• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 1.3. Nama-Nama Responden BAZ Riau

C. Badan Pelaksana

3. Bentuk Sumbangan Berdasarkan Program

Berdasarkan kepada sasaran operasinya, maka dapat dilihat bahawa institusi ini memfokuskan sumbangannya terhadap beberapa program penting bagi membantu para asnaf dan orang-orang yang memerlukan bantuan. Program-program tersebut adalah program Riau Makmur, Riau Cerdas, Raiau Taqwa, Riau Sihat dan Riau

70

133 Peduli.71 Semua program tersebut adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan baik secara produktif mahupun konsumtif. Seperti mana yang telah dijelaskan terlebih dahulu bahawa dalam system pengurusan BAZ Riau adalah mengutamakan bantuan terhadap golongan yang lebih memerlukan. Oleh kerana tidak semua program berkenaan terlibat dalam bidang pendidikan, hanya terdapat dua program sahaja yang mempunyai peranan dalam bidang tersebut iaitu Program Riau Pintar dan Program Riau Taqwa

Sumbangan ini disediakan untuk bantuan pembinaan sarana ibadah seperti bantuan untuk pembinaan ataupun pembaik pulihan masjid, surau dan begitu juga sarana pendidikan.Tujuannya adalah untuk memberikan keselesaan kepada umat Islam dalam melakukan ibadah serta menuntut ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di tempat-tempat tersebut .

a. Sumbangan Untuk Bimbingan Keagamaan

Kegiatan ini dilakukan melalui ceramah-ceramah agama yang dianjurkan di masjid-masjid terutamanya di daerah-daerah pedalaman yang kurang mendapat bimbingan agama termasuk diantaranya adalah golongan muallaf. Disamping bimbingan agama untuk golongan ini juga disediakan bantuan berbentuk konsumtif dan juga bantuan peralatan ibadah.

71Hj. Auni M. Nur, M.Si (Pengerusi BAZ Riau) dalam temubual dengan penulis, 11 November 2013.

134 b. Sumbangan Untuk Masyarakat Orang Asli

Suku terasing atau dikenali juga sebagai masyarakat orang asli adalah merupakan suku orang asli yang tinggal di daerah-daerah terpencil dan pedalaman daerah wilayah Riau. Pada umumnya pengetahuan masyarakat ini terhadap ilmu agama Islam sangat rendah. Oleh kerana itu BAZ Riau secara prihatin ingin membantu agar masyarkat ini celik tentang masalah agama dan tidak ketinggalan dengan masyarakat Islam yang lain, iaitu dengan cara menghantar guru-guru agama bagi membina masyarakat tersebut serta mengajak mereka untuk lebih dekat dengan ajaran Islam.

Untuk tujuan ini BAZ Riau telah merancang satu program khusus yang dikenali sebagai Guru Agama Suku Terasing (GAST). Setiap daerah yang terdapat suku ini digalakkan untuk mengajukan permohonan atau nama calon GAST kepada BAZ Riau. Permohonan ini akan dihantar kepada pihak BAZ Riau untuk dipilih dan sebelum diterima sebagai GAST. Kelayakan minimum untuk menjadi GAST adalah mempunyai kelulusan Madrasah Aliyah Negeri (MAN) atau Sekolah Menengah Umum (SMU)72. Calon-calon harus mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi dan berkemampuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat tersebut. Setiap GAST yang terpilih terlebih dahulu diberikan bimbingan serta dibekalkan dengan pengetahuan agama dan dilantik secara rasmi sebagai petugas sebelum mereka diutus ke daerah-daerah tersebut.

72

135

3.2. Sejarah Penubuhan Institusi Zakat Selangor

Dalam enakmen zakat negeri Selangor pemberian zakat adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana dimaksud dalam perlembagaan persekutuan jadwal ke 9 daftar 2.73 Pada mulanya urusan zakat di negeri Selangor terletak di bawah kuasa

baitulmal selaras dengan kemajuan negara dan enakmen yang ditetapkan. Baitulmal

di Selangor ditubuhkan pada tahun 1952 dan telah tanggungkan kepada pentadbiran MAIS74 berdasarkan seksyen 94 enakmen pentadbiran Undang-undang Islam, bilangan 3, 195275

Setelah beberapa lama bernaung dibawah pengurusan baitulmal, maka Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil keputusan untuk mengkorporat bahagian pungutan zakat, sehingga akhirnya tercetuslah suatu idea penubuhan Pusat Zakat Selangor.76 Pada 15 Februari 1994 Pusat Zakat Selangor telah ditubuhkan selepas MAIS Sdn. Bhd secara rasmi didaftarkan di bawah nama MAIS Zakat Sdn. Bhd.77 Syarikat MAIS Zakat adalah anak syarikat milik penuh MAIS dan diselia oleh pakar MAIS Zakat Sdn. Bhd yang telah dirasmikan oleh MAIS.

Pada permulaan penubuhan Pusat Zakat Selangor masih belum beroperasi sepenuhnya. Walaubagaimanapun setelah hampir setahun, pada 30 Oktober 1995, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Selangor mula beroperasi sebagai sebuah institusi zakat

73 Hamid Bin Ibrahim Dan Nasir Bin Hamid , Perlembagaan Persekutuan Malaysia Pindaan 1984, Penerbit: Undang-Undang Malaysia

74 Indra Zaki B. Khalib, “Perjanjian Bantuan Beasiswa Bagi: Satu Kajian Di Pusat Zakat Selangor” (Kertas Projek, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur Universiti Malaya, (2004) , 25.

75 Hamidah Binti Marsono, Pentadbiran Wakaf Dan Baitul Mal Di Negeri Selangor, (Fakulti Undang-Undang UM, KL, 1980),. 20.

76

Muhammad Farid Bin Mohammad Zainal (Eksekutif Perancangan Korporat LZS, MAIS) dalam temubual dengan penulis, 20 November 2012

77 Ahmad Syahir Bin Makhtar Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor: Isu Dan Cabaran (Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan Dan Pengurusn Harta Dalam Islam2010)

136

secara rasmi dengan sokongan hanya lapan orang kakitangan sahaja di pejabat di Seksyen 14, Petaling Jaya. 78

Selaras dengan kemajuan yang telah dicapai, pada 30 Oktober 1996 nama PPZ ditukar kepada Pusat Zakat Selangor (PZS). Pertukaran nama pusat zakat dilakukan untuk mengelakkan salah faham masyarakat antara PPZ Selangor dan PPZ Wilayah Persekutuan.79 Dengan perubahan ini, pengurusan zakat di negara Selangor lebih aktif dan dikenali di semua lapisan masyarakat.

Selepas kedudukan PZS berkembang dengan mantap, ibu pejabat PZS berpindah ke Seksyen 9, Shah Alam pada pertengahan tahun 1997.80 Oleh itu, PZS telah diberi mandat penuh untuk menguruskan zakat di negeri Selangor yang meliputi masalah pungutan dan agihan. Bermula dari 1 Oktober 1997, semua perkara berkaitan pungutan dan agihan zakat termasuk zakat fitrah dikawal sepenuhnya di bawah pentadbiran MAIS.

Pada 31 Decimber 1997, tugas mengutip zakat dan fitrah telah dimulakan. Di samping itu juga beberapa perkara yang berkaitan dengan hal ehwal zakat seperti 'amil dan masalah pengurusan zakat mula diperkemaskan bagi mengelak kekeliruan dan salah faham di kalangan masyarakat81 kerana pada masa itu PZS sudah mula berkembang dan bersedia untuk mengahadapi sebarang masalah yang akan datang.

PZS sekali lagi menempa sejarah dalam era pengurusan zakat apabila pada 1 Januari 1998, Pusat Agihan Zakat mula diserapkan menjadi satu entiti PZS dengan

78Ibid

79

Ahmad Shahir Bin Makhtar Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman LZS MAIS (Kertas Kerja Persidangan Zakat Malaysia, KL 22-24 Mei 2007)

80 Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor

81

137

nama bahagian agihan zakat yang menguruskan kutipan zakat fitrah dan padi serta menguruskan bahagian agihan zakat. Melihat kepada mandat yang diberikan bertambah luas, maka ibu pejabat PZS telah dipindahkan ke Kompleks MAIS, Klang pada 1 Mei 2000 sebagai langkah menambah keberkesanan pengurusan zakat terutamanya urusan pengagihan zakat.82

Oleh Kerana pencapaian yang semakin meningkat dan pengurusan zakat yang cemerlang, maka pada tahun yang sama juga PZS telah menerima pengiktirafan MS ISO 9002. Kemudian pada tahun 2004 pegawai PZS berpindah ke tempat yang strategik di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam dan di masa depan yang sama telah menerima penganugerahan kualiti MS ISO 9001: 200083

Berdasakan kemajuan yang dicapai oleh PZS maka dalam tahun 2005 tercetuslah idea untuk memperkemaskan dan memperkukuhkan lagi tanggungjawab PZS (MAIS) dalam menguruskan zakat di Selangor. Idea ini telah dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merangkap Pengerusi PZS (MAIS), iaitu Y.A.D Dato' Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa. Beliau mencadangkan PZS (MAIS) dinaik taraf kepada satu institusi yang lebih besar dan lebih diyakini oleh masyarakat.84

Idea tersebut telah mendapat perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor dan disokong kuat oleh Dato 'Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato' Seri Dr. Hj. Mohamad Khir Bin Toyo. Akhirnya idea tersebut juga telah menjadi satu kenyataan apabila PZS (MAIS) telah dinaiktarafkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS)

82 Shahir bin Makhtar, Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor

83

Adibah Abd. Wahab, Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor Isu dan cabaran, laman sesawang Lembaga Zakat Selangor dicapai 25 Ogos 2009 http://www.e-zakat.com.my

84

138 MAIS dan pelancaran serta perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Selangor pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427 H dengan rasminya.85 Dengan demikian kreadibiliti LZS semakin menyerlah di mata masyarakat.

Penubuhan Pusat Zakat Selangor yang kini dikenali sebagai Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam mengurus dan mentadbir urusan zakat di negeri ini, telah membuktikan bahawa kaedah kutipan dan pengagihan wang zakat yang dilaksanakan secara sistematik, adalah lebih baik dan sesuai demi kepentingan umat Islam di negeri ini . LZS yang bertindak selaku amil, sentiasa memastikan agihan wang zakat disalurkan mengikut kumpulan asnaf yang telah ditetapkan dan sampai kepada golongan sasaran yang berkelayakan.

85

139 3.2.1. Visi, Misi dan Objektif LZS