkan kepada kelas yang telah di rekabentuk. Pengujian Kotak Putih pula merupakan pengujian berdasarkan kepada spesifikasi metode yang bergantung kepada setiap kelas. Ini bermaksud, penguji akan melihat sendiri kod program berdasarkan kepada kelas yang direka.

b. Pengujian Integrasi

(63)

ujian yang boleh dilakukan, iaitu Pengujian Antaramuka Pengguna, Pengujian Rajah Peristiwa (Use Case Testing), Pengujian Interaksi, dan Pengujian Antaramuka Sistem.

Pengujian Antaramuka Pengguna melakukan pengujian dengan cara menggunakan setiap menu yang ada pada antaramuka tersebut. Pengujian Rajah Peristiwa pula melakukan pengujian menggunakan setiap rajah peristiwa untuk memastikan ianya berfungsi, dan kebiasaannya digabungkan dengan pengujian antaramuka pengguna. Pengujian Interaksi pula merupakan pengujian terharap setiap proses langkah demi langkah, dengan cara menguji setiap sub kelas dan membandingkan keputusan dengan data pengujian. Pengujian Antaramuka Sistem pula merupakan pengujian pertukaran data dengan sistem yang berlainan. Ini kerana pertukaran data menjadikan sistem lebih mudah untuk diautomasikan supaya pengguna dapat memastikan ianya berfungsi dengan baik.

c. Pengujian Sistem

Pengujian Sistem kebiasaannya dilakukan oleh Analis Sistem untuk memastikan setiap kelas berfungsi dengan baik antara satu dengan yang lain. Pengujian Sistem mempunyai kesamaan seperti Pengujian Integrasi, akan tetapi ianya mempunyai skop yang lebih luas. Pengujian Sistem menguji bagaimana sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna, bagaimana ianya berfungsi dengan baik apabila pelbagai fungsi digunakan, dan tahap keselamatan sistem tersebut. Terdapat lima jenis ujian dalam Pengujian Sistem, iaitu Pengujian Keperluan, Pengujian Penggunaan, Pengujian Keselamatan, Pengujian Prestasi, dan Pengujian Dokumentasi.

(64)

Dokumentasi pula menguji tahap ketepatan data berbanding dokumen yang disimpan.

d. Pengujian Penerimaan.

Pengujian Penerimaan pula dilakukan oleh pengguna untuk menyokong kumpulan pembangun sistem. tujuan utamanya adalah untuki memastikan sistem yang dibangunkan telah sempurna dan boleh digunakan. Pengujian Penerimaan dilakukan dalam dua tahap, iaitu Pengujian Alfa (Alpha Testing) dan juga Pengujian Beta (Beta Testing). Pengujian Alfa dilakukan oleh pengguna untuk menunjukkan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem yang telah dibangunkan, dan Pengujian Beta pula menggunakan data sebenar, untuk memastikan sistem tiada kesalahan dan boleh digunakan sepenuhnya.

3.3 RANGKA OPERASI (OPERATIONAL FRAMEWORK)

(65)

3.3.1 REKABENTUK LOGIKAL

Dalam rekabentuk logikal ianya menerangkan mengenai rajah peristiwa dan juga diagram aktiviti (Dennis, 2005). Dengan menggunakan model ini, ia dapat menerangkan sama ada sesuatu proses itu dilakukan menggunakan komputer ataupun secara manual. Maklumat berkaitan rekabentuk logikal ini akan membantu dalam rekabentuk Fizikal. Dengan memfokuskan kepada aktiviti logikal terlebih dahulu, Analis Sistem boleh memfokuskan kepada bagaimana proses dilakukan dalam organisasi dan bagaimana untuk mengimplementasikannya ke dalam organisasi.

Ia dimulakan dengan mengumpul maklumat daripada pengguna, kemudian pembangun sistem akan mereka bentuk proses-proses yang dilakukan oleh organisasi menggunakan diagram aktiviti. Kemudian, pembangun sistem akan mengenal pasti aktiviti untuk diterjemahkan ke dalam bentuk Rajah Peristiwa. Rajah Peristiwa merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pengguna seperti kemasukan data, pemprosesan data, paparan data dan sebagainya. Kemudian, Analis Sistem akan mereka bentuk Diagram Kelas untuk membina model berstruktur dalam mengenal pasti masalah dalam organisasi.

(66)

3.3.2 REKABENTUK FIZIKAL

Objektif kepada rekabentuk fizikal adalah untuk menentukan bahagian aplikasi yang perlu untuk dimasukkan ke dalam perkakasan yang diperlukan. Komponen utama dalam rekabentuk fizikal adalah perkakasan dan perisian. Terdapat tiga prinsip aplikasi yang digunakan pada masa kini, iaitu rekabentuk berdasarkan pengguna, rekabentuk berdasarkan server, dan rekabentuk berdasarkan kepada pengguna dan server. Berikut merupakan fungsi dalam setiap rekabentuk;

a. Rekabentuk Berasaskan Server merupakan rekabentuk yang menjadikan Server sebagai pemproses dan melakukan keempat-empat fungsi, iaitu melakukan Logik Persembahan, Logik Aplikasi, Logik Capaian Data dan Logik Penyimpanan Data. Rekabentuk yang mudah sangat berguna kerana ianya dibina dalam satu komputer sahaja, dan data juga disimpan dalam komputer yang sama. Akan tetapi, disebabkan Server yang melakukan pemprosesan, dan disebabkan penggunaan yang terlalu banyak, Server tidak dapat menampung pemprosesan yang berlebihan dan memerlukan kos yang tinggi untuk menambah baik Server tersebut.

Rajah 3.3: Rekabentuk Berasaskan Server

Pengguna Server

(67)

b. Rekabentuk Berasaskan Pengguna pula merupakan rekabentuk yang menetapkan komputer pengguna sebagai pemproses dan Server sebagai Penyimpan Data sahaja. Ini memudahkan pemprosesan dilakukan dipihak pengguna. Akan tetapi, ia mempunyai masalah apabila terlalu banyak capaian yang dibuat terhadap data, hingga akan menyebabkan lebihan dalam komputer pengguna dan juga rangkaian yang digunakan.

Rajah 3.4: Rekabentuk Berasaskan Pengguna

c. Rekabentuk Pengguna – Server pula merupakan rekabentuk yang menyeimbangkan pemprosesan antara pengguna dan server dengan kedua-duanya melakukan fungsi aplikasi yang sama. Kelebihan rekabentuk ini adalah ianya fleksibel, iaitu mudah untuk menambah atau mengurangkan simpanan data serta fungsi dalam kedua-dua bahagian pengguna dan juga Server. Dengan menggunakan rekabentuk ini, ia akan memudakan proses menambah baik, dan penyelenggaraan sistem, kerana kemudahan untuk menambah dan mengurang fungsi antara kedua-dua pengguna dan Server.

Pengguna Server

Penyimpanan Data Logik Persembahan

(68)

Rajah 3.5: Rekabentuk Pengguna - Server

Selain itu, rekabentuk ini juga mudah untuk diaplikasikan, kerana kebolehan untuk membahagikan fungsi antara pengguna dan Server. Terdapat dua kaedah dalam rekabentuk ini, iaitu gabungan dua baris (two tier), dan lebih (n-tier). Untuk dua baris, kebiasaannya, rekabentuk adalah seperti Rajah 3.5, akan tetapi untuk rekabentuk yang lebih kompleks, rekabentuk tiga baris dan lebih boleh digunakan. Contoh untuk penggunaan rekabentuk tiga baris adalah seperti rajah 3.6 dan lebih daripada itu seperti rajah 3.7.

Rajah 3.6: Rekabentuk Tiga Baris (Three - Tier)

Pengguna Server

Logik Capaian Data Penyimpanan Data Logik Persembahan

Logik Aplikasi

Pengguna Server

Logik Capaian Data

Penyimpanan Data Logik Persembahan Logik Aplikasi

(69)

Rajah 3.7: Rekabentuk Empat Baris (Four - Tier)

Berdasarkan kepada kajian terhadap ketiga-tiga rekabentuk fizikal yang telah dicadangkan oleh Dennis (2005), rekabentuk fizikal yang akan digunakan adalah rekabentuk tiga baris (Three – Tier Architecture). Ini kerana keperluan pihak sekolah yang menginginkan agar tahap pengguna yang berbeza antara ibu bapa dan pelajar, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Oleh itu, berdasarkan keperluan ini, maka rekabentuk Tiga Baris dipilih sebagai rekabentuk fizikal sistem yang akan dibangunkan.

Pengguna

Server

Logik Capaian Data Penyimpanan Data Logik Persembahan Logik Aplikasi

Server Aplikasi

Server Aplikasi

(70)

3.4 PENDEKATAN KAJIAN DAN SUMBER DATA

Sistem yang akan dibangunkan, perlu dikaji terlebih dahulu, dan memerlukan maklumat sebanyak yang mungkin agar sistem yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Kajian secara kualitatif digunakan untuk membuat kajian bagi pembangunan sistem. Menurut Reaves (1992) pendekatan kualitatif merupakan penghakiman terhadap kualiti sesuatu objek. Ia memberikan kelebihan kepada pembangun sistem kerana data yang diterima kebiasaannya sahih dan boleh diterima kerana ianya dilakukan dalam bentuk temu ramah secara mendalam dan hasilnya dianggap betul, tepat dan benar. Selain itu, analisis terhadap dokumen berkaitan juga perlu dilakukan untuk mengenal pasti elemen-elemen yang perlu dimasukkan ke dalam sistem.

Kaedah temu ramah, merupakan kaedah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu perkara daripada seseorang ataupun sekumpulan orang. Temu ramah merupakan cara yang paling efektif untuk memahami fungsi dan peraturan sesuatu perkara (Satzinger, 2002). Temu ramah juga boleh digunakan untuk mengenal pasti fungsi yang diperlukan, selain daripada data yang akan digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan.

Selain temu ramah, kaedah analisis dokumen juga boleh dilakukan untuk mendapatkan fungsi dan data sesuatu sistem yang akan dibangunkan. Dokumen yang boleh dianalisis adalah seperti borang, manual, laporan, carta organisasi dan sebagainya. Ia membantu pembangun sistem mendapatkan maklumat berkaitan sistem sedia ada pada pelanggan dan mengenal pasti maklumat dan fungsi sedia ada.

Referensi

Dokumen terkait

Proses diskusi atau dialog antar tokoh agama terkait permasalahan keagamaan pernah terjadi dalam kasus ketika saat itu permasalahan Ahok yang menistakan Umat Islam, dialog

Hasil penelitian menunjukkan bahwa logam Pb dan pH berpengaruh signifikan (p<0.05) terhadap hemosit kerang yaitu persentase jumlah basofil, eosinofil dan hemosit mati..

Dalam rangka mewujudkan pengembangan kinerja sistem yang efektif, sub-elemen seperti : pembinaan pelaku usaha, jaminan permodalan pelaku usaha dan perlunya dukungan

Produk utama yang merupakan minuman kopi rasa buah yang terdiri dari beberapa rasa selain itu juga menyediakan varian rasa, berikut produk – produk yang ditawarkan oleh

Nekem elegendő az, amit ír erről, mert durván úgy szoktuk megfogalmazni, hogy ahol a győzteseket és nyerteseket nem a piaci teljesítmény, hanem a kormányhoz való

Selanjutnya, semua tikus diberi sediaan per oral, untuk kelompok perlakuan kontrol negatif diberi CMC 0,5%, kelompok perlakuan kontrol positif diberi Glibenklamid dosis

(Note: Only one Smith chart is required for this question. Smith Chart is attached in Appendix 1. For Smith chart solutions, write down the steps clearly in the