• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN KITAB DAN METODOLOGI PENULISAN

2.4 Kitab Jam‘ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id

2.4.4 Metode Penulisan Matan Hadith

a) Matan Dalam Bentuk Terjemahan Melayu Jawi

Kitab Jam‘ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id secara keseluruhannya memaparkan matan-matan hadith yang dibawa dalam terjemahan Melayu jawi. Sekiranya terdapat matan hadith selain dalam terjemahan Melayu Jawi, maka itu hanyalah potongan daripada ayat-ayat al-Quran ataupun sebahagian daripada perkataan arab yang diambil dari matan asal hadith seperti hadith qudsi dan lain-lain.

Matan-matan hadith dalam terjemahan Melayu jawi yang dibawa adalah bersesuaian dengan situasi zaman awal kedatangan Islam di Nusantara pada era itu. Ini kerana ramai umat Islam ketika itu kurang memahami bahasa Arab dan berhajat kepada penulisan-penulisan agama yang ditulis mahupun diterjemah ke dalam tulisan Melayu jawi sebagai rujukan atau panduan dalam kehidupan. Kitab-kitab agama yang diterjemah kebanyakannya adalah daripada karya-karya agama yang ditulis dalam bahasa Arab.

b) Penggunaan Kalimah-kalimah Tertentu Dalam Menyatakan Matan Hadith

Matan-matan hadith yang dimuatkan dalam kitab ini boleh dikenal pasti dengan melihat kalimah-kalimah atau perkataan-perkataan tertentu yang sering digunakan ketika pengarang kitab iaitu Syeikh Dawud al-Fatani menyatakan hadith-hadith Nabi s.a.w. Perkataan-perkataan yang sering digunakan adalah seperti (riwayat), (sabda Nabi

s.a.w.) dan sesekali pengarang kitab menggunakan kalimah (disebutkan) sebelum

menyatakan mana-mana hadith. Contohnya pada hadith-hadith berikut:

(Hadith 20)

(Riwayat) daripada Anas ibn Malik r.a., daripada Nabi s.a.w.: “Bahawasanya bersabda ia empat nafaqat tiada hisab hamba dengan dia pada hari kiamat (satu) nafkah di atas dua ibu bapanya, (kedua)

nafkah atas berbuka puasa, (ketiga) nafkah atas makan sahur, (keempat) nafkah atas ‘iyal-nya yakni isi rumahnya.”83

(Hadith 21)

(Dan sabda Nabi s.a.w.): “Empat dinar: (satu dinar) dibelanja di

dalam sabilillah, (kedua dinar) disedekahkan bagi segala masakin, (ketiga dinar) yang diberikan dia pada merdeheka, (keempat dinar) yang dibelanjakan atas ahlinya dan yang terlebih besar pahalanya dinar yang nafkahkan atas ahlinya.”84

(Hadith 23)

(Dan disebutkan) bahawasanya seorang laki-laki datang kepada ‘Umar r.a. hendak mengadu-ngadu akan isterinya, maka tatkala sampai kepada rumahnya mendengar akan isterinya Umm Kalthum

berpanjang lidahnya atasnya, maka berkata laki-laki itu:

“Bahawasanya aku berkehendak mengadu kepadanya daripada isteriku dan baginya daripada bawa seumpamaku jua”, maka kembali

ia maka menyeru akan dia ‘Umar, maka bertanya ia akan dia maka katanya: “Bahawasa aku berkehendak mengadu kepada engkau akan

isteriku, maka aku dengar barang yang aku dengar aku kembali”

maka berkata ‘Umar: “Bahawasanya aku maafkan daripadanya

kerana banyak huquq baginya atasku...”85

c) Mengemukakan Kepelbagaian Sifat Pada Matan Hadith

Berdasarkan pemerhatian penulis terhadap kesemua hadith dalam ketiga-tiga bab tersebut, didapati hadith-hadith tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang mana dilihat dari sudut sifat-sifat pada matan iaitu seperti hadith qudsi, marfu‘,

mawquf, dan maqtu‘. Namun begitu, pembahagian hadith marfu‘ dan mawquf

difokuskan dalam kategori ini kerana kedua-dua sifat ini sahaja yang menonjol sepanjang pengamatan penulis terhadap ketiga-tiga bab yang menjadi skop kajian penulis. Contoh-contoh hadith tersebut adalah seperti berikut;

83 Ibid., 236. 84 Ibid. 85 Ibid.

i. Hadith Marfu‘

Hadith marfu‘ telah penulis jelaskan sepertimana pada subtopik sebelum ini dan contoh bagi kategori hadith marfu‘ ini adalah seperti petikan-petikan hadith berikut;

(Hadith 2)

(Dan riwayat) daripada ‘Ata’ daripada Ibn ‘Umar, katanya datang seorang perempuan kepada Rasulullah s.a.w., maka bersembah ia:

“Ya Rasulullah, apa hak suami atas isterinya?”, sabdanya: “Bahawa jangan engkau tegahkan daripada dirinya walau di atas belakang Qutb yakni pelapat belakang unta sekalipun dan jangan puasa sehari melainkan dengan izinnya melainkan puasa bulan Ramadan,....”86

(Hadith 7)

(Dan riwayat) daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jikalau

bahawasanya lakinya mengalir daripada salah satu lubang hidungnya darah dan kena yang lainnya nanah, maka menjilat oleh perempuan itu, tiada lagi ia sempurnakan hak suaminya.”87

ii. Hadith Mawquf

Contoh bagi hadith mawquf pula adalah seperti:

(Hadith 8)

(Dan daripada) Mu‘adh bin Jabal r.a., katanya: “Di mana ada

perempuan berdiri atas dua kakinya dan membakar roti bagi suaminya, maka menyakiti tangannya atau mukanya panas api melainkan diharamkan mukanya daripada api neraka, dan di mana ada perempuan berdiri kepada suaminya hingga masuk ia atasnya dan disapu akan mukanya dan dihamparkan kain supaya duduk ia atasnya...”88

(Hadith 24)

(Dan disebutkan) bahawasanya seorang laki-laki datang kepada ‘Umar r.a. hendak mengadu-ngadu akan isterinya, maka tatkala sampai kepada rumahnya mendengar akan isterinya Umm Kalthum

86

Syeikh Dawud, Jam‘ al-Fawa’id, 232.

87

Ibid.

88

berpanjang lidahnya atasnya, maka berkata laki-laki itu:

“Bahawasanya aku berkehendak mengadu kepadanya daripada isteriku dan baginya daripada bawa seumpamaku jua”, maka kembali

ia maka menyeru akan dia ‘Umar, maka bertanya ia akan dia maka katanya: “Bahawasa aku berkehendak mengadu kepada engkau akan

isteriku, maka aku dengar barang yang aku dengar aku kembali”

maka berkata ‘Umar: “Bahawasanya aku maafkan daripadanya

kerana banyak huquq baginya atasku...”89

2.4.5 Jumlah Hadith Yang Terkandung Di Dalam Bab-bab Yang

Terpilih

Bilangan hadith yang terkumpul daripada keseluruhan bab-bab terpilih yang dikaji penulis adalah sebanyak 24 buah hadith. 12 buah hadith adalah daripada (Bab: Menyebutkan Kelebihan Hak Laki Atas Isteri), manakala sebuah hadith adalah daripada bab berikutnya iaitu (Bab: Nasa’ih Daripada ‘Aishah r.a.) dan 11 buah hadith lagi adalah daripada (Bab: Pada Menyatakan Hak Perempuan Atas Suaminya).

2.4.6 Sumber Pengambilan Hadith

Secara umumnya tidak ada sebarang petunjuk yang jelas daripada mana-mana petikan hadith di dalam ketiga-tiga bab ini berkenaan sumber pengambilan hadith melainkan terhadap hadith-hadith berikut:

(Hadith 3)

(Dan riwayat) daripada Qatadah, katanya disebutkan bagi kami bahawa Ka‘ab berkata: “Pertama barang yang tanya akan perempuan

daripadanya pada hari kiamat daripada sembahyangnya, kemudian daripada hak suaminya.”90

(Hadith 5)

(Dan riwayat) daripada Qatadah, katanya disebutkan, maka kami bahawasanya Nabi s.a.w. sabdanya di dalam khutbahnya dan ia

89

Ibid., 236.

90

bersabda di mana hai segala manusia bahawasa sabdanya: “Bagi kamu

atas isteri kamu hak dan bahawasa bagi segala perempuan kamu atas kamu hak dan bahawa setengah daripada hak kamu atas perempuan itu wajib ia memeliharakan hamparan kamu dan jangan ia izin bagi seorang yang ia benci akan dia pada rumah kamu dan...”91

Kedua-dua hadith di atas jelas menunjukkan bahawa periwayatan hadith-hadith berkenaan adalah daripada Qatadah dan hanya kedua-dua hadith itu sahaja yang jelas sumber pengambilan hadithnya.

91

BAB