• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB EMPAT: KESIMPULAN, SARANAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

4.2 Dalam Bab Kedua, penulis telah memperkenalkan karya kajian iaitu kitab al-

al-Mahawir al-Khamsah li al-Qur’an al-Karim. Kitab ini dikatakan kitab yang ke-48 atau

ke-50 Muhammad al-Ghazali dan diterbitkan pada tahun 1988/1989M. Kitab ini juga merupakan nadi kepada kitab terakhir beliau iaitu kitab Nahw Tafsir al-Mawdu‘iy (Menuju Tafsir Bertema). Secara ringkasnya kitab ini mengandungi lima tema atau intisari besar iaitu:-

i. Intisari Satu: Allah Maha Esa

ii. Intisari Kedua: Alam Semesta Sebagai Bukti Adanya Pencipta

iii. Intisari Ketiga: Kisah-Kisah Dalam Al-Quran

iv. Intisari Keempat: Hari Kebangkitan Dan Pembalasan

v. Intisari Kelima: Pendidikan Dan Hukum

Dalam bab ini, penulis telah menyertakan kritikan Dr. Muhammad ‘Ali Muhammad Ata, seorang kolumnis di laman sesawang Alukah.net dan Islamtoday yang mana telah menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan pembahagian tema al-Ghazali dalam kitabnya. Beliau mengatakan sepatutnya intisari satu digabungkan dengan intisari kedua. Manakala, kisah-kisah dalam al-Quran tidak sepatutnya dijadikan tema khas atau berasingan kerana kisah-kisah al-Quran dijadikan sebagai bukti dan hujah bagi setiap tema dalam al-Quran. Intisari keempat dan kelima juga katanya perlu disatukan kerana ianya berkait rapat di antara keduanya, undang-undang di dunia berkait dengan pengadilan di akhirat. Manakala bab terakhir iaitu bahagian ‘Tarbiyyah dan Hukum-Hakam’ juga dikritik kerana menurut beliau hanya riba sahaja yang bersangkutan dengan syariah Islam dan subtema yang lain seperti ihsan, taubat, taqwa dan lain-lain adalah dari bahagian akhlak, bukannya bahagian syariat.

Beliau juga mengatakan perbincangannya tentang akhlak ini hampir menyamai apa yang telah dibincangkan oleh Shaykh Muhammad ‘Abd Allah Darraz dalam kitabnya

“Dustur al-Akhlak fi al-Qur’an” (Perlembagaan Akhlak Di Dalam al-Quran). Penulis memerhatikan kembali di dalam kitab “Dustur al-Akhlak fi al-Qur’an” karya Shaykh Muhammad ‘Abd Allah Darraz sebenarnya tidaklah sama, kerana Shaykh Muhammad al-Ghazali memberikan tumpuan pada ‘Apa yang dicintai dan dibenci oleh Allah’ yang

menfokuskan pada perkataan “ﺐﺣ” yang bersambung dengan Allah terus di dalam

al-Quran. Manakala Muhammad ‘Abd Allah Darraz pula memberikan tumpuan kepada akhlak di dalam al-Quran secara lebih menyeluruh, tematik dan teliti. Hanya sama dari segi metodnya kerana Muhammad al-Ghazali menjadikan Muhammad ‘Abd Allah Darraz sebagai rujukannya dalam mentafsir al-Quran secara tematik. Penulis juga telah menyertakan hujah dari Dr.Amru Khalid dari kitab ‘Ibadat al-Mu’min yang hampur sama dengan pembahagian yang dibuat oleh Shaykh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya. Jadi, tidaklah menjadi isu besar sekiranya pembahagian itu tidak menyamai pembahagian oleh cendekiawan-cendekiawan lain kerana kefahaman masing-masing adalah berbeza.

4.2.1 Metodologi Pentafsiran Muhammad al-Ghazali

Seterusnya adalah bahagian metodologi pentafsiran Muhammad al-Ghazali. Penulis terlebih dahulu mengemukakan pandangan-pandangan Muhammad al-Ghazali berkenaan Tafsir bi al-Ra’y dan ijtihad al-ra’y dari sisi dirinya sendiri. Penulis juga mendapati beliau juga mengkritik beberapa kelemahan Tafsir bi al-Ma’thur.

Kemudian, penulis telah menyenaraikan majoriti manhaj Muhammad al-Ghazali dalam ruangan ini, yang dipraktikkan di dalam kitab kajian. Antaranya:-

i. Cenderung kepada Tafsir al-Qur’an bi al-Qur’an, tafsir al-Quran dengan hadith-hadith yang berautoriti.

ii. Mahir dengan bahasa Arab dan uslubnya, puisi Arab, bangsa Arab dan pengetahuan tentang bangsa lain.

iii. Bijak dalam menggunakan puisi dan tamsilan dalam pentafsiran bagi memudahkan kefahaman serta sampai maknanya ke dalam hati pembaca.

iv. Cenderung menggunakan kaedah Tafsir Mawdu‘iy (Tafsir tematik) dalam siri-siri pentafsirannya. Beliau mengaku terkesan dengan gaya pentafsiran Shaykh Muhammad ‘Abd Allah Darraz (m. 1958 M) dan Mahmud Shaltut (m. 1963 M).

v. Manhajnya juga dilihat kebanyakannya menepati standard ‘ulum al-Qur’an dan syarat-syarat pentafsiran al-Quran sebagaimana disyorkan gurunya al-Zarqani (m.1947M).

vi. Cenderung menolak riwayat Isra’iliyyat yang lemah dan aneh serta menggalakkan umat Islam mengkaji ayat-ayat al-Kawniyyah. Sains perlu ikut al-Quran, bukannya al-Quran yang tunduk kepada ilmu sains.

vii. Cenderung menggunakan corak pentafsiran al-Adabi al-Ijtima‘iy (corak kemasyarakatan) dengan mengasimilasi pengetahuan luas ilmu sejarahnya. Ilmu politik, penegetahuan zaman silam dan zaman moden. Corak pentafsiran yang

tidak dapat disisihkan adalah corak Islah dan Haraki yang menumpukan kepada kebangkitan umat Islam serta perjuangannya menentang musuh-musuh Islam.

viii. Tafsir tidak boleh berlandaskan hawa nafsu, bebas dari taksub mazhab, dan mempunyai akidah yang benar. Ini menyamai manhaj Shaykh Mahmud Shaltut inspirasinya dalam pentafsiran al-Quran. Pentafsiran beliau tidak terikat pada mana-mana ulama dan imam, tetapi berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Malah, setelah dianalisis sememangnya Muhammad al-Ghazali mentafsir berpandukan tafsiran ulama tafsir muktabar terdahulu seperti Ibn Kathir dan Ibn Jarir al-Tabari.

4.2.2 Pentafsiran Tersendiri Muhammad Al-Ghazali

Dalam kitab kajian ini, al-Ghazali telah menampilkan satu tema besar tafsir tematik malah diperuntukkan Teras/Intisari Kelima dalam kitabnya sebahagian besarnya hanya untuk ini iaitu, tafsir ‘Ma Yuhibbuh Allah wa Ma La Yuhibbuh’(Apa yang dicintai Allah dan apa yang tidak dicintai-Nya). Konsep ‘Allah Suka dan Allah Tidak Suka’ ini adalah konsep baru yang boleh dibincangkan lagi dengan lebih luas kerana konsep ini boleh menjadi nadi kepada seluruh kehidupan manusia dunia dan akhirat. Konsep yang mudah dan berkesan dalam dunia dakwah Islamiyyah. Bererti konsep ini dicipta al-Ghazali adalah demi kepentingan umat Islam.

Kesimpulannya, setelah penulis menyenaraikan dan menganalisis secara kronologi iaitu dari pengenalan kitab dan kandungan seterusnya kepada metodologi yang terdapat dalam kitab ini telah pun sampai kepada objektif yang seterusnya iaitu untuk mengenalpasti manhaj pentafsiran Muhammad al-Ghazali.