• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB SATU

KARYA-KARYA JAWI BERKAITAN MUNAKAHAT

1.3 Bentuk atau Metodologi Penulisan Hadith-hadith Munakahat dalam Karya Jawi

1.3.1 Penulisan Hadith-hadith Munakahat

Penulisan karya-karya Jawi yang memuatkan hadith-hadith munakahat dalam bentuk buku secara khusus tidak banyak dihasilkan di Nusantara. Hadith-hadith munakahat yang dibincangkan dalam kebanyakan karya-karya Jawi adalah dalam bentuk bab-bab kecil dan lebih kepada perbincangan fiqah serta hanya melibatkan hadith-hadith tertentu sahaja. Berdasarkan pemerhatian penulis terhadap beberapa buah kitab Jawi yang melibatkan hadith-hadith munakahat, secara ringkasnya penulisan hadith-hadith munakahat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

i. Penulisan dalam bentuk bab-bab tertentu.

ii. Pembukuan secara khusus.

1.3.1.1 Penulisan dalam Bab-bab tertentu

Kategori ini adalah pembahagian yang paling banyak didapati dalam kebanyakan karya-karya jawi. Lazimnya, sebahagian kecil atau bab-bab tertentu sahaja yang membicarakan isu-isu munakahat berbanding daripada keseluruhan bab dalam sesebuah kitab. Sebilangan besar kitab-kitab yang terlibat adalah daripada bidang fiqah. Contoh-contoh kitab bagi kategori ini adalah:

1. Jam‘ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id karangan Sheikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu.

2. Al-Jawahir al-Saniyyah karangan Sheikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu.

3. Sullam al-Mubtadi fi Ma‘rifah Tariqah al-Muhtadi karangan Sheikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani. Kitab ini telah diterbitkan oleh Matba‘ah Bin Halabi di Patani, Thailand pada 13 Syawwal 1252H.

4. Kifayah al-Muhtadi Pada Menerangkan Cahaya Sullam al-Mubtadi karangan Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail al-Fatani. Kitab ini merupakan kitab syarah bagi kitab Sullam al-Mubtadi fi Ma‘rifah Tariqah al-Muhtadi karangan Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani. Kitab ini telah diterbitkan oleh Percetakan al-Ma‘arif Sendirian Berhad.

5. Senjata Tok Haji dan Tok Lebai karangan Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indunisi al-Mandili.

6. Terjemahan Riyad al-Salihin karangan asal oleh Imam Nawawi r.h.m. Kitab ini telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam tulisan Melayu jawi oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

7. Bahjah Mubtadin wa Farhah Mujtadin karangan ‘Alamah Dhaki al-Sheikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zayn B. Mustafa al-Fatani. Kitab ini telah diterbitkan oleh pihak Khazanah Fataniyyah di Kuala Lumpur pada tahun 2000. 8. Matla‘ al-Badrayn wa Majma‘ al-Bahrayn karangan Muhammad Bin Ismail

Dawud Fatani yang telah diterbitkan pada tahun 1984 oleh Nahdi Trading tanpa menyebut tempat penerbitan.

9. Terjemahan Matan Fath al-Qarib al-Mujib al-Ghayah wa al-Taqrib karangan Qadi Abu Shuja‘ al-Asfahani diterjemah dan disyarahkan oleh Haji Sirajuddin Abbas. Kitab ini telah diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan.

10. Al-Jawhar al-Mawhub wa Munabbihat al-Qulub karangan Sheikh Ali Bin Abdurrahman. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu.

11. Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fiqh): Bahagian Jual

Beli dan Nikah karangan Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya. Kitab ini telah

dicetak kali ketujuh pada tahun 2011 dan telah diterbitkan oleh Syarikat Bajrai di Kuala Lumpur.

12. Kashf al-Litham ‘an As’ilah al-Anam karangan Sheikh Zayn al-‘Abidin Bin Muhammad al-Fatani. Bab munakahat diletakkan dalam jilid yang ke-2. Kitab ini telah diterbitkan oleh Matba‘ah Bin Halabi di Patani, Thailand.29

13. Furu‘ al-Masa’il karangan Sheikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani. Bab munakahat diletakkan dalam jilid yang ke-2. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu.

a) Contoh-contoh Pembahagian Bab

Penulis telah memilih beberapa buah kitab dengan menyenaraikan kitab-kitab tertentu beserta penjelasan secara ringkas bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam karya tersebut. Penjelasan adalah lebih tertumpu kepada bab dan pemecahan bab yang hanya berkaitan dengan perkara munakahat. Kitab-kitab tersebut adalah:

I) Kitab Al-Jawahir al-Saniyyah.30

Kitab ini merupakan salah satu kitab fiqah yang terkenal di Nusantara karangan Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani (m. 1297H/ 1879M). Jumlah keseluruhan kitab bagi karya ini ialah 61 buah kitab iaitu bermula daripada kitab Taharah sehinggalah kitab

Menyatakan Hukum Mak Anak. Kitab yang mempunyai kaitan dengan isu munakahat

29

Pada asalnya, kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Kemudian, ia sempurna diterjemah kepada bahasa Melayu dan ditashihkan oleh Muhammad Farid Muhammad (merupakan ketua penuntut-penuntut Johor) dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Taha Suhaimi dari Singapura pada 1348 H. Ketika itu, kedua-duanya adalah pelajar di dalam Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar, Mesir.

30

Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani, Al-Jawahir al-Saniyyah, (t.tp.: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu, t.t.), 280.

adalah dari kitab ke-26 hinggalah kitab ke-38. Jumlah halaman adalah sebanyak 282 halaman. Penulis merujuk kepada cetakan Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu. Contoh-contoh pembahagian kitab dalam perkara munakahat adalah:

1. Kitab Menyatakan Hukum Nikah

i. Fasal Menyatakan Rukun Nikah

ii. Fasal Menyatakan Yang Menegahkan Wali bagi Mengkahwinkan akan Mewalinya

iii. Fasal Pada Menyatakan Kufu

iv. Fasal Menyatakan Dikahwinkan Orang Mahjur ‘Alayh a. Bab Menyatakan Barang Yang Haram daripada Nikah

i. Fasal Menyatakan Nikah Orang Halal dan Yang Tiada Halal dan

Barang Yang Sebut Keduanya b. Bab Menyatakan Nikah Orang Musyrik

c. Bab Menyatakan Khiyar dan A‘faf-kan Anak akan Asalnya dan Nikah Sahaya

i. Fasal Menyatakan A‘faf

ii. Fasal Menyatakan Nikah Sahaya 2. Kitab Menyatakan Isi Kahwin

i. Fasal Menyatakan Hukum Perempuan Yang Menyerahkan Dirinya ii. Fasal Menyatakan Hukum Mut‘ah dan Hukum Bersumpah Apabila

Bersalahan Pada Mahar Musammanya iii. Fasal Menyatakan Jamuan dan Berkahwin a. Bab Menyatakan Giliran dan Nusyuz

3. Kitab Menyatakan Tebus Talak 4. Kitab Menyatakan Hukum Talak

ii. Beberapa Furu‘ Yang Bertaburan Pada Talak 5. Kitab Menyatakan Raj‘ah

6. Kitab Menyatakan ’Ila’ iaitu Bersumpah Suaminya 7. Kitab Menyatakan Hukum Zihar

8. Kitab Menyatakan Kaffarah

9. Kitab Menyatakan Li‘an dan Qadhaf 10. Kitab Menyatakan ‘Iddah

i. Fasal Menyatakan ‘Iddah Mati dan ‘Iddah Orang Yang Hilang

ii. Wajib Diberikan Tempat Kedudukan Bagi Perempuan Yang Ber‘iddah

11. Kitab Menyatakan Istibra’ 12. Kitab Menyatakan Menyusu

13. Kitab Menyatakan Nafkah Isteri dan Kerabat dan Mamluknya

i. Fasal Menyatakan Yang Mewajibkan Belanjanya dan Yang Menggugurkan Dia

ii. Fasal Menyatakan Hukum Papa Suami dengan Belanja Isterinya iii. Fasal Menyatakan Belanja Qarib

iv. Fasal Menyatakan Memelihara Kanak-kanak

v. Fasal Menyatakan Belanja Sahaya dan Segala Yang Dimilikinya