KANDUNGAN
Kalam Presiden iv
Tirai Bicara Penyusun v
Kata Pengantar vii
BAHAGIAN PERTAMA
Siapakah sebenarnya Luqman Al Hakim 1
Pengenalan Luqman Al Hakim 1
Adakah Luqman Seorang Nabi Atau AL Hakim 3 Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Al Hakim Di Dalam Al Quran 4
Antara Hikmah Terawal Luqman 4
BAHAGIAN KEDUA
Pengenalan Hikmah dan Kepentingannya 6
Pelbagai pengertian Hikmah 6
Penjelasan Al Quran tentang hakikat Hikmah 9 Kalimah Hikmah yang khusus kepada para Anbia’ 11 Kalimah hikmah yang tidak khusus kepada para Nabi 12 Bahana dan kesengsaraan hidup tanpa Hikmah 14
Cara-cara memberpolehi Hikmah 17
BAHAGIAN KETIGA
Keunikan Uslub Al Quran dan As Sunnah Dalam Konteks
Dakwah 20
BAHAGIAN KEEMPAT
Huraian Umum Berkaitan Wasiat Luqman 27
•Bersyukurlah kepada Allah 28
•Jangan mensyirikkan Allah 29
•Berhemah tinggi terhadap Ibu dan Bapa 32
•Menjejaki perjuangan para Salafussaleh 34
•Zahir dan batin di dalam genggaman Allah 36
•Tunaikanlah Solat dan berdakwahlah 37
▸ Baca selengkapnya: peristiwa novel di sebalik dinara yang menyentuh perasaan
(2)BAHAGIAN KELIMA
Huraian Terperinci Topik-topik Penting Dalam Wasiat
Luqman Al Hakim 42
AQIDAH
Bahaya Syirik dan Pendedahan Al Quran berkaitan ahli syirik.
Tegahan mensyirikkan Allah 43
Pendedahan Al Quran tentang ahli syirik 45
Bentuk-bentuk syirik 52
Martabat syirik 53
Kalimah Tauhid 58
Tuntutan kalimah “LailahaIllallah” 61
PengertIan dan Cara-cara Bersyukur
Definisi Syukur 67
Cara bersyukur kepada Allah SWT 67 Cara bersyukur kepada manusia 73
Kesempurnaan Aqidah di Dalam Wasiat Luqman 75
Bentuk-bentuk kecintaan terhadap Allah 78 Sifat-sifat yang disukai Allah 79
Sifat-sifat yang dibenci Allah 85 IBADAH
Falsafah Solat dan Kepentingannya 89
Kepentingan menunaikan solat 89 Faedah-faedah menunaikan solat 96 KEMURNIAN AKHLAK
Berbakti Kepada Ibubapa dan Persoalan Yang Berkaitan Dengannya
Pengertian akhlak 98
Kepentingan berbakti kepada Ibubapa 100 Pelbagai cara berbakti kepada dua Ibubapa 103 Beberapa persoalan berkaitan berjasa kepada Ibubapa
•Nafkah 104
•Berbakti terhadap mereka selepas mereka meninggal
dunia 106
•Ibubapa yang tidak beragama Islam 108
•Ganjaran berbuat baik kepada Ibubapa 109
Tegahan menderhaka kepada Ibubapa 110 Ketulusan pengorbanan Ibubapa 111 DAKWAH
Cabaran Dakwah Dan Ciri-Ciri Pendakwah 113
Sabar menghadapi dugaan 113
Amar ma’ruf dan nahi mungkar 117 •Dakwah yang berhikmah 120
•Tahap-tahap dalam mencegah kemungkaran 121
•Hukum-hukum berkaitan menegah kemungkaran 123
•Doktor yang sakit merawat pesakit?? 124
•Kedudukan mereka yang bersikap berkecuali 125
Tawadhu’ dan merendah diri 127 •Bolehkah kita mengesan virus takabbur 130
BAHAGIAN KEENAM
Pengajaran Dari Wasiat Luqman 133
Pengajaran umum wasiat Luqman 133 Pengajran khusus wasiat Luqman 138
BAHAGIAN KETUJUH
Wasiat Yang Terdapat Nas Yang Jelas Di Dalam Al Quran 140 Wasiat yang Tidak Termaktub Di Dalam Al Quran 142
BAHAGIAN KELAPAN
Penutup 153
Rumusana penting berkaitan aspek-aspek utama Hikmah 153 Hubungkait antara kemunian akhlak dan kemurahan
rezeki 155
BIBLIOGRAFI
161KALAM PRESIDEN
Assalamualaikum wrt. wbt.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmatNya yang tiada batasan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta para penerus perjuangan baginda dalam membawa risalah Islam hingga ke hari kiamat.
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang menekankan betapa pentingnya pembacaan dan penulisan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu sepatutnya sama-sama kita hayati dan dijelmakan melalui tindakan dan kesungguhan kita menghidupkan budaya membaca dan menulis.
Kedua-dua aspek ini (pembacaan dan penulisan) adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Masyarakat amat berhajat kepada bahan-bahan bacaan yang bermanfaat sebagai rujukan ilmu dan pedoman dalam mencapai ketamadunan mental dan material. Ini kerana, kedua-duanya adalah antara wasilah yang paling ampuh dalam membentuk dan mencetak pemikiran masyarakat.
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita selaku para da’ie yang terpikul di atas pundak kita amanah untuk menyampaikan risalah Islam, menggiatkan dengan serancak mungkin bidang penulisan dan penterjemahan dalam rangka membentuk masyarakat dengan acuan Islam. Dalam masa yang sama menangkis serangan pemikiran yang dilakukan oleh penulis-penulis barat yang bermatlamat memesongkan umat Islam daripada agama mereka.
Semoga usaha ini menjadi agenda utama kita sepanjang permukiman kita di gedung ilmu ini sebagai satu hasil yang amat berharga untuk dibawa balik apabila kembali ke tanahair bagi menyalurkan ilmu yang kita perolehi kepada masyarakat dan mudah-mudahan ia dikira sebagai satu amalan soleh sebagai bekalan kita ke akhirat nanti.
Wassalam.
Haji Mohd Sabirin Hj Noordin Presiden PMRAM 1999.
ميحرلا نمحرلا هللا مسب
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke
hadhrat Ilahi, Tuhan semesta alam. Selawat
dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda,
para sahabat, tabi’ at-tabi’in dan seluruh kaum
muslimin se-hinggalah ke hari kiamat.
Terlalu berat rasanya hati, untuk menyusun buku berkaitan dengan wasiat Luqman Al-Hakim ini, yang digali dari Al-Quran dan As-Sunnah, kitab-kitab tafsir, di samping berpandukan kitab-kitab berbahasa Arab yang lain, dalam menghuraikan maksud tersirat di sebalik wasiat tersebut. Manusia yang lemah ini tidak akan mampu menghurai dan menggarap segala hakikat sekalipun dikerah segala tenaga dan diperah segala keringat. Namun mengenangkan menyampai dan menyebarkan ilmu sebagai satu kewajiban digagahi jua diri yang dhaif ini. Inilah satu persimpangan yang amat sukar untuk dilalui. Bila mengingatkan masyarakat kita yang terlalu dahagakan petunjuk Ilahi dan santapan jiwa untuk menerangi kehidupan mereka, usaha yang tak seberapa ini diteruskan jua.
Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim. Apakah ke-muliaan dan keistimewaan yang ada padanya sehingga mendapat penghormatan nama beliau diabadikan di dalam Al-Quran dan terdapatnya satu surah khusus yang dinamakan “surah Luqman”. Kemuliaan yang paling agung ini juga dapat kita saksikan sendiri apabila Allah ‘Azza Wa Jalla memperincikan wasiat beliau kepada anaknya. Wasiat inilah yang menjadi pedoman dan panduan kita dalam melayari bahtera hidup ini: tanpa mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, mendirikan sembahyang, berbakti kepada kedua ibubapa, berakhak mulia, menyeru kebaikan dan menegah kemung-karan, bersabar dalam menempuh sebarang cabaran dan tidak berlaku angkuh dan sombong. Inilah dia kandungan wasiat Luqman kepada anaknya.
Al-Quran adalah perlembagaan suci yang mampu membimbing manusia ke jalan yang lurus serta menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat. Setiap topik dan persoalan yang dipaparkan dalam Al-Quran mengandungi mesej penting dan penuh bermakna, yang perlu dihayati dan dipraktikkan bersama. Allah ‘Azza Wa Jalla tidak membiarkan hambanya terkapai-kapai menentukan jalan hidupnya sendiri untuk mencari kebahgiaan abadi sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Mengasihi hambanya dan Allah ‘Azza Wa Jalla menyediakan jalan jalan untuk menuju kebahagiaan tersebut. Inilah antara yang terkandung di dalam wasiat ini. Wasiat Luqman ini juga memaparkan kaedah pendidikan dan tarbiah yang paling unggul bagi sesiapa yang gigih mengkaji dan mengambil pengajaran daripadanya.
Inilah antara intipati yang cuba kami ketengahkan sekadar daya upaya yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Buku ini memaparkan persoalan akidah dan syirik dengan panjang lebar, sesuai dengan kedudukannya sebagai wasiat yang paling penting dan utama serta yang terawal diungkapkan oleh Luqman kepada anaknya. Hilanglah nilai dan harga diri kalau hidup tanpa aqidah, ibarat bangkai bernyawa.
Mudah-mudahan santapan rohani yang disajikan ini men-datangkan manfaat kepada penyusun sendiri dan kepada sidang pembaca sekelian. Sebelum mengakhiri kata-kata ini setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Fauzi yang sudi menghulurkan kata-kata pendahuluan, serta sokongan dan galakan padu yang diberikan kepada kami dalam usaha menyiapkan buku ini. Sebarang kesilapan atau kesalahan yang tidak tidak disedari dan tidak terjangkau oleh penyusun amat dikesali.
Buat akhirnya, segala teguran dan saranan yang berguna dari kalangan cerdik pandai dan golongan intelektual adalah dialu-alukan, agar segala kesilapan dan sebarang kekaburan dapat diperjelas dan diperbetulkan. Seterusnya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah ‘Azza Wa Jalla untuk kejayaan hidup kita di dunia dan ahirat.
Salam Hormat Daripada Penyusun:
Ahmad Hasan B Mohd Nazam,([email protected]) Fakulti Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.
Mohd Nizam B Mohd Ali Al-Jempoli,([email protected]) Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Alamat;
9, Al-Baramika Streets, 7th District, Nasr City,
Cairo, EGYPT 16 April 1999.
KATA PENGANTAR
Segala puji bagi Allah ‘Azza Wa Jalla tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga dan kepada kaum Muslimin.
Setiap agama yang muncul adalah untuk mengembalikan manusia keharibaan Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Kuasa dan juga kepada sistem Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Esa. Rasul-Rasul diutus untuk mempraktikkan
sistem hidup yang mempunyai perbezaan dan perincian pada syariatnya, tetapi ia tegak atas satu konsep yang sama dan menuju ke tujuan yang utama dan sama yaitu memimpin dan menyelamatkan manusia dari menghambakan diri sesama manusia kepada meng-hambakan diri kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Mengembalikan sifat rububiyyah dan uluhiyyah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla Yang Maha Berkuasa.
Al-Quran menjelaskan hakikat ini semua, menghuraikan hakikat sistem hidup yang tunggal, yang dapat menyampaikan manusia kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Syariat Islam yang Maha Adil ini telah ditentukan untuk menjadi hukum dan sistem kehidupan, Nabi Muhammad yang datang membawa Agama Islam tidak menghapuskan syariat syariat samawi yang benar yang telah ada sebelumnya bahkan ia mengakui kebe-naran syariat itu dan mengaplikasikan serta melindungi keutuhannya. Dialah yang bertanggungjawab mengatur sistem hidup manusia, menyelamatkan mereka dari alam jahiliyyah kepada alam rabbaniyyah dan menyerahkan kehidupan mereka kepada syariat Allah ‘Azza Wa Jalla sesuai dengan hari nurani mereka yang taqwa kepada Allah ‘Azza Wa Jalla
Kisah nabi Syuaib yang terkandung di dalam Al-Quran mengenai kaumnya yang tinggal di Madyan menjelaskan tentang syariat hidup yang praktis dan penentangan orang orang Madyan terhadap seruannya, kerana mereka tidak mengetahui hakikat agama iaitu agama yang menjadi sistem kehidupan bukan sekadar untuk mententeram kan hati nurani sahaja dan bukan sekadar ibadah ritual di tempat tempat ibadah.
Agama Islam yang mencakupi segala sistem hidup yang unik ini tidak memberi sebarang makna jika di ketepikan dari sistem hidup yang realiti. Sistem hidup manusia yang asasi haruslah berlandaskan method konsep kepercayaan yang menafsirkan hakikat alam dan hubungan alam dengan penciptaannya dan kedudukan manusia di alam. Hubungan ini semua mencakupi hubungan dengan manusia, hubungan antara manusia dengan alam sekitar, hubungan manusia dengan segala makhluk yang hidup dan hubungan manusia dengan manusia yang diredhoi Allah ‘Azza Wa Jalla.
Agama Islam bertujuan untuk membebaskan manusia dari cengkaman jahiliyyah dan segala sistem sistem yang ber-tentangan dengannya dan meningkatkan taraf kemanusiaan ke alam rabbaniyyah. Inilah antara intipati sebenar yang terkandung di dalam wasiat Luqman yang berkaitan tegahan daripada mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, kerana mendewa-dewakan segala sistem hidup yang bukan datang dari Allah ‘Azza Wa Jalla dan menyerahkan pengabdian kepada yang selain darinya adalah antara bentuk syirik amat keji dan terkutuk. Pengabdian manusia kepada Allah ‘Azza Wa Jalla secara tulus dan menyerahkan segala jiwa raga ke pangkuannya Ilahi adalah bentuk kesyukuran yang paling syumul sepertimana yang terkandung di dalam wasiat Luqman ini.
Buku yang berada di tangan pembaca ini, menghimpunkan segala wasiat Luqman Al-Hakim yang mencakupi segenap aspek yang amat luas.
Semuanya dihuraikan berpandukan pandangan ulamak-ulamak agung. Mudahan-mudahan ia mendatang manfaat yang berguna kepada kita semua. Wassalam
Dr Fauzi Bin Ahmad.
Bekas Pensyarah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (KUSZA)
Pensyarah UIAM,
PhD. Kesusasteraan (Bhgn Bahasa Arab).
Universiti Assiout, Mesir & Oxford Academy, England
BAHAGIAN PERTAMA
SIAPAKAH SEBENARNYA
LUQMAN AL–HAKIM
Pengenalan Luqman Al-Hakim
Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim…? Al-Quranul Karim tidak menjelaskan tentang biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang begitu murni dan amat bernilai. Seandainya biodata Luqman merupakan suatu perkara yang penting, sudah tentu ia dipaparkan dalam Al-Quran. Meskipun demikian, tidak menjadi satu kesalahan, jika dihimpunkan segala perbicaraan ulama mufassirin tentang topik ini.
Berdasarkan riwayat-riwayat yang ma`thur Luqman berasal dari Nobiy yang terletak di Sudan, bahagian selatan Mesir. Beliau adalah seorang yang rendah, berkaki lebar dan terdapat pecah-pecahan yang berbelah, berbibir tebal, hidungnya pesek dan berkulit hitam. Ulama’ berselisih pendapat sama ada beliau seorang pengembala, tukang kayu, tukang jahit atau pengutip kayu api. Ar-Ruba’i menjelaskan: Luqman adalah seorang hamba dan beliau telah dibeli oleh seorang lelaki dari Bani Israel dengan harga 30 dinar setengah.
Ulama’ juga berselisih pendapat sama ada Luqman seorang hamba ataupun tidak. Luqman pernah bertemu dengan Nabi Daud AS dan beliau juga merupakan seorang qodhi yang mengeluarkan fatwa kepada Bani Israeil. Bilamana diutuskan Nabi Daud, Luqman tidak lagi mengeluarkan fatwanya. Apabila ditanya kenapa beliau bersikap sedemikian, beliau menjawab:
تيفك اذإ يفتكأ لأ
Maksudnya: Tidaklah aku perlu mencukupkanmu, se-dangkan engkau telah dicukupkan.
(Bahr Al Muhid–Abu Haiyan)
Dalam tafsir Al-Muntakhab ada disebut bahawa terdapat nya dua orang Luqman iaitu:
1) Luqman bin ‘Ad (sepertimana kenyataan Ibnu Ha-jar dalam Fathul Bariy) seorang yang popular dan terkenal. Kisah teladannya banyak terdapat dalam buku-buku sastera.
2) Luqman Hakim sepertimana yang diabadi kan dalam Al-Quran.
(Cetakan Majlis Al A`la Li As Syuun Al Islamiyyah: 213)
Ada riwayat yang mengatakan bahawa anak Luqman Al-Hakim tidak memeluk agama Islam, justeru itu Baginda menyeru anaknya supaya mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla tidak mensyirikkan-Nya. Luqman terus memberi nasihat se hinggalah anaknya memeluk agama Islam. Demikian juga halnya dengan isteri Luqman.
Menurut Ibn Abi Dunya: Luqman berterusan memberi nasihat kepada anaknya sehingga anaknya menghembus nafas nya yang terakhir.
Ada juga riwayat yang mengatakan: Anak Luqman telahpun memeluk Islam, tegahan syirik dalam wasiat sebagai ingatan dan berwaspada kerana kemungkinan ia akan berlaku di kemudian hari.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 7: ms 128)
Ibn Hisham menyebut: Suwaid bin As Shomit tiba di Mekah dan membawa “Manuskrip yang mengandungi hikmah Luqman”, ia menunjukkannya kepada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW pun bersabda:
ي
ّ لع هللا هلزنأ نآرق لضفأ يعم يذلاو نسح ملكلا اذه نإ
ملسلل هاعدو ،رونو ىده وه
Maksudnya: Ini adalah ungkapan yang menarik, tetapi apa yang ada padaku adalah lebih baik, iaitu Al-Quran yang diturunkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepadaku. Ia adalah petunjuk dan nur. Lalu Baginda menyerunya kepada agama Islam.
Diriwayatkan bahawa seorang yang berkulit hitam telah
datang kepada Saeid Ibn Musaiyab dan bertanya kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Janganlah bersedih lantaran kulitmu berwarna hitam. Sesungguhnya terdapat tiga orang (berkulit hitam) berada dalam golongan manusia yang terbaik iaitu: Bilal, Muhajji’ hamba kepada Umar Ibn Al-Khattab dan Luqman Al-Hakim.
(Tafsir Al Tobariy: jil 20: ms 26)
Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim (seorang
yang bijaksana)
Ibn `Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, maka Allah ‘Azza Wa Jalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata: “Tuhanku! sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya engkau akan memeliharaku.”
Ulama’ telah bersepakat mengatakan: Luqman adalah seorang yang bijaksana, bukannya seorang nabi. Hanya Abu Haiyan sahaja yang telah meriwayatkan daripada ‘Akrimah dan ash-Sya‘bi yang mengatakan: Luqman adalah seorang nabi.
Sebahagian ulama’ mengatakan, Luqman telah diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah. Maka beliau memilih hikmah.
Salman Al-Farisiy menjelaskan: Luqman telah memilih ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla daripada yang selainnya, dengan itu beliau menperolehi hikmah.
Ibn Al-Munir Al-Iskandarani dan Ibn Kathir tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Luqman diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 1; hal: 83)
Ibn Katsir berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal
dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari, tidak pernah meludah, tidak berkahak, tidak membuang air besar dan air kecil, tidak pernah mandi, tidak bermasam muka dan tidak ketawa, tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya, pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah.
(Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)
Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama` dan mufassirin mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukan seorang nabi. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyebut nama Luqman di dalam Al-Quran dan mengangkat martabat nya. Terdapat athar-athar yang membidas pendapat ini dengan mengatakan Luqman adalah seorang hamba Habsyi, dengan itu beliau tidak layak menjadi nabi. Sepertimana yang telah diketahui,nabi ialah seorang yang merdeka dari ka langan Bani Adam, menerima wahyu dan membawa syari’at, sama ada diperintahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla agar menyampaikannya kepada seluruh umat manusia ataupun tidak. Ayat Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa Luqman seorang yang bijaksana (Al-hakim), bukannya seorang nabi.
(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al Hakim Fi Al Quran)
Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Di dalam
Al-Quran
Nadhr Ibn Al-Harith telah membelanjakan hartanya kepada perkara-perkara hiburan yang melalaikan. Beliau telah pergi ke Farsi untuk mendapatkan pelbagai kisah-kisah dongeng dan humor. Kemudian ia menemui kaum Quraisy lalu menceritakan hikayat-hikayat tersebut kepada mereka. Beliau berkata: “Sesungguhnya Muhammad menceritakan kepada kamu tentang kaum A’d dan Thamud, dan aku menceritakan kepada kamu tentang Rustum, Isfindiyar dan golongan bangsawan.” Kaum Quraisy menjadi asyik dengan cerita dongeng tersebut sehingga tidak mahu mendengar Al-Quran.
(Asbab Al Nuzul Al Naisaburiy: 400, Kisah Al Quran: 294)
Antara Hikmah Terawal Yang Diungkapkan Oleh
Luqman.
Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Di bawah ini dipaparkan antara hikmah Luqman yang terawal.
Berkata Ibn Abi Nujaih: Tuan Luqman telah memerintahkannya agar menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya bahagian yang terbaik dan bahagian yang terburuk. Lantas beliau membawa lidah dan
hati kambing. Tuan Luqman bertanya: Apakah ini? Luqman menjawab: Tiada yang lebih baik daripada kedua-dua ini pada haiwan apabila kedua-duanya baik, tiada yang lebih buruk dari kedua-kedua ini pada haiwan apabila kedua-dua ini buruk. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
هناسلو هبلق :هيرغصأب ءرملا
Maksudnya: Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya.
Sebahagian ulama’ mengatakan, hikmah Luqman yang terawal ialah ungkapan: “Duduk yang lama ketika menunaikan hajat besar dan kecil mewarisi buwasir, wap kotor akan naik ke kepala dan merosakkan hati, dengan itu maka duduklah dengan tenang dan bangunlah dengan tenang.”
Ad-Dhohak meriwayatkan daripada Ibn Abbas: Luqman tidak bercakap selama setahun. Kemudian datang kepadanya anak para Nabi dan para hukamak, lantas mereka berkata: “Bercakaplah.” Luqman pun menyahut: “Tiada kebaikan pada pertuturan, melainkan dengan mengingati Allah ‘Azza Wa Jalla, tiada kebaikan pada diam melainkan dengan berfikir tentang pengembalian.”
BAHAGIAN KEDUA
PENGENALAN HIKMAH DAN KEPENTINGANNYA
Pelbagai Pengertian Hikmah
Tersebut di dalam kitab-kitab tertentu yang menerangkan pengertian hikmah secara ringkas iaitu:
Mengetahui hakikat sesuatu.
Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia.
(Lisan Al Arab: Jil 12: ms 14)
Mengawal jiwa dan naluri ketika marah.
Kalam yang dita’birkan berdasarkan pengalaman dan percubaan
yang selari dengan kebenaran.
(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)
Para ulama’ juga memberikan pelbagai tafsiran mengenai pengertian hikmah antaranya:
Al-Imam Al-Qurtubiy menegaskan: Al-Hikmah ialah segala apa yang benar berkaitan dengan i’tiqad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan
.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 5141)
Ibn Abbas menafsirkan: Hikmah sebagai akal, kefahaman. Manakala Mujahid pula berkata: Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.
Hikmah sepertimana yang disebut di dalam tafsir Al-Manar ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah ‘Azza Wa Jalla dan mendalami segala hukum–hakamnya. Mengenali segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hakam tersebut. Bukan setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Kebahagian terhadap individu dan masyarakat pada sudut
material dan spritual. Apabila persoalan ini dapat digarap maka amalan praktikal dapat digerakkan dengan cara yang paling jitu.
Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan hikmah sebagai: “Berakhlak dengan akhlak Allah ‘Azza Wa Jalla.” Maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dengan kadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.
(Al-Aql Wa Al Ilm Fi Al Quran)
Al-Imam Al-Fakhrur Raziy berkata: Ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar daripada dua konsep, iaitu pada teori dan praktikal. Ini kerana, kesempurnaan insan hanya dengan dua perkara:
- Mengenali kebenaran (iaitu beriman dengannya) - Mengetahui kebenaran untuk beramal.
Perkara pertama diasaskan pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian. Manakala perkara kedua diasaskan pada perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju yang tepat.
Al-Imam Al-Fakhrur Raziy telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan dengan hikmah pada sudut teori dan praktikal sepertimana berikut:
Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengisahkan tentang Nabi Ibrahim AS berkaitan hikmah pada sudut teori dan praktikal dalam firman-Nya:
...امكح يل به بر
Maksudnya: Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama
.
(As Syuara`: 83)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori manakala sambungannya dibawah menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
نيحلاصلاب ينقحلأو...
Maksudnya: Dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih
.
(As-Syuara`: 83)
2. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyeru Nabi Musa AS dalam firman-Nya:
...انأ لإ هلإ ل هللا انأ يننإ
Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah ‘Azza Wa Jalla; tiada Tuhan melainkan Aku.
(
Toha: 14)Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat seperti yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:
Maksudnya: Oleh itu, sembahlah akan Daku.
(Toha: 14)
3. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang Nabi Isa AS dalam firman-Nya:
… ايبن ينلعجو باتكلا يناتآ هللا دبع ينإ
Maksudnya: Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah ‘Azza Wa Jalla; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Maryam: 30)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:
ايح تمد ام ةاكزلاو ةلصلاب يناصوأو...
Maksudnya: Dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup
.
(Maryam: 31)
4. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada Nabi Muhammad SAW:
...هللا لإ هلإ ل هنأ ملعاف
Maksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Muhammad: 19)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
كبنذل رفغتساو...
Maksudnya: Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan.
(Muhammad: 19)
5. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada sekelian para anbiya’:
نأ هدابع نم ءاشي نم ىلع هرمأ نم حورلاب ةكئلملا لزني
..انا لإ هلإ ل هنأ اورذنأ
Maksudnya: Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kepada (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-Rasul: Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku.
(An-Nahl: 2)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungannya pada ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
نوقتاف....
Maksudnya :Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaKu.
(An-Nahl: 2) ( Tafsir Al-Raziy: Jil 7; ms 72)
Penjelasan Al-Quran Tentang Hakikat Hikmah
Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah secara terperinci di dalam surah Al-Isra’ Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
ةمكحلا نم كيلإ ىحوأ امم كلذ
Maksudnya: Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.
(Al-Isra’: 39)
Bermula dari ayat 32, sebelum ayat di atas, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang hakikat hikmah sepertimana berikut:
Mentauhidkan dan mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla dalam melakukan ibadat tanpa menyekutukan-Nya dengan suatu yang lain dan tidak menggunakan sebarang perantaraan.
Melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa dan tidak menyakiti hati mereka bahkan memuliakan mereka.
Meyakini bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala yang tersembunyi di hati dan ia akan dihisab. Jika terdapat sebarang kesalahan diri ia tetap akan diampun.
Menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan baik. Meng-hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak berbelanja sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan maslahah dan keperluan. Tidak melakukan pembaziran kerana ia adalah sifat mereka yang tergolong dalam kerabat syaitan. Syaitan berbisik di hati manusia agar melakukan fasad (kerosakan) dan berbelanja pada perkara kebatilan. Mengungkapkan pertuturan yang baik dan indah walaupun ketika kekurangan harta, di samping meletakkan harapan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla agar dibuka jalan rezeki.
Tidak membelenggu tangan lantaran enggan mengorbankan harta pada perkara yang murni. Dan tidak membelanjakannya secara berlebih-lebihan sehingga mengundang penyesalan di kemudian hari. Mengimani bahawa Allah ‘Azza Wa berupaya meluaskan dan menyempitkan rezeki sesiapa sahaja yang Ia kehendaki di kalangan hamba-Nya, berdasarkan sebab-musabab yang tertentu.
Tidak membunuh anak kerana takutkan kemiskinan, sedangkan rezeki adalah dalam jaminan Allah ‘Azza Wa Jalla.
Menghindari perkara-perkara yang mendekati zina dan membasmi faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya penzinaan.
Tidak melakukan pembunuhan melainkan ketika mana diizinkan syarak. Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberikan hak kepada wali untuk menuntut qisos dari pemerintah terhadap pembunuh. Apabila dijatuhkan hukuman bunuh tidak boleh berlebihan dan melampau seperti membunuh orang lain yang tidak terlibat dengan pembunuhan atau membunuh dua orang, sedangkan orang yang dibunuh hanya seorang. Jika orang kedua terlibat jua dalam pembunuhan tersebut ia hanya dikenakan qisos atau diyat.
Membelanjakan harta anak yatim dengan cara yang terbaik agar dapat dikembangkan sehinggalah ia mencapai umur baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Setelah mencecah umur baligh maka diserahkan kembali hartanya untuk diuruskan sendiri. Memelihara segala perjanjian kerana ia akan dihisab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sama ada perjanjian Allah ‘Azza Wa Jalla dengan manusia atau sesama manusia.
Menyempurnakan ukuran timbang. Persoalan yang me-nyentuh harta benda hendaklah dipastikan secara adil. Perlu diraikan hak semua pihak dan lapisan.
Membuat kenyataan dan menentukan pendirian pada suatu perkara, setelah mendapat kepastian dan diyakini kesahihannya.
Tidak bermegah, meninggi diri serta merasakan diri sempurna.
Segala celaan dan tegahan-tegahan yang disebut di atas adalah perkara yang dimurkai oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesiapa yang melanggar batasan tersebut ia tersingkir dari rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla dan tersisih dari keredhoan Allah ‘Azza Wa Jalla.
Kalimah Hikmah Yang Khusus Kepada Para Anbiya’
Kalimah hikmah di dalam Al-Quran sebanyak 20 kali, antara lainnya apa yang dikhususkan kepada para anbiya` dan rasul:
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
1 )
باتك نم مكتيتاء آمل نييبنلا قاثيم هللا ذخأ ذإو
مث ةمكحو
هنرصنتلو هب ننمؤتل مكعم امل قدصم لوسر مكءاج
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Allah ‘Azza Wa Jalla mengambil perjanjian setia dari Nabi-Nabi (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu,
hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya.
(Ali Imran: 8)
2)
اكلم مهانيتاءو ةمكحلاو باتكلا ميهاربإ لآ انيتآ دقف
اميظع
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah pun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
(An-Nisa`: 54)
3)
ليجنلاو ةاروتلاو ةمكحلاو باتكلا هملعيو
Maksudnya: Dan Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil.(Ali Imran: 48)
4)
اولتي مهنم لوسر نييملا يف ثعب يذلا وه
هتاياء مهيلع
يفل لبق نم اوناك نإو ةمكحلاو باتكلا مهملعيو مهيكيزيو
نيبم للض
Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla (yang membuktikan keesaan Allah ‘Azza Wa Jalla dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah ‘Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan Hikmah (Pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara'). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Juma`ah: 2)
Kalimah Hikmah Yang Tidak Khusus Kepada Para
Anbiya
`
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
1)
يتوأ دقف ةمكحلا تؤي نمو ءآشي نم ةمكحلا يتؤي
اريثك اريخ
Maksudnya: Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.
2)
هلل ركشا نأ ةمكحلا نامقل انيتآ دقلو
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla (akan segala nikmat-Nya kepadamu)
3)
ةمكحلاو هللا تاياء نم نكتويب ىف ىلتي ام نركذاو
Maksudnya: Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan hikmat pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah)
(Ahzab: 34)
4)
ةنسحلا ةظعوملاو ةمكحلاب كبر ليبس ىلإ عدأ
نسحأ ىه يتلاب مهلداجو
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik
.
(An-Nahl: 125)
Setelah kita meneliti segala ayat-ayat yang tersebut di atas, secara keseluruhan kita dapat rumuskan pengertian hikmah seperti berikut:
Wahyu yang diturunkan kepada para Anbiya’ Kata-kata yang yang
diceduk daripada alim ulama’ dan menjadi pengajaran untuk manusia
(Al-Bahrul Muhidh: jil 7; hal 186)
Sunnah an-Nabawiah, kerana segala yang dibaca di rumah para isteri
nabi adalah As-Sunnah kecuali Al-Quran. Disebut di dalam hadis.
قحلا هلثمو باتكلا تيتوأ ينإ لأ
Maksudnya: Tidakkah didatangkan kepada aku Kitab (Al Quran) dan seumpama dengannya (Sunnah) adalah benar.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi) (Al-Wasoya Al-Kubra Ibn Taimiyyah : 6)
Hassan Ibn ‘Atiyyah berkata: Jibril AS turun kepada Nabi SAW dengan sunnah sepertimana dia turun bersama Al-Quran dan m e n g a j a r k a n n y a . Imam asy-Syafi’e menyebut bahawa As-Sunnah adalah hikmah sepertimana yang dimaksudkan oleh gurunya Imam Malik bin Anas.
Hakikat hikmah dan ilmu ialah beramal, beribadah dan bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah dengan kesyukuran. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Luqman: 12)
Al-Imam ar-Raziy menegaskan: “Setiap orang yang mendapat taufiq untuk beramal maka dia telah mendapat kebaikan melimpah luah dan itulah yang dimaksudkan dengan hikmah”. Hikmah juga berperanan untuk membezakan antara ilham rabbani dan bisikan syaitan.
(Mawai`z Luqman Fi Al Quran)
Bahana Dan Kesengsaran Hidup Tanpa Hikmah
Hikmah boleh menjadi hiasan diri kepada sesiapa yang benar-benar memilikinya. Ia hanya dapat diperolehi daripada Al-Quran dan As-Sunnah, bagi mereka yang gigih mengkaji dan menimba khazanah ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut. Segala keterangan telahpun nyata dan terbukti kebenarannya. Jelas terbentang di hadapan mata, sekiranya mereka benar-benar inginkan hikmah, tetapi malangnya, masih ramai manusia yang gagal memperolehi kebenaran ini.
Dewasa ini, pelbagai ideologi dan fahaman yang langsung tidak bersangkut-paut dengan Islam semakin merebak ke negara-negara Islam dan menyerap ke dalam jiwa-jiwa umat Islam, sama ada disedari ataupun tidak disedari. Sebenarnya mereka telah terpedaya ekoran terlalu menurut kelazatan dunia dan nafsu. Inilah antara punca yang menyebabkan kehidupan manusia tidak terarah.
Keadaan yang seumpama ini amat dicela oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Kecenderungan kepada dunia dan nafsu secara berlebih-lebihan telah menyebabkan ramai manusia menolak pelbagai keterangan dan hujjah kebenaran. Maka tercetuslah seribu satu macam kepincangan di dalam masyarakat kita hari ini.
Akibatnya, ramai manusia tergelincir dari landasan sebenar dan mencetuskan pertelingkahan serta perpecahan yang merugikan umat Islam. Orang-orang yang seumpama ini sememangnya tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya lebih mengutamakan pendapat dan pandangan mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka mampu mengangkat martabat umat, bangsa dan negara tetapi mereka mengenepikan pusaka abadi warisan Rasulullah SAW. Kononnya mereka mempunyai prinsip tersendiri tetapi ternyata itu semua adalah dusta sama sekali.
Inilah antara fenomena kehidupan mereka yang membelakangkan Al-Quran dan mencemari kejernihan hikmah. Mereka sentiasa dirundung duka, tidak tenteram dan dihantui dengan pelbagai permasalahan yang mencengkam kehidupan mereka.
Inilah antara hakikat yang digambarkan oleh firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
هاوه عبتاو ضرلا ىلإ دلخأ هنك لو اهب هانعفرل انئش ولو
كلذ ثهلي هكرتت وأ ثهلي هيلع لمحت نإ بلكلا لثمك هلثمف
مهلعل صصقلا صصقاف انتايآب اوبذك نيذلا موقلا لثم
اوناك مهسفنأو انتايآب اوبذك نيذلا موقلا لثم ءآس نوركفتي
نوملظي
Maksudnya: Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiar kannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
(Al-A'raf: 176)
Sesungguhnya ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla mampu mengangkat martabat manusia, sekiranya mereka mendapat taufiq untuk beramal dengannya. Malangnya, mereka tidak mendapat taufiq, lantaran kecenderungan kepada dunia, terlalu mementingkan keduniaan, terpedaya dengan kelazatan dunia, mengikut hawa nafsu, tidak memikirkan tentang nikmat di hari akhirat, enggan mematuhi perintah Allah ‘Azza Wa Jalla, dan tidak menghormati nikmat-Nya, iaitu meng-gunakannya pada jalan yang tidak diredhoi Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Tafsir Al-Munir: jil 9; hal 167)
Susur-galur kehidupan yang tidak terpimpin dan tersasar menjadikan mereka lemah dan hina dalam menjalani program kehidupan. Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengumpamakan mereka ini seperti anjing yang sentiasa termengah-mengah. Mereka beraksi di atas pentas dunia ini dalam keadaan yang tidak tenteram dan ceria sehingga menyebabkan mereka tidak berupaya untuk bekerja secara aktif dan dinamis.
Demikianlah perumpamaan bagi mereka yang tidak mengambil manfaat daripada nasihat dan petunjuk Ilahi. Tidak kira sama ada telah diberi peringatan kepada mereka atau tidak, sama ada diberi tunjuk ajar atau pun tidak, mereka tetap berada dalam keadaan yang tidak bahagia.
Fenomena ini menjadi lebih kritikal dan kronik apabila mereka menganggap kecelakaan dan kesengsaraan yang menimpa mereka adalah berpunca daripada risalah dakwah yang di bawa oleh para daei`. Mereka menuduh orang yang inginkan reformasi dan memulihkan sistem kehidupan sebagai primitif atau sebagainya. Mereka lupa, hakikatnya segala masalah yang berlaku adalah berpunca daripada keengganan mereka sendiri untuk mengikut hidayah Allah ‘Azza Wa Jalla.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
مكنسميلو مكنمجرنل اوهتنت مل نئل مكب انريطت انإ اولاق
متنأ لب متركذ نإأ مكعم مكرئاط اولاق ميلأ باذع انم
.نوفرسم موق
Maksudnya
:
Penduduk sebuah bandar berkata: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya Rasul-Rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau.”(Yasin: 18,19)
Risalah kebenaran diteruskan walaupun terpaksa melalui onak dan duri. Golongan yang tidak nampak kebenaran berada dalam kekaburan dan terkapai-kapai tidak ketahuan arah. Mereka tidak mampu berhujjah dengan para daei` yang membawa kebenaran dan hikmah, lalu mereka mengancam dengan kekasaran dan kekerasan.
(Tafsir Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2962)
Disenaraikan sebab-sebab yang menghalang seseorang daripada menerima dan beramal dengan kebenaran
iaitu:-Kurang mengenali kebenaran.
Tiada kelayakan. Berkemungkinan seseorang itu telah mengenali kebenaran tetapi terhalang kerana hatinya yang kotor. Ia dituntut agar membersihkan hati dan menyucikan jiwanya.
Wujudnya halangan iaitu sifat dengki dan takabbur. Iblis, Yahudi, Abdullah bin Ubai, Abu Jahal dan seluruh orang musyrikin mengenali kebenaran tetapi terhalang oleh sifat dengki dan rasa takabbur untuk beriman dengan kebenaran.
Tamak kuasa. Inilah penyakit yang dialami oleh Firaun dan kaumnya.
Pengaruh syahwat dan harta. Inilah antara faktor kaum kuffar Quraisy tidak beriman.
Pengaruh kekeluargaan. Takut disisih oleh keluarga.
Kecederungan hati kepada tanah air. Kemungkinan jika mereka mengikut kebenaran ia akan dibuang negeri.
Dongengan yang mengatakan bahawa mengikut kebenaran merupakan celaan terhadap keturunan mereka yang silam. Perkara inilah yang menyebabkan Abu Talib dan kuncu-kuncunya tidak mahu beriman.
Kebencian terhadap mereka yang terdahulu dalam mengikut kebenaran. Keinginan untuk melawan dan memerangi orang yang mengikut jalan hidayat menyebabkan ia menolak dan mengingkari segala kebenaran. Ia ingin bermusuhan dengan mereka yang mendapat petunjuk sekalipun belum pernah tercetus di kalangan mereka api permusuhan. Perkara inilah yang berlaku di kalangan Yahudi dan kaum Al-Ansor. Yahudi memerangi kaum Ansor selepas mereka beriman sekalipun sebelum itu mereka bersatu.
Tradisi, adat dan pengaruh persekitaran. Apabila seseorang itu telah terbiasa atau terdidik dalam suatu keadaan adalah menjadi suatu kepayahan kepada dirinya untuk mengubah tabiat tersebut, walaupun ia telah mengetahui bahawa perkara itu tidak betul.
(Miftah Dar Al-Sa`adah: jil 1; hal 199-120)
Cara-Cara Memperolehi Hikmah
Terdapat pelbagai cara untuk mencorakkan kehidupan dengan hikmah dan semua orang boleh mendapatkannya.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
اريخ يتوأ دقف ةمكحلا تؤي نمو ءاشي نم ةمكحلا يتؤي
بابللا اولوأ لإ ركذتي امو اريثك
Maksudnya: Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pangajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah: 269)
Al-Imam Ibn Qoiyim berkata: Apabila hati dihidupkan dengan tazakkur, disuburkan pula dengan tafakkur dan dibersih dari kekotoran, nescaya ia akan dapat melihat perkara-perkara menakjubkan dan diilhamkan hikmah kapadanya.
(Al-Fawaid: 128)
Tazakkur (mengingati) ialah proses mencerna semula perkara yang sudah sedia dimaklumi agar ia benar-benar terpahat di hati dan tidak lenyap begitu sahaja. Manakala tafakkur ialah proses untuk membanyakkan pengetahuan dan mendapatkan perkara yang belum diketahui.
(Ihya’ Ulum Al Din: jil 5; ms 7)
Hati terkadang lebih berpaut kepada dunia, wanita, harta dan pelbagai perhiasan hidup. Hati yang lalai dan leka sebegini tidak mungkin akan memperolehi hikmah. Hikmah hanya dapat diperolehi oleh hati yang banyak bertafakkur dengan nama-nama Allah ‘Azza Wa Jalla, sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dan kehebatan benda-benda yang dijadikan Allah ‘Azza Wa Jalla.
Al-Iman Al-Ghazaliy ada menyebut: Ibn A’bbas mengatakan: Tafakkur pada perkara yang baik menyebabkan seorang beramal dengannya. Menyesal di atas perkara kejahatan menyebabkan seseorang itu meninggalkannya.
Diriwayatkan bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman dalam sebahagian kitab-kitab-Nya: “Tidaklah Aku menerima semua percakapan seorang yang berhikmah, tetapi Aku melihat terlebih dahulu kepada keinginan dan kecenderungannya. Sekiranya keinginan dan kecen derungannya kepada-Ku, nescaya Aku jadikan keiginannya sebagai tafakkur dan percakapannya sebagai puji-pujian kepada-Ku, sekalipun ia tidak bertutur.”
Al-Hassan berkata: Sesungguhnya ahli bijaksana sentiasa menyilih-gantikan antara zikir dan berfikir, sehingga hati mereka menjadi subur, lantas mereka dapat bercakap dengan perkara yang berhikmah.
(Ihya’ Ulum Al-Din: jil 5; ms 6)
Kita sepatutnya berlumba-lumba memburu hikmah tersebut dengan melaksanakan kebenaran serta beramal dengannya, untuk memperolehi hikmah sepertimana yang dilukiskan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla di dalam kitab sucinya. Sesungguhnya terdapat tiga golongan manusia sepertimana firman Allah ‘Azza Wa
Jalla:-ملاظ مهنمف اندابع نم انيفطصا نيذلا باتكلا انثروأ مث
كلذ هللا نذإب تاريخلاب قباس مهنمو دصتقم مهنمو هسفنل
ريبكلا لضفلا وه
Maksudnya: Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah ‘Azza Wa Jalla. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah ‘Azza Wa Jalla semata-mata).
(Fathir: 32)
Zalim terhadap diri sendiri: Melampaui batas dengan cuai dan leka dalam melakukan kewajipan di samping melakukan perkara yang diharamkan.
Sederhana (muqtasid): Kejahatan dan kebaikan yang sama banyak. Melakukan kewajipan dan meninggalkan perkara yang diharamkan, tetapi di waktu yang sama ia meninggalkan beberapa perkara sunat di samping melakukan perkara yang dimakruhkan.
Mendahului orang lain: Banyak berbuat kebaikan dan perkara sunat, meninggalkan perkara yang haram dan makruh serta perkara yang diharuskan. Golongan ketiga inilah yang terbaik
(Tafsir Al-Munir: jil 22; hal 266, Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2984).
BAHAGIAN TIGA
KEUNIKAN USLUB AL-QURAN DAN
AS-SUNNAH DALAM KONTEKS DAKWAH
Wasiat Luqman dianggap sebagai role model yang paling ideal dalam uslub dakwah. Kaum muslimin sekiranya benar-benar mempercayai bahawa Al-Quran adalah kitab suci yang agung, diturunkan untuk memberi petunjuk, memancarkan Nur Ilahi ke dalam jiwa dan hati sanubari orang mukmin serta sebagai penawar, membenarkan kitab-kitab samawi yang terdahulu dan menjaganya dari diselewengkan, maka mereka akan mendalami kitab ini untuk menambah kefahaman dan ilmu tentang uslub untuk menyeru manusia menuju kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Berikut ini disenaraikan sebahagian daripada uslub dakwah yang digunakan oleh Al-Quran dan sunnah sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.
Menyeru manusia agar mengkaji sejarah kewujudan mereka untuk dijadikan pengajaran. Cuba kita perhatikan bagaimana umat terdahulu yang
pernah menempa sejarah yang gemilang dan ketinggian tamadun yang hebat, malangnya mereka mengingkari seruan para Rasul setelah dibuktikan kebenaran ajaran yang dibawa dengan pelbagai mukjizat yang terang dan nyata. Maka Allah ‘Azza Wa Jalla menghapuskan kaum ini dan diganti dengan kaum yang lain. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
نم نيذلا ةبقاع ناك فيك اورظنيف ضرلا يف اوريسي ملوأ
امم رثكأ اهورمعو ضرلا اوراثأو ةوق مهنم دشأ اوناك مهلبق
مهملظيل هللا ناك امف تانيبلاب مهلسر مهتئاجو اه ورمع
نوملظي مهسفنأ اوناك نكلو
Maksudnya: Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah ‘Azza Wa Jalla tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(Ar-Rum: 9)
Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi:
مهلسر مهتئاجو اوملظ امل مكلبق نم نورقلا انكلهأ دقلو
مث ،نيمرجملا موقلا ىزجن كلاذك اونمؤيل اوناك امو تانيبلاب
نولمعت فيك رظننل مهدعب نم ضرلا يف فئلخ مكانلعج
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mem-binasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) Khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
(Yunus: 13-14)
Menghilangkan kesamaran yang bertakhta di dalam lubuk hati manusia yang mendorong kepada sifat ragu-ragu. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
دبعي ناك امع انودصت نأ نوديرت انلثم رشب لإ متنأ نإ اولاق
لإ نحن نإ مهلسر مهل تلاق ،نيبم ناطلسب انوتأف انؤاباء
امو هدابع نم ءاشي نم يلع نمي هللا نكلو مكلثم رشب
هللا نذإب لإ ناطلسب مكيتأن نأ آنل ناك
Maksudnya: Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka: Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah ‘Azza Wa Jalla melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mujizat) melainkan dengan izin Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Ibrahim: 10-11)
Sebahagian manusia menolak fakta yang mengatakan bahawa para Rasul adalah manusia biasa. Dengan itu, diturunkan ayat Al-Quran untuk memperbetulkan tasawwur sebegini. Sepertimana kata-kata orang Quraisy yang termaktub di dalam Al- Quran. ‘Azza Wa Jalla berfirman:
قاوسلا يف يشميو ماعطلا لكأي لوسرلا اذه لام
Maksudnya: Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?"
(Al-Furqan: 7)
Setelah itu, turun ayat Al-Quran yang
berbunyi:-ماعطلا نولكأيل مهنإ لإ نيلسرملا نم كلبق انلسرأ آمو
قاوسلا يف نوشميو
Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar.
(Al-Furqan: 20)
Menggunakan kaedah “Targhib” (ransangan) dan “Tarhib” (ancaman). Para Rasul yang diutuskan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla menceritakan tentang ganjaran syurga dan nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla yang melimpah-ruah bagi sesiapa yang mengikut jalan kebenaran. Manakala balasan yang amat pedih yang tiada taranya bagi mereka yang ingkar dan kufur dari seruan kebenaran. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
دعب ةجح هللا ىلع سانلل نوكي لئل نيرذنمو نيرشبم لسر
لسرلا
Maksudnya: Rasul-Rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujjah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-Rasul itu.
(An-Nisa`: 165)
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
تانيبلاب مهوءاجف مهموق يلإ لسر كلبق نم انلسرأ دقلو
ناكو اومرجأ يذلا نم انمقتناف
نينمؤملا رصن انيلع اقح
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-Rasul kepada kaum masing-masing,
lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
(Ar-Rum: 47)
Mempelbagaikan uslub dakwah, sama ada dengan cara rahsia atau terang-terangan, secara individu atau berkelompok. Berkaitan dengan dakwah nabi Nuh Allah ‘Azza Wa Jalla telah berfirman:
لإ يءاعد مهدزي ملف اراهنو ليل يموق توعد ينإ بر لاق
ارارف
Maksudnya: (setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa' dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedahpun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)."
(Nuh: 5)
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
ارارسإ مهل تررسأو مهل تنلعأ ينإ مث
Maksudnya: "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang; "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
(Nuh: 9)
Seseorang yang mengkaji sejarah akan mendapati bahawa dakwah berjalan mengikut marhalah yang berperingkat-peringkat:-
Pada peringkat permulaannya, dakwah dijalankan secara individu dan rahsia :
Berdakwah kepada Khadijah, Abu Bakar, Ali dan Zaid. Berdakwah kepada keluarga.
Peringkat ke dua berdakwah secara terang-terangan: Berdakwah kepada masyarakat Arab di ‘Ukaz dan Thaif.
Perjanjian Aqabah dan marhalahnya. Hijrah Rasulullah.
Pertarungan berdarah
Berdakwah keluar semenanjung Arab hingga membawa kepada
kemenangan Islam
Memilih pendakwah benar-benar layak dan berwibawa untuk memberi kefahaman dan tunjuk ajar kepada manusia:
و هيلع هللا يلص يبنلا نأ سابع نبا نع ةعامجلا ىور
لهأ اموق يتأت كنإ :لاق نميلا يلإ اذاعم ثعب امل ملس
هللا لوسر ينأو هللا لإ هلإ ل نأ ةداهش يلإ مهعداف باتك
ضرتفا لجو زع هللا نأ مهملعأف كلذل كوعاطأ مه نإف
ةليلو موي لك يف تاولص سمخ مهيلع
Maksudnya: Jama’ah meriwayatkan daripada Ibn Abbas Sesungguhnya Nabi SAW ketika mengutus Mu’az ke Yaman maka Baginda bersabda: sesungguhnya engkau datang kepada kaum dari kalangan Ahli Kitab; dan serulah mereka kepada syahadah “Lailahaillallah” dan sesungguhnya aku pesuruh Allah ‘Azza Wa Jalla”. Maka sekiranya mereka mentaatimu maka ajarkanlah mereka bahawa sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah memfardukan sembahyang lima kali sehari semalam.
Daripada hadis ini tersirat pengertian yang besar dan begitu bermakna antaranya ialah:
1. Menyatakan bahawa dakwah Islamiyyah yang syumul ini ditujukan kepada seluruh umat manusia jagat raya termasuk Yahudi dan Nasrani.
Pendakwah memulakan nasihat dan tunjuk ajar dengan perkara yang terpenting kemudian diikuti yang kurang penting, berdasarkan tertib awlawiyyat (keutamaan).
2. Mengutarakan contoh-contoh yang lojik dan munasabah ketika berdakwah untuk lebih menjelaskan makna-makna tersirat yang sukar difahami. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
ادغر اهقزر اهيتأي ةنئمطم ةنماء تناك ةيرق لثم هللا برضو
عوجلا سابل هللا اهقاذأف هللا معنأب ترفكف ناكم لك نم
نوعنصي اوناك امب فوخلاو
Maksudnya: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla itu, maka Allah ‘Azza Wa Jalla merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(An-Nahl: 112)
Ibn Kathir menjelaskan, contoh yang yang dimaksudkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla di dalam ayat Al-Quran tersebut adalah ahli Mekah. Negeri ini sangat aman tenteram dan menjadi tumpuan manusia di sekelilingnya tetapi malangnya mereka ingkar dan tidak mahu mengikut dakwah nabi. Setelah itu Nabi Muhammad SAW mendoakan agar bala kemarau tujuh tahun seperti di zaman Nabi Yusof menimpa mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa
memakan Al-`alhaz (sejenis tumbuh-tumbuhan) lantaran kemiskinan dan bumi yang gersang.
(Tafsir Ibn Kathir: jil 4; hal 527)
3. Menunai dan melayan permintaan mereka yang menjadi sasaran dakwah mengikut keperluan semasa dan keutamaan. Apabila Rasulullah diminta memberi nasihat, Baginda menunaikan permintaan mereka dengan
bersabda:-بضغت ل
Maksudnya: “Jangan marah”. Baginda mengulanginya beberapa kali.
(Riwayat Bukhariy daripada Abu Hurairah)
4. Memberi nasihat secara langsung mengikut keperluan dan keadaan semasa. Rasulullah bersabda:
هرادج يف ةبشخ زرغي نأ هراج راج عنمي ل
Maksudnya: Janganlah seseorang menegah jirannya daripada menanam kayu berhampiran dinding rumahnya.
(Muttafaqqun `Alaih Abu Hurairah)
5. Menggunakan teknik soal-jawab ketika menyampaikan dakwah. Kaedah Ini digunakan untuk memperindahkan lagi uslub dakwah dan meransang perasaan ingin tahu di kalangan pendengar serta menjadi daya tarikan. Contohnya sepertimana sabda Rasulullah:
اي نم :ليق "نمؤي ل هللاو ، نمؤي ل هللاو ، نمؤي ل هللاو"
.. هقئاوب هراج نمأي ل يذلا :لاق ؟ هللا لوسر
)
(
Maksudnya: Demi Allah ‘Azza Wa Jalla dia tidak beriman, demi Allah ‘Azza Wa Jalla dia tidak beriman. Kemudian sahabat bertanya: Siapa Wahai Rasulullah? Maka Rasulullah bersabda: Orang yang tidak mententeramkan jirannya disebabkan oleh kejahatannya sendiri.
(Usul Dakwah Abdul Karim Zaidan, Kaifa Nadu` Ila Al Islam – Fathi Yakan)
6. Jalinan hubungan secara individu. Memilih individu tertentu yang dirasakan berpotensi untuk didampingi dan dijadikan sasaran dakwah. Menjadikan diri sendiri sebagai penyebab bagi hidayah kepada mereka.
Contohnya sabda Rasulullah SAW kepada Saidina Ali
RA:-رمح نم كل ريخ ادحاو لجر كب هللا يدهي نل هللاوف
(هيلع قفتم) ..معنلا
Maksudnya
:
Demi Allah ‘‘Azza Wa Jalla sekiranya Allah ‘Azza Wa Jalla memberi hidayat denganmu seorang lelaki adalah lebih baik daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).7. Menggunakan teknik penceritaan dan kisah-kisah. Al-Quran menggunakan teknik ini dengan menyebut hikayat-hikayat yang menarik sama ada secara terperinci atau secara umum. Ini bertujuan untuk menggamit keinginan jiwa agar sama-sama mengkaji dan membuat rumusan. Semuanya menzahirkan keunikan agama Islam. Inilah antara yang terkandung di dalam wasiat Luqman yang murni ini. Dicipta oleh ‘Azza Wa Jalla sebagai cahaya untuk menerangi sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambanya dan inilah topik perbahasan kita yang sebenarnya.
Antara uslub dakwah yang lain lagi ialah melalui khutbah jumaat, khutbah hari raya, nadwah, ceramah, buku-buku, surat khabar, kaset-kaset, siaran radio dan segala apa yang boleh digunakan untuk maslahah dakwah.
(Mawai`z Luqman Fi Al Quran)
BAHAGIAN EMPAT
HURAIAN UMUM BERKAITAN WASIAT LUQMAN
AL – HAKIM
Sebelum dipaparkan beberapa himpunan tafsir yang menarik dan mudah dalam menafsirkan ayat wasiat Luqman, adalah elok sekali kita mengikuti sekilas pandang mutira hikmah yang berharga daripada asy-Syahid Syed Qutb Rahimahullah:
Luqman meneruskan nasihat terhadap anaknya selepas melaksanakan tuntutan menyemai benih aqidah
iaitu:-Beriman kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan tidak menyekutukan-Nya Yakin dengan akhirat tanpa ada sedikit pun perasaan ragu-ragu Keyakinan yang penuh terhadap keadilan pembalasan
Percaya bahawa tiada amalan yang terlepas-pandang walau sekecil mana
sekalipun.
Langkah yang kedua pula ialah, menghadapkan diri kepada Allah ‘Azza Wa Jalla melalui sembahyang dan menghadapkan diri kepada manusia dengan menyeru mereka kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Bersabar di atas segala bebanan dakwah dan kepayahan yang pasti akan dihadapi.
Inilah garis ibadat yang telah dirakamkan oleh Al-Quran: Mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla dan sentiasa takutkan-Nya. Sentiasa melihat apa yang ada di sisi Allah ‘Azza Wa Jalla dan mempercayai tentang keadilan-Nya, di samping takutkan hukuman Allah ‘Azza Wa Jalla. Kemudian beralih pula kepada dakwah terhadap manusia dengan memperbaiki keadaan dan hal ehwal mereka, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebelum bertarung dengan segala kejahatan manusia tersebut kita terlebih dahulu perlulah mempertingkatkan ibadah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan menghadapkan diri kepada-Nya dengan sembahyang dan bersabar terhadap segala malapetaka serta ujian yang bakal menimpa orang yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
Antara cabaran dakwah tersebut ialah, berhadapan dengan manusia yang berjiwa keras dan sesat, hati manusia yang berpaling dari kebenaran dan menyeleweng. Bersabar di atas kesakitan yang menimpa angkara lidah dan tangan mereka yang engkar. Sanggup menghadapi dugaan yang berkaitan dengan kebendaan dan perasaan ketika melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Ini semua adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Segala lorong-lorong keraguan akan lenyap setelah tersematnya keazaman dan perencanaan di dalam lubuk hati.
Selanjutnya wasiat Luqman mengenengahkan tentang adab para da’ei yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Berdakwah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla bukan bermakna membolehkan kita meninggi diri di kalangan manusia dan menghina sesuka-hati dengan alasan ingin memimpin mereka