• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beberapa Persoalan Berkaitan Berjasa Kepada Ibubapa

Dalam dokumen Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim (Halaman 100-106)

* Nafkah

Berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah amalan terpuji dan merupakan keutamaan. Melakukan ihsan dan dan mengeluarkan nafkah (mengeluarkan belanja) terhadap mereka perlu diutamakan, sepertimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla:

نيدلاوللف ريخ نم متقفنأ آم لق نوقفني اذام كنولأسي

نم اولعفت امو ليبسلا نباو نيكاسملاو ىماتيلاو نيبرقلاو

ميلع هب هللا نإف ريخ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan: "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada; kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan

(ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

(Al-Baqarah: 215)

Kewajipan mengeluarkan nafkah kepada mereka adalah setelah selesainya semua keperluan asasi dan terdapat lebihan dari keperluan diri dan keluarga.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

وفعلا لق نوقفني اذام كنولئسيو

Maksudnya: Mereka itu bertanya kepada engkau apakah yang mereka nafkahkan. Katakalah sekadar berlebih hajat darimu.

(Al-Baqarah: 219)

Rasulullah SAW pula bersabda:

متجتحا اذإ مكل مهلاومأو هللا نم ةبه مكدلوأ نإ

Maksudnya: Sesungguhnya anak-anak kamu adalah pemberian dari Allah, harta mereka adalah untuk kamu apabila kamu berhajat.

(Dikeluarkan oleh Ahmad, Ashabus Sunan, Ibn Hibban dan al-Hakim) Kewajipan mengeluarkan nafkah (mengeluarkan belanja) tehadap sesuatu adalah dengan sebab tiga perkara; tali kekeluargaan, hak milik dan hubungan perkahwinan. Ibubapa merupakan penghubung tali kekeluargaan yang pertama sepertimana yang telah sedia dimaklumi.

Kewajipan anak-anak berbuat ihsan dan memberi nafkah kepada ibubapa adalah dengan memberi makan, memberi pakaian, mengubati sakit dan mempertahankan diri mereka dari sebarang kemudharatan

Antara syarat wajib memberi nafkah yang utama ialah kemampuan dan kesanggupan anak itu sendiri. Dan nafkahnya itu adalah lebihan dari tanggungan perbelanjaan asasi diri mereka dan sesiapa yang berada di bawah tanggungannya, untuk kadar sehari semalam. Jika ia tidak mempunyai kemampuan tetapi memiliki harta hendaklah menjual harta tersebut demi untuk memberi nafkah kepada ibubapa. Jika ia tidak memiliki harta tetapi berupaya untuk bekerja maka hendaklah ia bekerja sehinggalah dapat memberi nafkah kepada ibubapa.

Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai turutan siapakah yang perlu didahulukan untuk diberi nafkah:

هللا لوسر اذإف ةنيدملا انمدق لاق يبراحملا قراط نع

وهو سانلا بطخي ربنملا ىلع مئاق ملسو هيلع هللا ىلص

كتخأو كابأو كمأ لوعت نمب أدباو ايلعلا يطعملا دي لوقي

كاندأ كاندأ مث كاخأو

Maksudnya: Daripada Toriq al-Muharibiy: Kami datang ke Madinah, pada ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah dan bersabda: Tangan yang memberi itu adalah lebih utama dan mulia. Dan mulakanlah dengan siapa yang kamu tanggung (memberi makan, minum dan pakian dan selainnya), kemudian emak kamu, kemudian ayah kamu, kemudian saudara perempuan engkau, kemudian saudara lelaki engkau, kemudian saudara yang terlebih rendah dari engkau.

(Sunan an-Nasaiy)

Dinyatakan di dalam kitab “Feqh Manhaji” Salah satu daripada syarat wajib kepada anak untuk memberi nafkah kepada bapa ialah ketikamana ibunya tidak berupaya untuk memberi nafkah yang secukupnya kepada suaminya (bapa kepada anak). Ini bermakna nafkah kepada ibu adalah diwajibkan ke atas anaknya ketika mana :

1. Bapa tidak berupaya untuk memberi nafkah kepada isterinya. (ibu kepada anak)

2. Bapa telah meninggal.

Ini bererti gugurlah kewajipan ke atas anak untuk memberi nafkah kepada ibunya ketikamana;

1. Si bapa berupaya memberi nafqah kepada isterinya (ibu kepada anak).

2. Isteri kepada bapa (ibu kepada anak ) bersuami lain.

(Feqh Al Minhajiy: jil 2, ms 166)

*Berbakti Terhadap Mereka Selepas Mereka Meninggal Dunia

Sesungguhnya si mayat merasa gembira dengan amalan baik yang dilakukan oleh orang yang hidup. Mereka merasa sedih dan pedih dengan amalan jahat yang dilakukan oleh orang yang hidup. Mereka mendapat manfaat dari amal kebaikan yang dilakukan oleh orang yang hidup seperti sedekah, ibadat dan doa.

(Yasalunaka Fiddin Wal Hayah: jil 2; ms 310)

Firman Allah SWT:

مهتيرذ مهب انقحلأ ناميإب مهتيرذ مهتعبتاو اونمآ نيذلاو

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan yang beriman, Kami (hubungkan) himpunkan zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga).

(At-Thur: 21)

Dalam satu riwayat daripada Ibn Abbas: Sekiranya darjat bapa lebih tinggi maka Allah akan mengangkat darjat anak kepada darjat bapa. Sekiranya darjat anak lebih tinggi, maka Allah akan mengangkat darjat bapa kepada darjat anak.

Berdasarkan keadilan Allah ‘Azza Wa Jalla, setiap ganjaran amalan manusia tidak dikurangkan dan setiap orang adalah bertanggungjawab di atas amalannya sendiri, tetapi kelebihan dan rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla mengharuskan ganjaran amalan seseorang itu ditambah.

(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 17; ms 29)

Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa pahala sedekah dan do’a sampai kepada si mati. Tetapi ulama’ berselisihan pendapat pada soal ibadat badaniah (amali) seperti sembahyang, puasa dan bacaan Al-Quran. Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan jumhur salaf (sepakat ulama salaf) mengatakan bahawa pahala ibadat badaniah boleh disampaikan kepada si mati. Manakala pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie dan Imam Malik mengatakan bahawa ia tidak sampai.

(Tuhfat Al Ahwaziy: Bab Ma Jaa Fis Sodaqoh ‘Anil Maiyiti)

Al-Imam Ibn Qoiyim berkata: Perkara yang paling afdhal untuk dihadiahkan untuk si mati ialah sedekah, istighfar, doa dan haji untuk mereka. Adapun bacaan Al-Quran yang dihadiah untuk mereka dengan tiada upah adalah sampai kepada mereka seperti sampainya pahala puasa dan haji yang kita tunaikan dan dihadiahkan untuk mereka.

(Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 3; ms 385)

Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya mayat mendapat manfaat dari setiap bentuk ibadat amali (badan) seperti sembahyang, puasa dan bacaan Al-Quran sepertimana mereka mendapat manfaat dari ibadat harta seperti sedekah, demikian juga halnya dengan doa dan istighfar.

(Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 4; ms 92)

* Jihad

Rasulullah SAW lebih mengutamakan berkhidmat dan berjasa kepada ibubapa berbanding jihad dan hijrah.

Di dalam hadis nabawi diriwayatkan bahawa: Sahabat bertanya: “Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Ta`la?" Baginda menjawab: “Sembahyang pada waktunya.” Sahabat bertanya: “Selepas daripada itu?” Baginda menjawab: “Berbuat kepada kedua ibubapa.” Sahabat bertanya pula: "Selepas daripada itu?” Baginda menjawab: “Berjihad fi sabilillah.” (Daripada Ibn Mas`ud)

Al-Imam al-Bukhariy telah menyebut bahawa Abdullah ibn Amru telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW untuk berbai`ah dan berhijrah, sedangkan ia telah meninggalkan ibubapanya menangisi pemergiannya. Maka Rasulullah SAW bersabda:

امهتيكبأ امك امهكحضأف امهيلإ عجرا

Maksudnya: Pulanglah kamu, dan gembirakanlah mereka berdua sepertimana engkau telah membuatkan mereka menangis.

Ibnul Munzir berkata: Hadis ini menunjukkan tegahan daripada keluar berjihad tanpa keizinan dan restu ibubapa selagimana hukum jihad itu

tidak menjadi fardhu ain, namun sekiranya kewajipan jihad ketika itu fardhu ain maka wajiblah kesemuanya keluar berjihad.

(Nazorot Hawla Wasoya: jil 1; ms 147)

* Ibubapa Yang Tidak Beragama Islam (Kafir)

Kita juga wajib berbuat baik kepada ibubapa sekalipun mereka tidak memeluk agama Islam. Ada hadis yang menyebut tentang kisah Asma`, ketikamana ibunya datang menemuinya untuk mengemukakan suatu hajat yang selama ini terpendam di hati. Justeru itu Rasulullah SAW pun bersabda dengan maksudnya: “Ya, sahutilah dan hubungilah ibumu itu.”

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

ملو نيدلا يف مكولتاقي مل نيذلا نع هللا مكاهني ل

نأ مكرايد نم مكوجرخي

نيطسقملا بحي هللا نإ مهيلإ اوطسقتو مهوربت

Maksdunya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(Mumtahanah : 8)

Sesungguhnya Allah tidak menegah kita memuliakan, menghulurkan bantuan dan menjalinkan hubungan yang baik bersama orang kafir; sekiranya mereka tidak memerangi umat Islam. Tegahan daripada berbuat sedemikian hanyalah ketika-mana orang kafir bertindak keras dan memerangi umat Islam dan agama Islam.

(Al-Muntakhab: 821)

Ganjaran Berbuat Baik Kepada Ibubapa

Diantara ganjaran dan kelebihan jika seseorang berbuat berbakti dengan ayah dan ibunya

ialah:-ىسمأ نم :ملسو هيلع هللا ىلص يبنلا لاق سابع نبا لاق

هيدلاول ايضرم

)

1

حبصأو

و

ادحاو نإو ةنجلا نم ناحوتفم ناباب هلو ىسمأ

حبصأو ىسمأ هيدلاول اطخسم حبصأو ىسمأ نمو ادحاوف

:لجر لاقف ادحاوف ادحاو نإو رانلا ىلإ ناحوتفم ناباب هلو

نإو هاملظ نإو هاملظ نإو :لاق هاملظ نإو هللا لوسر اي

هاملظ

Maksudnya: Berkata Ibn Abbas: Rasulullah SAW telah bersabda, Sesiapa yang berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan ia diredhai

oleh kedua ibu-bapanya, maka ia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dua pintu syurga terbuka untuknya, sekiranya hanya seorang (ibu atau ayah) maka satulah (pintu syurga yang dibuka). Dan sesiapa yang berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan ia dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka ia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dua pintu neraka terbuka untuknya, sekiranya hanya seorang (ibu atau ayah) maka satulah (pintu neraka yang dibuka). Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulallah! Sekalipun ibu-bapanya menzaliminya. Rasulullah SAW menjawab: Sekalipun ibubapanya menzaliminya (Baginda mengulangi jawapan sebanyak tiga kali).

(Rawahu Al-Qurtubiy dalam Tafsir Surah al-Isra`)

2)

ىلص هللا لوسر لاق لاق ةريره يبأ نع

ثلث ملسو هيلع هللا

ةوعدو مولظملا ةوعد نهيف كش ل تاباجتسم تاوعد

هدلو ىلع دلاولا ةوعدو رفاسملا

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah: Rasulullah SAW bersabda: Tiga doa yang pasti mustajab: Doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa seorang ayah ke atas anaknya.

(Sunan Tirmiziy) 3)

هللا ىلص يبنلا ىتأ لجر نأ رمع نبا نع

لاقف ملسو هيلع

لاق ةبوت نم يل لهف اميظع ابنذ تبصأ ينإ هللا لوسر اي

لاق معن لاق ةلاخ نم كل له لاق ل لاق مأ نم كل له

اهربف

Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW. Beliau berkata: Wahai Rasulallah! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang besar, adakah masih ada peluang untukku bertaubat? Maka Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau mempunyai ibu? Lelaki tersebut berkata: Tidak. Bersabda Rasulullah SAW: Adakah engkau mempunyai saudara perempuan bagi ibu. Beliau berkata: Ya. Nabi Bersabda: Maka berbaktilah kepadanya.

(Sunan At-Tirmiziy)

4) Daripada Wahb ibn Munabbih: Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada Nabi Musa AS: “Wahai Musa! Muliakanlah ibubapamu. Sesungguhnya siapa yang memuliakan ibubapanya, Aku panjangkan umurnya, akan dikurniakan kepadanya anak yang kelak akan memuliakannya. Sesiapa yang menderhakai ibubapanya maka Aku pendekkan umurnya dan kelak Aku kurniakan anak yang menderhakainya.

Dalam dokumen Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim (Halaman 100-106)