• Tidak ada hasil yang ditemukan

Metodologi adalah satu perkara yang sangat penting dalam penyelidikan. Ini kerana nilai ilmiah yang terkandung dalam hasil penyelidikan bergantung kepada kesesuaian kaedah yang digunakan. Sekiranya kaedah yang digunakan adalah sesuai dan sepadan dengan isu-isu yang dibincangkan, maka ia akan memberikan hasil penyelidikan yang baik.

Sebaliknya jika kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia akan mengurangkan nilai ilmiah kajian. Oleh kerana itu, penentuan kaedah penyelidikan

21H. Zainal Abidin Safarwan , Kamus Besar Bahasa Melayu, 476 dan 1168

22Dahulu Dikenali Sebagai Departemen Agama dan semsnjak tahun 2010 berumah menjadi Kementerian Agama.

23 adalah sangat penting bagi suatu penyelidikan agar ianya sesuai dengan objektif kajian dan memberikan nilai ilmiah yang tinggi.

Seterusnya untuk mempermudahkan penyelidikan ini, pengkaji telah memilih kaedah kualitatif sebagai pendekatan yang dianggap layak dan sesuai dalam penyelidikan dan objektif kajian ini. Seiring dengan hal itu, kaedah kualitatif, seperti ditegaskan Creswell adalah suatu pendekatan yang digunakan untuk penerokaan dan bertujuan untuk memahami fenomena, "an inquiry approach useful for exploring and understanding a central phenomena"23

Dalam konteks ini, kajian mencakupi perbahasan tentang sistem kerja atau management kedua-dua institusi zakat (LZS-Selangor dan BAZ-Riau), keberkesanan sumbangan kedua-dua institusi tersebut dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam (ummah), cabaran dan usaha meningkatkan peranan institutsi serta rancangan ke depan supaya institusi itu sesuai dan aktif. Dalam hal ini, penyelidik telah pun menjalankan beberapa langkah melalui kaedah kajian ini dalam proses mengumpul dan menganalisis data.

1.9.1 Penentuan Subjek

Badan Amil Zakat (BAZ) Riau - Indonesia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) - Malaysia dipilih sebagai lokasi bagi kajian lapangan. BAZ Riau adalah sebuah institusi yang mengurus serta mentadbir pengurusan zakat di wilayah Provinsi Riau Indonesia yang beribu pejabat di kompleks masjid Agung al-Nur Pekan Baru. Manakala LZS adalah sebuah institusi yang mengurus dan mentadbir

23John W. Creswell, “Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Traditions, Edisi kedua,” (London: Sage, 2007), 596.

24 pengurusan zakat di wilayah negeri Selangor Darul Ehsan Malaysia yang beribu pejabat Bangunan Zakat Selangor 3-01-1, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Kedua-dua institusi ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengatasi masalah kemiskinan dikalangan masyarakat Islam, terutama mencakupi aspek ekonomi, keagamaan, perkhidmatan sosial dan pendidikan. Selain itu, alasan pemilihan dua lokasi tesebut berdasarkan kepada pertimbangan kerana majoriti penduduknya adalah suku bangsa Melayu yang hidup di negara yang berlainan, namun terdapat perbezaan yang sangat besar antara kedua-dua institusi baik dari segi pentadbiran dan pengurusan sehingga sistem agihan dan kutipan. Melalui perbandingan ini, penulis berminat menjalankan kajian mengenai kedua-dua institusi tersebut. Satu lagi sebab untuk menyelidiki tempat dan institusi ini ialah kerana lokasinya mudah dijangkau oleh penulis.

Dalam usaha mengenal pasti badan atau institusi zakat tersebut, pengkaji juga memilih beberapa orang sebagai subjek, partisan atau responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada individu sebagai pentadbir kedua institusi zakat. Selain itu, pengkaji juga berupaya untuk mencari individu-individu yang dianggap sebagai "informen" atau "key person" yang daripadanya akan diperoleh kualiti data yang tepat, sahih dan kaya, sedemikian rupa sehingga dapat menyokong kesahihan penyelidikan ini. Itulah sebabnya dalam melakukan temu bual, responden diperoleh berdasarkan pendekatan "snow ball", iaitu mendapatkan orang yang akan ditemubual berdasarkan kepada cadangan orang lain yang dipercayai, sehingga datanya diperoleh melalui seseorang yang memang kompeten dan mempunyai pengetahuan

25 serta terlibat secara langsung dalam lembaga atau institusi zakat tersebut, dengan itu data yang diperolehi berkelayakan, berkualiti dan kaya.

1.9.2. Teknik Pengumpulan Data

Teknik pengumpulan data dalam kajian ini akan merangkumi data mengenai sistem kerja, sumbangan dan cabaran serta perencanaan kedua-dua institusi zakat BAZ dan LZS. Pemerolehan data dilakukan melalui beberapa langkah. Langkah pertama kajian perpustakaan (dokumentasi), iaitu dengan mengumpulkan pelbagai sumber bertulis dalam bentuk buku, jurnal ilmiah, dokumen peribadi, dokumen rasmi, kertas kerja seminar dan sebagainya. Langkah ini adalah penting, memandangkan banyak tulisan yang mengandungi pandangan yang berbeza. Langkah kedua adalah temubual, iaitu mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh terkemuka, pentadbir dan pegawai di lingkungan BAZ Riau dan LZS Selangor. Ini dilakukan untuk mencapai matlamat penyelidikan yang dijalankan. Langkah ketiga adalah untuk mengamati atau memerhati, iaitu dengan melakukan pemerhatian langsung ke bidang kajian untuk mengetahui lebih dekat dan mendapatkan data dengan tepat dan sesuai. Kajian ini juga melibatkan penggunaan dua jenis data, iaitu sumber utama (Primer) dan data sumber kedua (Sekunder).

Secara terperinci kaedah utama yang digunakan dalam mengumpul data adalah:

26 1.9.2 (a) Methode Dokumentasi

Methode dokumentasi atau analisis data adalah penyelidikan keatas dokumen yang berkaitan dengan subjek kajian seperti dokumen sejarah penubuhan institusi, program aktiviti, laporan tahunan, sistem pelaksanaan dan kepemimpinan dan lain-lain yang merupakan data utama yang diperoleh dari kedua-dua institusi yang berkaitan . Sedangkan data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan di mana teknik mendapatkan data dilaksanakan melalui kajian dokumen dan rekod. 24

Kajian perpustakaan adalah bagian yang tidak kurang penting dalam kajian ini dan merupakan sumber data kedua. Ia merangkumi aktiviti pengumpulan data yang berkaitan dengan subjek kajian, dokumen sejarah yang diperolehi dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan dan fakta sejarah yang diperlukan dalam kajian ini. Ini sangat penting dalam proses menganalisis latar belakang sejarah penubuhan kedua-dua institusi zakat di Selangor-Malaysia dan di Riau-Indonesia. Kajian perpustakaan dijalankan secara mendalam mengenai tajuk yang dipilih untuk tujuan kajian. Dalam tempoh itu, penyelidik cuba meneliti, memahami dan mengumpul fakta dan maklumat yang diperlukan.

Bahan-bahan bertulis yang dirujuk termasuk buku, jurnal, majalah, latihan ilmiah, disertasi sarjana, tesis kedoktoran falsafah, laman web, keratin-keratan akhbar, rekod institusi zakat, laporan tahunan institusi dan sebagainya. Penyelidikan perpustakaan membantu penulis mendapatkan gambaran yang jelas tentang identitas, sistem kerja dan program kerja kedua institusi zakat baik di Riau mahupun di Selangor

24

27 Selain itu, ia juga membantu untuk memudahkan penulis dalam menyediakan soalan-soalan dalam temubual. Satu perkara yang perlu dilakukan dalam penyediaan kajian ini adalah menggunakan sumber maklumat yang terkandung dalam perpustakaan dan maklumat yang tersedia. Penggunaan perpustakaan ini diperlukan, sama ada untuk kajian lapangan dan kajian bahan dokumentasi. Jelas sekali, tidak ada cara penyelidikan dilakukan dengan baik tanpa kajian perpustakaan. 25