• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BELAJAR PELAJAR (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN TENTANG KEPUASAN BELAJAR PELAJAR (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Tahap Kepuasan Belajar Pelajar Sijil Modular Kebangsaan

Di Kolej Komuniti Mas Gading & Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak

Mohammad Hairy Bin Kharauddin Titus Raymond Jayim Ak Sidet

Pensyarah

Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak

Siti Noor Asiah Bte Mustafa

Pensyarah

Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak

Abstrak : Kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar di sesebuah institusi merupakan elemen yang sangat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan bagi program Teknologi Maklumat dan Agro Pertanian di Kolej Komuniti Mas Gading; program Pemasangan Elektrik di Kolej Komuniti Cawangan Santubong sesi pengambilan Januari 2012 terhadap kesesuaian kursus, sukatan yang dipelajari, kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik dengan pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas 61 orang pelajar di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak. Data dianalisis yang dikumpulkan menggunakan set borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian

komputer untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan dan min. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan maklumat tambahan bagi memperbaiki tahap kepuasan pelajar bagi program tersebut.

1.0 Pengenalan

Institusi pengajian tinggi perlu lebih berdaya saing sejajar dengan dasar kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau yang bertaraf dunia. Robiah Sidin

(2000), menekankan bahawa kunci kepada

perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia hari ini ialah melalui peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dari perspektif kualiti, pelajar merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian dan kehendak tersendiri yang perlu dipenuhi. Pelajar ini mengharapkan pengalaman pembelajaran yang

menyeronokkan serta proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti. Namun begitu, tidak banyak usaha yang dilakukan untuk mengkaji berkaitan dengan kepuasan pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang dilalui.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kerajaan menyedari betapa pentingnya

(2)

majikan semasa iaitu tahu belajar sendiri, kemahiran mengurus sumber manusia, kemahiran komunikasi dan kemahiran memimpin. Oleh itu, Bahagian Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional bertanggungjawab membina kurikulum kursus di Kolej-kolej Komuniti. Kurikulum tersebut dibina berasaskan kepada dua komponen iaitu Kemahiran teknikal dan kemahiran generik (Bahagian Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional, 2000).

Pada tahun 2010, Sijil Modular Kebangsaan (SMK) telah diperkenalkan di semua Kolej Komuniti dan pengambilan pertama pada Julai 2010 telah dilaksanakan. Sistem modular ini telah dilaksanakan menggantikan sistem sijil sepenuh masa 2 tahun. Sijil Modular ini di ambil mengikut kursus yang ditawarkan dari 3 bulan hingga 6 bulan. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara praktikal sepenuhnya di makmal dari pukul 8 hingga 5 petang dan isnin hingga khamis. Sistem ini dirangka mengikut keperluan industri. Di samping itu, ia juga menjadi inspirasi kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan latihan tambahan atau golongan yang tercicir dalam pelajaran untuk mendapat latihan bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang latihan yang diambil di Kolej Komuniti. Kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar di sesebuah institusi merupakan elemen yang sangat penting.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengenalpasti kepuasan belajar pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan terhadap kesesuaian kursus, sukatan yang dipelajari, kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik dengan pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar di Kolej Komuniti Mas

Gading dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak bagi sesi Januari 2012. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan maklumat tambahan bagi memperbaiki tahap kepuasan belajar pelajar bagi program tersebut.

3.0 Penyataan Masalah

Kepuasan pengguna merupakan satu elemen penting dalam menentukan mutu produk dan

perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah

organisasi. Penekanan terhadap kepuasan pengguna amat penting bagi mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan (Johnson dan Fornell, 1991). Menurut Mohd Yahya (2003), kualiti pelatih pusat latihan hendaklah bercirikan employability dan marketability iaitu berdasarkan sejauh mana pelatih itu diserap masuk kepasaran pekerjaan. Hasil kajian daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara ke atas 115 majikan pelbagai sektor pekerjaan dalam tahun 2000 mendapati kriteria pekerja untuk employability yang utama adalah sikap yang baik (39.3%), kemahiran atau pengalaman (29.7%) dan kemahiran komunikasi (12%). Kajian yang lain yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia (2001), melaporkan bahawa kadar pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah iaitu sekitar 3 hingga 12 peratus. Kebanyakkan pelajar daripada pelbagai pusat latihan kemahiran gagal menempatkan diri di industri berkaitan adalah kerana kemhiran yang diperolehi tidak sepadan Maka kerajaan

telah membelanjakan RM11,831.43 juta untuk

(3)

Masalah kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kolej. Dalam melahirkan sumber tenaga manusia separuh mahir dalam bidang taknikal, kepuasan belajar adalah menjadi keutamaan kerana ia akan memberikan impak yang besar sekiranya matlamat yang hendak dituju boleh dicapai atau sebaliknya. Justeru, pelbagai kemahiran seperti kemahiran generic skills dan soft skills perlu dimiliki oleh pelajar-palajar ini. Oleh yang demikian, sekiranya pelajar-pelajar Kolej Komuniti Cawangan Santubong mempunyai ilmu serta kemahiran yang terhad ekoran dari masalah kepuasan belajar dan seterusnya akan menyukarkan proses penyampaian pengajaran dan

pembelajaran serta kemungkinan ilmu yang

disampaikan juga sukar dihayati oleh pelajar-pelajar ini. Di sini kajian bertujuan untuk menganalisa kepuasan belajar pelajar berdasarkan empat aspek utama iaitu, kesesuaian kursus, sukatan pelajaran, kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik dengan pelajar.

4.0 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau kepuasan pelajar terhadap pembelajaran Sijil Modular Kebangsaan di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak. Secara spesifik, objektif kajian adalah seperti berkaitan;

1. Untuk mengkaji kesesuaian kursus yang

ditawarkan.

2. Untuk mengkaji kesesuaian sukatan pelajaran.

3. Untuk mengkaji kesesuaian kemudahan

bengkel amali.

4. Untuk mengkaji hubungan di antara staf akademik dengan pelajar.

5. Untuk mengkaji hubungan di antara kesesuaian kursus, sukatan pelajaran, kemudahan dan hubungan antara staf akademik dan pelajar, dengan tahap kepuasan belajar pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK).

5.0 Persoalan Kajian / Hipotesis Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti seperti berikut;

1. Adakah kursus yang ditawarkan sesuai dengan pelajar?

2. Apakah jenis-jenis kursus yang ditawarkan kepada pelajar adalah sesuai?

3. Adakah sukatan pelajaran yang diambil sesuai dengan pelajar?

4. Bagaimanakah tahap kemudahan bengkel

amali?

5. Adakah kemudahan bengkel amali sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar?

6. Bagaimanakah hubungan di antara staf

akademik dengan pelajar?

7. Adakah hubungan ini memberikan kepuasan belajar kepada pelajar?

8. Adakah wujud hubungan antara kursus yang ditawarkan, sukatan pelajaran, kemudahan bengkel amali dan jaringan komunikasi staf akademik dengan pelajar terhadap tahap kepuasan belajar pelajar?

(4)

indikator yang digunakan dengan tahap kepuasan belajar pelajar. Oleh itu, beberapa penyataan hipotesis kajian telah dikenalpasti seperti berikut;

 H1 - Terdapat hubungan yang positif di antara

kepuasan belajar pelajar dengan

kesesuaian kursus yang ditawarkan.

 H2 - Terdapat hubungan yang signifikan di

antara kepuasan belajar pelajar dengan sukatan pelajaran.

 H3 - Terdapat hubungan yang jelas di antara

kepuasan belajar pelajar dengan

kemudahan bengkel amali.

 H4 - Terdapat hubungan yang positif di

antara kepuasan belajar pelajar dengan jaringan komunikasi staf akademik dan pelajar.

6.0 Rangkakerja Kajian

Pembelajaran juga amat berhubungkait dengan kepuasan terhadap kursus (Cohen, 1981; Guolla, 1999; Marsh, 1987; Ramsden, 1991; Wilson dan Lizzio, 1997), di mana pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dirangsang oleh kecekapan dan kemahiran

pengajar, malah lebih kepada strategi yang

menyeluruh. Pembelajaran juga menggambarkan sejauh mana pelajar merasakan pengalaman pengajaran bermakna kepada mereka. Sementera pengajaran pula dikatakan sebagai berkesan sekiranya terdapat peningkatan prestasi pelajar secara konsisten dengan

matlamat pengajaran selepas sesuatu tempoh

pengajaran (Stringer dan Irwing, 1998). Dalam kajian ini, kepuasan pelajar terhadap program pengajian merupakan kepuasan kumulatif iaitu kepuasan pelajar

sepanjang mereka mengikut program pengajian mereka dan peranan pelajar sebagai pelanggan akan diberi tumpuan untuk menonjolkan kepentingan kepuasan sebagai pembolehubah tidak bersandar.

Jadual 6.1: Rangkakerja Kajian

7.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Sijil Modular Kebangsaan bagi mengetahui tahap kepuasan pembelajaran dan pengajian di Kolej Komuniti. Kajian ini mempunyai kepentingan yang jelas dimana Sijil Modular Kebangsaan ini diperkenalkan pada tahun 2010 dan mempunyai beberapa situasi yang kurang jelas. Melalui pernilaiaan sebelum ini, kita melihat wujud masalah. Antaranya, arah tuju lepasan sijil yang kurang jelas, kumpulan sasaran yang kurang tepat, kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang kurang lengkap dan sebagainya. Keadaan ini telah memberikan kesan kepada tahap kepuasan pelajar semasa mengikuti program ini.

(5)

pelajar dengan melihat kepada kesesuaian kursus, sukatan, kemudahan bengkel amali dan hubungan antara staf akademik dengan pelajar.

Selain itu, dapatan kajian ini boleh digunakan oleh bahagian pembangunan Kurikulum Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk merangka pelan

pemantapan struktur pelajaran Sijil Modular

Kebangsaan (SMK) yang baru berusia 2 tahun. Kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada organisasi lain yang berkaitan dengan bidang latihan teknikal agar matlamat untuk meningkat masyarakat Malaysia terlaksana.

9.0 Pengumpulan Data

Bagi sejumlah 100 orang sampel kajian yang ada, 50 orang adalah minimum yang boleh diambil bagi kegunaan kajian (Fraenkel dan Wallen, 1993). Bagi kajian ini sejumlah 61 orang pelajar akan diambil kira keputusannya yang mewakili 64% daripada 101 orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan di kedua-dua buah Kolej Komuniti. Tujuan diambil lebih daripada 50% supaya hasil kajian lebih baik dan sekiranya terdapat sebarang ketidaksahihan dalam dapatan kajian ia tidak mengganggu keputusan yang diharapkan.

Jadual 9.1: Kaedah pemilihan sampel kajian

Pemilihan sampel adalah melalui urutan nama dalam senarai nama pelajar di setiap kursus dan dipilih secara rawak melalui cabutan nama yang akan dilakukan. Sekiranya terdapat masalah daripada nama

yang diambil, cabutan akan dilakukan untuk

mengantikan nama yang bermasalah. Seramai 61 orang pelajar akan terlibat dalam kajian ini yang meliputi 6 jenis kursus yang ditawarkan di kedua-dua buah Kolej Komuniti.

Bagi menjalankan kajian ini, soal selidik digunakan. Menurut Mohd Majid Konting (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam

penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih sesuai digunakan dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Selain itu, responden juga lebih bersedia dan berani untuk memberi maklumbalas terhadap aspek yang hendak dikaji (Mohd Najib, 1999).

Soal selidik ini terbahagi kepada lima ( 5) bahagian iaitu;

Bahagian A : terdiri daripada item-item yang berkaitan dengan kesesuaian kursus.

Bahagian B : merangkumi persepsi mengenai keseesuaian sukatan pelajaran.

(6)

Bahagian D : terdiri daripada item-item yang berkaitan dengan hubungan antara pensyarah dan pelajar.

bahagian E : berkaitan hubungan tahap kepuasan

dengan kesesuaian kursus,kesesuaian sukatan

pelajaran, kemudahan bengkel dan makmal amali dan hubungan antara pensyarah dan pelajar.

Soal selidik ini telah dibangunkan dengan menggunakan skala Likert untuk mengukur tahap responden yang terdapat di dalam kuesioner. Skala Likert merupakan kaedah skala bipolar yang mengukur baik tanggapan positif atau pun negatif terhadap suatu penyataan (Rensis Likert, 1932). Ketika jawab setiap item dalam skala Likert, responden menentukan tingkat persetujuan mereka terhadap suatu penyataan dengan memilih salah satu dari pilihan yang tersedia. Format skala berdasarkan jadual berikut;

Jadual 9.2 : Format skala

10.0 Data Analisis

Kajian ini bercorak kajian kualitatif dan kuantitatif, dimana hubungan pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar akan menunjukkan nilai daripada skala yang telah ditetapkan. Soal selidik ini merangkumi 2 bahagian iaitu bahagian A; butiran diri dan bahagian B; soalan yang mengkaji objektif

kajian. Dalam bahagian B, skala 1 hingga 5 disediakan kepada 40 soalan. Objektif per-1; kursus yang ditawarkan mengandungi 6 soalan. Bagi objektif ke-2, sukatan pelajaran merangkumi 7 soalan. Seterusnya objektif ke-3; kemudahan bengkel amali terdapat 5 soalan. Kemudian objektif ke-4; hubungan antara staf akademik dengan pelajar wujud 17 soalan dan akhir sekali objektif ke-5; hubungan antara setiap indikator dengan kepuasan pelajar 5 soalan.

Analisis dijalankan menggunakan perisian SPSS di mana melihat kepada frekuensi berdasarkan skala jawapan dan peratusan min bagi skala positif atau negatif. Daripada analisis tersebut di dapati 76.9% responden menyatakan bahawa kursus yang ditawarkan sesuai dengan pelajar. Bagi sukatan pelajaran, 79.5% responden memberikan jawapan bersetuju dengan kesesuaian mereka. Seterusnya, 59.0% menunjukkan bahawa kemudahan bengkel atau makmal amali menepati tahap kepuasan belajar pelajar. Melalui analisis ini juga, 87.2% responden berpuashati dengan jaringan komunikasi diantara pelajar dengan staff akademik.

Analisis ini juga menguji hubungan antara kesesuaian kursus, sukatan pelajaran, kemudahan bengkel/makmal amali dan jaringan komunikasi dengan pensyarah terhadap tahap kepuasan belajar pelajar Sijil Modular Kebangsaan. Hasil analisis mendapati 89.1% pelajar menyatakan bahawa mereka berpuashati dengan sijil modular kebangsaan yang ditawarkan dari segi kesesuaian kursus, sukatan pelajaran, kemudahan bengkel/makmal amali dan jaringan komunikasi dengan pensyarah.

Skala Butiran

1 Sangat Tidak Bersetuju

2 Tidak Bersetuju

3 Berkecuali

4 Setuju

(7)

11.0 Batasan Kajian

Beberapa batasan kajian digariskan sebagai panduan dalam memastikan data yang diperolehi memenuhi kehendak objektif. Batasan kajian adalah seperti berikut;

1. Kajian ini dijalankan kepada pelajar Sijil Modular Kebangsaan Kolej Komuniti Mas

Gading dan Kolej Komuniti Cawangan

Santubong.

2. Hanya melibatkan pelajar SMK Pemasangan Elektrik, SMK Teknologi Maklumat dan SMK Agro pertanian.

3. Soal selidik diedarkan kepada yang terpilih sahaja.

Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan penjelasan yang terkini mengenai tahap kepuasan belajar pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong. Dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa setiap indikator yang digunakan akan memberikan data mengenai tahap kepuasan belajar pelajar. Semoga kajian ini dapat digunakan untuk meneruskan lagi kajian pada masa hadapan

mengenai hubungan di antara setiap mekanisma yang digunakan dengan tahap kepuasan belajar pelajar dan boleh dimantapkan lagi dengan beberapa indikator baru yang akan dilihat pada masa hadapan.

13.0 Rujukan

Bahagian Kurikulum Pendidikan Teknik dan

Vokasional, (2000). “Kurikulum Kolej

Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia”. Espinoza, J.M., (1999). “Skills Students Learn While

Working in College”. Blackburg, Virginia. Green, F. (2001). “Market Value of Generic Skills”.

Research Paper 8, University of Kent.

Ibrahim Ahmad Barjunid, (2002). “Changing Mindset:

Lifelong Learning for Educationalists”. Paper

presented at International Conference on Lifelong Learning, University Malaya.

Athiyaman, A. (1997) “Linking student satisfaction

and service quality perceptions: the case of University Education”. MCB University Press, Vol 31 No. 7, pp. 528-540.

Parasuraman, A : Berry, L. and Ziethaml, A (1988).

“SERQUAL: a multiple scale for measuring customer perception of service quality”, Journal

of Retailing, pp.12-40.

Likert, Rensis (1932), “A Technique for The

Measurement of Attitudes”, Archieves of

Psychology 140: 1 – 55.

Dawes, John (2008), “Do Dato Characteristics Change

(8)

BORANG SOAL SELIDIK

TAHAP KEPUASAN KERJA BAGI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI WILAYAH SARAWAK

Bahagian A : Butiran Peribadi Responden

1. Kolej Komuniti :

2. Gred Semasa :

3. Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan

4. Umur :

5. Bangsa :

(Nyatakan)

6. Pendidikan tertinggi :

7. Pengkhususan : ( ) Sains ( ) Sastera

8. Tempoh Berkhidmat : ______ Tahun _____ Bulan

9. Tempoh Berkhidmat : ______ Tahun _____ Bulan di Kolej Komuniti

48 dan ke atas

41 - 44

29 - 36

25 dan ke bawah

26 - 35

36 - 45

Melayu

Cina

Lain-Lain

Diploma

Ijazah

(9)

Bahagian B

Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui secara umum persepsi Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Sarawak mengenai aspek visi, komunikasi, semangat berpasukan dan suasana di tempat kerja. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan menandakan ( √ ). Pilihan jawapan adalah berdasarkan pilihan jawapan yang berikut;

1 – Sangat tidak bersetuju 2 – Tidak bersetuju 3 – Berkecuali 4 – Bersetuju 5 – Sangat bersetuju

Bil Perkara 1 2 3 4 5

A Visi

1. Saya memahami visi organisasi.

2. Visi organisasi telah disebarkan dengan berkesan kepada semua staf.

3. Pembentukkan visi telah dibuat dengan penglibatan staf.

4. Objektif kerja saya adalah selaras dengan visi organisasi.

5. Saya mengetahui perkaitan antara kerja saya dengan visi organisasi.

B

Komunikasi

1. Adalah mudah untuk saya menyampaikan pendapat kepada ketua terdekat saya.

2. Ketua saya berkomunikasi dengan berkesan bagi menangani konflik yang ditimbulkan.

3. Komunikasi antara staf adalah cemerlang di organisasi ini.

4. Arahan kerja saya di organisasi ini adalah jelas.

5. Komunikasi kerja dari ketua terdekat adalah amat baik dengan bahagian-bahagian lain di dalam organisasi. C

Kerja Berpasukan

1. Semangat kerja berpasukan saya di organisasi ini adalah tinggi.

2. Saya mengetahui peranan saya sebagai ahli dalam pasukan untuk organisasi ini.

3. Saya dapat melaksanakan tugas dalam pasukan dengan cemerlang di organisasi ini.

4. Saya seronok bekerja secara berpasukan di organisasi ini.

5. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam kerja berpasukan di organisasi ini.

D

Persekitaran Tempat Kerja

1. Aspek peralatan yang saya gunakan adalah sesuai.

2. Suhu ruang tempat kerja adalah sesuai.

3. Aspek keselamatan di tempat kerja adalah terjamin.

4. Suasana kerja di organisasi ini adalah tenang.

(10)

Bahagian C

Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui secara umum persepsi Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Sarawak. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan menandakan ( √ ). Pilihan jawapan adalah berdasarkan pilihan jawapan yang berikut;

1 – Sangat tidak bersetuju 2 – Tidak bersetuju 3 – Berkecuali 4 – Bersetuju 5 – Sangat bersetuju

Bil Perkara 1 2 3 4 5

1 Saya suka menjadi seorang Pensyarah Kolej Komuniti.

2 Saya tidak menyesal berkhidmat dengan Kolej Komuniti.

3 Saya berasa bangga berada di Kolej Komuniti.

4 Saya amat bersemangat untuk bekerja di Kolej Komuniti.

5 Kolej Komuniti sehaluan dengan jiwa saya.

6 Kolej Komuniti adalah penting untuk imej saya.

7 Saya rasa bertanggungjawab terhadap Kolej Komuniti dan akan meneruskan perkhidmatan saya di organisasi ini.

8 Saya selesa bekerja di Kolej Komuniti.

9 Saya rasa bahawa saya mempunyai kewajipan untuk terus berkhidmat di Kolej Komuniti.

10 Saya bekerja disebabkan rasa tanggungjawab terhadap pembangunan Kolej Komuniti.

11 Saya akan menghadapi banyak gangguan dalam kehidupan sekiranya saya mengubah tempat kerja sekarang.

12 Saya telah memberi banyak sumbangan kepada kemajuan Kolej Komuniti

13 Mengubah tempat kerja sekarang akan memerlukan banyak pengorbanan peribadi.

14 Saya akan rasa bersalah jika saya meninggalkan Kolej Komuniti.

15 Saya akan rasa tertekan jika saya berpindah tempat kerja.

16 Meninggalkan Kolej Komuniti sekarang akan melibatkan kos yang tinggi.

17 Saya amat berpuas hati dengan kebebasan yang diberikan untuk memilih kaedah pengajaran.

18 Saya suka bekerja di kolej Komuniti.

19 Secara amnya, saya amat berpuas hati dengan pekerjaan ini.

20 Saya amat puas hati dengan peluang yang diberikan kepada saya untuk menggunakan kebolehan saya.

21 Saya amat puas hati dengan perhubungan saya dengan staf lain.

22 Saya amat puas hati dengan perhubungan saya dengan pihak atasan.

23 Saya amat puas hati dengan pencapaian yang diperolehi dari kerja yang dilakukan.

24 Saya amat puas hati dengan gaji yang diterima.

25 Saya amat puas hati dengan tanggungjawab yang diberikan.

(11)

27 Saya amat puas hati dengan penglibatan saya dalam membuat keputusan.

28 Saya amat puas hati dengan kepelbagaian kerja yang diberikan.

29 Saya amat puas hati dengan waktu pejabat yang telah ditetapkan.

30 Saya amat puas hati dengan penghargaan yang diberikan kepad kerja yang telah dilakukan dengan baik.

31 Saya amat puas hati dengan peluang kenaikan pangkat yang sedia ada.

32 Saya amat puas hati kerana diberikan tugas yang sesuai dengan kebolehan saya.

33 Saya amat puas hati dengan pembahagian tugas-tugas bagi tahun ini.

34 Saya amat puas hati dengan sistem rekod kehadiran pensyarah

menggunakan “Punch Card”.

35 Saya amat puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak pentadbiran.

36 Saya amat puas hati dengan pengkongsian ilmu oleh pensyarah yang menghadiri kursus / seminar / bengkel / latihan.

37 Saya amat berpuas hati dengan keadaan keadaan persekitaran kerja di Kolej Komuniti.

38 Saya amat berpuas hati dengan peluang yang diberikan untuk menyertai seminar akademik.

39 Saya amat berpuas hati dengan kemudahan pembelajaran dan pengajaran untuk kegunaan pensyarah Kolej Komuniti.

40 Adakah ada berasa puashati dengan kerja yang anda lakukan pada masa ini?

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

Referensi

Dokumen terkait

b) Menyusun program kepengawasan berdasarkan visi misi tujuan dan program-program sekolah binaannya. c) Menyusun metode kerja dan berbagai instrumen yang diperlukan

Sedikitnya ada lima keuntungan mengikuti Program Adiwiyata sebagai berikut 6 (1) Mendukung pencapaian standar kompetensi/kompetensi dasar dan standar kompetensi

Dengan memberikan kesan baru berupa perancangan Cafe- Library and Resto pengunjung dapat menikmati hidangan restoran, juga dapat membaca atau mencari informasi pada

Validasi hasil prediksi Jaringan Saraf Tiruan dilakukan untuk melihat apakah hasil dari analisis elemen hingga yang merupakan dasar dari prediksi Jaringan Saraf

Hal ini dikaitkan dengan apakah kepuasan terhadap merek mobil Suzuki Ertiga tersebut berdampak pada tingkat loyalitas konsumen untuk terus menggunakan mobil Suzuki

Permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan separa mahir terus dijangka meningkat dengan alihan kepada aktiviti nilai ditambah yang tinggi, aktiviti berfokuskan

Merunut hal tersebut di atas, agar output lulusan pendidikan integratif siap mengikuti pendidikan lanjutan di Akademi Angkatan sesuai dengan matranya, maka perlu suatu

Pajak merupakan sumber utama penerimaan negara.Tanpa pajak, sebagian besar kegiatan negara sulit untuk dapat dilaksanakan.PPh Pasal 22 Impor adalah pajak