• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAṢLAḤAH DAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

2.4 Perniagaan Menurut Perspektif Syarak

2.4.1 Konsep dan Kedudukan Perniagaan Secara Umum

Perniagaan bukan hanya aktiviti kehidupan yang tidak boleh dipisahkan antara sesama manusia semata. Bahkan ia adalah satu bentuk perhubungan sosial yang mempunyai hak-hak yang perlu dipatuhi. Justeru intipati sebenar konsep perniagaan secara umum serta matlamat yang ingin dicapai berdasarkan perspektif Islam perlu difahami.

Asal kata kerja ‘perniagaan’ adalah niaga yang bererti dagang, dan jual beli88. Justeru perniagaan itu boleh diertikan sebagai perihal berniaga, berdagang89. Menurut Ibn Manẓūr dalam kamusnya Lisān ‘Arab perniagaan dalam bahasa Arab disebut al-tijārah yang berasal dari kata kerja tajara yang bermaksud jual dan beli90.

Mengikut pengertian istilahnya, para fuqaha mentakrifkan al-tijārah atau perniagaan ini sebagai usaha mencari untung melalui aktiviti jual beli91. Umpamanya Imam al-Syarbini secara jelas menyatakan bahawa perniagaan itu adalah pertukaran dalam bentuk wang dengan barang atau barang dengan barang bertujuan mendapat

88 Kamus Dewan edisi ke empat, 2010, hlm 1080

89 Kamus Dewan edisi ke empat, 2010, hlm 1080

90 Ibn Manẓūr (1990), Lisān al-‘Arab, jlid 4, hlm 89

91 Ini merupakan takrif yang diberikan oleh Imam al-Baiḍāwi, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Basyūni (1988) dalam kitabnya al-Ḥurriyyah al-Iqtiṣādiyyah, hlm 501

62

keuntungan92. Begitu juga Ibn Khaldūn dalam buku Muqaddimah telah menyebut bahawa perniagaan itu adalah usaha-usaha mendapatkan keuntungan atau rezeki menerusi pengembangan harta melalui pembelian barang-barang dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga yang mahal93.

Menurut beliau lagi kadar lebihan yang diperolehi daripada usaha-usaha ini dinamakan keuntungan. Usaha-usaha untuk mendapatkan keuntungan di atas dilakukan sama ada menerusi penyimpanan barangan tertentu serta penantian perubahan harga pasaran daripada murah kepada mahal atau menerusi perpindahan barangan tersebut daripada satu negeri kepada satu negeri yang lain yang lebih memerlukannya akan mendatangkan keuntungan yang lebih besar94.

Berbeza sedikit dengan pandangan al-Sayyid Sābiq, di mana beliau tidak pula meletakkan unsur keuntungan ketika mentakrifkan perniagaan. Beliau hanya menyatakan bahawa perniagaan itu adalah aktiviti pertukaran barang dengan barang atau harta dengan harta atau harta dengan barang atas dasar persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli atau pertukaran hak milik dengan gantian bayaran atau mubādalah mengikut peraturan syarak95. Ringkasnya, pandangan Ibn Khaldūn adalah lebih tepat bagi menjelaskan maksud perniagaan itu secara lebih realiti bagi membezakan sedikit dengan jual beli yang biasa. Justeru itu, penulis dapat simpulkan bahawa perniagaan itu adalah sebahagian daripada bentuk aktiviti jual beli, cumanya ada unsur mencari keuntungan disebalik pertukaran pemilikan barang dan keperluan mengikut pengertian istilah tadi.

92 al-Syarbīni (1997), Mughnī al-Muḥtāj, jilid 2, hlm 100 - 105

93 Ibn Khaldun (4002), Muqaddimah Ibn Khaldūn, jilid 2, hlm 83

94 Ibn Khaldun (4002), Muqaddimah Ibn Khaldūn, jilid 2, hlm 83

95 al-Sayyid Sabiq (1992), Fiqh al-Sunnah, jilid 3, hlm 147

63

Hakikat ini sebenarnya selari dengan kehendak fitrah manusia yang sukakan kepada pemilikan harta serta mendapat keuntungan daripada sesuatu aktiviti jual beli yang dilakukan96. Justeru Islam telah meraikan kecenderungan dan keinginan fitrah ini dengan mensyariatkan perniagaan dengan menggariskan kaedah-kaedah serta panduan-panduan yang tertentu. Lantaran itulah Islam mengharamkan riba, perjudian, rompakan, penipuan, memakan harta anak yatim dan harta orang lain dengan cara yang tidak betul dan sebagainya. Sebaliknya Islam membenarkan kegiatan yang membawa kebaikan dan kesejahteraan peribadi dan masyarakat seperti jual beli, tempahan, sewaan, pinjaman syarikat dan lain-lain lagi. Firman Allah S.W.T dalam al-Qur’ān97 :

ٍضاَرَ ش ْنَع اةَراَجِش َ وُكَش ْ َأ َّلاِإ ِلِطاَبْلاِب ْمُكَنْ يَ ب ْمُكَلاَوْمَأ اوُلُكْأَش َلا اوُنَمآ َنيِذَّلا اَهُّ يَأاَي َلاَو ْمُكْن ِم

اوُلُ تْقَ ش

ااميِحَر ْمُكِب َ اَك َهَّللا َّ ِإ ْمُكَسُفْ نَأ

Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu makan (guna) harta-harta kamu di antara kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebaginya) kecuali dengan

(jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu

Dalam menggambarkan lagi tentang kedudukan perniagaan di dalam syariat Islam, al-Qur’ān itu sendiri telah menyebut kegiatan tersebut dengan sebutan yang cukup indah sebagai kegiatan mencari kurniaan Allah . Ini boleh dilihat dalam ayat al-Qur’ān di bawah, iaitu98 :

ُكَّلَعَل ااريِثَك َهَّللا اوُرُكْذاَو ِهَّللا ِلْضَف ْنِم اوُغَ تْ باَو ِضْرَْلأا يِف اوُرِكَتْ ناَف ُة َلََّصلا ِتَيِضُق اَذِإَف َ وُحِلْفُ ش ْم

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan)

supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)

96 Syed Mohd Ghazali (2015), Perniagaan Mengikut Perspektif Islam, hlm 12

97 Surah al-Nisā’ : 29

98 Surah al-Jumu’ah : 10

64

Segolongan ahli tafsir telah mentafsirkan ayat di atas dengan maksud menjalankan perniagaan dan gerak kerja untuk mencari keperluan hidup seharian99. Pendapat ini selari dengan pandangan al-Qurṭubī ketika mentafsirkan ‘mencari rezki dan limpah kurniaNya’ sebagai kegiatan perniagaan dan mencari keuntungan di atas muka bumi Allah S.W.T100.

Keterangan melalui ayat-ayat al-Qur’ān di atas menggambarkan Islam tidak pernah melarang aktiviti perniagaan kerana ia merupakan salah satu cara mencari rezki yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Bahkan ia merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana ia membawa manfaat kepada masyarakat. Boleh juga dikatakan perniagaan itu sebagai sebuah jihad yang dituntut khusus dalam bidang ekonomi. Perkara ini jelas sebagaimana yang disebut oleh Baginda S.A.W dalam sebuah hadīth yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhī 101,

قودصلا رجاتلا نيملأا

نِ يبنلا عم ءادهكلاو نيقي دصلاو

Seorang peniaga yang benar lagi amanah itu akan dihimpunkan pada hari kiamat bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar dan para syuhada’

Menurut Badr al-Dīn al-‘Ayni dalam menghuraikan kitab Sahih al-Bukhari, sengaja memasukkan bab yang berkaitan dengan perniagaan iaitu Kitab al-Buyū’

selepas bab yang berkaitan dengan ibadah adalah kerana kepentingan perniagaan itu sendiri berbanding dengan bab perkahwinan, kekeluargaan mahupun jenayah. Menurut beliau, terdapat ulama yang berpandangan bahawa ramai manusia mampu untuk tidak

99 Basyūni (1988), al-Ḥurriyyah al-Iqtiṣādiyyah, hlm 507

100 Boleh lihat dalam tafsir surah al-Naḥl : 14, al-Qurṭūbi(1988), al-Jāmi’ Li Aḥkām al-Qur’ān, jilid 5, juzuk 10, hlm 60

101 Hadīth riwayat al-Tarmizi : 1209, Jāmi’ al-Tirmidhī, dalam Abwab al-Buyū’ , hlm 1772

65

berkahwin tetapi semua manusia pastinya tidak akan terlepas daripada terlibat dalam bidang perniagaan sama ada sebagai seorang penjual ataupun pembeli102.

Sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat r.a juga boleh dijadikan bukti yang jelas tentang kedudukan perniagaan. Baginda S.A.W sendiri telah terlibat dengan perniagaan sejak dari umur 12 tahun lagi bila mana dibawa oleh bapa saudaranya Abū Ṭālib dalam rombongan perniagaan ke Syam103.

Baginda S.A.W pernah menjalankan perdagangan dengan menggunakan modal orang lain iaitu Khadijah binti Khuwailid ke negeri Syam104. Nabi S.A.W dan para sahabat r.a sebenarnya merupakan golongan peniaga yang aktif dan berjaya sebelum mereka terlibat dengan kesibukan berdakwah, memerintah negara dan sebagainya seperti yang dinyatakan dalam buku-buku sejarah tentang kehidupan baginda dan para sahabatnya.