• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB SATU: SHAYKH MUHAMMAD AL-GHAZALI , SUMBANGAN DALAM BIDANG TAFSIR DAN PENGARUH ULAMA TERHADAP

1.6 Peranan Ulama Terhadap Pentafsiran Muhammad al-Ghazali

1.6.3 Peranan Shaykh Mahmud Shaltut Guru Tafsir Muhammad al-Ghazali

Nama Mahmud Shaltut123 juga adalah nama yang disebut oleh Muhammad al-Ghazali sebagai yang mempengaruhi pemikirannya. Sebagaimana Hassan al-Banna, Muhammad ‘Abduh, Rashid Rida dan Shaykh Yusuf al-Qaradawi, beliau juga mempunyai pemikiran yang unik dan berani dalam menyuarakan pandangan.

“Tidak dibenarkan seseorang hanya memperhatikan bahagian-bahagian dari satu pembicaraan, kecuali pada saat ia bermaksud untuk memahami erti lahiriyyah dari satu kosakata menurut tinjauan etimologi, bukan maksud si pembicara. Kalau erti tersebut tidak difahaminya, maka ia harus segera memperhatikan seluruh pembicaraan dari awal hingga akhir,” demikian kata Al-Shatibi. Pada bulan Januari 1960, Mahmud Shaltut, menerbitkan tafsirnya, Tafsir Al-Qur’an al-Karim. Di situ beliau mentafsirkan Al-Quran bukan ayat demi ayat, tetapi dengan jalan membahas halaman demi halaman atau bahagian suatu muka surat124, dengan menjelaskan tujuan-tujuan utama serta petunjuk-petunjuk yang dapat dipetik darinya. Walaupun idea tentang kesatuan dan isi petunjuk-petunjuk muka surat demi muka surat telah pernah dilontarkan oleh Al-Shatibi (m.1388M), tapi

Tijariyah al-Kubra, t.t.) 2:178-182. ; Badr al-Din Muhammad bin ‘Abd Allah bin Bahadir al-Zarkashi, Al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an (Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah, 1957), 2:474.

123

Mahmud Shaltut, Shaykh al-Azhar. Dilahirkan pada 23 April 1893 di Desa Minya Bani Mansur, daerah Itay al-Barud di negeri Buhairah, Mesir. Hafiz Quran pada umur 13 tahun. Beliau menyandang banyak jawatan ketika hayatnya seperti Timbalan Dekan Kuliah Syariah Uni.al-Azhar, Pengarah Maahad Azhar (1939), tenaga pengajar di Universiti Fuad (Uni.Kaherah), dan kemuncak menjadi Shaykh al-Azhar (1958). Beliau meninggal pada Jumaat 13 Disember 1963 di Hospital al-Agouza, Kaherah. Lihat: Rumaizuddin Ghazali, 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh (Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn.Bhd., 2009), 46-50.

124

Kate Zebiri, Mahmūd Shaltūt and Islamic Modernism (United States: Oxford University Press Inc. New York, 1993), 137.

mewujudkan idea itu dalam satu kitab tafsir baru secara tafsir tematik atau maudu‘iy dipelopori oleh Mahmud Shaltut.125

Dalam hal akidah, Muhammad al-Ghazali dilihat mempunyai pentafsiran yang selari dengan Mahmud Shaltut. Menurut Shaltut, satu-satu jalan untuk penetapan akidah adalah ayat-ayat al-Quran yang pasti (Qat‘iy Dalalah) iaitu yang tidak mengandungi dua pengertian ataupun lebih. Contohnya ayat-ayat berkaitan dalam mensabitkan keesaan Allah, Nabi Muhammad dan hari akhirat. Sementara ayat-ayat yang tidak pasti dan mengandungi dua pengertian yang lebih maka ia tidak wajar dipakai menjadi dalil dalam akidah yang dapat menghukumkan kafir. Contohnya ayat-ayat yang dijadikan dalil oleh sebahagian sarjana Islam tentang melihat Allah dengan mata pada hari akhirat kelak.126

Ra’y mengikut pendapat Mahmud Shaltut, beliau tidak pula mendefinisikan

secara jelas apa yang dimaksud dengan ra’y. Namun dengan menggunakan pendekatan sejarah, Shaltut mengemukakan bukti bahawa ra’y telah dipraktikkan sejak zaman Rasul s.a.w.. Kemudian pada era Sahabat realisasi ra’y muncul dalam dua bentuk; pertama, bentuk ijma’ yang mekanismenya dilakukan melalui musyawarah yang diwakili oleh para tokoh berautoriti (ulul amri). Kedua, bentuk fardi yang mekanismenya dikemukakan dengan menggunakan kebebasan pendapat bagi individu. Menurut Shaltut lagi, ijma’ yang menjadi bahagian dari ra’y yang dapat dijadikan sumber hukum adalah kesepakatan

125

M. Quraish Shihab, Membumikan Al-Quran: Fungsi dan Peran Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat, cet. ke-13 (Jakarta: Penerbit Mizan, 1996), 75-76.

126

Rumaizuddin Ghazali, 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh (Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn.Bhd., 2008), 53-54.

para ahli fikir terhadap pelbagai kes yang dibahas oleh para tokoh Syura berdasarkan pertimbangan kemaslahatan manusia. Keputusan hukum yang dihasilkan oleh ijma’ dapat dihapus oleh kesepakatan ijma’ yang datang kemudian. Ini didasarkan pada logika penentuan adanya maslahat yang berkaitan dengan suatu permasalahan boleh berbeza berdasarkan perbedaan waktu, tempat, dan kondisi. Sedangkan ijtihad fardi terbuka bagi sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang memiliki kualifikasi di bidang penelitian hukum.127

Contoh Tafsir bi al-Ra’y yang dikemukakan oleh Mahmud Shaltut seperti dalam penjelasan mengenai kalimah fi sabilillah dalam Surah al-Tawbah ayat 60128 yang berkaitan asnaf fi sabilillah (masalah zakat). Dalam pandangannya, fi sabilillah dalam ayat yang terangkai dengan mustahiq zakat adalah berkaitan dengan maslahah al-‘ammah (kemaslahatan umum) yang tidak boleh ditafsiri sebagai hak milik individu. Malah beliau katakan, ia adalah milik Allah s.w.t. dan manfaatnya adalah untuk semua makhluk Allah s.w.t.129. Yang dimaksudkan dengan kemaslahatan umum di sini adalah pembentukan pasukan perang yang kuat untuk persiapan pertahanan negara dan membela kehormatan bangsa meliputi bidang personal, akomodasi, dan peralatan. Di samping itu pengembangan infrastruktur dalam suatu negara perlu dalam meningkatkan kesejahteraan

127

Nurul Huda (2007), “Dinamisasi Hukum Islam Versi Mahmud Shaltut,” SUHUF, Vol. 19, No. 1, (Mei 2007), Surakarta: Fakultas Agama Islam Universitas Muhammadiyah, 29.

128

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya sadaqah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang fakir, miskin, para ‘amil yang mengurus zakat, orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan untuk orang-orang yang berhutang, orang yang berjuang pada jalan Allah, dan untuk orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan. (Hukum yang sedemikian itu) sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (lihat juga QS.(9):104;(4):76 &( 6):141).

129

Prof. Madya Dato’ Dr. Hailani Muji Tahir, “Pentafsiran Dan Perlaksanaan Agihan Zakat Fisabilillah Mengikut Keperluan Semasa Di Malaysia,” (Kertas Kerja Seminar Pengagihan Zakat Di Bawah Sinf Fisabilillah Anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, 9 Jun 2009), 8.

bagi warganya meliputi pembangunan rumah sakit, jambatan, sekolah, prasarana transportasi, serta segala fasiliti yang berhubungan dengan syiar Islam yang perlu disosialisasikan secara menyeluruh termasuk perlunya ada jurudakwah yang handal juga merupakan bahagian dari upaya kemaslahatan umum.

Pendapat Shaltut tentang fi sabilillah ini didasarkan pada perluasan makna

sabilillah yang secara prioritinya, meliputi segala sesuatu yang dapat memelihara

kehormatan bangsa, baik dalam hal material mahupun spiritual sekaligus menampilkan jatidiri bangsa sebagai identiti berbeza dengan bangsa yang lainnya. Apabila dilihat dari sudut pandang prinsip-prinsip ijtihad tampaknya Shaltut menggunakan pendekatan maslahah ketika mentafsirkan makna sabilillah. Berdasarkan prinsip maslahah, kepentingan suatu hukum tampak lebih hidup dan memberi jawapan nyata terhadap realiti masyarakat.130 Penulis amati dalam kitab-kitab Muhammad al-Ghazali, beliau juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu mementingkan maslahah.

Masih ada banyak lagi contoh-contoh lain yang penulis mungkin tidak akan panjangkan diskusinya dan memadai setakat ini.

130

Nurul Huda (2007), “Dinamisasi Hukum Islam Versi Mahmud Shaltut,” SUHUF, Vol. 19, No. 1, (Mei 2007), 33.

1.7 Penutup

Dalam bab pertama ini, penulis telah memenuhi objektif yang seterusnya iaitu untuk mengenalpasti sumbangan Shaykh Muhammad al-Ghazali dalam bidang tafsir di mana penulis telah tampilkan sumbangan beliau secara umumnya dalam bidang penulisan dan khususnya tafsir, kitab-kitab tafsir beliau, sumbangan beliau di media massa dan lain-lain di samping beliau juga telah menyumbang kepada penghasilan produk para ulama tafsir masa kini serta peranan beberapa ulama yang mempengaruhi pentafsiran beliau.