• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sabar Menghadapi Dugaan

Dalam dokumen Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim (Halaman 108-114)

Allah menggesa para hambanya agar teguh dan menguatkan kesabaran dalam menempuh badai hidup.

Allah ‘Azza Wa Jalla

berfirman:-1)

كباصأ ام يلع ربصاو

Maksudnya: Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.

(Luqman: 18)

Allah ‘Azza Wa Jalla menggesa hambanya bersabar di dalam melakukan amal kebajikan dan juga ketika berada di medan tempur. Allah ‘Azza Wa Jalla juga menginginkan para hambanya meningkatkan kesabaran mengatasi kesabaran musuh. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

هللا اوقتاو اوطبارو اورباصو اوربصا اونمآ نيذلا اهيأ اي

نوحلفت مكلعل

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Ali Imran: 20)

Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan para hambanya bahawa bukan mudah untuk menghuni syurga Allah ‘Azza Wa Jalla yang maha agung selagi mana kita belum diuji dengan kepayahan dan kesukaran dalam perjuangan hidup. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

اودهاج نيذلا هللا ملعي املو ةنجلا اولخدت نأ متبسح مأ

نيرباصلا ملعيو مكنم

Maksudnya: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

(Ali Imran: 142)

Allah ‘Azza Wa Jalla menjanjikan kepada orang yang bersabar dalam menghadapi segala dugaan hidup bahawa mereka akan mendapat balasan yang terlalu banyak tidak terkira. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

باسح ريغب مهرجأ نورباصلا ىفوي امنإ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang ber-sabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

(Az-Zumar: 10)

Antara hadis-hadis yang menghuraikan pengertian sabar ialah:-1) Sabar merupakan suatu ibadat.

هيلع هللا ىلص يبنلا نع هنع هللا ىضر رمع نبا نع

ةدابع ربصلاب جرفلا راظتنا :ملسو

Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW: Menanti saat kesenangan dengan sabar adalah ibadat.

2) Sabar adalah satu perkara yang terbaik.

ابجع :لاق هنأ ملسو هيلع هللا ىلص يبنلا نع ملسم ىور

نمؤملل لإ دحل كلذ سيلو ريخ هلك هرمأ نإ نمؤملا رمل

ربص ءارض هتباصأ نإو هل اريخ ناكف ركش ءارس هتباصأ نإ

هل اريخ ناكف

Maksudnya: Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Amat menakjubkan tentang urusan orang mukmin, setiap perkara baginya adalah baik, tidak berlaku sedemikian melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia memperolehi kesenangan ia bersyukur, ini merupakan kebaikan baginya. Sekiranya ditimpa kepa-yahan ia bersabar, ini merupakan kebaikan baginya.

3) Perlu tabah berhadapan dengan musuh untuk menegakkan kalimah Allah:

سانلا اهيأ اي :ملسو هيلع هللا ىلص يبنلا نع ناخيشلا ىور

مهومتيقل اذإف ةيفاعلا هللا اولأساو ودعلا ءاقل اونمتت ل

فويسلا للظ تحت ةنجلا نأ اوملعاو اوربصاف

Maksudnya: Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Wahai manusia, janganlah kamu mencari musuh, pohonlah daripada Allah kesejahteraan. Akan tetapi, apabila kamu bertemu dengan musuh hendaklah kamu bersabar, ketahuilah bahawa syurga adalah di bawah bayangan mata pedang.

4) Bersabar menanggung keperitan, menahan diri dari terjebak atau terpengaruh dengan unsur negatif dalam persekitaran.

هيلع هللا ىلص يبنلا نع حيحص دنسب يزمرتلاو دمحأ ىور

مهاذأ ىلع ربصيو سانلا اطلاخم ناك اذإ ملسملا :ملسو

مهاذأ ىلع ربصي لو سانلا طلاخي ل يذلا ملسملا نم ريخ

Maksudnya: Imam Ahmad dan Tirmiziy meriwayatkan daripada Rasulullah SAW dengan sanad yang sahih: Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keburukan mereka.

Jelas kepada kita daripada nas–nas di atas bahawa syakhsiah seseorang tidak sempurna melainkan dengan memiliki sifat sabar dan musabarah

Menurut Ustaz Abdullah Naseh `Ulwan, “As-Sabr”: kekuatan jiwa dan rohani yang menjadi benteng kepada individu dan membolehkannya menangkis, sebab-musabab yang membawa kepada lemah dan lumpuhnya keazaman, kelemahan diri, berwewenang menyerah kalah. Justeru itu, ia terus tabah, kukuh dan utuh serta meneguhkan pendirian dalam berhadapan dengan fitnah, godaan, mehnah dan tribulasi. Manakala “Al-Musobarah”: kemenangan diri dengan bersabar mengalahkan tarikan syahwat, kemenangan diri mengatasi cabaran dengan bersabar menanggung ujian, bersabar mengalahkan musuh dengan bermujahadah dan memasakkan thabat (teguh dan tetap pendirian).

Insan yang tidak berdaya untuk mengalahkan fitnah seks dan syahwat, bererti ia telah hilang keperibadian.

Insan yang tidak berdaya untuk mengalahkan fitnah harta dan kebesaran, bererti ia telah hilang keperibadian.

Insan yang tidak berdaya untuk bersabar di atas musibah dan ujian, bererti ia telah hilang keperibadian.

Insan yang tidak berdaya untuk bersabar bagi mengalahkan musuh di medan peperangan dan jihad, bererti ia telah hilang keperibadian.

]

Insan yang tidak berdaya untuk menyatakan kebenaran dan menolak dakwaan batil, bererti ia telah hilang keperibadian.

Sifat seorang da`ei yang benar-benar faham dengan kerja dakwahnya, mengenali duri-duri jalanan dan bersabar dengan keliaran nafsu, pertembungan keinginan dan tarikan syahwat yang berpunca daripada pengaruh semasa, adat yang diwarisi dan arus jahiliyah.

(Muhadhorah Takwin asy-Syahksiah: 46-49)

Ibn Abbas menjelaskan: Sebahagian daripada hakikat iman adalah sabar. Sabar adalah suatu kemestian dan ia merupakan sebahagian daripada

iman, manakala sebahagian yang lain adalah syukur. Sesiapa yang terdedah kepada tribulasi atau mendapat kesenangan, berada dalam kemiskinan atau kekayaan, maka perkara utama yang perlu mereka lakukan ialah bersabar dan redha, seterusnya ia hendaklah bersyukur. Hanya orang mukmin yang sebenar sahaja yang memiliki sifat-sifat ini. Segala urusan mereka adalah baik. Orang–orang yang sabar mendapat ganjaran yang tidak terhitung banyaknya dari Allah ‘Azza Wa Jalla manakala orang yang bersyukur mendapat penambahan dari-Nya.

Sabar terbahagi kepada beberapa bahagian,

antaranya:-# Sabar dalam melakukan ketaatan dan ibadat.

# Sabar dalam menghindarkan diri daripada maksiat dan syahwat.

# Sabar ketika berdakwah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla Sabar menghadapi ujian, kesakitan serta keperitan.

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memuji golongan ini dan menjanjikan untuk mereka balasan yang baik dan mulia.

(‘Uddatu Al Sabirin Wa Zakhiratu Al Syakirin: Ibn Qoiyim)

Kita tidak sepatutnya berasa lemah atau putus semangat dengan apa jua halangan, rintangan dan cabaran yang ditempuhi dalam menjalankan setiap agenda kehidupan. Jangan cepat menyerah kalah apabila berhadapan dengan cabaran dan ujian hidup. Yakinlah, setiap ketentuan dan takdir Allah ‘Azza Wa Jalla mengandungi hikmah yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

امو اوفعض امو هللا ليبس يف مهباصأ امل اونهو امف

اوناكتسا

Maksudnya: Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh).

(Ali Imran: 146)

Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

ركنملا نع هناو فورعملاب رمأو

Maksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.

(Luqman: 17)

‘Amar ma`ruf' dan ‘nahi mungkar’ merupakan tugas mulia yang dipikul bersama oleh orang mukmin dan Rasulullah SAW. Ia merupakan sebab-sebab yang membawa kepada kesejahteraan dan mengekalkan

keutuhan serta kredibiliti umat akhir zaman. Berkaitan dengan tugas Rasulullah SAW, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

ركنملا نع مههنيو فورعملاب مهرمأي

Maksudnya: Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji.

(Al-A`raf: 157)

Berkaitan dengan tugas orang mukmin, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

نورمأي ضعب ءايلوأ مهضعب تانمؤملاو نونمؤملاو

ركنملا نع نوهنيو فورعملاب

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.

(At-Taubah: 71)

Berkaitan ayat yang menjelaskan tentang kesejahteraan dan ketinggian umat ini Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

سانلل تجرخأ ةمأ ريخ متنك

نع نوهنتو فورعملاب نورمأت

هللاب نونمؤتو ركنملا

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

(Ali Imran: 110)

Berkaitan arahan suci daripada Allah ‘Azza Wa Jalla kepada orang mukmin agar melaksanakan tugas yang mulia ini dan sebagai kewajiban beragama adalah berdasarkan firman-Nya:-

فورعملاب نورمأيو ريخلا يلإ نوعدي ةمأ مكنم نكتلو

كئلوأو ركنملا نع نوهنيو

نوحلفملا مه

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.

(Ali Imran: 104)

Rasulullah SAW telah memberi peringatan bahawa amar ma`ruf dan nahi mungkar adalah antara sebab membebaskan diri dari azab Allah ‘Azza Wa Jalla:

ملسو هيلع هللا ىلص هللا لوسر لاق تلاق ةملس مأ نع

نمو ئرب دقف ركنأ نمف نوركنتو نوفرعت ءارمأ نوكيس هنأ

لأ هللا لوسر اي اولاق عباتو يضر نم نكلو ملس دقف هرك

سمخلا اولص ام ل لاق مهلتاقن

Maksudnya: Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan terdapat pemimpin-pemimpin yang melakukan kebaikan dan juga kejahatan, sesiapa yang menegah kejahatan yang dilakukan oleh mereka maka ia telah terlepas (dosa bersekutu dengan kejahatan dan dari azab Allah), sesiapa yang membenci di hati (terhadap perbuatan mungkar tersebut) maka sesungguhnya ia telah terselamat, tetapi mereka yang redha dan mengikut kejahatan para pemimpin itu (tidak selamat). Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah perlu kami memerangi mereka? Rasulullah menjawab: Tidak, selagimana mereka menunaikan solat lima waktu.

(At-Tamhid)

Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya perpecahan ialah tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar:

ىلع نذخأتلو ركنملا نع نوهنتلو فورعملاب نرمأتل هللاو

قحلا ىلع هنرصقتلو ارطأ قحلا ىلع هنرطأتلو ملاظلا دي

مكنعليل مث ضعب ىلع مكضعب بولقب هللا نبرضيل وأ ارصق

مهنعل امك

Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah sepertimana Allah telah melaknati mereka itu.

(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy)

Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan dengan meninggalkan peranan amar ma`ruf dan nahi mungkar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya fitnah:

رملا كرتي ىتم هللا لوسر اي يبنلل تلق لاق ةفيذح نع

ربلا لهأ لامعأ اديس امهو ركنملا نع يهنلاو فورعملاب

هللا لوسر اي تلق ليئارسإ ينب باصأ ام مكباصأ اذإ لاق

راصو مكراجف مكرايخ نهاد اذإ لاق ليئارسإ ينب باصأ امو

كلذ دنعف مكراغص يف كلملا راصو مكرارش يف هقفلا

…مكيلع ركيو نوركت ةنتف مكسبلت

)

(

Maksudnya: Daripada Huzaifah beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW ketikamanakah amar ma`ruf dan nahi mungkar ditinggalkan sedangkan ia adalah penghulu segala amalan ahli kebaikan?. Rasulullah SAW bersabda: Apabila menimpa kamu apa yang menimpa Bani Israel. Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Apakah yang telah menimpa Bani Israeil? Rasulullah menjawab: Apabila orang yang baik di kalangan kamu berpura-pura (mengampu) di hadapan orang yang jahat, orang yang tidak pandai agama bercakap tentang agama dan orang yang tidak layak memerintah memegang kuasa pemerintahan. Pada ketika itu, akan berlaku fitnah, kamu memerangi fitnah tersebut dan fitnah itu menyerang kamu.

(Mu`jam Al-Awsot) (Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; 711)

Dalam dokumen Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman AL Hakim (Halaman 108-114)