KONSEP KONFLIK, KONFLIK PEMISAH DAN PENYELESAIAN KONFLIK
2.4.3 Pendekatan Pencegahan, Pengawalan dan Penamatan Konflik
Bagi memastikan konflik dapat diuruskan dengan baik, kaedah pencegahan, pengawalan dan penamatan konflik mempunyai tekniknya tersendiri. Dari segi pencegahan, terdapat lima teknik yang boleh digunakan. Antaranya pengelakan konflik. Kaedah ini merujuk kepada aktor-aktor konflik yang terlibat untuk mengelak isu-isu ataupun kepentingan-kepentingan yang bertentangan daripada timbul, dan apabila ianya timbul juga untuk mengelakkannya daripada menjadi masalah yang lebih besar. Teknik ini selalu tidak digemari oleh penyelidik kerana ianya tidak cuba untuk menangani masalah, sebaliknya berdiam diri atau mengalihkan pandangan ke perkara lain. Ini membuatkan isu yang ada itu dielakkan buat sementara waktu dan ada kemungkinan ianya akan timbul lagi di masa akan datang. Tetapi, kadangkala pengelakan konflik ini boleh menjadi perkara yang berguna. Contohnya, jika kita bertindak ketika konflik sedang meruncing. Keadaan akan menjadi rumit serta kesepakatan tidak akan dapat dicapai, tetapi jika kita membiarkan konflik itu untuk sementara waktu, kemungkinan isu-isu konflik itu akan hilang dengan sendirinya ataupun akan wujud satu keadaan yang boleh memudahkan penyelesaian konflik.
Emosi yang mungkin memuncak diperingkat awal tadi, akan berkurangan dan perbincangan boleh dijalankan dengan lebih tenang dan aman.
Ada juga konflik yang sememangnya tidak dapat diselesaikan walaupun berlaku konfrontasi di antara kedua-dua pihak. Ini mungkin melibatkan perkara-perkara seperti pendapat yang telah sebati dan tidak dapat diubah, ataupun nilai-nilai hidup individu atau kumpulan seperti agama, bangsa, identiti dan budaya. Isu-isu
89
seperti ini kadangkala lebih baik dielak kerana konfrontasi tidak akan membuahkan sebarang hasil. Lebih baik untuk kita ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ daripada terus memperjuangkan sesuatu yang memang tidak akan dapat diselesaikan135. Manakala teknik kedua ialah penyekatan konflik. Di dalam konflik antarabangsa terutamanya, penyekatan konflik sering dijalankan untuk menyekat konflik yang diketahui daripada menjadi tingkahlaku konflik yang ganas. Tingkahlaku konflik selalunya disekat dengan sendirinya oleh pihak yang terlibat. Pihak terlibat mungkin merasakan bahawa jika mereka bertindak secara ganas atau tidak rasional dalam mengejar matlamat atau kepentingan mereka, ini akan menjejaskan hubungan baik yang mereka hargai dengan pihak-pihak lain yang terlibat. Senario lazimnya berlaku terutama sekali apabila mereka memang telah mempunyai hubungan yang agak baik seperti di dalam ASEAN. Hubungan ini selalunya bermula secara perlahan dengan kerjasama di bidang ekonomi ataupun politik dan berkembang hinggalah terbentuk organisasi ataupun persatuan negara yang menggabungkan beberapa kepentingan bersama. Bila sampai ke tahap ini, hubungan baik dan pentingnya hubungan ini akan diutamakan berbanding dengan keinginan untuk mendapatkan sesuatu secara ganas atau negatif. Perkara yang paling ditekankan ialah kos menjalankan tingkahlaku yang ganas. Setiap individu ataupun kumpulan harus menimbang kos tingkahlakunya dan kesannya ke atas hubungan dengan pihak yang lain. Hal ini selalunya sudah cukup untuk membuatkan seseorang atau sesuatu kumpulan itu melupakan hasratnya untuk meneruskan konflik ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya lebih baik sekiranya hubungan diantara dua pihak itu dihargai berbanding dengan keadaan dimana hubungan itu tadi tidak berapa dihargai atau tidak dihargai langsung. Selaras dengan kaedah ini, adalah penting supaya pertalian di antara dua individu atau kumpulan
135Kamarulzaman, A. (2003) Modul Kursus Pengurusan dan Penyelesaian Konflik. Pulau Pinang:
Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian, Universiti Sains Malaysia.
90
dalam masyarakat diperkuatkan dan diperhebatkan usaha-usaha untuk dibina di dalam negara tetapi di antara negara. Teknik seterusnya ialah penginstitusian, ia merupakan satu cara untuk mencegah konflik daripada berlaku dalam masyarakat. Ia berbentuk menginstitusikan kaedah-kaedah penyelesaian dan pengurusan konflik yang ada di dalam masyarakat. Kaedah-kaedah seperti penggubalan undang-undang dan mengadakan pilihanraya untuk memilih pemimpin politik adalah antara cara penginstitusian yang digunakan.
Sesuatu konflik itu sekiranya gagal melalui kaedah pencegahan, maka ia perlu diteruskan dengan menggunakan kaedah pengawalan. Kaedah ini merangkumi kesemua teknik untuk menghadkan kelakuan dalam konflik yang sedang berjalan. Ia juga termasuk dalam pengurusan krisis dan halangan dalam peperangan. Pengurusan krisis yang dimaksudkan ialah jika berlaku rusuhan dalam sesebuah negara akibat ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan. Maka pemimpin negara akan cuba mengawal konflik yang berlaku supaya tidak memburukkan lagi keadaan. Undang-undang yang lebih ketat mungkin dikeluarkan seperti perintah darurat, tahanan rumah, gencatan senjata dan sebagainya. Manakala halangan dalam peperangan ialah merujuk kepada syarat-syarat perang yang adil yang mana melihat kepada tingkahlaku dalam peperangan. Antaranya ialah menentukan kaedah-kaedah perjanjian damai yang dipersetujui oleh semua pihak, bila dan pada keadaan bagaimana yang sesuatu tingkahlaku itu boleh dijalankan. Siapa yang layak menggunakan tingkahlaku ganas dan terhadap siapa, siapa yang dikecualikan daripada tingkahlaku ganas itu dan dalam keadaan bagaimana yang kita boleh menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat kita. Semuanya ini adalah perkara-perkara yang subjektif sebenarnya. Persoalan untuk menggunakan kekerasan terhadap sesuatu pihak itu semestinya merupakan persoalan yang paling susah untuk
91
dijawab kerana ianya melibatkan nyawa manusia dan pencabulan hak asasi manusia.
Dalam banyak keadaan, golongan yang tidak bersalahlah yang selalunya akan menerima padah dan bencana peperangan.
Kaedah yang seterusnya ialah penamatan konflik. Ia merujuk kepada peringkat ketiga dalam pengurusan konflik. Ianya merangkumi komponen-komponen pemberesan konflik dan penyelesaian konflik. Keduanya berfungsi untuk menamatkan konflik, tetapi penyelidik-penyelidik bahagian ini menyatakan terdapat perbezaan yang ketara diantara keduanya. Pemberesan konflik merujuk kepada konflik-konflik yang ditamatkan oleh satu perjanjian menghadkan tingkahlaku walaupun pada dasarnya matlamat yang bertentangan belum lagi diselesaikan.
Selalunya ia bertujuan untuk menukar atau memberhentikan tingkahlaku dalam konflik seperti menghentikan penggunaan keganasan atau kekerasan demi untuk mendapatkan perdamaian sementara. Setelah ini dicapai, kedua-dua pihak akan bertolak ansur untuk mendapatkan penyelesaian berdasarkan kompromi. Kompromi ini selalunya melibatkan mereka mengorbankan sedikit kepentingan mereka untuk mencapai kepentingan yang lain. Pihak yang terlibat tidak semestinya menukar matlamat akhir mereka atau kepentingan mereka untuk mencapai kompromi ini. Ini mengakibatkan masih wujud lagi ketidaksesuaian pada dasarnya. Hasilnya komponen-komponen konflik seperti situasi dan sikap tidak bertukar. Perkara yang bertukar hanyalah tingkahlaku konflik. Ada kemungkinan konflik yang dibereskan akan timbul kembali pada masa akan datang. Manakala penyelesaian konflik merujuk kepada penyelesaian konflik sedar dengan menukar kesemua sikap, pandangan, tingkahlaku dan juga matlamat akhir pihak-pihak yang terlibat. Kaedah-kaedah penyelesaian konflik bertujuan untuk memberikan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak, dan yang dicapai sendiri oleh mereka. Hal ini akan
92
membuatkan mereka mempunyai kepentingan untuk menerima dan mengekalkan penyelesaian itu.
2.4.4 Pendekatan ‘Peacemaking’ dan ‘Peacebuilding’, dan ‘Peace Keeping’ dan ‘Peace Monitoring’
Dalam menyelesaikan sesuatu konflik, terdapat empat pendekatan yang mungkin boleh digunakan untuk memastikan konflik tersebut dalam diselesaikan secara aman. Antara pendekatan ini ialah ‘Peacemaking’ dan ‘Peacebuilding’, dan
‘Peacekeeping’ dan ‘Peace Monitoring’136. Setiap pendekatan ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri yang perlu diikuti oleh aktor-aktor konflik dan juga pihak ketiga yang terlibat dalam proses perdamaian ini.
Pendekatan ‘Peacemaking’ selalunya digunakan untuk memulakan sesuatu proses perdamaian. Menurut Mely Caballero-Anthony dalam tulisannya yang bertajuk Intorduction: UN Peace Operation and Asian Security mentakrifkan bahawa ia merupakan pendekatan-pendekatan yang berfungsi sebagai pelengkap kepada
136 Keempat-empat istilah ini mempunyai maksud tersendiri apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, Cetakan pertama, tahun 1991 menterjemahkan perkataan ‘Peacemaking’ berdasarkan kepada ‘Peacemaker’ yang bermaksud pendamai. Perkataan
‘Peacemaking’ belum ada kamus yang cuba untuk menterjemahkannya dalam bahasa Melayu. Justeru itu, bagi menterjemahkan perkataan ini, penulis akan cuba mengaitkannya perkataan ‘Peacemaker’
yang dikeluarkan oleh kamus Dewan dan berdasarkan fungsi-fungsinya. Justeru itu, dapatlah diterjemahkan bahawa perkataan ini sebagai membentuk atau mengadakan perdamaian. Manakala
‘Peacebuilding’ pula merupakan perkataan yang masih belum tercatit dalam kamus dewan bagi menukarkannya dalam bahasa Melayu. Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji konflik dan perdamaian menggunakan istilah tersendiri dalam bahasa Melayu. Seperti Asvi Warman Adam dalam tulisannya yang bertajuk Konflik Kalbar dan Kalteng - Jalan Panjang Meretas Perdamaian yang disiarkan dalam laman layar: http://psikotikafif.wordpress.com mengistilahkan ‘Peacebuilding’ ini sebagai penciptaan dan penjagaan suasana damai. Berdasarkan kepada istilah yang disampaikan ini serta fungsi-fungsinya dapatlah disimpulkan bahawa perkataan ini membawa maksud pembinaan perdamaian. ‘Peacekeeping’ pula sudah jelas diterjemahkan oleh Kamus Inggeris Melayu Dewan membawa bermaksud menjaga, mengawal keamanan. Begitu juga dengan ‘Peace Monitoring’ dimana
‘Peace’ apabila dialih bahasa ke dalam perkataan Melayu bermaksud aman atau keamanan, manakala
‘Monitoring’ membawa maksud pemerhatian. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa dua perkataan ini apabila dirangkumkan membawa maksud pemerhati keamanan atau perdamaian.
Meskipun begitu, perkataan-perkataan dalam istilah bahasa Melayu belum cukup untuk menterjemahkan fungsi perkataan-perkataan ini. Oleh itu, keempat-empat perkataan ini akan digunakan dalam istilah Inggeris dalam penulisan ini kerana ia membawa maksud yang tepat terhadap perkara-perkara yang hendak disampaikan.
93
proses pencegahan konflik, diplomasi dan mediasi137. Manakala Ronald J. Fisher menyatakan bahawa ia merupakan usaha-usaha untuk mengatasi ketidakseragaman yang boleh menghalang pembangunan manusia seperti diplomasi yang menjurus kepada penyelesaian masalah oleh kedua-dua pihak yang berkonflik138. Selain itu, Dictionary of Military and Associated Terms, US Department dalam laman layarnya pula mendefinasikan ia sebagai proses diplomasi, mediasi, negosiasi atau kaedah-kaedah lain yang terdapat dalam penyelesaian konflik yang bertujuaan untuk menamatkan perselisihan dan menyelesaikan masalah-masalah yang menjadi tunjang kepada konflik139.
Secara umumnya, pendekatan ini melibatkan dua pihak yang berkonflik bersedia duduk berbincang atau bernegosiasi untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku. Sekiranya ia sukar dilakukan, kemungkinan akan melibatkan pihak ketiga untuk campurtangan. Peranan pihak ketiga ini diperlukan untuk memastikan kedua pihak yang berkonflik bersetuju untuk membuat perjanjian bagi menghentikan aktiviti bersenjata diantara satu sama lain. Walaupun begitu, pendekatan ini membawa peranan seakan sama dengan ‘Peacekeeping’ di mana melibatkan pihak ketiga yang menjadi fasilitator untuk membawa kedua pihak membuat rundingan.
Perbezaannya di sini adalah dari segi objektif dan sasaran kepada kedua pendekatan ini dimana ‘Peacemaking’ lebih menumpukan kepada mengubahsuai matlamat dan sikap aktor-aktor manakala ‘Peacekeeping’ lebih kepada menghentikan tingkahlaku-tingkahlaku ganas yang menekan antara satu sama lain. Walaupun demikian, tidak semestinya langkah ini mengabaikan komponen-komponen tingkahlaku. Secara
137 Caballero-Anthony, M., (2005) UN Peace Operations and Asian Security: Intorduction: UN Peace Operations and Asian Security (Edited By Mely Cabballero-Anthony and Amitav Acharya) New York: Routledge. H. 4.
138 Fisher, R.J., (1997) Interactive Conflict Resolution. Syracuse University Press, New York. H. 10.
139 The Free Dictionary By Farlex, Dictionary of Military and Associated Terms. US Department of Defense 2005. [Online].[Akses: 24 April 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar:
http://www.thefreedictionary.com/peacemaking
94
umumnya, tingkahlaku ganas ini akan dapat dihentikan dengan sendiri apabila matlamat dan kepentingan pihak-pihak berkonflik dapat diubahsuai mengikut keperluan asas masing-masing disamping dapat membentuk penilaian positif terhadap keperluan pihak lawan. Jika dilihat sebelum pendekatan ini dibawa masuk ke dalam konflik, didapati pihak-pihak berkonflik tidak mendapat peluang atau rasangan untuk menghentikan konflik yang dilalui sehingga telah kepada tindakan kekerasan terhadap pihak lawan. Disamping itu juga, kemungkinan wujud golongan-golongan pemusnah perdamaian yang berperanan untuk menimbulkan banyak persoalan baru tentang perdamaian, mengalih perhatian, menimbulkan garis sempadan perbezaan antara satu sama lain dan melewat atau menunda pusingan-pusingan atau langkah-langkah seterusnya untuk mengembang proses perdamaian140. Justeru itu, pendekatan ini sebagai salah satu anisiatif untuk mengubah dan merombak kembali konflik-konflik yang sebelum ini dilihat berpanjangan dan sukar diatasi. Ia juga boleh dikatakan sebagai sebagai usaha-usaha untuk membantu pihak-pihak berkonflik untuk bersetuju menghadkan keganasan sebelum membincangkan tentang isu-isu yang sebenar141.
Manakala ‘Peacebuilding’ salah satu pendekatan yang boleh dianggap berperanan besar serta berkemungkinan memerlukan masa yang agak panjang untuk berakhir. Dalam jangka masa ini, aktor-aktor, pihak ketiga dan mana-mana pihak yang terlibat dalam konflik ini berperanan untuk memastikan punca-punca konflik atau akar-akar konflik dapat dicabut serta dihapuskan. Menurut John Paul Lederach dalam bukunya bertajuk Building Peace; Sustainable Reconciliation in Divided Societies mentakrifkan ‘Peacebuilding’ sebagai proses penyatuan
140 Salah. J. (2007) The Long Road to Peace Inside the GRP-MILF Peace Process. Institute of Bangsamoro Studies, Cotabato City, Phillippines. H. 44.
141 Mitchell C.R., op.cit., h. 280.
95
peraturan, fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti perdamaian142. Beliau menekankan lagi bahawa ‘Peacebuilding’ merupakan inisiatif dan penyelesaian untuk mmematikan akar konflik yang tertanam dibawah tanah dan mempertahankan penyertaan aktor-aktor konflik ini supaya terus berada dilandasan perdamaian143.
Manakala Ronald J. Fisher pula menyatakan ianya merupakan usaha-usaha untuk membentuk struktur yang damai berteraskan kepada kewajaran dan keadilan di kalangan kelompok masyarakat bagi menghapuskan punca-punca peperangan dan menghasilkan alternatif-altenatif lain untuk mengelakan peperangan144. Ho-Won Jeong pula mengandaikan bahawa ‘Peacebuilding’ boleh disamakan dengan pembinaan persekitaran baru dalam masyarakat yang memberi keuntungan dan kebaikan khususnya dalam menimbulkan keyakinan dan penambahbaikan kehidupan145. Oleh yang demikian, pendekatan ini boleh dikatakan sebagai proses untuk mengubah struktur dan budaya negatif yang sedia ada kepada yang lebih baik dan praktikal dalam sesebuah masyarakat. Perubahan dalam struktur ini boleh dilakukan melalui kaedah rekonsilasi, transformasi konflik, pendekatan peranan aktor dari atas ke bawah, ‘Multitrack’ dalam penyelesaian konflik dan piramid penyelesain konflik146. Kaedah-kaedah ini tergolong juga dalam proses pencegahan, pengawalan dan penamatan konflik sepertimana yang dihuraikan sebelum ini.
Meskipun begitu, kaedah-kaedah ini memerlukan strategi tertentu bagi memboleh ia dilaksanakan. Menurut Kamarulzaman Askandar, terdapat tiga strategi yang mungkin boleh digunakan. Antaranya, Pertama, mengumpul maklumat-maklumat tentang kaedah dan aktiviti perdamaian yang digunakan sebelum ini.
142 Lederach, J.P., (1997) Building Peace: Sustainable Reconciliation in Divided Societies.
Washington, USA: United States Institute of Peace. H. 23.
143 Ibid., h. 107.
144Fisher, R.J., op.cit., h. 11.
145 Ho-Won Jeong., op.cit., h. 38.
146 Kamarulzaman, A. (2006) Conflict Resolutions & Peacebuilding Strategies. In : “Promoting the
‘Peace Dream’: Creating & Supporting the ‘Dreamkeepers’ in Southern Thailand, 18-23 Mac 2007, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang: Reserch and Education for Peace Unit. H. 14 – 23.
96
Melalui maklumat yang diperolehi ini bertujuan untuk memahami situasi konflik serta tahap-tahap perdamaian yang telah dicapai di wilayah tersebut. Kemungkinan sudah ada pihak-pihak tertentu telah mengadakan program-program perdamaian sebelum ini. Bagi memudahkan pemahaman tentang konflik yang dilalui, segala data atau maklumat yang dikumpul akan dianalisa dengan membuat pemetaan konflik yang menjurus kepada pengurusan dan penyelesaian konflik. Justeru itu, penganalisaan konflik ini perlu dibuat berhati-hati di mana kemungkinan timbul perkara-perkara yang salah faham sehingga menjadikan ‘Peacebuilding’ yang dijalankan tidak berkesan dan kemungkinan akan ditolak oleh pihak-pihak yang berkonflik. Data-data yang diambil sebelum proses penganalisaan ini boleh dibuat melalui penganjuran program-program yang melibat aktor-aktor konflik, masyarakat sivil, pemerhati dan pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan perdamaian di wilayah terbabit. Kumpulan-kumpulan ini kemungkinan boleh menjemput dan dikumpulkan dalam program seperti seminar, conferan dan simposium. Dengan itu, program yang dianjurkan ini akan membuka peluang kepada mereka untuk menyumbang maklumat-maklumat, pengalaman-pengalaman dan cadangan-cadangan tentang konflik tersebut. Maka, bermula dari sinilah segala data-data dan maklumat yang diperolehi dijadikan panduan untuk membentuk langkah-langkah yang seterusnya.
Kedua, membentuk saluran kepercayaan dan mengkoordinaskan aktiviti-aktiviti pihak yang terlibat. Kepercayaan perlu dibentuk dan dibangunkan di antara pihak-pihak yang terlibat khususnya aktor-aktor konflik dan pihak-pihak lain seperti masyarakat sivil yang terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan tempatan, ketua-ketua masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs). Melalui kepercayaan ini, pihak-pihak berkonflik akan bekerjasama seperti menyalurkan sesuatu maklumat
97
atau menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga, penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan boleh dijadikan alternatif untuk menyatukan kelompok-kelompok ini serta dapat bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain. Meskipun begitu, penyertaan kelompok-kelompok yang terlibat khususnya aktor-aktor yang berkonflik perlu diatur secara strategik agar perhubungan yang dijalankan tidak mendatang kerugian kepada mereka. Antara program-program yang dijalankan, mungkin boleh menumpukan kepada penyelesaian konflik, bantuan dan aktiviti kemanusiaan, undang-undang, ekonomi, pembangunan, perdamaian untuk diri sendiri, dan pembangunan selepas konflik.
keterlibatan mereka ini amat penting bagi mentransfomasikan konflik itu ke arah yang memberi peluang-peluang kepada proses-proses perdamaian dapat dijalankan.
Disampin itu, perhubungan yang sedia ada perlu mempunyai jaringan dengan kumpulan-kumpulan luar. Kumpulan luar yang dimaksudkan ini ialah negara-negara yang bersimpati dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti PBB, ASEAN, OIC, NATO dan sebagainya lagi. Kumpulan-kumpulan akan dapat memberi sokongan dan bantuan kepada kumpulan dalaman seperti nasihat, sokongan moral, kewangan dan sumber-sumber lain. Di samping sokongan yang diberi, ia akan menimbulkan kesedaran dan sokongan negara-negara lain diperingkat antarabangsa sama ada untuk diri sendiri atau pihak-pihak yang berkonflik di sekitar mereka.
Ketiga, ialah menambah bilangan dan memperkasakan ahli-ahli kumpulan.
Strategi ini diperlukan untuk meningkatkan keupayaan kumpulan tersebut bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti ‘Peacebuilding’. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah membentuk jaringan di kalangan pertubuhan-pertubuhan sama ada diperingkat antarabangsa mahupun tempatan yang mempunyai matlamat yang sama dalam membina perdamaian di wilayah yang berkonflik. Jaringan-jaringan ini akan
98
dapat menambah kekuatan dari segi kemahiran dan pengalaman semasa menguruskan aktiviti-aktiviti perdamaian. Kemahiran dan pengalaman yang sedia ada di kalangan ahli kumpulan akan digunakan untuk memperkasakan ahli anggota pertubuhan. Pertukaran dan perkongsian kemahiran boleh dirancang dan dilaksanakan melalui pendidikan, program-program latihan dan sebagainya.
Perancangan program-program ini mestilah strategik di mana mesti merangkumi jangka pendek dan jangka panjang, dan mensasarkan kelompok bawahan dan menengah. Hal ini kerana ia menekan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam keupayaan dan pengetahuan setiap manusia dan dalam masa yag sama akur terhadap pembelajaran dan ilmu pengetahuan sesuatu yang penting dan perlu diterima bagi membangunkan kelompok mereka147. Oleh itu, setiap program perlu dipantau dan membuat penilaian secara berkala sama ada ianya memberi kesan positif dan sesuai dengan keadaan semasa. Ekoran daripada ini, ia boleh membentuk mekanisma berfaedah yang boleh membantu untuk mencipta sesuatu yang baru khususnya ketika berhadapan dengan keperluan yang sentiasa berubah148.
‘Peacekeeping’ pula merupakan pihak luar yang bersedia membantu proses perdamaian yang dipersetujui oleh kedua pihak yang berkonflik ini. Menurut Ronald J. Fisher mendefinisikan sebagai campurtangan pihak ketiga untuk memastikan aktor-aktor konflik tidak melakukan keganasan sepertimana yang dipersetujui dalam perbincangan sebelum ini149. Melihat kepada beberapa dekad yang lalu, didapati pendekatan ini berkesan dimana peranan tentera digunakan untuk mengekalkan ketidakwujudan aktiviti keganasan oleh kedua pihak yang berkonflik150. Pasukan
147 Lederach, J.P.,(1997).,op.cit., h. 108.
148 Kamarulzaman, A. (2005) ‘Peacebuilding in Southeast Asia: Overview, Observations, and the Way Forward’ in The SEACSN Bulletin. Pulau Pinang: Research and Education for Peace Unit, USM. H.
22-27
149Fisher, R.J., op.cit., h. 11.
150 Ho-Wong Jeong., op.cit., h. 109
99
tentera ini diminta khas daripada luar yang persetujui dalam perbincangan yang masih berjalan. Kehadiran pasukan militari ini juga boleh berperanan seperti mengekal gencatan senjata, pemisahan kedudukan askar-askar yang berkonflik, pencegahan peningkat konflik melalui proses mediasi dan memastikan tiada gangguan terhadap bantuan kemanusiaan untuk membawa kembali kepada populasi yang normal151. Oleh itu, pihak luar akan menghantar tentera, badan-badan institusi keamanan dan NGOs ke lapangan sebagai pemerhati dan membangunkan program-program pembangunan perdamaian152.
Seterusnya adalah ‘Peace Monitoring’, iaitu pendekatan yang digunakan apabila sesuatu perjanjian perdamaian telah dipersetujui oleh pihak-pihak berkonflik.
Menurut Julian Quellet, mentakrifkan ia sebagai tanggungjawab atau usaha-usaha pihak luar untuk memastikan perkara-perkara yang dipersetujui dalam perjanjian dapat dilaksanakan dengan baik. Tindakan ini bukan sahaja melalui pemerhatian, pemeriksaan dan memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian tetapi juga memaksa pihak-pihak berkonflik mengikut perjanjian yang dipersetujui sama ada secara positif atau negatif153. Selain itu, Pendekatan ini juga boleh ditakrifkan sebagai kumpulan-kumpulan pemerhati yang berpendirian neutral yang ditubuhkan melalui persetujuan
Menurut Julian Quellet, mentakrifkan ia sebagai tanggungjawab atau usaha-usaha pihak luar untuk memastikan perkara-perkara yang dipersetujui dalam perjanjian dapat dilaksanakan dengan baik. Tindakan ini bukan sahaja melalui pemerhatian, pemeriksaan dan memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian tetapi juga memaksa pihak-pihak berkonflik mengikut perjanjian yang dipersetujui sama ada secara positif atau negatif153. Selain itu, Pendekatan ini juga boleh ditakrifkan sebagai kumpulan-kumpulan pemerhati yang berpendirian neutral yang ditubuhkan melalui persetujuan