• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL PENGGUNA

Dalam dokumen Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men (Halaman 102-107)

PELAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM

5.2 IMPLEMENTASI DAN PEMBANGUNAN SISTEM

5.2.1 MODUL PENGGUNA

Dalam merekabentuk sistem ini, terdapat beberapa modul yang telah dibahagikan mengikut keperluan pengguna telah dibangunkan. Modul-modul ini mempunyai fungsi yang berlainan antara satu dengan yang lain, kerana tahap keperluan pengguna yang berbeza. Modul pengguna yang telah dibangunkan adalah seperti berikut;

1. Modul Paparan Maklumat Pelajar

Modul paparan maklumat pelajar membenarkan para pelajar melihat maklumat berkaitan diri mereka di sekolah. Selain itu, modul ini juga mempunyai 4 sub-modul, iaitu;

a. Sub-Modul Paparan Maklumat Asas

Sub-Modul ini memaparkan maklumat asas berkaitan pelajar. Maklumat seperti nombor kad pengenalan pelajar, nama pelajar, kecacatan, dan sebagainya.

b. Sub-Modul Paparan Maklumat Penjaga

Sub-Modul ini memaparkan maklumat penjaga pelajar, iaitu nama ibu bapa atau penjaga, alamat penjaga, dan sebagainya. Ini dapat membantu pihak pelajar untuk melihat maklumat penjaga mereka.

c. Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan

Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan ini, akan memaparkan maklumat keputusan peperiksaan pelajar, dengan membuat pilihan yang dikehendaki. Pelajar perlu memilih tahun, dan jenis peperiksaan yang mereka inginkan, kemudian, sistem akan memaparkan maklumat keputusan peperiksaan yang dikehendaki.

d. Sub-Modul Paparan Maklumat SPPM

Sub-Modul ini memberikan paparan maklumat SPPM pelajar, berdasarkan kepada tahun yang dipilih.

e. Sub-Modul Paparan Maklumat Ko-Kurikulum

Sub-Modul ini memaparkan maklumat ko-kurikulum pelajar, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Borang akan diisi oleh guru yang terlibat, dan pelajar boleh memaparkan maklumat berkaitan dalam sub- modul ini.

2. Modul Kemasukan Data Pelajar

Modul kemasukan data pelajar digunakan untuk memasukkan maklumat yang berkaitan dengan pelajar yang berada di bawah pengawasan guru tertentu. Modul ini mempunyai tiga sub-modul untuk memasukkan maklumat pelajar, iaitu;

a. Sub-Modul Kemasukan Data Peperiksaan

Sub-modul ini akan memudahkan pihak guru untuk memasukkan data peperiksaan pelajar. Modul ini akan membenarkan guru memilih kelas dan subjek yang diajar. Dan kemudiannya, guru perlu memilih jenis peperiksaan yang akan dipilih sebagai maklumat jenis peperiksaan. Dan kemasukan data peperiksaan akan dimasukkan mengikut kelas dan subjek yang telah dipilih. Kelas dan subjek ini bergantung kepada kelas dan subjek yang diajar, guru yang tidak mengajar kelas atau subjek yang sama, tidak akan mampu memasukkan maklumat peperiksaan untuk kelas dan subjek tersebut.

b. Sub-Modul Kemasukan Data SPPM

Sub-modul ini akan membenarkan guru memasukkan data sppm pelajar, dengan senarai pelajar adalah berdasarkan kepada program mentor-mentee di sekolah. Hanya mentor kepada pelajar sahaja akan dapat memasukkan data ke dalam sistem.

c. Sub-Modul Kemasukan Data Ko-Kurikulum

Sub-modul ini akan memudahkan pihak guru untuk memasukkan data ke dalam sistem dengan berdasarkan kelas pelajar. Guru akan memilih kelas, dan senarai pelajar kelas

tersebut akan disenaraikan, dan guru perlu memilih pelajar yang akan dimasukkan data.

3. Modul Sistem Bantu Keputusan

Modul Sistem Bantu Keputusan ini mempunyai tiga sub-modul, iaitu sub-modul untuk kepimpinan, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Modul ini akan memaparkan maklumat senarai pelajar yang terbaik bagi kategori yang dipilih, dan juga berdasarkan kepada tigkatan yang dipilih. Ia juga mampu memaparkan maklumat senarai keseluruhan pelajar, tanpa mengikut tingkatan. Ini memudahkan pihak pentadbiran dalam memaparkan senarai pelajar yang berkaitan. Sub-Modul untuk Modul Sistem Bantu Keputusan adalah;

a. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Kepimpinan b. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Sahsiah c. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum

Antaramuka yang dibangunkan adalah berdasarkan modul-modul yang telah disenaraikan di atas. Untuk melihat maklumat berkaitan, setiap pengguna perlu login ke dalam sistem, berdasarkan kepada tahap pengguna, iaitu Pelajar, Guru, dan Admin. Carta antaramuka pengguna adalah seperti berikut;

STRUKTUR REKABENTUK ANTARAMUKA <<Window>> Menu Utama <<Window>> Menu Admin <<Window>> Menu Pelajar <<Hyperlink>> Menu Guru <<Hyperlink>> Kemasukan Data Peperiksaan <<Hyperlink>> Kemasukan Data Musleh <<Hyperlink>> Kemasukan Data Ko-Kurikulum <<Hyperlink>> Paparan Maklumat Asas

Pelajar <<Hyperlink>> Senarai Terbaik Kepimpinan <<Hyperlink>> Paparan Maklumat Penjaga Pelajar <<Hyperlink>> Paparan Maklumat Peperiksaan Pelajar <<Hyperlink>> Paparan Maklumat SPPM Pelajar <<Hyperlink>> Paparan Maklumat Ko-

Kurikulum Pelajar <<Hyperlink>> Paparan Maklumat Kemasukan Data <<Button>> Submit <<Button>> Submit <<Button>> Submit <<Hyperlink>> Senarai Terbaik Kepimpinan <<Hyperlink>> Senarai Terbaik Kepimpinan

Dalam bahagian ini, ia akan menerangkan mengenai pengujian sistem yang dilakukan. Ini penting untuk memastikan pembangunan sistem yang telah dilakukan menepati kehendak dan keperluan pengguna. Selain itu, ia juga perlu untuk memastikan sistem yang dibangunkan tidak mempunyai masalah dan mampu berfungsi mengikut keperluan.

Di dalam fasa pengujian, sistem akan diuji dari aspek pengesahan (validation) dan penentusahan (verification). Penentusahan sistem akan melihat samada sistem menepati spesifikasi. Pengesahan sistem pula akan melibatkan pengujian samada sistem menepati seperti apa yang pengguna mahu dan jangkakan (Sommerville,Ian. 1998).

Strategi untuk pengujian sistem ini adalah seperti berikut;

i. Pengujian Sintaksis ii. Pengujian Kotak Putih iii. Pengujian Kotak Hitam

Dalam dokumen Sistem bantu keputusan untuk Sekolah Men (Halaman 102-107)

Dokumen terkait