Antara syarat-syarat untuk memberi pengajaran dan bimbingan kepada orang lain ialah memulakan dengan yang terpenting. Wasiat Luqman dimulakan dengan tegahan mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla yang merangkumi suruhan agar mentauhidkan-Nya, serta meyakini bahawa kita akan bertemu dengan Allah. Contoh yang lain pula ialah firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
ىذبو اناسحإ نيدلاولاب و ائيش هب اوكرشت لو هللا اودبعاو
راجلاو ىبرقلا يذ راجلاو نيكاسملاو ىماتيلاو ىبرقلا
مكناميأ تكلم امو ليبسلا نباو بنجلاب بحاصلاو بنجلا
Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tertangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki.
(An-Nisa`: 36)
Allah ‘Azza Wa Jalla telah memulakan firman-Nya dengan perintah menghambakan diri pada-Nya yang satu tanpa menyekutukan-Nya, kemudian dituruti pula dengan ihsan kepada dua ibubapa, kaum kerabat, orang yatim dan miskin, jiran dengan mengikut tertib aulawiyyat (priority); seterusnya ibnu sabil, khadam dan hamba.
Mempersiapkan diri untuk menggunakan pelbagai uslub yang berbeza. Ini bertujuan untuk merangsang jiwa pendengar agar sentiasa ingin mengetahui (tasywik) dan menimbulkan keghairahan (targhib) sehingga menjadikan wasiat tersebut benar-benar memberi kesan yang mendalam dan berkekalan. Contohnya:
ينبي / هظعي وهو / هنبل
Maksudnya: kepada anaknya / sedang dia memberi pengajaran kepadanya / wahai anak kesayanganku.
Lafaz sebegini digunakan bertujuan menambahkan rasa kasih dan keprihatinan.
Menggunakan lafaz yang memberi makna yang men-dalam seperti:
روخف / ريبخ / فيطل / ديمح
Maksudnya: Maha Terpuji / Maha Halus / Maha Mengetahui / sangat membanggakan diri.
Memulakan nasihat dengan perkara yang lebih umum dan disusuli dengan yang lebih khusus. Al-Quran mendahulukan wasiatnya dengan menyebut tentang perlunya berbuat baik kepada ibubapa di dalam bentuk umum kemudian disusuli pula tentang keutamaan pada pihak ibu secara lebih terperinci memandangkan kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung olehnya ketika mengandung dan ini melayakkannya untuk mendapat ihsan yang lebih.
Menggunakan misalan dan bidalan. Gaya bahasa yang unik ini telah dipraktikkan oleh Al-Quran berulang-ulang kali. Contohnya firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
-يف وأ ةرخص -يف نكتف لدرخ نم ةبح لاقثم كت نإ اهنإ
ريبخ فيطل هللا نإ هللا اهب تأي ضرلا يف وأ تاومسلا
Maksudnya: Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam
batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan di bawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Luqman: 12)
Perumpamaan ini dipaparkan untuk menerangkan kesem-purnaan ilmu Allah yang halus lagi mendalam, ilmu yang meliputi segala-galanya.
Mendatangkan dua pengertian yang berlawanan. Dimu-lakan dengan perintah melakukan kebaikan dan disusuli dengan tegahan melakukan kemungkaran Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman.
ركنملا نع هناو فورعملاب رمأو
Maksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta la-ranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
(Luqman: 17)
Al-Quran menjelaskan manfaat bagi amalan tertentu secara berturutan
كيدلاولو ىل ركشا نأ
Maksudnya: (Dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu-bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman: 14)
Bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla merupakan perkara usul dan amalan yang berterusan. Ini akan membuahkan kesyukuran kepada kedua ibubapa dan mendorong kita melakukan ihsan kepada keduanya. Perkara yang kemudian merupakan cabang daripada yang usul. Oleh itu, kita diharamkan mentaati kedua ibubapa jika bertentangan dengan ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
Mendahulukan apa yang sepatutnya di kemudiankan, bagi tujuan membataskan skop maksud dan menjelaskan tujuan sebenar seperti: “Ilayya al-Masiir” ((
ريصملا يلإ
dan “Ilaiyya Marji`ukum” (مكعجرم يلإ
) . Sepatutnya dikemudiankan perkataan “Ilaiyya” (يلإ
) dalam kedua-dua ayat tersebut, tetapi di sini didahulukan bertujuan untuk menjelaskan bahawa hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sahaja tempat kembali.Menjelaskan beberapa hukum-hakam dengan mene-rangkan tentang perlunya melakukan ihsan kepada ibu-bapa di samping memberi amaran tentang bahaya syirik kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sama sekali. Sekalipun syirik itu, diperintah oleh kedua ibubapanya. Ustaz Sai'ed Hawwa menjelaskan kesempurnaan hikmah terhasil dengan melakukan kebajikan kepada kedua ibubapa selepas mentauhidkan Allah dan tegahan daripada mensyirikkannya. Inilah antara pemahaman yang dapat diambil daripada ayat-ayat Al-Quran yang menghubungkan antara suruhan mentauhidkan Allah dan taat kepada dua ibubapa. Seperti ayat surah Al-Baqarah: 83, al-An`am: 151, an-Nisa`: 36, al-Isra`: 23.
Sebab turunnya ayat (Asbabun Nuzul) iaitu ketikamana gesaan daripada Allah kepada Sa’ad ibn Abi Waqas agar mentaati Allah ‘Azza Wa Jalla dan Rasul-Nya serta teguh dengan keimanan yang sebenar bersama Allah ‘Azza Wa Jalla dan Rasulnya, sekalipun terpaksa mengingkari ibu yang memaksanya agar kembali me-nyembah berhala. Ia tetap teguh dengan keimanan meskipun ibunya akan mati akibat berlapar dan orang ramai akan mencaci Sa’ad bin Abi Waqas dengan mengatakan bahawa beliau telah membunuh ibunya. Di dalam wasiat Luqman juga terdapat ayat-ayat yang hampir serupa dengan pendirian Sa’ad b Abi Waqas.
Dua lafaz yang mengandungi pengertian yang sama (Al-Musyakalah) antara uslub Al-Quran yang tinggi. Dimulai surah Luqman dengan penjelasan bahawa Al-Quran seluruhnya adalah hikmah:
ميكحلا باتكلا تاياء كلت
Maksudnya: Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
(Luqman: 1)
Selepas beberapa ayat daripada ayat ini didatangkan ayat-ayat wasiat. Ayat ini memaparkan kepada kita contoh hikmah yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepada para awliya`-Nya (penolong agama) yang mukmin. Kemudian, disusuli pada ayat berikutnya ‘Azza Wa Jalla bahawa hikmah terhasil dengan mensyukuri segala nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla. Justeru itu, segenap sudut kalam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran me-ngandungi hikmah.
Gesaan agar mengasuh anak dan mengingatkan mereka supaya menjaga dan memelihara keimanan yang merupakan salah satu daripada nikmat nikmat Allah. Umpama kisah Nabi Ibrahim AS yang mendoakan kebaikan kepada zuriatnya seperti yang tersebut di dalam surah Al-Baqarah.
Terdapat di dalam wasiat Luqman seruan ke arah kebaikan yang merupakan tugas umat ini.
Islam adalah agama yang menyeluruh meliputi aqidah, ibadat, mu`amalat, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan menjadikan Islam sebagai landasan hidup yang syumul.
Kesyumulan ini terdapat di dalam wasiat Luqman. De-mikian juga terdapat di dalam surah Al-Baqarah pada ayat yang ke 177 yang dianggap sebagai ayat himpunan kebaikan. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
نكلو برغملاو قرشملا لبق مكهوجو اولوت نأ ربلا سيل
نييبنلاو باتكلاو ةكئلملاو رخلا مويلاو هللاب نمآ نم ربلا
نيكاسملاو يمتيلاو ىبرقلا يوذ هبح يلع لاملا يتاءو
ىتآو ةلصلا ماقأو باقرلا يفو نيلئاسلاو ليبسلا نباو
ءاسأبلا يف نيرباصلاو اودهاع اذإ مهدهعب نوفوملاو ةاكزلا
مه كئلوأو اوقدص نيذلا كئلوأ سأبلا نيحو ءارضلاو
نوقتملا
Maknanya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekelian nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya - sedang ia menyayanginya - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), maka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
Erti kesyumulan Islam juga dapat difahami daripada hadis yang menjelaskan bahawa orang yang ‘muflis’ ialah orang yang datang pada hari qiamat dengan sembahyang, puasa dan pelbagai amalan soleh sedangkan dia juga menzalimi manusia. Mereka juga memukul, menuduh dan menghina orang lain, maka amalan kebaikan mereka akan dipindahkan kepada orang yang mereka zalimi. Jika sekiranya amalan baiknya telah habis sedangkan dosanya itu belum terhapus maka amalan kejahatan orang yang mereka zalimi akan dicampakkan kepada mereka.
Al-Quran turut mengabadikan bahawa individu muslim bertanggung jawab terhadap mereka yang lebih hampir terlebih dahulu. Kemudian barulah Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan kita tentang tanggungjawab kemasyarakatan. Orang mukmin umpama satu jasad yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Gesaan agar bersifat optimis dan bersungguh-sungguh dalam menasihati orang lain ke arah kebaikan. Menyeru mereka agar menjauhi sifat-sifat negatif, bertawakal tanpa usaha dan memencilkan diri daripada masyarakat.
Wasiat Luqman membuktikan bahawa Islam adalah agama yang praktikal yang meliputi kata-kata (menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran) dan juga amalan (mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla, bersembahyang dan bersifat tawadhu’) yang boleh bertambah dan berkurang, ia tertakluk kepada ketaatan dan kemaksiatan yang dilakukan.
Menjelaskan kemuliaan bahasa Arab sepertimana yang telah dirakamkan oleh Al-Quran di saat menceritakan kisah-kisah umat umat terdahulu. Difardhukan kepada umat Islam yang bukan berbangsa Arab agar mempelajari Al-Quran. Ini semua dipermudahkan dengan uslub Al-Quran yang mengandungi mukjizat. Manakala mereka yang berbangsa Arab digesa agar mendalami dan mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran di samping memeliharanya daripada musuh-musuh Islam yang ingin memusnahkan bahasa Arab. Ini menunjukkan bahawa memelihara Bahasa Arab bermakna memelihara agama dan memerangi Bahasa Arab bermakna memerangi agama.
Kelebihan umat ini mengatasi umat yang lain. yang merupakan penyempurna bagi 70 umat yang terdahulu dan semulia-mulia umat di sisi Allah. Maka bangsa Arab merupakan ummat Dakwah, manakala bangsa yang lain merupakan penyambut kepada dakwah. Ternyata Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberi kelebihan yang banyak terhadap bangsa ini. (Mawai`z Luqman Fi Al Quran).