KONSEP PEMASARAN SECARA BERBILANG TINGKAT ATAU MLM
3.3 Sistem Pemasaran MLM Mengikut Perspektif Syarak
3.3.2 Asas Pertimbangan Fiqh dalam Sistem Pemasaran MLM
Dalam penjelasan lalu, jelas bahawa sesuatu muamalat seperti perniagaan MLM ini selagi mana tidak dimasuki unsur-unsur yang haram maka hukumnya harus sebagaimana asal64. Justeru, untuk menilai sesuatu MLM itu menepati syarak atau tidak, maka antara elemen yang menjadi fokus utamanya adalah kaedah perniagaan yang dijalankan itu sendiri. Ini termasuklah produk atau barangan yang dijual, harga yang ditetapkan serta cara perniagaan itu dijalankan65.
Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut syariah ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas iaitu mestilah berasaskan akad66 yang saling redha meredhai antara penjual dan pembeli, memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak ke atas sesuatu urusniaga dan mestilah bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkan seperti perjudian, penindasan, riba dan gharar67.
64 al-Kibiyyi (2002), al-Mu‘āmalat al-Māliyyah al-Mu‘āsirah, hlm 118 -119
65 Adnan Fadzil(2010), Soal Jawab MLM Syariah HPA, hlm 28
66 Akad disebut sebagai kontrak yang menjadi lambang atau tanda kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Tanda adanya kerelaan di antara kedua pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul. Ia menjadi tanda bermulanya ikatan kontrak di antara dua pihak yang terlibat. Apabila sesuatu kontrak telah berlaku mak kedua pihak yang terlibat akan mempunyai hak dan tanggungjawab, lihat Syed Mohd Ghazali (2015), Perniagaan Mengikut Perspektif Islam, hlm 107
67 al-Qaraḍāwī (1995), Daur al-Qiyami wa al-Akhlāq fī al-Iqtiṣādī al-Islāmī, hlm 269-285
111
Al-Qur’ān menegaskan bahawa proses jual beli hendaklah terbina atas prinsip al-tarāḍi (saling meredhai) antara pihak-pihak yang terbabit. Ini boleh dilihat di dalam surah an-Nisā’ yang berbunyi68 :
اَهُّ يَأاَي ْمُكْنِم ٍضاَرَ ُ ْنَع ًةَراَجُِ ََوُكَُ ََْأ َّلَِإ ِِّ ِطاَبْلاِب ْمُكَنْ يَ ب ْمُكَلاَوْمَأ اوُلُكْأَُ َلَ اوُنَمآ َنيِذَّلا
Wahai orang-orang yang beriman! Jangahlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu diantara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan (jalan)
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu
Justeru itu, mana-mana syarikat MLM yang mematuhi rukun dan syarat sebagaimana di atas adalah boleh dianggap telah menjalankan sebuah perniagaan yang sah mengikut syarak. Namun ada beberapa perkara yang perlu diperhati sebelum dapat menentukan hukum secara pasti terhadap sesebuah MLM, iaitu :
3.3.2 (a) Produk atau barangan yang dipasarkan
Persoalan tentang produk atau barangan yang dipasarkan melalui kaedah MLM ini merupakan antara polemik yang sering diperkatakan. Ianya bukan hanya berkisar dari sudut status halal atau tidak, akan tetapi juga melibatkan dari sudut kewujudan barang yang dijual secara nyata atau sekadar gimik disebalik sistem pemasaran yang digunapakai. Justeru itu, dalam membuat penilaian terhadap kesahihan sesuatu MLM yang dijalankan adalah perlu dibuat penelitian secara terperinci dari kedua-dua aspek iaitu halal dan kewujudan barang secara jelas atau sebaliknya.
68 Surah al-Nisā’ : 29
112
Dalam garis panduan perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) menurut syariah yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM ada menyebut mengenai kriteria produk yang dipasarkan oleh mana-mana syarikat MLM hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak69. Ini menepati syarat-syarat yang telah digariskan oleh para fuqaha sebagaimana yang dijelaskan dalam bab yang lalu70.
Selain daripada itu, produk tersebut mestilah berkualiti dan selamat digunakan dan mestilah dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna sasaran tanpa mengambilkira pelan pemasaran MLM yang disediakan71. Panduan ini dikira menepati usaha mengelak dari perkara yang boleh menimbulkan kemudaratan. Ini sesuai dengan kaedah fiqhiyyah )لازي ررضلا( yang bermaksud kemudaratan hendaklah dihindarkan72.
Dalam usaha mencapai kemaslahatan dalam urusniaga MLM yang lebih maksima, garis panduan tersebut juga menekankan bahawa bukan setakat produk yang dipasarkan itu berkualiti dan halal semata, akan tetapi yang penting produk itu juga bukanlah dijadikan sekadar ‘topeng’ atau helah bagi mengaburi ciri-ciri skim cepat kaya. Maknanya sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barangan atau produk bukannya menjalankan apa-apa skim sebagaimana yang telah disebutkan tadi dengan berlapikkan barangan atau produk73. Ini kerana kekuatan syarikat jualan langsung adalah
69 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2013), Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung, hlm 15
70 Lihat dalam bab Dua, hlm 78-85
71 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2013), Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung, hlm 15
72 Muhammad ‘Uthmān Syibīr (2007), al-Qawā‘id al-Kuliyyah wa al-Ḍawābiṭ al-Fiqhiyyah, hlm 164
73 Adnan Fadzil (2010), Soal Jawab MLM Syariah HPA, hlm 27
113
terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera semata-mata.
Secara umumnya perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dalam perniagaan adalah berkisar atas beberapa faktor iaitu segala aktiviti yang membantu kepada perbuatan maksiat, terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan, unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan dan juga terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang berakad74. Justeru menjual produk-produk yang mengandungi bahan najis, bahan haram dan syubhah termasuk dalam ertikata menjalankan jenis perniagaan yang diharamkan oleh syarak. Sabda Rasulullah S.A.W75,
هللا َإ مانصلْاو ريزنخلاو ةتيملاو رمخلا عيب مرح هلوسرو
Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan patung-patung berhala
Hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkara yang dilarangkan oleh Allah dari kita memakan dan menggunanya, maka turut dilarang kita menjual dan mengambil untung darinya76.
Oleh yang demikian itu, penyelidik cenderung untuk mengatakan bahawa haram hukumnya seseorang itu menyertai mana-mana syarikat MLM yang menjual produk yang haram kerana kita akan turut terlibat dalam perkara yang haram. Tambahan pula penglibatan kita dengan syarikat tersebut akan mengukuhkannya untuk terus menjual
74 al-Qaraḍāwi (1985), al-Ḥalāl wa al-Ḥarām fi al-Islām, hm 242
75 al-Bukhāri (1999), Ṣaḥiḥ al-Bukhāri, Kitab al-Buyū’, no. h. 2236, hlm 356
76 Lihat huraian lanjut dalam al-‘Asqalānī (1989), Fatḥ al-Bārī Syarḥ Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, jilid, 4, hlm 535
114
produk haram sedangkan kita dilarang oleh Allah S.W.T membantu perkara haram. Firman Allah S.W.T77,
ََ َهَّللا ََِّإ َهَّللا اوَُّْ ُاَو َِاَوْدُعْلاَو ِمْثِْلْا ىَلَع اوُنَواَعَ ُ َلََو ىَوَّْْ تلاَو ِ رِبْلا ىَلَع اوُنَواَعَ َُو ُديِد
ِباَِْعْلا
Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan taqwa, janganlah kamu bantu membantu kepada dosa (maksiat) dan permusuhan, Bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah amat berat azabNya
Sekiranya perniagaan MLM menawarkan sebarang keuntungan berupa bonus atau komisen bukan hasil dari penjualan produk yang jelas tetapi melalui pengrekrutan ahli semata maka ia boleh merosakkan akad mengikut perspektif syarak78. Ini adalah salah satu bentuk permainan wang (money game) yang mempunyai unsur gharar (ketidakpastian).
Sememangnya unsur gharar wujud dalam sistem money game (permainan wang) atau MLM yang menjalankan money game. Apabila akad berlaku tanpa kewujudan produk atau kewujudannya hanya bersifat lakonan sahaja, maka wang yang diberi atau dibayar oleh peserta adalah sebagai bayaran kepada sesuatu yang tidak pasti atau terawang-awangan sehingga menimbulkan gharar. Ini jelas kerana tujuan akad tersebut bukanlah perniagaan, tetapi sebagai satu bentuk permainan wang.
Berbeza dengan MLM yang benar-benar memperniagakan produknya dengan jelas dan nyata. Ia jelas wujud akad jual beli atau perniagaan dan penjualan produk benar-benar berlaku serta menjadi maksud oleh pihak yang berakad. Keuntungan dari perniagaan tersebut barulah sebahagiannya diambil untuk pembayaran bonus atau komisyen para pengedar.
77 Surah al-Mā’idah : 2
78 Aktiviti seperti ini menyerupai skim piramid, money game atau MLM yang berselindung di sebalik skim piramid yang diharamkan sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini
115
Selain daripada itu, MLM yang menjalankan penipuan terhadap barang juga akan menyebabkan ianya boleh menjadi haram. Penipuan yang dimaksudkan adalah yang dilakukan terhadap barang atau produk melalui beberapa cara antaranya membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Larangan ini jelas boleh difahami daripada maksud hadith Nabi S.A.W iaitu79,
Janganlah menahan susu di kantung susu unta dan kambing (yakni untuk menipu pembeli), dan barangsiapa yang telah membelinya maka dia diberi dua pilihan
selepas memerah susunya
Pada zaman dahulu dalam kalangan masyarakat Arab jahiliyyah terdapat mereka yang membiarkan susu berada di dalam kantung susu binatang yang hendak dijual tanpa memerahnya selama beberapa hari sebelum dijual supaya susu itu berhimpun dan menjadi penuh di dalam kantung binatang tersebut. Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada pembeli bahawa binatang ternakan itu kantung susunya besar dan susunya banyak, maka dengan itu menjadi tarikan kepada pembeli untuk membelinya atau sanggup membayar dengan harga yang lebih tinggi. Ini dibuktikan melalui satu hadith, di mana Rasulullah s.a.w melarang perbuatan tersebut yang bertujuan menipu yakni al-tadlīs atau tidak80.
Menurut hukum fiqh, perbuatan seperti ini termasuk dalam perkara yang disebut sebagai al-tadlīs81. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Bab Dua yang lalu, perbuatan al-tadlīs itu adalah haram sekalipun tidak menjejaskan akad. Maknanya perbuatan itu adalah
79 Hadith riwayat al-Bukhari, lihat al-Bukhāri (1999 Ṣaḥiḥ al-Bukhāri, Kitab al-Buyū’, no. h. 2148, hlm 344
80 al-‘Asqalani (1989), Fatḥ al-Bāri Syarḥ Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, jilid 4, hlm 455
81 al-Zuḥailī ( 1989), al-Fiqh al-Islāmī, jilid 4, hlm 218
116
dilarang, dan pihak pembeli boleh membuat pilihan sama ada meneruskan pembelian tersebut atau sebaliknya.
Justeru, adalah dikira sebagai satu langkah mencapai maṣlaḥah untuk mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM bagi produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat.
Menurut garis panduan JAKIM bagi menjamin sistem pengurusan syarikat mengikut prinsip-prinsip Islam, adalah dinasihatkan agar memohon piawaian MS2400:2010 Standards on Halal Logistics, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan, MS2200 Bahagian 1:2008 Barang Gunaan Islam-Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri-Garis Panduan Umum dan MS1900:2005 Standards on Quality Management System from Islamic Perspective bagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit82. Dan sebagai tambahan, produk tersebut bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba83.
Justeru itu, syarat kewujudan barang secara nyata dan juga berkualiti boleh dianggap memenuhi keperluan maṣlaḥah kerana boleh menyelamatkan wang atau harta dari binasa dan rosak disebabkan oleh satu skim perniagaan yang salah disisi syarak84. Ini adalah sebahagian syarat sah yang telah disepakati oleh para fuqaha dalam kontrak jual beli melainkan al-salam85.
82 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2013), Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung, hlm 15-16
83 Emas dan perak adalah termasuk dalam kategori harta ribawi yang dilarang dijual secara tangguh mengikut perspektif syarak, lihat al-Khin, Muṣṭafa (1996), al-Fiqh al-Manhajī ‘Ala Mazhab al-Imām al-Syāfi’ī , jilid 3, hlm 61
84 Justeru itu Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki melalui perniagaan yang sah mengikut syarak sebagai usaha menjaga harta sebagaimana yang diperintah, lihat al-Yūbī (1998), Maqāṣid al-Syarī‘ah al-Islāmiyyah wa
‘Alāqatuhā bi al-Adillah al-Syar‘iyyah, hlm 287
85 Muhammad Taufiq (1998), al-Buyū’ al-Syāi’ah wa athar Ḍawābiṭ al-Mabī’ ‘ala Syar’iyatiha, hlm 58 dan juga ‘Abd al-Rāziq (2003), ‘Aqd al-Bai’ Dirāsah Muqāranah Fī al-Qānun al-Madanī wa al- Fiqh al-Islāmi, hlm 121
117 3.3.2 (b) Harga Produk yang Ditetapkan
Ketetapan harga bagi sesuatu produk yang dipasarkan melalui MLM juga perlu diberi perhatian. Perkara ini timbul kerana wujudnya pandangan umum khususnya pengguna yang mendakwa barangan yang dijual melalui kaedah MLM adalah mahal dan tinggi dari harga biasa86. Bukanlah bermakna MLM itu haram hanya semata-mata kerana harga lebih tinggi dari biasa. Cuma salah satu unsur yang perlu disemak supaya tidak memburukkan lagi hukum MLM sehingga boleh membawa kepada haram sekiranya wujudnya anasir penipuan dan penindasan kepada pengguna.
Fenomena yang wujud dalam sebahagian daripada pasaran MLM adalah menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploitasi kejahilan pengguna terhadap nilai sebenar barang di pasaran. Contohnya terdapat MLM yang menjual alat penapis air yang harga sebenarnya hanya RM800 atau RM900 sahaja tetapi dijual dengan harga hingga RM250087. Penjualan dengan harga yang melambung tinggi ini dibuat dengan hanya mengguna penutup luar yang cantik atau pembungkusan yang cantik supaya kelihatan lebih mahal oleh pengguna sedang bahan-bahan dalamannya tidak ada beza dengan produk yang sama di pasaran luar. Penipuan juga boleh berlaku dengan melabelkan kelebihan-kelebihan tertentu yang sebenarnya tidak ada pada produk tersebut dengan bertujuan mengaburi pengguna agar mereka tertarik untuk membelinya.
Maksudnya dalam kes harga mahal semata-mata tidaklah menjadi isu utama sekiranya ditentukan berdasarkan keadaan barangan dan keperluan pengguna terhadap
86 Syahnaz Sulaiman (2011), Parameter Berasaskan Syariah Dalam Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Muti-Level Marketing), Jurnal Muamalat, hlm 177
87 Ahmad Adnan (2010), Soal Jawab MLM Syariah HPA, hlm 61, dan juga boleh lihat dalam Anis Tyas Kuncoro (2009), Konsep Bisnis Multilevel Marketing, hlm 24
118
barangan tersebut tanpa ada unsur penipuan, pengeksploitasi terhadap pengguna, penindasan dan kezaliman88. Ini kerana tidak dinafikan bahawa harga memainkan peranan penting dalam menentukan keuntungan kepada penjual89. Semakin tinggi harga barang, maka semakin tinggi keuntungan yang diraih oleh syarikat yang mengeluar, menjual dan memasarkan barangan tersebut. Namun, ramai yang mungkin terlupa bahawa setiap kali kenaikan harga barang, maka semakin meningkat bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Maknanya keuntungan yang berlipat-kali ganda dari satu sudut akan mendatangkan kesusahan juga kepada orang lain.
Justeru Islam amat menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan dalam jual beli90. Bahkan ia selaras dengan salah satu sifat Allah, iaitu Maha Adil. Sekiranya diperhatikan dan diselidiki secara mendalam terhadap hukum-hakam Allah S.W.T, kita akan mendapati bahawa terdapat banyak nilai-nilai Islam yang dipaparkan secara tersurat dan tersirat. Allah S.W.T berfirman91 :
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga
kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belitkan, atau enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.”
88 al-Qaraḍāwī (1995), Daur al-Qiyam wa al-Akhlāq fī al-Iqtiṣādī al-Islāmī, hlm 298-300
89 Sesuai dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Khaldun bahawa perniagaan itu adalah aktiviti pertukaran barang yang bertujuan mendapatkan keuntungan, lihat Ibn Khaldun (4002), Muqaddimah Ibn Khaldūn, jilid 2, hlm 83
90 al-Qaraḍāwī (1995), Daur al-Qiyam wa al-Akhlāq fī al-Iqtiṣādī al-Islāmī, hlm 298
91 Surah An-Nisā’: 135
119
Sejajar dengan itu, Islam juga mengharamkan kezaliman. Bahkan, Allah menegah daripada cenderung atau menyokong perbuatan zalim walaupun ia dilakukan oleh orang lain. Firman Allah S.W.T92 :
ُ ُ َلَ َّمُث َءاَيِلْوَأ ْنِم ِهَّللا َِوُد ْنِم ْمُكَل اَمَو ُراَّنلا ُمُكَّسَمَتَ ف اوُمَلَظ َنيِذَّلا ىَلِإ اوُنَكْرَ ُ َلََو ََوُرَصْن
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain
daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
Fakhr al-Rāzī dalam tafsirnya mengatakan bahawa kecenderungan yang dilarang di dalam ayat di atas bermaksud redha dengan apa sahaja kezaliman yang berlaku bahkan turut sama dalam membantu kezaliman tersebut93.
Dalam membicarakan kaedah penentuan harga, sebenarnya tiada dalil dari nas al-Qur’ān dan hadīth secara jelas yang khusus menyentuh tentangnya. Namun, kita boleh menggunakan garis panduan umum berdasarkan prinsip menegakkan keadilan dan menolak kezaliman sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat-ayat sebelum ini94. Maka kaedah paling tepat dalam penetapan harga ialah jangan sampai menyebabkan ada pihak yang dizalimi95. Harga yang diletakkan kepada sesuatu barang yang ingin dikeluarkan jangan sampai menindas pengguna dan jangan mengabaikan hak penjual untuk mendapatkan keuntungan.
Penetapan harga juga perlu berdasarkan kualiti sebenar bagi sesuatu produk. Di sinilah pentingnya kejujuran dan ketelusan di pihak peniaga atau penjual. Firman Allah S.W.T96:
92 Surah Hūd : 113
93 Al-Fakhr al-Rāzī (1995), al-Tafsīr al-Kabīr li al-Imām al-Fakhr al-Rāzī, jilid 6, juzuk 18, hlm 407
94 Ayat-ayat al-Qur’an yang menyentuh berkaitan adil, ihsan dan tidak menzalimi sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam bab dua yang lalu.
95 Justeru Islam menetapkan bahawa harga sesuatu barang hendaklah berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh orang yang pakar dalam perkara tersebut supaya tidak mendatangkan ghabnu fahisy dalam jual beli, lihat ‘Abd al-Karīm Zaidān, (1989), al-Madkhal lidirāsah al-Syarī‘ah al-Islāmiyyah, hlm 296
96 Surah al-Baqarah 2 : 188
120
ِماَّكُُْلا ىَلِإ اَهِب اوُلْدَُُو ِِّ ِطاَبْلاِب ْمُكَنْ يَ ب ْمُكَلاَوْمَأ اوُلُكْأَُ َلََو ِم اًْيِرَف اوُلُكْأَتِل
ََوُمَلْعَ ُ ْمُتْ نَأَو ِمْثِْلْاِب ِِاَّنلا ِِاَوْمَأ ْن
Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya
kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui.
Menurut al-Qurṭubī, yang dimaksudkan larangan memakan harta sesame manusia dengan jalan yang batil adalah perjudian, penipuan, merompak dan melanggar hak orang lain97. Namun begitu, penjual diharus menaikkan sedikit harga melebihi harga pasaran jika produk tersebut mempunyai nilai tambah yang tersendiri. Ini menyebabkan produk berkenaan mempunyai perbezaan dan keistimewaan berbanding dengan produk-produk yang sama di pasaran. Rasulullah S.A.W pernah membenarkan peniaga meningkatkan keuntungan sehingga melebihi 100 % dari harga asal. Ini dapat dilihat melalui hadith Urwah Al-Bariqi98;
عابف نيُاَ هب هل ىرتَاف ، ةاَ هب هل يرتشي ارانيد هاطعأ ملسو هيلع هللا ىلص يبنلا َأ إ
رانيدب امهادح
هيف حبرل بارتلا ىرتَا ول َاكو هعيب يف ةكربلاب هل اعدف ةاَو رانيدب هءاجف
Sesungguhnya Nabi S.A.W memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor
dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah
sekalipun pasti ia akan mendapat untung.
Hadith ini jelas memaparkan bahawa Urwah al-Bariqi telah membeli dua ekor kambing tersebut dengan harga setengah dinar. Namun, beliau menjualnya pula dengan
97 Al-Qurṭubī (1988), al-Jāmi’ li aḥkām al-Qur’ān, jilid 2, hlm 225
98 al-Bukhāri (1999), Ṣaḥīḥ al-Bukhāri, Kitab al-Munaqib, no. h. 3642, hlm 611
121
harga satu dinar iaitu dari nilai untung yang diambil. Rasulullah S.A.W telah mengiktiraf perbuatan tersebut dan mendoakan Urwah al-Bariqi99.
Justeru, dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Jakim100 jelas menyatakan bahawa harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan perkhidmatan. Ini lebih mendatangkan kemaslahatan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual mahupun pembeli (pengguna).
3.3.2 (c) Yuran Keahlian
Penetapan kadar yuran keahlian kepada pengguna baru yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluaran sesebuah syarikat boleh dikatakan telah menjadi amalan biasa dalam perniagaan MLM101. Yuran keahlian yang dikenakan itu adalah harus dalam muamalat berdasarkan akad al-ijārah. Secara ringkas dari segi bahasa al-ijārah adalah berasal daripada perkataan al-ajr atau al-ujrah yang bermaksud balasan atas kerja atau pahala102. Manakala dari segi istilah, para fuqaha mazhab Syāfi’ī mendefinisikan al-ijārah ini sebagai suatu akad atau kontrak yang dilakukan ke atas manfaat yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan bayaran yang diketahui103.
Ringkasnya akad al-ijārah ini merupakan suatu kontak yang melibatkan pemindahan hak manfaat bukannya hak milik104. Ia adalah kontrak pertukaran iaitu manfaat
99 al-‘Asqalānī (1989), Fatḥ al-Bārī, jilid 6, hlm 786-787
100 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2013), Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung, hlm 16
101 Peter J Clothier (1990), Multi Level Marketing, hlm 39
102 Ibn Manzur (1990), Lisān al-‘Arab, jilid 4, hlm 10
103 al-Syarbinī (1997), Mughnī al-Muḥtāj, jilid 2, hlm 244
104 Muṣṭafa al-Khin, (1996), al-Fiqh al-Manhajī ‘Ala Mazhab al-Imām al-Syāfi’ī, jilid 3, hlm 121
122
benda dan bayaran. Dalam istilah yang lebih mudah kontrak berasaskan al-ijārah ini merujuk kepada urus niaga sewaan atau pajakan atas sesuatu aset yang bermanfaat seperti bangunan, mesin dan kereta. Maksudnya apabila sesuatu barang itu disewa oleh seseorang maka penyewa tersebut mempunyai hak dari segi menggunakannya tetapi bukan hak pemilikan.
Hukum al-ijārah ini adalah harus berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur’ān dan juga hadīth serta pendapat majoriti fuqaha105. Allah S.W.T berfirman106 :
َح ِت َلَوُأ َّنُك َِْإَو َّنِهْيَلَع اوُِْ يَضُتِل َّنُهوُّراَضُُ َلََو ْمُكِدْجُو ْنِم ْمُتْ نَكَس ُثْيَح ْنِم َّنُهوُنِكْسَأ
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya)itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk
menyempitkan (hati) mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah dicerai) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, Kemudian jika
mereka menyusukan (anak-anakmu) maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui
kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya
Di dalam ayat yang lain ketika mengisahkan kata-kata dari salah seorang anak perempuan Nabi Shu‘ib a.s, Allah S.W.T berfirman107 ,
Di dalam ayat yang lain ketika mengisahkan kata-kata dari salah seorang anak perempuan Nabi Shu‘ib a.s, Allah S.W.T berfirman107 ,