• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Kajian ini berdasarkan sumbangan dan peranan institusi zakat sebagai

institusi kewangan Islam terhadap golongan fakir dan miskin.

2. Kajian difokuskan terhadap dua institusi zakat yang telah banyak memainkan peranannya di dalam pembangunan umat Islam, iaitu Badan Amil Zakat (BAZ) di profinsi Riau, Indonesia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Negeri Selangor, Malaysia.

3. Kajian ini merupakan kajian dalam konteks tamaddun Islam mengenai pengurusan zakat dan pengagihannya kepada kaum dhu'afa (fakir dan miskin).

1.7. Kajian Literatur

Pada asasnya kajian zakat telah dilakukan terutamanya oleh ulama terdahulu. Mereka telah menyingkap rahsia zakat dengan cara yang terperinci, namun kebanyakan kajian yang dilakukan adalah berkisar sekitar sudut undang-undang feqah sahaja. Penulisan zakat hari ini telah mengalami banyak perubahan dan perkembangan selaras dengan perkembangan dan keperluan zaman.

Jika dahulu pembahasan masalah zakat dianggap sebagai sebahagian masalah feqah yang dinilai sebagai salah satu ibadah yang wajib ditunaikan oleh umat Islam, namun pada masa ini zakat tidak hanya dinilai dari sudut ibadah tetapi juga dinilai dari sudut sosialnya. Sebagai contoh, Yusuf al-Qaradawi telah meletakkan zakat sebagai bidang ilmu yang terpisah dari masalah feqah dengan perbincangan yang sangat luas.

15 Abdul Razak (2010) Penyelidikan tesis di Universiti Padjajaran Bandung yang bertajuk "Pengaruh Implementasi kebijakan Pendidikan Dan Pelatihan Terhadap Kualitas Aparatur Pelayanan Zakat Pada Kantor Departemen Agama Kota Pekan Baru Provinsi Riau" Penyelidikan ini di fokuskan pada usaha mendedahkan pengaruh dasar pendidikan dan latihan terhadap kualiti aparatur perkhidmatan zakat di jabatan agama kota Pekan Baru. Masalahnya adalah rendahnya kualiti pelayanan atau perkhidmatan zakat yang disebabkan belum terlaksananya kebijaksanaan pendidikan dan pelatihan.

Maratua Simanjuntak (2006) dalam tesisnya yang bertajuk “Pengurusan Zakat Di Medan Dan Pulau Pinang: Satu Kajian Perbandingan” Dalam kajian ini beliau memfokuskan kajiannya terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan zakat di Medan Sumatera Utara dan Pulau Pinang, kajian dilakukan dalam bentuk perbandingan antara kedua-dua institusi dari sudut pengurusan dan pentadbiran , tetapi tidak menyentuh masalah teknikal dan bagaimana sumbangan institusi zakat dalam menangani masalah kemiskinan.

Saiful Najar (2004) kajian dari Universiti Muhammadyah Jakarta dengan tajuk '' Pelaksanaan Keberkesanan Undang-undang Nomor 38 Tahun 1999 Tentang Pengelolaan Zakat Sebagai Upaya Pengentasan Kemiskinan Di Pekan Baru '' Fokus kajian adalah pengurusan zakat yang meliputi aktiviti perancanaan, organisasi, pengutipan, pengagihan dan penggunaan dana zakat. Kesimpulan kajian ini bahawa potensi zakat di Pekan Baru sangat besar namun kerana lemahnya sistem pengurusan zakat menyebabkan para muzakki ragu untuk menyalurkannya kepada institusi zakat atau BAZ. Kajian ini sangat berbeza dengan kajian yang dilakukan penulis kerana

16 fokus kajiannya hanya pada BAZ di bandar Pekan Baru sementara penulis membahaskan masalah pengurusan BAZ daerah Riau secara keseluruhannya.

Nur Hikmah Nur Syam (1996), Disertasi sarjana dengan tajuk '' Keberkesanan Agihan Zakat Modal Dalam Meningkatkan Ekonomi Masyarakat Miskin Di Kawasan Pekan Baru Riau: Kajian Di Badan Amil Zakat Riau, Indonesia '' Kajian ini memfokuskan tentang peranan zakat dalam mengatasi masalah kemiskinan di Pekan Baru melalui pengagihan zakat sebagai modal usaha. Berdasarkan kajian yang di lakukan oleh beliau dapat disimpulkan bahawa potensi zakat modal yang dikembangkan BAZ di Pekan Baru sangat besar dan memberikan manfaat yang luas kepada masyarakat, namun terdapat beberapa cabaran di antaranya adalah kurangnya kesedaran masyarakat untuk menyalurkan zakat kepada badan atau institusi yang ada seperti BAZ mahupun yang lain.

Safwan Idris (1997) dalam bukunya yang bertajuk "Gerakan Zakat Dalam Pemberdayaan Ekonomi Ummat Pendekatan Transformatif" beliau membincangkan tentang pemikiran-pemikiran yang bertujuan untuk mencari konsep cara memahami dan mengembangkan zakat, sehingga melalui konsep tersebut dapat mengubah taraf kehidupan Umat Islam ke arah yang lebih baik.

Suyitno dan kawan-kawan (2005) dalam bukunya "Anatomi Fiqh Zakat (Potret Dan Pemahaman Badan Amil Zakat Sumatera Selatan)" mencuba mencari jalan keluar bagi membebaskan umat Islam daripada jurang pemisah antara si kaya dan si miskin. Buku ini jug mencuba memberikan gambaran baru bagi pemasalahan feqah zakat dan tata cara pelaksanaan zakat yang lebih berkesan, iaitu dengan cara

17 memperkasakan institusi zakat sebagai tempat penyaluran harta kekayaan yang efektif.

Abdurrahman Qadir (1998) dalam bukunya "Zakat (Dalam Dimensi Mahdah dan Sosial)", menyatakan bahawa kewajipan zakat tidak dilihat dari sudut ibadah sahaja akan tetapi pemahaman terhadap konsep zakat tersebut pelu dikembangkan sehingga dapat difungsikan sebagai satu institusi muamalah ijtimaiyah (sosial) yang mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat Islam.

Eri Sudewo (2004), "Pengurusan Zakat (Tinggalkan 15 Tradisi Memohon 4 Prinsip Dasar)" Dalam buku ini penulis berpendapat bahawa perlunya diwujudkan institusi zakat secara profesional bagi memastikan kelancaran pelaksanaan zakat untuk kepentingan para mustahik. Sistem ini lebih sempurna daripada sistem pembayaran zakat secara peribadi atau swasta.

M. Arif Mufraini (2006), "Perakaunan Dan Pengurusan Zakat", Dalam buku ini penulis telah menjelaskan tentang hukum zakat serta tata cara pelaksanaannya. Di samping itu, penulis juga menerangkan aspek teknikal perundangan zakat serta menerangkan pelbagai isu kontemporari yang berkaitan dengan zakat.

Nispul Khoiri (2010) dalam bukunya "Undang-undang Perzakatan Di Indonesia" cuba memaparkan tentang konsep zakat menurut perspektif feqah Islam yang kemudiannya di korelasikan dengan konteks ke Indonesiaan serta disesuaikan dengan undang-undang perzakatan di Indonesia.

18 Drs H. Ahmad Supardi Hasibuan MA dalam artikelnya "Pengurusan Zakat" Portal Kementerian Agama Provinsi Riau, beliau menyatakan bahawa potensi zakat sebagai sumber dana yang berpotensi yang boleh dimanfaatkkan untuk meningkatkan kesejahteraan seluruh masyarakat. Dari itu beliau menginginkan bahawa perlu adanya institusi zakat yang ditadbir secara profesional dengan menggunakan sistem pengurusan moden serta dengan melibatkan para pakar di bidangnya, di tambah dengan sokongan kerajaan yang intensif baik yang bersifat moril berupa kebijaksanaan-kebijaksanaan mahupun yang bersifat materil dalam bentuk penyediaan dana operasi dan pentadbiran agar dana zakat boleh dipergunakan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya dalam bidang pembasmian kemiskinan, kebodohan dan keterbelakangan serta mengurangkan jurang pemisah antara si kaya dengan si miskin sekaligus meningkatkan ekonomi peniaga kecil dan mengatasi pelbagai masalah yang berkaitan dengan sosial kemasyarakatan dan sosial keagamaan.

Begitu juga, dalam artikelnya yang bertajuk “zakat dan pengentasan kemiskinan”, beliau membincangkan peranan zakat sebagai salah satu sumber pendanaan negara. Oleh itu, beliau juga menyebutkan tiga aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan zakat, iaitu aspek moral dan psikologi, aspek sosial dan aspek ekonomi.

Pratami N Erika (2008) "Analisis Peranan Zakat Dalam pembasmian kemiskinan" dalam kajian beliau lebih memfokuskan bahasannya terhadap peranan zakat dalam membasmi kemiskinan kerana kemiskinan adalah sebagai sesuatu yang boleh membahayakan bukan sahaja dalam bidang ekonomi akan tetapi juga dalam

19 bidang aqidah. Oleh itu, kemiskinan mesti ditangani dengan menghapuskan punca tersebut.

M. Taufiqur Rakhman "Peranan dan Sumbangan Zakat dalam Pengentasan Kemiskinan dan Hubungannya dengan Struktur Ekonomi". Dalam artikel ini beliau telah membahaskan beberapa masalah, diantaranya adalah tentang pengertian zakat, Peranan dan Pelaksanaan Zakat di Indonesia serta usaha pembasmian dan penanggulangan kemiskinan dengan zakat.

AnieKha (2013) "Peranan Zakat Dalam mengentaskan Masyarakat Dari Kemiskinan Dan Menghilangkan Kesenjangan Sosial" Perlu adanya kesedaran keatas kewajipan pembayaran zakat serta pengurusan yang strategik supaya dapat diagihkan secara benar. Untuk maksud itu beliau menyatakan beberapa kaedah antara lain a. Sosialisasi kepada masyarakat b. Memperkukuhkan amil zakat untuk sentiasa jujur dan profesional, c. Bersinergi dan kerjasama antara lapisan masyarakat, kerajaan, pemimpin agama dan juga amil zakat.

Muhamad Zainudin, “Penggunaan Zakat LAZ Portinfaq Untuk Pendidikan Anak-Anak Pemulung Di Bantar Gebang Bekasi”. Kajian ilmiah Sarjana Da'wah dan Sains Komunikasi UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Dalam tesis ini, beliau menjelaskan bahawa salah satu fungsi zakat adalah fungsi sosial sebagai alat penghubung antara manusia khususnya antara orang kaya dan golongan miskin. Daripada itu dia menganggap dana zakat dapat digunakan secara kreatif untuk mengatasi masalah kemiskinan yang melalui penggunaan yang bersifat edukatif, produktif dan ekonomic.

20 Didin Hafidhuddin “Pembangunan Ekonomi ummat Berbasis Zakat, Kajian ilmiah BAZNAS”. Dalam artikel ini beliau mengemukakan beberapa strategi dalam membangunkan ekonomi ummah supaya dapat membantu dan meringankan beban kerajaan dalam menangani kemiskinan.

Berdasarkan pengamatan yang dilakukan penulis mendapati bahawa kebanyakan para penyelidik zakat telah melakukan kajian terhadap zakat samada dari sudut undang-undang feqah ataupun sudut pentadbiran dan manajemannya, namun penulis tidak mendapati adanya pembahasan secara khusus terhadap institusi zakat serta sumbangannya terhadap golongan fakir dan miskin. Dari sini penulis ingin meneliti isu ini secara terperinci untuk membuka satu masalah dalam isu-isu yang berkaitan dengan sumbangan institusi zakat. Oleh itu, kajian ini lebih cenderung untuk menyerlahkan aspek-aspek tamaddun Islam di institusi sosial dan peranan mereka dalam membina kualiti kehidupan masyarakat Islam (ummah).