AKTOR-AKTOR KONFLIK
4.2.2 Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP)
Dalam menentukan tarikh sebenar penubuhan gerakan ini terdapat kekeliruan.
Setiap penulis menetapkan tarikh yang berbeza. Antaranya:
“When the GAMPAR and PPM leaders died in 1953 and 1954 respectively, the organizations disintegrated. Drawing former members of the defunct GAMPAR and PPM, Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi), former deputy
258 Temubual dengan Kamaruddin, Penghulu Ban Tanjung, Patani, pada 9 Ogos 2006. Bertempat di Pejabat Pentadbir Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung. Patani. Thailand.
153
leader of GAMPAR, formed the BNPP in 1959”.(Wan Abdul Kadir, C. M.:
1990, h. 98.).
“Akibat kehilangan kedua tokoh pemimpin Islam yang terkemuka itu maka Tengku Abdul Jalal telah menyambung wasiat perjuangan dengan menubuhkan Barisan Nasional Pembebasan Patani ringkasnya BNPP atau National Front Liberation of Patani, pada 9 Oktober 1970”.(Mohd Zamberi A. Malek: 1993, h. 318).
“Barisan Nasional Pembebasan Patani atau ringkasnya, BNPP, merupakan organisasi pembebasan terulung yang telah ditubuhkan pada tahun 1957”.(
Numan Hayimasae: 2002, h. 207.)
Ketiga-tiga kenyataan di atas menunjukan perbezaan tarikh penubuhan BNPP. Namun, pada pendapat saya ia ditubuhkan pada tahun 1959 kerana perletusan pertembungan antara pihak keselamatan kerajaan Thailand dengan gerakan pemisah bermula pada awal tahun 1960an. Manakala sekitar tahun 1970an, BNPP mengalami kemerosotan dalam perjuangan kerana ideologi yang dibawa tidak jelas malah lebih mementingkan golongan aristokrat259. Pihak-pihak lain yang bergabung di bawah BNPP seperti Barisan Revolusi Patani (BRN), Patani United Liberation Organization (PULO) dan Gerakan Melayu Patani Raya (GEMPAR) telah mengalami perselisihan pandangan dalam aturan kerja260. Penubuhan ini dikatakan tidak mempunyai aturan yang jelas dan tersusun dalam memberi tugas kepada gerakan-gerakan lain yang bergabung.
Gerakan ini merupakan yang terulung yang diasaskan oleh golongan aristokrat dan ketua-ketua agama. Tengku Abdul Jalal dan Tengku Abdul Kadir Putera merupakan pengasas kepada pertubuhan ini. Ideologi gagasan penubuhan
259 Wan Kadir, C. M., op.cit., h. 99
260 Mohd Zamberi, A.M. (1993)., op.cit ., h. 319
154
gerakan ini adalah untuk memerdekakan Patani serta mengembalikan kuasa-kuasa Sultan Melayu yang memerintah sebelum ini. Mereka bergerak dalam bidang politik dan juga berbentuk radikal. Bagi mencapai matlamat perjuangan, di bawah BNPP telah ditubuhkan “National Liberation Army of The Patani People” yang diketuai oleh Idris Mat Diah yang lebih dikenali sebagai Pak Yeh261. Nama beliau dalam bahasa Siam iaitu Poh Yeh Dureh Madiyoh. Angkatan tentera gerakan pemisah ini menggunakan tektik serangan gerila bagi melumpuhkan pihak keselamatan kerajaan Thailand. Menurut Pak Yeh, “perjuangan merebut bumi Patani yang tercinta, tidak akan tercapai dengan taburan bunga-bunga tetapi hanya dengan terbangan peluru”262. Jumlah tentera dibawahnya dianggarkan seramai 1000 orang yang dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan boleh dikatakan gerakan yang paling besar jumlahnya di dunia Melayu selepas Perang Dunia Kedua263.
Penubuhan ini telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar Melayu Patani yang belajar di seberang laut. Pada awal tahun 1960, pelajar-pelajar Melayu Patani yang berkelulusan dari Malaysia, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Pakistan dan Mesir telah kembali ke tanahair dan menyertai BNPP. Sebelum itu pelajar-pelajar Melayu Patani telah menubuhkan organisasi yang dikenali sebagai Rumah Patani di Universiti Al-Azhar di Cairo dan telah menjadi pusat pentadbiran BNPP di luar Negara. Selain itu, di Mekah juga ditubuhkan persatuan yang dikenali sebagai
“Akhon” yang bermaksud “Abang” bertujuan untuk menggalakkan pemuda-pemuda Melayu Patani melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka juga menyertai BNPP
261 Pak Yeh merupakan panglima ABREP ketika BRN dan PULO masih lagi bergabung dengan BNPP yang ketika itu diwakili oleh gerakan pemisah lain seperti BRN dan PULO. Seramaia 1500 anggota tentera pejuang di bawah penyeliaannya ketika gerakan pemisah berkonfrontasi senjata dengan pasukan keselamatan Thailand sekitar tahun 70an.
262 Ibid., h. 319
263Numan, H. (2002) Haji Sulong Abdul Kadir (1895-1954): Perjuangan dan Sumbangan Beliau Kepada Masyarakat Melayu Patani. M.A Tesis, Universiti Sains Malaysia. H. 209
155
setelah pulang ke tanahair264. Begitu juga dengan penubuhan lain seperti BRN dan PULO telah turut serta menyertai BNPP.
Terdapat 15 peraturan dalam konsep perjuangan penubuhan ini. Antaranya tindakan seperti menutup ladang-ladang getah, menculik tebusan dan perbuatan lain yang boleh mendatangkan kemusnahan kepada masyarakat awam adalah dilarang.
Selain itu, setiap ahli dilarang menjatuhkan sebarang hukuman ke atas penduduk sebelum mendapat persetujuan daripada Majlis Revolusi. Gerakan ini pernah dituduh sebagai berfahaman Komunis oleh kerajaan Thailand. Keadaan ini berlaku setelah Malaysia berjaya menewaskan Komunis memaksa mereka lari ke Selatan Thailand.
Kesempatan ini telah diambil oleh kerajaan Thailand dengan membuat pertuduhan tersebut memandangkan kawasan latihan tentera BNPP berdekatan dengan pasukan Komunis yang lari dari Malaysia. Memang tidak dinafikan mereka mempunyai hubungan dengan pihak komunis tetapi lebih kepada bekalan senjata dan tektik serangan gerila. Mereka tidak mempunyai hubungan dalam bentuk ideologi kerana semua itu bertentangan dengan piagam dalam pembentukan BNPP. Ketua BNPP pernah membuat penegasan setelah kerajaan Thailand menuduh mereka berfahaman komunis dengan menyatakan, “sayugia diulangi bahawa penegasan perjuangan umat Islam Patani tidak ada kaitan langsung dengan perjuangan Komunis”265. Hakikatnya, mereka merupakan pejuang Islam revolusionar dan bersedia bila-bila masa untuk menjalinkan hubungan persaudaraan dengan umat manusia yang cintakan perdamaian, kebebasan dan kemerdekaan. Selain itu, perjuangan mereka berlandaskan agama Islam sedangkan Komunis tidak berpegang kepada agama. Di
264 Wan Kadir, C.M., op.cit., h. 99
265 Mohd Zamberi, A.M. (1993)., op.cit., h. 321
156
sini dinyatakan nama-nama yang menduduki jawatan dalam organisasi BNPP diawal penubuhannya266.
Pengerusi : Tengku Abdul Jalal.
Timbalan Pengerusi : Badri Hamdan Wahyuiddin Yuso Aziz Che Awang Setiausaha Agong : Abdul Karim
Kadir Abadi Wahyuddin Yusu Haris Hadafi Hussein
Beserta dengan ini disertakan piagam BNPP yang menjadi dasar penting:
1. Angkatan tentera gerila ialah Angkatan Tentera Nasional sebagai angkatan tentera rakyat Patani yang berjuang untuk kemerdekaan dan tidak melakukan perkara-kara yang tidak adil atau menghina kaum wanita dan kanak-kanak.
2. Tidak akan melakukan perompakan harta benda, membuat kebinasaan atau mengganggu mata pencarian rakyat yang sah mengikut undang-undang sejajar menurut prinsip ajaran Islam.
3. Menghormati adat resam ataupun cara hidup rakyat serta memberi kerjasama terhadap mereka.
4. Berjuang dengan gagah berani di samping menghormati lunas-lunas perjuangan dengan tenaga dan daya sendiri, dan segala peralatan senjata yang dirampas akan dirahsiakan tempat simpanannya.
266 Ibid., h. 319-320
157
5. Segala keputusan mesyuarat hendaklah mengikut suara terbanyak dan ini akan dianggap penting, hendaklah diadakan pengetahuan mengenai peperangan, muslihat perang gerila dan ajaran-ajaran doktrin pemberontakan267.
Setelah menempa nama dengan beberapa siri kejayaan dalam mengekang tindakan kerajaan Thailand. BNPP tidak dapat bertahan lama kerana mengalami beberapa masalah dalam organisasi. Antaranya, kematian Tengku Abdul Jalal dan dikaitkan juga dengan kekalahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun 1977.
PAS dikatakan turut memberi dorongan dalam perjuangan BNPP268. Namun, setelah kekalahan tersebut PAS dikatakan tidak mempunyai daya moral yang tinggi untuk membantu membebaskan Patani. Dalam organisasi, BNPP mengalami masalah kekosongan pemimpin yang berkaliber. Tambahan pula kematian Pak Yeh pada tahun Julai 1984 telah semakin merosotkan perjuangan di wilayah Narathiwat.
Gerakan tentera yang diketuai oleh Pak Yeh semakin tertekan dan ditambah pula penarikan diri BRN dan PULO dalam pertubuhan itu. Gagasan penubuhan telah mengalami perubahan setelah tercetusnya Revolusi Iran pada tahun 1979 yang mana perjuangan dalam bentuk nasional telah cenderong kepada perjuangan berteraskan Islam269.
Keadaan semakin berubah apabila kebanyakan fahaman gerakan pemisah sekitar tahun ini lebih kepada berteraskan Islam. BRN dan PULO dianggap sekular dan dianggap tidak sesuai dengan misi perjuangan mereka. Selain itu, BRN dan PULO bertanggapan bahawa BNPP berfikiran ortodok dan lebih kepada untuk memberi kuasa kepada Sultan untuk memerintah dan ini semua telah ketinggalan zaman.
267 Numan, H., op.cit., h. 209
268 Harish, S.P. (2006) Changing Conflict Identities: The Case of Southern Thailand Discord [Online],[Akses: 2 Febuari 2007]. Boleh diperolehi melalui laman layar:
http://www.idss.edu.sg/publications/WorkingPapers/WP107.pdf
269 Farish, A.N., op.cit.
158
Keadaan ini menyebabkan Ustaz Abdul Karim pemimpin BRN berasa ragu-ragu untuk menyertai BNPP270. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari BNPP dan membangunkan pertubuhan tersendiri untuk Republik Patani. Perbezaan ideologi menyebabkan BRN keluar daripada BNPP. Menjelang tahun 1985, BNPP semakin kecundang apabila pimpinan Wahyuddin Muhammad yang teransang dengan kebangkitan Islam sedunia telah berpecah dari organisasi induk BNPP dan membentuk Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP). Setelah daripada itulah BNPP dilihat tidak dapat bertahan lama dan dalam tahun yang sama pertubuhan ini telah ditukar nama kepada Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP)271. Dengan tertubuhnya BIPP, perjuangan mereka agak reda dan lebih kepada perjuangan untuk kesedaran politik kepada para pejuang untuk mencapai kemerdekaan Patani.