• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS DATA I: KEPERLUAN PENUBUHAN, MOTIF OBJEKTIF DAN FUNGSI BPHTPBT

6.3 Analisis Terhadap Keperluan Penubuhan BPHTPBT

Dalam bahagian ini, penerangan yang terperinci tentang hasil analisis yang berkaitan dengan keperluan penubuhan sesebuah BPHT yang khusus di dalam organisasi-organisasi PBT akan dijelaskan secara terperinci. Responden-responden yang terlibat adalah terdiri daripada 29 organisasi PBT yang telah menubuhkan BPHT yang khusus di dalam organisasi masing-masing. Perbincangan tentang hasil analisis ini akan dibahagikan mengikut jenis-jenis analisis sepertimana berikut:

6.3.1 Analisis Kebolehpercayaan

Analisis ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis pekali Alpha Cronbach di mana nilai pekali 0.6 dan ke atas telah ditetapkan sebagai nilai

yang mempunyai aras kebolehpercayaaan yang tinggi. Berdasarkan analisis yang dijalankan, hasil yang diperolehi adalah sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual 6.1, iaitu:

Jadual 6.1: Hasil analisis pekali Alpha Cronbach bagi faktor-faktor yang dipertimbangkan sebagai mempengaruhi keperluan penubuhan BPHTPBT.

Bil. Faktor/ Item

Nilai alfa jika item dibuang (alpha if item deleted) 1. Peningkatan tahap perkhidmatan 0.7919

2. Pembangunan ekonomi 0.7762

3. Pembangunan sosial 0.7231

4. Pertambahan stok harta tanah 0.7835

5. Perwakilan hakmilik 0.7725

6. Perlaksanaan fungsi tertentu 0.7658

7. Kepuasan pengguna 0.7893

Nilai akhir alfa 0.7992

Merujuk kepada jadual di atas, kesemua 7 faktor yang telah disenaraikan sebagai mempengaruhi keperluan penubuhan sesebuah BPHT di dalam sesebuah organisasi PBT didapati memiliki aras kebolehpercayaan yang tinggi kerana nilai akhir alfa yang dicatatkan ialah 0.7992 mata. Jadual di atas juga menunjukkan bahawa nilai alfa yang dicatatkan pada ruangan nilai alfa jika item dibuang bagi kesemua faktor adalah melebihi nilai 0.6. Keadaan ini sekaligus membuktikan bahawa alat pengukur yang digunakan bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan keperluan penubuhan sesebuah BPHTPBT sememangnya mempunyai aras kebolehpercayaan yang tinggi kerana nilai yang sedemikian menunjukkan wujudnya hubungan dalaman yang saling berkaitan antara setiap faktor yang terlibat. Ini kerana menurut Salleh dan Murali (2002), sesuatu alat pengukur dikatakan memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia memiliki tahap konsisten dalaman yang baik. Tahap konsisten dalaman tersebut adalah dirujuk kepada kewujudan hubungan dalaman di antara setiap persoalan yang dikemukakan terhadap sesuatu perkara.

Sekiranya setiap persoalan tersebut didapati memiliki hubungan dalaman yang baik, maka ia dikatakan mempunyai tahap konsisten dalaman yang juga baik dan begitulah sebaliknya. Seterusnya untuk tujuan mengenalpasti kewujudan tersebut, Salleh dan Murali (2002), telah menyatakan bahawa rujukan terhadap nilai yang dicatatkan dalam ruangan alfa jika item dibuang boleh dilakukan. Sekiranya nilai tersebut mencatatkan suatu nilai yang melebihi nilai pekali kebolehpercayaan yang telah ditetapkan, maka persoalan-persolan yang terlibat dikatakan mempunyai hubungan dalaman yang baik dan begitulah sebaliknya.

6.3.2 Analisis Perbandingan

Analisis perbandingan dilakukan bagi mengenalpasti sama ada wujudnya perbezaan pendapat antara responden yang terdiri daripada majlis perbandaran dan majlis bandaraya. Sekiranya wujud perbezaan, maka sewajarnya analisis-analisis lain misalnya analisis frekuensi perlulah dilaksanakan secara berasingan supaya perbezaan tersebut dapat dijelaskan secara berasingan. Untuk melaksanakan analisis perbandingan ini, maka kaedah analisis Mann-Whitney telahpun diketengahkan. Jadual 6.2 menunjukkan hasil analisis tersebut. Berdasarkan jadual tersebut, didapati kedua-dua kumpulan responden (majlis perbandaran dan majlis bandaraya) tidak mempunyai sebarang perbezaan pendapat ke atas kesemua faktor yang telah disenaraikan sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan penubuhan BPHTPBT. Ini kerana kesemua nilai yang dinyatakan dalam ruangan aras keertian adalah melebihi nilai 0.05. Oleh itu, dengan keputusan ini, maka adalah wajar sekiranya analisis-analisis lain yang berkaitan dijalan secara bersekali tanpa memberi pertimbangan ke atas perbezaan jenis-jenis responden yang terlibat.

Jadual 6.2 : Hasil analisis Mann-Whitney bagi faktor-faktor yang dipertimbangkan sebagai mempengaruhi keperluan penubuhan BPHTPBT.

Bil. Faktor/ Item Aras Keertian

1. Peningkatan tahap perkhidmatan 0.946

2. Pembangunan ekonomi 0.766

3. Pembangunan sosial 0.713

4. Pertambahan stok harta tanah 0.895

5. Perwakilan hakmilik 0.854

6. Perlaksanaan fungsi tertentu 0.768

7. Kepuasan pengguna 0.841

6.3.3 Analisis Frekuensi

Menerusi analisis yang dijalankan ke atas data yang berkaitan, hasil analisis frekuensi yang diperolehi adalah sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual 6.3. Merujuk kepada jadual tersebut didapati secara keseluruhan kesemua faktor yang terlibat telah mencatatkan jumlah kekerapan had majoriti yang melebihi 50 peratus. Faktor peningkatan tahap perkhidmatan telah mencatatkan jumlah skor kekerapan penting yang paling maksimum iaitu dengan 29 kekerapan. Manakala bagi faktor pembangunan ekonomi, pertambahan stok harta tanah, perlaksanaan fungsi tertentu dan kepuasan pengguna pula, didapati masing-masing telah mencatatkan jumlah skor kekerapan penting yang kedua tertinggi iaitu dengan 28 kekerapan. Faktor seterusnya yang telah mencatatkan jumlah skor kekerapan penting yang ketiga tertinggi ialah faktor pembangunan sosial. Akhir sekali, faktor yang paling sedikit mencatatkan jumlah skor kekerapan penting ialah faktor perwakilan hakmilik.

Merujuk kepada pemakaian kaedah analisis frekuensi ini, maka analisis min, telah turut dilaksanakan. Jadual 6.4 menunjukkan hasil analisis yang diperolehi. Berdasarkan jadual ini, didapati hasil analisis ke atas ketujuh-tujuh faktor tersebut didapati faktor peningkatan tahap perkhidmatan telah mencatatkan skor min yang paling lebih kecil iaitu dengan nilai 1.4138, diikuti faktor pembangunan ekonomi dengan nilai 1.4828, faktor pertambahan stok harta tanah dan faktor perlaksanaan

fungsi tertentu yang masing-masing telah mencatatkan skor min yang bernilai 1.5862, faktor kepuasan pengguna dengan nilai 1.6552, faktor pembangunan sosial dengan nilai 1.9310 dan ahkhir sekali faktor perwakilan hakmilik dengan skor min sebanyak 2.1034. Merujuk kepada keseluruhan hasil analisis ini, maka didapati bahawa skor min yang telah dicatatkan oleh ketujuh-tujuh faktor yang terlibat adalah lebih kecil daripada nilai 3. Hasil analisis ini secara langsung menunjukkan bahawa kesemua faktor tersebut adalah dianggap penting untuk dipertimbangkan sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan penubuhan BPHTPBT.

Jadual 6.3: Hasil analisis frekuensi bagi faktor-faktor yang dipertimbangkan sebagai mempengaruhi keperluan penubuhan BPHTPBT.

Hasil Analisis

Skala Jawapan Jumlah Skor Kekerapan Bil. Faktor/ Item

1 2 3 4 5 Penting (1+2) Tidak Penting (3+4+5) 1. Peningkatan tahap perkhidmatan 17 12 0 0 0 29 (100%) 0 2. Pembangunan ekonomi 16 12 1 0 0 28 (96.6%) 1 (3.4%) 3. Pembangunan sosial 7 18 3 1 0 25 (86.2%) 4 (13.8%) 4. Pertambahan stok harta tanah 13 15 1 0 0 28

(96.6%) 1 (3.4%) 5. Perwakilan hakmilik 8 13 5 3 0 21 (72.4%) 8 (27.6%) 6. Perlaksanaan fungsi tertentu 14 14 0 1 0 28

(96.6%) 1 (3.4%) 7. Kepuasan pengguna 11 17 1 0 0 28 (96.6%) 1 (3.4%)

Jadual 6.4 : Hasil analisis min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan penubuhan BPHTPBT.

Bil. Faktor/ Item Min

1. Peningkatan tahap perkhidmatan 1.4138

2. Pembangunan ekonomi 1.4828

3. Pembangunan sosial 1.9310

4. Pertambahan stok harta tanah 1.5862

5. Perwakilan hakmilik 2.1034

6. Perlaksanaan fungsi tertentu 1.5862

7. Kepuasan pengguna 1.6552