• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lima Pendekatan dan Kedudukan Pihak yang Berkonflik

KONSEP KONFLIK, KONFLIK PEMISAH DAN PENYELESAIAN KONFLIK

2.2.4 Lima Pendekatan dan Kedudukan Pihak yang Berkonflik

Seperti yang diketahui sebelum ini bahawa pertindihan kepentingan pastinya akan menimbulkan situasi konflik. Selalunya kedua belah pihak berkonflik begitu kuat berpegang kepada kepentingan masing-masing. Keadaan ini sememangnya lumrah bagi pihak-pihak yang berkonflik yang mana kalau boleh mereka tidak mahu kepentingan mereka diubah atau dirampas oleh pihak lain. Lantaran itu, setiap pihak pasti akan bersedia untuk mempertahankan atau mendapatkan kepentingan mereka disamping mengabaikan kepentingan orang lain. Walaupun begitu, agak sukar untuk satu pihak mendapat kemenangan secara total98. Kebanyakannya keputusan diakhir akan dapat dicapai sama ada ‘menang-kalah’, ‘kalah-kalah’ dan ‘menang-menang’.

Selalunya pihak yang berkonflik cenderung untuk mendapatkan kepentingan mereka berbentuk ‘menang-kalah’ iaitu pihak yang kalah akan mengalami kerugian dan kepentingan mereka telah dirampas oleh pihak yang menang. Selain itu, kemungkinan kedua-dua pihak cuba untuk berkompromi dan tidak melihat perbezaan yang wujud antara mereka serta masing-masing cuba untuk melepaskan kepentingan masing-masing demi mencapai kata sepakat. Ini dikenali sebagai ‘kalah-kalah’.

Seterusnya kedua-dua pihak pasti akan ‘menang-menang’ apabila mereka akan

98 Kemenangan secara total ini bermaksud satu pihak dapat menghapuskan atau memiliki kesemua matlamat dan aktor pihak lawan.

55

berusaha untuk meningkatkan beban atau kos dan mewujudkan strategi lain berhadapan dengan pihak lawan supaya persaingannya akan terbatas99. Ilustrasi disebelah menunjukkan pendekatan dan kedudukan yang diambil oleh pihak yang berkonflik.

Rajah 2.2: Lima pendekatan dalam konflik

Sumber : Miall, Ramsbotham and Woodhouse, 1999.

Pihak yang berkonflik selalunya akan terpaksa memilih antara 5 pendekatan berdasarkan kepada tindakan yang diambil. Ini akan menunjukkan sama ada tindakan yang dilakukan itu menguntungkan dirinya atau menguntungkan pihak lawan. Bagi pihak yang mengambil keputusan untuk menyerah maka keuntungannya akan berkurangan dan memberi keuntungan kepada pihak lawan. Sebaliknya apabila satu pihak mengambil keputusan untuk melawan maka ianya membuat keputusan untuk mempertahankan kepentingan diri dan kelompoknya, tanpa mempedulikan kepentingan pihak lawan. Jika kedua-dua pihak menarik diri pula maka masing-masing akan memperolehi sedikit sahaja keuntungan. Kedua-dua pihak juga dilihat sebagai tidak mahu meneruskan usaha untuk mencapai kepentingan masing-masing.

99 Miall, Ramsbotham dan Woodhouse, op.cit., h. 5-6

56

Namun begitu, jika mereka mengadakan pertemuan dan mengambil keputusan untuk berkompromi maka masing-masing akan memperolehi keuntungan yang sama rata walaupun terpaksa berkorban sedikit kepentingan sendiri untuk orang lain. Melalui kompromi, kedua-dua pihak tidak akan dapat memenuhi keseluruhan kepentingan yang ingin dicapai. Pihak yang berkonflik juga boleh menggunakan pendekatan penyelesaian masalah. Ia akan dapat mengagihkan kepentingan tersebut secara sama rata melalui proses perundingan atau perbincangan. Penggunaan model ini dan pilihan antara 5 pendekatan ini akan membolehkan pihak yang berkonflik menilai untuk memilih pendekatan yang sesuai berdasarkan persediaan dan kepentingan mereka.

Teori ini relevan dengan kes yang berlaku di Selatan Thailand. Walaupun sebelum ini telah terdapat keputusan menamatkan konflik namun ia timbul kembali akibat kepentingan gerakan pemisah yang tidak dipenuhi sepenuhnya serta wujud ketidakadilan dalam proses membuat keputusan sehingga satu pihak ditekan.

Sebelum ini konflik di Selatan Thailand berkeputusan ‘menang-kalah’ yang mana kerajaan Thailand menang secara total menyebabkan gerakan pemisah mengalami banyak kerugian.

Penggunaan model ini relevan untuk melihat kepada pendekatan dan keputusan yang diambil oleh kedua belah pihak disamping dapat menganalisis tentang keputusan akhir pertembungan kepentingan antara kedua belah pihak. Dari sudut kajian pula, ia akan dapat mengenalpasti pendekatan dan keputusan yang diambil oleh gerakan pemisah dan pihak berkuasa kerajaan Thailand berkenaan isu ini. Hal ini akan dapat membantu untuk mencapai objektif kajian yang ingin mengenalpasti penyelesaian konflik yang diambil oleh kerajaan Thailand dan juga tindakbalas gerakan pemisah terhadap polisi yang dilaksanakan.

57

2.2.5 Keputusan ‘Zero-sum’ dan ‘Non-zero-sum’

Sesuatu pendekatan yang diambil oleh salah satu pihak dalam konflik akan mendatangkan akibat kepada situasi akhir konflik, mengakibatkannya berakhir dengan baik atau semakin meruncing. Keputusan yang dikenali sebagai ‘Zero-Sum’

ini membawa maksud pihak yang menang dalam sesuatu konflik mungkin akan mendapat keuntungan secara total manakala pihak yang kalah mungkin akan hilang semuanya. Secara dasarnya, konflik dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan atau merugikan. Contohnya, dalam skala 0 hingga 100, jika pihak A mendapat 100 maka pihak akan mendapat 0. Begitu juga sebaliknya. pecahan-pecahan lain boleh dibuat mengikut skala ini, contohnya 50 – 50, atau 70 – 30, atau 30 – 70, dan seterusnya. Selalunya pihak yang kalah akan tetap meneruskan usaha mendapatkan semula kepentingan mereka yang telah hilang walaupun telah mengalami kekalahan.

Lantaran itu, konflik akan berterusan dan tidak mencapai penyelesaian secara terbaik. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kaedah-kaedah penyelesaian konflik termasuk campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk membantu pihak yang berkonflik mencapai tahap ‘Non-Zero-Sum’ iaitu kedua-dua belah pihak mencapai hasil yang dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Ilustrasi di sebelah menunjukkan keuntungan dan kerugian yang diperolehi berdasarkan keputusan yang dipilih100.

100 Ibid., h. 6

58

Rajah 2.3: Keputusan-keputusan ‘Zero-sum’ dan ‘Non-zero-sum’

Sumber : Miall, Ramsbotham and Woodhouse, 1999.

Ilustrasi di atas menunjukkan beberapa keputusan yang boleh dicapai di antara Zahar dengan Fendi. Ada setengahnya boleh mendatangkan keuntungan kepada Zahar dan begitu juga dengan Fendi. Pada tanggapan Zahar, situasi di titik 1 akan menyebelahinya dan memperolehi kemenangan dalam konflik ini. Ini adalah

‘Zero-sum’ yang mana Zahar telah menang dan Fendi mengalami kekalahan. Begitu juga dengan titik 2 yang mana Fendi juga turut beranggapan yang sama. Selain itu, pergerakan dari titik 1 ke titik 2 pasti akan mengalami lalui titik pertengahan. Titik 3 merupakan titik pertengahan menunjukkan Zahar dan Fendi mendapat keuntungan yang sama banyak. Nasib untuk menang atau kalah dibahagikan sama rata antara kedua pihak ini. Konsep ini juga menghasilkan keputusan yang tidak memihak dimana kedua-dua pihak ini mungkin akan kalah di titik 0. Manakala titik 4 pula menunjukkan kedua pihak ini memperolehi kepentingan yang diingini101. Teori ini relevan untuk melihat kesinambungan dan kedinamika konflik di Selatan Thailand

101 Ibid., h. 7.

59

serta langkah-langkah pilihan yang telah diambil oleh kedua belah pihak. Adakah langkah ini menguntungkan satu pihak, kedua-dua pihak, atau merugikan semua pihak yang terlibat.