BAB SATU
KARYA-KARYA JAWI BERKAITAN MUNAKAHAT
II) Kitab Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fikah):
II) Kitab Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fikah):
Bahagian Jual Beli dan Nikah (Penggal Kedua).31
Kitab ini merupakan karangan Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya yang membahaskan persoalan dalam ilmu fiqah. Bab munakahat terletak di dalam jilid yang kedua dan kitab ini telah diterbitkan oleh Syarikat Bajrai, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Jumlah
31
Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya, Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fikah) (cet. ke-7, Kuala Lumpur: Syarikat Bajrai, 2011), 2:148.
halaman bagi jilid ini ialah 148 halaman. Contoh pembahagian bab munakahat dalam kitab ini ialah:
1. Bab al-Nikah
a. Rukun-rukun Nikah
b. Masalah Rampaian Mengenai Saksi c. Yang Berkuasa Menjadi Wali
i. Susunan Wali ii. Wali Mujbir
iii. Tegahan Menjadi Wali
iv. Cawangan-cawangan Masalah Mengenai Wali v. Kafa’ah (setaraf) Dalam Nikah
d. Perempuan Yang Haram Dikahwini i. Haram Dengan Sebab Bersemenda ii. Susuan Yang Mengharamkan Nikah iii. Berkahwin Dengan Kitabih
iv. Khiyar Dalam Nikah v. A‘faf (Membaikkan Nafsu) vi. Sadaq atau Mas Kahwin
e. Walimah al-‘Urus
i. Berbilang Isteri (Poligami) ii. Giliran dan Nusyuz
iii. Shiqaq (Tegang Perselisihan) iv. Al-Khulu‘ (Tebus Talak)
f. Al-Talaq
i. Ta‘liq Talak
iii. Al-Raj‘ah (Rujuk) iv. Al-Tahlil (Bercina Buta)
v. Al-’Ila’ (Bersumpah Tak Hendak Setubuh) vi. Al-Zihar (Menyerupakan Isteri Dengan Ibu) vii. Al-Li‘an (Berlaknat-laknat)
g. Al-‘Iddah
i. Perempuan Dalam ‘Iddah ii. Al-Nafaqah
iii. Al-Hadanah (Memelihara Anak)
1.3.1.2 Penulisan dalam Bentuk Pembukuan Secara Khusus
Hadith-hadith munakahat dalam karya-karya Jawi yang dihasilkan bagi kategori ini adalah lebih sedikit bilangannya berbanding penulisan hadith-hadith munakahat yang ditulis dan diwakili dalam bentuk bab-bab kecil dalam kitab. Penghasilan kitab-kitab sebegini memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam meluaskan perbincangan terhadap skop yang lebih khusus. Kebarangkalian faktor tersebutlah menjadi sebab utama mengapa penghasilan karya-karya Jawi sebegini begitu terhad. Penulis menyenaraikan 5 buah kitab di sini. Contoh-contoh kitab bagi kategori ini adalah:
1. Idah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab karangan Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani. Kitab ini telah diterbitkan oleh Matba‘ah Bin Halabi di Patani, Thailand. Kitab ini telah selesai ditulis Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani pada 9 Rabi‘ al-Awwal 1224H.32
2. Muhimmah
32
Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani, Idah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab, (Patani: Matba‘ah Bin Halabi, t.t.), 58.
3. Panduan Nikah Kahwin karangan Haji Jamaluddin Hashim yang telah diterbitkan oleh Lembaga Penerbitan Jabatan Agama Johor pada tahun 1977. 4. Panduan Perkahwinan: Kepada Bakal Pengantin, Siri 29, al-Iman. Diterbitkan
oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Nama pengarang dan tahun terbitan tidak dapat dikenal pasti penulis.33
5. Ta‘liq Talaq Antara Hukum Fiqh dan Hukum Qanun karangan Dr. Haron Din yang telah diterbitkan oleh Percetakan Watan Sendirian Berhad di Kuala Lumpur pada tahun 1990.
a) Contoh-contoh Penulisan Bab
Penulis telah menjadikan kitab Idah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab karangan Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani sebagai sampel dalam subtopik ini. Contoh penulisan bab di dalam kitab ini adalah:
1. Khutbah al-Kitab
2. Bab Pada Menyatakan Beberapa Kelebihan Berkahwin dan Pada Mereka Yang Sunat Baginya Berkahwin dan Barang Yang Sunat Pada Perempuan Yang Dikahwinkan dan Beberapa Sunat Pada Bernikah.
3. Faedah Sunat Menilik Kepada Perempuan Yang Hendak Dipinangnya.
4. Matlabun Khutbah Nikah dan Khutbah Membaca Nabi Pada Ketika Akad Nikah Saidina ‘Ali dengan Siti Fatimah dan sebagainya.
Penulis hanya mendatangkan sebahagian contoh sahaja sebagai sampel kerana menjauhi daripada menyebut terlalu banyak bab. Contoh-contoh daripada bab lain dan antaranya ialah:
33
“Penulis tidak diketahui”, Panduan Perkahwinan: Kepada Bakal Pengantin (Siri 29, al-Iman), (Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, t.t.), Halaman tajuk. Berdasarkan pengamatan penulis, berkemungkinan kitab ini siap dicetak sekitar tahun 1992 berasaskan daripada maklumat tarikh selesai bagi kata pengantar kitab tersebut iaitu pada 13 April 1992.
- Adapun rukun yang pertama itu sighah - Rukun Yang Keduanya Itu Shahid - Rukun Yang Ketiga Itu Wali - Matlabun Tafwid Perempuan
- Matlabun Menyatakan Mahar Mithil
- Bab Pada Menyatakan Talaq dan Khulu‘ dan pelbagai lagi.
1.3.2 Elemen Takhrij daripada Karya-Karya Jawi
Pengertian bagi kalimah takhrij telah pun penulis jelaskan pada bab pendahuluan iaitu menjelaskan periwayatan seseorang muhaddith bagi hadith-hadith yang terdapat dalam kitabnya dengan sanadnya sendiri, ataupun menyandarkan hadith kepada sesiapa yang meriwayat hadith tersebut terutamanya dari kalangan para Imam yang meriwayatkannya dalam kitab mereka serta menyebut darjat bagi hadith itu.34
Justeru itu, elemen takhrij yang ingin dibawa penulis di sini adalah begitu penting bagi mengenalpasti sumber periwayatan sesuatu hadith yang dibawa pengarang kitab adalah benar-benar wujud. Elemen-elemen takhrij yang wujud pada sesebuah hadith yang dibawa seperti pernyataan periwayat, sanad dan apa-apa jua yang berkaitan, hakikatnya memberi kemudahan kepada para pengkaji hadith dalam meneliti kembali periwayatan asal sehinggalah tahap mengetahui hukum hadith sama ada dari sudut sahih atau lemahnya sesuatu hadith. Berikut akan penulis bawakan bentuk-bentuk takhrij yang wujud dalam beberapa karya Jawi yang disenaraikan penulis sebelum ini. Bentuk-bentuk takhrij yang penulis maksudkan ialah:
34
Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, Takhrij al-Hadith: Nash’atuhu wa Manhajiyyatuhu, (cet. ke-3, Bandar Baru Bangi: Darul Syakir, 2004), 9.
a) Menyatakan Sumber Perolehan Hadith dengan Menyebut Nama Kitab
Misalnya:
(Dan sabda Nabi s.a.w) barangsiapa meninggalkan berkahwin kerana takut papa, maka tiada ia daripada kami dan ini cela, maka
‘illah tertegah iaitu kerana takut papa tiada bagi asal meninggalkan
berkahwin demikianlah tersebut di dalam (Ihya’).35
Perkataan (Ihya’) di sini membawa maksud hadith ini dipetik atau diambil daripada kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din karangan Imam al-Ghazali.
b) Menyatakan Sumber Periwayatan
Misalnya:
Dan sabdanya ‘alayhi al-salam tuntut olehmu akan rezeki dengan berkahwin kerana memadai kerana bahawasanya berkahwin itu mendatangkan berkat dan menghelakan36 rezeki apabila baik niatnya, meriwayatkan dia (Dailami) daripada Ibn ‘Abbas Radiy
Allah ‘Anhuma.37
Sumber periwayatan jelas dinyatakan daripada riwayat al-Dailami.
c) Menyatakan Perawi Tertinggi (Rawi ‘A’la)
Misalnya:
Kata Saidina ‘Abd Allah Bin ‘Abbas Radiy Allah ‘Anhuma: )
ﻻ
جوﺰﺘﻳ ﱴﺣ ﻚﺳﺎﻨﻟا ﻚﺴﻧ ﻢﺘﻳ
(
tiada sempurna ibadah yang mengerjakanibadah itu hingga berkahwin.38
Tiga elemen takhrij ini sahaja yang jelas pada pengamatan penulis. Ketiga-tiga elemen ini dapat dimanfaatkan penulis dengan meneliti kembali hadith-hadith dengan melihat
35
Syeikh Ali Bin Abdul Rahman al-Kalantani, Al-Jawhar al-Mawhub wa Munabbihat al-Qulub, (t.tp.: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu, t.t.), 138.
36
“Menghelakan”, laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dicapai 27 Mac 2012, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menghelakan,. Perkataan “menghelakan” membawa maksud “menarik”.
37
Syeikh Ali, Al-Jawhar al-Mawhub, 138.
38
ketiga-tiga perkara tersebut. Namun begitu, tidak semua hadith mempunyai aspek-aspek takhrij sebegitu. Kebanyakan hadith-hadith yang dibawa dalam karya-karya Jawi adalah dalam bentuk kenyataan matan hadith semata.
1.4 Rumusan
Sumbangan ulama-ulama Nusantara dalam bidang ilmu ternyata tampak jelas dengan penghasilan karya-karya penulisan dalam bidang agama. Namun begitu, dapatan penulis sedikit sebanyak telah memberi gambaran bahawa kebanyakan penulisan yang wujud terutamanya yang hanya menfokuskan perbincangan hadith-hadith munakahat, tidak banyak dihasilkan. Perbincangan munakahat hanya lebih tertumpu kepada permasalahan fiqah sahaja dan ianya mudah didapati dalam karya-karya Jawi bidang fiqh.
Bentuk atau metodologi penulisan hadith-hadith munakahat dalam karya-karya Jawi tidak banyak bezanya antara satu sama lain. Kebanyakan hadith yang dibawa adalah sebagai penguat atau hujah bagi sesuatu keterangan. Namun begitu, perbezaan yang jelas adalah apabila melihat kepada karya-karya Jawi yang berlainan bidang, terutamanya antara karya Jawi dalam bidang fiqah dan bidang hadith. Pembawaan hadith dalam karya fiqah adalah lebih tertumpu kepada penjelasan terhadap permasalahan fiqah semata. Kekadang, tiada satu dalil pun dimasukkan dalam karya sebegini. Manakala, hadith lebih banyak diketengahkan dalam karya-karya Jawi bagi penulisan dalam bidang hadith.
Kebanyakan hadith-hadith yang dibawa dalam sebahagian besar karya-karya Jawi perlu ditakhrij kembali. Ini kerana elemen-elemen takhrij yang dijumpai penulis terhadap hadith-hadith dalam karya-karya Jawi adalah tidak lengkap. Perkara ini perlu dititik beratkan terutamanya bagi penuntut-penuntut ilmu yang menjadikan karya-karya Jawi sebagai silibus pengajian supaya hadith-hadith yang dipelajari jelas statusnya dan terhindar daripada beramal dengan hadith-hadith yang bermasalah.