• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB SATU: SHAYKH MUHAMMAD AL-GHAZALI , SUMBANGAN DALAM BIDANG TAFSIR DAN PENGARUH ULAMA TERHADAP

1.4 Penghargaan Terhadap Muhammad al-Ghazali

Shaykh Muhammad al-Ghazali mendapat banyak penghargaan dari para ulama antaranya yang ketara penulis amati khususnya dari Shaykh Yusuf al-Qaradawi, Dr.Muhammad ‘Imarah, dan Shaykh Abdullah al-‘Aqil.

Dr.Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya, ‘Shaykh al-Ghazali Yang Ku Kenal’ menyebut lidah Shaykh tidak berkata-kata dengan kalam makhluk tetapi kebanyakannya datangnya dari Kalamullah semata-mata, berpegang pada tali Allah dan menyeru pada agamaNya. Manakala kedua-dua tangan Shaykh bukan untuk menulis apa yang disuruh oleh manusia, tetapi menulis untuk memerangi Taghut yang ada dalam kalangan manusia, seolah-olah ada cahaya hidayah yang terpancar dari kata-kata dan penulisannya untuk melenyapkan kesesatan dan kegelapan dunia ini.66 Beliau juga menyifatkan al-Ghazali seorang berhati lembut, mudah menitiskan air mata, rendah diri, sederhana dan

65

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Tokoh Islam Kontemporari (Petaling Jaya: Tradisi Ilmu Sdn.Bhd., 2005), 5-10.

66

tidak malu belajar walaupun dari murid-muridnya. Beliau juga tegas, “Saya tidak suka

menguasai seseorang atau dikuasai seseorang.”67

Dr. Muhammad ‘Imarah dalam karyanya ‘Shaykh Muhammad al-Ghazali’ menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai

Rajul al-Awwab iaitu merujuk perkataan Awwab itu kepada Surah Sad (38):30 dan Surah Qaf (50):32 yang bererti ‘yang sentiasa (bertaubat) kembali pada Allah dengan

mengerjakan ibadat’. Iaitu maksudnya beliau disifatkan seorang yang sentiasa mengikat diri dengan Rabb, sentiasa kembali kepada kebenaran dan sentiasa muhasabah diri dalam mengejar ketaqwaan dengan Allah dalam perjuangan-perjuangan beliau.68

Manakala Shaykh ‘Abd Allah Al-‘Aqil yang meminati al-Ghazali telah menukilkan beberapa pujian ulama dalam karyanya ‘Mereka Yang Telah Pergi’, antaranya dari kata-kata beliau sendiri,

Beliau membekalkan kami ilmu yang bermanfaat, memberi semangat kepada kami untuk berjuang di jalan Allah dan membela kaum yang lemah, menyedarkan kami tentang konspirasi musuh-musuh Islam di dalam dan luar negeri, membongkar rencana-rencana busuk mereka untuk memerangi Islam dan kaum muslimin, membongkarkan kebusukan Komunisme, Sekularisme, Freemasonry, Ateisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme.69

Antara penghargaan yang menarik penulis rasakan adalah dari Shaykh Al-Azhar, Dr. Abdul Halim Hamid Mahmud, “Kami tidak memiliki sesiapa pun kecuali Al-Ghazali

67

Shaykh Muhammad al-Ghazali, Dialog Dengan al-Quran, terj.Mardiyah Syamsuddin (Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise, 1998), 5.

68

Dr. Muhammad ‘Imarah, Al-Shaykh Muhammad Ghazali: Mauqi‘u Fikriyyu wa Ma’ariku al-Fikriyyah (Kaherah: Dar al-Salam, 2009), 127-128.

69

Al-Mustashar ‘Abd ‘Allah al-‘Aqil, Min A‘lami al-Da‘wah wa al-Harakat al-Islamiyyat al-Mu‘asirah, cet. ke-7 (Jeddah, KSA:Dar al-Bashir, 2008), 934.

Al-Ahya’ dan Al-Ihya’”, iaitu Muhammad Al-Ghazali (yang masih hidup ketika itu) dan Imam Al-Ghazali penyusun buku Ihya’ ‘Ulum al-Din. Tariq Basri pula menyebut, “Kita sekarang berada pada zaman al-Ghazali dan al-Qaradawi.”70 Dr. ‘Abd al-Sabur Shahin pula berkata, “Kita dapat mengatakan, zaman kita ( zaman dakwah Islam sewaktu itu) sekarang ini milik Ustaz Al-Ghazali.” Manakala, Shaykh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq71 menyifatkan al-Ghazali sebagai pendakwah ulung iaitu keseluruhan waktu hidupnya adalah untuk Islam semata-mata. Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq, Menteri Wakaf Mesir menyifatkan al-Ghazali sebagai contoh bagi setiap pendakwah untuk mengikuti perjalanan dan metodologi dakwahnya. Kematiannya merupakan kehilangan besar dalam medan dakwah di Mesir dan dunia Islam.72

Hassan al-Banna juga awal-awal lagi menghargai beliau dengan surat khas ditulis

kepada al-Ghazali pada tahun 1945:

Saudaraku yang mulia, Shaykh Muhammad Al-Ghazali. Saya sudah membaca makalah anda yang bertema Al-Ikhwanu al-Muslimun wal

Ahzab dalam edisi akhir majalah Ikhwanu al-Muslimin. Saya sangat

kagum dengan ungkapan makalah tersebut yang ringkas, maknanya yang cermat, dan adabnya yang sopan. Seperti inilah hendaknya kamu semua menulis, wahai Ikhwan! Menulislah dengan dorongan hati yang tulus.73

M. Quraish Shihab pula berkata:

70

Mohd Rumaizuddin Ghazali, 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh (Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn.Bhd., 2008), 182.

71

Shaykh al-Azhar ke-48 (1982-1996). Beliau dilahirkan pada 15 April 1917. Pernah dilantik menjadi mufti besar pada Ogos 1978. Beliau juga pernah menjawat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama dan Wakaf pada 1982 untuk beberapa bulan. Beliau meninggal pada 15 Mac tahun 1996. Lihat: Yusuf al-Qaradawi, Fi Wada‘i al-A‘lam (Beirut: Dar al-Fikr al-Mua ‘shir, 2003), 117.

72

Mohd Rumaizuddin bin Ghazali, Shaykh Muhammad al-Ghazali: Sejarah Hidup dan Pemikiran (Johor: Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor, 1999), 14-15.

73

Al-Mustashar ‘Abd Allah al-‘Aqil, Min A‘lami al-Da‘wah wa al-Harakat al-Islamiyyat al-Mu‘asirah, 940.

Sewaktu Shaykh Muhammad al-Ghazali mengajar di fakulti Usuluddin Universiti al-Azhar, saya melihat dan mengalami betapa kuliahnya digemari ramai mahasiswa. Kerusi-kerusi selalu dipenuhi oleh mahasiswa-mahasiswa dari fakulti lain. Isi ceramahnya sentiasa segar. Gaya tutur, semangat dan keterbukaannya merupakan daya tarik yang sukar dihindari.74

Tidak kurang juga Ghazali menerima kritikan-kritikan contohnya dari al-Albani kerana kitab al-Ghazali yang bertajuk Al-Sunnah al-Nabawiyyah bayn ahl al-Fiqh

wa al-Hadith mencetuskan kontroversi. Shaykh Nasir al-Din al-Albani mengatakan:

Tulisan-tulisan Muhammad al-Ghazali yang akhir-akhir ini banyak tersebar di sana-sini, seperti bukunya yang berjudul Al-Sunnah

al-Nabawiyyah bayn ahl al-Fiqh wa al-Hadith, di mana dia sendiri

termasuk kategori da‘i-da‘i semacam itu, iaitu para da‘i yang kebingungan.75

Namun akhirnya telah diperjelaskan kembali oleh al-Ghazali yang menyatakan beliau tidak melawan sunnah sebagaimana dituduh76. Sepengamatan penulis, dalam mukaddimah kitabnya Fiqh al-Sirah halaman 17, Muhammad al-Ghazali menyatakan penghargaan buat al-Albani:

74

Shaykh Muhammad al-Ghazali, Menikmati Jamuan Allah, terj. Ahmad Syaikho dan Ervan Nurtawab (Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta, 2007), catatan di kulit buku.

75

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Aslu Sifatu Salati al-Nabiyyi min Al-Takbiri ila al-Taslimi (Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tauzi‘, 2006), 1:46-47.

76

Huraian lebih lanjut dalam buku Rumaizuddin Ghazali, Shaykh Muhammad al-Ghazali: Sejarah Hidup dan Pemikiran dalam subtopik Shaykh al-Ghazali dan al-Sunnah hlm.121-143.

Saya berbangga edisi ini diterbitkan setelah diberi ulasan oleh ulama Hadis terkemuka Muhammad Nasir al-Din al-Albani, yang memberi komentar pada hadis-hadis dalam kitab ini.77

Bererti tidak ada persengketaan yang nyata di antara kedua-dua tokoh ini. Cuma kontroversi dari sudut ilmiah. Al-Qaradawi berkata:

Ramai orang mengkritik sebahagian pendapat dan fatwa Shaykh Muhammad al-Ghazali yang tidak selari dengan pemahaman mereka. Tetapi, sepengetahuanku fatwanya tidak pernah menyimpang dari ijma’ umat.78

1.5 SUMBANGAN MUHAMMAD GHAZALI DALAM BIDANG TAFSIR